a
(a) sama ada dapatan liabiliti oleh Mahkamah Sesyen wajar dikekalkan;
/akn/my/judgment/high-court/2026/53f3a38e-852a-4e8c-8e25-852ba738066a
High Court of Malaysia22 Apr 2026JA-12B-48-08/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-49-08/2025 ANTARA
section
1. MUHAMAD ISKANDAR BIN AHMAD (NO. K/P: 921010-01-6433)
section
2. SARINAH BINTI NAIMIN (NO. K/P: 630119-01-5696) ….PERAYU-PERAYU DAN
section
1. AINUL HUDA BINTI ABD JALIL (NO. K/P: 970826-01-6322)
section
2. NOOR NAJIHAH BINTI ROSLIM (NO. K/P: 981102-01-8086)
section
3. AMGENERAL INSURANCE BERHAD (NO. SYARIKAT: 44191-P) …..RESPONDEN-RESPONDEN 03/06/2026 14:44:04 JA-12B-48-08/2025 Kand. 21 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 [Dalam Mahkamah Sesyen Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia Guaman Sivil No: JA–A53KJ–264-04/2021 Antara
section
1. Ainul Huda Binti Abd Jalil (No. K/P: 970826-01-6322)
section
2. Noor Najihah Binti Roslim (No. K/P: 981102-01-8086) …Plaintif-Plaintif Dan
section
1. Muhamad Iskandar Bin Ahmad (No. K/P: 921010-01-6433)
section
2. Sarinah Binti Naimin (No. K/P: 630119-01-5696)
section
3. AmGeneral Insurance Berhad (No. Syarikat: 44191-P) ... Defendan-Defendan DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-48-08/2025 ANTARA AMGENERAL INSURANCE BERHAD (NO. SYARIKAT: 44191-P) …PLAINTIF **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 DAN
section
1. MUHAMAD ISKANDAR BIN AHMAD (NO. K/P: 921010-01-6433)
section
2. AINUL HUDA BINTI ABD JALIL (NO. K/P: 970826-01-6322)
section
3. SARINAH BINTI NAIMIN (NO. K/P: 630119-01-5696)
section
4. NOOR NAJIHAH BINTI ROSLIM (NO. K/P: 981102-01-8086) .… RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia Guaman Sivil No: JA–A53KJ–264-04/2021 Antara
section
1. Ainul Huda Binti Abd Jalil (No. K/P: 970826-01-6322)
section
2. Noor Najihah Binti Roslim (No. K/P: 981102-01-8086) …..Plaintif-Plaintif Dan
section
1. Muhamad Iskandar Bin Ahmad (No. K/P: 921010-01-6433)
section
2. Sarinah Binti Naimin (No. K/P: 630119-01-5696)
section
3. AmGeneral Insurance Berhad (No. Syarikat: 44191-P) ….Defendan-Defendan] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN
section
1. Kedua-dua rayuan ini, iaitu Rayuan Sivil No. JA-12B-48- 08/2025 dan JA-12B-49-08/2025, telah digabungkan dan didengar bersama oleh Mahkamah ini memandangkan kedua-duanya timbul daripada keputusan yang sama yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 25.7.2025 dalam Guaman Sivil No. JA-A53KJ-264-04/2021.
section
2. Rayuan pertama melibatkan pihak AM General Insurance Berhad selaku Defendan Ketiga di Mahkamah Sesyen, yang kini bertindak sebagai Perayu, manakala rayuan kedua pula difailkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua di Mahkamah Sesyen yang kini bertindak sebagai Perayu dalam rayuan berasingan.
section
3. Pihak-pihak dalam kedua-dua rayuan ini adalah sama, hanya kedudukan litigasi yang berubah mengikut sifat rayuan masing-masing, iaitu Plaintif-Plaintif di Mahkamah Sesyen kini menjadi Responden dalam kedua-dua rayuan, manakala Defendan-Defendan dan syarikat insurans masing-masing memfailkan rayuan terhadap dapatan Mahkamah Sesyen atas isu liabiliti, kuantum dan juga tuntutan balas. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
section
4. Setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan termasuk Jilid 1 hingga Jilid 3 serta Rekod Rayuan Tambahan, hujahan bertulis semua pihak dan ikatan otoriti yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa rayuan-rayuan ini pada asasnya berkisar kepada tiga persoalan utama iaitu:
a
(a) sama ada dapatan liabiliti oleh Mahkamah Sesyen wajar dikekalkan;
b
(b) sama ada award kuantum adalah munasabah dan berlandaskan prinsip undang-undang yang betul; dan
c
(c) sama ada penolakan tuntutan balas oleh Defendan Ketiga adalah wajar di sisi undang-undang.
section
5. Adalah penting untuk dinyatakan di peringkat awal bahawa Mahkamah ini, sebagai Mahkamah yang mendengar Rayuan daripada Mahkamah Sesyen, tidak akan campur tangan dengan dapatan fakta Mahkamah Bicara melainkan jelas bahawa dapatan tersebut adalah ‘plainly wrong’ atau bertentangan dengan keterangan yang tersedia sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Rayuan, Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97; [2003] 2 CLJ 19.
section
6. Mahkamah ini pada 22.4.2026 setelah meneliti dan memperhalusi keseluruhan Rekod Rayuan termasuk Jilid 1 hingga Jilid 3 serta Rekod Rayuan Tambahan, hujahan bertulis semua pihak telah memutuskan sebagaimana berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 a) Rayuan dalam Kes JA-12B-48-08/2025 dan JA-12B-49- 08/2025 adalah dibenarkan sebahagian terhad kepada isu liabiliti sahaja. b) Dapatan liabiliti Mahkamah Sesyen dipinda seperti berikut: i. 80% liabiliti terhadap Defendan-Defendan; ii. 20% sumbang cuai terhadap Plaintif-Plaintif. c) Award kuantum yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan sepenuhnya, tertakluk kepada pengurangan sebanyak 20% selaras dengan dapatan sumbang cuai. d) Penolakan tuntutan balas AM General Insurance Berhad adalah dikekalkan. e) Semua jumlah penghakiman hendaklah diselaraskan selaras dengan peratus liabiliti baharu ini. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ini Perayu/AMGeneral Insurance Berhad/Defendan Ketiga telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 14.5.2026 terhadap sebahagian keputusan bagi isu liabiliti dan penolakan terhadap isu tuntutan balas yang dimohon oleh pihak perayu/Defendan Ketiga. Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 18.5.2026 terhadap keseluruhan Keputusan Mahkamah ini iaitu terhadap Liabiliti dan Kuantum. Mahkamah ini menyediakan satu Alasan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 Penghakiman untuk kedua-dua kes ini sebagaimana berikutnya. LATAR BELAKANG FAKTA
section
7. Berdasarkan Rekod Rayuan dan hujahan pihak-pihak, pertikaian ini berpunca daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 17.10.2018 melibatkan Plaintif-Plaintif dan kenderaan yang dipandu oleh Defendan Pertama, yang pada masa material dilindungi oleh polisi insurans yang dikeluarkan oleh Defendan Ketiga.
section
8. Plaintif-Plaintif telah memulakan tindakan di Mahkamah Sesyen dengan mendakwa bahawa kemalangan tersebut berlaku akibat kecuaian Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua, dan akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif-Plaintif telah mengalami kecederaan serta kerugian yang menjustifikasikan tuntutan gantirugi am dan khas.
section
9. Defendan-Defendan telah menafikan liabiliti dan antara lain mendakwa bahawa kemalangan tersebut sama ada berpunca sepenuhnya atau sebahagiannya daripada kecuaian Plaintif-Plaintif sendiri, justeru menimbulkan isu sumbang cuai.
section
10. Defendan Ketiga, iaitu syarikat insurans, bukan sahaja mempertikaikan liabiliti tetapi turut memfailkan tuntutan balas terhadap Plaintif-Plaintif, yang pada asasnya berasaskan dakwaan bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif adalah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 tidak sah atau dicemari oleh unsur-unsur tertentu yang menjejaskan kelayakan tuntutan tersebut.
section
11. Selepas perbicaraan penuh yang melibatkan keterangan saksi-saksi dan pengemukaan dokumen, Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan bahawa Defendan Pertama dan Kedua adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan tersebut dan seterusnya menetapkan liabiliti pada kadar 100% terhadap mereka. Mahkamah Sesyen juga telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif dari segi kuantum selepas menilai bukti dokumentari termasuk laporan perubatan, resit rawatan dan lain-lain dokumen sokongan yang dikemukakan.
