Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO:WA-B52NCC-355-06/2022 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (NO. SYARIKAT: 196901000166) …PLAINTIF
WA-B52NCC-355-06/2022
Sessions Court of Malaysia21 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nating processes, interlocutory applications, affidavits , orders , such other documents which are required to be served under the rules of court and such notices under the Companies Act 1965 and the Bankruptcy Act 1967 ( includes any insolvency legislation enacted from time to time ) and the Land Acts .”
“eadings, all forms of originating processes, interlocutory applications, affidavits , orders , such other documents which are required to be served under the rules of court and such notices under the Companies Act 1965 and the Bankruptcy Act 1967 ( includes any insolvency legislation enacted from time to time ) and the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO:WA-B52NCC-355-06/2022 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (NO. SYARIKAT: 196901000166) …PLAINTIF
1
K2 DRILLING SDN BHD [NO. SYARIKAT: 201401012928 (1089011-D)] …DEFENDANPERTAMA
2
NG TEIK KENT (NO. KP: 870322565223) …DEFENDAN KEDUA
3
BEH CHUN WEI (NO. KP: 870905385291) …DEFENDAN KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan pihak Defendan-Defendan terhadap keputusan Mahkamah yang diberikan pada 21.2.2024 yang telah menolak permohonan Defendan-Defendan [Lampiran 7] untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 25.7.2022 dengan kos RM 2000 diberikan kepada Plaintif. [2] Melalui Lampiran 7 tersebut, Defendan-Defendan memohon untuk satu perintah sebagaimana berikut: 1) Defendan-Defendan diberikan kebenaran untuk memfailkan Notis Permohonan di luar masa; 2) Bahawa Defendan-Defendan dibenarkan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 25.7.2022; 3) Bahawa Defendan-Defendan dibenarkan untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas dalam masa 14 hari selepas perintah mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 25.7.2022; 4) Bahawa kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan 5) Relif-relif lain atau selanjutnya yang Mahkamah Yang Mulia ini fikirkan adil dan suai-manfaat [3] Bagi permohonan ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ Saman bertarikh 16.6.2022 ("Writ") (Lampiran 1) b) Pernyataan Tuntutan bertarikh 16.6.2022 ("Pernyataan Tuntutan") (Lampiran 2) c) Afidavit Penyampaian yang diikrarkan oleh Molita Anak Rekad pada 15.7.2022 ("Afidavit Penyampaian") (Lampiran 4) d) Perakuan Ketidakhadiran bertarikh 25.7.2022 (Lampiran 5) e) Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 25.7.2022 ("Penghakiman Ingkar")(Lampiran 6) f) Notis Permohonan Defendan-Defendan bertarikh 18.4.2023 ("Permohonan Defendan-Defendan") (Lampiran 7) g) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Beh Chun Wei pada 18.4.2023 ("Afidavit Sokongan") (Lampiran 8); h) Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Arifin bin Saaid dan Azli bin Atan pada 15.5.2023 ("Afidavit Jawapan Plaintif”) (Lampiran 9) i) Afidavit Balasan Defendan yang diikrarkan oleh Beh Chun Wei pada 9.6.2023("Afidavit Balasan Defendan-Defendan") (Lampiran 10) [4] Mahkamah setelah meneliti kertas-kertas kausa yang berkaitan serta hujahan kedua-dua belah pihak, atas imbangan kebarangkalian telah menolak permohonan Defendan-Defendan ini dengan kos. [5] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi melalui notis rayuan bertarikh 24.2.2024. LATAR BELAKANG KES [6] Plaintif merupakan sebuah bank. Defendan Pertama merupakan sebuah syarikat sendirian berhad. Defendan Kedua dan Ketiga merupakan pengarah kepada Defendan Pertama dan juga pemegang saham Defendan Pertama. [7] Melalui Surat Tawaran yang bertarikh 4.12.2019, atas permintaan Defendan Pertama, Plaintif telah