Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA BAHAGIAN DAGANG (NCC5) GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCC-845-12/2025 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (No. Syarikat: 8515-D) …PLAINTIF
WA-22NCC-845-12/2025
High Court of Malaysia22 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“i selaras dengan autoriti yang dirujuk oleh Plaintif seperti AmBank v Vacation Asia International Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 2414 dan Malayan Banking Berhad v Salem High Country Holidays Sdn Bhd & Ors [2009] MLJU 0962.”
“, tertakluk kepada pengecualian yang sempit. Prinsip ini selaras dengan Seksyen 23 Akta Keterangan 1950 dan pendekatan dalam kes-kes seperti Tripple International Limited v Belia Cermat Sdn Bhd & Ors [2016] MLJU 573 serta Oh Kuang Liang v Associated Wood Industries Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 390.”
“keingkaran tidak dengan sendirinya menunjukkan ketidakadilan atau kegagalan mitigasi. Ini selaras dengan autoriti yang dirujuk oleh Plaintif seperti AmBank v Vacation Asia International Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 2414 dan Malayan Banking Berhad v Salem High Country Holidays Sdn Bhd & Ors [2009] MLJU 0962.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA BAHAGIAN DAGANG (NCC5) GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCC-845-12/2025 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (No. Syarikat: 8515-D) …PLAINTIF
1
DAN STARFOAM & LATEX INDUSTRY SDN BHD (No. Syarikat: 1436515-D)
2
NG BOON TOUNG (No. K/P: 580913-08-6333)
3
JI KIM CHUAN (No. K/P: 640416-04-5057)
4
LEE TEONG PENG (No. K/P: 631106-07-5491)
5
DANNY TAN HOCK KEONG (No. K/P: 860518-35-5755) …DEFENDAN-DEFENDAN S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan 1. Ini adalah permohonan oleh Plaintif, AmBank (M) Berhad (“Plaintif”), bagi Penghakiman Ringkas di bawah Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KM 2012”) melalui Kandungan 9 terhadap Defendan Pertama (“D1”) sebagai peminjam utama, dan Defendan Kedua (“D2”), Defendan Ketiga (“D3”) serta Defendan Kelima (“D5”) sebagai penjamin peribadi.
2
Plaintif menuntut jumlah tertunggak sebanyak RM2,113,221.83 setakat 26.10.2025, iaitu RM245,185.75 bagi kemudahan Overdraf dan RM1,868,036.08 bagi kemudahan Term Loan, bersama faedah ingkar berterusan pada kadar kontraktual sehingga penyelesaian penuh, serta kos dan perbelanjaan undang-undang atas dasar indemniti penuh.
3
Bagi mengelakkan keraguan, terdapat penghakiman ingkar telah direkodkan terhadap Defendan Keempat (“D4”) sebelum permohonan Aturan 14 ini didengar. Justeru, alasan penghakiman ini hanya berkaitan dengan permohonan Penghakiman Ringkas terhadap D1, D2, D3 dan D5, dan tidak menjejaskan penghakiman ingkar yang telah diberikan terhadap D4. S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw Pihak-Pihak dan Latar Belakang Fakta 4. Plaintif adalah sebuah institusi kewangan berlesen. D1, Starfoam & Latex Industry Sdn Bhd, adalah peminjam utama di bawah kemudahan kredit yang diberikan oleh Plaintif. D2, D3, D4 dan D5 pula telah menandatangani perjanjian-perjanjian jaminan sebagai penjamin bersama dan berasingan terhadap liabiliti D1.
5
Antara 8.1.2024 hingga 7.1.2025, Plaintif mengeluarkan beberapa Surat Tawaran kepada D1 bagi kemudahan Overdraf dan Term Loan sehingga RM2.2 juta. Pada 25.3.2024, Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Jaminan & Indemniti telah dilaksanakan oleh D1 hingga D5. D1 telah mengambil manfaat kemudahan-kemudahan tersebut dan pada peringkat awal membuat bayaran tanpa bantahan terhadap terma-terma yang dipersetujui.
6
Pada 2.10.2025, D1 mula culas dalam bayaran Term Loan dengan tunggakan sebanyak RM71,378.79. Pada 3.10.2025, Plaintif mengeluarkan Surat Tuntutan kepada D1, dan pada 29.10.2025, Plaintif mengeluarkan Surat Penarikan Balik yang menamatkan kemudahan-kemudahan dan menuntut bayaran penuh RM2,113,221.83. Pada tarikh yang sama juga, Plaintif mengeluarkan Notis Tuntutan Jaminan kepada D2 hingga D5 yang S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw menuntut pembayaran dalam tempoh 14 hari.