section
12. Pada masa yang sama, tuntutan balas oleh Defendan Ketiga telah ditolak oleh Mahkamah Sesyen atas alasan bahawa Defendan Ketiga gagal membuktikan asas undang-undang dan fakta yang mencukupi untuk menyokong tuntutan balas tersebut. 13, Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan Ketiga telah memfailkan rayuan dalam JA-12B-48-08/2025 yang antara lain mencabar dapatan Mahkamah Sesyen berhubung liabiliti dan penolakan tuntutan balasnya. Defendan Pertama dan Kedua pula telah memfailkan rayuan berasingan dalam JA-12B-49-08/2025 dengan mencabar kedua-dua dapatan liabiliti dan kuantum yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
section
14. Oleh kerana kedua-dua rayuan ini melibatkan isu fakta dan undang-undang yang sama serta berpunca daripada keputusan yang sama, Mahkamah ini telah mengarahkan supaya kedua-dua rayuan didengar bersama demi kepentingan keadilan dan ekonomi kehakiman. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Perayu/Defendan Ketiga (AM General Insurance Berhad)
section
15. Berdasarkan hujahan bertulis Perayu/Defendan Ketiga, teras utama rayuan mereka adalah bahawa Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam dapatan liabiliti dan seterusnya tersalah dalam menolak tuntutan balas mereka. Perayu Insurans berhujah bahawa Mahkamah Sesyen gagal menilai keterangan secara menyeluruh, khususnya berkaitan keadaan kemalangan dan peranan Plaintif-Plaintif dalam menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.
section
16. Dalam konteks ini, Perayu merujuk kepada beberapa autoriti dalam ikatan otoriti mereka termasuk kes-kes yang menekankan bahawa Mahkamah Rayuan boleh campur tangan apabila dapatan fakta adalah tidak selaras dengan keterangan dokumentari atau apabila terdapat salah arah yang nyata dalam penilaian bukti.
section
17. Selain itu, Perayu Insurans turut berhujah bahawa tuntutan balas mereka sepatutnya dibenarkan kerana terdapat asas untuk mencabar kesahihan tuntutan Plaintif-Plaintif, dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 Mahkamah Sesyen telah gagal menilai aspek ini dengan sewajarnya. Hujahan Perayu (Defendan Pertama & Kedua)
section
18. Perayu dalam JA-12B-49-08/2025, iaitu Defendan Pertama dan Kedua, melalui hujahan mereka, mencabar dapatan Mahkamah Sesyen bahawa liabiliti adalah 100% terhadap mereka. Mereka berhujah bahawa Mahkamah Sesyen gagal memberi pertimbangan yang mencukupi kepada kemungkinan sumbang cuai oleh Plaintif-Plaintif dan bahawa dapatan tersebut adalah tidak selaras dengan keadaan sebenar kemalangan sebagaimana yang dibuktikan melalui keterangan dan dokumen.
section
19. Perayu juga mencabar award kuantum dengan alasan bahawa jumlah yang diberikan adalah berlebihan dan tidak disokong oleh bukti yang mencukupi, khususnya berkaitan dokumen sokongan seperti resit rawatan dan laporan perubatan. Dalam menyokong hujahan mereka, Perayu merujuk kepada beberapa autoriti dalam ikatan otoriti mereka yang antara lain menyentuh prinsip bahawa Mahkamah Rayuan boleh campur tangan dalam award kuantum sekiranya jumlah tersebut adalah terlalu tinggi atau berasaskan prinsip yang salah. Hujahan Responden (Plaintif-Plaintif)
section
20. Responden Pertama dan Kedua, melalui hujahan mereka menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen adalah tepat dari segi fakta dan undang-undang. Responden berhujah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 bahawa dapatan liabiliti 100% terhadap Defendan adalah berdasarkan penilaian keterangan saksi dan dokumen yang teliti oleh Mahkamah Sesyen, dan tiada asas untuk Mahkamah Rayuan campur tangan.
section
21. Responden juga menegaskan bahawa award kuantum adalah disokong oleh bukti dokumentari termasuk laporan perubatan, resit rawatan dan dokumen lain yang dikemukakan dalam perbicaraan, yang turut disenaraikan dalam indeks dokumen Rekod Rayuan.
section
22. Berhubung tuntutan balas, Responden berhujah bahawa Defendan Ketiga telah gagal membuktikan elemen-elemen asas tuntutan balas tersebut dan oleh itu penolakan oleh Mahkamah Sesyen adalah wajar. ISU UNTUK DIPUTUSKAN
section
23. Setelah meneliti keseluruhan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa isu-isu dalam kedua-dua rayuan ini boleh dirumuskan kepada tiga isu utama seperti berikut: Isu (i) : Sama ada Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam dapatan liabiliti sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. Isu (ii) : Sama ada award kuantum yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen adalah wajar atau memerlukan campur tangan Mahkamah ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Isu (iii) : Sama ada Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam menolak tuntutan balas oleh Defendan Ketiga (AM General Insurance Berhad). ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i) : Sama ada Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam dapatan liabiliti sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah ini.
section
24. Pada hemat Mahkamah ini, Isu (i) tidak boleh ditangani secara ringkas sebagai persoalan sama ada kemalangan itu berlaku atau tidak berlaku. Isu sebenar adalah lebih berlapis. Pertama, sama ada Plaintif-Plaintif telah berjaya, atas imbangan kebarangkalian, membuktikan bahawa motokar No. JNH 1708 yang dipandu oleh Defendan Pertama telah melanggar motosikal Plaintif-Plaintif dari arah belakang sehingga menyebabkan kedua-dua Plaintif tercampak ke dalam longkang. Kedua, sama ada Mahkamah Sesyen telah menilai keterangan yang bercanggah menurut prinsip undang-undang yang betul. Ketiga, sama ada, setelah liabiliti terhadap pemandu dan pemilik kenderaan dibuktikan, penanggung insurans masih boleh melepaskan dirinya atas alasan frod atau ketakterkuatkuasaan polisi tanpa terlebih dahulu mendapatkan deklarasi yang dikehendaki oleh statut.
section
25. Perayu Pertama dan Kedua menghujahkan bahawa beban pembuktian dari mula hingga akhir terletak pada Plaintif-Plaintif, dan Plaintif-Plaintif dikatakan gagal membuktikan bahawa Defendan Pertama berada di tempat kejadian serta bahawa motokar Defendan Pertama benar-benar melanggar motosikal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 Plaintif-Plaintif. Untuk tujuan itu mereka bergantung, antara lain, pada s.101 Akta Keterangan 1950 dan kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175, serta autoriti rayuan berkenaan bilakah Mahkamah Rayuan boleh mengganggu dapatan fakta mahkamah bicara.
section
26. Sebaliknya, Responden Pertama dan Kedua menegaskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah menggunakan pendekatan yang betul, iaitu menilai versi mana yang lebih “more probable” dan lebih “inherently probable”, dengan merujuk kepada kes Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1 dan kes Noorianti bt Zainol Abidin & Ors v Tang Lei Nge & Tang Lye Chang [1990] 1 CLJ 943. Mereka juga menekankan bahawa apabila keterangan lisan pihak-pihak bertentangan secara diametrik, Mahkamah harus kembali kepada “silent evidence” seperti pelan lakaran, gambar kerosakan, ukuran lokasi dan sifat kerosakan kenderaan, selaras dengan kes Lee Ewe Teik v Ariffin Hussain [1990] 1 MLRH 664; [1990] 2 CLJ 332 dan Ng Aik Kian & Anor v Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp
section
218. A. Kerangka Undang-Undang yang Mengawal Penilaian Liabiliti 27. Mahkamah ini menerima sebagai titik mula bahawa s.101 Akta Keterangan 1950 memang meletakkan beban awal kepada pihak yang mendakwa sesuatu fakta untuk membuktikannya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 Dalam tindakan kecuaian, Plaintif tidak boleh berjaya semata-mata atas kelemahan pembelaan. Itulah inti prinsip yang dihujahkan oleh Perayu melalui kes Wong Thin Yit. Prinsip itu, pada hemat Mahkamah ini, adalah tidak dipertikaikan. Pertikaian sebenar ialah sama ada Mahkamah Sesyen telah salah menilai bahawa beban itu telahpun dilepaskan oleh Plaintif-Plaintif.
section
28. Dalam konteks itu, Mahkamah ini juga menerima prinsip rayuan yang dihujahkan oleh Perayu melalui kes Mohamed bin Abdullah v Chah Hea Sang [1980] 2 MLJ 282, sebagaimana dipetik dalam hujahan mereka, kes Perembun (M) Sdn Bhd v Conlay Construction Sdn Bhd, Civil Appeal No. W-02-2155- 2010, dan Yong Sze Fatt v Pengkalan Securities Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 85, iaitu Mahkamah Rayuan boleh campur tangan apabila mahkamah bicara salah arah dari segi fakta atau undang-undang, mengabaikan kebarangkalian inheren kes, membuat penolakan yang tidak wajar, atau sampai kepada kesimpulan yang tidak boleh dijustifikasi oleh keterangan yang ada. Namun prinsip-prinsip itu tidak memberi lesen kepada Mahkamah yang mendengar Rayuan untuk memulakan semula perbicaraan. Mahkamah ini tetap perlu bertanya sama ada dapatan HMS benar-benar tidak selamat untuk dikekalkan.