menawarkan dan Defendan Pertama telah bersetuju menerima suatu kemudahan Pinjaman Terma berjumlah RM 760,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai “Pinjaman tersebut”) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Tawaran tersebut dan syarat-syarat seragam Plaintif (selepas ini dirujuk sebagai “ Terma-Terma dan Syarat-Syarat Seragam Plaintif”) [8] Defendan Pertama telah bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat seragam Plaintif antara lainnya: a) Untuk membayar balik apabila semua jumlah prinsipal yang di pinjam bersama dengan faedah ke atasnya; b) Sehingga dituntut, Defendan Pertama akan membayar secara ansuran-ansuran sebanyak RM13,295.00 setiap bulan selama 84 bulan; c) Tarikh bayaran pertama akan bermula pada hari kelima bulan selepas keseluruhan Pinjaman tersebut telah dikeluarkan oleh Plaintif; d) Untuk membayar faedah yang dikenakan oleh Plaintif dan pada masa material kadar faedah adalah sebanyak 5.00% setahun (iaitu faedah sebanyak 6.70% setahun dan faedah bayaran lewat sebanyak 1.00% setahun), sehingga pembayaran sepenuhnya. e) Membayar kepada Plaintif semua “fee” dan perbelanjaan yang terlibat dalam penyediaan dan perlaksanaan Perjanjian Pinjaman tersebut di mana “fee” peguam cara Plaintif adalah dikira secara peguamcara-anak guam; [9] Defendan Kedua dan Ketiga telah diberikan kuasa yang sepenuhnya untuk menandatangani dokumen-dokumen bagi atau untuk Defendan Pertama dalam kesemua urusan Pinjaman tersebut melalui satu Surat Edaran Resolusi Lembaga Pengarah yang bertarikh 4.12.2019. [10] Melalui satu Surat Jaminan dan Indemniti bertarikh 12.2.2020 di antara Plaintif dan Defendan Kedua dan Ketiga (selepas ini disebut sebagai "Surat Jaminan dan lndemniti tersebut"), Defendan Kedua dan Ketiga telah menjamin dan mengaku janji untuk membayar segala wang atau liabiliti yang di hutang kepada Plaintif bersama dengan faedah, caj-caj dan lain-lain bayaran sekiranya Defendan Pertama gagal membayar bayaran-bayaran tersebut. [11] Defendan Pertama telah melanggar terma-terrna dan syarat-syarat di dalam Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Seragam Plaintif apabila gagal membuat bayaran-bayaran ansuran seperti yang dikehendaki di dalam Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Seragam Plaintif tersebut. [12] Defendan Kedua dan Ketiga telah melanggar terma-terma dan syarat-syarat di dalam Surat Jaminan dan Indemniti tersebut apabila gagal membuat bayaran-bayaran ansuran untuk Pinjaman tersebut. [13] Plaintif menuntut sejumlah wang yang terhutang di bawah pinjaman tersebut daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan Ketiga selaku peminjam dan penjamin kepada pinjaman tersebut. [14] Plaintif memohon Penghakiman terhadap Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga untuk:- a) Jumlah wang sebanyak RM784,237.53 setakat 4.5.2022; b) Faedah yang dipersetujui pada kadar 5.00% di atas Kadar Pinjaman Asas Plaintif yang setakat tarikh ini ialah 5.45% setahun dikira secara kiraan bulanan ke atas jumlah RM784,155.88 dan faedah penalti sebanyak 1.00% setahun secara kiraan harian yang akan dikenakan ke atas tunggakan ansuran, dikira dari tarikh 5.5.2022 sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; c) Fee guaman sebanyak
1000
