Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-23NCvC-60-12/2022 TUNTUTAN ASAL − PLAINTIF
BA-23NCvC-60-12/2022
High Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini [37] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif dalam tuntutan asal d”
“LJ 136, “The concept of indefeasibility of title is so deeply embedded in our land law that it seems almost trite to restate it. Therefore, the registration of the transfer of the said land under the National Land Code defeats all prior unregistered interests in that land unless the party who acquires the registered ti”
“Finance Co Sdn Bhd v. The Official Assignee Of The Property Of Ngan Kim Yong & Ors [1983] 1 CLJ 183; [1983] CLJ (Rep) 387; [1983] 1 MLJ 81; Waimiha Sawmilling Company Ltd v. Waione Timber Company Ltd [1926] AC 101). Tidak memadai bahawa suatu pindah milik itu memberi kesan kepada penafian hak Plaintif yang telah diketa”
“ah tersebut akan menjadi boleh disangkal (shall not be indefeasible) di bawah Seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara. Mahkamah Rayuan dalam kes Lee Choon Beng dan lain-lain v. Lee Keng Wang dan lain-lain [2020] MLJU 1019, yang diputuskan bahawa − “[15] Sebagai pemilik berdaftar tanah, s. 340(1) KTN memberikan Plaintif-Plain”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-23NCvC-60-12/2022 TUNTUTAN ASAL − PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
− DEFENDAN-DEFENDAN TUNTUTAN BALAS PERTAMA − PLAINTIF-PLAINTIF
1
− DEFENDAN PERTAMA
2
− DEFENDAN KE-2
3
TETUAN PUSPALINGAM, KASMANI & PARTNERS [disaman sebagai satu Firma Perkongsian diantara Krishnan, Puspalingam dan Kasmani Bt Baharuddin] − DEFENDAN KE-3
4
KASMANI BT BAHARUDDIN − DEFENDAN KE-4
5
KRISHNAN, PUSPALINGAM − DEFENDAN KE-5
6
KESAVAN, RAGUNATH [Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya TETUAN KESAVAN] − DEFENDAN KE-6
7
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR − DEFENDAN KE-7 TUNTUTAN BALAS KEDUA − PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
− DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN BAGI RAYUAN OLEH EN. THIAGU A/L NYANASELAN & PN. CHELVEE A/P MARIMUTHOO Pengenalan [1] Kes di hadapan Mahkamah ini melibatkan 3 penjuru yang mana pihak-pihak diringkaskan seperti jadual di bawah: Tuntutan Asal Tuntutan balas Pertama Tuntutan balas Kedua Plaintif/Plaintif-Plaintif Altratec Sdn Bhd En. Thiagu A/L Nyanaselan & Pn. Chelvee
1
En./Dato’ Thong
2
En. Thiagu A/L
3
Pn. Chelvee A/P
1
Altratec Sdn Bhd
2
En./Dato’ Thong
1
Young Khoon En. Thiagu A/L
2
Pn. Chelvee A/P
3
Altratec Sdn Bhd Tuntutan Asal Tuntutan balas Pertama Tuntutan balas
3
Tetuan Pushpalingam,
4
Kasmani binti
5
Krishnan, Pushpalingam
6
Kesavan, Ragunath (Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya
7
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor [2] Pada 11-7-2023, Mahkamah Tinggi ini telah membenarkan Notis Permohonan oleh Defendan Keenam (En. Ragunath A/L Kesavan (Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya Tetuan Kesavan) untuk membatalkan Tuntutan balas Pertama oleh Plaintif-Plaintif (En. Thiagu A/L Nyanaselan/En. Thiagu) & Pn. Celvee A/P Marimuthoo/Pn. Chelvee) terhadap Defendan Keenam. En. Thiagu & Pn. Chelvee tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan interlokutori ini. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31-5-2025 [3] Selepas perbicaraan penuh selama 14 hari, Mahkamah ini yang mendengar keterangan lisan 8 orang saksi dan dokumen yang dikemukakan, atas imbangan kebarangkalian, memutuskan seperti yang berikut: Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah ini dari hari pertama bicara hingga pihak-pihak menutup kes masing-masing, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa −
a
tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon yang dijual kepada En. Thiagu dan Pn Chelvee menurut Perjanjian adalah berukuran kira-kira 2 ekar yang termasuk tanah bagi jalan akses. Mahkamah memutuskan untuk En./Dato’ Thong Young Khoon memulangkan jumlah wang yang telah dibayar oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee bagi tanah yang dirizabkan untuk jalan akses iaitu 40 kaki lebar tanpa apa-apa faedah.
b
tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd menurut Perjanjian pada tahun 2018 adalah termasuk tanah bagi tujuan jalan akses ke Petak B. Altratec tidak dapat menikmati tanah yang dibelinya kerana masalah jalan akses tersebut maka Mahkamah membenarkan En/Dato’ Thong membayar Altratec Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00 sebulan tanpa apa-apa faedah yang dikira dari tarikh penghakiman/Perintah ini sehingga serahan milikan kosong yang penuh.
c
keluasan tanah mengikut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Apa-apa kos bagi urusan ini ditanggung oleh En./Dato’ Thong Young Khoon.
d
En.Thiagu dan Pn Chelvee secara bersesama hendaklah merobohkan dan melupuskan apa-apa halangan, mengeluarkan semua peralatan, jentera dan/atau kenderaan yang diletakkan di Petak B dan/atau merobohkan halangan yang didirikan yang menghalang akses ke Petak B yang menyekat Altratec Sdn Bhd untuk memasuki Petak B. Kos bagi perobohan, pelupusan dan pengeluaran halangan termasuk semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses adalah ditanggung oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee.
e
Tuntutan balas Pertama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon adalah ditolak dengan kos. Hujahan lisan oleh peguam En/Dato’ Thong mengenai Kos: Kami mohon RM40,000.00 (volumes of bundles dan 16 hari bicara) Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM20,000.00 Mahkamah: Kos sebanyak RM25,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee kepada En/Dato’ Thong Young Khoon.
f
Tuntutan balas Pertama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee terhadap D7 (Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor) adalah ditolak dengan kos. Hujahan lisan oleh peguam Kamar PUUN/D7 mengenai Kos: Kami mohon kos sebanyak RM10,000.00. Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM5,000.00. Mahkamah: Kos sebanyak RM7,000.00 dibayar kepada pihak D7.
g
tiada apa-apa konspirasi, persubahatan dan penipuan dilakukan oleh firma guaman dan peguam-peguam yang dinamakan dalam Tuntutan balas Pertama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee. Mahkamah menolak Ttuntutan balas Pertama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee terhadap Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Pn. Kasmani bt Baharuddin dan En. Krishnan, Pushpalingam dengan kos. Hujahan lisan oleh peguam Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Kasmani bt Baharuddin dan Krishnan, Pushpalingam mengenai Kos: Kami mohon kos sebanyak RM80,000.00. Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM10,000.00 kepada setiap D3, D4 dan D5. Mahkamah: Kos sebanyak RM30,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar secara bersesama kepada pihak Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Kasmani bt Baharuddin dan Krishnan, Pushpalingam.