section
29. Pada sisi Responden pula, prinsip yang diketengahkan melalui Inas Faiqah dan Noorianti adalah bahawa dalam standard sivil, Mahkamah mesti menilai sama ada sesuatu versi itu lebih berkemungkinan berlaku dan lebih serasi dengan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 kebarangkalian inheren fakta. Mahkamah tidak seharusnya terperangkap dengan semata-mata memilih siapa yang lebih petah memberi keterangan. Sebaliknya, Mahkamah hendaklah meneliti sama ada naratif sesuatu pihak selari dengan dokumen yang ada, keadaan fizikal kejadian dan perkembangan pliding. Pendekatan itu, pada hemat Mahkamah ini, adalah tepat dan serasi dengan definisi “proved” di bawah s.3 Akta Keterangan 1950 sebagaimana dihujahkan oleh Responden.
section
30. Justeru, kerangka undang-undang yang betul untuk Isu (i) ialah seperti berikut. Pertama, Plaintif-Plaintif memikul beban awal di bawah s.101 Akta Keterangan 1950 untuk membuktikan penglibatan kenderaan JNH 1708 dan kecuaian pemandunya. Kedua, Mahkamah menilai sama ada beban itu telah dilepaskan menurut standard “more probable than not” di bawah s.3 Akta Keterangan 1950 sebagaimana dijelaskan dalam kes Inas Faiqah. Ketiga, apabila wujud dua versi yang bercanggah, Mahkamah mesti menimbang kebarangkalian inheren dan “silent evidence” seperti yang dihuraikan dalam Noorianti, Lee Ewe Teik, dan Ng Aik Kian. Keempat, hanya jika dapatan Mahkamah Sesyen nyata mengabaikan prinsip-prinsip itu, barulah campur tangan rayuan wajar. B. Matriks Fakta dan Eksibit yang Berkaitan dengan Liabiliti 31. Dari segi rekod yang dihujahkan oleh pihak-pihak, beberapa bukti keterangan telah muncul sebagai teras pertikaian liabiliti. Yang pertama ialah laporan polis awal D4 oleh Defendan Pertama. Responden Pertama dan Kedua **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 menegaskan bahawa D4 dibuat pada 8.11.2018, iaitu lebih kurang 22 hari selepas kejadian, dan dalam laporan itu Defendan Pertama dikatakan mengaku: “Saya telah melanggar bahagian belakang motosikal … [dan] mengalami kemalangan jalan raya.” Yang kedua ialah laporan penafian D5, yang menurut hujahan Responden hanya dibuat pada 20.5.2020, kira-kira satu tahun enam bulan kemudian, selepas campur tangan “penyelaras insurans”. Yang ketiga ialah keterangan SP2 pada muka surat 45 dan 46 Nota Keterangan, yang menurut hujahan Responden menyokong versi bahawa motokar JNH 1708 menukar lorong lalu melanggar motosikal Plaintif dari belakang. Yang keempat ialah “silent evidence” berupa pelan lakaran, gambar kerosakan dan tanda lokasi, yang menurut Responden menunjukkan kerosakan motosikal di bahagian belakang kiri, kerosakan motokar di bahagian hadapan, dan kedudukan motosikal tercampak ke longkang di sebelah kiri jalan. Yang kelima ialah keterangan SP1, Sarjan Rusilah Abu, yang menurut hujahan Responden menjalankan siasatan dan mengeluarkan saman di bawah Rule 10 LN 166/59 atas kegagalan mengawal kenderaan.
section
32. Di pihak Perayu, serangan utama terhadap matriks bukti itu adalah tiga. Pertama, mereka mengatakan Plaintif-Plaintif tidak mengecam nombor pendaftaran kenderaan yang didakwa melanggar mereka, sebaliknya hanya menyebut sebuah kereta MyVi berwarna kuning. Kedua, mereka menumpukan kepada laporan polis kakak Plaintif Pertama yang dikatakan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 mengandungi percanggahan masa, iaitu menerima panggilan pada 9.00 pagi sedangkan kemalangan dikatakan berlaku pada
section
9.30 pagi, lalu dihujahkan bahawa laporan itu melemahkan keseluruhan naratif Plaintif. Ketiga, mereka bergantung kepada kes Wong Weng Keong bagi menegaskan bahawa dakwaan seorang saksi mata yang tidak disokong oleh bukti objektif seperti pelan lakaran, kunci atau kerosakan kenderaan tidak memadai untuk mengaitkan sesebuah kenderaan dengan kemalangan.
section
33. Mahkamah ini meneliti kedua-dua hujahan tersebut dengan berhati-hati. Apa yang ketara ialah kes ini bukanlah kes yang bergantung semata-mata pada keterangan lisan kedua-dua Plaintif. Responden secara konsisten menghujahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat lapisan sokongan terhadap versi mereka, iaitu: pengakuan awal dalam D4, keterangan SP2, “silent evidence” di tempat kejadian, dan tindakan penyiasat polis yang mengeluarkan saman atas kegagalan mengawal kenderaan. Hujahan Responden juga menghubungkan lapisan-lapisan ini dengan prinsip pliding melalui kes Joseph Paulus Lantip v Tnio Chee Chang & Another Appeal [2020] 5 MLJ 708, dengan menegaskan bahawa Defendan-Defendan pada asalnya sendiri mengakui berlakunya kemalangan dalam pliding mereka sebelum kemudian mengambil posisi penafian yang berbeza. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 C. Penilaian Mahkamah terhadap D4 dan D5 34. Pada hemat Mahkamah ini, salah satu keterangan yang paling signifikan dalam Isu (i) ialah pertentangan antara D4 dan D5. Responden berhujah bahawa D4 ialah laporan awal yang dibuat lebih dekat dengan masa kejadian, manakala D5 ialah laporan penafian yang muncul sangat lewat dan hanya sehari sebelum pembelaan difailkan. Mereka menegaskan bahawa dari sudut probatif, laporan yang lebih hampir kepada masa kejadian lazimnya mempunyai nilai yang lebih tinggi, kerana risiko “afterthought” dan “embellishment” meningkat apabila sesuatu versi hanya timbul jauh kemudian.
section
35. Mahkamah ini mendapati hujahan tersebut mempunyai merit yang nyata. Dalam penilaian fakta sivil, masa sesuatu dokumen dibuat adalah amat relevan. Sebuah laporan yang dibuat hampir dengan kejadian lazimnya lebih spontan, kurang dipengaruhi strategi litigasi, dan lebih berkemungkinan mencerminkan persepsi sebenar pelapor ketika memori masih segar. Sebaliknya, sebuah laporan yang muncul jauh kemudian, lebih-lebih lagi setelah pertikaian liabiliti mulai kelihatan memihak kepada pihak lawan, memang perlu dilihat dengan lebih berhati-hati. Itu tidak bererti laporan kemudian itu semestinya palsu; tetapi ia pasti tertakluk kepada penelitian yang lebih rapi.
section
36. Dalam kes ini, Perayu tidak sekadar perlu menunjukkan bahawa D5 wujud, tetapi perlu meyakinkan Mahkamah mengapa D5 patut diterima mengatasi D4. Di sinilah, pada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 hemat Mahkamah ini, Perayu gagal melemahkan asas rasional yang telah diambil oleh Mahkamah Sesyen. D4, sebagaimana dihujahkan Responden, mengandungi pengakuan yang secara tekstual selari dengan naratif pelanggaran dari belakang. D5 pula, menurut hujahan yang tidak disangkal dengan memuaskan, lahir jauh kemudian dan bertepatan pula dengan perkembangan pliding. Dalam timbangan kebarangkalian, Mahkamah ini tidak melihat kesilapan prinsip apabila Mahkamah Sesyen memberi berat yang lebih besar kepada D4 berbanding D5. D. Kesan Pliding dan kes Joseph Paulus Lantip 37. Mahkamah ini juga mendapati hujahan Responden berhubung pliding tidak boleh diketepikan sebagai isu teknikal semata-mata. Responden menegaskan bahawa Pembelaan dan Tuntutan Balas difailkan pada 21.5.2020, dan hanya kemudian timbul usaha meminda pembelaan pada 4.5.2021. Dalam interval itu, menurut mereka, kedudukan asal Defendan-Defendan masih mengandungi pengakuan bahawa kemalangan memang berlaku, sekali gus menjadikan penafian total kemudiannya sukar diselaraskan dengan pliding awal. Untuk itu mereka merujuk kes Joseph Paulus Lantip v Tnio Chee Chang & Another Appeal [Supra], khususnya prinsip bahawa pihak-pihak terikat dengan pliding mereka dan tidak boleh memplid satu hal, memimpin keterangan atas hal lain, lalu meminta Mahkamah memutuskan atas asas yang berbeza sama sekali. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20
section
38. Mahkamah ini menerima prinsip tersebut. Dalam pertikaian liabiliti kemalangan jalan raya, pliding bukan sekadar formaliti. Ia menetapkan sempadan pertikaian. Apabila satu pihak mula-mula mengaku kemalangan berlaku tetapi kemudiannya cuba beralih kepada posisi bahawa tiada kemalangan melibatkan kenderaan itu langsung, Mahkamah berhak meneliti perubahan posisi itu dengan curiga, terutamanya apabila perubahan itu juga beriringan dengan dokumen penafian yang jauh terkemudian. Pada hemat Mahkamah ini, Mahkamah Sesyen berhak mengambil kira perubahan posisi ini sebagai faktor yang menjejaskan kredibiliti versi penafian. E. “Silent Evidence”: Pelan, Kerosakan dan Lokasi Akhir 39. Perkara yang paling penting selepas D4 ialah “silent evidence”. Responden secara khusus merujuk kepada kes Lee Ewe Teik dan Ng Aik Kian bagi prinsip bahawa apabila dua pihak memberi versi yang bertentangan sama sekali tentang bagaimana perlanggaran berlaku, panduan yang lebih boleh diharap ialah foto, pelan, ukuran tempat kejadian, sifat kerosakan dan kedudukan akhir kenderaan.
