Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-23NCvC-60-12/2022 TUNTUTAN ASAL − PLAINTIF
BA-23NCvC-60-12/2022
High Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ulan kepada Altratec Sdn Bhd bermula dari tarikh 13- 10-2022 adalah kini menjadi penentuan Mahkamah bicara. [43] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Altratec Sdn Bhd untuk memb”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-23NCvC-60-12/2022 TUNTUTAN ASAL − PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
− DEFENDAN-DEFENDAN TUNTUTAN BALAS PERTAMA − PLAINTIF-PLAINTIF
1
− DEFENDAN PERTAMA
2
− DEFENDAN KE-2
3
TETUAN PUSPALINGAM, KASMANI & PARTNERS [disaman sebagai satu Firma Perkongsian diantara Krishnan, Puspalingam dan Kasmani Bt Baharuddin] − DEFENDAN KE-3
4
KASMANI BT BAHARUDDIN − DEFENDAN KE-4
5
KRISHNAN, PUSPALINGAM − DEFENDAN KE-5
6
KESAVAN, RAGUNATH [Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya TETUAN KESAVAN] − DEFENDAN KE-6
7
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR − DEFENDAN KE-7 TUNTUTAN BALAS KEDUA − PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
− DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN BAGI RAYUAN OLEH ALTRATEC SDN BHD Pengenalan [1] Kes di hadapan Mahkamah ini melibatkan 3 penjuru yang mana pihak-pihak diringkaskan seperti jadual di bawah: Tuntutan Asal Tuntutan balas Pertama Tuntutan balas Kedua Plaintif/Plaintif-Plaintif Altratec Sdn Bhd En. Thiagu A/L Nyanaselan & Pn. Chelvee
1
En./Dato’ Thong
2
En. Thiagu A/L
3
Pn. Chelvee A/P
1
Altratec Sdn Bhd
2
En./Dato’ Thong
1
Young Khoon En. Thiagu A/L
2
Pn. Chelvee A/P
3
Altratec Sdn Bhd Tuntutan Asal Tuntutan balas Pertama Tuntutan balas
3
Tetuan Pushpalingam,
4
Kasmani binti
5
Krishnan, Pushpalingam
6
Kesavan, Ragunath (Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya
7
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor [2] Pada 11-7-2023, Mahkamah Tinggi ini telah membenarkan Notis Permohonan oleh Defendan Keenam (En. Ragunath A/L Kesavan (Beramal sebagai pemilik tunggal atas nama dan gaya Tetuan Kesavan) untuk membatalkan Tuntutan balas Pertama oleh Plaintif-Plaintif (En. Thiagu A/L Nyanaselan/En. Thiagu) & Pn. Celvee A/P Marimuthoo/Pn. Chelvee) terhadap Defendan Keenam. En. Thiagu & Pn. Chelvee tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan interlokutori ini. Perbicaraan [3] Dalam perbicaraan pada 13-6-2024, 14-6-2024, 29-7-2024, 31-7- 2024, 4-12-2024, 5-12-2024, 6-12-2024, 9-12-2024, 18-2-2025, 19-2- 2025, 20-2-2025, 21-2-2025, 13-3-2025 dan 14-3-2025 selama 14 hari, Mahkamah ini telah mendengar keterangan lisan 8 orang saksi, iaitu − Saksi tunggal bagi pihak Altratec Sdn Bhd: • Pn Lean Gaik Mooi, Pengarah Altratec Sdn Bhd, SP-1. Saksi bagi pihak En./Dato’ Thong Young Khoon: • En. /Dato’ Thong Young Khoon, Pesara, SD1-1. • En. Mohd Nazrul bin Ngaimin, Penolong Pegawai Tadbir Mhkamah Shah Alam, SD1-2. • En Zailani bin Panot, Pesara, SD1-3. Saksi bagi pihak En. Thiagu & Pn. Chelvee: • En. Krishna Murthy, Peguam, SD2 & 3-1. • En. Thiagu A/L Nyanaselan, ahli perniagaan, SD2 & 3-2. Saksi bagi pihak Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Pn Kasmani binti Baharuddin dan En. Pushpalingan A/L Krishnan: • En. Pushpalingan A/L Krishnan, Peguam, SD3, 4 & 5-1. • Pn Kasmani binti Baharuddin, Peguam, SD3, 4 & 5-2. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31-5-2025 [4] Selepas perbicaraan penuh selama 14 hari, Mahkamah ini yang mendengar keterangan lisan 8 orang saksi dan dokumen yang dikemukakan, atas imbangan kebarangkalian, memutuskan seperti yang berikut: Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah ini dari hari pertama bicara hingga pihak-pihak menutup kes masing-masing, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa −
a
tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon yang dijual kepada En. Thiagu dan Pn Chelvee menurut Perjanjian adalah berukuran kira-kira 2 ekar yang termasuk tanah bagi jalan akses. Mahkamah memutuskan untuk En./Dato’ Thong Young Khoon memulangkan jumlah wang yang telah dibayar oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee bagi tanah yang dirizabkan untuk jalan akses iaitu 40 kaki lebar tanpa apa-apa faedah.
b
tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd menurut Perjanjian pada tahun 2018 adalah termasuk tanah bagi tujuan jalan akses ke Petak B. Altratec tidak dapat menikmati tanah yang dibelinya kerana masalah jalan akses tersebut maka Mahkamah membenarkan En/Dato’ Thong membayar Altratec Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00 sebulan tanpa apa-apa faedah yang dikira dari tarikh penghakiman/Perintah ini sehingga serahan milikan kosong yang penuh.
c
keluasan tanah mengikut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Apa-apa kos bagi urusan ini ditanggung oleh En./Dato’ Thong Young Khoon.
d
En.Thiagu dan Pn Chelvee secara bersesama hendaklah merobohkan dan melupuskan apa-apa halangan, mengeluarkan semua peralatan, jentera dan/atau kenderaan yang diletakkan di Petak B dan/atau merobohkan halangan yang didirikan yang menghalang akses ke Petak B yang menyekat Altratec Sdn Bhd untuk memasuki Petak B. Kos bagi perobohan, pelupusan dan pengeluaran halangan termasuk semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses adalah ditanggung oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee.
e
Tuntutan balas Pertama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon adalah ditolak dengan kos. Hujahan lisan oleh peguam En/Dato’ Thong mengenai Kos: Kami mohon RM40,000.00 (volumes of bundles dan 16 hari bicara) Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM20,000.00 Mahkamah: Kos sebanyak RM25,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee kepada En/Dato’ Thong Young Khoon.
f
Tuntutan balas Pertama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee terhadap D7 (Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor) adalah ditolak dengan kos. Hujahan lisan oleh peguam Kamar PUUN/D7 mengenai Kos: Kami mohon kos sebanyak RM10,000.00. Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM5,000.00. Mahkamah: Kos sebanyak RM7,000.00 dibayar kepada pihak D7.
