Lampiran
Lampiran 2) iaitu selepas berlakunya kemalangan tersebut, maka sewaktu kemalangan tersebut berlaku (jam 9.15 pagi pada 19 April 2016) Polisi Insurans tersebut tidak melindungi Motorkereta tersebut. Selanjunya Plaintif mendakwa Defendan Pertama membeli Polisi Insurans tersebut dengan niat menipu Plaintif kerana Defendan Pertama tidak memaklumkan kepada Palintif mengenai kemalangan tersebut yang berlaku pada hari yang sama Polisi Insurans dikeluarkan oleh Plaintif. Berdasarkan semakan pihak Plaintif, Motorkereta tersebut tidak dilindungi insurans dari 28 April 2015 sehingga 18 April 2016. [8] Plaintif juga bergantung kepada Surat Akuan yang dibuat oleh Defendan Pertama dan Dinesh a / l Krishnan pada 11 Mei 2017. Secara ringkasnya kedua-dua Surat Akuan mengandungi kenyataan bahawa pada masa kemalangan tersebut berlaku Motorkereta tersebut tidak mempunyai cukai jalan dan tidak dilindungi insurans. Oleh itu cukai jalan dan insurans telah diperbaharui terlebih dahulu pada hari yang sama sebelum Dinesh a / l Krishnan membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Alor Gajah pada hari yang sama pada jam 6.48 petang. 7 [9] Dihujahkan juga bagi pihak Plaintif bahawa berdasarkan seksyen 84 (1) Financial Services Act 2013, tanggungan mereka sebagai penanggung insurans hanya bermula pada jam 3.31 petang pada 19 April 2016. Sehubungan itu Plaintif berhak mendapat satu deklarasi di bawah seksyen 41 Specific Relief Act 1950. [10] Dihujahkan juga bahawa kontrak insurans adalah terikat dengan prinsip uberrrimae fide (Pacific & Orient Insurance Co Bhd v Vigneswaran a / l Rajarethinam & 2 Ors [2013] 1 AMR 736) di mana Defendan Pertama bertanggungjawab, semasa membeli Polisi Insurans tersebut, mendedahkan sepenuhnya dan dengan tepat kepada Plaintif mengenai semua obligasi dan hak yang memungkinkan Plaintif akan bertanggungan susulan daripada kontrak Polisi Insurans antara Plaintif dan Defendan Kedua. Defendan Pertama gagal bertindak dengan suci hati apabila gagal mendedahkan mengenai kemalangan tersebut. [11] Oleh yang demikian Plaintif menegaskan Polisi Insurans tersebut tidak sah dan tidak boleh berkuat kuasa dan lanjutan dari itu mereka tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang tuntutan yang berbangkit dari kemalangan tersebut yang melibatkan Motorkereta dan Motorsikal tersebut. 8 Pendirian Defendan Kedua [12] Dihujahkan bagi pihak Defendan Kedua bahawa tarikh Polisi Insurans tersebut mula berkuat kuasa adalah pada 19 April 2016. Ini berdasarkan Jadual dan Sijil Insurans (Ekshibit AGIC-1 Lampiran 2) yang dikeluarkan oleh Plaintif di mana jelas dicatatkan bahawa Polisi Insurans tersebut bermula dari 19 April 2016 dan berakhir pada 18 April 2017. Tidak terdapat di kedua-dua dokumen tersebut yang mencatatkan bahawa Polisi Insurans tersebut berkuat kuasa dari jam berapa dan berakhir pada jam berapa. Waktu yang tertera di Jadual iaitu jam 3.31 petang (pada 19 April 2016) adalah waktu Polisi Insurans dikeluarkan dan bukannya waktu Polisi Insurans tersebut bermula. Isu dan dapatan mahkamah [13] Isu yang timbul adalah mengenai bila bermulanya Polisi Insurans Motorkereta tersebut. Berkait rapat dengan isu tersebut ialah sama ada suatu polisi insurans yang dibeli selepas suatu kemalangan berlaku dengan niat untuk menipu syarikat insurans adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. 