section
40. Hujahan Responden tentang “silent evidence” adalah terperinci. Mereka menyatakan bahawa kerosakan motosikal adalah di bahagian belakang kiri, yang konsisten dengan pelanggaran dari belakang manakala kerosakan motokar pula di bahagian hadapan, yang konsisten dengan motokar menghentam objek di hadapannya serta pelan lakaran menunjukkan motosikal tercampak ke longkang di sebelah kiri jalan, yang konsisten **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 dengan hentakan dari belakang dan tolakan ke sisi kiri. Tambahan pula, kecederaan kedua-dua Plaintif direkodkan segera di hospital, lalu menolak gambaran bahawa insiden itu direka kemudian. Mereka juga menegaskan bahawa SP1, Pegawai Penyiasat, mengeluarkan saman di bawah Rule 10 LN 166/59 setelah siasatan dijalankan.
section
41. Perayu cuba mengelakkan kesan “silent evidence” ini dengan berhujah bahawa Plaintif gagal mengecam nombor pendaftaran dan bahawa terdapat kelemahan dalam laporan kakak Plaintif Pertama. Akan tetapi, hujahan Perayu itu, pada hemat Mahkamah ini, lebih bersifat sampingan dan tidak benar-benar menumbangkan teras bukti objektif. Kegagalan seorang mangsa yang baru mengalami kejadian mengejut untuk mencatat nombor pendaftaran tidak semestinya mematikan keseluruhan tuntutannya, lebih-lebih lagi apabila terdapat dokumen lain, laporan polis awal oleh pihak lawan sendiri, pelan lakaran, kerosakan kenderaan, dan siasatan polis yang menghubungkan kenderaan itu dengan kejadian.
section
42. Begitu juga, percanggahan masa dalam laporan kakak Plaintif Pertama tidak, pada hemat Mahkamah ini, mempunyai kekuatan probatif yang mencukupi untuk menenggelamkan keseluruhan matriks bukti Plaintif. Laporan itu sendiri bukan asas tunggal pengenalpastian liabiliti. Ia hanyalah sebahagian kecil dalam keseluruhan rekod. Kesilapan masa atau ketidaktepatan sekunder dalam laporan seorang ahli keluarga yang bukan saksi impak tidak boleh secara automatik **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 memadamkan nilai keberatan eksibit D4, keterangan SP2, “silent evidence”, dan tindakan siasatan polis. F. Keterangan SP2 dan SP1 43. Responden menghujahkan secara spesifik bahawa berdasarkan keterangan SP2 pada muka surat 45 dan 46 Nota Keterangan, kemalangan berlaku ketika Defendan Pertama menukar lorong dan melanggar motosikal Plaintif-Plaintif dari belakang, sebelum kedua-dua Plaintif tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri jalan. Mahkamah ini melihat rujukan itu sebagai penting kerana ia menunjukkan bahawa naratif Responden bukan dibina hanya atas inferens pasca-kejadian, tetapi turut berakar pada keterangan ‘viva voce’ yang diterima dalam perbicaraan.
section
44. Di samping itu, hujahan Responden bahawa SP1, Sarjan Rusilah Abu, telah menjalankan siasatan lengkap dan mendapati Defendan Pertama cuai sehingga saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59, juga tidak dapat dipandang ringan. Memang benar pengeluaran saman bukan konklusif terhadap liabiliti sivil. Namun ia tetap satu faktor relevan dalam timbangan kebarangkalian, khususnya apabila ia selari dengan eksibit D4 dan bukti fizikal yang lain. Mahkamah sivil tidak terikat untuk menerima bulat-bulat kesimpulan polis, tetapi juga tidak harus menutup mata terhadap dapatan siasatan yang konsisten dengan bukti objektif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 G. Hujahan Perayu Berdasarkan kes Wong Weng Keong 45. Perayu bergantung kepada Wong Weng Keong untuk menunjukkan bahawa jika dakwaan seorang saksi mata tidak disokong oleh pelan lakaran, kerosakan kenderaan atau bukti objektif lain, Mahkamah boleh menerima penafian pihak Defendan. Mahkamah ini menerima prinsip umum itu. Namun pada hemat Mahkamah ini, autoriti tersebut tidak membantu Perayu secara material atas fakta kes ini. Ini kerana kes semasa, berdasarkan cara ia dihujahkan oleh Responden dan diterima oleh Mahkamah Sesyen, bukan kes yang kekurangan bukti objektif. Sebaliknya, ia mengandungi eksibit D4, eksibit D5, rujukan kepada SP2, siasatan SP1, pelan lakaran, gambar kerosakan dan lokasi akhir motosikal. Dengan kata lain, kes ini bukanlah kategori kes “bare assertion” seorang saksi mata tanpa sokongan material.
section
46. Setelah mempertimbangkan semua perkara di atas, Mahkamah ini sampai kepada dua dapatan berbeza tetapi saling berkait. Pertama, Mahkamah ini bersetuju dengan teras dapatan Mahkamah Sesyen bahawa kemalangan yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif memang berlaku, bahawa motokar JNH 1708 yang dipandu oleh Defendan Pertama terlibat, dan bahawa pemanduan Defendan Pertama merupakan punca dominan kemalangan. Dalam hal ini, Mahkamah ini tidak menerima hujahan Perayu bahawa Plaintif-Plaintif gagal sama sekali melepaskan beban awal di bawah s.101 Akta Keterangan 1950. Sebaliknya, pada hemat Mahkamah ini, beban itu telah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 dilepaskan melalui gabungan eksibit D4, keterangan SP2, “silent evidence”, dan fakta pliding.
section
47. Kedua, walaupun demikian, Mahkamah ini tidak bersetuju bahawa liabiliti 100% terhadap Defendan-Defendan adalah satu-satunya kesimpulan yang wajar. Di sinilah Mahkamah ini berpendapat bahawa campur tangan rayuan adalah terhad tetapi perlu. Rekod sebagaimana dihujahkan tidak menafikan bahawa kemalangan berlaku dalam konteks pergerakan trafik dan perubahan lorong, dan Mahkamah ini berpandangan bahawa gambaran fakta keseluruhan tidak memadai untuk menyingkirkan sama sekali sebarang elemen sumbang cuai di pihak penunggang motosikal. Dalam erti kata lain, Mahkamah ini menerima bahawa versi penafian total Defendan tidak boleh dipertahankan, tetapi pada masa yang sama Mahkamah ini tidak melihat asas yang cukup kuat untuk mengekalkan dapatan bahawa Plaintif-Plaintif sepenuhnya bebas daripada sebarang sumbangan liabiliti.
section
48. Justeru, prinsip rayuan yang dihujahkan oleh Perayu melalui kes Mohamed bin Abdullah, Perembun, dan Yong Sze Fatt adalah relevan setakat ini, bukan untuk membatalkan keseluruhan dapatan liabiliti Mahkamah Sesyen, tetapi untuk membolehkan Mahkamah ini membuat pelarasan yang lebih seimbang pada soal ‘apportionment’ apabila Mahkamah ini berpendapat dapatan 100:0 itu terlalu mutlak pada fakta yang ada. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25
section
49. Cabang kedua Isu (i) berkaitan sama ada AM General Insurance Berhad/Defendan Ketiga boleh mengelak daripada tanggungan terhadap Plaintif-Plaintif dengan bersandarkan dakwaan frod atau isu dalaman polisi. Pada bahagian ini, Responden Pertama dan Kedua telah merujuk kepada ss.90 dan 91(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan khususnya s.96(3) APJ 1987, serta keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes AMGeneral Insurance Sdn Bhd v Sa'Amran a/l Atan & Ors and Other Appeals [Supra]. Inti hujahan mereka ialah bahawa walaupun andaian paling tinggi diberi kepada kewujudan pertikaian dalaman antara ‘insurer’ dan ‘insured’, pertikaian itu tidak boleh menjejaskan hak pihak ketiga yang tidak bersalah melainkan ‘insurer’ telah terlebih dahulu memperoleh deklarasi mahkamah bahawa polisi itu batal atau tidak boleh dikuat kuasakan sebelum tarikh liabiliti itu ditanggung.