7
7.
Preamble
Mengikut Klausa 21.1(b) Perjanjian Jaminan, notis yang dihantar melalui pos dianggap disampaikan lima hari selepas tarikh pengeposan. Oleh itu, Notis Tuntutan kepada penjamin dianggap diterima pada 3.11.2025 dan tempoh 14 hari tamat pada 17.11.2025. Writ dan Pernyataan Tuntutan difailkan pada 5.12.2025, manakala permohonan Penghakiman Ringkas difailkan pada 2.1.2026.
8
Pada 5.1.2026, Mahkamah mengarahkan semua Defendan memfailkan Afidavit Jawapan pada atau sebelum 19.1.2026. D1 hingga D3 memfailkan Afidavit Jawapan pada 19.1.2026, manakala D5 gagal memfailkan apa-apa afidavit. Plaintif kemudiannya memfailkan Afidavit Balasan pada 4.2.2026. Prinsip Undang-Undang 9. Bagi permohonan di bawah Aturan 14 KM 2012, Plaintif terlebih dahulu mesti membuktikan suatu kes prima facie yang jelas berdasarkan keterangan afidavit dan dokumen; beban kemudian beralih kepada Defendan untuk menunjukkan wujud isu bona fide untuk dibicarakan, dan penafian atau dakwaan kosong tanpa S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw sokongan fakta tidak memadai. Prinsip ini telah dihuraikan dalam Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400, dan pendekatan yang sama turut ditegaskan dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd v NZ Wheels Sdn Bhd [2012] 1 MLJ 27
10
Berhubung komunikasi “without prejudice”, komunikasi yang dibuat dalam konteks rundingan penyelesaian yang tulen adalah komunikasi istimewa dan tidak boleh digunakan untuk membuktikan liabiliti, tertakluk kepada pengecualian yang sempit. Prinsip ini selaras dengan Seksyen 23 Akta Keterangan 1950 dan pendekatan dalam kes-kes seperti Tripple International Limited v Belia Cermat Sdn Bhd & Ors [2016] MLJU 573 serta Oh Kuang Liang v Associated Wood Industries Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 390.
11
Berhubung Sijil Keberhutangan yang dikeluarkan di bawah Klausa Bukti Konklusif, undang-undang yang mampan mengiktiraf bahawa sijil sedemikian merupakan bukti konklusif jumlah hutang ke atas peminjam dan penjamin kecuali jika dibuktikan penipuan atau kesilapan nyata (manifest error). Prinsip ini disokong oleh autoriti seperti Chen Heng Ping & Ors v Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd [1995] 2 MLJ 363 dan Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685. S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw
12
Dari segi prosedur pula, kegagalan sesuatu pihak untuk memfailkan afidavit jawapan dalam tempoh yang diarahkan, tanpa permohonan lanjutan masa atau penjelasan yang munasabah, boleh diambil kira oleh Mahkamah sebagai pengakuan terhadap fakta yang dinyatakan di dalam afidavit sokongan pemohon. Prinsip ini sejajar dengan O. 32 r. 13 KM 2012 dan pendekatan dalam Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 MLJ 281.
13
Isu-Isu Untuk Diputuskan Isu-isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: a. Sama ada rujukan D1 hingga D3 kepada komunikasi “without prejudice” bertarikh 6.11.2025 dan 13.11.2025 adalah boleh diterima sebagai keterangan. b. Sama ada kegagalan D5 memfailkan Afidavit Jawapan dalam tempoh yang diarahkan merupakan pengakuan terhadap tuntutan Plaintif. c. Sama ada pembelaan D1 hingga mengenai ketidakseimbangan kuasa tawar-menawar, kadar faedah S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw berlebihan, kegagalan mitigasi termasuk penggantungan akaun, ketidaktepatan kuantum kehutangan, dan dakwaan tindakan pra-matang terhadap penjamin mewujudkan isu bona fide untuk dibicarakan.
14
Isu Awal: Komunikasi “Without Prejudice” D1 hingga D3 di dalam Afidavit Jawapan mereka merujuk kepada perbincangan dengan Plaintif bertarikh 6.11.2025 dan 13.11.2025 yang dilabel “without prejudice”, untuk menyokong dakwaan bahawa mereka telah memaklumkan keperluan modal kerja dan keadaan kewangan D1 kepada Plaintif.
