Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA DALAM PASCA KEBANKRAPAN NO.JA-29PB-135-03/2024 ALLIANCE ISLAMIC BANK BERHAD … PEMOHON
JA-29PB-135-03/2024
High Court of Malaysia14 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dalam kes Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 8 MLJ 805; [2015] MLRHU 1107; [2016] 3 CLJ 1001 memutuskan bahawa:- “[19] From my reading of ss. 33A and 33B of the Bankruptcy Act 1967, the DGI does not have the absolute discretion to issue the certificate of discharge. The DGI's exerc”
“relevant time, in law the court is entitled to presume that their official acts were regularly performed and prima facie they did so honestly and conscientiously. Section 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 in this regard provides that the court many presume that judicial and official acts have been regularly”
“rapan telah dilaksanakan selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 2 MLRH 668; [2009] 9 CLJ 413; [2009] AMEJ 0407 memutuskan bahawa:- “[11] Very interestingly, unlike s. 33 under which a bankrupt seeks reprieve from t”
“an keperluan untuk hanya memastikan pentadbiran kebankrapan telah dilaksanakan selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 2 MLRH 668; [2009] 9 CLJ 413; [2009] AMEJ 0407 memutuskan bahawa:- “[11] Very interestingly, unl”
“es Lim Hun Swee v Malaysia British Assurance Bhd & Ors and Other Appeals [2011] 2 MLJ 218; [2010] 2 MLRA 392; [2010] 8 CLJ 680; [2011] 1 AMCR 157 dan Re Tan Sie Kiong v Ex-P Delta Finance Company Bhd [2013] MLRHU 172; [2014] 8 CLJ 678. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via e”
“an yang wajar dicapai di antara hak JD untuk dilepaskan dari kebankrapan dengan hak JC untuk menuntut hutang tertunggak JC. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mayban Finance Bhd v Lee Kee Sen [2013] MLRHU 454; [2014] 10 CLJ 543 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify t”
“kuasa budi bicara yang diperuntukkan seksyen 33C Akta Tersebut dengan sewajarnya. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 8 MLJ 805; [2015] MLRHU 1107; [2016] 3 CLJ 1001 memutuskan bahawa:- “[19] From my reading of ss. 33A and 33B of the Bankruptcy Act”
“yempurnakan tugasan rasmi tersebut menurut peraturan dan prima facie telah menjalankan tugas secara suci hati dan hemat. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin v PP [2017] MLJU 1253; [2017] MLRAU 351; [2017] 1 LNS 1478 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- "[30] It is significan”
“n rasmi tersebut menurut peraturan dan prima facie telah menjalankan tugas secara suci hati dan hemat. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin v PP [2017] MLJU 1253; [2017] MLRAU 351; [2017] 1 LNS 1478 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- "[30] It is significant to bear in mind”
“gan dengan kehendak seksyen 33C Akta Tersebut, malah telah mengabaikan sepenuhnya hak JC untuk menuntut kembali hutang JC. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Ting Pek Khing v Ketua Pengarah Insolvensi [2020] CLJU 1138 memutuskan bahawa:- “[29] It is the DGI's responsibility to peruse all the material before him in decid”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA DALAM PASCA KEBANKRAPAN NO.JA-29PB-135-03/2024 ALLIANCE ISLAMIC BANK BERHAD … PEMOHON
2
TAN ENG KIONG … RESPONDEN-RESPONDEN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ALASAN PENGHAKIMAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------
1
Pada 12.2.2020, satu Perintah Kebankrapan telah direkodkan terhadap Responden Kedua (selepas ini dirujuk sebagai “JD”) atas permohonan Pemohon (selepas ini dirujuk sebagai “JC”).
2
JD telah hadir sesi Temu Kenal pada 16.03.2020 dan JD telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal (selepas ini dirujuk sebagai “PHE”) pada tarikh yang sama. JD telah bersetuju untuk membuat ansuran bulanan sebanyak RM850.00 bermula 1.4.2020. Jumlah keseluruhan yang terkumpul bagi bayaran ansuran yang telah dibuat JD adalah sebanyak RM34,850.00.
