Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-60-12/2022 ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY [MALAYSIA] BERHAD (No. Syarikat: 735426-V) …PERAYU
DA-12B-60-12/2022
High Court of Malaysia30 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“CLJ 414; [2015] 6 MLJ 810 seperti berikut: "[17] In law, the party who desires the court to give judgment in its favour as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is two fold:”
“gganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-60-12/2022 ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY [MALAYSIA] BERHAD (No. Syarikat: 735426-V) …PERAYU
1
MUHAMMAD HAFIZUL HANIF BIN MD NOOR [No. K/P: 930607-03-5447]
2
AEZOI BIN AZIZ [No. K/P: 840503-03-5697] …RESPONDEN-RESPONDEN Didengar bersama DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-61-12/2022 AEZOI BIN AZIZ [No. K/P: 840503-03-5697] …PERAYU
1
MUHAMMAD HAFIZUL HANIF BIN MD NOOR [No. K/P: 930607-03-5447]
2
ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY [MALAYSIA] BERHAD …RESPONDEN-RESPONDEN S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw (Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Gua Musang Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia Guaman No. BK-A53KJ-13-06/2020 Muhammad Hafizul Hanif bin Md Noor …Plaintif
1
Aezoi bin Aziz
2
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad …Defendan) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini merupakan rayuan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Defendan 2”) dalam kes No. DA- 12B-60-12/2022 (“Rayuan 1”) dan juga rayuan oleh Aezoi bin Aziz (“Defendan 1”) dalam kes No. DA-12B-61-12/2022 (“Rayuan 2”) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang pada 29.11.2022 yang telah memutuskan bahawa Defendan-Defendan bertanggungan 100% liabiliti serta kuantum gantirugi am sebanyak RM158,000.00 dan gantirugi khas sebanyak RM2,303,976.00. [2] Pada 30.6.2024, Mahkamah ini telah memutuskan membenarkan rayuan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dalam Rayuan 1 dengan kos sebanyak S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw RM3000.00 dan menolak rayuan oleh Aezoi bin Aziz dalam Rayuan 2 dengan tiada perintah mengenai kos. [3] Muhammad Hafizul Hanif bin Md Noor (“Plaintif”) yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 5.7.2024. Manakala Defendan 1 juga telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 10.7.2024. [4] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Latar belakang kes [5] Satu kemalangan jalanraya telah berlaku pada 23.8.2019 jam lebih kurang 12.30 tengahari di KM 60 Jalan Gua Musang - Lojing yang melibatkan motorsikal No. BMT 3632 yang ditunggangi oleh Plaintif dengan motorsikal No. DDM 8150 yang ditunggangi oleh Defendan 1. [6] Manakala Defendan 2 merupakan penanggung insurans kepada motorsikal Defendan 1 yang telah memohon untuk dijadikan sebagai defendan kedua dalam tindakan asal dan telah dibenarkan oleh HMS. Defendan 2 menegaskan dalam pembelaannya bahawa sebenarnya tiada kemalangan yang berlaku yang melibatkan motorsikal Plaintif dan Defendan 1. S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw [7] Plaintif dan Defendan 1 telah menyertai satu konvoi motorsikal yang bermula dari Kota Bharu menuju ke Cameron Highland. Sewaktu sampai di KM 60 Jalan Gua Musang - Lojing, Kelantan. Plaintif mendakwa motorsikal yang ditunggang Defendan 1 cuba memotong motorsikal Plaintif dari sebelah kiri dan akibat terlalu dekat, handle motorsikal kedua-duanya bergesel. Pergeselan tersebut telah menyebabkan motorsikal Plaintif hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan melanggar besi penghadang jalan. [8] Akibat daripada kemalangan yang didakwa berlaku pada tarikh (23.8.2019), masa dan tempat seperti mana yang didakwa, Defendan 1 yang telah mula-mula membuat laporan polis iaitu Trafik Gua Musang No. 1200/19 (ID3) bertarikh 