Lampiran
Lampiran 40 berkenaan pembayaran kepada pihak ketiga iaitu Radzi, namun isu ini tidak dijawab oleh Plaintif. Isu-isu ini melibatkan: [a] Plaintif sememangnya mengenali Radzi di luar daripada projek PBA iaitu projek Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Projek MAIPP). [b] Plaintif telah memberi arahan kepada Radzi untuk menggunakan wang yang diterima bagi projek PBA tersebut untuk kegunaan projek MAIPP. [c] Terdapat pra-aturan di antara Plaintif dan Radzi berkenaan pengagihan pembayaran bagi projek PBA dan Projek MAIPP yang di luar pengetahuan Defendan. [d] Plaintif telah meminta Radzi dan Syarikat Artera Bina untuk membayar apa-apa kos tertunggak daripada projek MAIPP dengan menggunakan bayaran daripada projek PBA. [21] Di sini, HMS menyatakan adalah undang-undang mantap bahawa jika fakta-fata material (Lampiran 40) tidak dicabar, maka ia membawa kepada satu kesimpulan bahawa Plaintif mengakui dan/atau bersetuju bahawa fakta-fakta material ini sememangnya benar. [22] Berdasarkan kepada alasan-alasan ini dan atas imbangan kebarangkalian HMS menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM15,000.00. F. ANALISA DAN KEPUTUSAN [23] Dalam membuat keputusan, saya merujuk kepada undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah ini tidak akan campur tangan dengan keputusan Hakim bicara melainkan Hakim tersebut didapati telah salah (plainly wrong) dalam membuat keputusan dan berlakunya penilaian bukti yang tidak mencukupi (insufficient judicial appreciation of evidence). Merujuk kepada kes Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: [14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such a process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test. [24] Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, saya dapati bahawa kes ini adalah kes yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini. HMS, dalam Alasan Penghakimannya telah menyatakan bahawa tuntutan Plaintif adalah tidak dibuktikan kerana jumlah tuntutan dalam bayaran Progresif No. 7 di ekshibit P19 adalah sebanyak RM753,280.00 sedangkan jumlah tuntutan Plaintif dalam tindakan ini adalah sebanyak RM704,000.00. Dengan erti kata lain, tuntutan Plaintif ditolak kerana Plaintif gagal untuk menunjukkan kiraan menurut tuntutan Progresif No. 7, maka dengan itu terdapat percanggahan diantara jumlah tuntutan pada Pliding dengan Tuntutan bayaran Progresif No.7. HMS dalam menolak tuntutan Plaintif memutuskan seperti berikut: “51. Mahkamah ini mendapati bahawa jumlah tertunggak yang dituntut oleh Plaintif terhadap Defendan sebanyak RM 704,000.00 dalam kes ini adalah suatu jumlah yang besar, maka dalam ketidakpastian bagaimana plaintif mendapatkan jumlah yang dituntut tersebut dan dalam kegagalan plaintif sendiri untuk mengemukakan bukti yang kukuh bagi membuktikan jumlah tertunggak tersebut maka plaintif tidak boleh dikatakan telah melepaskan beban pembuktian yang diwajibkan keatasnya oleh undang-undang”. [25] HMS membuat dapatan bahawa Plaintif dalam kes ini mempunyai beban untuk membuktikan tuntutannya dan mempunyai beban untuk menjelaskan kepada Mahkamah berkaitan percanggahan pengiraan dalam invois yang telah dikemukakan di Mahkamah dengan jumlah yang dituntut dalam Penyataan Tuntutan yang mana menurut HMS, Plaintif telah gagal untuk berbuat demikian. [26] Walau bagaimanapun, saya dapati HMS gagal mengambil kira keterangan SD1 yang telah bersetuju dengan tuntutan bayaran progresif No. 7 bahawa tuntutan Perayu yang sah di Mahkamah adalah sebanyak RM753,280 seperti di Ekshibit D19 yang pada asalnya adalah ID19. ID19 diterima masuk dan dijadikan Ekshibit D19 oleh HMS ketika perbicaraan selepas SD1 bersetuju sehubungan jumlah tuntutan. Pada hemat saya, perhatian perlu diambil mengenai pengakuan SD1 berkaitan jumlah tuntutan sebenar dan tidak boleh menolak terus atas alasan percanggahan diantara jumlah yang diplid dan jumlah di Ekshibit P19. [27] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan Pliding masing-masing sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944, "[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar Mat Amin v. Abdullah Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313) [30] The Supreme Court in Lee Ah Chor v. Southern Bank Bhd [1991] 1 CLJ 667; [1991] 1 CLJ (Rep) 239; [1991] 1 MLJ 428, had also emphasised the importance of pleadings and ruled that where a vital issue was not raised in the pleadings it could not be allowed to be argued and to succeed on appeal (see also Ambank (M) Bhd v. Luqman Kamil Mohammed Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] MLJU 56 FC). [31] On the same issue, HRH Raja Azlan Shah FJ (as HRH then was) in The Chartered Bank v. Yong Chan [1974] CLJU 178; [1974] 1 LNS 178; [1974] 1 MLJ 157, had also pointed out that "as the trial judge had decided on an issue which was not raised in the pleadings, the judgment must be set aside and new trial ordered" (see also:Haji Mohamed Dom v. Sakiman [1955] CLJU 26; [1955] 1 LNS 26; [1956] MLJ 45; and Kiaw Aik Hang Co Ltd v. Tan Tien Choy [1963] CLJU 59; [1963] 1 LNS 59; [1964] MLJ 99). [28] Adalah tidak dipertikaian bahawa Plaintif telah memplidkan sejumlah RM704,000.00 yang belum dibayar oleh Defendan. Sebagaimana yang dinyatakan diatas, adalah jelas pada asasnya wujud hutang tertunggak yang belum dibayar oleh Defendan. Di sini, kita perlu juga melihat keperluan Pliding yang mana tujuannya diperkatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Boustead Trading (1985) Sdn. Bhd. v. Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad [1995] 4 Clj 283: “(8) …..One must not lose sight of the object of modern pleadings which is to prevent surprise and to enable disputes to be litigated in an orderly fashion: Raja Abdul Malek Muzaffar Shah bin Raja Shahruzzaman v. Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis & Ors. [1995] 1 CLJ 619, 320. Secondly, even where a party has failed to set out the material facts in his pleading, but there is occasioned no surprise to his opponent, a Court may, in the interests of justice, permit the point to be taken: Coppinger v. Norton [1902] 2 Ir. R. 232, 243; Co-operative Town Bank v. Shanmugam Pillay AIR. Rang. 265, 268; Laws Holdings (supra). Useful reference may also be had to the instructive judgment of Edgar Joseph Jr. J in Rosita bte Baharom & Anor. v. Sabedin bin Salleh [1992] 1 MLJ 379, affirmed by the Supreme Court in [1993] 1 MLJ 393. [29] Perlu ditekankan di sini bahawa pertikaian adalah bukan mengenai liabiliti tetapi mengenai pembuktian jumlah terhutang yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Saya berpandangan isu mengenai liabiliti tidak timbul kerana ianya hanya melibatkan jumlah hutang yang tidak berbayar yang mana telah diakui oleh SD1. Ini perlu dibezakan dengan tuntutan terhadap gantirugi yang jumlahnya perlu dibuktikan sebagaimana saya telah putuskan dalam kes Tenaga Nasional Berhad v Teh Hai Beng, Appeal No:PA-11BNCvC-3-02/2023. [30] Namun begitu, apa jua yang diperkatakan, dari rekod perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan bukti yang dikemukakan, HMS mendapati jumlah harga kontrak adalah RM3,943,200 yang mana sebanyak RM3,239,200 telah dibayar oleh Defendan melalui tuntutan invois No. 1 hingga 6. Melalui pengiraannya, HMS mendapati baki yang belum dijelaskan adalah RM704,000.00 yang mana jumlah ini adalah sama dengan jumlah yang diplidkan oleh Plaintif. [31] Dalam kes di hadapan saya ini, saya dapati melalui keterangan SD1, sekali lagi SD1 telah pun bersetuju dengan penyata akaun yang ditunjukkan kepada beliau bahawa Defendan masih lagi berhutang mengenai tuntutan progresif No. 7. Oleh itu, tiada keraguan di sini bahawa tuntutan No.7 ini adalah tuntutan yang sah dan Defendan perlu membayar tuntutan tersebut. Keterangan SD1 juga mengesahkan bahawa pembayaran tuntutan tidak dibuat kepada Plaintif tetapi kepada seorang yang bernama Mohd Radzi. Ini secara jelas menunjukkan bahawa Defendan sendiri telah mengakui mengenai liabilitinya untuk membuat pembayaran tuntutan progresif tersebut. [32] Saya juga berpandangan adalah tidak wajar untuk Defendan menafikan tanggungjawabnya untuk membuat bayaran tuntutan progresif tersebut kepada Plaintif sedangkan selama ini Defendan telah pun membuat bayaran tuntutan No. 1 – 6 kepada Plaintif bukannya kepada mana-mana pihak ketiga. [33] Secara ringkasnya, memandangkan Plaintif mempunyai suatu kontrak yang sah dan mengikat antara Plaintif dan Defendan pada semua masa yang material, Defendan juga mempunyai pengetahuan penuh bahawa pada semua masa yang material cek-cek iaitu bayaran progresif No.1 – 6 telah dibayar kepada Plaintif oleh Defendan. SD 1 juga mengakui Ekshibit D19 merupakan suatu tuntutan Plaintif yang sah ketika perbicaraan di hadapan HMS yang mana jumlahnya adalah melebihi apa yang diplidkan oleh Plaintif. Oleh kerana tiada keraguan atas liabiliti tetapi hanya perbezaan jumlah, saya berpandangan tuntutan Plaintif selayaknya dibenarkan hanya setakat RM704,000.00 mengikut pliding walaupun jumlah terhutang yang diakui oleh SD1 di Ekshibit P19 jumlah hutang adalah RM753,280.00. Pada hemat saya adalah tidak adil untuk tuntutan Plaintif ditolak hanya atas sebab terdapatnya percanggahan jumlah tersebut sedangkan perkara pokok disini adalah hutang tertunggak sama ada telah dibayar atau sebaliknya. Saya juga dapati HMS telah gagal dalam penemuannya untuk menimbang pengakuan SD1 mengenai liabiliti dan bukti jumlah sebagaimana diplidkan oleh Plaintiff. Maka adalah tepat dan munasabah untuk Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. [34] Bersandarkan kepada alasan-alasan di atas, saya membenarkan rayuan Plaintif dan mengenepikan keputusan HMS. Tuntutan Plaintif sebanyak RM704,000.00 adalah dibenarkan dengan kos sebanyak RM10,000.00 bagi keseluruhan kos di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi. Tarikh: 26 Mac 2025 Peguamcara Pihak-Pihak Revathi Kannan dan Dasrhini Devi Ravindran (Tetuan Revathi & Partners) bagi pihak Perayu. Anbananthan a/l Yathiraju (Tetuan Anba & Associates) bagi pihak Responden.