3
Ketua Pengarah Insolvensi (selepas ini dirujuk sebagai “KPI”) telah isytihar 7.61% dividen dan membayar 3 pemiutang yang telah memfailkan Borang Bukti Hutang sebanyak RM7,227.27.
4
Pada 27.2.2024, KPI telah mengeluarkan Notis Pelepasan di bawah subseksyen 33C(3) Akta Insolvensi 1967(selepas ini dirujuk sebagai “Akta Tersebut”) kepada tiga pemiutang dalam kes kebankrapan ini untuk memaklumkan bahawa JD akan dilepaskan dari kebankrapannya pada 26.8.2024. Notis tersebut juga menyatakan bahawa sekiranya pihak pemiutang ingin membantah, mereka boleh membuat permohonan kepada Mahkamah dengan menyatakan alasan bantahan dalam tempoh 21 hari dari tarikh penyampaian notis tersebut kepada Pemiutang.
5
Pada 20.3.2024, JC telah memfailkan Permohonan untuk Perintah Menggantung Pelepasan di bawah subseksyen 33C(4) Akta Tersebut yang menjadi subjek pertikaian untuk diputuskan oleh Mahkamah. Analisis dan keputusan Mahkamah:-
6
Seksyen 33C Akta Tersebut pada asalnya menetapkan sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan (targeted contribution of his provable debt). Syarat tersebut menyebabkan adalah mustahil bagi mana-mana penghutang dilepaskan menurut peruntukan tersebut. Dalam menjelaskan perkara ini, Menteri dalam mengusulkan pindaan kepada seksyen 33C telah menyatakan seperti berikut:- “Namun, setakat ini tiada kes pelepasan automatik berjaya direkodkan kerana kesukaran bankrap untuk mematuhi syarat pembayaran sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan dengan izin amount of targeted contribution of his provable debt. Oleh yang demikian, pindaan ke atas subseksyen 33C adalah bertujuan untuk membantu bankrap dilepaskan secara automatik dalam tempoh singkat iaitu tiga tahun hingga lima tahun dengan meringankan syarat bayaran tanpa mengabaikan kepentingan pemiutang. Antara pindaan penting yang dicadangkan ke atas subseksyen 33C adalah sebagaimana berikut:-
a
syarat penyelesaian amaun sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan digantikan dengan syarat pembayaran jumlah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi mengikut kemampuan kewangan bankrap;...”
7
Berdasarkan pindaan tersebut yang kini telah berkuatkuasa, syarat untuk pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut adalah seperti berikut:- “(1) A bankrupt shall be-
a
discharged automatically from bankruptcy on the expiration of three years from the date of the submission of the statement of affairs under subsection 16(1)-
i
if the bankrupt has paid the sum of money determined by the Director General of Insolvency, for the purposes of the administration of the bankrupt's estate, having regard to the financial ability of the bankrupt; and
II
(ii) if the bankrupt has complied with the requirement to render an account of moneys and property to the Director General of Insolvency under paragraph 38(1)(b);”
8
Sebagaimana dihujahkan oleh KPI, pindaan kepada seksyen 33C Akta Tersebut yang berkuatkuasa pada 6.10.2023 tidak lagi mensyaratkan untuk JD membuat pembayaran sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan (targeted contribution of his provable debt), malah hanya perlu membuat pembayaran jumlah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia mengikut kemampuan kewangan JD.