16.9.2019. Plaintif hanya membuat laporan polis iaitu Trafik Gua Musang No. 1448/19 bertarikh 11.11.2019 (ekshibit P7). Kedua-dua laporan polis ini mendakwa berlakunya perlanggaran 2 buah motorsikal tersebut. [9] Walau bagaimanapun, Defendan 1 telah membuat laporan polis yang keduanya iaitu Trafik Gua Musang No. 549/20 bertarikh 28.6.2020 (ID4) yang mana beliau menafikan terlibat dengan kemalangan melibatkan motorsikal Plaintif tersebut. Setelah agak lama selepas kejadian kemalangan tersebut, Defendan 1 sekali lagi membuat laporan polis yang ketiganya iaitu Trafik Gua Musang No. 170/21 bertarikh 8.3.2021 (ID5) yang mana kali ini beliau menyatakan bahawa kemalangan tersebut benar berlaku dan laporan polis yang dibuat sebelum ini (ID4) adalah kerana dipengaruhi dan diugut oleh pihak insurans. S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw [10] Semasa perbicaraan di peringkat kes Plaintif, pihak Plaintif telah memanggil 3 saksi iaitu Sjn. Mohd Sabki bin Mohd Yusof (SP1) selaku Pegawai Penyiasat, Plaintif sendiri (SP2) dan seorang Pegawai Perubatan iaitu Dr. Muhamad Fais bin Mat Hassan (SP3). Pihak Defendan 1 tidak memanggil mana-mana saksi dan malahan Defendan 1 sendiri tidak dipanggil memberi keterangan. Manakala pihak Defendan 2 telah memanggil seorang Pegawai Perubatan iaitu Dr. Mohamad Baihaqi bin Mohd Basri (SD1). Prinsip undang-undang [11] Di dalam mana-mana rayuan, Mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – “It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. The appellate court will intervene in a case where the trial court had so fundamentally misdirected itself.” [12] Dalam kes Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19, Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa adalah merupakan satu undang-undang yang mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan secara amnya akan keberatan untuk mengganggu penemuan fakta hakim bicara yang S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw lebih berhak berdasarkan kelebihan audio visual yang dinikmati oleh hakim bicara di dalam penilaian dan penghayatan keterangan lisan saksi. [13] Dalam situasi terdapat dua versi kemalangan yang berbeza dan tiada saksi bebas, Mahkamah akan melihat kepada versi mana yang lebih berkemungkinan. Dalam kes Chong Kew @ Chong Seaw Oon – suing as the administrator of the estate of Wong Kooi Tai (deceased) v. Shaari bin Yaacob [1998] 1 CLJ 325, hakim telah memutuskan yang berikut: “the existence of two conflicting versions of how an accident occurred (as it happens here) is typical in almost motor vehicle accident cases. In such situation, I will have to carry out a searching evaluation and assessment of the totality of the oral evidence and also to resort to documentary evidence in order to find out the truth. In my attempt to uncover the truth in order to find out the truth, I must not lose sight of the principle that in assessing the evidence of the parties in a suit, it is not merely a question of whom to believe but rather whose version is more inherently probable which is the prime consideration.” (Penekanan ditambah) [14] Oleh yang demikian, berdasarkan nas di atas, mahkamah dalam sesuatu kes hendaklah memutuskan versi yang lebih berkemungkinan (inherently probable) dengan menilai secara total keterangan yang dikemukakan bukan sahaja keterangan lisan (oral S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw evidence) tetapi meliputi juga keterangan dokumentar (documentary evidence). Analisis dan dapatan Sama ada kemalangan berlaku akibat perlanggaran (pergeselan) antara motorsikal Plaintif dan Defendan 1 atau Plaintif terjatuh/terbabas sendiri? [15] Versi kemalangan oleh Plaintif berdasarkan kepada keterangan lisan dan laporan polis beliau iaitu Trafik Gua Musang No. 1448/19 bertarikh 11.11.2019 (ekshibit P7) mengatakan bahawa motorsikal Defendan 1 No. DDM 8150 telah memotong dari sebelah kiri