No appeal shall be brought to the [Court of Appeal] in any of the following cases: [(a) when the amount or value of the subject-matter of the claim (exclusive of interest) is less than [two hundred and fifty] thousand ringgit, except with the leave of the [Court of Appeal]…;] [10] Di dalam kes ini walaupun permohonan di hadapan Mahkamah adalah satu permohonan lanjutan masa, namun nilai perkara yang hendak dirayu oleh Plaintif adalah kurang daripada RM250,000.00, Justeru, Mahkamah ini berpandangan bahawa peruntukan Seksyen 68 AMK 1964 adalah terpakai. [11] Bagi membolehkan Plaintif merayu terhadap keputusan Mahkamah ini, satu permohonan kebenaran perlu dibuat oleh Plaintif terlebih dahulu. [12] Sehubungan itu juga, apabila notis rayuan ini dikemukakan kepada Mahkamah ini, Mahkamah ini telah mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menulis surat kepada Mahkamah Rayuan untuk 8 memaklumkan bahawa Mahkamah ini tidak akan menyediakan alasan penghakimannya kerana nilai perkara yang hendak dirayu oleh Plaintif adalah kurang daripada RM250,000.00. [13] Sehingga kini, tiada rekod menunjukkan kebenaran merayu telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan. [14] Namun, Mahkamah ini telah menerima surat-surat peguamcara Plaintif memohon alasan penghakiman Mahkamah ini atas alasan ianya diperlukan oleh Mahkamah Rayuan. Menurut peguam Plaintif, beliau telah hadir beberapa kali untuk pengurusan kes bagi notis rayuannya di hadapan Penolong Kanan / Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan (PKP/TP MR) dan telah dikatakan bahawa Mahkamah Rayuan memerlukan alasan penghakiman Mahkamah ini. [15] Oleh itu alasan penghakiman kes ini kini disediakan oleh Mahkamah ini. B. ALASAN-ALASAN PLAINTIF MEMOHON PERLANJUTAN MASA 9 [16] Permohonan Plaintif untuk memohon satu perintah pelanjutan masa bagi memfailkan notis rayuan merayu terhadap keputusan HMS telah disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Vinod a/l R. Kamalanathan pada 1.7.2016 peguamcara dan peguambela yang beramal di Tetuan Vinod Kamalanathan & Associates yang beralamat di Suite 501, 5th Floor, Loke Yew Building, 4 Jalan Mahkamah Persekutuan, 50050 Kuala Lumpur. [17] Di dalam afidavit sokongan tersebut, peguam Plaintif telah menyatakan bahawa mereka telahpun menghantar surat bertarikh 26.1.2016 kepada anakguam mengenai keputusan Mahkamah tersebut untuk mendapatkan arahan selanjutnya. Menurutnya lagi oleh kerana terdapat percanggahan komunikasi yang tidak disengajakan, anakguamnya telah hanya memberi arahan untuk memfailkan Notis Rayuan setelah tempoh 14 hari untuk memfailkan notis rayuan tamat/luput. [18] Plaintif telah menyatakan seterusnya bahawa walaupun mereka mengetahui tempoh masa untuk memfaikan notis rayuan telahpun tamat semasa arahan diterima daripada anak guam untuk merayu, 10 mereka (peguam Plaintif) telah kemudiannya telah memfailkan notis permohonan untuk perlanjutan masa di Mahkamah Sesyen pada 21.3.2016. [19] Namun apabila permohonan mereka dipanggil untuk perbicaraan pada 4.4.2016 di hadapan Mahkamah Sesyen, peguam Plaintif Cik Tamilrasi A/P Rajindran telah dimaklumkan bahawa permohonan perlanjutan masa hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi. [20] Peguam Plaintif kononnya mendakwa selepas pemakluman oleh Mahkamah Sesyen bahawa permohonan perlanjutan masa hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi, peguam telah pergi ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada 7.4.2016 untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut. Namun, peguam Plaintif tidak mendapat kepastian kerana kakitangan pejabat pendaftaran dikatakan memberi jawapan mereka tidak pasti. [21] Peguam Plaintif kemudiannya telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi pada 4.5.2016 tetapi permohonannya telah ditolak oleh kakitangan Mahkamah Tinggi. 