h
bagi Tuntutan balas Kedua, Mahkamah ini hanya membenarkan relief dan perintah iaitu suatu deklarasi bahawa jalan akses itu perlu diserahkan oleh Altratec Sdn Bhd dan En.Thiagu dan Pn Chelvee kepada Pihak Berkuasa Negeri; perintah memaksa En.Thiagu dan Pn Chelvee mengeluarkan semua halangan, semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses tersebut. Kos bagi perobohan, pelupusan dan pengeluaran halangan termasuk semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses adalah ditanggung oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee. Kos yang dimohon oleh peguam Altratec Sdn Bhd: Hujahan lisan oleh peguam Altratec Sdn Bhd terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon: Bagi Tuntutan balas Kedua ini, kami adalah pihak nominal maka kami tidak memohon apa-apa kos. Walau bagaimanapun bagi Tuntutan Asal dan Tuntutan balas Pertama, secara global kami mohon sebanyak RM40,000.00 terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon dan kami mohon sebanyak RM180,000.00 terhadap En.Thiagu dan Pn Chelvee: Hujahan lisan oleh peguam En./Dato’ Thong Young Khoon mengenai Kos bagi Tuntutan Asal: Kami mohon tiada kos diawardkan. Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM20,000.00. Mahkamah: Kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh pihak En/Dato’ Thong Young Khoon kepada pihak Altratec Sdn Bhd dan Kos sebanyak RM40,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh pihak En.Thiagu dan Pn Chelvee kepada pihak Altratec Sdn Bhd. Kos yang dimohon oleh peguam En./Dato’ Thong Young Khoon: Hujahan lisan oleh peguam En./Dato’ Thong Young Khoon mengenai Kos: Kami mohon RM40,000.00 (volumes of bundles dan tempoh bicara) Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM10,000.00. Mahkamah: Kos sebanyak RM20,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar secara bersesama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee kepada pihak En./Dato’ Thong Young Khoon. Rayuan oleh En. Thiagu & Pn. Celvee [4] En. Thiagu dan Pn Chelvee tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi kini merayu ke Mahkamah Rayuan. Terdapat 2 notis rayuan yang difailkan iaitu −
a
Kandungan 218 bertarikh 14-8-2025: rayuan ke atas keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi; dan
b
Kandungan 220 bertarikh 18-8-2025: rayuan ke atas keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi. Fakta kes secara ringkas Tuntutan Asal [5] Altratec Sdn Bhd (Plaintif) membeli sebidang tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon. [6] Tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon (Defendan Pertama) dipegang di bawah H.S. (D) 161721 PT 150549 Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor (Hakmilik Induk) yang telah dipecah bahagi kepada 2 lot tanah − • Petak A: H.S. (D) 163685 PT 155310 yang terletak di hadapan dan mengadap jalan awam yang dikenali sebagai Jalan Sungai Jati; dan • Petak B: H.S. (D) 163686 PT 155311 yang terletak di belakang Petak A dan memerlukan jalan akses kepada dan daripada Jalan Sungai Jati. [7] Semasa siasatan tanah diadakan: En. Thiagu menyatakan melalui Power of Attorney kepentingannya ialah sebanyak 2 ekar termasuk serahan jalan akses berukuran 30 kaki. Namun bersetuju setelah ditolak serahan jalan 30 kaki maka keluasan tanah menjadi 1.7 ekar. En./Dato’ Thong Young Khoon menyatakan bahawa permohonan pecah sempadan adalah mengikut ketetapan dan syarat yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Perancang. Di akhir siasatan, pihak-pihak telah menandatangani dan bersetuju bahawa − • En. Thiagu perlu mengemukakan surat kepada Timbalan Pendaftar berkenaan dengan persetujuan/bantahan penerimaan kelulusan Petak A adalah sama dengan HSD 163685 berkeluasan lebih kurang 1.7 ekar. • Altratec perlu mengemukakan surat persetujuan untuk penyerahan sebahagian tanah hakmilik HSD 163686 bagi tujuan serahan jalan akeses berukuran 40 kaki untuk jalan awam. • Surat-surat tersebut perlu dikemukakan pada hari Isnin bertarikh 16-3-2020 pada jam 11.00 pagi. Surat-surat tersebut perlu disahkan oleh kedua-dua pihak peguam yang mewakili. • Ketiga-tiga pihak yang terlibat telah menghantar surat bertarikh 13.3.2020 kepada D7 dan menyatakan persetujuan untuk serahan jalan akses berukuran/selebar 40 kaki di Hakmilik HSD 163686 kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan jalan awam. [Rujuk Surat Altratec Sdn Bhd di m/s 675 - 676 (B2), Surat Thong di m/s 678 (B2) dan surat En. Thiagu dan Pn Chelvee di m/s 2 - 14]. • Ketika perbicaraan, keluasan 0.28 ekar adalah disahkan bersamaan dengan serahan jalan akses berukuran/selebar 30 kaki. [Rujuk surat peguam kepada En. Thiagu di B2 muka surat 512-514 Perenggan 6-7] [8] Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon telah menandatangani Perjanjian Jual Beli bagi Petak B pada 31-12-2018 dan dengan itu Altratec Sdn Bhd menjadi pemilik berdaftar Petak B. [9] En. Thiagu & Pn. dan En./Dato’ Thong Young Khoon telah menandatangani Perjanjian Jual Beli bagi Petak A pada 24-11-2006 dan dengan itu Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga menjadi pemilik berdaftar Petak A. [10] Altratec Sdn Bhd memplidkan bahawa En. Thiagu & Pn. Chelvee telah mencerobohi dan menduduki sebahagian Petak B secara tidak sah dan menyalahi undang-undang iaitu, En. Thiagu & Pn. Chelvee mendirikan halangan dan pagar yang menghalang Altratec Sdn Bhd untuk memasuki tanahnya di Petak B dan En. Thiagu & Pn. Chelvee juga meletakkan peralatan serta lori En. Thiagu & Pn. Chelvee di sepanjang jalan akses dan di bahagian utama tanah Altratec Sdn Bhd. Altratec Sdn Bhd tidak mempunyai akses lain untuk ke dalam dan/atau tidak boleh memasuki tanah miliknya (Petak B). [11] Dalam Tuntutan Asal, Altratec Sdn Bhd menuntut seperti yang berikut: Terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon: En./Dato’ Thong Young Khoon perlu membayar Plaintif sebanyak RM10,000.00 sebulan yang dikira dari tarikh 13-10-2022 sehingga serahan milikan kosong yang penuh menurut terma Perjanjian Lanjutan bertarikh 13-12-2019. Terhadap En. Thiagu & Pn. Chelvee secara bersesama dan berasingan: i. deklarasi bahawa En. Thiagu & Pn. Chelvee tidak berhak untuk mana-mana tanah milik Altratec Sdn Bhd i.e. Petak B. ii. deklarasi bahawa En. Thiagu & Pn. Chelvee yang mendirikan halangan dan menduduki sebahagian tanah milik Altratec Sdn Bhd (Petak B) secara tidak sah dan menyalahi undang-undang. iii. injunksi untuk menghalang En. Thiagu & Pn. Chelvee sama ada secara mereka sendiri, kakitangan dan/atau ejen mereka daripada memasuki dan/atau menyebabkan untuk memasuki tanah milik Altratec Sdn Bhd (Petak B); menduduki mana-mana bahagian daripada tanah Altratec Sdn Bhd dan/atau meletakkan peralatan, jentera dan kenderaan di atas tanah milik Altratec Sdn Bhd dan/atau mendirikan halangan untuk menghalang Altratec Sdn Bhd mendapat jalan akses ke tanah milik Altratec Sdn Bhd. iv. Perintah bahawa En. Thiagu & Pn. Chelvee mengeluarkan semua peralatan, jentera dan kenderaan yang diletakkan di atas tanah milik Altratec Sdn Bhd dan/atau merobohkan halangan yang didirikan yang menghalang Altratec Sdn Bhd mendapat jalan akses ke tanah milik Altratec Sdn Bhd. v. Ganti rugi Am. vi. Ganti rugi Tambahan. vii. Ganti rugi Teladan. viii. Ganti rugi Punitif. ix. Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian bayaran penuh. x. Kos. xi. Apa-apa relief lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah. Perihal Perjanjian-Perjanjian Jual Beli Tanah Petak A dan Petak B [12] En./Dato’ Thong Young Khoon sebagai pemilik berdaftar Hakmilik Induk telah memasuki suatu Perjanjian Jual Beli dengan En Thiagu dan Pn Chelvee pada 24-11-2006. Sebelum membeli tanah tersebut, En Thiagu dan Pn Chelvee menyewa/memajak tanah tersebut daripada En./Dato’ Thong Young Khoon. Keluasan tanah yang dijual ialah kira-kira 2 ekar dan penjualan ini tertakluk kepada syarat bahawa suatu ukuran seluas/selebar 30 kaki diperuntukkan untuk tujuan rizab jalan bagi jalan akses untuk En./Dato’ Thong Young Khoon dapat memasuki tanah di bahagian belakang tanah yang dijual kepada En Thiagu dan Pn Chelvee. [13] Pada 31-12-2018 melalui Perjanjian Jual Beli di antara Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon, Altratec Sdn Bhd membeli tanah di belakang tanah yang dijual oleh En./Dato’ Thong Young Khoon kepada En Thiagu dan Pn Chelvee. [14] Altratec Sdn Bhd memplidkan bahawa − • Altratec Sdn Bhd tidak mengetahui mengenai Perjanjian di antara En./Dato’ Thong Young Khoon dan En Thiagu dan Pn Chelvee pada 24-11-2006. • Altratec Sdn Bhd membayar penuh bayaran pembelian tanah yang termasuk tanah untuk jalan akses dan ini termaktub dalam Perjanjian bertarikh 31-12-2018. Jumlah harga belian adalah RM7,981,673.04 yang termasuk bayaran bagi jalan akses tersebut. • Altratec Sdn Bhd menegaskan bahawa jalan akses tersebut adalah penting dan perlu untuk Altratec Sdn Bhd memasuki tanahnya. [15] En./Dato’ Thong Young Khoon adalah bersetuju untuk menjual tanah kepada Altratec Sdn Bhd dengan syarat bebas daripada semua sekatan dengan milikan kosong. [16] Altratec Sdn Bhd juga memplidkan bahawa En./Dato’ Thong Young Khoon mempunyai obligasi untuk menyerahkan milikan kosong, melakukan transaksi pecah bahagian Hakmilik Induk dan memindahmilik tanah yang dibeli kepada Altratec Sdn Bhd. [17] Pada 13-12-2019 suatu Perjanjian Tambahan dimasuki di antara Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon yang memperuntukkan, antara lain −
a
pembatalan atau penarikan balik kaveat persendirian Pn Chelvee yang dimasukkan ke atas tanah Altratec Sdn Bhd;
b
En./Dato’ Thong Young Khoon menyerahkan milikan kosong tanah Altratec Sdn Bhd dalam masa 30 hari dari tarikh Perjanjian Tambahan dan sekiranya gagal, Altratec Sdn Bhd berhak kepada bayaran sebanyak RM10,000.00 sebulan sehingga milikan kosong diserahkan; dan
c
Altratec Sdn Bhd boleh meneruskan permohonan bagi penukaran kategori kegunaan tanahnya. [18] Mahkamah ini mendapati persoalan sama ada wujud fraud berhubung dengan penjualan tanah Petak B dilakukan oleh pihak penjual (En./Dato’ Thong Young Khoon) dan pihak pembeli (Altratec Sdn Bhd)? Peguam cara bagi Defendan Ketujuh berhujah bahawa untuk menjawab isu/persoalan ini, peruntukan seksyen 340 Kanun Tanah Negara memperuntukkan seperti berikut: “Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances”. Berdasarkan Seksyen 340 Kanun Tanah Negara tersebut, En./Dato’ Thong Young Khoon dan Altratec Sdn Bhd merupakan pemilik berdaftar yang diiktiraf di bawah Kanun Tanah Negara. Oleh yang demikian, En./Dato’ Thong Young Khoon dan Altratec Sdn Bhd memiliki ketidakbolehsangkal hakmilik dan kepentingan terhadap Hartanah tersebut selagi mana tiada “fraud”, “misrepresentation”, “forgery” atau “by means of an insufficient” atau “void instrument” yang wujud pada Hartanah tersebut. Beban adalah terletak kepada En. Thiagu dan Pn. Chelvee untuk membuktikan bahawa wujud elemen-elemen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 340 (2) Kanun Tanah Negara untuk mencabar pemilikan oleh En./Dato’ Thong Young Khoon dan Altratec Sdn Bhd. Sekiranya En. Thiagu dan Pn. Chelvee berjaya membuktikan bahawa wujud elemen-elemen fraud, misrepresentation, forgery dll maka hakmilik bagi Hartanah tersebut akan menjadi boleh disangkal (shall not be indefeasible) di bawah Seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara. Mahkamah Rayuan dalam kes Lee Choon Beng dan lain-lain v. Lee Keng Wang dan lain-lain [2020] MLJU 1019, yang diputuskan bahawa − “[15] Sebagai pemilik berdaftar tanah, s. 340(1) KTN memberikan Plaintif-Plaintif hak milik tidak boleh disangkal atas Tanah tersebut. Namun demikian, hak milik Plaintif-Plaintif boleh diketepikan dan tidak menjadi tidak boleh sangkal jika Plaintif-Plaintif adalah pihak atau bersubahat dalam penipuan. ‘Fraud’ dalam s. 340(2)(a) KTN, bermaksud penipuan sebenar dan bukan penipuan konstruktif atau berekuiti oleh pihak yang hak milik atau kepentingannya tercabar. Sama ada penipuan wujud atau tidak adalah satu persoalan fakta yang harus dipertimbangkan berdasarkan fakta dan hal-hal keadaan setiap kes. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Raja Azlan Shah KHN (Baginda pada masa itu) dalam PJTV Denson (M) Sdn Bhd & Ors v Roxy (Malaysia) Sdn Bhd [1980] 1 LNS 55; [1980] 2 MLJ 136, “The concept of indefeasibility of title is so deeply embedded in our land law that it seems almost trite to restate it. Therefore, the registration of the transfer of the said land under the National Land Code defeats all prior unregistered interests in that land unless the party who acquires the registered title has been guilty of fraud”. [16] Maksud ‘fraud’ atau penipuan telah dibincangkan dalam banyak kes, antaranya, penipuan hendaklah melibatkan ketidakjujuran atau niat untuk menafikan hak milik orang lain yang dilakukan sebelum atau semasa hak milik didaftarkan (lihat Tai Lee Finance Co Sdn Bhd v. The Official Assignee Of The Property Of Ngan Kim Yong & Ors [1983] 1 CLJ 183; [1983] CLJ (Rep) 387; [1983] 1 MLJ 81; Waimiha Sawmilling Company Ltd v. Waione Timber Company Ltd [1926] AC 101). Tidak memadai bahawa suatu pindah milik itu memberi kesan kepada penafian hak Plaintif yang telah diketahui wujud; tetapi hendaklah ditunjukkan bahawa pindah milik tersebut adalah dengan niat dilaksanakan dengan niat untuk menipu Plaintif akan hak tersebut (lihat Goh Hooi Yin v Lim Teong Ghee & Ors [1990] 2 CLJ 203; [1990] 2 CLJ (Rep) 48; [1990] 3 MLJ 23).” (penekanan diberikan) Perihal jalan akses atau tanah rizab untuk jalan akses [19] Altratec Sdn Bhd menegaskan bahawa En. Thiagu dan Pn Chelvee adalah tertakluk kepada −
i
Perjanjian bertarikh 24-11-2006 yang memberikan hak kepada penjual (En./Dato’ Thong Young Khoon) ke atas jalan akses berukuran/selebar 30 kaki;
II
(ii) surat kuasa wakil bertarikh 21-3-2017 yang dilaksanakan oleh En./Dato’ Thong Young Khoon dan En. Thiagu & Pn Chelvee;
III
(iii) surat En. Thiagu dan Pn Chelvee bertarikh 13-3-2020 kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor; dan
IV
(iv) laporan polis En. Thiagu bertarikh 19-9-2020, yang kesemuanya menyatakan bahawa jalan akses tersebut dipersetujui untuk diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. [20] Altratec Sdn Bhd menegaskan bahawa tindakan En. Thiagu dan Pn Chelvee yang membina pagar, halangan serta meletakkan peralatan, jentera dan kenderaan di jalan akses tersebut dan di atas tanah milik Altratec Sdn Bhd adalah suatu pencerobohan dan pendudukan yang tidak sah dan salah di sisi undang-undang serta bertentangan dengan Perjanjian-Perjanjian. [21] Defendan Ketujuh yang diwakili oleh Peguam-Peguam Persekutuan dari Kamar Penasihat Undang-Undang berhujah − “Syarat berhubung jalan akses ini adalah sepertimana peruntukan Seksyen 136(1)(h) KTN.
3
3.21. Jalan akses ini perlu diserahkan oleh pemilik tanah apabila ianya dijadikan jalan awam selaras dengan peruntukan Seksyen 136(1)(ca) KTN.
3
3.22. Dalam setiap permohonan pecah sempadan, D7 perlu memastikan yang setiap petak yang dipecah sempadan mempunyai akses ke jalan utama dari dalam petak tersebut. Ini bagi mengelakkkan sebarang pertikaian pihak-pihak mengenai akses pada masa hadapan. Dalam kes ini, perlu ada akses dari jalan utama ke Petak B.
3
3.23. Tindakan D7 dalam memanggil pihak-pihak dan menjalankan siasatan tanah pada 11.3.2020 adalah menurut kuasa yang diberikan dibawah Bahagian Dua, Bab 4 Kanun Tanah Negara.
3
3.24. Justeru, D7 telah bertindak secara sah selaras dengan undang-undang dalam menjalankan siasatan, seterusnya terdapat persetujuan yang telah dicapai dalam siasatan tersebut dan ia bukan bersifat perintah yang diberikan oleh D7.