9 Undang-undang yang relevan [14] Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan seperti berikut: 96 Duty of insurers to satisfy judgements against persons insured in respect of third party risks (1) If, after a certificate of insurance has been delivered under subsection 91(4) to the person by whom a policy has been effected, judgement in respect of any such liability as is required to be covered by a policy under paragraph 91(1)(b) (being a liability covered by the terms of the policy) is given against any person insured by the policy, then notwithstanding that the insurer may be entitled to avoid or cancel, or may have avoided or cancelled the policy, the insurer shall, subject to this section, pay to the persons entitled to the benefit of the judgement any sum payable thereunder in respect of the liability, including any amount payable in respect of costs and any sum payable in respect of interest on that sum by virtue of any written law relating to interest on judgements. (2) No sum shall be payable by an insurer under subsection (1) – (a) in respect of any judgement, unless before or within seven days after the commencement of the proceedings in which the judgement was given, the insurer had notice of the proceedings; (b) in respect of any judgement, so long as execution thereon is stayed pending an appeal; or 10 (c) in connection with any liability, if before the happening of the event which was the cause of the death or bodily injury giving rise to the liability the policy was cancelled by mutual consent or by virtue of any provision contained therein and either – i) before the happening of the said event the certificate was surrendered to the insurer or the person to whom the certificate was delivered made a statutory declaration stating that the certificate had been lost or destroyed; (ii) after the happening of the said event, but before the expiration of a period of fourteen days from the taking effect of the cancellation of the policy, the certificate was surrendered to the insurer or the person to whom the certificate was delivered made such a statutory declaration as aforesaid; or (iii) either before or after the happening of the said event, but within the said period of fourteen days, the insurer has commenced proceedings under this Part in respect of the failure to surrender the certificate. (3) No sum shall be payable by an insurer under subsection (1) if before the date the liability was incurred, the insurer had obtained a declaration from a court that the insurance was void or unenforceable: Provided that an insurer who has obtained such a declaration as aforesaid in an action shall not thereby become entitled to the benefit of this subsection as respects any judgement obtained in proceedings commenced before the commencement of that action unless, before or within seven days after the commencement of that action, he has given notice thereof to the person who is the plaintiff in the said proceedings specifying the grounds on which he proposes to rely, and any person to whom notice of such an action 11 is so given shall be entitled if he thinks fit to be made a party thereto. (4) If the amount which an insurer becomes liable under this section to pay in respect of a liability of a person insured by a policy exceeds the amount for which he would, apart from this section, be liable under the policy in respect of that liability, he shall be entitled to recover the excess from that person. (5) In this section, the expression "material" means of such a nature as to influence the judgement of a prudent insurer in determining whether he will take the risks, and if so at what premium and on what conditions, and the expression "liability covered by the terms of the policy" means a liability but for the fact that the insurer is entitled to avoid or cancel or has avoided or cancelled the policy. (6) In this Part, reference to a certificate of insurance in any provision relating to the surrender or the loss or destruction of a certificate of insurance shall, in relation to policies under which more than one certificate is issued, be construed as references to all the certificates and shall, where any copy has been issued of any certificate, be construed as including a reference to that copy. [15] Dalam memutuskan menolak saman pemula Plaintif, mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Hameed Jagubar Syed Ahmad v. Pacific & Orient Insurance Co Bhd [2017] 10 CLJ 278; [2017] 1 LNS 868. Fakta dalam kes Hameed Jagubar Syed Ahmad adalah seakan sama dengan fakta dalam kes di hadapan mahkamah ini. Dalam kes tersebut motorsikal defendan terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal yang ditunggang oleh pencelah pada jam 1.30 12 petang pada 27 Oktober 2011. Selepas kejadian kemalangan tersebut defendan telah membeli insurans perlindungan bagi motorsikalnya dan insurans polisi telah dikeluarkan oleh plaintif pada 27 Oktober 2011 pada jam 2.16 petang. Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan plaintif untuk satu pengisytiharan bahawa polisi tersebut terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. Alasan Mahkamah Tinggi adalah pada masa kemalangan berlaku pada jam 1.30 pagi pada 27 Oktober 2011 tiada perlindungan insurans untuk motosikal defendan, pencelah tidak boleh dibenarkan mempertikaikan penerimaan atau penolakan risiko di bawah kontrak insurans motosikal tersebut kerana tiada priviti kontrak dan defendan (yang tidak memfailkan apa-apa afidavit membantah permohonan peristiharan plaintif) berniat menipu plaintif bahawa terdapat pelindungan insurans ke atas kemalangan yang berlaku. [16] Pencelah telah merayu dan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pencelah. Dalam hal ini Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta bahawa jadual kepada polisi insurans mencatatkan tarikh dan waktu polisi sebagai 27 Oktober 2011 dan jam 2.16 petang. Manakala tempoh polisi insurans dicatatkan sebagai bermula dari 27 Oktober 2011 sehingga tengah malam 26 Oktober 2012. Sijil insurans juga mencatakan tarikh polisi insurans bermula pada 27 Oktober 2011 dan 13 tarikh tamat adalah 27 Oktober 2012. Mahkamah Rayuan memutuskan walaupun semasa kemalangan berlaku, tidak wujud polisi insurans kerana polisi dikeluarkan selepas kemalangan tetapi disebabkan hanya tarikh permulaan perlindungan dinyatakan tanpa menyatakan dengan spesifik masa permulaan maka polisi insurans berkuat kuasa apabila tarikh bermula pada tengah malam dan bukan sewaktu polisi insurans dikeluarkan. Oleh itu diputuskan, berdasarkan terma-terma kontraknya sendiri, polisi insurans berkuat kuasa secara retrospektif iaitu perlindungannya bermula pada tengah malam 27 Oktober 2011 dan dengan itu meliputi kemalangan tersebut berlaku. [17] Berhubung dengan isu berkaitan tarikh kuat kuasa polisi insurans, Mahkamah Rayuan dalam kes Hameed Jagubar Syed Ahmad telah menimbangkan beberapa kes yang melibatkan fakta yang seakan sama dan isu yang sama iaitu mengenai tarikh bermulanya kuat kuasa polisi insurans di mana kemalangan berlaku sebelum polisi insurans dikeluarkan oleh syarikat insurans (Pacific Orient Insurance Co Bhd v. Rosli Samsuddin & Ors (High Court Ipoh OS No. 24-970-2011) (Unreported); Mohd Faiz Zulkifli (A Minor Suing Through His Father And Next Of Kin; Zulkifli Awang Kechik) & Anor v. Etiqa Takaful Bhd [2016] 5 CLJ 679 HC; Etiqa Takaful Berhad v. Rorki Dusong (didakwa sebagai wakil diri harta pusaka Mr Araming Dising) & Ors [2016] 1 LNS 533 HC). 14 Mahkamah Rayuan membuat permerhatian berikut mengenai kes-kes yang dirujuknya – [23] The decisions as aforementioned were undoubtedly influenced by case law from India. The Indian courts have been consistent in deciding the effective date or time of commencement of a policy of insurance. If the policy in question provides a specific time to be operative, then the policy becomes effective from that time. If the policy merely provides a date without reference to any time, then the policy becomes effective from midnight on that particular date (see New India Assurance Co Ltd v. Ram Dayal & Others [1990] 2 SCC 680; National Insurance Co Ltd v. Dakhi and Ors [1990] ACJ 827; Oriental Insurance Co Ltd v. Shri Prakash and Ors [1993] ACJ 1085; Maya Devi and Ors v. Hoob Raj and Ors [1987] ACC 33; V Srinivasan