dan bergesel dengan handle motorsikal Plaintif No. BMT 3632 menyebabkan beliau hilang kawalan lalu terjatuh ke penghadang jalan sebelah kanan. Semasa memberi keterangan juga, Plaintif mengatakan bahawa semasa kemalangan beliau tidak mengetahui nombor motorsikal Defendan 1 dan hanya mengetahuinya apabila dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat semasa beliau membuat laporan polis. Laporan polis yang dibuat oleh Plaintif adalah pada 11.11.2019 sedangkan kemalangan berlaku pada 23.8.2019. [16] Defendan 1 pula telah membuat 3 laporan polis berkaitan kemalangan tersebut iaitu Trafik Gua Musang No. 1200/19 (ID3) bertarikh 16.9.2019. Namun, Defendan 1 telah membuat laporan polis yang kedua menafikan penglibatannya dalam kemalangan tersebut iaitu Trafik Gua Musang No. 549/20 bertarikh 28.6.2020 (ID4). Kandungan laporan polis kedua oleh Defendan 1 secara jelas menyatakan tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw dengan motorsikal tersebut dan laporan polis yang pertama beliau buat itu adalah kerana ingin menolong kawannya iaitu Plaintif yang terlibat kemalangan seorang diri, bagi tujuan membolehkan Plaintif membuat tuntutan insurans. [17] Pada 8.3.2021 (lebih kurang setahun setengah selepas tarikh kemalangan), Defendan 1 telah sekali lagi membuat laporan polis iaitu Trafik Gua Musang No. 170/21 (ID5) menyatakan bahawa kemalangan tersebut benar berlaku dan laporan polis yang dibuat sebelum ini (ID4) adalah kerana dipengaruhi dan diugut oleh pihak insurans. Adalah tidak munasabah bagi Defendan 1 mengatakan bahawa beliau telah dipengaruhi dan diugut oleh pihak insurans semasa membuat laporan polis keduanya (ID4) selepas tempoh masa yang lama iaitu lebih kurang setahun setengah. Adalah lebih pelik lagi apabila Pegawai Penyiasat (SP2) langsung tidak menyiasat perkara tersebut. [18] Kesemua laporan polis oleh Defendan 1 (ID3, ID4 dan ID5) hanyalah ditandakan semasa perbicaraan sebagai “ID” sahaja yang bermaksud ‘for identification purpose only’ dan belum diterima masuk sebagai keterangan (evidence). Lebih malang lagi apabila Defendan 1 juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak hadir untuk memberi keterangan dalam mahkamah perbicaraan. [19] Seterusnya, Mahkamah ini juga meneliti laporan perubatan Plaintif bertarikh 30.1.2022 (ekshibit D11) oleh Dr Mohamad Baihaqi Mohamad Basri (SD1) dari Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Krai dan laporan perubatan awal bertarikh 19.02.2020 (ekshibit P8 dan S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw P9) oleh Dr Muhamad Fais Bin Mat Hassan (SP3) dari Jabatan Kecemasan, Hospital Gua Musang. [20] Laporan perubatan Plaintif di Hospital Kuala Krai bertarikh 30.1.2020 tersebut (ekshibit D11) dengan jelasnya di bawah tajuk sejarah (history) menyatakan: “Patient had alleged motor vehicle accident on 24/8/2019 at 1pm. He was a motorbike rider on the way to Cameron Highland from Pasir Puteh. He was riding 50-60km/h then suddenly skidded while trying to avoid sand on the road. He hit the divider and fell on the right side.” Manakala laporan perubatan Plaintif di Hospital Gua Musang 19.2.2020 (ekshibit P8) dengan jelasnya dibawah tajuk sejarah (history) menyatakan: “Alleged motorbike skidded, fall on right side sustained pain and bleeding over right arm, right forearm and hypochondriac region. Otherwise no loss of conscioiusness, no ENT bleed”. [21] Rumusan daripada kedua-dua laporan perubatan Hospital Kuala Krai dan Hospital Gua Musang dengan jelas telah menunjukkan bahawa Plaintif sendiri telah memberitahu doktor yang merawat beliau di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Krai dan di Jabatan Kecemasan Hospital Gua Musang bahawa beliau telah mengalami kemalangan dan kecederaan akibat motorsikal yang ditunggang beliau telah dengan tiba-tiba terbabas (skidded) semasa beliau cuba mengelak pasir di atas jalan dan menyebabkan beliau melanggar