Doktrin “last seen together” [37] Berhubung pemakaian doktrin tersebut, Pendakwaan bergantung kepada rakaman CCTV, imej gambar dari rakaman CCTV tersebut, kad akses bagi premis tempat kejadian dan laporan penggunaan kad akses tersebut (Ekshibit 29 dan P30) bagi membuktikan yang Perayu adalah individu yang terakhir berada bersama Simati sebelum kematian beliau. YA HMT bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan. [38] Di hadapan kami, TPR terpelajar mengulangi apa yang dihujahkan di hadapan YA HMT. Peguam Perayu sebaliknya mendakwa dan berhujah bahawa YA HMT terkhilaf dalam menerima masuk rakaman CCTV tersebut sebagai ekshibit dan seterusnya dalam menggunapakai doktrin “last seen together” terhadap Perayu. [39] Di perenggan 34 dan 35 di atas, kami mendapati penerimaan dan penandaan ekshibit-ekshibit tersebut oleh YA HMT adalah teratur. [40] Dalam kes Salem Anak Brayon V Public Prosecutor [2023] 1 MLJ 441 berhubung doktrin “last seen together” Mahkamah Rayuan Malaysia memutuskan seperti berikut: “[53] Another important point was also advanced before us by the Respondent concerning the principle of the last person having been seen together with the deceased before she was discovered dead. PW17, the sole eye-witness to the incident, who was accepted by the LJ to be a credible and truthful witness testified that the Appellant was with the deceased when she left the room after the incident when the commotion stopped. Another witness, PW14, testified that she saw the Appellant leave the Deceased's room around 10.20pm. [54] Our attention was drawn to the Indian Supreme Court decision of Ashok v. State of Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393 where the Supreme Court of India held that: "The "last seen together" theory has been elucidated by this Court in Trimukh Marotiu Kirkan v. State of Maharashtra [2006] 10 SCC 106, in the following words: "Where an accused is alleged to have committed the murder of his wife and the prosecution succeeds in leading evidence to show that shortly before the commission of crime they were seen together or the offence takes place in the dwelling home where the husband also normally resided, it has been consistently held that if the accused does not offer an explanation how the wife received injuries or offers an explanation which is found to be false, it is a strong circumstance which indicates that he is responsible for commission of the crime. Thus, the doctrine of last seen together shifts the burden of proof on the accused, requiring him to explain how the incident had occurred. Failure on the part of the accused to furnish any explanation in this regard, would give rise to a very strong presumption against him." [54] Under the circumstances of this case where, in our view, the 'last seen together' theory applies, the burden shifted to the Appellant to proffer a strong and cogent explanation and rebut the presumption that his act or series of acts led to the Deceased's death and the inference that he committed the acts. The absence of such an explanation would be detrimental to his defence. (See Nika Ram v. State of H.P. [1972] 2 SCC 80; Kanhaiya Lal v. State of Rajasthan [2014] 4 SCC 715)”. (Penekanan kami). [41] Setelah kami mempertimbangkan hujahan pihak-pihak berhubung pemakaian doktrin “last seen together” oleh YA HMT terhadap Perayu, dalam keadaan dan fakta kes ini secara menyeluruh, kami bersetuju dengan hujahan TPR terpelajar. Kami mendapati hujahan peguam Perayu tidak bermerit. Pada hemat kami, keterangan ikut keadaan sepertimana yang dinyatakan di atas, setelah diambilkira secara bersama dan menyeluruh, membuktikan bahawa Perayu adalah individu terakhir berada bersama Simati sebelum Simati dijumpai mati. [42] Kami bersetuju dengan rumusan YA HMT bahawa Ekshibit P69, P29 dan P30 mengesahkan bahawa Perayu adalah individu yang dilihat dalam rakaman CCTV tersebut, di pangsapuri tersebut, pada masa dan tempat berkenaan. Dalam keadaan tersebut kami mendapati pemakaian doktrin “last seen together” oleh YA HMT adalah tidak terkhilaf dan bermerit. [43] Kami mendapati rakaman CCTV tersebut berserta imej gambar menyokong kes Pendakwaan bahawa Perayulah individu yang terakhir dilihat bersama Simati sebelum Simati ditemui mati (perenggan 37 AP dirujuk). [44] Berlandaskan