11 [22] Peguam Plaintif sekali lagi telah mengarahkan kakitangan despatch nya untuk memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah pada tarikh yang sama tetapi kemudiannya juga telah ditolak pada 11.5.2016. [23] Plaintif sekali lagi memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi pada 12.5.2016 namun juga ditolak atas alasan bahawa kami perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi melalui suatu Saman Pemula. [24] Oleh sebab itu, Saman Pemula ini telah hanya difailkan pada 5.7.2016 selepas lebih kurang tujuh (7) bulan dari dari keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (18.1.2016). C. BANTAHAN DEFENDAN [25] Defendan telah membantah permohonan Plaintif dan telah memfailkan afidavit jawapan. Di dalam membantah permohonan Plaintif, Defendan telah membangkitkan alasan-alasan berikut: 12 i. Anakguam Plaintif adalah syarikat insurans yang berpengalaman dan seharusnya arif mengenai tempoh untuk memfailkan rayuan iaitu 14 hari daripada tarikh keputusan. Di dalam kes ini, semasa arahan diberi, tempoh masa memfailkan notis rayuan telahpun luput. ii. Afidavit sokongan permohonan Plaintif adalah defektif kerana ia seharusnya diikrarkan oleh anakguam Plaintif dan bukannya oleh peguamcara. ii. Keputusan Mahkamah telah dikeluarkan pada 18.1.2016 dan telah hampir lapan (8) bulan berlalu dan tempoh lapan (8) adalah satu tempoh kelewatan yang melampau. iv. Tidak ada penjelasan yang munasabah telah dikemukakan oleh Plaintif berkenaan dengan kelewatan . D. UNDANG-UNDANG 13 [26] Aturan 55 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) jelas memperuntukkan bahawa semua rayuan ke Mahkamah Tinggi hendaklah dengan cara pendengaran semula dan hendaklah dibawa dengan memberikan suatu notis rayuan dalam empat belas hari dari tarikh keputusan itu dirayu. [27] Di dalam kes ini, peguam Plaintif sememangnya mengakui bahawa arahan anak guam untuk merayu telah diterima diluar tempoh 14 hari untuk memfailkan notis rayuan. Justeru bagi membolehkan satu rayuan dibuat, Plaintif perlu mendapatkan satu perintah perlanjutan masa daripada Mahkamah Tinggi. [28] Prinsip undang-undang berhubung dengan perlaksanaan budi bicara mahkamah samada untuk membenarkan satu perlanjutan masa telah diputuskan di dalam pelbagai otoriti. (Sila lihat i. Ratnam v. Cumarasamy & Anor [1964] 3 All ER 933. ii. Ong Guan Teck & Ors v. Hijjas [1982] 1 MLJ 105. iii. Punca Klasik Sdn Bhd v. Seok Kim Leow [1996] 5 MLJ 241. iv. Gan Hay 14 Chong v Siow Kian Yuh & Anor [1975] 1 MLJ 41. v. Cheah Teong Tat v Ho Gee Seng & Ors [1974] 1 MLJ 31.) [29] Pertimbangan utama yang perlu dipertimbangkan dan ditekankan oleh mahkamah di dalam perlaksanaan kuasa budi bicaranya adalah samada terdapatnya alasan-alasan yang munasabah di atas kelewatan ataupun samada kelewatan tersebut dapat dijustifikasikan. [30] Di dalam kes Abdul Rahim Ponniah bin Abdullah-v-Kulim Intensive Driving Centre Sdn. Bhd. [2000] 6 MLJ 584, Hakim Alauddin (YA ketika itu) telah memutuskan antara lain bahawa: “…In exercising the discretion, the following factors will be considered (1) whether the delay caused by the defendant company unjustified or unreasonable (2) what are the reasons for the delay (3) whether the defence raised by the defendant company had any merits; and (4) will the plaintiff prejudiced in any way should the application be granted.” 15 E. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [31] Di dalam kes ini apa yang jelas, semasa anak guam Plaintif memberi arahan untuk memfailkan rayuan, tempoh masa 14 hari untuk memfailkan rayuan yang diperuntukkan di bawah Aturan 55 kaedah 2 KKM 2102 telahpun luput. [32] Sudahlah tempoh masa14 hari itu luput, peguam Plaintif pula telah mengambil masa lebih kurang satu bulan setengah untuk memfailkan permohonan untuk perlanjutan masa di mahkamah yang salah pada 21.3.2013. Peguam Plaintif telah memfailkan permohonan perlanjutan masanya bukan di Mahkamah Tinggi tetapi di Mahkamah Sesyen di mana keputusan diberi. [33] Di dalam kes ini, peguam Plaintif sememangnya telah khilaf apabila memfailkan permohonan perlanjutan masanya di Mahkamah Sesyen. Walhal, undang-undang adalah jelas bahawa menurut Perenggan 8, Jadual (Seksyen 25(2) Akta Mahkamah Kehakiman (AMK 1964), Bidang kuasa Tambahan telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk membenarkan perlanjutan 16 masa di dalam keadaan di mana apabila tempoh masa telah ditetapkan oleh undang-undang untuk bertindak atau memfailkan sebarang prosiding. Seksyen 25 AMK 1964 memperuntukkan bahawa:- “25 Powers of High Court