/akn/my/judgment/high-court/2026/46578f07-c0f8-410e-ba1a-c721368d0cde
High Court of Malaysia17 Mar 2026WA-22NCC-845-12/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA BAHAGIAN DAGANG (NCC5) GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCC-845-12/2025 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (No. Syarikat: 8515-D) …PLAINTIF
section
1. DAN STARFOAM & LATEX INDUSTRY SDN BHD (No. Syarikat: 1436515-D)
section
2. NG BOON TOUNG (No. K/P: 580913-08-6333)
section
3. JI KIM CHUAN (No. K/P: 640416-04-5057)
section
4. LEE TEONG PENG (No. K/P: 631106-07-5491)
section
5. DANNY TAN HOCK KEONG (No. K/P: 860518-35-5755) …DEFENDAN-DEFENDAN 22/04/2026 16:21:28 WA-22NCC-845-12/2025 Kand. 48 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 ALASAN PENGHAKIMAN I. PENGENALAN
section
1. Ini adalah Alasan penghakiman untuk keputusan mahkamah terhadap permohonan oleh Defendan Kelima (D5), Danny Tan Hock Keong (No. Kad Pengenalan: 860518355755).
section
2. D5 memohon lanjutan masa bagi memfailkan affidavit balasan dalam Permohonan Plaintiff untuk Penghakiman Terus terhadap kesemua Defendan, termasuk D5 di dalam Lampiran 21. II. KEPUTUSAN MAHKAMAH MENOLAK PERMOHONAN
section
3. Permohonan untuk lanjutan masa bagi memfailkan affidavit balasan telah difailkan oleh peguam cara D5. Tarikh bicara telah ditetapkan pada 17.03.2026 (“Tarikh Pendengaran”)
section
4. Walau bagaimanapun, permohonan untuk penangguhan pendengaran diajukan pada petang sehari sebelum tarikh bicara yang ditetapkan iaitu pada jam 4:47 PM pada tarikh 16 March 2026 melalui Surat Lampiran 39 diatas alasan peguam D5 mengalami penyakit conjunctivitis dan beliau mengakujanji untuk memberikan sijil cuti sakit kepada mahkamah. Beliau juga **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 selanjutnya memohon penangguhan singkat untuk memfailkan Hujahan Balas bagi Lampiran 21.
section
5. Mahkamah memutuskan tidak membenarkan penangguhan tersebut kerana ia dibuat pada masa yang terlalu suntuk iaitu hampir tamat waktu berkerja. Mahkamah juga tidak mempunyai waktu lapang yang lain untuk memberi tarikh pendengaran yang baru.
section
6. Seterusnya, pada tarikh pendengaran, mahkamah telah menunggu kehadiran peguam cara D5, namun peguam cara berkenaan tidak hadir sama sekali di hadapan mahkamah tanpa sebarang penjelasan atau notis lanjut. Peguam Plaintif tetap hadir ke mahkamah seperti yang dijadualkan.
section
7. Memandangkan ketidakhadiran peguam cara D5 dan kegagalan mematuhi prosedur yang sepatutnya, mahkamah telah menolak permohonan lanjutan masa tersebut.
section
8. Dalam pendengaran permohonan lanjutan masa ini, peguam cara D5 gagal hadir di hadapan mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. Permintaan penangguhan yang diajukan pada petang sehari sebelum tarikh pendengaran adalah tidak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 munasabah dan tidak mematuhi amalan prosedur mahkamah yang sewajarnya. Masa mahkamah yang mulia ini telah digunakan untuk memproses permohonan. Menetapkan tarikh dan seterusnya bersedia mendengar permohonan D5.
section
9. Mahkamah berpandangan bahawa peguam cara D5 tidak menunjukkan apa-apa sebab yang kukuh atau alasan yang memuaskan bagi mewajarkan pemberian lanjutan masa yang dipohon. Mahkamah berpandangan bahawa sebarang penangguhan, sekiranya dibenarkan sekalipun, hanyalah perlu diberikan di dalam keadaan kecemasan sebenar dan nyata selaras dengan Arahan Amalan sedia ada.