9
Sebagaimana dinyatakan dalam Hansard Parlimen dan nota di akhir seksyen 33C Akta Tersebut, peruntukan pindaan seksyen 33C tersebut bersifat retrospektif di mana peruntukan tersebut juga terpakai kepada mana-mana JD yang telah dibankrapkan dan telah memfailkan PHE sebelum Akta Pindaan Tersebut berkuatkuasa. Dalam menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut dibenarkan, Frequently Asked Questions (FAQ) Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [Akta A1695] yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia [https://www.mdi.gov.my/images/documents/Announcement/faq insolvensiact2023.pdf] memperuntukkan bahawa:- “2. S : Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh bankrap untuk dilepaskan secara automatik di bawah seksyen 33C Akta 360? J : Syarat-syarat pelepasan secara automatik di bawah seksyen 33C Akta 360 adalah seperti yang berikut:
a
Bankrap telah menyerahkan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) di bawah seksyen 16
b
Bankrap telah membuat bayaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi bagi keperluan pentadbiran estet bankrap, yang mengikut kemampuan kewangan bankrap; dan
c
Bankrap telah memfailkan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap tempoh 6 bulan. Bankrap juga hendaklah memastikan semua obligasinya di bawah Akta 360 dilaksanakan dengan baik bagi mengelakkan apa-apa perintah penggantungan diberikan terhadap pelepasan bankrap.”
10
Secara analogi, Mahkamah merujuk kepada pelepasan melalui sijil pelepasan di bawah seksyen 33A Akta Tersebut yang tidak menetapkan sebarang garis panduan tertentu yang perlu diikuti KPI dalam menjalankan kuasa budi bicara beliau dalam memutuskan untuk mengeluarkan Perakuan Pelepasan Ketua Pengarah, melainkan keperluan untuk hanya memastikan pentadbiran kebankrapan telah dilaksanakan selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 2 MLRH 668; [2009] 9 CLJ 413; [2009] AMEJ 0407 memutuskan bahawa:- “[11] Very interestingly, unlike s. 33 under which a bankrupt seeks reprieve from the bankruptcy, s. 33A does not provide any guideline for the DGI to consider in granting a discharge. The only precondition is that five years must have elapsed since the commencement of the bankruptcy…”
11
Pada kebiasaannya, KPI dibimbing oleh Garis Panduan Jabatan. Perkara ini ada dijelaskan dalam kes Re Endon Tamseran; Ex P Parkash Singh Wasawa Singh [2009] 2 MLRH 200; [2009] 8 CLJ 379 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[13] In this case the KP JIM purportedly exercised his discretionary powers under s. 33A(1) of the Act to discharge the bankrupt of her bankruptcy. Here the KP's powers is also unfettered, subject only to the rights of the creditors to object. He is guided by his standard Departmental Guidelines…”
12
Berbeza dengan pelepasan di bawah seksyen 33A Akta Tersebut, di samping menetapkan syarat tempoh minima 3 tahun dari tarikh pemfailan PHE, seksyen 33C Akta Tersebut juga telah menyenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan KPI bagi maksud menentukan sumbangan yang perlu dibayar JD mengikut kemampuan JD dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut seperti berikut:- “(2) For the purposes of subparagraph (1)(a)(i), in determining the sum of money to be paid by the bankrupt, the Director General of Insolvency shall take into account-
b
the current monthly income of the bankrupt;
c
the extent to which the current monthly income of the bankrupt's spouse may contribute to the maintenance of the bankrupt's family;
d
the monthly income that the bankrupt may reasonably be expected to earn over the duration of the bankruptcy, taking into account-
i
the previous and current monthly income of the bankrupt;
II
(ii) the educational and vocational qualifications, age and work experience of the bankrupt;
III
(iii) the range of monthly income earned by persons who are employed in occupations, positions or roles similar to that in which the bankrupt is, or can be expected to be, employed;
IV
(iv) the effect which the bankruptcy may have on the bankrupt's earning capacity or other income;
v
the prevailing economic conditions; and
VI
(vi) the period of time during which the bankrupt is likely to be capable of earning a meaningful income;
e
the reasonable expenses for the maintenance of the bankrupt and the bankrupt's family;
f
the property of the bankrupt under paragraph 48(1)(b) which may be realized during the period of three years; and
g
the debt provable in bankruptcy.”