pembahagi jalan dan jatuh di bahagian kiri. (suddenly skidded while trying to avoid sand on the road. he hit the divider and fell on the right side) (Alleged motorbike skidded, fall on right side…). S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw [22] Malah ia turut disokong oleh keterangan kedua-dua doktor yang menyatakan bahawa semasa maklumat mengenai kemalangan tersebut diambil daripada Plaintif, beliau pada masa tersebut adalah keadaan sedar sepenuhnya dan memahami kesemua soalan-soalan yang ditanya kepada beliau. [23] Walaupun terdapat surat penjelasan (ekshibit P9) oleh doktor Hospital Gua Musang iaitu Dr Muhamad Fais (SP3) bahawa terdapat kesilapan semasa proses menyediakan laporan perubatan bertarikh 19.2.2020 (ekshibit P8) dan menyatakan pula bahawa pesakit (Plaintif) sebenarnya Alleged Motor Vehicle Accident. Namun dalam keterangan lisan, beliau mengakui penjelasan tersebut bukan berdasarkan kepada sebarang maklumat dokumen di Hospital Gua Musang. [24] Oleh yang demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Defendan 2 bahawa surat penjelasan tersebut seharusnya tidak perlu untuk diambil kira dan tidak “qualify” sebagai suatu klarifikasi/penjelasan atas sebab-sebab di atas. Ia hanyalah suatu penambahan maklumat tanpa disokong oleh apa-apa maklumat atau rekod perubatan yang ada di Hospital Gua Musang. [25] Adalah lebih mengecewakan lagi apabila didapati terdapat kelemahan siasatan oleh Pegawai Penyiasat (SP1) sebagaimana rumusan berikut:
a
SP1 tidak tahu tentang mengapa Defendan 1 hanya membuat laporan polis satu bulan setengah selepas dinasihati oleh beliau; S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw
b
SP1 tiada langsung menghubungi Plaintif berkenaan dengan laporan polis kedua Defendan 1;
c
SP1 bersetuju bahawa Plaintif sepatutnya dipanggil untuk keterangan lanjut;
d
SP1 mengakui bahawa beliau tidak memeriksa kerosakan motorsikal-motorsikal yang terlibat kerana beliau tidak secara sendiri melihat motorsikal-motorsikal tersebut;
e
SP1 mengakui bahawa beliau hanya menerima gambar motorsikal-motorsikal dua minggu selepas kemalangan daripada Defendan 1 melalui aplikasi whatsapp; dan
f
SP1 bersetuju bahawa beliau seharusnya lebih teliti dan berwaspada dengan laporan-laporan polis kerana Plaintif telah lewat dalam membuat laporan polis dan beliau juga gagal untuk memeriksa motorsikal-motorsikal yang didakwa terlibat dalam kemalangan tersebut. [26] Namun begitu walaupun kelihatan kelemahan dalam siasatan oleh Pegawai Penyiasat, SP1 melalui dokumen keputusan penyiasatan kes (ekshibit P2) memaklumkan keputusan siasatan bahawa bahawa Defendan 1 sebagai pihak yang bertanggungjawab dan telah disaman oleh polis pada 4.12.2019 dengan nombor saman D2038G000071 sebanyak RM300. S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw [27] Oleh yang demikian, berdasarkan dapatan-dapatan tersebut di atas serta rujukan kepada kes Chong Kew @ Chong Seaw Oon – suing as the administrator of the estate of Wong Kooi Tai (deceased) v. Shaari bin Yaacob (supra) Mahkamah ini mendapati atas penilaian semula secara total keterangan yang dikemukakan bahawa pihak Plaintif gagal untuk membuktikan versi yang lebih berkemungkinan (inherently probable) tentang dakwaan berlaku kemalangan disebabkan pergeselan dengan motorsikal Defendan 1. [28] Panduan dalam menentukan dua versi yang berlainan dan menentukan versi siapa yang lebih barangkali (“probable”) telah dinyatakan di dalam kes Noorianti Zainol Abidin & Ors v. Tang Lei Nge [1990] 1 CLJ 943; [1990] 2 CLJ (Rep) 545; [1989] 2 MLRH 666; [1990] 2 MLJ 242. Mahkamah Rayuan di dalam Ahmad Zulfendi Anuar v. Mohd Shahril Abdul Rahman [2022] 9 CLJ 307 telah mengikuti prinsip di dalam kes Noorianti (supra) dan telah memutuskan seperti berikut: “[17] We are mindful that this is consistent with the principle pronounced in the case of Noorianti Zainol Abidin & Ors v. Tang Lei Nge [1990] 