Claims arising from accidents occurring on 1.1.1992 and thereafter involving transfer of interest can be referred to the Bureau immediately upon ratification of the amendments to the Domestic Agreement by members. [35] Di dalam hal ini, daripada kriteria yang dinyatakan di atas adalah jelas bahawa MIB telah bersetuju bahawa sekiranya terdapat sebarang pemindahan kepentingan (‘transfer of interest’) apabila kenderaan yang diinsuranskan oleh Plaintif telah dijual, Plaintif boleh merujuk perkara ini kepada MIB dan/atau MIB akan mengambil alih kes ini daripada pihak insurans. [36] Di dalam kes ini, telah jelas dibuktikan oleh Plaintiff melalui laporan oleh Adjusters atas kemalangan dan Surat-Surat Pengakuan oleh Defendan Ketiga dan Defendan Pertama bahawa motorsikal itu telahpun dijual oleh Defendan Ketiga kepada Defendan Pertama sebelum kemalangan berlaku dan Plaintif langsung tidak mengetahui transaksi ini sehingga kes tuntutan kemalangan difailkan di 30 Mahkamah Sesyen dan satu penyiasatan dijalankan oleh Plaintif. Di dalam hal ini, makanya, apabila kenderaan yang diinsuranskan oleh Plaintif bagi kepentingan Defendan Ketiga telah dijual oleh Defendan Ketiga kepada Defendan Pertama, Plaintif bukanlah lagi ‘insurer concerned’, atas sebab polisi insurans adalah peribadi (personal) kepada pemegang polisi iaitu Defendan Ketiga dan Defendan Pertama tidak boleh mendapat sebarang keuntungan atau kepentingan dalam polisi insurans yang dikeluarkan kepada Defendan Ketiga oleh Plaintif. [37] Justeru, di dalam kes ini, Plaintif sebagai penginsurans Defendan Ketiga hanya bertanggungjawab untuk menginsurans Defendan Ketiga sahaja, dan penunggang yang dibenarkan sahaja yang menunggang “on the Policyholder’s order or with their permission” dan digunakan “only for social, domestic and pleasure purposes and by the Policyholder in person in connection with his business” [38] Di dalam kes ini, motorsikal yang diinsuranskan oleh Plaintif telah ditunggang oleh seorang yang tidak mendapat kebenaran (non-authorised driver) dan oleh itu, Plaintif sebagai penginsurans 31 Defendan Ketiga tidak mempunyai apa-apa tanggungan kerana Defendan Ketiga tidak bertanggungan dalam kejadian kemalangan dengan Defendan memandangkan motorsikal tersebut telah dijual oleh Defendan Ketiga kepada Defendan Pertama sebelum kemalangan tersebut berlaku. [39] Di dalam hal liabiliti atau tanggungan ini, Mahkamah ini tidak boleh lari dari merujuk kembali kepada peruntukan seksyen 96(1) APJ berkenaan “judgment in respect of any such liability” sebelum pihak Plaintif boleh didapati bertanggungan. Takrifan perkataan liabiliti “liability” atau tanggungan ini telahpun dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Malaysia National Insurance Sdn Bhd v. Lim Tiok [1997] 2 CLJ 351 seperti berikut:- “It is therefore not unfair to say that “liability” in law, unless the context otherwise requires, means a duty owed to another enforceable by sanctions. However, when used in the context of liability insurance ordinarily means liability to pay a definite sum imposed by a final judgment against an insured or by an 32 award or a settlement by way of an agreement”. (penekanan oleh Mahkamah) [40] Justeru, telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa liabiliti yang ditanggung oleh penanggung insurans adalah tanggungan membayar jumlah yang dikenakan oleh penghakiman terhadap orang yang dinsuranskan atau awad ataupun perjanjian penyelesaian. Di dalam kes ini, Plaintif telah menafikan liabilitinya dengan pemfailan permohonan ini untuk mendapat penetapan Mahkamah atas ketidakbertanggungannnya atas apa-apa tuntutan kecederaan yang dialami oleh Defendan atas kemalangan yang berlaku antara motorsikal yang ditunggangnya dan motorsikal BBJ 5763 kerana Defendan Pertama ataupun Defendan Kedua bukanlah orang yang telah dinsurans di dalam polisi tersebut dan tunggangan motorsikal BBJ 5763 oleh Defendan Pertama tidaklah dengan kebenaran Defendan Ketiga. Defendan Ketiga sebagai pemegang Polisi tidaklah bertanggungan secara vikarius terhadap Defendan Pertama yang menunggang motorsikal tersebut apabila kemalangan berlaku. Di dalam kes ini, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa 33 tidak ada liabiliti wujud ke atas Defendan Ketiga untuk ditanggung oleh Plaintif. [41] Mahkamah ini suka merujuk kes Ahmad Sandara Lela Putera & Anor v. Queensland Insurance Co. Ltd [1975] 1 MLJ 269 yang dirujuk oleh peguam Plaintif. Mahkamah di dalam kes Ahmad Sandara Lela Putra telah memutuskan bahawa pihak insurans tidak bertanggungan terhadap liabiliti yang mungkin diperolehi terhadap non-authorised driver seperti Defendan Pertama. Di dalam kes Ahmad Sandara Lela Putra ini, Ajaib Singh H telah merujuk kepada peruntukan seksyen 80(1) Road Traffic Ordinance 1958 yang sama dengan peruntukan seksyen 96(1) APJ . Antara lain telah diputuskan oleh Ajaib Singh H di muka surat 270 seperti berikut: “The Plaintiff claim against the defendant company must fail. A policy of insurance in respect of a motor vehicle is a contractual agreement between the parties concerned and subject to the statutory provisions in Part IV of the Road Traffic Ordinance 1958, relating to compulsory insurance against third party risks, the parties are absolutely free to decide on the terms and conditions that they wish to incorporate in the policy provided that those terms and 34 conditions are not otherwise illegal or contrary to law. Section 79 of the Road Traffic Ordinance contains a list of restrictions which can have no application on the scope of policies relating to third party risks but a stipulation restricting the driving of a vehicle to the insured himself is not one of the matters listed therein. In the present case the insured and the defendant company were in no way infringing any provision in the Road Traffic Ordinance by agreeing between themselves that the defendant company should not be liable in respect of any accident while the motor cycle was being driven by any person other than the insured himself. At the time of the accident the motor cycle was being driven not by the insured but by some other person and, therefore, as the motor cycle was being used outside the limits of the policy the defendant company was well within its right in repudiating liability. The defendant company was not under any risk in respect of the motor cycle within the terms and conditions of the policy at the time of the accident so that the judgment which the plaintiffs obtained against the insured was not a judgment in respect of a liability covered by the terms of the policy within the meaning of section 80(1) of the Road Traffic Ordinance,