g
tiada apa-apa konspirasi, persubahatan dan penipuan dilakukan oleh firma guaman dan peguam-peguam yang dinamakan dalam Tuntutan balas Pertama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee. Mahkamah menolak Ttuntutan balas Pertama oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee terhadap Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Pn. Kasmani bt Baharuddin dan En. Krishnan, Pushpalingam dengan kos. Hujahan lisan oleh peguam Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Kasmani bt Baharuddin dan Krishnan, Pushpalingam mengenai Kos: Kami mohon kos sebanyak RM80,000.00. Hujahan lisan oleh peguam En.Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM10,000.00 kepada setiap D3, D4 dan D5. Mahkamah: Kos sebanyak RM30,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar secara bersesama kepada pihak Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners, Kasmani bt Baharuddin dan Krishnan, Pushpalingam.
h
bagi Tuntutan balas Kedua, Mahkamah ini hanya membenarkan relief dan perintah iaitu suatu deklarasi bahawa jalan akses itu perlu diserahkan oleh Altratec Sdn Bhd dan En. Thiagu dan Pn Chelvee kepada Pihak Berkuasa Negeri; perintah memaksa En.Thiagu dan Pn Chelvee mengeluarkan semua halangan, semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses tersebut. Kos bagi perobohan, pelupusan dan pengeluaran halangan termasuk semua peralatan, mesin dan/atau kenderaan yang disimpan dan yang diletakkan mereka dalam menghalang jalan akses adalah ditanggung oleh En. Thiagu dan Pn Chelvee. Kos yang dimohon oleh peguam Altratec Sdn Bhd: Hujahan lisan oleh peguam Altratec Sdn Bhd terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon: Bagi Tuntutan balas Kedua ini, kami adalah pihak nominal maka kami tidak memohon apa-apa kos. Walau bagaimanapun bagi Tuntutan Asal dan Tuntutan balas Pertama, secara global kami mohon sebanyak RM40,000.00 terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon dan kami mohon sebanyak RM180,000.00 terhadap En.Thiagu dan Pn Chelvee: Hujahan lisan oleh peguam En./Dato’ Thong Young Khoon mengenai Kos bagi Tuntutan Asal: Kami mohon tiada kos diawardkan. Hujahan lisan oleh peguam En. Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM20,000.00. Mahkamah: Kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh pihak En/Dato’ Thong Young Khoon kepada pihak Altratec Sdn Bhd dan Kos sebanyak RM40,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh pihak En.Thiagu dan Pn Chelvee kepada pihak Altratec Sdn Bhd. Kos yang dimohon oleh peguam En./Dato’ Thong Young Khoon: Hujahan lisan oleh peguam En./Dato’ Thong Young Khoon mengenai Kos: Kami mohon RM40,000.00 (volumes of bundles dan tempoh bicara) Hujahan lisan oleh peguam En. Thiagu dan Pn Chelvee mengenai Kos: Kami tawarkan kos sebanyak RM10,000.00. Mahkamah: Kos sebanyak RM20,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar secara bersesama oleh En.Thiagu dan Pn Chelvee kepada pihak En./Dato’ Thong Young Khoon. Rayuan [5] Keputusan Mahkamah ini adalah dirayu oleh −
a
En. Thiagu & Pn Chelvee terhadap keseluruhan keputusan.
b
Altratec Sdn Bhd terhadap sebahagian keputusan.
c
En./Dato’ Thong Young Khoon terhadap sebahagian keputusan. Rayuan oleh Altratec Sdn Bhd [6] Altratec Sdn Bhd tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi kini merayu ke Mahkamah Rayuan, iaitu − “Altratec Sdn Bhd, Perayu yang dinamakan di atas, yang tidak berpuas hati dengan sebahagian keputusan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Rozi binti Bainon yang diberikan di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam pada 31 Julai 2025, merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap sebahagian keputusan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman tersebut yang memerintahkan bahawa Thong Young Koon, iaitu Responden Pertama yang dinamakan di atas, membayar Perayu sebanyak RM10,000.00 sebulan yang dikira dari tarikh Penghakiman/Perintah pada 31 Julai 2025 (dan bukannya dari 13 Oktober 2022) sehingga serahan milikan kosong yang penuh.”. Fakta kes secara ringkas Tuntutan Asal [7] Altratec Sdn Bhd (Plaintif) membeli sebidang tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon. [8] Tanah milik En./Dato’ Thong Young Khoon (Defendan Pertama) dipegang di bawah H.S. (D) 161721 PT 150549 Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor (Hakmilik Induk) yang telah dipecah bahagi kepada 2 lot tanah − • Petak A: H.S. (D) 163685 PT 155310 yang terletak di hadapan dan mengadap jalan awam yang dikenali sebagai Jalan Sungai Jati; dan • Petak B: H.S. (D) 163686 PT 155311 yang terletak di belakang Petak A dan memerlukan jalan akses kepada dan daripada Jalan Sungai Jati. [9] Semasa siasatan tanah diadakan: En. Thiagu menyatakan melalui Power of Attorney kepentingannya ialah sebanyak 2 ekar termasuk serahan jalan akses berukuran 30 kaki. Namun bersetuju setelah ditolak serahan jalan 30 kaki maka keluasan tanah menjadi 1.7 ekar. En./Dato’ Thong Young Khoon menyatakan bahawa permohonan pecah sempadan adalah mengikut ketetapan dan syarat yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Perancang. Di akhir siasatan, pihak-pihak telah menandatangani dan bersetuju bahawa − • En. Thiagu perlu mengemukakan surat kepada Timbalan Pendaftar berkenaan dengan persetujuan/bantahan penerimaan kelulusan Petak A adalah sama dengan HSD 163685 berkeluasan lebih kurang 1.7 ekar. • Altratec perlu mengemukakan surat persetujuan untuk penyerahan sebahagian tanah hakmilik HSD 163686 bagi tujuan serahan jalan akeses berukuran 40 kaki untuk jalan awam. • Surat-surat tersebut perlu dikemukakan pada hari Isnin bertarikh 16-3-2020 pada jam 11.00 pagi. Surat-surat tersebut perlu disahkan oleh kedua-dua pihak peguam yang mewakili. • Ketiga-tiga pihak yang terlibat telah menghantar surat bertarikh 13.3.2020 kepada D7 dan menyatakan persetujuan untuk serahan jalan akses berukuran/selebar 40 kaki di Hakmilik HSD 163686 kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan jalan awam. [Rujuk Surat Altratec Sdn Bhd di m/s 675 - 676 (B2), Surat Thong di m/s 678 (B2) dan surat En. Thiagu dan Pn Chelvee di m/s 2 - 14]. • Ketika perbicaraan, keluasan 0.28 ekar adalah disahkan bersamaan dengan serahan jalan akses berukuran/selebar 30 kaki. [Rujuk surat peguam kepada En. Thiagu di B2 muka surat 512-514 Perenggan 6-7] [10] Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon telah menandatangani Perjanjian Jual Beli bagi Petak B pada 31-12-2018 dan dengan itu Altratec Sdn