13
Malah, perkara ini juga ada dibutirkan dalam Frequently Asked Questions (FAQ) Jabatan Insolvensi (supra) seperti berikut:- “3.S: Bagi maksud pelepasan automatik, apakah yang dimaksudkan dengan bankrap hendaklah mematuhi syarat dengan membuat bayaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi bagi keperluan pentadbiran estet bankrap? J: Salah satu syarat pelepasan automatik adalah bankrap hendaklah membuat bayaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi bagi keperluan pentadbiran estet bankrap. Dalam perkara ini, KPI hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menentukan jumlah bayaran yang mampu dibayar oleh bankrap semasa tempoh pentadbiran kebankrapan. Antara perkara yang diberikan pertimbangan untuk mengukur kemampuan bayaran adalah pendapatan bulanan bankrap, pendapatan yang bakal diterima, nilai harta yang dimiliki bankrap, keadaan ekonomi semasa serta kos sara hidup bankrap dan keluarganya yang munasabah. Perkara-perkara ini dinyatakan dalam subseksyen 33C(2) Akta 360.”
14
Mahkamah juga merujuk kepada Hansard Parlimen di mana dalam menjelaskan peranan KPI, Menteri menyatakan seperti berikut:- “Salah satu syarat pelepasan automatik adalah bankrap hendaklah membuat bayaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi bagi keperluan pentadbiran estet bankrap. Dalam perkara ini, KPI hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menentukan jumlah bayaran yang mampu dibayar oleh bankrap semasa tempoh pentadbiran kebankrapan. Antara perkara yang diberikan pertimbangan untuk mengukur kemampuan bayaran adalah pendapatan bulanan bankrap, pendapatan yang bakal diterima, nilai harta yang dimiliki bankrap, keadaan ekonomi semasa serta kos sara hidup bankrap dan keluarganya yang munasabah. Perkara-perkara ini dinyatakan dalam subseksyen 33C(2) Akta 360... Bankrap yang bekerja secara freelance dan tiada pendapatan tetap hendaklah membayar jumlah bayaran kepada estet kebankrapannya mengikut kemampuan kewangannya. KPI mempunyai budi bicara untuk menentukan jumlah bayaran tersebut mengikut kemampuan bankrap. Maklumat berkaitan pendapatan bankrap juga boleh diperoleh dari semasa ke semasa melalui penyata pendapatan dan perbelanjaan yang difailkan oleh bankrap setiap tempoh 6 bulan. Selanjutnya KPI boleh meminta bankrap untuk mengemukakan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pendapatan, pendapatan yang bakal diterima dan harta bankrap dari semasa ke semasa. (subseksyen 33C(2A) Akta 360)…”
15
Maka, Mahkamah berpendapat bahawa KPI hendaklah dengan jelas membutirkan dalam Afidavit KPI apakah faktor-faktor yang dibutirkan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut yang telah dipertimbangkan KPI dalam menentukan sumbangan mengikut kemampuan JD. Dengan pembutiran tersebut, Mahkamah dapat menilai sama ada KPI telah melaksanakan budi bicara dengan sewajarnya dengan mengambil kira kesemua faktor yang relevan dalam mencapai keputusan KPI. Sebagaimana dibutirkan dalam Hansard Parlimen, memandangkan syarat-syarat di bawah seksyen 33C Akta Tersebut dilonggarkan, maka Mahkamah perlu memastikan keseimbangan yang wajar dicapai di antara hak JD untuk dilepaskan dari kebankrapan dengan hak JC untuk menuntut hutang tertunggak JC. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mayban Finance Bhd v Lee Kee Sen [2013] MLRHU 454; [2014] 10 CLJ 543 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “However, this application being made by the DGI, not the bankrupt, the former bears the burden of justifying that the discharge is warranted and just in the circumstances of the case. What is just must be to achieve a delicate balance between the interests of the bankrupt to free himself from the chains of bankruptcy and the right of the judgment creditor, including his other creditors to receive the judgment sum.”