15
Mahkamah menerima kedudukan undang-undang bahawa komunikasi yang dibuat dalam rangka rundingan penyelesaian yang tulen dan dilabel “without prejudice” adalah istimewa dan tidak boleh digunakan untuk membuktikan liabiliti atau menghakis kedudukan salah satu pihak. Dalam kes ini, perbincangan yang dirujuk jelas bersifat rundingan penyelesaian hutang. Tiada pengecualian khusus berbangkit yang boleh menyingkirkan keistimewaan tersebut. Pendekatan ini selaras dengan Seksyen 23 Akta Keterangan 1950 dan kes-kes seperti Tripple International Limited v Belia Cermat Sdn Bhd & Ors [2016] MLJU 573 dan Oh S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw Kuang Liang v Associated Wood Industries Sdn Bhd [1995] 4 MLJ
390
390.
16
Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa rujukan dalam Afidavit Jawapan D1 hingga D3 kepada komunikasi “without prejudice” bertarikh 6.11.2025 dan 13.11.2025 adalah tidak boleh diterima dan hendaklah diketepikan daripada pertimbangan Mahkamah.
17
Isu Awal: Kegagalan D5 Memfailkan Afidavit Jawapan Mahkamah telah menetapkan 19.1.2026 sebagai tarikh akhir untuk memfailkan Afidavit Jawapan. D1 hingga D3 mematuhi arahan tersebut, tetapi D5 gagal memfailkan apa-apa afidavit dan tidak ada permohonan lanjutan masa yang dikemukakan.
18
Kegagalan D5 memfailkan Afidavit Jawapan dalam tempoh yang ditetapkan memberi kesan bahawa segala fakta material yang dinyatakan dalam Afidavit Sokongan Plaintif, setakat mana ia menyentuh liabiliti D5 sebagai penjamin, tidak dipertikaikan. Pendekatan ini sejajar dengan O. 32 r. 13 KM 2012 dan prinsip yang diterima dalam Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 MLJ 281. S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw
19
Sebagai latar belakang, D5 telah membuat permohonan untuk lanjutan masa untuk memfailkan Afidavit Jawapan, namun telah gagal hadir ke mahkamah untuk semasa tarikh pendengaran. D5 hanya meminta penangguhan pendengaran permohonan tersebut pada tarikh 1 hari sebelum dan mahkamah tidak membenarkan penangguhan. Tambahan lagi, D5 juga tidak memfailkan Hujahan untuk menyokong permohonan beliau seperti yang diarahkan oleh Mahkamah. Selanjutnya mahkamah telah membatalkan permohonan D5 disebabkan ketidakhadiran peguamcara D5. Lanjutan daripada itu, D5 telah merayu ke mahkamah rayuan di atas keputusan pembatalan tersebut. Mahkamah yang mulia ini tidak berhasrat untuk menghuraikan lebih lanjut alasan pembatalan permohonan D5 memandangkan satu Alasan Penghakiman berasingan telah pun disediakan.
20
Mahkamah berpuas hati bahawa kegagalan prosedur ini adalah fatal kepada D5 dan tiada apa-apa pembelaan substantif yang boleh diambil kira bagi pihaknya dalam permohonan ini.
21
Isu Substantif 1: Dakwaan Ketidakseimbangan Kuasa Tawar-Menawar D1 hingga berhujah bahawa terma-terma Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Jaminan adalah berat sebelah dan S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw dikenakan tanpa ruang tawar-menawar yang sebenar, lalu wajar diketepikan atas asas “unequal bargaining power.”
22
Mahkamah mendapati bahawa urus niaga ini adalah transaksi komersial biasa antara sebuah institusi kewangan dan pelanggan korporat, dijalankan secara arm’s-length. Perjanjian-perjanjian berkenaan mengandungi Klausa Nasihat Undang-Undang Bebas, yang secara jelas menyatakan bahawa para penandatangan telah dinasihati dan atau diberi peluang munasabah untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas sebelum menandatangani. Pendekatan bahawa pihak komersial terikat kepada dokumen yang ditandatangani dan tidak mudah dibenarkan bergantung kepada dakwaan umum ketidakseimbangan kuasa tawar-menawar adalah selaras dengan autoriti yang dirujuk oleh Plaintif, termasuk Aseambankers Malaysia Bhd & Ors v Shencourt Sdn Bhd & Anor [2014] 4 MLJ 619 dan Independent Oil Tools Malaysia Sdn Bhd v Olio Resourses Sdn Bhd [2018] 1 LNS 1334.