Bhd menjadi pemilik berdaftar Petak B. [11] En. Thiagu & Pn. dan En./Dato’ Thong Young Khoon telah menandatangani Perjanjian Jual Beli bagi Petak A pada 24-11-2006 dan dengan itu Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga menjadi pemilik berdaftar Petak A. [12] Altratec Sdn Bhd memplidkan bahawa En. Thiagu & Pn. Chelvee telah mencerobohi dan menduduki sebahagian Petak B secara tidak sah dan menyalahi undang-undang iaitu, En. Thiagu & Pn. Chelvee mendirikan halangan dan pagar yang menghalang Altratec Sdn Bhd untuk memasuki tanahnya di Petak B dan En. Thiagu & Pn. Chelvee juga meletakkan peralatan serta lori En. Thiagu & Pn. Chelvee di sepanjang jalan akses dan di bahagian utama tanah Altratec Sdn Bhd. Altratec Sdn Bhd tidak mempunyai akses lain untuk ke dalam dan/atau tidak boleh memasuki tanah miliknya (Petak B). [13] Dalam Tuntutan Asal, Altratec Sdn Bhd menuntut seperti yang berikut: Terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon: [14] En./Dato’ Thong Young Khoon perlu membayar Plaintif sebanyak RM10,000.00 sebulan yang dikira dari tarikh 13-10-2022 sehingga serahan milikan kosong yang penuh menurut terma Perjanjian Lanjutan bertarikh 13-12-2019. [15] Perjanjian Lanjutan bertarikh 13-12-2019 tersebut ialah mengubah terma dan syarat dalam Perjanjian Jual Beli tahun 2018 itu iaitu −
a
Variation in respect of the condition precedent in Clause 2A of the Altratec SPA where Thong shall cause for the removal or withdrawal of Chelvee’s Caveat lodged on the Altratec Property within 14 days from 13.12.2019 (Clause 1.1);
b
Thong shall deliver vacant possession of the Altratec Property to Altratec within 30 days from the date of the Supplementary Agreement, failing which, Altratec shall be entitled to a payment of RM10,000.00 per month until such time as vacant possession is delivered (Clause 1.2);
c
Variation in respect of the mode of payment of the remaining unpaid balance purchase price of RM6,287,505.70 only as at the date of the Supplementary Agreement where Altratec shall advance to Thong RM500,000.00 only (the Third Payment) immediately upon signing this Supplementary Agreement (Clause 1.3);
d
Variation in respect of the mode of payment of the remaining unpaid balance purchase price less the Third Payment in the total sum of RM5,787,505.70 only (the Balance Purchase Price) and the Completion Period where Altratec shall pay to Thong the Balance Purchase Price within 4 months from the date Altratec’s solicitors receipt of the written notification of the registration of the withdrawal of Chevee’s Caveat (Clause 1.4); and
e
Altratec may proceed with the application for the conversion of the category of the use of the Altratec’s Property (Clause 1.5). Perihal Perjanjian-Perjanjian Jual Beli Tanah Petak A dan Petak B [16] En./Dato’ Thong Young Khoon sebagai pemilik berdaftar Hakmilik Induk telah memasuki suatu Perjanjian Jual Beli dengan En Thiagu dan Pn Chelvee pada 24-11-2006. Sebelum membeli tanah tersebut, En Thiagu dan Pn Chelvee menyewa/memajak tanah tersebut daripada En./Dato’ Thong Young Khoon. Keluasan tanah yang dijual ialah kira-kira 2 ekar dan penjualan ini tertakluk kepada syarat bahawa suatu ukuran seluas/selebar 30 kaki diperuntukkan untuk tujuan rizab jalan bagi jalan akses untuk En./Dato’ Thong Young Khoon dapat memasuki tanah di bahagian belakang tanah yang dijual kepada En Thiagu dan Pn Chelvee. [17] Pada 31-12-2018 melalui Perjanjian Jual Beli di antara Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon, Altratec Sdn Bhd membeli tanah di belakang tanah yang dijual oleh En./Dato’ Thong Young Khoon kepada En Thiagu dan Pn Chelvee. [18] Altratec Sdn Bhd memplidkan bahawa − • Altratec Sdn Bhd tidak mengetahui mengenai Perjanjian di antara En./Dato’ Thong Young Khoon dan En Thiagu dan Pn Chelvee pada 24-11-2006. • Altratec Sdn Bhd membayar penuh bayaran pembelian tanah yang termasuk tanah untuk jalan akses dan ini termaktub dalam Perjanjian bertarikh 31-12-2018. Jumlah harga belian adalah RM7,981,673.04 yang termasuk bayaran bagi jalan akses tersebut. • Altratec Sdn Bhd menegaskan bahawa jalan akses tersebut adalah penting dan perlu untuk Altratec Sdn Bhd memasuki tanahnya. [19] En./Dato’ Thong Young Khoon adalah bersetuju untuk menjual tanah kepada Altratec Sdn Bhd dengan syarat bebas daripada semua sekatan dengan milikan kosong. [20] Altratec Sdn Bhd juga memplidkan bahawa En./Dato’ Thong Young Khoon mempunyai obligasi untuk menyerahkan milikan kosong, melakukan transaksi pecah bahagian Hakmilik Induk dan memindahmilik tanah yang dibeli kepada Altratec Sdn Bhd. [21] Pada 13-12-2019 suatu Perjanjian Tambahan dimasuki di antara Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon yang memperuntukkan, antara lain −
a
pembatalan atau penarikan balik kaveat persendirian Pn Chelvee yang dimasukkan ke atas tanah Altratec Sdn Bhd;
b
En./Dato’ Thong Young Khoon menyerahkan milikan kosong tanah Altratec Sdn Bhd dalam masa 30 hari dari tarikh Perjanjian Tambahan dan sekiranya gagal, Altratec Sdn Bhd berhak kepada bayaran sebanyak RM10,000.00 sebulan sehingga milikan kosong diserahkan; dan
c
Altratec Sdn Bhd boleh meneruskan permohonan bagi penukaran kategori kegunaan tanahnya. Perihal jalan akses atau tanah rizab untuk jalan akses [22] Altratec Sdn Bhd menegaskan bahawa En. Thiagu dan Pn Chelvee adalah tertakluk kepada −
i
Perjanjian bertarikh 24-11-2006 yang memberikan hak kepada penjual (En./Dato’ Thong Young Khoon) ke atas jalan akses berukuran/selebar 30 kaki;
II
(ii) surat kuasa wakil bertarikh 21-3-2017 yang dilaksanakan oleh En./Dato’ Thong Young Khoon dan En. Thiagu & Pn Chelvee;
III
(iii) surat En. Thiagu dan Pn Chelvee bertarikh 13-3-2020 kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor; dan
IV
(iv) laporan polis En. Thiagu bertarikh 19-9-2020, yang kesemuanya menyatakan bahawa jalan akses tersebut dipersetujui untuk diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. [23] Altratec Sdn Bhd menegaskan bahawa tindakan En. Thiagu dan Pn Chelvee yang membina pagar, halangan serta meletakkan peralatan, jentera dan kenderaan di jalan akses tersebut dan di atas tanah milik Altratec Sdn Bhd adalah suatu pencerobohan dan pendudukan yang tidak sah dan salah di sisi undang-undang serta bertentangan dengan Perjanjian-Perjanjian. [24] Defendan Ketujuh yang diwakili oleh Peguam-Peguam Persekutuan dari Kamar Penasihat Undang-Undang berhujah − “Syarat berhubung jalan akses ini adalah sepertimana peruntukan Seksyen 136(1)(h) KTN.