16
Penelitian Mahkamah kepada Afidavit KPI mahupun hujahan bertulis KPI menunjukkan bahawa KPI langsung tidak menyatakan telah menimbangkan sebarang faktor yang dinyatakan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut untuk menentukan sumbangan yang sewajarnya dalam kes ini yang perlu dibuat oleh JD. Malah, Mahkamah dapati KPI telah bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dicadangkan JD untuk dibayar secara bulanan sebagai sumbangan yang perlu dibayar oleh JD. Umpamanya, dalam perenggan 11(f) Afidavit Jawapan KPI, KPI mendeposkan bahawa:- “Seterusnya, saya menyatakan bahawa Responden Kedua bersetuju untuk membuat bayaran ansuran bulanan sebanyak RM850.00 bermula 01.04.2020...”
17
Manakala, perkara yang sama diulangi di perenggan 15 Hujahan Bertulis KPI seperti berikut:- “Bankrap juga telah bersetuju untuk membuat pembayaran ansuran bulanan sebanyak RM850.00 bermula 01.04.2020 untuk faedah pemiutang-pemiutangnya...”
18
Mahkamah berpendapat bahawa walaupun JD telah membuat sumbangan tersebut tanpa gagal sehingga notis pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut, namun sumbangan yang dibayar tersebut adalah bukan sumbangan yang ditetapkan oleh KPI setelah menimbangkan kesemua faktor-faktor yang dinyatakan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut dan kertas-kertas kausa yang difailkan menunjukkan seolah-olah KPI hanya sekadar mengikuti cadangan JC untuk membayar RM850.00 sebulan. Dalam apa jua keadaan, persetujuan JD untuk membuat sebarang amaun sebagai sumbangan tidak merupakan salah satu faktor untuk pertimbangan KPI menurut seksyen 33C(2) Akta Tersebut sebagaimana dinyatakan di atas.
19
Malah, sekiranya JD tidak bersetuju dengan sumbangan yang ditetapkan KPI, maka JD tidak bekerjasama dengan KPI dan dengan demikian, tidak layak untuk dipertimbangkan untuk pelepasan automatik sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 33C Akta Tersebut. Dalam menjelaskan perkara ini, Frequently Asked Questions (FAQ) Jabatan Insolvensi (supra) menyatakan seperti berikut:- “6. S: Apakah yang akan berlaku jika bankrap gagal untuk membayar amaun yang ditentukan oleh KPI semasa tempoh pentadbiran kebankrapan? J: Jika bankrap gagal untuk membayar amaun yang ditentukan oleh KPI semasa tempoh pentadbiran kebankrapan, bankrap gagal untuk mematuhi syarat pelepasan automatik. Oleh itu, KPI boleh menggantung pelepasan automatik bagi tempoh yang tidak melebihi 2 tahun. Semasa tempoh penggantungan, bankrap hendaklah terus melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Akta 360 termasuklah menjelaskan amaun yang tertunggak.”
20
Sebagaimana dibincangkan di atas, tindakan KPI dalam tidak menimbangkan sebarang faktor-faktor yang dinyatakan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut dan hanya bergantung kepada cadangan JD semata-mata dalam memutuskan jumlah sumbangan yang perlu dibayar JD menyebabkan KPI bukan sahaja bertindak bertentangan dengan kehendak seksyen 33C Akta Tersebut, malah telah mengabaikan sepenuhnya hak JC untuk menuntut kembali hutang JC. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Ting Pek Khing v Ketua Pengarah Insolvensi [2020] CLJU 1138 memutuskan bahawa:- “[29] It is the DGI's responsibility to peruse all the material before him in deciding whether to discharge any bankrupt upon such an application being made and in so doing it is incumbent that the DGI take into account not only the material before him but also the rights of the other creditors of the bankrupt who are entitled to their rights as well and for the DGI to then strike a balance thereto in coming to his decision...”