23
D1 hingga D3 bukan sahaja menandatangani dokumen-dokumen tersebut, malah telah mengambil manfaat kemudahan-kemudahan itu dan membuat bayaran pada peringkat awal tanpa sebarang bantahan. Dalam keadaan ini, prinsip estoppel terpakai. Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan ini tidak mewujudkan isu bona fide yang memerlukan perbicaraan penuh. S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw Isu Substantif 2: Faedah Berlebihan, Mitigasi dan Penggantungan
24
Akaun D1 hingga D3 mempersoalkan kadar faedah ingkar dan tindakan Plaintif menggantung akaun D1, dengan mendakwa bahawa kadar faedah adalah berlebihan dan Plaintif gagal memitigasi kerugiannya.
25
Mahkamah meneliti peruntukan dalam Perjanjian Kemudahan dan mendapati bahawa Plaintif mempunyai hak kontraktual yang jelas untuk mengenakan faedah ingkar serta melaksanakan hak set-off dan penggantungan akaun apabila berlaku keingkaran. Dari sudut prinsip, penguatkuasaan hak kontraktual perbankan dalam keadaan keingkaran tidak dengan sendirinya menunjukkan ketidakadilan atau kegagalan mitigasi. Ini selaras dengan autoriti yang dirujuk oleh Plaintif seperti AmBank v Vacation Asia International Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 2414 dan Malayan Banking Berhad v Salem High Country Holidays Sdn Bhd & Ors [2009] MLJU 0962.
26
D1 hingga D3 tidak mengemukakan sebarang bukti pakar, analisis kadar faedah alternatif, atau keterangan yang menunjukkan bagaimana langkah-langkah Plaintif secara langsung menambahkan kerugian. Justeru, dakwaan ini hanyalah penafian S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw umum yang tidak disokong oleh bukti konkrit dan tidak cukup untuk menimbulkan isu triable yang sebenar.
27
Isu Substantif 3: Kuantum Kehutangan dan Sijil Keberhutangan D1 hingga D3 turut mendakwa bahawa jumlah hutang yang dituntut oleh Plaintif adalah tidak tepat kerana kononnya tiada pecahan atau butiran mencukupi dikemukakan.
28
Plaintif, sebaliknya, bergantung kepada Sijil Keberhutangan (Exh. AMB-6) yang dikeluarkan di bawah Klausa Bukti Konklusif dalam Perjanjian Kemudahan. Dari sudut undang-undang yang mampan, Sijil Keberhutangan yang dikeluarkan menurut terma kontrak oleh pegawai bank merupakan bukti konklusif tentang jumlah hutang ke atas peminjam dan penjamin, kecuali jika dibuktikan penipuan atau kesilapan nyata (manifest error). Prinsip ini sejajar dengan Chen Heng Ping & Ors v Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd [1995] 2 MLJ 363 dan Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685.
29
Dalam kes ini, D1 hingga D3 tidak mengemukakan sebarang pengiraan alternatif, jadual perbandingan, audit bebas ataupun laporan pakar yang menunjukkan di mana dan bagaimana Sijil S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw Keberhutangan itu mengandungi kesilapan nyata. Mereka sekadar menyatakan secara umum bahawa tiada pecahan terperinci dan bahawa jumlah tersebut dipertikaikan, tanpa memberikan satu pun contoh angka atau item yang salah. Dalam keadaan dokumen kontrak yang jelas, Sijil Keberhutangan yang tidak dicabar secara substantif, dan ketiadaan sebarang pengiraan alternatif daripada pihak Defendan, sudah terang lagi bersuluh bahawa cabaran terhadap kuantum hanyalah penafian kosong yang tidak mencukupi untuk melemahkan keberkesanan Klausa Bukti Konklusif.
30
Mahkamah dengan itu berpuas hati bahawa pembelaan berhubung kuantum kehutangan tidak menimbulkan sebarang isu bona fide untuk dibicarakan.
31
Penjamin D1 hingga D3 berhujah bahawa tindakan terhadap penjamin, termasuk D2, D3 dan D5, adalah pra-matang kerana Notis Tuntutan didakwa belum matang ketika Writ difailkan.
32
Mahkamah mendapati bahawa Notis Tuntutan Jaminan bertarikh S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw 14 29.10.2025 dianggap diterima pada 3.11.2025 mengikut Klausa 21.1(b), dan tempoh empat belas hari tamat pada 17.11.2025. Writ pula difailkan pada 5.12.2025. Oleh itu, secara matematik dan dari sudut kontrak, tindakan Plaintif terhadap penjamin adalah matang dan tidak boleh dianggap pra-matang.
33
Pembelaan ini juga tidak mempunyai merit dan tidak mewujudkan sebarang isu triable.