3
3.21. Jalan akses ini perlu diserahkan oleh pemilik tanah apabila ianya dijadikan jalan awam selaras dengan peruntukan Seksyen 136(1)(ca) KTN.
3
3.22. Dalam setiap permohonan pecah sempadan, D7 perlu memastikan yang setiap petak yang dipecah sempadan mempunyai akses ke jalan utama dari dalam petak tersebut. Ini bagi mengelakkkan sebarang pertikaian pihak-pihak mengenai akses pada masa hadapan. Dalam kes ini, perlu ada akses dari jalan utama ke Petak B.
3
3.23. Tindakan D7 dalam memanggil pihak-pihak dan menjalankan siasatan tanah pada 11.3.2020 adalah menurut kuasa yang diberikan dibawah Bahagian Dua, Bab 4 Kanun Tanah Negara.
3
3.24. Justeru, D7 telah bertindak secara sah selaras dengan undang-undang dalam menjalankan siasatan, seterusnya terdapat persetujuan yang telah dicapai dalam siasatan tersebut dan ia bukan bersifat perintah yang diberikan oleh D7.
3
3.25. Seterusnya Thiagu dan Chelvee juga tidak melaksanakan hak mereka menurut KTN atas penolakan kaveat Persendirian yang dimasukkan dimana tiada rayuan kepada keputusan Pentadbir Tanah yang difailkan seperti diperuntukkan dibawah Seksyen 418 Kanun Tanah Negara yang jelas memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Pentadbir Tanah atau Pengarah Tanah dan Galian Negeri hendaklah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada pihak terkilan itu.”. [25] Berdasarkan penjelasan dan hujahan peguam cara D7, adalah nyata bahawa setiap Petak A dan Petak B perlu mempunyai tanah rizab untuk dijadikan jalan akses bagi laluan masuk dan laluan keluar bukan sahaja kepada pemilik-pemilik tanah tetapi untuk laluan awam. Pertikaian yang menjadi persoalan utama sama ada pemilik tanah/penjual iaitu En./Dato’ Thong Young Khoon membuat jualan berganda bagi jalan akses ini i.e. En./Dato’ Thong Young Khoon memperoleh keuntungan berganda. En. Thiagu dan Pn. Chelvee mengekalkan penegasan dan pliding mereka bahawa tanah yang dirizabkan untuk jalan akses bagi Petak A yang dibeli mereka telah dibayar kepada En./Dato’ Thong Young Khoon. Harga pembelian yang dibayar oleh mereka adalah termasuk harga bagi jalan akses bagi Petak A. Apabila En./Dato’ Thong Young Khoon menjual tanahnya yang terletak di belakang tanah En. Thiagu dan Pn. Chelvee, En./Dato’ Thong Young Khoon telah mencantumkan ukuran jalan akses Petak A tersebut dengan Petak B yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd. Manakala, En./Dato’ Thong Young Khoon mengekalkan penegasan dn hujahan peguamnya bahawa tanah yang dijual kepada Altratec Sdn Bhd tidak sama sekali merangkumi bayaran bagi jalan akses bagi Petak B. Pembelaan oleh En./Dato’ Thong Young Khoon [26] Perjanjian Jual Beli di antara En./Dato’ Thong Young Khoon dan En. Thiagu & Pn Chelvee pada 24-11-2006 ialah untuk En./Dato’ Thong Young Khoon menjual sebidang tanah berukuran lebih kurang 2 ekar kepada En. Thiagu & Pn Chelvee. [27] En./Dato’ Thong Young Khoon ada menawarkan untuk menjual tanah di bahagian belakang tersebut kepada En. Thiagu & Pn Chelvee namun En. Thiagu & Pn Chelvee tidak berhasrat untukmembelinya. En./Dato’ Thong Young Khoon menjual tanah di bahagian belakang tersebut kepada Altratec Sdn Bhd. [28] Sebagai pembeli, En. Thiagu & Pn Chelvee bersetuju untuk memberi/menyerahkan kepada En./Dato’ Thong Young Khoon jalan akses yang berukuran lebih kurang 30 kaki lebar untuk dijadikan tanah rizab bagi jalan akses dan perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan pecah sempadan/bahagian (subdivision) dan penukaran (conversion). [29] Pihak Berkuasa Negeri menetapkan ukuran bagi jalan akses tersebut dilebarkan dari ukuran 30 kaki kepada ukuran 40 kaki. [30] En./Dato’ Thong Young Khoon tidak mempertikaikan pernyataan Altratec Sdn Bhd bahawa En. Thiagu & Pn Chelvee secara tidak sah menyekat/menghalang jalan akses untuk Altratec Sdn Bhd memasuki tanah yang dibeli Altratec Sdn Bhd i.e. yang terletak di belakang tanah En. Thiagu & Pn Chelvee. [31] En./Dato’ Thong Young Khoon telah menuntut agar En. Thiagu & Pn Chelvee memenuhi permintaan Altratec Sdn Bhd namun ianya tidak diendahkan oleh En. Thiagu & Pn Chelvee. En./Dato’ Thong Young Khoon memplidkan bahawa perbuatan En. Thiagu & Pn Chelvee menjadi punca mengapa Altratec Sdn Bhd tidak memperoleh milikan kosong bagi Petak B. [32] En. Thiagu & Pn Chelvee ada mengambil tindakan undang-undang terhadap En./Dato’ Thong Young Khoon di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam tahun 2013 dan En./Dato’ Thong Young Khoon juga telah menuntut balas terhadap En. Thiagu & Pn Chelvee. Kesemua pihak menarik balik tuntutan masing-masing tanpa kebebasan untuk memfailkan semula berikutan persetujuan yang dicapai mengenai perkara yang berikut:
a
En. Thiagu & Pn Chelvee bersetuju untuk menandatangani pelan pra-perhitungan di mana jalan akses dengan ukuran lebar 30 kaki disediakan dan dijadikan jalan rizab;
b
En./Dato’ Thong Young Khoon bersedia untuk mendaftarkan pindahmilik lot yang dibeli oleh En. Thiagu & Pn Chelvee. [33] Dalam perbicaraan, adalah fakta yang jelas bahawa tanah rizab untuk jalan akses yang ditetapkan untuk Petak A dan Petak B masih belum diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri Punca kelewatan dan/atau kegagalan penyerahan tersebut berbangkit daripada pelbagai punca iaitu wujudnya kaveat persendirian yang dimasukkan oleh En Thiagu dan Pn Chelvee dan kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Altratec Sdn Bhd. Selain itu, pembinaan halangan dan perletakan peralatan, jentera dan kenderaan oleh En Thiagu dan Pn Chelvee juga menjadikan masalah ini berlaku. Ini juga menjadi punca mengapa En./Dato’ Thong Young Khoon gagal menyerahkan milikan kosong Petak B kepada Altratec Sdn Bhd. [34] Peguam cara terpelajar bagi pihak Altratec Sdn Bhd berhujah − “G. FAILURE BY THONG TO DELIVER VACANT POSSESSION OF PETAK B TO ALTRATEC
88
It is not disputed that Thong had failed to deliver vacant possession of Petak B to Altratec due to the trespass by Thiagu and Chelvee. Thong confirmed this during cross-examination (see Notes of Proceedings in Enclosure 185 page 188).