section
50. Mahkamah ini menerima hujahan tersebut. Responden menegaskan bahawa ‘insurer’ dalam kes ini hanya memplid tuntutan balas untuk deklarasi tetapi tidak pernah memperoleh deklarasi berasingan sebelum penghakiman liabiliti diberikan pada 25.7.2025. Pada hemat Mahkamah ini, jika fakta itu benar dan itulah cara isu ini dihujahkan oleh pihak-pihak maka s.96(3) APJ 1987 beroperasi secara tegas. Frasanya, seperti yang dipetik oleh Responden, ialah bahawa tiada jumlah perlu dibayar oleh insurer jika sebelum tarikh liabiliti ditanggung, ‘insurer’ telah memperoleh deklarasi bahawa insurans itu batal atau tidak boleh dikuatkuasakan. Logiknya adalah jelas **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 iaitu tanpa deklarasi terdahulu, ‘insurer’ tidak boleh kemudian menggunakan pertikaian dalaman polisi untuk menafikan hak pihak ketiga yang telah pun mengasaskan tuntutan tortnya.
section
51. Keputusan AMGeneral Insurance Sdn Bhd v Sa'Amran a/l Atan & Ors and Other Appeals [Supra] mengukuhkan lagi kedudukan itu. Sebagaimana dipetik dalam hujahan Responden, Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa isu di hadapan mahkamah bicara dalam keadaan sedemikian ialah isu tort dan bukan kontrak, dan bahawa pelanggaran kewajipan ‘uberrimae fidei’ antara ‘insured’ dan ‘insurer’ tidak dengan sendirinya membenarkan ‘insure’r menolak tuntutan pihak ketiga yang tidak bersalah, dalam menghadapi skop statutori APJ 1987. Pada hemat Mahkamah ini, prinsip itu secara langsung menutup percubaan insurer untuk menukar pertikaian kontrak dalaman menjadi perisai mutlak terhadap tuntutan pihak ketiga.
section
52. Setelah meneliti keseluruhan rekod hujahan dan autoriti yang benar-benar dirujuk oleh pihak-pihak, Mahkamah ini membuat dapatan berikut bagi Isu (i). Pertama, Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa kemalangan melibatkan motosikal JQN 8972 dan motokar JNH 1708 memang berlaku, dan bahawa pemanduan Defendan Pertama merupakan punca utama kemalangan itu. Dapatan ini disokong oleh pengakuan awal dalam eksibit D4, ketidakselarasan dan kelewatan eksibit D5, keterangan SP2, “silent evidence” berupa pelan dan sifat **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 kerosakan, serta fakta bahawa siasatan polis membawa kepada saman di bawah Rule 10 LN 166/59.
section
53. Kedua, Mahkamah ini tidak menerima hujahan Perayu bahawa Mahkamah Sesyen sepatutnya menolak keseluruhan tuntutan liabiliti Plaintif-Plaintif. Hujahan tersebut memberi tumpuan berlebihan kepada kelemahan sekunder seperti isu nombor pendaftaran dan percanggahan masa dalam laporan kakak Plaintif Pertama, tetapi gagal menumbangkan rangka bukti objektif yang lebih kukuh. Wong Weng Keong tidak membantu Perayu kerana kes semasa, sebagaimana dihujahkan dan diputuskan, bukan kes tanpa sokongan material.
section
54. Ketiga, Mahkamah ini bagaimanapun berpendapat bahawa dapatan 100% liabiliti terhadap Defendan-Defendan adalah terlalu mutlak dan wajar dilaraskan. Campur tangan Mahkamah ini bukanlah kerana HMS tersilap tentang siapa punca utama kemalangan, tetapi kerana ‘apportionment’ 100:0 itu, pada hemat Mahkamah ini, tidak mencerminkan sepenuhnya keperluan menimbang sumbangan kausal pihak penunggang motosikal dalam konteks keseluruhan fakta. Oleh itu, Mahkamah ini menetapkan bahawa liabiliti hendaklah diubah kepada 80% terhadap Defendan-Defendan dan 20% sumbang cuai terhadap Plaintif-Plaintif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28
section
55. Keempat, setakat kebertanggungan penanggung insurans, Mahkamah ini bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bahawa AM General Insurance Berhad kekal bertanggungan terhadap tuntutan pihak ketiga. Berdasarkan ss.90, 91(b) dan 96(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta prinsip dalam kes AMGeneral Insurance Sdn Bhd v Sa'Amran, sebarang pertikaian dalaman polisi atau dakwaan frod antara ‘insurer’ dan ‘insured’ tidak melepaskan ‘insurer’ daripada tanggungan terhadap pihak ketiga yang tidak bersalah, selagi deklarasi terdahulu yang dikehendaki statut tidak diperoleh.
section
56. Ringkasnya, Isu (i) dijawab seperti berikut iaitu dapatan Mahkamah Sesyen bahawa Defendan-Defendan bertanggungan bagi kemalangan ini dikekalkan pada terasnya, kebertanggungan penanggung insurans terhadap pihak ketiga juga dikekalkan tetapi peratus liabiliti dipinda daripada 100%:0% kepada 80%:20%. Isu (ii): Sama ada award kuantum yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen adalah wajar atau memerlukan campur tangan Mahkamah ini.
section
57. Berbeza daripada Isu (i), Isu (ii) tidak lagi berkisar kepada siapa yang menyebabkan kemalangan, tetapi kepada satu persoalan yang lebih terhad dan lebih teknikal, iaitu sama ada jumlah ganti rugi yang dianugerahkan oleh Mahkamah Sesyen kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua adalah begitu keterlaluan, begitu rendah, atau begitu tersasar daripada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 prinsip yang betul sehingga Mahkamah Rayuan ini wajar campur tangan.
section
58. Pada hemat Mahkamah ini, soalan yang perlu dijawab bukan sama ada Mahkamah ini sendiri, jika bertindak sebagai mahkamah bicara, akan memberi jumlah yang sama. Ujian yang betul adalah sama ada taksiran Mahkamah Sesyen boleh dikatakan telah dibuat atas asas yang salah, atau berada di luar julat yang munasabah sehingga menzahirkan salah arah kehakiman. Itulah kerangka yang tersirat daripada keseluruhan hujahan Perayu Pertama dan Kedua apabila mereka menyatakan bahawa Mahkamah Sesyen telah “khilaf dari segi fakta” dalam menilai tahap kecederaan, kadar keilatan, dan perkembangan pemulihan kedua-dua Plaintif, khususnya setelah wujud laporan pakar pilihan Defendan yang lebih terkemudian. A. Rangkaian Dokumen dan Eksibit yang Berkaitan dengan Kuantum 59. Daripada Rekod Rayuan, termasuk indeks dokumen dalam Jilid 3, adalah jelas bahawa isu kuantum di Mahkamah Sesyen dibina terutamanya atas beberapa kategori dokumen. Pertama, terdapat laporan perubatan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Jabatan Ortopedik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dan juga dokumen rawatan dari Hospital Kluang. Kedua, terdapat laporan pakar ortopedik Plaintif oleh Dr. Khoo Shaw Ming bertarikh 11.11.2019 dari KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital. Ketiga, terdapat laporan pakar **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 pilihan Defendan oleh Datuk Dr. Peraba, yang menurut hujahan Perayu dibuat pada 24.8.2020, iaitu lebih kurang dua tahun selepas kemalangan. Keempat, terdapat resit-resit rawatan, surat cuti sakit, surat rawatan, dan resit pembayaran berkaitan rawatan susulan dalam indeks dokumen Rekod Rayuan Jilid 3.
section
60. Ini penting kerana pertikaian kuantum dalam rayuan ini bukanlah pertikaian abstrak. Ia bukan semata-mata satu hujahan bahawa award terlalu tinggi “secara umum”. Sebaliknya, pertikaian itu tertumpu kepada persoalan yang lebih khusus, iaitu Mahkamah Sesyen dikatakan telah memberi pemberat yang terlalu besar kepada laporan pakar Plaintif dan tidak memberikan pemberat yang mencukupi kepada laporan pakar Defendan yang lebih lewat, yang menurut Perayu menggambarkan bahawa keadaan Plaintif-Plaintif telah pulih dengan ketara.