dapatan-dapatan di atas kami bersetuju dengan YA HMT dan mendapati intipati (iii) juga berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan. Intipati iv - Perayu berniat membunuh Simati [45] Selanjutnya, kami beralih kepada intipati (iv) kesalahan/pertuduhan iaitu, niat membunuh. Berhubung isu niat, kami mulakan dengan merujuk kepada apa yang diputuskan oleh Thompson CJ dalam kes Tan Buck Tee v Public Prosecutor [1961] 1 MLJ 176 bilamana beliau merumuskan: “23. In all cases of homicide the question of the intention of the accused person in doing the act which is the cause of death, supposing such act is made out by the evidence, is of fundamental importance. In all cases that intention is something the existence and the nature of which are to be deduced from the evidence. In some cases the evidence may be such that it becomes necessary to consider with very great care whether or not the intention with which the act was done does or does not come within the definition of criminal intention set out in s 299 of the Code as being necessary to make the act out to be culpable homicide and whether it does or does not come within the definition of criminal intention set out in s 300 as being necessary to make the act out to be murder. In such cases it is necessary for the Judge to spell out with the greatest possible care such portions of ss 299 and 300 as may be appropriate so that the jury may be in no doubt as to the question to which they have to give the answer.” [46] Berbalik kepada kes/Rayuan kita ini, Pendakwaan bergantung kepada seksyen 300 (c) KK iaitu, Perayu berniat mencederakan Simati yang mana kecederaan tersebut pada lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian. TPR terpelajar berhujah bahawa hal keadaan kecederaan serta senjata yang digunakan boleh dikaitkan dengan niat Perayu untuk mendatangkan kecederaan atas Simati. TPR merujuk antaranya, kepada kes Murugan Arumugam v Public Prosecutor [2017] 3 CLJ 377 dan Mohamad Shamsul bin Abdul Aziz @ Abdul Azis v Public Prosecutor and another appeal [2016] 3 MLJ 215. [47] Sebaliknya Peguam Perayu berhujah bahawa YA HMT terkhilaf apabila gagal menunjukkan wujudnya keterangan bagi penggunaan seksyen 300 (c) KK. [48] Bagi menentukan dan menjawab isu di atas, adalah elok kami merujuk kembali kepada AP YA HMT secara terperinci khususnya, kepada perenggan 49 hingga 53 di mana YA HMT telah memutuskan bahawa: “[49] …Bagi berjaya dalam pertuduhan membunuh, Pihak Pendakwaan mestilah membawa kesnya di bawah mana-mana satu empat cabang perbuatan membunuh yang ditetapkan di bawah s.300 Kanun Keseksaan. Jika Pihak Pendakwaan gagal membuktikan mana-mana satu perbuatan daripada empat cabang s.300 itu maka pertuduhan membunuh tidak terbukti dan kes itu berkemungkinan merupakan satu perbuatan mematikan orang yang tidak tergolong kepada membunuh seperti ditetapkan di bawah s.299 Kanun Keseksaan (Kes Tham Kai Yau v Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174 dirujuk). [50] Bagi kes dihadapan kami, Pihak Pendakwaan bergantung kepada perlakuan membunuh di bawah cabang ketiga kepada s.300 Kanun Keseksaan iaitu, Tertuduh dengan niat untuk menyebabkan kecederaan atau bencana tubuh atas Simati yang kecederaan atau bencana tubuh itu cukup pada lazimnya menyebabkan kematian. Dibawah cabang ini niat untuk membunuh tidak perlu dibuktikan tetapi hanya perlu dibuktikan niat Tertuduh untuk menyebabkan kecederaan atau bencana tubuh ke atas Simati itu pada lazimnya cukup menyebabkan kematian (kes Public Prosecutor v Visvanathan [1978] 1 MLJ 159 dan Shaikh Mahmad v Public Prosecutor [2017] 4 MLJ 250 dirujuk). [51] Niat boleh dibuktikan melalui inferen dari keadaan keseluruhan kes walaupun sukar dibuktikan melalui keterangan langsung. Dalam kes ini hal keadaan kecederaan serta senjata yang digunakan merupakan faktor yang boleh dikaitkan dengan niat Tertuduh untuk mendatangkan kecederaan atas Simati (kes Murugan Arumugam v Public Prosecutor [2017] 3 CLJ 377, Tham Kai Yau & Ors v Public Prosecutor (Supra) dan Mohamad Shamsul bin Abdul Aziz @ Abdul Azis v Public Prosecutor and another appeal [2016] 3 MLJ 215 dirujuk). SP23 mengesahkan luka-luka hiris yang dialami oleh Simati boleh disebabkan senjata tajam seperti pisau. SP23 turut mengesahkan pisau seperti barang