89
During cross-examination, Thong confirmed that he has not given vacant possession of Petak B to Altratec and that to-date he has paid RM330,000 to Altratec in respect of his failure to deliver vacant possession up until September 2022. He further confirmed, during cross-examination, that from October 2022 until such time he is able to deliver vacant possession to Altratec, he agrees to pay RM10,000 per month to Altratec (see Notes of Proceedings in Enclosure 185 pages 186-188).
90
Thong explained, during cross-examination, that the reason he was not able to deliver vacant possession to Altratec was because Thiagu and Chelvee had blocked the Access Road. He said that they had blocked the entrance from the main road, i.e. Jalan Sungai Jati, to Petak B from2006 until today (see Notes of Proceedings in Enclosure 185 pages 187-188).
91
The chronology of Thong’s said failure and payment he made to Altratec as a result of the said failure are as follows:
a
On 11.8.2020, Altratec’s Solicitors issued a letter to Thong’s Solicitors stating that Altratec has not received vacant possession from Thong. In this letter, Altratec demanded a sum of RM60,000.00, being RM10,000.00 per month from 13.1.2020 to 13.7.2020, which will continue to accrue until delivery of vacant possession (see Q&A48 and Q&A49 of PSP; page 169 B1);
b
On 30.3.2021, Altratec’s Solicitors issued a reminder letter to Thong’s Solicitors on Thong’s failure to deliver vacant possession of the Altratec Property until the date of the said letter (see Q&A50 of PSP; pages 189-190 B1);
c
There was a meeting on 11.10.2022 between Thong, Thong’s Solicitors and Altratec’s Solicitors to resolve the disputes between the parties. During this meeting:
i
Parties agreed that the next course of action is to file a claim against Thiagu and Chelvee;
II
(ii) Thong agreed to pay RM330,000 pursuant to the Supplementary Agreement due to his failure to deliver vacant possession to Altratec;
III
(iii) Parties agreed that RM10,000 per month will continue to be enforceable under the Supplementary Agreement until vacant possession is delivered to Altratec;
IV
(iv) Thong requested for a sum of RM3 million from the purchase price paid by Altratec to be released to him. (See Q&A57-Q&A58 of PSP; pages 302- 303 B1).
d
By a letter dated 26.10.2022, Thong’s Solicitors enclosed a cheque of RM330,000 made in favour of Altratec. By making this payment, Thong accepted that he had failed to deliver vacant possession of the Altratec Property. Thong’s Solicitors also confirmed that they shall release the sum of RM2 million to Thong and undertake to hold on trust the balance of RM1,757,505.70 as agreed (see Q&A59-Q&A60 of PSP; pages 304-306 B1).
92
By reasons of the matters set out in paragraphs 88 to 91 above, Altratec’s claim against Thong in the Main Claim as set out in paragraph 55(a)(i) of its Statement of Claim ought to be allowed, i.e. that Thong shall continue to pay Altratec RM10,000 per month to be calculated from 13.10.2022 until the delivery of full vacant possession pursuant to the terms of the Supplementary Agreement (see pages 45-46 A1).”. Jawapan En./Dato’ Thong Young Khoon [35] Peguam cara bagi pihak En./Dato’ Thong Young Khoon menghujahkan bahawa bukan sahaja Altratec Sdn Bhd terjejas kepentingannya ke atas pembelian tanah di petak B, beliau juga (En./Dato’ Thong Young Khoon) turut mengalami kerugian akibat daripada tindakan En. Thiagu dan Pn Chelvee iaitu − “… blocking the 40 feet access road and placing their equipments, machineries and/or vehicles on the land held under H.S.(D) 163686, PT 155311 apart from the access road, Thong was unable to grant vacant possession of H.S.(D) 163686, PT 155311 to Altratec. 203. Thong had to therefore pay Altratec RM 10,000.00 per month pursuant to clause 1.2 of the Supplementary Agreement dated 13.12.2019 (page 151, B1) for late delivery of vacant possession.”. [36] Berkenaan dengan janji sebagaimana dinyatakan dalam Perjanjian Lanjutan/Supplementary Agreement bertarikh 13-12-2019 itu, setakat 28- 10-2022, En./Dato’ Thong Young Khoon telah membayar sebanyak RM330,000.00 kepada Altratec Sdn Bhd kerana late delivery of vacant possession. (rujuk: A letter by Thong’s solicitors to Altratec’s solicitors dated 26.10.2022 enclosing Thong’s cheque dated 26.10.2022 for the sum of RM 330,000.00 can be seen at pages 304-305, B1. The cheque deposit slip dated 28.10.2022 in respect of the said cheque can be seen at page 306, B1). [37] Bagi menjawab isu/persoalan “Whether Altratec’s Claim Against Thong In The Original Action Ought To Be Allowed”, Mahkamah ini mendapati bahawa tuntutan Altratec Sdn Bhd sebagaimana yang dituntutnya melalui dokumen Perjanjian Lanjutan/Supplementary Agreement bertarikh 13-12-2019, Mahkamah berpendapat dan memutuskan bahawa “Mahkamah membenarkan En/Dato’ Thong Young Khoon membayar Altratec Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00 sebulan tanpa apa-apa faedah yang dikira dari tarikh penghakiman/Perintah ini sehingga serahan milikan kosong yang penuh.”. [38] Alasan keputusan ini adalah kemungkiran penyerahan milikan kosong Petak B kepada Altratec Sdn Bhd (pembeli) bukan kesalahan/kemungkiran 100% oleh En/Dato’ Thong Young Khoon. Terdapat sebab-musabab lain yang berkaitan dengan En Thiagu dan Pn Chelvee dan proses Siasatan Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Selain itu, Mahkamah ini juga mempertimbangkan mengenai perkara/faktor yang berikut:
a
setakat 28-10-2022, En./Dato’ Thong Young Khoon telah membayar sebanyak RM330,000.00 kepada Altratec Sdn Bhd.
b
En./Dato’ Thong Young Khoon sendiri telah berusaha untuk mendapatkan kerjasama daripada En Thiagu dan Pn Chelvee agar membenarkan Altratec Sdn Bhd memasuki Petak B melalui jalan akses dari Petak B, namun En Thiagu dan Pn Chelvee masih enggan. Ini jelas dalam keterangan di hadapan Mahkamah ini dan hujahan peguam cara terpelajar bagi pihak En./Dato’ Thong Young Khoon adalah betul, iaitu − “205. Despite numerous demands by both Altratec and Thong to Thiagu & Chelvee to remove the obstructions to the access road and to vacate H.S.(D) 163686, PT 155311 (amongst others, see 687, B2), Thiagu & Chelvee have until today failed to do so. This is despite Thiagu & Chelvee’s agreement that the 40 feet width access road be surrendered to the State Authority to be used as a public road.