1000.00 sehingga tarikh memfailkan saman; d) Kos tindakan; dan e) Lain-lain relif yang difikirkan adil oleh Mahkamah. [15] Berdasarkan afidavit penyampaian yang diikrarkan oleh Molita Anak Rekad pada 15.7.2022, writ dan penyata tuntutan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan secara pos berdaftar pada 27.6.2022. [16] Defendan-defendan telah gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran mengikut peruntukkan undang-undang yang ditetapkan. Plaintif kemudiannya telah memfailkan perakuan ketidakhadiran dan Penghakiman lngkar Kehadiran telah dimasukkan pada 25.7.2022. [17] Antara alasan yang diberikan oleh pihak Defendan-Defendan untuk menyokong permohonan di Lampiran 7 ini adalah sebagaimana berikut: a) Penghakiman Ingkar yang dimasukkan terhadap Defendan-Defendan adalah tidak teratur kerana Defendan-Defendan tidak menerima kertas kausa yang berkaitan. Plaintif tidak memberikan bukti bahawa Defendan-Defendan benar-benar menerima dokumen-dokumen yang terlibat. b) Defendan-Defendan mempunyai pembelaan-pembelaan bermerit yang antara lainnya seperti berikut: i) Plaintif telah menetapkan Syarat Awalan yang menekan (oppressive) dan tidak munasabah; ii) Plaintif telah menetapkan Syarat Khas yang menambah bebanan kewangan ke atas Defendan Pertama; iii) Defendan Pertama telah dipaksa menyetujui syarat-syarat tersebut secara paksa menjadikan kontrak pinjaman di antara kedua-dua pihak tiada persetujuan bebas (free consent); dan iv) Plaintif telah tidak menyatakan dalam tuntutannya bahawa jumlah pinjaman RM760,000.00 telah benar-benar dikeluarkan kepada Defendan Pertama. c) Pihak Defendan-Defendan juga mempunyai tuntutan balas di mana memandangkan pihak Plaintif telah menetapkan Syarat Awalan dan Syarat Khas yang menekan (oppressive) dan membebankan Defendan Pertama dan gagal memberikan butiran-butiran penuh pinjaman yang telah dikeluarkan, Defendan-Defendan telah mengalami kerugian-kerugian berikut: i) Menjejaskan dengan teruk reputasi Defendan Pertama daripada segi kelayakan kredit (credit worthiness) di mata pembiaya lain, rakan-rakan perniagaan dan pihak-pihak yang berkontrak dengan Defendan Pertama; dan ii) Menjejaskan dengan teruk reputasi perniagaan Defendan Pertama di mata semua pihak ketiga yang lain yang berurusan dengannya. [18] Defendan-Defendan menuntut balas terhadap Plaintif seperti berikut: a) Suatu perintah deklarasi mengisytiharkan kontrak pinjaman dan/atau Surat Tawaran bertarikh 4.12.2019 menjadi tidak sah dan batal; b) Suatu perintah deklarasi mengisytiharkan Surat Jaminan dan Indemniti bertarikh 12.2.2019 menjadi tidak sah dan batal; c) Ganti rugi Am akibat kesalahan yang dilakukan Plaintif terhadap Defendan-Defendan hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah dan dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan; dan d) Plaintif membayar kepada Defendan-Defendan faedah ke atas jumlah Ganti rugi Am yang ditaksirkan oleh Mahkamah pada kadar 5% setahun daripada tarikh pemfailan tuntutan balas ini sehingga tarikh penyelesaian penuh tuntutan balas Defendan-Defendan; e) Kos tindakan ini; dan f) Lain relief yang Mahkamah fikir suaimanafaat. [19] Plaintif telah membantah permohonan Defendan-Defendan ini dan menyatakan bahawa Lampiran 7 ini telah difailkan di luar masa. Penghakiman Ingkar Kehadiran telah dimasukkan pada 25.7.2022. Plaintif telah menyerahkan sesalinan penghakiman tersebut pada 18.2.2022. Pihak Defendan-Defendan telah memfailkan permohonan di Lampiran 7 ini pada 18.4.2023 iaitu mengambil masa lebih kurang 8 bulan daripada tarikh penghakiman tersebut diserahkan. [20] Writ dan penyata tuntutan telah diserahkan dengan sempurna mengikut peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman dan perjanjian jaminan dan indemniti tersebut dan pihak Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit. [21] Pinjaman tersebut telah diberikan atas permohonan Defendan Pertama. Kesemua Defendan telah menandatangani surat tawaran, perjanjian pinjaman serta perjanjian jaminan dan indemniti tanpa paksaan dan telah bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian pinjaman dan jaminan tersebut. [22] Pihak Defendan Pertama juga telah membuat bayaran pinjaman tersebut sejak tahun 2020 dan juga telah membuat bayaran walaupun setelah penghakiman ingkar kehadiran telah diperoleh di mana rekod bayaran terakhir telah dibuat pada 29.11.2022 sejumlah RM 12,784.00.