3
3.25. Seterusnya Thiagu dan Chelvee juga tidak melaksanakan hak mereka menurut KTN atas penolakan kaveat Persendirian yang dimasukkan dimana tiada rayuan kepada keputusan Pentadbir Tanah yang difailkan seperti diperuntukkan dibawah Seksyen 418 Kanun Tanah Negara yang jelas memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Pentadbir Tanah atau Pengarah Tanah dan Galian Negeri hendaklah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada pihak terkilan itu.”. [22] Berdasarkan penjelasan dan hujahan peguam cara D7, adalah nyata bahawa setiap Petak A dan Petak B perlu mempunyai tanah rizab untuk dijadikan jalan akses bagi laluan masuk dan laluan keluar bukan sahaja kepada pemilik-pemilik tanah tetapi untuk laluan awam. Pertikaian yang menjadi persoalan utama sama ada pemilik tanah/penjual iaitu En./Dato’ Thong Young Khoon membuat jualan berganda bagi jalan akses ini i.e. En./Dato’ Thong Young Khoon memperoleh keuntungan berganda. En. Thiagu dan Pn. Chelvee mengekalkan penegasan dan pliding mereka bahawa tanah yang dirizabkan untuk jalan akses bagi Petak A yang dibeli mereka telah dibayar kepada En./Dato’ Thong Young Khoon. Harga pembelian yang dibayar oleh mereka adalah termasuk harga bagi jalan akses bagi Petak A. Apabila En./Dato’ Thong Young Khoon menjual tanahnya yang terletak di belakang tanah En. Thiagu dan Pn. Chelvee, En./Dato’ Thong Young Khoon telah mencantumkan ukuran jalan akses Petak A tersebut dengan Petak B yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd. Manakala, En./Dato’ Thong Young Khoon mengekalkan penegasan dn hujahan peguamnya bahawa tanah yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd tidak sama sekali merangkumi bayaran bagi jalan akses bagi Petak B. Pembelaan oleh En./Dato’ Thong Young Khoon [23] Perjanjian Jual Beli di antara En./Dato’ Thong Young Khoon dan En. Thiagu & Pn Chelvee pada 24-11-2006 ialah untuk En./Dato’ Thong Young Khoon menjual sebidang tanah berukuran lebih kurang 2 ekar kepada En. Thiagu & Pn Chelvee. [24] En./Dato’ Thong Young Khoon ada menawarkan untuk menjual tanah di bahagian belakang tersebut kepada En. Thiagu & Pn Chelvee namun En. Thiagu & Pn Chelvee tidak berhasrat untukmembelinya. En./Dato’ Thong Young Khoon menjual tanah di bahagian belakang tersebut kepada Altratec Sdn Bhd. [25] Sebagai pembeli, En. Thiagu & Pn Chelvee bersetuju untuk memberi/menyerahkan kepada En./Dato’ Thong Young Khoon jalan akses yang berukuran lebih kurang 30 kaki lebar untuk dijadikan tanah rizab bagi jalan akses dan perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan pecah sempadan/bahagian (subdivision) dan penukaran (conversion). [26] Pihak Berkuasa Negeri menetapkan ukuran bagi jalan akses tersebut dilebarkan dari ukuran 30 kaki kepada ukuran 40 kaki. [27] En./Dato’ Thong Young Khoon tidak mempertikaikan pernyataan Altratec Sdn Bhd bahawa En. Thiagu & Pn Chelvee secara tidak sah menyekat/menghalang jalan akses untuk Altratec Sdn Bhd memasuki tanah yang dibeli Altratec Sdn Bhd i.e. yang terletak di belakang tanah En. Thiagu & Pn Chelvee. [28] En./Dato’ Thong Young Khoon telah menuntut agar En. Thiagu & Pn Chelvee memenuhi permintaan Altratec Sdn Bhd namun ianya tidak diendahkan oleh En. Thiagu & Pn Chelvee. En./Dato’ Thong Young Khoon memplidkan bahawa perbuatan En. Thiagu & Pn Chelvee menjadi punca mengapa Altratec Sdn Bhd tidak memperoleh milikan kosong bagi Petak B. [29] En. Thiagu & Pn Chelvee ada mengambil tindakan undang-undang terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam tahun 2013 dan En./Dato’ Thong Young Khoon juga telah menuntut balas terhadap En. Thiagu & Pn Chelvee. Kesemua pihak menarik balik tuntutan masing-masing tanpa kebebasan untuk memfailkan semula berikutan persetujuan yang dicapai mengenai perkara yang berikut:
a
En. Thiagu & Pn Chelvee bersetuju untuk menandatangani pelan pra-perhitungan di mana jalan akses dengan ukuran lebar 30 kaki disediakan dan dijadikan jalan rizab;
b
En./Dato’ Thong Young Khoon bersedia untuk mendaftarkan pindahmilik lot yang dibeli oleh En. Thiagu & Pn Chelvee. Pembelaan oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee [30] En. Thiagu & Pn Chelvee membela diri mereka dengan menyatakan bahawa mereka ialah peniaga barang-barang lusuh sekian lama dan telah mendirikan sebuah dewan di tanah milik mereka. [31] En. Thiagu & Pn Chelvee memplidkan bahawa mereka membeli tanah daripada En./Dato’ Thong Young Khoon seluas 2 ekar dan mengambil pemilikan fizikal keseluruhan 2 ekar tersebut dan telah selesai membayar harga pembelian tanah tersebut. Peguam cara kepada En./Dato’ Thong Young Khoon ialah Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners. [32] En. Thiagu & Pn Chelvee mengakui bahawa tindakan guaman pada tahun 2013 itu ditarik balik kerana En./Dato’ Thong Young Khoon bersetuju untuk menyerahkan suratan Hakmilik Asal bagi urusan pindahmilik tanah seluas 2 ekar itu kepada En. Thiagu & Pn Chelvee. [33] Dalam Tuntutan balas Pertama di Mahkamah Tinggi ini terhadap kesemua Defendan-Defendan, En. Thiagu & Pn Chelvee memplidkan bahawa Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon telah dengan niat jahat, fraud, penipuan serta dengan subahat Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners (dan 2 peguam cara dari Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners dinamakan sebagai Defendan Keempat dan Defendan Kelima) dan juga Defendan Keenam, memasuki Perjanjian Jual Beli Tanah bertarikh 31-12-2018 dengan Altratec Sdn Bhd itu adalah mencuri sebahagian tanah milik En. Thiagu & Pn Chelvee seluas/selebar 40 kaki. [34] En. Thiagu & Pn Chelvee memplidkan bahawa −
a
En./Dato’ Thong Young Khoon hanya mempunyai tanah seluas 2.77 ekar sahaja semasa Perjanjian Jual Beli Tanah bertarikh 31-12-2018 dimasuki dengan Altratec Sdn Bhd.
b
En./Dato’ Thong Young Khoon telah menjual tanah seluas 40 kaki dan dijadikan sebahagian dalam Petak B yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd dan kini Altratec Sdn Bhd menjadi pemilik berdaftar. [35] En. Thiagu & Pn Chelvee dalam Tuntutan balas Pertama ini menuntut perintah dan penghakiman yang berikut:
a
deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 di antara En./Dato’ Thong Young Khoon (penjual) dan Altratec Sdn Bhd (pembeli) adalah suatu perjanjian haram dan menyalahi undang-undang.
b
deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 sebagai perjanjian terbatal dari awal (void ab initio).
c
deklarasi bahawa Altratec Sdn Bhd tidak berhak untuk memperoleh milikan kosong tanah seluas 40 kaki lebar yang berada di hadapan Jalan Sungai Jati.
d
Defendan Ketujuh diperintahkan untuk membatalkan pendaftaran penukaran pindahmilik Petak B dari kategori Pertanian kepada kategori Industri dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah bermeterai Mahkamah ini kepada Defendan Ketujuh.
e
Defendan Ketujuh diperintahkan untuk mendaftarkan semula Petak B sebagai kategori Pertanian dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah bermeterai Mahkamah ini kepada Defendan Ketujuh.
f
Altratec Sdn Bhd diperintahkan untuk menyerahkan semula tanah seluas 40 kaki lebar dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah Mahkamah ini.
g
Altratec Sdn Bhd diperintahkan untuk menandatangani semua pelan dan borang untuk mencantumkan tanah seluas 40 kaki lebar bersama-sama dengan tanah di Petak A.
h
Defendan Ketujuh diperintahkan untuk mencatatkan di rekod memorial hakmilik Petak B bahawa Altratec Sdn Bhd memegang tanah seluas 40 kaki lebar dalam Hakmilik Petak B sebagai pemegang amanah untuk En. Thiagu & Pn Chelvee dalam masa 7 hari dari tarikh Perintah bermeterai Mahkamah ini kepada Defendan Ketujuh.
i
Ganti rugi Am.
j
Ganti rugi Tambahan.
k
Ganti rugi Teladan.
l
Ganti rugi Punitif.
m
Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian bayaran penuh.
n
Kos.
o
Apa-apa relief lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah.
a
deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 di antara En./Dato’ Thong Young Khoon (penjual) dan Altratec Sdn Bhd (pembeli) adalah suatu perjanjian haram dan menyalahi undang-undang.
b
deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 sebagai perjanjian terbatal dari awal (void ab initio).
c
Ganti rugi Am.
d
Ganti rugi Tambahan.
e
Ganti rugi Teladan.
f
Ganti rugi Punitif.
g
Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian bayaran penuh.