section
10. Atas alasan-alasan tersebut, permohonan lanjutan masa D5 untuk memfailkan affidavit balasan ditolak. III.
section
11. ALASAN MENOLAK PERMOHONAN Mahkamah ingin menegaskan bahawa peguam cara yang dilantik bagi sesuatu kes memikul tanggungjawab yang tidak boleh dilepaskan terhadap pengurusan dan pengendalian kes tersebut. Masa mahkamah yang mulia ini telah digunakan untuk memproses permohonan, menetapkan tarikh dan seterusnya bersedia mendengar permohonan D5. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
section
12. Pada hemat mahkamah yang mulia ini, Permohonan lanjutan masa untuk memfailkan affidavit balasan adalah suatu permohonan yang bersifat ringkas. Kegagalan peguam cara untuk hadir sendiri tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan prosiding tanpa perwakilan. Adalah menjadi kewajipan peguam cara berkenaan untuk mengaturkan peguam cara lain bagi mengendalikan perkara tersebut sekiranya beliau berhalangan hadir. Peguam tersebut juga tidak membuat permohonan untuk mengendalikan perbicaraan secara dalam talian disebabkan oleh keadaan beliau.
section
13. Mahkamah merujuk kepada Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 (“Kaedah tersebut”). Di bawah Kaedah 12 di dalam Kaedah tersebut, seorang peguam cara tidak boleh mengendalikan kes sivil atau membuat pembelaan yang semata-mata bertujuan untuk melengah-lengahkan prosiding, atau untuk mengganggu atau mencederakan pihak yang bertentangan, atau untuk menindas atau melakukan ketidakadilan. Mahkamah berpandangan bahawa permohonan penangguhan yang difailkan pada waktu lewat petang sehari sebelum pendengaran, tanpa kehadiran peguam cara pada tarikh pendengaran, adalah suatu tindakan yang membawa kepada kelengahan prosiding dan menjejaskan kepentingan Plaintif. Mahkamah mendapati bahawa tiada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 sebab yang menunjukkan kecemasan yang jelas untuk dipertimbangkan.
section
14. Selain itu, di bawah Kaedah 16 di dalam Kaedah tersebut, peguam cara adalah di bawah kewajipan untuk menegakkan kepentingan anak guamnya dengan berani sambil bertindak dengan segala kesopanan terhadap tribunal yang dihadirinya.
section
15. Selanjutnya Kaedah 31 di dalam Kaedah tersebut pula memperuntukkan bahawa setiap peguam cara hendaklah sentiasa bertanggungjawab untuk menegakkan maruah dan kedudukan tinggi profesionnya.
section
16. Sebagaimana diputuskan dalam Re Zainur Zakaria [1999] 2 MLJ 577, walau apapun kewajipan peguam cara terhadap anak guamnya, kewajipannya kepada mahkamah kekal sebagai yang utama dalam pentadbiran keadilan.
section
17. Justeru, tindakan peguam cara D5 yang gagal hadir dan gagal menghantar peguam cara lain bagi mengendalikan permohonan yang ringkas ini adalah suatu kegagalan yang serius dalam melaksanakan tanggungjawab profesionalnya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
section
18. IV. PENUTUP Atas semua alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah menolak permohonan lanjutan masa D5 untuk memfailkan affidavit balasan.
section
19. Mahkamah selanjutnya memerintahkan D5 membayar kos hari ini (costs of the day) kepada Plaintif sebanyak RM2,000.00. Dated 20hb April 2026 (MOHAMAD REDZUAN BIN IDRUS) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR NCC 5 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 Peguam bagi pihak Plaintif: Sharon Kaur Jessy (Shearn Delamore & Co. (Kuala Lumpur) Senarai Kes Yang Dirujuk Dalam Penghakiman Ini:
section
1. Re Zainur Zakaria [1999] 2 MLJ 577 Perundangan Yang Dirujuk Dalam Penghakiman Ini:
section
1. Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978- Kaedah 12 di dalam Kaedah tersebut
section
2. Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978- Kaedah 16 di dalam Kaedah tersebut
section
3. Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978- Kaedah 31 di dalam Kaedah tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.