206
Thong had also in several legal letters, amongst others, Thong’s solicitors’ letters dated 10.7.2020 (see paragraphs 3(j) (k) (l) & 5, 689-691, B2) and 30.9.2020 (699, B2) put Thiagu & Chelvee on notice that he will hold Thiagu & Chelvee liable for all losses and damages suffered by Thong by reason of the obstructions of the access road, including the RM10,000.00 per month which is to be paid by Thong to Altratec until vacant possession is delivered. However, despite this also, Thiagu & Chelvee had refused to remove the obstructions to the access road and to vacate H.S.(D) 163686, PT 155311.”.
c
jawapan oleh pengarah Altratec Sdn Bhd ketika diperiksa balas oleh peguam cara kepada En./Dato’ Thong Young Khoon disalin seperti berikut (hujahan peguam cara terpelajar bagi pihak En./Dato’ Thong Young Khoon adalah dirujuk): “227. The above was further apparent during cross-examination of SP Pn. Lean) by counsel for Thong. The relevant parts during the cross-examination are reproduced below:- (62-63, NOP 2024) Encik Ramanathan: So, it was agreed that if vacant possession is not delivered within 30 days, Altratec should be entitled to a payment of RM 10,000 per month until such time vacant possession is granted? Puan Lean: Yes. Encik Ramanathan: My Client has already paid Altratec RM 330,000 pursuant to this clause, would you agree? Puan Lean: Yes. Encik Ramanathan: My client had never denied his obligation under this clause, would you agree? Puan Lean: Yes. Encik Ramanathan: My client has therefore not breached this clause, would you agree? Puan Lean: Yes. Encik Ramanathan: But yet you are suing my client today as a first Defendant in Court, correct? Puan Lean: Yes.”.
d
Mahkamah juga mendapati keterangan peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli pada tahun 2018 itu iaitu Pn. Kasmani (SD3, D4&D5-2) yang mensahkan bahawa “the access road has to be attached to Thong’s land behind to ensure there is access to the same and that the purchase price in the 2018 SPA had taken into account that the access road was to be surrendered to the State Authority”. Pn Kasmani bersetuju dengan soalan daripada peguam cara terpelajar En./Dato’ Thong Young Khoon bahawa − “jalan akses yang dimasukkan dan seperti dideskripsikan dalam Perjanjian Jual Beli tahun 2018 itu sebenarnya tidak dijual oleh En./Dato’ Thong Young Khoon kepada Altratec Sdn Bhd.”. Penjelasan Pn Kasmani seperti diekstrak oleh peguam cara terpelajar En./Dato’ Thong Young Khoon adalah − “43. Puan Kasmani also gave evidence during chief-examination that the access road was not sold by Thong to Altratec and that the 2018 SPA was prepared based on the subdivision layout plan (25, B6) and after taking into account the letters by Messrs GTD and Messrs PKP in respect of the agreed subdivisioninvolving surrender of the access road (510-513, B2). The relevant part of the Notes of Evidence is reproduced below as follows:- (pages 209-210, NOE 2025) Mahkamah: Ya, boleh jelaskan? Puan Kasmani: Page 25, annexure A of the SPA 2018, there is a layout plan, Pelan Pra – hitungan di atas PT 150549. Nombor pelan itu, JAJ/B/084/2018, signed by Thong. In this layout plan Petak B is written 3.0539 acres. Mahkamah: Maknanya gambar 3.0539 itu yang telah dilorek? Puan Kasmani: Ya, Yang Arif. Mahkamah: Yang bentuk empat segi sama bersambung macam laluan bentuk itu? Puan Kasmani: Ya, so masa prepare agreement itu, this is what Thong showed to Altratec when they want to sell portion of the land. This is the document we relied, both parties relied when prepare Sale and Purchase Agreement in 2018. And “B2”, page 510, letter from our office sebelum SPA 2018 dated 23/02/2016. Here it refers to the letter from GT Durai with enclosure of the plan which is at page 511. Dalam muka surat 511 ini, it’s written there Bahagian A 1.72 acres, Bahagian B
2
2.77 acre. Ada tulis juga bahagian tepi Petak A itu, serahan jalan 30 kaki. Based on this letter in page 510 and letter from GT Durai to Alan Chua & Co in page 512, GT Durai has confirmed in page 513, in second last paragraph that, “…in view of the above said problem our clients and Dato Thong have agreed to subdivided DatoThong’s ½ undivided Registered share into two separates lots with individual title measuring 2.77 acres for Dato Thong, 1.72 acres for our clients and the remaining 0.28 acres reserved for road access to Dato Thong’s remaining 2.77 acres….” Puan Jane: You have referred to few document in “B2”, and also 2 plans. My question is, is the pelan consistent with the 2018 Sales and Purchase agreement? Puan Kasmani: Yes, consistent, taking into consideration of the access road. Mahkamah: Yelah tak apa, cuma betul tak, cuma soalan balik kepada peguam ini tanya. You kata konsisten dengan SPA 2018, jadi soalannya isu sekarang adakah Thong menjual remaining 0.28 acres yang reserved for road access itu yang dipegang oleh Datuk Thong ini kepada Altratec? Puan Kasmani: Tidak, no. [39] Berdasarkan keterangan oleh Pn Kasmani, peguam cara terpelajar En./Dato’ Thong Young Khoon berhujah iaitu “44. Puan Kasmani was the 3rd to 5th Defendants’ witness in the present case. It is pertinent to note that counsel for Altratec did not challenge Puan Kasmani’s evidence during chief-examination as stated above. There was no cross-examination of Puan Kasmani by counsel for Altratec.