section
61. Dari sudut struktur hujahan, Perayu Pertama dan Kedua menekankan bahawa terdapat empat laporan perubatan dan laporan pakar dalam tindakan ini bagi Plaintif Pertama, iaitu dua laporan perubatan dan dua laporan pakar, dan bahawa kesemuanya telah dimasukkan tertakluk kepada hujahan. Mereka kemudiannya berhujah bahawa Mahkamah Sesyen gagal meneliti dengan memadai laporan pakar terkini daripada pihak Defendan, yang menurut mereka menunjukkan bahawa Plaintif Pertama telah banyak sembuh dan bahawa tahap keilatan semasa tidak lagi setinggi yang disifatkan dalam laporan terdahulu. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 B. Prinsip Undang-Undang yang Dihujahkan oleh Pihak-Pihak 62. Perayu Pertama dan Kedua telah berhujah, antara lain, dengan merujuk kepada Abdul Waffy bin Wahubbi & Anor v AK Nazaruddin bin Ahmad (2017) MLJU 761; (2017) 5 LNS 52, bahawa dalam menentukan gantirugi bagi kecederaan diri, Mahkamah hendaklah berusaha supaya award yang diberi berada dalam julat yang selaras dengan Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018, dan tidak boleh “pluck a quantum from the air”. Hujahan ini digunakan oleh Perayu untuk menunjukkan bahawa Mahkamah Sesyen kononnya telah memberikan award yang melebihi julat munasabah bagi kecederaan-kecederaan yang dialami Plaintif-Plaintif.
section
63. Mahkamah ini menerima bahawa prinsip yang disebut dalam kes Abdul Waffy adalah berguna sebagai garis panduan. Memang benar bahawa kompendium award kecederaan peribadi berfungsi untuk membantu mahkamah mengekalkan satu tahap konsistensi antara kes-kes yang sebanding. Namun, seperti yang juga diakui dalam petikan yang dirujuk sendiri oleh Perayu, kompendium itu bukan kod statutori dan tidak membataskan budi bicara Mahkamah. Ia hanya panduan. Oleh itu, kompendium tidak boleh digunakan secara mekanikal tanpa meneliti fakta khusus, tahap kecederaan sebenar, intervensi pembedahan, tempoh rawatan, keperluan fisioterapi, sakit yang dialami, serta tahap pemulihan yang terbukti dalam dokumen perubatan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32
section
64. Justeru, Mahkamah ini bersetuju bahawa dalam rayuan kuantum, rujukan kepada kompendium dan kes-kes perbandingan adalah relevan, tetapi ia bukan pengganti kepada penilaian menyeluruh terhadap bukti perubatan sebenar yang terdapat dalam rekod. Peranan Mahkamah adalah untuk memastikan bahawa award itu lahir daripada penghargaan kehakiman terhadap kecederaan yang dibuktikan, bukan semata-mata daripada pemadanan label kecederaan dengan suatu julat angka. C. Tuntutan dan Kecederaan Plaintif Pertama 65. Bagi Plaintif Pertama, Perayu menghujahkan bahawa Mahkamah Sesyen telah mengawardkan RM55,000.00 bagi kecederaan ‘closed fracture of right femur with posterior thigh laceration’ yang dirawat melalui pembedahan ‘interlocking nail’ pada 20.10.2018, dan bahawa jumlah ini adalah terlampau t inggi. Hujahan Perayu ialah menurut laporan pakar Defendan, tulang ‘femur’ tersebut telah bercantum, tiada pemendekan ‘femur,’ kuasa otot pada kaki kanan adalah pada tahap hampir normal, Plaintif Pertama telah mula bekerja sebagai kerani, tidak lagi memerlukan fisioterapi berpenyeliaan, telah menamatkan rawatan susulan dan tiada kekakuan lutut kanan, selain mampu mencangkung sepenuhnya. Atas asas itu, Perayu menghujahkan bahawa award bagi femur tersebut wajar direndahkan supaya selaras dengan julat dalam ‘Revised Compendium’. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33
section
66. Perayu seterusnya merujuk kepada julat cadangan dalam kompendium bagi kecederaan ‘femur with no shortening’, iaitu sekitar RM21,500.00 hingga RM48,500.00, dan juga julat bagi ‘laceration’, iaitu sekitar RM2,500.00 hingga RM12,000.00. Mereka juga mempertikaikan penggunaan kes panduan oleh Mahkamah Sesyen, dengan mengatakan bahawa kes yang dirujuk oleh Mahkamah Sesyen melibatkan tahap keilatan dan kehilangan keupayaan yang lebih serius daripada kes Plaintif Pertama.
section
67. Namun pada hemat Mahkamah ini, hujahan Perayu itu, walaupun menarik pada paras pertama, mengandungi satu kelemahan asas. Ia melihat kecederaan Plaintif Pertama secara terlalu terpecah-pecah dan terlalu statik. Kecederaan Plaintif Pertama bukan hanya’femur’ dengan tiada ‘shortening’ pada satu tarikh pakar pilihan Defendan memeriksanya. Rekod menunjukkan bahawa beliau mengalami patah ‘femur’ kanan, luka koyakan ‘posterior thigh’, menjalani pembedahan, menjalani tempoh rawatan yang panjang, dirujuk kepada pakar ortopedik, dan dinilai semula pada beberapa peringkat yang berbeza. Dengan kata lain, kesakitan, penderitaan, imobilisasi, intervensi pembedahan, kebimbangan terhadap pemulihan dan tempoh rehabilitasi tidak boleh dipadamkan hanya kerana pada tarikh pemeriksaan terkemudian terdapat tanda-tanda pemulihan yang baik. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34
section
68. Di sinilah Mahkamah ini berpandangan bahawa Mahkamah Sesyen tidak boleh dikatakan telah tersilap hanya kerana tidak menerima secara penuh naratif “substantial improvement” oleh pakar Defendan. Hakim bicara berhak menilai kedua-dua laporan perubatan iaitu laporan yang lebih dekat dengan kecederaan asal, dan laporan yang lebih kemudian yang merakam tahap pemulihan. Kedua-duanya relevan. Namun laporan terkemudian bukanlah secara automatik menafikan penderitaan, kesakitan, pembedahan dan tempoh kehilangan keupayaan yang dialami sebelumnya.
section
69. Sebab itu, walaupun julat kompendium bagi ‘femur with no shortening’ dirujuk oleh Perayu, Mahkamah ini tidak melihat bahawa award RM55,000.00 bagi konteks keseluruhan kecederaan Plaintif Pertama adalah begitu keterlaluan sehingga melampaui semua sempadan budi bicara kehakiman. Ya, jumlah itu berada pada bahagian atas spektrum jika dilihat melalui lensa yang semata-mata tertumpu pada status akhir pemulihan. Tetapi award itu tidak menjadi “plainly erroneous” apabila diambil kira bahawa kecederaan tersebut melibatkan pembedahan, tisu lembut, tempoh susulan yang panjang, dan kesan fungsional yang pada satu tahap nyata wujud sebelum beransur baik. D. Tuntutan dan Kecederaan Plaintif Kedua 70. Bagi Plaintif Kedua pula, Perayu mempertikaikan dua award utama. Pertama, Mahkamah Sesyen telah mengawardkan RM50,000.00 bagi kecederaan ‘open book pelvis’ / ‘symphysis **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35 pubis diastasis with slight opening of right sacroiliac join’t, dan kedua, RM30,000.00 bagi ‘closed fracture right acetabulum’. Hujahan Perayu ialah bahawa award-award ini terlalu tinggi kerana menurut laporan pakar, keadaan Plaintif Kedua telah banyak pulih, keilatan tidak serius, dan tiada justifikasi untuk mengangkat award sehingga ke tahap yang dianugerahkan oleh Mahkamah Sesyen.
section
71. Perayu merujuk kepada kompendium bahawa bagi ‘diastasis symphysis pubis’, julat yang dicadangkan ialah sekitar RM12,000.00 hingga RM24,000.00, dan bahawa bagi ‘open book pelvic fracture’ tiada aras yang setepatnya diberikan dalam kompendium, kecuali kecederaan-kecederaan pinggul dan pelvis yang lebih berat. Mereka juga merujuk kepada kes Muhammad Azlan Fadzi bin Mohammad Anuar v Ragunathan a/l Veerapandiun & Anor (2021) 2 PIR 16 sebagai panduan bahawa award RM25,000.00 pernah diberikan bagi kecederaan ‘open book pelvic fracture’ tertentu. Berdasarkan perbandingan itu, mereka berhujah bahawa award RM50,000.00 kepada Plaintif Kedua adalah terlalu tinggi.
section
72. Sekali lagi, Mahkamah ini menerima bahawa hujahan itu ada asas untuk dipertimbangkan, tetapi tidak sampai ke tahap yang mewajarkan campur tangan. Pertama, penggunaan satu kes perbandingan tidak pernah bersifat menentukan. Kedua, sifat kecederaan ‘pelvis’ dan ‘acetabulum’ amat bergantung kepada konfigurasi kecederaan, kestabilan sendi, tahap sakit, kesukaran bergerak, impak kepada aktiviti harian, dan tempoh **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36 rawatan atau pemulihan. Ketiga, apabila Mahkamah Sesyen telah melihat keseluruhan bukti perubatan dan telah menilai sendiri kesan gabungan kecederaan-kecederaan itu terhadap Plaintif Kedua, Mahkamah yang mendengar Rayuan ini perlu berhati-hati agar tidak menggantikan penilaian tersebut hanya kerana julat kompendium atau satu kes analogi menunjukkan angka yang lebih rendah.
