Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU
DA-12B-5-03/2022
High Court of Malaysia30 Nov 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU
1
…
2
… PERAYU KEDUA
1
MOHD EDDEY FAIZUL BIN SUHAIMI …
2
AMGENERAL INSURANCE BERHAD … RESPONDEN KEDUA [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU GUAMAN NO: DA-B53KJ-7-09/2019 … PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
… RESPONDEN-RESPONDEN] DIDENGAR BERSAMA DENGAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU
1
… PERAYU
1
1.
2
2.
3
MD SABI BIN MOHD NOR … RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA
1
… PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
… DEFENDAN-DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan 2 rayuan ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu (HMSKB). Rayuan pertama (DA-12B-4- 03/2022) melibatkan rayuan ke atas liabiliti oleh Perayu yang merupakan Defendan 1 dan Defendan 2 di dalam kes utama di Mahkamah Sesyen Kota Bharu (MSKB), manakala rayuan kedua (DA-12B-5-03/2022) melibatkan rayuan ke atas liabiliti dan penolakan tuntutan balas oleh Perayu yang merupakan Defendan 3 di dalam kes utama. [2] HMS di dalam penghakimannya telah memutuskan bahawa kesemua Perayu adalah bertanggungan 100% tanpa kecuaian ke atas Responden 1. [3] Bagi maksud alasan ini, kesemua pihak akan dirujuk sebagaimana pihak di MSKB iaitu Responden sebagai Plaintif, Perayu rayuan pertama sebagai Defendan 1 dan Defendan 2 manakala Perayu rayuan kedua sebagai Defendan 3. Fakta Ringkas [4] Tuntutan Plaintif ke atas Defendan-defendan adalah berbangkit dari satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 20/8/2017 di Kampung Belukar Tebu, Jalan Batu Balai – Chuchun, Kuala Krai, Kelantan. Di dalam kemalangan tersebut, Plaintif memandu sebuah kereta bernombor BNS 8039 manakala Defendan 1 menunggang sebuah motorsikal bernombor DCR 3250 yang dimiliki oleh
2
Manakala Defendan 3 adalah merupakan syarikat insurans yang telah memberi perlindungan secara penuh (comprehensive) kepada atas mana-mana penunggang motorsikal DCR 3250. Isu-isu berbangkit [5] Secara amnya, Mahkamah di peringkat ini adalah agak perlahan di dalam mengganggu dapatan serta keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah perbicaraan (rujuk; Lai Fee & anor v Wong Yu Vee & anor [2022] 1 LNS 1114). [6] Setelah meneliti hujahan-hujahan yang difailkan serta hujahan lisan di Mahkamah, bagi maksud rayuan ini, Mahkamah mendapati isu-isu yang berbangkit adalah seperti berikut:
a
sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan kemalangan tersebut berlaku; dan
b
sama ada wujud elemen frod di dalam tuntutan Plaintif Analisis dan dapatan Mahkamah Isu (a); sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan kemalangan tersebut berlaku [7] Perkara pertama yang menjadi pertikaian adalah berhubung dengan keterangan SP1. HMS di dalam penghakimannya telah menerima keterangan SP1 yang merupakan Pegawai Penyiasat bagi kemalangan tersebut. Bagi HMS, walaupun laporan polis oleh Plaintif dan Defendan 1 dibuat agak lama, namun keterangan SP 1 adalah meyakinkan dan mengesahkan bahawa memang telah berlaku kemalangan sepertimana yang didakwa. [8] Peguam Defendan 1 menghujahkan bahawa SP1 tidak pada bila-bila masa berjumpa dengan saksi di tempat kejadian dan turut tidak mengetahui bahawa di dalam laporan perubatan awal oleh Plaintif, telah dinyatakan bahawa Plaintif telah terbabas dan melanggar pokok. SP1 mengesahkan bahawa SP1 hanya menerima percakapan Plaintif dan Defendan 1 tentang kemalangan dan menyatakan bahawa ianya lojik tanpa siasatan lanjut dijalankan. [9] Hujahan peguam Defendan 1 ini disokong oleh peguam Defendan 3 yang menghujahkan bahawa siasatan SP1 adalah satu siasatan yang tidak lengkap yang membuat kesimpulan hanya bersandarkan kepada pengakuan oleh Plaintif dan Defendan 1 bahawa telah berlaku kemalangan tersebut. Peguam menghujahkan bahawa HMS tidak mengambil perhatian ke atas keterangan ini dan mungkin wujud pakatan