45
In the circumstances, her evidence as stated above ought to be deemed to be accepted by Altratec based on the law as stated in the often-cited case of WongSwee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212. The relevant paragraphs in the said case at page 213 is reproduced below as follows: “On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony.”. [40] Peguam cara terpelajar bagi pihak En./Dato’ Thong Young Khoon memetik nas undang-undang kes Matthias Chang v. The District Grand Lodge Of The Eastern Archipelago (Sued By Its District Grand Master Joseph William Yee Eu) And Ors [2005] 2 MLJ 252 − “the Court of Appeal held that the Court does not sit to decide abstract or academic questions of law regarding which the parties are not in dispute and there is no dispute to be resolved. The relevant paragraphs at pages 258-259 in the said case are reproduced below as follows: [23] We have in the course of writing this judgment on the issue of lis between the parties, referred to a number of authorities both locally and foreign on this point — Sun Life Assurance Company of Canada v Jervis [1994] 1 All ER 469, Ainsbury v Mlllington [1987] 1 All ER 929, Raphael Pura v Insas Bhd & Ors [2003] 1 CLJ 61, and Loknath Padhan v Birendra Kumar Sahu AIR 1974 505. [24] In conclusion, we wish to merely quote the decision of Edgar Joseph Jr FCJ (as he then was) in Datuk Syed Kecik bin Syed Mohamed & Anor v Board of Trustees of the Sabah Foundation & Ors and Another Application [1997] 1 MLJ 257 wherein his Lordship stated: Having said that, this Court does not sit to decide abstract on academic questions of law regarding which the parties are not in dispute. As Lord Bridge stated in Ainsbury v Millington [1987] 1 All ER 929: … It is always been a fundamental feature of our judicial system that Court decides dispute, between the parties before them, they do not pronounce judgment on an abstract question of law when there is no dispute to be resolved. [25] This dicta neatly encapsulates the position of the courts in deciding on issues which do not have an impact on the position of the parties. Peguam cara terpelajar bagi pihak En./Dato’ Thong Young Khoon berhujah − “230. Applying the law as stated above, given that there is no dispute or any matter in actual controversy in respect of the relief claimed by Altratec against Thong, Thong submits that Altratec’s claim against Thong ought to be dismissed. The Courts do not act in vain and do not pronounce orders in a vacuum.”. [41] Berdasarkan kepada pengamatan dan penelitian keterangan fakta yang dikemukakan, Mahkamah ini tidak menerima penegasan oleh peguam cara terpelajar bagi pihak Altratec Sdn Bhd iaitu − “No payment has since been made by Thong to Altratec of RM10,000 per month until such time he is able to deliver vacant possession to Altratec.
30
As such, Altratec is pursuing its claim herein against Thong and therefore Altratec is entitled to paragraph 55(a)(i) of its Statement of Claim, i.e. thatThong shall continue to pay Altratec RM10,000 per month to be calculated from 13.10.2022 until the delivery of full vacant possession pursuant to the terms of the Supplementary Agreement (see pages 45- 46 A1).”. [42] Keputusan Mahkamah ini bahawa En./Dato’ Thong Young Khoon hanya perlu membayar pampasan RM10,000.00 sebulan kepada Altratec Sdn Bhd bermula dari tarikh penghakiman/Perintah ini sehingga serahan milikan kosong yang penuh adalah bertepatan dengan perbincangan kedua-dua pihak iaitu Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon mengambil tindakan undang-undang terhadap En. Thiagu dan Pn. Chelvee pada bulan 12 tahun 2022. Maka isu kutipan pampasan RM10,000.00 sebulan kepada Altratec Sdn Bhd bermula dari tarikh 13- 10-2022 adalah kini menjadi penentuan Mahkamah bicara. [43] Beban pembuktian: Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang kes, beban pembuktian berada di atas bahu Altratec Sdn Bhd untuk membuktikan En./Dato’ Thong Young Khoon mesti membayar pampasan/ganti rugi sebanyak RM10,000.00 dari tarikh 13-10-2022 sehingga serahan milikan kosong yang penuh menurut terma Perjanjian Lanjutan bertarikh 13-12-2019. Altratec Sdn Bhd perlu membuktikannya di Mahkamah sepanjang masa terlebih dahulu sebelum beban berpindah kepada En./Dato’ Thong Young Khoon. Ini dinyatakan dan disimpulkan dalam kes Nanyang Development
1966
Sdn Bhd v How Swee Poh [1970] 1 MLJ 145 (MP) di mana Azmi LP menyatakan − “That rule means the burden of proving a fact rests on the party who substantially asserts the affirmative of the issue and not upon the party who denies it.”. [44] Untuk memastikan bahawa Mahkamah ini mematuhi prinsip undang-undang mengenai beban pembuktian, Mahkamah ini perlu menganalisa keterangan yang dinyatakan oleh pihak-pihak melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentarnya sama ada Plaintif/Plaintif-Plaintif berjaya mencapai tahap “on balance of probabilities”. [45] Mahkamah ini ingin merujuk kepada hujahan peguam cara terpelajar Altratec Sdn Bhd − “Tuan Nazrul also explained in his evidence that the plan at page 29 B6, i.e Pelan Pra Hitungan that was approved by MPK in respect of subdivision of the Master Title into Petak A and Petak B, was referred to during the Land Enquiry. He said: “Pelan ini telah dirujuk dalam Siasatan pada 11.3.2020 sebagai pelan pecah sempadan yang telah diperakukan oleh Pihak Berkuasa Merancang, MPK yang juga diluluskan pecah sempadan oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Berdasarkan pelan tersebut, didapati terdapat satu akses dari jalan utama, iaitu Jalan Sungai Jati ke Petak B telah ditunjukkan supaya pecah sempadan tersebut boleh diluluskan oleh Defendan Ketujuh berdasarkan Seksyen 136 (1)(h) Kanun Tanah Negara 1965. Sekiranya tiada ditunjukkan sebarang akses dari Petak B ke jalan utama, maka pecah sempadan dalam cara tersebut tidak dapat diluluskan oleh Defendan Ketujuh. Ini kerana dalam setiap permohonan pecah sempadan, Defendan Ketujuh perlu memastikan yang setiap petak yang dipecah sempadan mempunyai akses sendiri ke jalan utama dari dalam petak tersebut. Ini adalah supaya tiada pertikaian antara pihak-pihak mengenai akses di masa depan. Maka, akses dari jalan utama, iaitu Jalan Sungai Jati ke Petak B perlu ditunjukkan.” (See Q&A9 of PSD1-2)”. “Tuan Zailani, i.e. SD1-3, also confirmed the above. He was the Deputy Director of Town and Rural Planning of MPK from 2013 and on 2020, he was appointed as the Acting Director of Town and Rural Planning of MPK until he retired in 2021 (see Q&A2 of PSD1-3). He explained in his evidence that: “Sekiranya tanah untuk jalan atau akses tersebut dimasukkan ke dalam Petak A, kedua-dua Petak A dan Petak