h
Kos.
i
Apa-apa relief lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah. Terhadap Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners:
a
Ganti rugi Am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah.
b
Ganti rugi Tambahan.
c
Ganti rugi Teladan.
d
Ganti rugi Punitif.
e
Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian bayaran penuh.
f
Kos.
g
Apa-apa relief lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah. Terhadap Pn Kasmani binti Baharuddin:
a
deklarasi bahawa Defendan Keempat mengingkari rule 31 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.
b
Ganti rugi Am.
c
Ganti rugi Tambahan.
d
Ganti rugi Teladan.
e
Ganti rugi Punitif.
f
Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian bayaran penuh.
g
Kos.
h
Apa-apa relief lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah. Terhadap En. Krishnan, Pushpalingam:
a
deklarasi bahawa Defendan Kelima mengingkari rule 31 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.
b
Ganti rugi Am.
c
Ganti rugi Tambahan.
d
Ganti rugi Teladan.
e
Ganti rugi Punitif.
f
Faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian bayaran penuh.
g
Kos.
h
Apa-apa relief lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah. Perbicaraan [36] Dalam perbicaraan pada 13-6-2024, 14-6-2024, 29-7-2024, 31-7- 2024, 4-12-2024, 5-12-2024, 6-12-2024, 9-12-2024, 18-2-2025, 19-2- 2025, 20-2-2025, 21-2-2025, 13-3-2025 dan 14-3-2025 selama 14 hari, Mahkamah ini telah mendengar keterangan lisan 8 orang saksi, iaitu − Saksi tunggal bagi pihak Altratec Sdn Bhd: • Pn Lean Gaik Mooi, Pengarah Altratec Sdn Bhd, SP-1. Saksi bagi pihak En./Dato’ Thong Young Khoon: • En. /Dato’ Thong Young Khoon, Pesara, SD1-1. • En. Mohd Nazrul bin Ngaimin, Penolong Pegawai Tadbir Mhkamah Shah Alam, SD1-2. • En Zailani bin Panot, Pesara, SD1-3. Saksi bagi pihak En. Thiagu & Pn. Chelvee: • En. Krishna Murthy, Peguam, SD2 & 3-1. • En. Thiagu A/L Nyanaselan, ahli perniagaan, SD2 & 3-2. Saksi bagi pihak Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Pn Kasmani binti Baharuddin dan En. Pushpalingan A/L Krishnan: • En. Pushpalingan A/L Krishnan, Peguam, SD3, 4 & 5-1. • Pn Kasmani binti Baharuddin, Peguam, SD3, 4 & 5-2. Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini [37] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif dalam tuntutan asal dan juga Plaintif-Plaintif dalam tuntutan balas, masing-masingnya. Ini dinyatakan dan disimpulkan dalam kes Nanyang Development
1966
Sdn Bhd v. How Swee Poh [1970] 1 MLJ 145 (MP) di mana Azmi LP menyatakan − “That rule means the burden of proving a fact rests on the party who substantially asserts the affirmative of the issue and not upon the party who denies it.”. Siapa yang menuntut maka dia perlu membuktikannya di Mahkamah sepanjang masa terlebih dahulu sebelum beban berpindah kepada Defendan-Defendan. [38] Untuk memastikan bahawa Mahkamah ini mematuhi prinsip undang-undang mengenai beban pembuktian, Mahkamah ini perlu menganalisa keterangan yang dinyatakan oleh Plaintif/Plaintif-Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentarnya sama ada Plaintif/Plaintif-Plaintif berjaya mencapai tahap “on balance of probabilities”. [39] Selepas perbicaraan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa dalam Tuntutan Asal, Altratec Sdn Bhd berjaya membuktikan bahawa −
a
Altratec Sdn Bhd telah membeli secara sah dengan balasan/membayar harga pembelian tanah daripada En./Dato’ Thong Young Khoon (Petak B). Altratec Sdn Bhd telah didaftarkan sebagai pemilik Petak B.
b
Altratec Sdn Bhd telah mengemukakan bukti dokumentar iaitu Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan 13-12-2019. Tiada apa-apa pertikaian mengenai keberhutangan/ketidakbayaran oleh Altratec Sdn Bhd (pembeli) kepada penjual (En./Dato’ Thong Young Khoon dan tiada apa-apa elemen yang menjadikan Perjanjian Jual Beli itu tidak sah. [40] Dalam Tuntutan balas Pertama, En Thiagu dan Pn. Chelvee mohon agar Mahkamah ini memerintahkan − • deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 di antara En./Dato’ Thong Young Khoon (penjual) dan Altratec Sdn Bhd (pembeli) adalah suatu perjanjian haram dan menyalahi undang-undang; • deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 sebagai perjanjian terbatal dari awal (void ab initio); dan • deklarasi bahawa Altratec Sdn Bhd tidak berhak untuk memperoleh milikan kosong tanah seluas 40 kaki lebar yang berada di hadapan Jalan Sungai Jati. [41] Alasan yang dikemukakan oleh En Thiagu dan Pn. Chelvee ialah penjual (En. /Dato’ Thong Young Khoon) telah menjual jalan akses kepunyaan En Thiagu dan Pn. Chelvee kepada Altratec Sdn Bhd. En. Thiagu dan Pn. Chelvee memplidkan bahawa tanah berukuran 2 ekar yang dibeli mereka daripada penjual (En. /Dato’ Thong Young Khoon) yang merangkumi tanah rizab untuk jalan akses telah dijual oleh En. /Dato’ Thong Young Khoon kepada Altratec Sdn Bhd. [42] Mahkamah ini mendapati pembelaan En. /Dato’ Thong Young Khoon, keterangan lisan oleh En. /Dato’ Thong Young Khoon dan dokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan gagal menangkis pembuktian oleh En. Thiagu dan Pn. Chelvee bahawa harga Petak A yang dibeli daripada En. /Dato’ Thong Young Khoon adalah termasuk jalan akses tersebut. Mahkamah ini berpendapat untuk mengisytiharkan bahawa keseluruhan Perjanjian-Perjanjian Jual Beli yang dimasuki antara En. /Dato’ Thong Young Khoon dan Altratec Sdn Bhd adalah suatu perjanjian haram dan menyalahi undang-undang; sebagai perjanjian terbatal dari awal (void ab initio) adalah suatu tuntutan yang tidak tepat. Pertikaian yang berbangkit ialah berkenaan dengan jalan akses tersebut sahaja. Sebagai pemilik berdaftar tanah, En. /Dato’ Thong Young Khoon berhak untuk menjual tanahnya kepada Altratec Sdn Bhd dan dokumen Perjanjian yang disediakan oleh Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners adalah teratur. Dalam kes Teh Bee v. K. Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan berikut: “under the Torrens System the register is everything and it would be wrong to allow an investigation as to the right of the person to appear upon the register when he holds the certificate of title.”. En. Thiagu dan Pn. Chelvee gagal membuktikan wujudnya apa-apa elemen penipuan dan konspirasi oleh pihak penjual (pemilik/tuanpunya tanah) dengan pembeli yang dipelopori oleh mana-mana pihak termasuk peguam-peguam cara yang mengendalikan proses jual beli ini. Maklumat mengenai pecah sempadan atau pecah bahagian, dokumen hakmilik, siasatan tanah dan surat-menyurat antara peguam-peguam telah dirujuk dalam perbicaraan dan Mahkamah ini tidak menemui apa-apa pemalsuan mahupun penipuan untuk menipu pembeli. Keputusan Mahkamah ini: Tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon yang dijual kepada En.Thiagu dan Pn Chelvee menurut Perjanjian Jual Beli bertarikh 24-11-2006 adalah termasuk tanah rizab bagi jalan akses. En. Thiagu & Pn Chelvee berjaya membuktikan bahawa En./Dato’ Thong Young Khoon hanya mempunyai tanah seluas 2.77 ekar sahaja semasa Perjanjian Jual Beli Tanah bertarikh 31-12-2018 dimasuki dengan Altratec Sdn Bhd. Tindakan En./Dato’ Thong Young Khoon yang menjual tanah bagi rizab jalan/jalan akses seluas 40 kaki dan dijadikan sebahagian dalam Petak B yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd dan kini Altratec Sdn Bhd menjadi pemilik berdaftar adalah melanggar Perjanjian bertarkh 24-11-
2006