21
KPI berhujah bahawa memandangkan KPI telah mengambil kira kesemua faktor relevan dalam melaksanakan budi bicara KPI, Mahkamah tidak seharusnya menggangu pelaksanaan budi bicara KPI tersebut. Sebagai autoriti, KPI antara lain merujuk kepada kes Re Chew Kean Kor [1957] 1 MLJ 34; [1955] 1 MLRH 774; [1955] 1 LNS 114 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “As I understand the law of bankruptcy it is the duty of the official assignee to realise the debtor's assets for the benefit of creditors, and the Court will not interfere with the discretion of the official assignee even at the instance of a creditor, unless his actions are so utterly unreasonable and absurd that no reasonable man would so act.”
22
Mahkamah bersetuju bahawa pada lazimnya, Mahkamah tidak akan mengganggu pelaksanaan budi bicara KPI sekiranya kesemua peruntukan undang-undang telah dipatuhi dalam menjalankan budi bicara tersebut. Namun, dalam kes ini, sebagaimana dinyatakan di atas, kertas-kertas kausa yang difailkan di Mahkamah menunjukkan KPI telah bertindak bertentangan dengan seksyen 33C(1) dan (2) Akta Tersebut dalam penentuan jumlah sumbangan yang perlu dibuat oleh JD. Maka, Mahkamah ini berkuasa untuk menyemak sama ada KPI telah menggunakan kuasa budi bicara yang diperuntukkan seksyen 33C Akta Tersebut dengan sewajarnya. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 8 MLJ 805; [2015] MLRHU 1107; [2016] 3 CLJ 1001 memutuskan bahawa:- “[19] From my reading of ss. 33A and 33B of the Bankruptcy Act 1967, the DGI does not have the absolute discretion to issue the certificate of discharge. The DGI's exercise of the discretion is plainly subjected to the provisions in s. 33B. It must be made judiciously depending on the circumstances of each case. In the Supreme Court case of Savrimuthu Sinnapan v. PP [1987] 1 CLJ 368; [1987] CLJ (Rep) 322; [1987] 2 MLJ 173, Salleh Abas LP held that public interest, reason and justice demand that any statutory power must be exercised reasonably and with due consideration.”
23
Berdasarkan analisis di atas, Mahkamah berpendapat bahawa KPI telah gagal melaksanakan budi bicara yang diperuntukkan menurut seksyen 33C Akta Tersebut dengan sewajarnya dalam mentadbir estet JD. Maka, atas alasan ini sahaja Mahkamah membenarkan permohonan JC dalam lampiran 1.
24
Berkenaan hujahan-hujahan lain yang dikemukakan JC, Mahkamah berpendapat bahawa hujahan-hujahan tersebut adalah tidak bermerit. Mahkamah merujuk kepada hujahan JC bahawa walaupun KPI telah mendeposkan bahawa JD telah memfailkan Penyata Pendapatan enam bulan menurut seksyen 38(1)(b) Akta Tersebut, namun KPI tidak kemukakan keterangan sokongan dalam Afidavit Jawapan KPI. Mahkamah dalam hal ini berpendapat bahawa tiada keperluan yang wujud untuk KPI untuk mengeksibitkan dokumen-dokumen tersebut dalam Afidavit Jawapan beliau. Adalah memadai untuk KPI menyatakan faktor-faktor yang telah beliau pertimbangkan dalam mencapai keputusan beliau. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Bassanio Teo Yang (supra) di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “...However, under s. 33A, the decision maker is the DGI himself and therefore it is common sense that he need not "report" to himself about the status of the bankrupt. IT MUST BE ASSUMED ALL THE RELEVANT INFORMATION THAT IS IN THE FILE OF THE BANKRUPT HAS BEEN CONSIDERED BY THE PROPER OFFICER OF THE DGI BEFORE THE NOTICE OF INTENTION TO DISCHARGE IS ISSUED. Therefore, I cannot agree with counsel for the creditor that it is fatal for the DGI not to have prepared an updated report”.
