Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN SAMAN NO : KB-B52NCC-7-09/2020 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (NO. SYARIKAT : 196901000166) (DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI AMFINANCE BERHAD) … PLAINTIF
KB-B52NCC-7-09/2020
Sessions Court of Malaysia20 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN SAMAN NO : KB-B52NCC-7-09/2020 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (NO. SYARIKAT : 196901000166) (DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI AMFINANCE BERHAD) … PLAINTIF
3
TUA POOK SIK … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [ 1 ] Ini adalah permohonan Defendan Kedua di Kandungan 17 untuk perintah-perintah berikut:
1
Perintah Ingkar Kehadiran bertarikh 6.10.2020 diketepikan;
2
Defendan Kedua dibenarkan memasuki memorandum kehadiran dalam masa dua minggu dari tarikh perintah ini.
3
Defendan Kedua dibenarkan memasukkan Pernyataan Pembelaan dalam masa dua minggu selepas Memorandum Kehdairan dimasukkan; dan
4
Kos permohonan ini dibayar oleh Plaintif kepada Defendan. [ 2 ] Alasan yang dinyatakan di dalam affidavit sokongan bagi menyokong permohonan tersebut adalah seperti berikut :
1
Penghakiman Ingkar tersebut adalah tidak teratur kerana diserahkan di premis Defendan Pertama di A39, 1st Floor, Jalan 3A, Cinta Sayang Resort Homes , 08000 Sungai Petani, Kedah dan ke alamat Defendan Ketiga di No. 2885, Lorong Serampang 2/3, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah (alamat tersebut adalah rumah ibu Defendan
2
Pada tarikh serahan, Defendan Kedua tidak lagi menduduki alamat No. 2885, Lorong Serampang 2/3, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah kerana telah menetap di Melaka iaitu di No. 36, Jalan MJ8, Taman Merdeka Jaya, 75350, Batu Berendam, Melaka;
3
Pada tarikh serahan kepada Defendan Pertama adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Defendan Kedua tidak mungkin berada di alamat tersebut kerana lintasan negeri adalah di larang;
4
Faedah yang dikenakan adalah terlalu tinggi , tidak jelas dan mengelirukan; dan
5
Defendan Kedua mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan Plaintif. Latar Belakang Kes [ 3 ] Plaintif telah menfailkan tuntutan ini terhadap Defendan-Defendan , bagi jumlah yang terhutang di bawah kemudahan “Term Loan” yang diberikan kepada Defendan Pertama. [ 4 ] Defendan Kedua dan Defendan Ketiga merupakan Penjamin kepada Defendan Pertama untuk amaun sebanyak RM500,000 melalui Perjanjian Jaminan bertarikh 23.02.2018. [ 5 ] Setakat 11.08.2020, jumlah yang terhutang oleh Defendan Pertama dan dijamin oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah sebanyak RM499,295.59. Faedah adalah pada kadar 5% setahun atas Faedah Dasar pada 11.08.2020 adalah 5.45% setahun dikira secara asas bulanan dan faedah penalty 1% setahun atas asas harian dia tas RM499,295.59 dari 12.08.2020 sehingga tarikh penyelesaian. [ 6 ] Saman telah diserahkan kepada Defendan Kedua secara Pos Berdaftar pada 18.09.2020 (rujuk afidavit penyampaian Kandungan 4). Selepas tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian, Defendan Kedua masih gagal memasukkan memorandum kehadiran. Plaintif kemudiannya telah menfailkan Perakuan Ketidakhadiran (Kandungan 5) dan Penghakiman Ingkar (Kandungan 6) pada 06.10.2020 . [ 7 ] Penghakiman Ingkar tersebut telah diserahkan kepada Defendan Kedua melalui surat pada 03.11.2020. Permohonan ini hanya difailkan pada 18.02.2025 iaitu lebih kurang 4 tahun 3 bulan selepas Penghakiman Ingkar diserahkan kepada Defendan Kedua. Undang-Undang [ 8 ] Dalam kes ini Penghakiman Ingkar telah dimasukkan terhadap Defendan Kedua di bawah Aturan 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) atas kegagalan beliau memasukkan memorandum kehadiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh Writ dan Pernyataan Tuntutan diserahkan. [ 9 ] Dalam kes Sanwell Corporation v Trans Resources Corporation Sdn Bhd & Anor (2002) 3 CLJ, Mahkamah Persekutuan menyatakan ; “ If the appellant did not take any step to defend itself by entering an appearance, judgment might be entered against it”. [ 10 ] Defendan Kedua telah menfailkan permohonan ini mengikut Aturan 13 kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) bagi mengenepikan penghakiman ingkar tersebut. Peruntukan A.13 k.8 adalah seperti berikut : “ Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan adil, mengenepikan atau mengubah apa-apa penghakiman yang telah dimasukkan menurut Aturan ini.” [ 11 ] Prinsip bagi mengenepikan penghakiman ingkar adalah mantap (well established) dan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. Dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor (1997) 3 CLJ 305 , Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa : “ The principle of setting aside a default judgment under 0.13 r. 8 has been well established and needs no detailed repetition. What is important to observe is that a default judgment is not a judgment on merits. Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the defendant must file an affidavit of merits i.e the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits (see Evans v Bartlam (1937) AC 478)…” [ 12 ] Begitu juga , dalam Yap Ke Huat & Ors v Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd & Anor (2008) 4 CLJ 175, Mahkamah Rayuan menyatakan : “ [15] It is trite when considering an application to set aside a judgment in default, the first task is to ascertain whether it is a regular or irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debito justitiae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evan v Bartlam (1937) AC 473 applies-see the judgment of Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd v United Malayan Banking Corp Bhd (1994) 1 MLJ 312. This requires the defendant to show that he has a defence on the merits”. Dapatan Mahkamah [ 13 ] Meneliti kepada hujahan yang difailkan oleh kedua-dua pihak, 3 isu telah dikemukakan iaitu :
1
Samada permohonan ini dibuat diluar masa?
2
Samada Penghakiman Ingkar adalah teratur dan mengikut aturan?
3
Samada pemohon mempunyai pembelaan yang bermerit? Samada permohonan ini dibuat di luar masa? [ 14 ] Aturan 42 kaedah 13 KKM 2012 telah menetapkan tempoh 30 hari dari tarikh penyerahan perintah/penghakiman kepada pihak tersebut untuk menfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman. [ 15 ] Sekiranya permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar itu dibuat selepas tempoh tersebut, maka Defendan mestilah memberikan penjelasan yang memuaskan kepada Mahkamah sebelum sesuatu kebenaran lanjutan tempoh diberikan. Kuasa untuk memberikan perlanjutan tempoh masa adalah budibicara Mahkamah sepenuhnya. [ 16 ] Dalam kes Khor Cheng Wah v Sungai Way Leasing Sdn Bhd
1997
1 CLJ 396, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut : “ It is a cardinal principle of law, that when a litigant seeks the intervention of the Court in a matter that affects his right, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subvenunt, though having its origin in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debito justitiae, a Court may refuse relief to an indolent litigant. In all cases in which delay in approaching the Court is in issue, the burden is upon the litigant who has delayed to render a satisfactory explanation for it. Whether the explanation in a given case is satisfactory or reasonable depends upon the facts and circumstances of each case. And in a matter which involves the exercise of discretion, it is for the judge in whom the law primarily vests the discretion” [ 17 ] Pembuktian penyerahan secara AR berdaftar adalah tidak terpakai bagi penyerahan penghakiman. Aturan 10 kaedah 1 KKM 2012 adalah peruntukan khusus bagi sesuatu penyerahan proses pemula iaitu bagi penyerahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan . Penyampaian penghakiman secara pos berdaftar adalah memadai , selagimana ianya di alamatkan ke alamat yang betul. Ini adalah kerana, tiada keperluan untuk pihak Plaintif mengemukakan kad akuan terimaan (AR kad). [ 18 ] Tambahan lagi dalam kes ini terdapat Perjanjian Jaminan (Guarantee Letter ) bertarikh 23.02.2018 . Pada klausa 21.2 telah dipersetujui bahawa penyampaian apa-apa notis, tuntutan , saman dan proses undang-undang disampaikan secara pos berdaftar ke alamat yang terdapat dalam perjanjian . [ 19 ] Dalam kes ini , mahkamah berpuashati bahawa Penghakiman Ingkar tersebut telah diserahkan kepada Defendan Kedua melalui pos berdaftar ke alamat yang terdapat dalam Perjanjian Jaminan. Bukan itu sahaja, alamat penyampaian iaitu No. 2885, Lorong Serampang 2/3, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah adalah juga sebagaimana yang terdapat dalam Salinan kad pengenalan yang diberikan kepada Plaintif semasa Perjanjian Jaminan ditandatangani. Tambahan lagi, 2 carian Jabatan Pendaftaran Negara pada 22.12.2023 dan 28.8.2024 mengesahkan alamat Defendan Kedua sebagaimana dalam kad pengenalannya masih lagi di alamat yang sama. Oleh itu, serahan Writ , pernyataan tuntutan dan Penghakiman Ingkar telah dibuat ke alamat yang betul. [ 20 ] Permohonan ini hanya difailkan pada 18/02/2025 iaitu lebih kurang 4 tahun 3 bulan selepas penghakiman tersebut diserahkan kepada Defendan Kedua. Defendan Kedua telah gagal memohon kepada Mahkamah Ini bagi perlanjutan masa. Juga, tiada sebarang alasan kelewatan dikemukakan untuk pertimbangan mahkamah untuk membenarkan suatu perlanjutan tempoh menfailkan permohonan ini. [ 21 ] Mahkamah memutuskan bahawa Defendan Kedua telah gagal mematuhi Aturan 42 kaedah 13 KKM 2012 dan telah gagal memberikan penjelasan yang memuaskan akan kelewatannya tersebut.. Oleh kerana perlanjutan tempoh masa tidak dipohon, maka mahkamah ini tidak membenarkan sebarang perlanjutan tempoh bagi menfailkan permohonan ini . Atas alasan itu sahaja, permohonan ini boleh ditolak. Samada Penghakiman Ingkar adalah teratur dan mengikut aturan? [ 22 ] Peguam Defendan Kedua berhujah bahawa Penghakiman Ingkar adalah di luar aturan kerana Defendan Kedua tidak menerima Writ dan Pernyataan Tuntutan kerana diserahkan ke alamat yang salah. [ 23 ] Peguam Plaintif pula berhujah bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan Kedua di alamat yang betul sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Jaminan dan Salinan Kad pengenalan yang diberikan oleh Defendan Kedua kepada Plaintif. Beliau telah merujuk kepada afidavit penyampaian yang difailkan. [ 24 ] Mahkamah telah meneliti kepada afidavit penyampaian (Kandungan 4) dan afidavit Jawapan (Kandungan 11) yang telah difailkan oleh Plaintif. Adalah jelas di sini bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dihantar kepada Defendan Kedua secara Pos berdaftar ke alamat No. 2885, Lorong Serampang 2/3, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. Ini adalah alamat yang terdapat dalam salinan kad pengenalan yang diberikan kepada Plaintif semasa Perjanjian Jaminan ditandatangani. Bukan itu sahaja, 2 carian Jabatan Pendaftaran Negara pada 22.12.2023 dan 28.8.2024 mengesahkan alamat Defendan Kedua adalah sebagaimana dalam kad pengenalannya masih lagi di alamat yang sama. Oleh itu, serahan Writ , pernyataan tuntutan dan Penghakiman Ingkar telah dibuat ke alamat yang betul. [ 25 ] Berdasarkan affidavit penyampaian yang difailkan , Mahkamah ini berpuashati bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan Kedua secara Pos Berdaftar mengikut klausa 21.2 Perjanjian Jaminan. Serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan kepada Defendan Kedua adalah teratur. Rujuk Amanah Merchant Bank Bhd ( Formerly known as Amanah Chase merchant Bank Bhd) v Lim Tow Choon (1994) 2 CLJ 1. [ 26 ] Selepas serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan , Defendan Kedua telah gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari sebagaimana yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah
2012
Oleh itu, Penghakiman Ingkar bertarikh 06.10.2020 adalah suatu penghakiman yang mengikut aturan (regular judgment) dan bukanlah suatu penghakiman yang di luar aturan (irregular judgment). Samada pemohon mempunyai pembelaan yang bermerit? [ 27 ] Dalam kes International Islamic University Malaysia v Mohd Adrian Paul Holden Abdullah (2015) 1 LNS 249, Mahkamah menyatakan bahawa : “ [7] For the removal of doubt, we hasten to clarify that there is a distinction between the affidavit of merits to support an application to set aside a judgement in default and an affidavit opposing an application for summary judgement. In the latter, it must demonstrate that there are triable issues, being issues, whether of law or fact but which relies on a foundation of facts that is disputed and the determination of those disputed facts require testing of oral evidence, or other evidence requires oral explanation in a trial. But where the object of an application is to set aside a judgement in default, the affidavits of merits need demonstrate that the judgement in default results in an injustice on the merits even if the defendant had failed in compliance with the procedural requirements. There must, therefore, be an affidavit of merits to provide the foundation upon which a finding may be made that there is an issue, whether of fact or law or both, upon which the applicant ought to be heard for a fair and just decision and therefore the judgement in default ought to be set aside [ 28 ] Defendan Kedua di dalam afidavit menyokong permohonan ini menyatakan bahawa faedah yang dikenakan adalah terlalu tinggi , tidak jelas dan mengelirukan. [ 29 ] Dalam Surat Tawaran bertarikh 9.11.2017 kadar faedah adalah 11.70% setahun (iaitu 5 % di atas kadar pinjaman asas sebanyak 6.7% setahun). Walaubagaimanapun semasa penghakiman Ingkar dimasukkan terhadap Defendan Kedua , Plaintif telah mengubah kadar faedah kepada 5% di atas faedah dasar Plaintif sebanyak 5.45% setahun) menjadikan faedah pada kadar 10.45% setahun. Tambahan 1% faedah penalti lewat menjadikan jumlah keseluruhan faedah menjadi 11.45% setahun. [ 30 ] Memandangkan kadar faedah adalah berkurangan dari 11.7% setahun kepada 11.45% setahun (10.45% dan tambahan faedah penalti 1% ) maka ianya sama sekali tidak memprejudiskan Defendan Kedua. [ 31] Prayer 1 permohonan ini, Perintah Ingkar Kehadiran… , . Penggunaan perkataan Perintah adalah tidak sesuai kerana dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ianya disebut sebagai Penghakiman Ingkar Kehadiran “Judgment In Default of Appearance”. [ 32 ] Setelah meneliti keseluruhan fakta dan hujahan yang dikemukakan, Mahkamah Ini memutuskan bahawa Defendan Kedua telah gagal mengemukakan afidavit yang bermerit bagi menunjukkan asas kepada suatu isu samada fakta atau undang-undang yang melayakkan Penghakiman Ingkar diketepikan.
para
[ 33 ] Oleh yang demikian, permohonan Defendan Kedua di Kandungan 17 adalah ditolak dengan kos RM1,500.00. Bertarikh pada 17 Jun 2025 ROSLAN BIN HAMID HAKIM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN Keputusan pada : 20.05.2025 Notis Rayuan difailkan : 23.05.2025 Peguam Plaintif : T/n Lalchand & Nawawi (Ipoh) Peguam Pemohon : T/n C T Chew & Co (Melaka)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.