[43] Mahkamah ini ingin merujuk kepada hujahan peguam cara terpelajar Altratec Sdn Bhd − “Tuan Nazrul also explained in his evidence that the plan at page 29 B6, i.e Pelan Pra Hitungan that was approved by MPK in respect of subdivision of the Master Title into Petak A and Petak B, was referred to during the Land Enquiry. He said: “Pelan ini telah dirujuk dalam Siasatan pada 11.3.2020 sebagai pelan pecah sempadan yang telah diperakukan oleh Pihak Berkuasa Merancang, MPK yang juga diluluskan pecah sempadan oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Berdasarkan pelan tersebut, didapati terdapat satu akses dari jalan utama, iaitu Jalan Sungai Jati ke Petak B telah ditunjukkan supaya pecah sempadan tersebut boleh diluluskan oleh Defendan Ketujuh berdasarkan Seksyen 136 (1)(h) Kanun Tanah Negara 1965. Sekiranya tiada ditunjukkan sebarang akses dari Petak B ke jalan utama, maka pecah sempadan dalam cara tersebut tidak dapat diluluskan oleh Defendan Ketujuh. Ini kerana dalam setiap permohonan pecah sempadan, Defendan Ketujuh perlu memastikan yang setiap petak yang dipecah sempadan mempunyai akses sendiri ke jalan utama dari dalam petak tersebut. Ini adalah supaya tiada pertikaian antara pihak-pihak mengenai akses di masa depan. Maka, akses dari jalan utama, iaitu Jalan Sungai Jati ke Petak B perlu ditunjukkan.” (See Q&A9 of PSD1-2)”. “Tuan Zailani, i.e. SD1-3, also confirmed the above. He was the Deputy Director of Town and Rural Planning of MPK from 2013 and on 2020, he was appointed as the Acting Director of Town and Rural Planning of MPK until he retired in 2021 (see Q&A2 of PSD1-3). He explained in his evidence that: “Sekiranya tanah untuk jalan atau akses tersebut dimasukkan ke dalam Petak A, kedua-dua Petak A dan Petak B akan dipecah sempadan dalam satu cara di mana pelan Petak B tidak akan ada jalan atau akses dari utama iaitu Jalan Sungai Jati. Jika jalan atau akses ke Petak B perlu melalui tanah di Petak A maka berdasarkan pengalaman saya, ini tidak akan diluluskan oleh MPK kerana dalam setiap permohonan pecah sempadan, MPK perlu memastikan setiap petak mempunyai jalan atau akses sendiri ke jalan utama dari dalam petak tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang pertikaian atau pertindihan tanah antara pihak-pihak mengenai akses di masa depan. Sehubungan itu, jalan atau akses dari jalan utama ke Petak B perlu dikeluarkan atau diasingkan dari Petak A.” (See Q&A5 of PSD1-3)”. [44] Keterangan kedua-dua saksi yang dipanggil oleh pihak En./Dato’ Thong Young Khoon amat relevan dan Mahkamah mendapati bahawa setiap petak i.e. Petak A (dibeli oleh En. Thiagu dan Pn. Chelvee) dan Petak B (dibeli oleh Altratec Sdn Bhd) perlu memperuntukkan tanah rizab selebar 30 kaki dan/atau 40 kaki untuk jalan akses. Penyerahan jalan akses sebagaimana ukuran tersebut hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Kegagalan mematuhi syarat ini maka permohonan untuk pecah sempadan tidak diluluskan. Mahkamah juga mendapati bahawa kedua-dua pembeli bagi Petak A dan Petak B tidak sama sekali enggan atau ingkar kepada syarat yang ditetapkan. Apa yang dipertikaikan oleh pembeli Petak A ialah penjual telah menjual tanah rizab selebar 30 kaki dan/atau 40 kaki untuk jalan akses kepada pembeli Petak B. Manakala, pembeli Petak B tidak pula membayar harga bagi tanah rizab selebar 30 kaki dan/atau 40 kaki untuk jalan akses. Peguam cara terpelajar bagi pihak En. Thiagu dan Pn. Chelvee berhujah − “The sales of the access land by Thong to Altratec on 31.12.2018 constitute selling the same access land for the second time . It was held by the Federal Court in Yeo Ping Tieng v. Elitprop Sdn. Bhd. [2020] 3 MLJ 269 that a 2nd sale of the same land is illegal.”. Pembeli Petak B pula mempersoalkan mengenai haknya untuk menikmati penggunaan tanah yang dibeli apabila pembeli tidak dapat masuk ke Petak B kerana kewujudan penghalang dll oleh pemilik Petak A. [45] Altratec Sdn Bhd pada setiap masa adalah pihak yang tidak bersalah berkenaan dengan jalan akses tersebut. Altratec Sdn Bhd sebagai pembeli bona fide telah membayar jumlah balasan dengan sepenuhnya untuk jalan akses tersebut untuk dimasukkan ke dalam Perjanjian Jual Beli pada 31-12-2018. [46] Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa keterangan nyata bahawa wujud konspirasi untuk mencederakan En. Thiagu dan Pn Chelvee. Tindakan undang-undang yang dibawa oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee melalui Tuntutan balas Pertama En. Thiagu dan Pn Chelvee dapat direktifikasi dengan memampas En. Thiagu dan Pn Chelvee bagi kerugian mengenai jalan akses tersebut. Manakala, keputusan Mahkamah agar En. Thiagu dan Pn Chelvee mengalihkan dan atau merobohkan semua halangan, peralatan, jentera/mesin dan kenderaan di jalan akses dan di Petak B tersebut dapat menjernihkan kawasan tersebut. Pihak Berkuasa Negeri bersama-sama pemilik-pemilik baharu bagi Petak A dan Petak B dapatlah membangun/memajukan kawasan tersebut. [47] En Thiagu dan Pn. Chelvee yang bertindak dengan mendirikan halangan, pagar dan meletakkan peralatan, jentera dan kenderaan/lori di sebahagian tanah Altratec Sdn Bhd di Petak B atas alasan bahawa jalan akses tersebut adalah milik mereka adalah suatu tindakan yang tidak sah. Hujahan peguam cara terpelajar bagi pihak Altratec Sdn Bhd adalah dirujuk iaitu − “Thiagu was then referred to paragraph 102 of his and Chelvee’s Defence and Counterclaim at page 137 A1 where he had pleaded that: ...Seterusnya oleh kerana tanah lebar sebanyak 40 kaki termasuk lebar 30 akses yang diperuntukan didalam Perjanjian 2006 dicuri dan dijual oleh D-2 didalam TB kepada D-1 di dalam TB, maka Plaintif-Plaintif membina satu benteng batu di hadapan pintu masuk tanah lebar 40 kaki tersebut dan sekaligus secara sah menghalang D-1 di dalam TB dari masuki tanah milik Plaintif-Plaintif… Further, if Altratec does not have access to the Access Road at all times, the Altratec Property will be of no use to them as they will not be able to get the planning approval to build their factory there… The law on the damages for trespass to land is clear. In Terra Damansara Sdn Bhd v. Nandex Development Sdn Bhd [2006] 8 CLJ 657”. [48] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Altratec Sdn Bhd bahawa tindakan/perbuatan En Thiagu dan Pn. Chelvee telah menyebabkan Altratec tidak dapat masuk/melalui Jalan Sg Jati untuk ke tanah milik Altratec Sdn Bhd i.e. Petak B itu. Tiada jalan atau akses lain bagi Altratec Sdn Bhd kecuali dengan melalui jalan hadapan tanah Petak A untuk ke Petak B. Mahkamah ini berpendapat terdapat bukti mengenai pembinaan halangan, pagar dan perletakan peralatan, jentera dan kenderaan/lori di sebahagian tanah Altratec Sdn Bhd di Petak B. En Thiagu dan Pn. Chelvee gagal menangkis bukti yang dikemukakan dan En Thiagu dan Pn. Chelvee mengakui bahawa mereka membina halangan tersebut dan peralatan, jentera dan kenderaan/lori adalah milik mereka. Bukti adalah terkandung, antaranya, Ikatan Dokumen B6 pada mukasurat 41 hingga 44. Keputusan Mahkamah ini: Mahkamah memutuskan bahawa En.Thiagu dan Pn Chelvee secara bersesama hendaklah merobohkan dan melupuskan apa-apa halangan, mengeluarkan semua peralatan, jentera dan/atau kenderaan yang diletakkan di Petak B dan/atau merobohkan halangan yang didirikan yang menghalang akses ke Petak B yang menyekat Altratec Sdn Bhd untuk memasuki Petak B. Kos bagi perobohan, pelupusan dan pengeluaran halangan termasuk semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses adalah ditanggung oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee. Mahkamah dalam kes Ismail bin Mat Isa @ Cha dan satu lagi v. Abdolah bin Cha dan lain-lain [2023] 8 MLJ 947, memutuskan bahawa: “[44] Dalam kes kita sekarang, R2 dan R10 seharusnya sedar bahawa mereka hanya berhak kepada bahagian mereka sahaja dan tidak boleh melangkaui sempadan atau bahagian tanah pemilik yang lain. Ini adalah prinsip perundangan yang mantap dan telah disahkan di dalam kes Yap Lai Yoke v Chin Fook Wah & connected case [1984] 2 MLJ 274; [1984] 1 CLJ Rep 452 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan − on the other hand, the court must also protect other owners of land who had done no wrong and whose land for no reason were encroached upon.”