25
Berdasarkan deposisi bersumpah KPI dan dengan ketiadaan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa KPI telah menyalahgunakan kuasa dalam mencapai keputusan beliau, Mahkamah berhak untuk membuat anggapan bahawa KPI telah melaksanakan budi bicara beliau secara suci hati.
26
Dalam hal ini, Mahkamah merujuk anggapan (e) kepada Seksyen 114 Akta Keterangan yang membolehkan Mahkamah menganggap KPI dalam kes ini yang terlibat dalam tugasan rasmi telah menyempurnakan tugasan rasmi tersebut menurut peraturan dan prima facie telah menjalankan tugas secara suci hati dan hemat. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin v PP [2017] MLJU 1253; [2017] MLRAU 351; [2017] 1 LNS 1478 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- "[30] It is significant to bear in mind that since both PW4 and PW5, were merely carrying on their official duties at the relevant time, in law the court is entitled to presume that their official acts were regularly performed and prima facie they did so honestly and conscientiously. Section 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 in this regard provides that the court many presume that judicial and official acts have been regularly performed. In the case of PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ 162, the Court of Appeal said – "It must be borne in mind that s. 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In State of Punjab v. Rameshwar Dass [1957] Cri LJ 1630, the Punjab & Haryana Court held at p. 1631 as follows: It is well settled that prima facie the public servants must be assumed to act honestly and conscientiously. It would, therefore, be basically wrong, without other cogent ground to consider them as untrustworthy witness in respect of their activities in performance of their official duties merely because of their official status unless the evidence is considered to be suspicious and that the conviction of the accused cannot be sustained on the statements of the official witnesses. The presumption that a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of other persons, and it is not a judicial approach to distrust and suspect him without good grounds."
27
Jikapun JC meragui kenyataan-kenyataan bersumpah KPI, JC boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk menyemak buku-buku dan dokumen-dokumen dalam milikan KPI menurut seksyen 135(2) Akta Tersebut yang memperuntukkan bahawa:- “(2) Any creditor of the bankrupt may, subject to the control of the court, inspect at all reasonable times, personally or by agent, any such books, papers or documents in the possession of the Director General of Insolvency.”
28
Atas asas yang sama, hujahan JC berkenaan kegagalan KPI untuk mengemukakan keterangan atau bukti pembayaran sumbangan RM850.00 sebagai eksibit dalam Afidavit Jawapan KPI juga tidak bermerit. Sekiranya JC tidak berpuas hati dengan deposisi bersumpah KPI, JC sememangnya mempunyai remedi menurut Kaedah 260 Kaedah-kaedah Insolvensi 2017 untuk memohon kepada KPI untuk dibekalkan dengan akuan estet JD dengan membuat pembayaran fi yang sewajarnya. Kaedah 260 memperuntukkan bahawa:- “Any creditor who has proved his debt may apply to the Director General of Insolvency and obtain a copy of the accounts or any part of the accounts relating to the estate as shown by the cash book up to date and on paying the prescribed fees.”
29
Mahkamah seterusnya merujuk hujahan JC bahawa JD masih berhutang dengan JC dan perisytiharan dividen adalah terlalu rendah. JC berhujah lanjut bahawa sekiranya JD dilepaskan walaupun hutang JD dengan JC masih tinggi, maka perkara tersebut adalah bertentangan dengan moraliti komersil dan JC merujuk kepada kes-kes Lim Hun Swee v Malaysia British Assurance Bhd & Ors and Other Appeals [2011] 2 MLJ 218; [2010] 2 MLRA 392; [2010] 8 CLJ 680; [2011] 1 AMCR 157 dan Re Tan Sie Kiong v Ex-P Delta Finance Company Bhd [2013] MLRHU 172; [2014] 8 CLJ 678.