di antara mereka. [10] Mahkamah mendapati bahawa HMS telah meneliti keterangan SP1 dan menerima kredibiliti keterangan SP1 secara khususnya berkaitan kredibiliti siasatan yang telah dijalankan oleh SP1. HMS membuat kesimpulan tidak wujud sebarang pakatan sepertimana yang diutarakan oleh Defendan 3. [11] Menurut SP1 siasatannya tidak dapat dilengkapkan kerana tiada saksi bebas yang telah tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dan oleh itu tiada saksi bebas yang melihat kejadian yang berlaku. Jika wujud pun saksi bebas, saksi tersebut tidak akan nampak penglibatan Defendan 1 kerana kedudukan rumah di sekitar tempat kejadian adalah selepas surau yang berdekatan. [12] Mahkamah berpandangan bahawa SP1 sebagai Pegawai Penyiasat bukanlah penentu kepada kebenaran berlakunya kemalangan tersebut. Fungsi serta tugas seorang Pegawai Penyiasat adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin keterangan bagi menunjuk bukti kewujudan sesuatu peristiwa atau kejadian yang di dalam kes ini adalah kemalangan sepertimana yang didakwa. [13] Walaupun peguam bagi kesemua Defendan telah menunjukkan kepada Mahkamah beberapa aspek di dalam siasatan yang dikatakan tidak lengkap dan boleh menimbulkan kelompongan, namun Mahkamah ini berpandangan bahawa itu bukan merupakan kata putus bagi menentukan sama ada kejadian kemalangan ini berlaku atau tidak. Keterangan SP1 perlu dipertimbangkan secara bersekali dengan keterangan-keterangan lain. [14] HMS sebagai hakim perbicaraan mempunyai segala kelebihan berbanding Mahkamah di peringkat ini untuk menilai kredibiliti keterangan SP1. Kedua-dua peguam Defendan mempertikaikan keterangan SP1 hanya bersandarkan kepada teknik dan tatacara siasatan yang dijalankan oleh SP1. Perkara ini diperhalusi oleh Mahkamah ini dan berpandangan bahawa tindakan yang diambil oleh SP1 tersebut adalah munasabah dan memadai. [15] Di dalam keadaan di mana tiada saksi yang mungkin nampak serta kedudukan tempat kejadian tersebut, maka tiada saksi yang boleh dirakamkan keterangan lanjut. Apatah di dalam kes ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak. Oleh itu, dapatan HMS untuk menerima keterangan SP1 adalah tidak terkhilaf dan Mahkamah tidak nampak sebarang merit untuk mempertikaikannya. [16] Mahkamah menegaskan bahawa keterangan SP1 ini hanyalah bersifat sokongan (corroborative) semata-mata. Sebaliknya keterangan utama berkaitan kemalangan ini bergantung secara sepenuhnya ke atas keterangan Plaintif iaitu SP3. [17] Inilah yang dipertimbangkan oleh HMS selanjutnya apabila telah menilai keterangan SP3 serta memutuskan bahawa versi kemalangan yang dikemukakan oleh SP1 adalah masuk akal. Kemalangan berlaku apabila motorsikal yang ditunggangi oleh Defendan 1 telah tergesel sisi cermin kanan kereta Plaintif yang menyebabkan SP3 terbabas dan melanggar pokok. [18] Peguam Defendan 3 menghujahkan bahawa keterangan SP3 tersebut adalah tidak munasabah hanya bersandarkan kepada keterangan dokumen iaitu laporan perubatan yang disediakan oleh SP4 dan SP5. Ketidakmunasabahan ini adalah berpandukan kepada percanggahan yang dinyatakan di dalam laporan perubatan yang menyatakan bahawa SP1 memandu kereta berseorangan dan telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok. [19] Perkara yang sama ditekankan oleh peguam Defendan 1 dan Defendan 2 yang menghujahkan bahawa keterangan SP3 adalah sangat tidak lojik dan sewajarnya ditolak. Bagi peguam, suatu yang tidak berkemungkinan untuk kereta Plaintif melanggar cermin sisi motorsikal dalam keadaan motorsikal tersebut bergerak lurus kerana dari keterangan Plaintif, bagaimana motorsikal dan kereta bergerak, maka kemalangan jika berlaku sekalipun sepatutnya secara berdepan. [20] Namun Mahkamah mendapati bahawa peguam kedua-dua Defendan langsung tidak mencabar secara langsung versi keterangan SP3 tersebut semasa perbicaraan, secara khususnya semasa SP3 memberi keterangan. Pemeriksaan balas yang dilaksanakan hanya secara am sahaja. Perkara ini