kes P21(1)(a) dan P21 (11)(a) yang merupakan pisau yang dijumpai di dalam bilik kejadian boleh menyebabkan luka-luka hiris tersebut termasuk luka di senarai nombor 16 di bahagian leher Simati. [52] Niat untuk membunuh boleh juga diinfer daripada jenis dan sifat kecederaan yang dialami oleh simati (Sainal Abidin bin Mading v Public Prosecutor [1999] 4 MLJ 497). SP23 turut mengesahkan bahawa luka hiris dibahagian leher itu telah menyebabkan urat arteri terputus yang menyebabkan darah tidak dapat disalurkan ke bahagian otak dan kepala serta jantung yang akhirnya menyebabkan otak dan jantung tidak berfungsi dan menyebabkan kematian. Kecederaan di bahagian leher sebegitu rupa menurut SP23 boleh menyebabkan kematian yang sangat cepat. Daripada sifat kecederaan di leher ini yang boleh membawa kepada kematian serta merta jelas menunjukkan Tertuduh berniat mendatangkan kecederaan itu dan mengetahui bahawa kecederaan itu yang dalam keadaan biasanya cukup membawa kematian Simati. Dari jumlah kecederan luka-luka hiris yang banyak dan terdapat luka-luka yang agak dalam serta luka hiris dibahagian leher yang merupakan bahagian anggota badan yang penting yang lukanya agak dalam dan panjang serta jenis senjata yang digunakan menunjukkan Tertuduh mempunyai niat untuk mencederakan Simati. [53] Keterangan SP23 sendiri mengesahkan kecederaan dileher Simati itu merupakan kecederaan di bahagian yang vital dan sufficient in the ordinary cause of nature to cause death. Dalam kes Farose Tamure Mohamad Khan v PP & Other Appeals [2016] 9 CLJ 769 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[120] Upon recall, PW3 explained that "potentially fatal" meant that the stab wound to the neck is highly likely to have caused death due to excessive bleeding. In this particular instance, PW3 was unable to quantify the volume of blood lost. Nevertheless, PW3 testified that "any injury to a major blood vessel, if it is not treated would eventually lead to death due to excessive blood loss". PW3 further confirmed that besides the neck injury, there was no other injury severe enough to cause death. We consider that PW3's evidence to have established that the neck injury, being an injury to the internal jugular vein, was sufficient in the ordinary course of nature to cause death by excessive bleeding. We find that the elements of s. 300(c) have been satisfied." Memandangkan kecederaan pada simati membawa kebarangkalian kematian itu yang amat tinggi maka telah dibuktikan bahawa Tertuduh telah berniat membunuh Simati”. (penekanan kami). [49] Adalah jelas daripada alasan-alasan beliau di atas, YA HMT sebenarnya telah mempertimbangkan seksyen 300 (c) KK dan seksyen 299 KK sewajarnya. Oleh itu, kami mendapati hujahan peguam berkait isu tersebut adalah tidak bermerit. [50] YA HMT menerima keterangan SP23 dalam memutuskan isu niat dan dengan itu dapatan beliau berhubung kredibiliti SP3 tidak lagi menjadi isu. Beliau telah secara tepat didapati oleh YA HMT sebagai saksi yang kredibel (rujuk dapatan kami sebelum ini di perenggan 27). Menurut SP23 berdasarkan jenis senjata, jumlah dan tahap kecederaan yang dilakukan ke atas Simati khususnya kecederaan No. 16, menunjukkan bahawa pelaku tersebut mempunyai niat untuk membunuh Simati. YA HMT menerima dapatan SP23 bahawa kecederaan yang dialami Simati membawa kebarangkalian yang amat tinggi kepada kematian. Kami bersetuju dengan dapatan beliau tersebut. [51] Niat membunuh boleh dirumuskan daripada tahap kecederaan dan juga senjata yang digunakan. Thompson CJ dalam kes Tan Buck Tee v Public Prosecutor [supra], setelah menilai kecederaan mangsa/simati dan jenis senjata yang digunakan oleh Tertuduh dalam kes tersebut, memutuskan: “There was the body with five appalling wounds on it, wounds penetrating to the heart and liver, which must, have been caused by violent blows with a heavy sharp instrument like an axe. In the absence of anything else, whoever inflicted those blows must have intended to kill the person on whom they were inflicted”. [52] Tiada keterangan dari pakar lain dipanggil untuk menyanggah dapatan SP23 tersebut. Kami mendapati kepakaran SP23 tidak digugat oleh Perayu dan dapatan beliau berhubung kecederaan dan kesan kecederaan ke atas Simati, kekal utuh. Dalam keadaan tersebut kami bersetuju dengan