. [49] Selepas perbicaraan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa En. Thiagu dan Pn Chelvee gagal membuktikan bahawa Defendan Ketujuh (Pejabat Tanah dan Galian Selangor) diperintahkan untuk membatalkan pendaftaran penukaran pindahmilik Petak B dari kategori Pertanian kepada kategori Industri dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah bermeterai Mahkamah ini kepada Defendan Ketujuh; dan Defendan Ketujuh diperintahkan untuk mendaftarkan semula Petak B sebagai kategori Pertanian dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah bermeterai Mahkamah ini kepada Defendan Ketujuh. Pada 7-7-2021 permohonan Altratec Sdn Bhd bagi pendaftaran penukaran pindahmilik Petak B termasuk jalan akses tersebut dari kategori Pertanian kepada kategori Industri telah dibenarkan/diluluskan. Hujahan peguam cara terpelajar bagi pihak Defendan Ketujuh (Pejabat Tanah dan Galian Selangor) adalah dirujuk iaitu − “Seterusnya, D7 menghujahkan bahawa relief yang dituntut di dalam Tuntutan Balas Thiagu & Chelvee (perenggan 116 muka surat 148 Bundle A1) berkenaan perintah untuk penukaran syarat hartanah Petak A tersebut bagi mengembalikan status kategori tanah tersebut kepada pertanian semula dalam tempoh 30 hari adalah bertentangan dengan Seksyen 124 (1)(a) KTN. Berdasarkan Seksyen 124 ini jelas menyatakan penukaran syarat tanah merupakan bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (“PBN”) dan oleh yang demikian, Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa terhadap subjek perkara ini. Thiagu dan Chelvee tidak wajar menggunakan Mahkamah sebagai medium untuk menukar syarat tanah dengan melangkaui kuasa PBN yang telah jelas diperuntukkan di bawah Seksyen ini.”. [50] Selepas perbicaraan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa En. Thiagu dan Pn Chelvee gagal membuktikan tuntutannya terhadap Altratec Sdn Bhd untuk menyerahkan semula tanah seluas 40 kaki lebar dan untuk menandatangani semua pelan dan borang untuk mencantumkan tanah seluas 40 kaki lebar bersama-sama dengan tanah di Petak A. En. Thiagu dan Pn Chelvee juga gagal membuktikan tuntutannya agar Defendan Ketujuh diperintahkan untuk mencatatkan di rekod memorial hakmilik Petak B bahawa Altratec Sdn Bhd memegang tanah seluas 40 kaki lebar dalam Hakmilik Petak B sebagai pemegang amanah untuk En. Thiagu & Pn Chelvee. Keputusan Mahkamah: Altratec Sdn Bhd pada setiap masa adalah pihak yang tidak bersalah berkenaan dengan jalan akses tersebut. Altratec Sdn Bhd sebagai pembeli bona fide telah membayar jumlah balasan dengan sepenuhnya untuk jalan akses tersebut untuk dimasukkan ke dalam Perjanjian Jual Beli pada 31-12-2018. [51] Tuntutan En. Thiagu dan Pn Chelvee untuk mendapat Ganti rugi Am, Ganti rugi Tambahan, Ganti rugi Teladan, Ganti rugi Punitif terhadap Altratec Sdn Bhd adalah ditolak. Tindak tanduk En. Thiagu dan Pn Chelvee juga menjadi punca/penyebab kepada tindakan undang-undang ini diambil oleh pembeli/pemilik Petak B (Altratec Sdn Bhd). Untuk menghukum dan/atau mengenakan penalti terhadap Plaintif (dalam Tuntutan Asal) dan Defendan-Defendan yang berkaitan dalam Tuntutan-Tuntutan balas adalah tidak wajar. Memandangkan tindak tanduk En. Thiagu dan Pn Chelvee juga menjadi punca/penyebab kepada tindakan undang-undang ini, Mahkamah ini berpandukan kepada prinsip ‘He who comes into equity must come with clean hands’ yang mana telah dijelaskan dalam kes Kumagai Gumi Co Ltd v. Zenecon-Kumagai Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 789, Anuar J memutuskan bahawa − “In my judgment, whether a winding-up order should be made is a matter within the discretion of the court. In Ebrahimi, Lord Cross said (at p 387 of the report): A petitioner who relies on the 'just and equitable' clause must come to Court with clean hands, and if the breakdown in confidence between him and the other parties to the dispute appears to have been due to his misconduct he cannot insist on the company being wound up if they wish it to continue.”. Dalam kes Rookes v Barnard and others [1964] 1 All ER 367, House of Lords berpendapat bahawa salah satu situasi di mana ganti rugi teladan diarahkan ialah kelakuan defendan telah dikira olehnya untuk membuat keuntungan untuk dirinya sendiri yang mungkin melebihi pampasan yang perlu dibayar kepada plaintif. Lord Devlin berkata − “Exemplary damages are essentially different from ordinary damages. The object of damages in the usual sense of the term is to compensate. The object of exemplary damages is to punish and deter.”. [52] Tuntutan balas Pertama oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon bagi perintah −
a
deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 di antara En./Dato’ Thong Young Khoon (penjual) dan Altratec Sdn Bhd (pembeli) adalah suatu perjanjian haram dan menyalahi undang-undang;
b
deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 31-12-2018 dan Perjanjian Tambahan bertarikh 13-12-2019 sebagai perjanjian terbatal dari awal (void ab initio);
c
Ganti rugi Am;
d
Ganti rugi Tambahan;
e
Ganti rugi Teladan; dan
f
Ganti rugi Punitif, adalah ditolak kerana tiada apa-apa bukti dikemukakan oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee bahawa Perjanjian Jual Beli di antara En./Dato’ Thong Young Khoon/penjual dan Altratec Sdn Bhd/pembeli adalah suatu perjanjian haram dan menyalahi undang-undang. [53] Tuntutan balas Pertama oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee terhadap Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 orang peguam dari Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners atas paksi firma guaman dan peguam-peguam cara yang mengendalikan urusan Perjanjian Jual Beli dicemari dengan elemen frod, penipuan, secara tersembunyi/senyap-senyap, dengan niat jahat dan muslihat yang membenarkan En./Dato’ Thong Young Khoon menjual tanah rizab jalan/jalan akses kepada Altratec Sdn Bhd. En. Thiagu dan Pn Chelvee memplidkan bahawa Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 orang peguam dari Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners sedia maklum bahawa dari rekod yang disimpan oleh firma guaman itu, En. Thiagu dan Pn Chelvee telah membayar baki bayaran sebanyak RM364,000.00 untuk keseluruhan tanah lebih kurang 2 ekar yang dijual melalui Perjanjian Jual Beli pada 24- 11-2006 adalah termasuk jalan akses berukuran 30 kaki lebar. Hujahan peguam cara terpelajar bagi En. Thiagu dan Pn Chelvee adalah dirujuk iaitu − “It must be kept in the forefront of once mind that Pushpalingam, Kasman & Partners (PKP) acted for Thong in both 2006 and 2018 SPA, while D-3 & D-4 were the same partners in PKP. As result while drafting the2018 SPA, PKP, Puan Kasmani and Pushpalingam had full knowledge of the terms of the conditional agreement dated 24.11.2006. PKP also knew what was the principal condition in the 2006 SPA, namely Recital 14. In law the legal firm of Pushpalingam Kasmani& Partners is an agent of Thong. Hence Thong is bound by PKP’s action and omission. Thong is also bound by assertions and commitments made by PKP to Thiagu & Chelvee (TC) and/or to TC’s Solicitors in PKP’s various letters on behalf of Thong while acting for Thong. Hence PKP had full knowledge that under 2006 SPA Thong sold 2 acres to TC and the 30 feet access land is included in the 2 acres purchased by TC under 2006 SPA. PKP had knowledge that after the Thong sold 2 acres under 2006 SPA to TC, Thong only had a balance land of 2.77 acres. PKP had confirmed this fact by way of PKP’s letter stated in TC’s main submission. Puan Kasmani had full knowledge that Thong balance remaining land in the Master Title was only 2.77 acres after Thong had sold 2 acres to TC from the 4.77 acres held by Thong in the Master Title. In such circumstance the firm of Pushpalingam Kasmani & Partners, Puan Kasmani and Mr. Pushpalingam cannot negate knowledge of its client’s (Thong) obligation towards TC and TC’s obligation towards Thong under 2006 SPA and that Thong’s remaining land in the master title was only 2.77 acres. PKP had knowledge that Thong did not create his own access to go to his balance 2.77 acres which is behind the 2 acres purchased by TC under the 2006 SPA.”