1 CLJ 943; [1990] 2 CLJ (Rep) 545, where the High Court held that the court should not approach the case on the basis of deciding which of the conflicting versions ought to be believed - but rather to evaluate which account was inherently probable or improbable.” [29] Adalah menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa Plaintif bertanggungjawab untuk mengemukakan S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw keterangan di dalam membuktikan tuntutannya sebagaimana peruntukan seksyen 101 Akta Keterangan 1950. Prinsip ini disebut sebagai "the necessity of proof always lies with the person who lays charges", yang membawa maksud beban pembuktian terletak kepada pihak yang menuntut. Prinsip ini telah dijelaskan oleh Hakim Vernon Ong HMR (pada ketika itu) di dalam kes Yohata Machineries Sdn Bhd & Anor v. Coil Master Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 414; [2015] 6 MLJ 810 seperti berikut: "[17] In law, the party who desires the court to give judgment in its favour as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is two fold:
i
the burden of establishing a case; and
II
(ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof required of the plaintiff is on the balance of probabilities. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the adverse party does not need to adduce any evidence…” [30] Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kes Plaintif on the balance of probabilities dan HMS telah terkhilaf dalam penilaian dan membuat rumusan dapatannya. S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw Sama ada kuantum gantirugi yang diaward oleh HMS terlalu tinggi atau melampau [31] Mahkamah ini merujuk kepada prinsip yang dinyatakan dalam kes Hang Jong Juan v Τan Yeo Soon [1985] 1 MLRA 235: "In an appeal against the quantum of damages, it is settled law that the onus on the appellant is a heavy one and it must be stablished plainly that the trial Judge's award was a wholly erroneous estimate" (Penekanan ditambah) [32] Pihak Defendan 2 bergantung sepenuhnya hujahan mengenai isu kuantum kepada hujahan bertulis pihak Defendan 1. Pihak Plaintif juga bergantung sepenuhnya kepada hujahan bertulis pihak Defendan 1 mengenai isu kuantum. [33] Pihak Defendan 1 dalam perenggan 5 hujahan bertulis mengenai kuantum gantirugi hanya menghujahkan tentang gantirugi khas di masa hadapan (future special damages) yang dipecahkan seperti berikut:
a
Kos ubat-ubatan yang merangkumi ubat saraf dan tahan sakit serta ubat antidepressant;
b
Kos konsultasi pakar;
c
Kos fisioterapi; S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw
d
Kos pemulihan carakerja; dan
e
Kehilangan pendapatan. [34] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Defendan 1 sekadar mengemukakan suatu jumlah baru bagi award gantirugi mengikut pecahan di atas. Pihak Defendan 1 gagal menunjukkan atau menghujahkan mana-mana kesilapan atau kekhilafan HMS dalam membuat keputusan tentang kuantum gantirugi tersebut (erroneous estimate). Sebaliknya pihak Defendan 1 sekadar mengulangi alasan-alasan yang telah pun dipertimbangkan oleh HMS serta dinyatakan dalam Alasan Penghakimannya. [35] Kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan Defendan 1 mengenai kuantum gantirugi yang juga digunapakai oleh Plaintif dan Defendan 2 adalah tidak mempunyai merit dan wajar ditolak sepenuhnya. [36] Mahkamah ini berpandangan jumlah kuantum yang dibenarkan adalah wajar dan munasabah serta tidaklah terlalu tinggi atau melampau untuk diubah oleh Mahkamah ini.
para
[37] Setelah meneliti Rekod Rayuan secara keseluruhan dan mengambil kira penghujahan oleh pihak-pihak serta dapatan-dapatan terhadap isu-isu di atas, Mahkamah ini membuat keputusan membenarkan rayuan oleh Defendan 2 dalam Rayuan 1 dengan kos S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw S/N 5eqk3aiPE2217IqcqxDxw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.