B akan dipecah sempadan dalam satu cara di mana pelan Petak B tidak akan ada jalan atau akses dari utama iaitu Jalan Sungai Jati. Jika jalan atau akses ke Petak B perlu melalui tanah di Petak A maka berdasarkan pengalaman saya, ini tidak akan diluluskan oleh MPK kerana dalam setiap permohonan pecah sempadan, MPK perlu memastikan setiap petak mempunyai jalan atau akses sendiri ke jalan utama dari dalam petak tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang pertikaian atau pertindihan tanah antara pihak-pihak mengenai akses di masa depan. Sehubungan itu, jalan atau akses dari jalan utama ke Petak B perlu dikeluarkan atau diasingkan dari Petak A.” (See Q&A5 of PSD1-3)”. [46] Keterangan kedua-dua saksi yang dipanggil oleh pihak En./Dato’ Thong Young Khoon amat relevan dan Mahkamah mendapati bahawa setiap petak i.e. Petak A (dibeli oleh En. Thiagu dan Pn. Chelvee) dan Petak B (dibeli oleh Altratec Sdn Bhd) perlu memperuntukkan tanah rizab selebar 30 kaki dan/atau 40 kaki untuk jalan akses. Penyerahan jalan akses sebagaimana ukuran tersebut hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Kegagalan mematuhi syarat ini maka permohonan untuk pecah sempadan tidak diluluskan. Mahkamah juga mendapati bahawa kedua-dua pembeli bagi Petak A dan Petak B tidak sama sekali enggan atau ingkar kepada syarat yang ditetapkan. [47] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Altratec Sdn Bhd bahawa tindakan/perbuatan En Thiagu dan Pn. Chelvee telah menyebabkan Altratec tidak dapat masuk/melalui Jalan Sg Jati untuk ke tanah milik Altratec Sdn Bhd i.e. Petak B itu. Tiada jalan atau akses lain bagi Altratec Sdn Bhd kecuali dengan melalui jalan hadapan tanah Petak A untuk ke Petak B. Kegagalan pihak-pihak mencapai kata sepakat maka hanya Mahkamah menjadi tempat “aduan rasmi” dan pemutus kepada isu jalan akses. [48] Keputusan Mahkamah ini bukan bermaksud Mahkamah memihak kepada En./Dato’ Thong Young Khoon sewenang-wenangnya. Tetapi keterangan balas oleh En./Dato’ Thong Young Khoon dapat membolehkan Mahkamah ini mencapai dapatan dan memutuskan bahawa adalah memadai dan wajar untuk En/Dato’ Thong membayar kepada Altratec Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00 sebulan tanpa apa-apa faedah yang dikira dari tarikh penghakiman/Perintah ini sehingga serahan milikan kosong yang penuh. Mahkamah berpandangan jumlah pampasan yang sewajarnya diberikan berpandukan kepada kes Villa Putra Management Corp v. Mayland View SdnBhd [2015] 9 MLJ 779; [2014] 1 LNS 1096, yang mana diputuskan bahawa − “26. The cases quoted above illustrate that in trespass, a plaintiff can claim for either loss of use of his land or the profit the defendant has made by using his land. A claim for market rents for loss of use pursuant to the user principle is on the basis of the amount that the plaintiff would have obtained if he had let the property. A plaintiff seeking market rent does not have to show that he would actually have let the premises in the relevant period; if he would not have let the property he is, in fact seeking restitution of the defendant’s unjust enrichment arising from the benefit the defendant had obtained by having use of the property. He would likewise be seeking restitution of the defendant’s unjust enrichment if he sought to claim the profits which the defendant actually made. The measure of damages is therefore not what the plaintiff has lost, but the benefit or gain the defendant has obtained by having use of the property. See Penarth Dock Engineering Co Ltd v Pounds [1963] 1 Lloyd’s Rep 359.” (penekanan diberikan) (sila juga rujuk kes Amsiah Rahim v. Borneo Samudera Sdn Bhd [2021] 9 MLJ 693) Penutup [49] Penjualan tanah kepada En. Thiagu dan Pn Chelvee dan kepada Altratec Sdn Bhd adalah tidak boleh berpisah daripada tanah yang dirizabkan untuk membina jalan akses. Ini kerana struktur/rupa bentuk kedua-dua lot tanah i.e. Petak A dan Petak B sangat rapat dan berkait i.e. Petak A di hadapan dan Petak B di belakang. Jalan akses yang melalui Petak A untuk ke Petak B adalah suatu yang mesti diberikan dan ini termaktub dalam Perjanjian Jual Beli. [50] Pertikaian mengenai jalan akses sudah dipralihat oleh penjual dan pembeli di mana En. Thiagu dan Pn Chelvee telah menyekat jalan akses ke Petak B dan ini menyukarkan Altratec Sdn Bhd. Persetujuan En./Dato’ Thong Young Khoon memampas Altratec Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00 sebulan dan telah membayar sebanyak RM330,000.00 kepada Altratec Sdn Bhd menunjukkan komitmen En./Dato’ Thong Young Khoon untuk menunaikan terma dan syarat sebagaimana dalam Perjanjian Lanjutan. Ketidakbayaran selanjutnya adalah disebabkan kata sepakat dicapai oleh Altratec Sdn Bhd dan En./Dato’ Thong Young Khoon untuk menuntut keadilan mengenai isu ini di Mahkamah. Bertarikh: 25 Oktober 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 PEGUAM CARA: Bagi Tuntutan Asal: Bagi Plaintif (Altratec Sdn Bhd): En. Brendan Navin Siva bersama-samanya Pn Aida Haryani & Pn Syereen Tang Leong Mendy Tetuan Brendan Siva, Kuala Lumpur Bagi Defendan Pertama (En./Dato’ Thong Young Khoon): En. R. Ramanathan Tetuan Fernandez & Selvarajah, Petaling Jaya, Selangor Bagi Defendan Kedua (En. Thiagu A/L Nyanaselan) & Defendan Ketiga (Pn. Chelvee A/P Marimuthoo): En./Dato’ Govin T. Durai Tetuan Govin T. Durai & Co., Klang, Selangor Bagi Tuntutan Balas Pertama: Bagi Plaintif-Plaintif (En. Thiagu A/L Nyanaselan & Pn. Chelvee A/P Marimuthoo): En./Dato’ Govin T. Durai Tetuan Govin T. Durai & Co., Klang, Selangor Bagi Defendan Pertama (Altratec Sdn Bhd): En. Brendan Navin Siva bersama-samanya Pn Aida Haryani & Pn Syereen Tang Leong Mendy Tetuan Brendan Siva, Kuala Lumpur Bagi Defendan Kedua (En./Dato’ Thong Young Khoon): En. R. Ramanathan Tetuan Fernandez & Selvarajah, Petaling Jaya, Selangor Bagi Defendan Ketiga (Tetuan Pushpalingam, Kasmani & Partners): Pn. Jane M. Pragasam bersama-samanya Pn. Marianne Sonia Paul Tetuan Ho-Noecker & Pragasam, Kajang, Selangor Bagi Defendan Ketujuh (Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor): Pn. Nurul Izzah bersama-samanya Pn. Cempaka Sari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Shah Alam. Bagi Tuntutan Balas Kedua: Bagi Plaintif (En./Dato’ Thong Young Khoon): En. R. Ramanathan Tetuan Fernandez & Selvarajah, Petaling Jaya, Selangor Bagi Defendan Kedua (En. Thiagu A/L Nyanaselan) & Defendan Ketiga (Pn. Chelvee A/P Marimuthoo): En./Dato’ Govin T. Durai Tetuan Govin T. Durai & Co., Klang, Selangor Bagi Defendan Ketiga (Altratec Sdn Bhd): En. Brendan Navin Siva bersama-samanya Pn Aida Haryani & Pn Syereen Tang Leong Mendy Tetuan Brendan Siva, Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.