. [54] Keterangan lisan oleh Pn Kasmani dan En Pushpalingam adalah keterangan yang diyakini oleh Mahkamah ini bahawa Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 peguam dari Tetuan tidak melakukan actual fraud terhadap En. Thiagu dan Pn. Chelvee. Tiada konspirasi untuk mencederakan dan/atau merugikan En. Thiagu dan Pn. Chelvee. Firma Guaman Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 peguam dari Tetuan bertindak berdasarkan arahan anak guam mereka dan dokumen yang diserahkan oleh anak guam kepada mereka. Kegagalan untuk menyerahkan Perjanjian Jual Beli tahun 2018 itu bukan bukti berlakunya konspirasi untuk mencederakan dan/atau merugikan En. Thiagu dan Pn. Chelvee. [55] En. Thiagu dan Pn Chelvee juga memplidkan bahawa Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 orang peguam dari Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners telah meningkatkan ukuran bagi jalan akses tersebut daripada 30 kaki kepada 40 kaki. Mahkamah ini telah meneliti keterangan lisan saksi yang dipanggil oleh pihak En./Dato’ Thong Young Koon iaitu Tuan Nazrul yang menyatakan mengenai prosiding siastan tanah − “Thiagu telah menyatakan bahawa kepentingannya melalui Power of Attorney atas Master Title iaitu Geran 311894, Lot 10383 untuk sebahagian keluasan 2 ekar daripada 4.77 ekar. Keluasan 2 ekar tersebut adalah termasuk serahan jalan 30 kaki dan bersetuju bahawa setelah ditolak serahan jalan 30 kaki, maka keluasan tanahnya menjadi 1.7 ekar. Thong pula menyatakan bahawa permohonan pecah sempadan yang telah diluluskan pada 22.8.2019 tertakluk kepada keperluan pihak berkuasa perancang iaitu MPK yang menetapkan kelebaran jalan akses sebanyak 40 kaki yang boleh menghubungkan HSD 163686, PT 155311 ke Jalan Sungai Jati. Tanah tersebut akan dipindah milik kepada Altratec. Walaupun keperluan MPK menetapkan kelebaran jalan akses sebanyak 40 kaki, Thong telah memberitahu bahawa dia telah memastikan keluasan tanah Thiagu adalah tetap 1.7 ekar dengan mengurangkan keluasan tanahnya. Melalui kenyataan wakil MPK dan wakil Pejabat Tanah Klang, kelulusan pelan pecah sempadan telah mengambil kira akses jalan dengan kelebaran 40 kaki yang akan diserahkan sebagai jalan awam. Setelah mendengar kenyataan semua pihak, isunya adalah pertambahan kelebaran jalan akses daripada 30 kaki kepada 40kaki dan sama ada Thiagu setuju untuk menerima HSD 163685, PT 155310 yang masih berkeluasan 1.7 ekar sebagai tanahnya. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah meminta ketiga-tiga pihak untuk mengesahkan sama ada mereka bersetuju supaya jalan akses selebar 40 kaki tersebut diserahkan untuk tujuan jalan awam dan sama ada Thiagu bersetuju untuk menerima keluasan 1.7 ekar untuk HSD 163685, PT 155310. Lanjutan yang sama, Keputusan yang dicatatkan saya di akhir Siasatan adalah seperti berikut (m/s 30, IDB-D7):
1
En Tiagu perlu kemukakan surat kepada Timbalan Pendaftar berkenaan persetujuan / bantahan penerimaan kelulusan Petak A adalah sama dengan hakmilik HSD 163685 PT 155310 Mukim Klang Daerah Klang berkeluasan lebih kurang 1.7 ekar.
2
Pihak Altratec perlu mengemukakan surat persetujuan untuk penyerahan sebahagian tanah Hakmilik HSD 163686 PT, 155311 Mukim Klang Daerah Klang bagi tujuan serahan jalan 40 kaki untuk jalan awam.”. Oleh yang demikian, alegasi bahawa Defendan Keempat (Pn. Kasmani) dan Defendan Kelima (En. Pushpalingam) mengingkari rule 31 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978; dan tuntutan Ganti rugi oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee terhadap Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 orang peguam dari Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners adalah sekadar tuduhan dan gagal dibuktikan oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee. [56] Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan telah mendengar keterangan oleh Pn Kasmani dan En. Pushpalingam. Kedua-dua peguam yang telah lama beramal dapat menjelaskan mengenai peranan mereka dalam menguruskan transaksi jual beli tanah tersebut. Setiap transaksi adalah melalui komunikasi bersurat di antara peguam-peguam termasuklah peguam terdahulu En. Thiagu dan Pn Chelvee dan peguam terkini En. Thiagu dan Pn Chelvee iaitu Tetuan Govin T. Durai & Co. En. Thiagu dan Pn Chelvee gagal membuktikan elemen frod, penipuan, secara tersembunyi/senyap-senyap, dengan niat jahat dan muslihat dilakukan oleh Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 orang peguam dari Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners.
para
Mahkamah: Tuntutan balas terhadap Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners serta 2 orang peguam dari Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners adalah ditolak. Penutup [57] Penjualan tanah kepada En. Thiagu dan Pn Chelvee dan kepada Altratec Sdn Bhd adalah tidak boleh berpisah daripada tanah yang dirizabkan untuk membina jalan akses. Ini kerana struktur/rupa bentuk kedua-dua lot tanah i.e. Petak A dan Petak B sangat rapat dan berkait i.e. Petak A di hadapan dan Petak B di belakang. Jalan akses yang melalui Petak A untuk ke Petak B adalah suatu yang mesti diberikan dan ini termaktub dalam Perjanjian Jual Beli.Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan sebahagian sahaja tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. [58] Berdasarkan alasan yang dinyatakan, Tuntutan Asal terhadap En. Thiagu dan Pn Chelvee hanya dibenarkan sebahagian; Tuntutan balas Pertama oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee juga dibenarkan sebahagian; dan Tuntutan balas Kedua terhadap En. Thiagu dan Pn Chelvee juga dibenarkan sebahagian. Bertarikh: 22 Oktober 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 PEGUAM CARA: Bagi Tuntutan Asal: Bagi Plaintif (Altratec Sdn Bhd): En. Brendan Navin Siva bersama-samanya Pn Aida Haryani & Pn Syereen Tang Leong Mendy Tetuan Brendan Siva, Kuala Lumpur Bagi Defendan Pertama (En./Dato’ Thong Young Khoon): En. R. Ramanathan Tetuan Fernandez & Selvarajah, Petaling Jaya, Selangor Bagi Defendan Kedua (En. Thiagu A/L Nyanaselan) & Defendan Ketiga (Pn. Chelvee A/P Marimuthoo): En./Dato’ Govin T. Durai Tetuan Govin T. Durai & Co., Klang, Selangor Bagi Tuntutan Balas Pertama: Bagi Plaintif-Plaintif (En. Thiagu A/L Nyanaselan & Pn. Chelvee A/P Marimuthoo): En./Dato’ Govin T. Durai Tetuan Govin T. Durai & Co., Klang, Selangor Bagi Defendan Pertama (Altratec Sdn Bhd): En. Brendan Navin Siva bersama-samanya Pn Aida Haryani & Pn Syereen Tang Leong Mendy Tetuan Brendan Siva, Kuala Lumpur Bagi Defendan Kedua (En./Dato’ Thong Young Khoon): En. R. Ramanathan Tetuan Fernandez & Selvarajah, Petaling Jaya, Selangor Bagi Defendan Ketiga (Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners): Pn. Jane M. Pragasam bersama-samanya Pn. Marianne Sonia Paul Tetuan Ho-Noecker & Pragasam, Kajang, Selangor Bagi Defendan Ketujuh (Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor): Pn. Nurul Izzah bersama-samanya Pn. Cempaka Sari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Shah Alam. Bagi Tuntutan Balas Kedua: Bagi Plaintif (En./Dato’ Thong Young Khoon): En. R. Ramanathan Tetuan Fernandez & Selvarajah, Petaling Jaya, Selangor Bagi Defendan Kedua (En. Thiagu A/L Nyanaselan) & Defendan Ketiga (Pn. Chelvee A/P Marimuthoo): En./Dato’ Govin T. Durai Tetuan Govin T. Durai & Co., Klang, Selangor Bagi Defendan Ketiga (Altratec Sdn Bhd): En. Brendan Navin Siva bersama-samanya Pn Aida Haryani & Pn Syereen Tang Leong Mendy Tetuan Brendan Siva, Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.