Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN NO: DA-A54-3-07/2023 ANTARA ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY (MALAYSIA) BERHAD (NO. SYARIKAT: 735426-V) . . . PEMOHON
DA-A54-3-07/2023
Sessions Court of Malaysia14 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(ii) Dalam kes di atas Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman telah mengikut beberapa kes seperti yang berikut: - V. Srinivasan v. Rajalaksi [1975] AIR 263 Mad 263; - Jaikrishndas v. Chiiruthai Ammal 1984 AIR Madras 321; dan - Pacific Orient Insurance Insurance Co. Berhad v. Rosli bin Samsudin (suing as an estate of Zahrah bi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN NO: DA-A54-3-07/2023 ANTARA ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY (MALAYSIA) BERHAD (NO. SYARIKAT: 735426-V) . . . PEMOHON
1
NOR ILY KAREENA BINTI ROSMAN
2
MOHD SOLEHIN BIN MOHD RAZALI
3
TAJULARUS BIN BAHARI (NO. K/P: 670406-05-5099) . . . RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN RINGKAS KANDUNGAN 1 LATAR BELAKANG [1] Satu kemalangan telah berlaku pada 1/3/2022 jam lebih kurang 12.00 tengahari yang melibatkan motorkar yang dipandu oleh Responden Pertama dan motorkar yang dipandu oleh Responden Kedua. [2] Pada 1/3/2022 jam lebih kurang 2.09 petang urusan pembelian dan pembaharuan polisi insurans No. 22VKB0015642 telah dibuat di atas nama Responden Ketiga iaitu selepas lebih kurang 2 jam 9 minit dari waktu kemalangan berlaku. [3] Pada 6/7/2023 Pemohon telah memfailkan Saman Pemula (Kandungan 13) untuk perintah bahawa:
a
polisi insurans bernombor 22VKB0015642 yang melindungi motorkar No. BFX 7255 pada tarikh 01/03/2022 jam 2.09 petang sehingga 28/2/2023 jam 11.59 adalah sah bagi tempoh tersebut sahaja;
b
polisi insurans tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan (unenforceable) terhadap tuntutan Plaintif berhubung dengan kemalangan yang berlaku pada 1/3/2022 jam pukul 12.00 tengah hari; dan
c
Pemohon tidak bertanggungjawab (not liable) untuk menanggung sebarang perintah dan penghakiman di bawah seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk sebarang tuntutan yang difailkan di bawah polisi insurans ini. [4] Pada 1/2/2024 pihak Plaintif telah memfailkan hujahan bertulis dan ikatan autoriti manakala pihak Defendan pula telah memfailkan hujahan bertulis dan ikatan autoriti pada 4/2/2024. Mahkamah ini telah menetapkan tarikh 18/2/2024 untuk keputusan Kandungan 1. [5] Pada 14/5/2024 berdasarkan afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan ikatan autoriti kedua-dua pihak Pemohon dan Responden, Mahkamah ini telah menolak Kandungan 1 dengan kos RM1,000 kepada Responden Pertama. [6] Alasan Mahkamah ini menolak Kandungan 1 adalah seperti yang berikut:
a
Tempoh Perlindungan Insurans
i
Eksibit VJR-1 menyatakan tempoh perlindungan insurans ialah dari tarikh 1/3/2022 hingga 28/2/2023.
II
(ii) Eksibit VJR-1 tidak menyatakan masa atau waktu perlindungan insurans bermula.
III
(iii) Waktu atau masa yang dinyatakan dalam Eksibit VJR-1 hanyalah merujuk waktu dan masa Jadual tersebut dikeluarkan dan bukanlah merujuk waktu dan masa perlindungan insurans itu mula berkuat kuasa.
IV
(iv) Sekiranya waktu atau masa adalah inti pati (essence) dalam perlindungan insurans, Mahkamah ini percaya bahawa waktu atau masa akan dimasukkan dalam ruangan tempoh kuat kuasa perlindungan insuransi, contohnya dari 1/3/2022 (mulai jam 2.09 petang) hingga 28/2/2023 (jam 11.59 malam).
b
Kes Undang-Undang
i
Atas prinsip judicial precedent Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Etiqa Takaful Berhad v. Rorki Dusong & 3 Ors [2016] 1 LNS 533 berhubung dengan tempoh perlindungan insurans.
II
(ii) Dalam kes di atas Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman telah mengikut beberapa kes seperti yang berikut: - V. Srinivasan v. Rajalaksi [1975] AIR 263 Mad 263; - Jaikrishndas v. Chiiruthai Ammal 1984 AIR Madras 321; dan - Pacific Orient Insurance Insurance Co. Berhad v. Rosli bin Samsudin (suing as an estate of Zahrah binti Mohd Samman – deceased) and another via originating summons No. 24-970-
2011
Bertarikh 26 Oktober 2024. Amir Affendy bin Hamzah Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA Bagi pihak Pemohon : Puan Zaimah binti Hussin Firma: Tetuan Zaid Ibrahim & Co Bagi pihak Responden 1 :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.