30
Dalam hal ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan KPI bahawa seksyen 33C tidak mensyaratkan pembayaran hutang sepenuhnya atau pembayaran dividen kepada pemiutang sebagai salah satu syarat untuk pelepasan JD menurut seksyen tersebut. Malah, faktor tersebut juga tidak disenaraikan dalam seksyen 33C(4) Akta Tersebut iaitu senarai bantahan-bantahan yang boleh dikemukakan JC berkenaan niat KPI untuk melepaskan JD di bawah seksyen 33C Akta Tersebut. Dengan ketiadaan syarat nyata sedemikian, faktor ketiadaan pembayaran dividen atau pembayaran hutang secara sepenuhnya oleh JD tidak seharusnya diberi penekanan oleh Mahkamah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Re Mohana Sundari M Subramaniam Ex P United Prime Corporation Bhd [2004] 5 MLJ 227; [2003] 3 MLRH 719; [2004] 1 CLJ 624; [2004] 2 AMR 141 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “I am also of the view that the amount of the debt still owing to the creditor is not a factor which the court should place too much reliance on when considering an application to be discharged from bankruptcy. In the case of Re Siah Ooi Choe ex p Hongkong and Shanghai Banking Corporation (supra) the court held on this point inter alia as follows: With reference to the size of the debt, the Court agreed that it was a very big one, but there was no upper limit set by the Act beyond which discharge was barred. The huge amount of debt here merely reflected the fact that a big business when it failed, tended to fail in a big way and it was in recognition of this fact that no maximum amount was stipulated in the Act. …Based on this reasoning, I take the view that as the Act does not stipulate an upper limit beyond which discharge is barred, the fact that the debt owed by the judgment debtor is a big one should not be given too much weight if any at all.”
31
Maka, Mahkamah menolak hujahan-hujahan JC berkenaan isu-isu yang dibangkitkan JC tersebut.
32
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan JC untuk menghalang KPI dari melepaskan JD menurut seksyen 33C Akta Tersebut selama 2 tahun menurut seksyen 33C(7)(b) Akta Tersebut, dari 14.10.2024 sehingga 13.10.2026. Mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak membuat sebarang perintah terhadap kos. Bertarikh: 14 Oktober 2024 Disediakan oleh, ………………………………….
1
Tetuan Mimirahayu Haniff Heng & Partners Peguamcara Pemiutang Penghakiman/ Pemohon A-2-07, 1 Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor [No Ruj: MHHP/ABMB/NEO/LIT-33C/WDH] … Puan Yuslinda peguam menyebut bagi pihak
2
Ketua Pengarah Insolvensi Aras 12, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru, Johor [No Ruj:-] … Encik Mohd Azwan Bin Zulkifli Kes-kes yang dirujuk:
1
Asia Commercial Finance (M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 2 MLRH 668; [2009] 9 CLJ 413; [2009] AMEJ 0407
2
Re Endon Tamseran; Ex P Parkash Singh Wasawa Singh [2009] 2 MLRH 200; [2009] 8 CLJ 379
3
Mayban Finance Bhd v Lee Kee Sen [2013] MLRHU 454; [2014] 10 CLJ 543
4
Ting Pek Khing v Ketua Pengarah Insolvensi [2020] CLJU 1138
5
Re Chew Kean Kor [1957] 1 MLJ 34; [1955] 1 MLRH 774; [1955] 1 LNS 114
6
Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 8
7
MLJ 805; [2015] MLRHU 1107; [2016] 3 CLJ 1001 Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin v PP [2017] MLJU 1253; [2017] MLRAU 351; [2017] 1 LNS 1478
8
Lim Hun Swee v Malaysia British Assurance Bhd & Ors and Other Appeals [2011] 2 MLJ 218; [2010] 2 MLRA 392; [2010] 8 CLJ 680; [2011] 1 AMCR 157
9
Re Tan Sie Kiong v Ex-P Delta Finance Company Bhd [2013] MLRHU 172; [2014]
10
Re Mohana Sundari M Subramaniam Ex P United Prime Corporation Bhd [2004] 5 MLJ 227; [2003] 3 MLRH 719; [2004] 1 CLJ 624; [2004] 2 AMR 141
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.