Preamble
Menurut rekod Plaintif sejumlah RM 220,500.05 telah dibayar oleh pihak Defendan. DAPATAN MAHKAMAH [23] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa permohonan di Lampiran 7 ini telah dibuat di luar masa. Ini kerana, berdasarkan ekshibit A afidavit jawapan Plaintif, sesalinan penghakiman ingkar kehadiran yang terlah termeterai telah diserahkan kepada Defendan-Defendan pada 10.8.2022 secara pos. [24] Pihak Defendan telah gagal membuat permohonan ini dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang. Aturan 42 Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan sebagaimana berikut:
13
Setting aside or varying judgment and orders (0. 42 r. 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him. [25] Pihak Defendan-Defendan juga menyatakan dalam hujahan mereka bahawa alasan Notis Permohonan difailkan di luar masa 30 hari adalah kerana Defendan-Defendan pada ketika itu cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan tindakan ini daripada Plaintif dan cuba berunding dengan pihak Plaintif. Pada masa yang sama, pihak Defendan-Defendan juga berada dalam proses untuk melantik pihak peguam untuk mewakili pihak Defendan-Defendan. Ini menunjukkan bahawa Defendan-Defendan mengakui bahawa notis permohonan ini dibuat lewat tetapi menafikan bahawa mereka menerima penghakiman ingkar tersebut. [26] Mahkamah berpuas hati bahawa penghakiman ingkar tersebut diserahkan secara pos dan ia adalah mencukupi dan tidak memerlukan bukti penerimaan daripada pihak Defendan-Defendan. [27] Mahkamah walau bagaimana pun membenarkan permohonan pihak Defendan-Defendan untuk membuat permohonan ini bagi membolehkan kes ini ditentukan dengan merit dan bukan isu teknikal berkaitan masa. Tambahan pula Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan perlanjutan masa. Adakah Penghakiman lngkar yang direkodkan pada 25.7.2022 adalah sah dan teratur? [28] Pihak Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif telah gagal memberikan bukti penerimaan writ dan penyata tuntutan yang dikatakan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan. [29] Dalam kes ini serahan kertas kausa adalah berdasarkan terma perjanjian. Klausa 22 Perjanjian Pinjaman (Terma-terma dan syarat-syarat pinjaman) dan klausa 21 Jaminan dan lndemniti telah menjelaskan dengan terperinci bagaimana notis perlu diserahkan kepada pihak-pihak. [30] Klausa 22 Perjanjian Pinjaman adalah sebagaimana berikut:
22
22.
a
Any demand, notice, request ( other than Legal Process ) under or in connection with this Letter of Offer and Annexure, shall be in writing and shall be delivered personally, or by ordinary post with certificate of posting or ordinary post or facsimile ( followed by post ) to the addressesgiven in this Letter of Offer and Annexure or at such other address as the recipient may have notified to the other party hereto in writing . Proof of posting or despatch of any notice shall be deemed to be proof of receipt :
i
if it is personally delivered, at the time of delivery and duly acknowledged ;
II
(ii) in the case of a ordinary post with certificate of posting, on the second ( 2nd ) Business Day after posting ;
III
(iii) in the case of a facsimile when received in a readable and legible form , on the Business Day immediately after transmission Provided Always That the sender has received an answer back confirmation and
IV
(iv) in the case of electronic mail , at the time when actually received in readable form .
b
The service of any Legal Process in respect of any action or proceeding may be effected on the Borrower by delivering a copy of the Legal Process personally or by ordinary post with certificate of posting or ordinary post to the Borrower's address given in the Letter of Offer or at such other address as the Borrower shall have notified to the Bank in writing. Proof of posting or despatch of any Legal Process shall be deemed to be served : -
i
if it is personally delivered, at the time of delivery and duly acknowledged ; an
II
(ii) in the case of an ordinary post with certificate of posting , on the second ( 2nd ) Business Day after posting . For the purpose of this Clause, reference to "Legal Process" means any pleadings, all forms of originating processes, interlocutory applications, affidavits , orders , such other documents which are required to be served under the rules of court and such notices under the Companies Act 1965 and the Bankruptcy Act 1967 ( includes any insolvency legislation enacted from time to time ) and the Land Acts .