v. Raj Lakshmi AIR 1975 Mad 263 and Jaikrishnadas v. Chiruthai Ammal and Another AIR 1984 Madras 321). [24] The position in the United Kingdom is similar. In Cartwright v. MacCormack (Cartwright) [1963] 1 All ER 11, the English Court of Appeal held that when a policy of insurance provided that it was to commence from a specified date, the duration of the policy was to be calculated from midnight of the day in question (see also Poh Chu Chai, Law of Insurance, 3rd edn, p. 207). Sehubungan itu dirumuskan oleh Mahkamah Rayuan sekiranya sesuatu polisi insurans memperuntukkan dengan spesifik tarikh dan waktu polisi bermula, maka polisi tersebut bermula dari tarikh dan waktu yang dinyatakan dengan spesifik. Walau bagaimanapun sekiranya sesuatu polisi hanya memperuntukkan tarikh tanpa menetapkan suatu waktu 15 spesifik tertentu maka polisi tersebut bermula dari tengah malam tarikh yang diperuntukkan. [18] Berhubung dengan prinsip uberrrimae fide yang terpakai pada kontrak insurans, Mahkamah Rayuan mengatakan prinsip tersebut yang menghendaki seorang pembeli insurans mendedahkan dengan lengkap semua fakta dalam pengetahuannya adalah merupakan suatu keperluan mandatori di bawah seksyen 150 (1) Akta Insurans 1961. Dalam hal ini mahkamah memaklumi bahawa defendan telah memungkiri prinsip uberrrimae fide. Namun Mahkamah Rayuan menegaskan pencelah adalah pihak ketiga yang tidak bersalah dan tidak boleh dipersalahkan dalam kemalangan yang berlaku. Mahkamah Rayuan selanjutnya membincangkan bahawa insurans motor adalah suatu kehendak mandatori di sisi undang-undang dan niat Parlimen adalah untuk memperuntukkan pampasan oleh syarikat insurans. Mahkamah Rayuan juga merujuk pada Motor Insurers’ Bureau of Malaysia (MIB) yang diwujudkan sebagai suatu usaha memberi keadilan sosial bagi mangsa kemalangan jalan raya yang gagal mendapat pampasan. Selanjutnya mahkamah merujuk pada terma perjanjian antara MIB dan setiap syarikat-syarikat insurans dan mengatakan – 16 [44] It is significant from the definition above that the insurance company which issued the policy remains the insurer concerned notwithstanding that the insurance was arranged after the accident but purported to be effective at the time of accident and notwithstanding that the insurance was obtained by fraud, misrepresentation, non-disclosure of material facts or mistake (see also Mohd Salleh Kasim v. Taisho Marine & Fire Insurance Co Ltd & Anor [1999] 5 CLJ 302). [19] Berikutan itu Mahkamah Rayuan dalam kes Hameed Jagubar Syed Ahmad memutuskan isu kegagalan mendedahkan fakta dan memungkiri prinsip uberrrimae fide oleh defendan (pihak yang diinsuranskan) tidak boleh dipertahankan dan tanggungan plaintif kepada pihak ketiga adalah dinyatakan dengan jelas. [20] Berdasarkan prinsip yang diutarakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Hameed Jagubar Syed Ahmad, tarikh Polisi Insurans mula berkuat kuasa adalah pada tengah malam 19 April 2016 dan bukannya pada jam 3.31 petang pada 19 April 2016 yang merupakan tarikh dan waktu Polisi Insurans dikeluarkan. Sehubungan itu sewaktu kemalangan tersebut berlaku Motorsikal tersebut dilindungi di bawah Polisi Insurans tersebut dan dengan itu Plaintif sebagai penanggung insurans bagi Motorsikal tersebut bertanggungan terhadap sebarang tuntutan yang berbangkit dari kemalangan tersebut. Sehubungan dengan itu juga, kegagalan Defendan Pertama untuk bertindak dengan 17 suci hati (utmost good faith) tidak membebaskan Plaintif dari tanggungjawabnya sebagai penanggung insurans. Kesimpulan [21] Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, saman pemula Plaintif bagi permohonan untuk relief pengisytiharan ditolak dengan kos. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 11 JANUARI 2019 Peguam: Plaintif : Laviania Pathmanathan dari Tetuan S.G. Lingam & Co. Defendan : T Loges dari Tetuan Kit & Associates (mewakili Defendan Kedua)