dapatan YA HMT berhubung isu niat. Perayu gagal menunjukkan sebarang kekhilafan sama ada berhubung dapatan fakta mahupun undang-undang oleh YA HMT dalam dapatan beliau tersebut, untuk mewajarkan dapatan beliau tersebut diusik di peringkat rayuan ini. Oleh itu, kami bersetuju dengan dapatan YA HMT bahawa intipati (iv) juga telah berjaya dibuktikan. Rumusan kami bagi Isu (i) – kes prima facie [53] Atas dapatan Mahkamah berkaitan intipati (i) hingga (iv) di atas, kami bersetuju dengan dapatan YA HMT bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan di akhir kes Pendakwaan sepertimana pertuduhan. Susulan itu, pada hemat kami, YA HMT tidak terkhilaf memanggil Perayu untuk membela diri. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan YA HMT bahawa Isu (i) telah dibuktikan. [54] Selanjutnya, kami berpindah kepada Isu (ii) dan (iii). Isu (ii) dan (iii) yang akan kami putuskan bersekali kena ianya adalah berkaitan. Isu (ii): Adakah YA HMT terkhilaf dalam mendapati pembelaan Perayu telah gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan? Isu (iii): Adakah YA HMT terkhilaf dalam mendapati Pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Perayu melampaui keraguan munasabah? [55] Melalui kenyataan pembelaan beliau, Perayu menafi membunuh Simati. Menurut Perayu, tiada motif untuk beliau membunuh Simati kerana beliau amat menyayangi Simati. Dalam menafikan penglibatan beliau dengan jenayah yang berlaku ke atas Simati, Perayu mendakwa tahap kawalan keselamatan kondominium tempat kejadian tersebut adalah tidak ketat. Menurut Perayu sesiapa pun boleh naik ke premis tempat kejadian walaupun tidak memilik kad akses dengan menggunakan tangga kerana pintu tangga tidak dikunci. Mereka juga boleh meminta bantuan pengawal keselamatan untuk naik ke mana-mana unit kediaman di situ. Ringkasnya, Perayu mendakwa bahawa orang ketiga yang turut mempunyai laluan naik ke premis/unit tempat kejadianlah yang telah memasuki unit tempat kejadian dan melakukan pembunuhan ke atas Simati. [56] Keduanya, bagi pembelaan ‘alibi’ pula, Perayu yang mengemukakan Notis alibi bertarikh 1.9.2020 (Ekshibit D87) menyatakan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian, pada masa kejadian. Menurut Perayu dari jam 8.00 malam 08.05.2019 hingga pagi 09.05.2019, Simati tidak bersama beliau di tempat kejadian kerana Simati telah balik ke hostel. Seterusnya, pada pagi 09.05.2019 beliau telah meninggalkan tempat kejadian, dengan membawa beg pakaian beliau. Beliau meninggalkan premis tempat kejadian itu untuk mengelak bertemu pemilik rumah, sepertimana yang diminta oleh Simati terdahulu sebelum itu. Menurut Perayu lagi beliau meninggalkan kad akses kunci rumah di dalam unit rumah tersebut dan mengunci pintu rumah tersebut dari luar. Tambah Perayu, dari kondominium itu, beliau pergi ke Seri Camelia Apartment, Kajang dan tinggal bersama rakan beliau “Jimmy” di situ, sehingga 16.05.2019, bilamana beliau telah ditangkap oleh Polis semasa berada di restoran ‘Starbuck coffee’. Semasa tangkapan, beliau tidak cuba melarikan diri. Beliau telah memberikan kerjasama kepada polis. Berhubung kesan darah pada pakaian beliau pula, meurut Perayu beliau tidak tahu bagaimana kesan tersebut boleh berada di situ. [57] YA HMT mendapati pembelaan beliau sukar dipercayai dan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan (perenggan 65 AP dirujuk). [58] Peguam Perayu berhujah YA HMT terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa Perayu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. Peguam berhujah bahawa YA HMT gagal memberikan pertimbangan sewajarnya kepada Pembelaan Perayu. Menurut peguam Perayu telah memberikan penjelasan tentang keberadaan beliau, namun YA HMT gagal menimbang penjelasan tersebut. [59] Di hadapan kami, peguam mengulangi hujahan di peringkat akhir kes Pendakwaan berhubung dapatan berkait doktrin “last seen principle” terhadap Perayu, penerimaan keterangan yang didakwa tidak boleh diterimapakai (inadmissible evidence) dan kredibiliti saksi-saksi. Seterusnya peguam berhujah bahawa YA HMT gagal menilai kewujudan pembelaan di bawah seksyen 300 KK yang membolehkan YA HMT mendapati kesalahan di bawah seksyen 304 KK. Dapatan Kami bagi Isu (ii) dan (iii): [60] Setelah kami mempertimbang dan menilai hujahan bagi Isu (ii) dan