c
No change in the address of the Borrower shall be effective or binding on the Bank unless actual notice of the change of address has been received by the Bank . Any complaints that the Borrower may have against the Bank in relation to any matters arising may be lodged at the following address : AmBank ( M ) Berhad Customer Services Level 3, Menara AmBank No. 8 , Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur Contact Number : 03-21673000 Fax Number : 03-27800223 Email Address: customercare @ambankgroup.com. [31] Klausa 21 Perjanjian Jaminan dan Indemniti juga mempunyai terma dan ayat yang hampir sama dengan Klausa 22 Perjanjian Pinjaman. Jelasnya, perjanjian tersebut telah menggariskan bahawa kertas kausa boleh diserahkan melalui beberapa cara sama ada serahan secara kendiri, pos dengan sijil pengeposan atau pos biasa. [32] Berdasarkan afidavit penyampaian yang diikarkan oleh Molita Anak Rekad, satu salinan writ dan penyata tuntutan bertarikh 16.6.2022 telah diserahkan kepada Defendan Pertama secara pos berdaftar pada 27.6.2022 yang dialamatkan kepada Defendan Pertama di alamat terakhir yang dibekalkan oleh Defendan Pertama sepertimana dalam perjanjian pinjaman iaitu di 31-1C, Jalan Bandar Tiga, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor dan di Block A-10-3A (Level 12), Menara Uncang Emas (UE3), 85 Jalan Loke Yew 55200 Kuala Lumpur. Alamat-alamat Defendan Pertama tersebut adalah juga sebagaimana carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia. [33] Writ dan PenyataTuntutan juga telah diserahkan kepada Defendan Kedua di alamat terakhir yang diketahui di No. 103, Block A15, Seksyen 15, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur dan kepada Defendan Ketiga di alamat terakhir yang diketahui di 52-1, Jalan 27170A, Desa Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur. [34] Serahan secara pos berdaftar ini adalah selaras dengan Aturan 10 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
3
Service of writ in pursuance of contract (O. 10, r. 3)
1
Where:
a
a contract contains a term to the effect that the Court shall have jurisdiction to hear and determine any action in respect of a contract or, apart from any such term, the Court has jurisdiction to hear and determine any such action; and
b
the contract provides that, in the event of any action in respect of the contract being begun, the process by which it is begun may be served on the defendant, or on such other person on his behalf as may be specified in the contract, in such manner or at such place (whether within or out of the jurisdiction) as may be so specified, then, if an action in respect of the contract is begun in the Court and the writ by which it is begun is served in accordance with the contract, the writ shall, subject to paragraph (2), be deemed to have been duly served on the defendant. [35] Pihak Defendan-Defendan telah menghujahkan bahawa berdasarkan kepada klausa tersebut, ia jelas mengatakan bahawa serahan perlu dilakukan melalui “ordinary post with certificate of posting” iaitu pos biasa dengan sijil pengeposan atau “ordinary post” iaitu melalui pos biasa sahaja. Ia jelas tidak membolehkan Plaintif untuk menyerahkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan melalui Pos Berdaftar. [36] Mahkamah tidak dapat menerima hujahan pihak Defendan-Defenden dan berpendapat bahawa pengeposan secara pos berdaftar, ia telah pun memenuhi terma yang dinyatakan dengan kontrak. Terma kontrak menyatakan bahawa Writ dan Penyata Tuntutan tidak perlu diserahkan secara pos AR Berdaftar yang mana kad jawapan akan dikembalikan kepada pengirim. Terma kontrak telah memberikan beberapa pilihan kepada pihak Plaintif untuk memilih jenis pengeposan yang boleh dibuat dan ini termasuklah secara pos biasa yang mana tiada bukti pengeposan diperlukan. [37] Dalam kes ini, Plaintif telah memilih untuk membuat serahan secara pos berdaftar. Mahkamah berpendapat cara serahan yang telah dibuat oleh Plaintif adalah melebihi keperluan yang paling minimum dalam perjanjian di mana pos biasa sahaja pun boleh digunakan. Oleh sebab itu, serahan yang dibuat adalah teratur memandangkan kontrak telah menggariskan keperluan minimum pengeposan dan Plaintif telah memilih pengeposan secara pos berdaftar di mana ia adalah lebih baik daripada pos biasa yang dinyatakan dalam kontrak. [38] Dalam kes TA Securities Bhd v Ng Yen Ling [2000] 7 CLJ 146, Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut:
1
"Order 10 r. 3(1)(b) of the Rules of the High Court 1980 provides, inter alia, that if the writ is served in accordance with the contract. "the writ shall be deemed to have been duly served on the defendant". Thus, service is deemed contractually by the said clause and statutorily by instant case was sent by prepaid registered post to the proper address of the defendant and therefore, the deeming provisions of the said clause and 0.10 r.3(1)(b) 1980 of the Rules of the High Court came into operation".