section
73. Yang lebih penting, hujahan Perayu sendiri mengakui bahawa Plaintif Kedua mengalami ‘symphysis pubis diastasis’,’ slight opening of the right sacroiliac joint’, dan ‘closed fracture right acetabulum’. Ini bukan kecederaan ringan. Ia bukan kategori kecederaan tisu lembut biasa. Ia melibatkan struktur pelvis dan sendi yang kritikal kepada kestabilan tubuh, pergerakan, duduk, berdiri, dan berjalan. Oleh itu, Mahkamah ini tidak melihat bahawa Mahkamah Sesyen telah tersasar secara prinsip apabila memberikan award yang mencerminkan bukan sahaja label kecederaan, tetapi juga graviti keseluruhan, ketidakselesaan, dan kemungkinan kesan residu yang dicatatkan dalam laporan perubatan. E. Persoalan “Laporan Pakar Terkini” dan Kesan Pemulihan 74. Asas utama rayuan kuantum oleh Perayu ialah bahawa Mahkamah Sesyen kononnya gagal meneliti laporan pakar terkini pihak Defendan, khususnya laporan Datuk Dr. Peraba, yang menunjukkan kedua-dua Plaintif telah banyak sembuh. Pada hemat Mahkamah ini, hujahan ini perlu diperhalusi dengan lebih disiplin. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37
section
75. Sesuatu laporan pakar yang lebih lewat memang relevan, kerana ia dapat menunjukkan tahap pemulihan yang berlaku dari masa ke masa. Namun begitu, dalam kes kecederaan diri, laporan kemudian tidak secara automatik mengatasi semua laporan terdahulu. Sesuatu laporan yang dibuat satu atau dua tahun selepas kemalangan lazimnya menggambarkan keadaan terkini, bukan keseluruhan trajektori penderitaan mangsa sejak tarikh kemalangan. Oleh itu, jika seorang plaintif telah menjalani pembedahan, mengalami kesakitan yang nyata, memerlukan fisioterapi, kehilangan mobiliti untuk suatu tempoh, dan kemudian beransur pulih, Mahkamah tidak boleh merendahkan award hanya kerana pada tarikh akhir pemeriksaan terdapat banyak penambahbaikan.
section
76. Sebab itu hujahan Perayu, walaupun sah untuk dibangkitkan, tidak memadai untuk menunjukkan bahawa Mahkamah Sesyen telah melakukan salah arah kehakiman. Paling tinggi pun, hujahan itu menunjukkan bahawa terdapat satu pandangan alternatif terhadap tahap keilatan kekal atau tahap kehilangan keupayaan semasa. Tetapi perbezaan pandangan pakar atau perbezaan penekanan terhadap laporan terdahulu dan laporan kemudian bukan dengan sendirinya menunjukkan bahawa award tersebut telah dibuat secara salah pada prinsip. F. Gantirugi Khas dan Dokumen Sokongan 77. Selain gantirugi am, Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa rekod mengandungi resit-resit rawatan, resit bayaran **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 perubatan, surat rawatan, surat cuti sakit dan dokumen hospital lain yang disenaraikan dalam indeks dokumen. Dokumen-dokumen ini memperkukuh dapatan bahawa kecederaan Plaintif-Plaintif bukan remeh, bahawa rawatan sebenar telah diperolehi, dan bahawa tuntutan yang dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen mempunyai asas dokumentari, bukan rekaan.
section
78. Dalam konteks rayuan kuantum, kewujudan dokumentasi rawatan yang konsisten dan berlapis seperti ini adalah penting. Ia menunjukkan bahawa taksiran Mahkamah Sesyen tidak dibuat dalam vakum. Ia dibuat dengan merujuk kepada dokumen perubatan primer, laporan pakar dan dokumen kos rawatan. Apabila keterangan substantial bagi kuantum adalah kukuh, ambang untuk campur tangan rayuan menjadi lebih tinggi. G. Adakah Award Itu “Terlampau Tinggi”?
section
79. Setelah meneliti hujahan Perayu dan membandingkannya dengan keterangan dokumen dalam rekod, Mahkamah ini tidak berpuas hati bahawa award bagi Plaintif Pertama atau Plaintif Kedua boleh dikatakan sebagai “terlampau tinggi” dalam erti kata undang-undang rayuan. Memang benar ada ruang untuk dihujahkan bahawa angka yang sedikit lebih rendah juga mungkin munasabah. Namun itu bukan ujian rayuan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39
section
80. Ujian sebenar ialah sama ada angka yang diawardkan oleh Mahkamah Sesyen berada di luar batas munasabah sehingga ia menzahirkan salah prinsip atau salah penghargaan yang serius terhadap bukti. Pada hemat Mahkamah ini, ujian itu tidak dipenuhi. Award-award yang diberikan masih boleh dijelaskan oleh sifat kecederaan yang dialami, dokumentasi rawatan, keperluan pembedahan, tempoh rawatan susulan, dan kesan fungsional yang telah dibuktikan.
section
81. Lebih penting lagi, Mahkamah ini tidak melihat bahawa Mahkamah Sesyen telah “pluck a quantum from the air”. Sebaliknya, rekod menunjukkan bahawa Mahkamah Sesyen telah berhadapan dengan beberapa laporan perubatan dan laporan pakar, mendengar hujahan pihak-pihak, dan kemudian membuat penilaian. Fakta bahawa Mahkamah Sesyen tidak memilih angka yang dicadangkan oleh Defendan tidak bermakna Mahkamah Sesyen telah tersilap pada prinsip. H. Kesan Pelarasan Liabiliti terhadap Kuantum 82. Walaupun Mahkamah ini mengekalkan award kuantum yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen, dapatan Mahkamah ini dalam Isu (i) bahawa Plaintif-Plaintif menanggung 20% sumbang cuai membawa implikasi langsung terhadap jumlah bersih yang boleh dipulihkan. Ini adalah satu perbezaan yang perlu dinyatakan dengan jelas.
section
83. Dalam erti kata lain, Mahkamah ini menegaskan bahawa walaupun award kasar (gross award) yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan tanpa sebarang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 pengurangan atau penambahan, jumlah bersih (net award) yang boleh dipulihkan oleh Plaintif-Plaintif hendaklah tertakluk kepada dapatan sumbang cuai sebanyak 20% sebagaimana diputuskan di bawah Isu (i). Ini adalah prinsip yang mapan dalam undang-undang tort, bahawa sebarang award gantirugi hendaklah diselaraskan mengikut tahap liabiliti yang diputuskan oleh Mahkamah.
section
84. Oleh yang demikian, secara operatifnya, setiap komponen gantirugi sama ada gantirugi am, gantirugi khas, atau apa-apa tuntutan lain yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen hendaklah dikurangkan sebanyak 20% bagi mencerminkan sumbang cuai Plaintif-Plaintif. Mahkamah ini menegaskan bahawa pelarasan ini adalah bersifat matematik dan tidak melibatkan penilaian semula terhadap asas kuantum itu sendiri.
section
85. Pendekatan ini juga penting dari sudut disiplin rayuan. Mahkamah ini tidak seharusnya, dalam satu dapatan, menyatakan bahawa tiada salah arah dalam taksiran kuantum oleh Mahkamah Sesyen, tetapi dalam dapatan yang lain mengubah angka award tanpa asas prinsip. Oleh itu, satu-satunya pelarasan yang sah di sini ialah pelarasan yang berpunca secara langsung daripada dapatan liabiliti, dan bukan daripada sebarang penilaian semula terhadap kecederaan atau bukti perubatan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41
section
86. Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa rayuan terhadap kuantum tidak boleh dijadikan sebagai suatu percubaan untuk mendapatkan “second bite at the cherry” semata-mata kerana pihak yang tidak berjaya merasakan bahawa angka yang lebih rendah adalah juga munasabah. Selagi mana award tersebut berada dalam lingkungan yang boleh dipertahankan berdasarkan bukti, Mahkamah yang mendengar Rayuan tidak seharusnya campur tangan.
section
87. Dalam kes ini, Mahkamah ini berpuas hati bahawa:
a
(a) Mahkamah Sesyen telah menilai laporan perubatan dan laporan pakar secara menyeluruh;
b
(b) Mahkamah Sesyen telah mengambil kira sifat kecederaan, rawatan, dan tahap pemulihan;
c
(c) Mahkamah Sesyen tidak terikat secara mekanikal kepada kompendium tetapi menggunakannya sebagai panduan; dan
d
(d) tiada bukti bahawa Mahkamah Sesyen telah menggunakan prinsip yang salah atau mengabaikan faktor material.
section
88. Justeru, Mahkamah ini tidak melihat sebarang asas yang sah di sisi undang-undang rayuan untuk mengganggu award kuantum tersebut. Oleh itu berdasarkan keseluruhan analisis di atas, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42
a
(a) Award kuantum yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua adalah dikekalkan sepenuhnya;
b
(b) Hujahan Perayu bahawa Mahkamah Sesyen gagal memberi pemberat kepada laporan pakar terkini tidak mencukupi untuk menunjukkan salah arah kehakiman;
c
(c) Rujukan kepada Revised Compendium dan kes perbandingan tidak menunjukkan bahawa award tersebut berada di luar julat munasabah; dan
d
(d) Pelarasan hanya dibuat dari segi liabiliti, dan bukan dari segi asas kuantum.