telah diulas dan dinyatakan oleh HMS di dalam penghakimannya. [21] Mahkamah berpandangan Defendan sepatutnya mengemukakan versi Defendan bagaimana kemalangan berlaku secara spesifik kepada saksi-saksi Plaintif terutamanya Plaintif sendiri. Bila wujud cabaran barulah Mahkamah dapat menimbangkan dua versi yang berbeza dan menentukan kebolehterimaan ke atas versi yang lebih munasabah. [22] Apabila ini gagal dilaksanakan oleh Defendan-defendan ke atas SP3, maka HMS tidak boleh dikatakan terkhilaf apabila merumuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya di atas imbangan keberangkalian. [23] Mahkamah tidak dapat menerima versi yang dikemukakan di dalam hujahan peguam Defendan di peringkat ini sedangkan SP3 tidak diperiksa balas dengan terperinci. SP3 tidak diberi peluang untuk mengemukakan penjelasannya ke atas versi Defendan dan ini merupakan satu ketidakadilan kepada Plaintif. Oleh itu, di dalam hal keadaan sedemikian, versi atau keterangan SP3 sebagai saksi utama dan terlibat secara langsung di dalam kemalangan tersebut, sewajarnya diterima sebagai satu-satunya versi yang munasabah sebagaimana pendekatan oleh HMS. [24] Peguam Defendan 3 selanjutnya menegaskan berkaitan tempoh masa yang diambil oleh Plaintif untuk membuat laporan polis adalah material dan menghujahkan bahawa tempoh yang diambil ini membolehkan Plaintif untuk mereka-reka cerita kemalangan (rujuk; Azri Shahimi bin Abd Karim v Azman bin Jantan [2003] 4 MLRH 856). [25] Mahkamah bersetuju ke atas andaian yang boleh dibuat berkaitan masa membuat laporan polis tersebut, namun di dalam kes ini keterangan menunjukkan bahawa Plaintif telah mengalami kelumpuhan ketika dimasukkan ke hospital. Oleh itu, Plaintif memerlukan masa untuk membuat laporan selepas pulih. Adalah tidak wajar untuk membuat andaian bahawa Plaintif mereka-rekakan keterangan di atas faktor kelewatan membuat laporan polis sedangkan Plaintif tidak berupaya membuat laporan awal di atas keadaan Plaintif sewaktu itu. [26] Selain dari cabaran ke atas keterangan SP3 di dalam aspek ini, peguam Defendan kini turut mempertikaikan keterangan SP3 dengan dibandingkan dengan keterangan oleh SP4 dan SP5 yang merupakan doktor-doktor yang merawat SP3. Hujahan Defendan kini berpaksi kepada laporan yang disediakan oleh SP4 dan SP5 yang menyatakan bahawa SP3 memaklumkan bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan kereta yang dipandu olehnya telah terbabas dan melanggar sebatang pokok. [27] HMS di dalam penghakimannya telah menimbangkan faktor ini dan merumuskan bahawa keadaan Plaintif pada ketika itu yang separa sedar adalah munasabah bahawa tindakbalas oleh Plaintif bukanlah merupakan satu keterangan yang muktamad berkaitan apa yang berlaku. [28] Mahkamah berpandangan bahawa laporan yang diberikan oleh SP4 dan SP5 adalah hanya merupakan satu keterangan sokongan semata-mata. Paksi keterangan SP4 dan SP5 termasuk laporan-laporan yang dikemukakan adalah bagi membuktikan elemen kecederaan yang dialami oleh SP3 bagi menentukan gantirugi yang perlu dipampas oleh Mahkamah. [29] Fokus keterangan SP4 dan SP5 bukanlah berkaitan bagaimana kemalangan berlaku. Malahan SP3 telah mengesahkan bahawa beliau tidak ingat apa yang dimaklumkan olehnya kepada SP4 dan SP5. [30] Oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa ia tidak boleh digunakan sebagai penentu bagaimana kemalangan tersebut berlaku. SP3 semasa memberi maklumat kepada SP4 dan SP5, selain dari keadaan mentalnya yang boleh dipersoalkan, memberi maklumat lebih bermaksud ke atas kecederaan yang dihadapi olehnya. Oleh itu, jawapan yang diberikan bukanlah satu yang lengkap. [31] Apatah lagi soalan yang diberikan hanyalah berkaitan apa yang berlaku ke atas SP3. Ia tidak menyeluruh termasuk kewujudan sebarang kenderaan lain dan bagaimana ianya berlaku. Tiada sebab untuk SP3 memberi sepenuh maklumat kepada SP4 dan SP5 memandangkan mereka adalah Pegawai Perubatan dan bukannya Pegawai Penyiasat. [32] Oleh itu, Mahkamah tidak mendapati sebarang kekhilafan di pihak HMS yang telah memutuskan bahawa SP1 dan SP3 telah memberikan keterangan yang boleh dipercayai dan juga berkredibiliti. Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS iaitu di atas imbangan keberangkalian kemalangan telah benar-benar berlaku dan liabiliti Defendan adalah 100%. Isu (b); sama ada wujud elemen frod di dalam tuntutan Plaintif [33] Adalah jelas di dalam kes ini, paksi kes Defendan 3 adalah Plaintif telah melakukan frod di dalam laporan polis yang dibuat olehnya. Dengan kata yang lain, Plaintif mereka-reka cerita berkenaan kewujudan kemalangan tersebut. [34] Di dalam hujahan, peguam Defendan 3 telah menegaskan bahawa Plaintif telah gagal untuk mengemukakan keterangan-keterangan yang tuntas di atas imbangan keberangkaian untuk membuktikan tuntutan mereka dan oleh itu, Defendan tidak berkewajipan untuk mengemukakan keterangan bagi membuktikan kes mereka (rujuk; Selvaduray v Chinniah [1939] 1 MLRHA 107). [35] Bagi Defendan 3, berdasarkan laporan perubatan serta keterangan SP4 dan SP5, maka tuntutan Plaintif adalah dihujahkan sebagai satu frod. Di atas imbangan keberangkalian, maka dihujahkan bahawa tuntutan Plaintif perlu ditolak (rujuk; Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd & anor appeal [2015] 5 MLRA 191 dan Ling Peek Hoe & anor v Ding Siew Ching & anor [2017] 4 MLRA 372). [36] Mahkamah telah menegaskan di peringkat awal penghakiman ini bahawa HMS telah menilai keterangan SP3 berkaitan kejadian yang berlaku. Keterangan SP3 ini disokong oleh keterangan-keterangan lain dan laporan perubatan yang dikemukakan oleh SP4 dan SP5. Keterangan-keterangan ini hendaklah dibaca secara keseluruhan dengan keterangan-keterangan yang lain. [37] Di dalam masa yang sama Defendan 3 turut tidak mengemukakan keterangan-keterangan bagi menyokong dakwaan serta versi mereka. Maka versi dan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah hanyalah menerusi keterangan serta versi SP3 dan tiada apa-apa keterangan yang membolehkan Mahkamah ini untuk merumuskan bahawa keterangan SP3 adalah dipalit dengan sebarang unsur frod. [38] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa Defendan 3 telah gagal untuk membuktikan sebarang elemen frod oleh Plaintif. Kesimpulan [39] Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, Mahkamah ini tidak mendapati sebarang merit di dalam rayuan oleh kesemua Defendan. Oleh itu, rayuan pertama adalah ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur dan rayuan kedua turut ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. [40] Sayugia itu, keputusan HMS adalah dikekalkan. Bertarikh: 29hb Disember, 2022 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan. Pihak-pihak: Bagi Pihak Perayu 1 & Perayu 2 : Hafiz Abd Rahman [Kes DA-12B-4-03/2022] Tetuan Othman Hashim & Co Dan Responden 2 & Peguambela dan Peguamcara Responden 3 1st Floor, PT 371 [Kes DA-12B-5-03/2022] Rumah Kedai Lembah Sireh 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Pihak Responden 2 : Melvin Selvam A/L Thambirajah [Kes DA-12B-4-03/2022] Sabarudin Othman & Ho Dan Perayu Peguambela dan Peguamcara [Kes DA-12B-5-03/2022] C-8-2, Block C, 8th Floor Megan Avenue Ii, No. 12 Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur. Bagi Pihak Responden 1 : Jason Singh a/l L U. Letchman Singh [Kes DA-12B-4-03/2022 & Tetuan Jason Singh & Rakan-Rakan Kes DA-12B-5-03/2022] 568-8-20, 8th Floor, Kompleks Mutiara, No. 568, 3 1/2, Miles Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur. Tarikh Bicara : 07hb. November 2022 Tarikh Keputusan : 30hb. November 2022 Kes-kes yang dirujuk: ➢ Lai Fee & anor v Wong Yu Vee & anor [2022] 1 LNS 1114 ➢ Azri Shahimi bin Abd Karim v Azman bin Jantan [2003] 4 MLRH 856 ➢ Selvaduray v Chinniah [1939] 1 MLRHA 107 ➢ Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd & anor appeal [2015] 5 MLRA 191 ➢ Ling Peek Hoe & anor v Ding Siew Ching & anor [2017] 4 MLRA 372
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.