2
The court was bound by the authorities to hold that the defendant in this case was precluded from showing that she did not receive the writ. The court had to take as conclusive that the writ was served on her. " [39] Pihak Defendan-Defendan membangkitkan bahawa “Tracking” Pos Berdaftar bagi nombor RY176492166MY dan RY176492170MY iaitu nombor “tracking” yang melibatkan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang dikemukakan Plaintif menunjukkan bahawa Writ dan Penyataan Tuntutan telah gagal diserahkan. (Rujuk ekshibit "BCW-2" Afidavit Balasan Defendan-Defendan); Namun begitu, sekiranya Mahkamah meneliti ekshibit BWC-2 tersebut, dinyatakan akan ada cubaan untuk menyerahkan semula kertas kausa yang terlibat pada keesokan harinya. [40] Mahkamah berpendapat bahawa pembuktian penerimaan oleh pihak Defendan-Defendan adalah tidak diperlukan. Ia cukup sekadar kertas kausa tersebut diposkan oleh pihak Plaintif ke alamat Defendan-Defendan yang diketahui oleh Plaintif. Ini kerana tiada dalam makluman Mahkamah bahawa pihak Defendan-Defendan memberi makluman berkaitan perubahan alamat-alamat Defendan-Defendan kepada pihak Plaintif. Adakah Defendan-Defendan mempunyai pembelaan bermerit? [41] Dalam kes Yayasan Melaka v Photran Corp Sdn Bhd & Anor [2012] 7 MLJ 1 Mahkamah telah menjelaskan maksud pembelaan bermerit di mana ia menyatakan: [30] In the instant case the learned judge did not consider the judgment to be irregular. Mallal's Supreme Court Practice, (2nd Ed), Vol I at p 84 explains the position where the judgment is regular thus:The discretion will only be exercised if the affidavit supporting the application to set aside discloses facts showing a defence on the merits; or for some very sufficient reason: Bank Bumiputra Malaysia Bhd v Majlis Amanah Ra'ayat [1979} 1 MLJ 23; Farden v Richter (1889) 23 QBD 124. A defence on the merits means merely raising only an arguable or triable issue, eg contributory negligence in a running down case in White v Weston [1968] 2 QB 647. A judgment in default is not a judgment on the merits: L Oppenheim & Co v Mahomed Haneef [1922] 1 AC 482. (Emphasis added.) [42] Pihak Defendan-Defendan telah membangkitkan tentang terma dan syarat-syarat pinjaman yang dikatakan menekan pihak mereka serta memberi bebanan kewangan kepada pihak Defendan-Defendan. Ini menyebabkan perjanjian tersebut dimasuki tanpa persetujuan bebas oleh pihak Defendan-Defendan. [43] Mahkamah berpendapat bahawa memandangkan ini merupakan satu perjanjian pinjaman dengan bayaran balik secara berkala, Defendan-Defendan mempunyai pilihan sama ada menerima syarat-syarat perjanjian tersebut ataupun tidak. Sekiranya Defendan-Defendan merasakan syarat-syarat perjanjian pinjaman tersebut tidak munasabah dan berat sebelah, Defendan-Defendan boleh memilih untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak lain dan bukannya pihak Plaintif. [44] Mahkamah berpuas hati dengan Sesalinan Penyata Akaun dan
Schedule
Jadual Pembayaran yang dikemukakan oleh pihak Plaintif bahawa pihak Plaintif telah melepaskan jumlah pinjaman tersebut kepada pihak Defendan dan bayaran telah pun dibuat oleh pihak Defendan berkaitan dengan pinjaman tersebut. [45] Defendan-Defendan telah memilih untuk menandatangani perjanjian pinjaman tersebut serta perjanjian jaminan dan indemniti dan oleh sebab itu adalah terikat untuk mematuhi segala terma dan syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani. Tambahan pula perjanjian pinjaman dan perjanjian jaminan dan indemniti tersebut merupakan perjanjian biasa yang melibatkan institusi kewangan dan tidak melibatkan sebarang unsur penipuan (fraud). [46] Dalam kes Smallholders Corp Sdn. Bhd & Ors v Utusan TranspotSdn. Bhd [1995] 4 MLJ 587 Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: “When documents containing contractual terms are signed then in the absence offraud or misrepresentation the party signing it is bound, and it is wholly immaterial whether he has read the document or not.” [47] Dalam kes Serangoon Garden Estate Ltd v Marian Chye [1959] 25 MLJ113, dinyatakan sebagaimana berikut: “I think it is quite clear that when a party signs a contract knowing it to be a contract which governs the relations between them, then, to use the words of Denning J in the case of Curtis v Chemical Cleaning and Dyeing co. supra, his signature is irrefragable evidence of his assent to the whole contract, including the exempting clauses, unless the signature is shown to be obtained by fraud or misrepresentation. In