34
Analisis Keseluruhan Setelah menimbang afidavit-afidavit dan dokumen-dokumen yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap D1 sebagai peminjam utama, serta terhadap D2, D3 dan D5 sebagai penjamin. Perjanjian Kemudahan, Perjanjian Jaminan, Surat Tuntutan, Surat Penarikan Balik, Notis Tuntutan Jaminan dan Sijil Keberhutangan menyokong secara konsisten tuntutan Plaintif.
35
Sebaliknya, pembelaan D1 hingga berkenaan ketidakseimbangan kuasa tawar-menawar, faedah berlebihan, kegagalan mitigasi, ketidaktepatan kuantum dan tindakan pra-matang jelas tidak melepasi tahap penafian kosong. Pembelaan-S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw pembelaan tersebut sama ada bercanggah dengan dokumen kontrak yang jelas atau tidak disokong dengan apa-apa bahan objektif seperti pengiraan alternatif, laporan pakar atau fakta spesifik. Tiada isu bona fide yang memerlukan perbicaraan penuh telah berjaya ditunjukkan.
36
Bagi D5 pula, kegagalan untuk memfailkan Afidavit Jawapan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang permohonan lanjutan masa atau penjelasan munasabah mengukuhkan lagi kedudukan Plaintif bahawa tiada pembelaan substantif yang timbul bagi pihaknya dalam permohonan ini.
37
Mahkamah berpendapat bahawa memberikan Penghakiman Ringkas dalam kes ini adalah selaras dengan undang-undang yang mampan dan dengan fungsi Aturan 14 sebagai mekanisme untuk mengelakkan perbicaraan yang tidak perlu apabila pembelaan yang dibangkitkan tidak menunjukkan isu sebenar untuk dibicarakan. S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw
38
38.
para
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memerintahkan seperti berikut: a. Bahawa Penghakiman Ringkas di bawah Aturan 14 KM 2012 dimasukkan memihak kepada Plaintif terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Kelima secara bersama dan berasingan bagi jumlah RM2,113,221.83. b. Bahawa jumlah tersebut hendaklah dibayar bersama faedah ingkar berterusan pada kadar kontraktual seperti diperuntukkan di dalam Perjanjian Kemudahan, dikira mulai tarikh keingkaran sehingga tarikh penyelesaian penuh. c. Bahawa Defendan-Defendan 1, 2, 3 dan 5 hendaklah membayar kepada Plaintif kos tindakan dan kos permohonan ini, termasuk perbelanjaan undang-undang, atas dasar indemniti penuh, atau apa-apa perintah kos lain yang Mahkamah anggap adil dan wajar. S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw d. Segala permohonan atau relif lain yang bercanggah dengan perintah ini adalah ditolak.
39
Mahkamah merekodkan penghargaan kepada kesemua peguamcara yang telah bekerjasama dan mematuhi arahan mahkamah sehingga mahkamah dapat mencapai keputusan ini. Dated 14hb May 2026 (MOHAMAD REDZUAN BIN IDRUS) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR NCC 5 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw Peguam bagi pihak Plaintif: Koo Yin Soon & Hiral S Sanghvi (Shearn Delamore & Co. (Kuala Lumpur) Peguam bagi defendan: Magita a/p Hari Mogan (Mogan & CO. Advocates & Solicitors) (Kuala Lumpur) Senarai Kes Yang Dirujuk Dalam Penghakiman Ini:
1
Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 2. Puncak Niaga (M) Sdn Bhd v NZ Wheels Sdn Bhd [2012] 1 MLJ 27 3. Tripple International Limited v Belia Cermat Sdn Bhd & Ors [2016] MLJU 573 4. Oh Kuang Liang v Associated Wood Industries Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 390 5. Chen Heng Ping & Ors v Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd [1995] 2 MLJ 363 6. Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685 7. Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 MLJ 281 8. Aseambankers Malaysia Bhd & Ors v Shencourt Sdn Bhd & Anor [2014] 4 MLJ 619 9. Independent Oil Tools Malaysia Sdn Bhd v Olio Resourses Sdn Bhd [2018] 1 LNS 1334
10
AmBank v Vacation Asia International Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 2414 S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw
11
Malayan Banking Berhad v Salem High Country Holidays Sdn Bhd & Ors [2009] MLJU 0962 Perundangan Yang Dirujuk Dalam Penghakiman Ini:
1
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – Aturan 14 Kaedah 1 2. Seksyen 23 Akta Keterangan 1950 S/N 8myljhBwEyyJA6dtf5oMw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.