section
89. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Jumlah ganti rugi yang dianugerahkan oleh Mahkamah Sesyen hendaklah dikekalkan, tertakluk kepada pengurangan sebanyak 20% selaras dengan dapatan sumbang cuai Plaintif-Plaintif. Isu (iii) : Sama ada Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam menolak tuntutan balas oleh Defendan Ketiga (AM General Insurance Berhad). A. Isu dan Skop Pertikaian 90. Isu ini timbul daripada ketidakpuasan hati AM General Insurance Berhad (“Insurans”) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan balasnya. Intipati tuntutan balas **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43 tersebut, sebagaimana dihujahkan oleh Insurans, adalah untuk mendapatkan suatu bentuk pelepasan daripada tanggungan terhadap Plaintif-Plaintif, sama ada atas alasan pelanggaran terma polisi, salah nyata, atau dakwaan frod oleh pihak diinsuranskan.
section
91. Namun demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa isu ini tidak boleh dilihat semata-mata sebagai pertikaian kontrak antara ‘insurer’ dan ‘insured.’ Sebaliknya, ia perlu dianalisis dalam kerangka statutori yang lebih luas, khususnya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (“APJ 1987”), yang mengawal hak pihak ketiga dalam tuntutan kemalangan jalan raya.
section
92. Responden telah merujuk secara khusus kepada: a) Seksyen 90 dan 91(b) APJ 1987 yang menetapkan kewajipan ‘insurer’ untuk melindungi liabiliti pihak ketiga; b) Seksyen 96(1) dan (3) APJ 1987 yang memperuntukkan bahawa insurer adalah bertanggungan membayar jumlah penghakiman terhadap insured, tertakluk kepada pengecualian yang sangat terhad; c) dan seterusnya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes AMGeneral Insurance Sdn Bhd v Sa'Amran a/l Atan & Ors and Other Appeals [Supra] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 44
section
93. Prinsip utama yang dihujahkan dan pada hemat Mahkamah ini adalah tepat ialah bahawa hak pihak ketiga di bawah APJ 1987 adalah bersifat statutori dan tidak boleh dipatahkan semata-mata oleh pertikaian kontrak antara ‘insurer’ dan ‘insured’. Secara khusus, s.96(3) APJ 1987 memperuntukkan bahawa ‘insurer’ hanya boleh mengelak liabiliti terhadap pihak ketiga jika suatu deklarasi mahkamah bahawa polisi itu batal atau tidak boleh dikuatkuasakan telah diperolehi sebelum liabiliti tersebut ditanggung.
section
94. Dalam kes ini, berdasarkan rekod dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa:
a
(a) Insurans telah membangkitkan isu pelanggaran polisi dan/atau frod melalui tuntutan balas;
b
(b) namun, Insurans tidak memperoleh deklarasi berasingan daripada Mahkamah bahawa polisi tersebut adalah batal atau tidak boleh dikuatkuasakan sebelum tarikh penghakiman terhadap ‘insured’;
c
(c) sebaliknya, isu tersebut cuba diselesaikan dalam rangka tuntutan balas yang sama dalam prosiding tort ini.
section
95. Pada hemat Mahkamah ini, pendekatan tersebut adalah tidak mencukupi untuk melepaskan Insurans daripada tanggungannya terhadap pihak ketiga. Prinsip yang ditegaskan dalam kes AMGeneral Insurance v Sa’Amran adalah jelas, iaitu pertikaian antara ‘insurer’ dan ‘insured’ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 45 adalah bersifat kontraktual manakala tuntutan oleh pihak ketiga adalah bersifat tort dan dilindungi oleh skim statutori dan oleh itu, ‘insurer’ tidak boleh menggunakan pelanggaran polisi sebagai perisai terhadap pihak ketiga tanpa mematuhi keperluan statutori secara ketat.
section
96. Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Responden bahawa membenarkan tuntutan balas seperti ini akan menjejaskan tujuan legislatif APJ 1987, iaitu untuk memastikan mangsa kemalangan jalan raya tidak dinafikan pampasan hanya kerana pertikaian dalaman antara ‘insurer’ dan ‘insured’.
section
97. Berdasarkan analisis di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa:
a
(a) Mahkamah Sesyen telah menggunakan prinsip undang-undang yang betul dalam menolak tuntutan balas Insurans;
b
(b) Insurans gagal memenuhi keperluan statutori di bawah s.96(3) APJ 1987;
c
(c) tiada asas untuk Mahkamah ini campur tangan terhadap dapatan tersebut.
section
98. Oleh itu penolakan tuntutan balas AM General Insurance Berhad oleh Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan sepenuhnya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 RUMUSAN KESELURUHAN
section
99. Setelah meneliti keseluruhan rekod rayuan, hujahan pihak-pihak, eksibit yang dikemukakan, serta autoriti dan peruntukan undang-undang yang dirujuk, Mahkamah ini merumuskan dapatannya seperti berikut:
section
100. Isu (i): Liabiliti, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen bahawa Defendan-Defendan adalah punca utama kemalangan. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat elemen sumbang cuai di pihak Plaintif-Plaintif yang tidak diberi pertimbangan mencukupi. Oleh itu, liabiliti dipinda kepada 80% terhadap Defendan-Defendan dan 20% terhadap Plaintif-Plaintif.
section
101. Isu (ii): Kuantum, Mahkamah ini mendapati bahawa award kuantum oleh Mahkamah Sesyen adalah berasaskan penilaian bukti yang betul dan tidak menunjukkan salah arah kehakiman. Oleh itu, award tersebut dikekalkan sepenuhnya, tertakluk kepada pelarasan berdasarkan sumbang cuai 20%.
section
102. Isu (iii): Tuntutan Balas Insurans, Mahkamah ini bersetuju bahawa tuntutan balas Insurans telah ditolak dengan betul oleh Mahkamah Sesyen kerana kegagalan memenuhi keperluan statutori di bawah APJ 1987. Oleh itu, penolakan tersebut dikekalkan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 47
section
103. PERINTAH MAHKAMAH Sehubungan dengan dapatan di atas, Mahkamah ini membuat perintah-perintah berikut: a) Rayuan dalam Kes JA-12B-48-08/2025 dan JA-12B-49- 08/2025 adalah dibenarkan sebahagian terhad kepada isu liabiliti sahaja. b) Dapatan liabiliti Mahkamah Sesyen dipinda seperti berikut: 80% liabiliti terhadap Defendan-Defendan; 20% sumbang cuai terhadap Plaintif-Plaintif. c) Award kuantum yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan sepenuhnya, tertakluk kepada pengurangan sebanyak 20% selaras dengan dapatan sumbang cuai. d) Penolakan tuntutan balas AM General Insurance Berhad adalah dikekalkan. e) Semua jumlah penghakiman hendaklah diselaraskan selaras dengan peratus liabiliti baharu ini.
section
104. Bagi isu kos, Mahkamah ini mengambil kira bahawa kedua-dua rayuan berjaya sebahagian sahaja dan Perayu gagal dalam isu kuantum dan tuntutan balas insurans namun Perayu berjaya dalam isu liabiliti dan kedua-dua pihak memperoleh sebahagian kejayaan dan sebahagian kegagalan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48
section
105. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan yang paling adil dan konsisten dengan prinsip kos ialah tiada perintah mengenai kos bagi kedua-dua rayuan ini (‘no order as to costs’), dan setiap pihak menanggung kos masing-masing.
section
106. Pendekatan ini juga mengelakkan ketidakadilan praktikal memandangkan struktur pihak dalam kedua-dua rayuan adalah bersilang (‘cross positions’), di mana pihak yang sama menjadi Perayu dalam satu rayuan dan Responden dalam rayuan yang lain.
section
107. Mahkamah ini menegaskan bahawa keputusan ini mencerminkan keseimbangan antara: i. penghormatan kepada dapatan fakta Mahkamah Bicara; ii. keperluan untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam ‘apportionment’ liabiliti; dan iii. prinsip bahawa Mahkamah Rayuan tidak seharusnya menggantikan penilaian kuantum tanpa asas yang kukuh. Dengan ini, kedua-dua rayuan dilupuskan menurut terma-terma di atas. BERTARIKH: 3 JUN 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 49 Peguam Bagi Pihak Perayu-Kala Lakshmi a/p Annamalai Perayu Tetuan Othman Hashim & Co Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Responden Manjeet Kaur Nijar Pertama dan Ketiga Bersama Zaida binti Yusri Tetuan Nijar & Nijar Muar Peguam Bagi Pihak Responden Mohamad Apandi bin Mohd Yatim Kedua Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri Kuala Lumpur **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.