L’Estrange v Graucob LTd. Scrutton L.J said "When a document containing contractual terms is signed, then, in the absence of fraud, or, I will add, misrepresentation the party signing it is bound, and it is wholly immaterial whether he has read the document or not." [48] Mahkamah berpuas hati bahawa perjanjian antara Plaintif dan Defendan Pertama adalah sah dan teratur. Mahkamah juga berpuas hati bahawa Perjanjian Jaminan dan Indemniti di antara Plaintif dan Defendan Kedua dan Ketiga adalah sah dan teratur. [49] Pihak Defendan-Defendan tidak sepatutnya membangkitkan isu berkaitan terma dan syarat-syarat perjanjian yang telah pun ditandatangani oleh mereka pada peringkat ini terutamanya setelah wang pinjaman telah dilepaskan kepada Defendan Pertama dan bayaran balik bulanan juga telah dibuat. Tindakan untuk membangkitkan isu tersebut di peringkat ini terutamanya setelah menerima notis tuntutan daripada Plaintif dan penghakiman telah dimasukkan pada pendapat Mahkamah merupakan satu pemikiran terkemudian (afterthought) yang berniat untuk melengah-lengahkan prosiding. [50] Dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Bhd [1993] 1 MLRA 642 Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: “(2) In order to succeed in his application under 0. 13 r.8 and 0.19 r. 9, the applicant must show that he has a defence which has some merits and which the court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence there is no defence and the application must fail. It can hardly be emphasised that in order for the Court to arrive at a decision that the defence has merits it must perforce make a reasoned assessment of the justice of the case by forming a professional view of the probable outcome of the case, but this is stating the obvious. It involves a mental process that goes through the mind of a Judge when making a decision in any case, weighing the evidence of a litigant against that of another on the facts alleged by a party against those of the other before finally coming to a decision.” [51] Dalam kes YPJ Plantations Sdn Bhd v Maju Construction and Development Sdn Bhd [2021] 1 LNS 601 dinyatakan sebagaimana berikut: "[35] in establishing a defence on merits, the defendant must show that his defence is not a sham defence but one that prima facie, raises serious issues to be tries, since a sham defence is one that should render dismissal of this application". [52] Mahkamah berpendapat bahawa pihak Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit. Pinjaman antara pihak Plaintif dengan Defendan Pertama tiada kaitan dengan reputasi Defendan Pertama. Defendan Pertama yang enggan/gagal untuk membayar tunggakan dengan pihak Plaintif. [53] Defendan Kedua dan Ketiga sebagai penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh Defendan Pertama adalah bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh Defendan Pertama. [54] Mahkamah juga berpendapat bahawa Tuntutan Balas yang dicadangkan oleh pihak Defendan-Defendan juga tidak bermerit. Oleh yang demikian Mahkamah berpuas hati bahawa Penghakiman lngkar Kehadiran yang telah direkodkan terhadap Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga pada 25.7.2022 adalah sah dan teratur. [55] Writ dan Pernyataan telah diserahkan kepada Defendan-Defendanadalah selaras dengan klausa 22 (b) Lampiran 1 Terma-terma dan Syarat-syarat Perjanjian Pinjaman dan klausa 21.2 Perjanjian Jaminan dan lmdemniti. [56] Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga telah gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh masa yang ditetapkan serta tidak mempunyai sebarang pembelaan dan tuntutan balas yang bermerit bagi membolehkan penghakiman ingkar yang dimasukkan terhadap Defendan-Defendan diketepikan. [57] Oleh yang demikian, permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 7 ini adalah ditolak dengan kos sebanyak RM 2000 diberikan kepada Plaintif. Semasa Mahkamah memberikan keputusan di Lampiran 7 ini, Mahkamah dimaklumkan bahawa Defendan Ketiga telah pun bankrap. Namun begitu, pihak peguam cara Defendan-Defendan telah mendapatkan kebenaran yang sewajarnya bagi mewakili Defendan Ketiga. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 2 April 2024 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif: Cik Noraini Binti Harun [Tetuan Goh & Partners] Peguam cara Pihak Defendan-Defendan: Encik Wajdi Bin Mohamad bersama-sama dengan Cik Hajar Mardhiah (PDK) [Tetuan Wajdi Mohamad & Company]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.