Claims arising from accidents occurring on 1.1.1992 and thereafter involving transfer of interest can be referred to the Bureau 40 immediately upon ratification of the amendments to the Domestic Agreement by members. [48] Di dalam hal ini, daripada kriteria yang dinyatakan di atas adalah jelas bahawa MIB telah bersetuju bahawa sekiranya terdapat sebarang pemindahan kepentingan (‘transfer of interest’) apabila kenderaan yang diinsuranskan oleh Plaintif telah dijual, Plaintif boleh merujuk perkara ini kepada MIB dan/atau MIB akan mengambil alih kes ini daripada pihak insurans. [49] Di dalam kes ini, telah jelas dibuktikan oleh Plaintiff melalui Surat-Surat Akuan Berkanun oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua bahawa motokar NAV 3501 itu telahpun dijual oleh Defendan Kedua kepada Defendan Pertama sebelum kemalangan berlaku dan Plaintif langsung tidak mengetahui transaksi ini sehingga kes tuntutan kemalangan difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu dan satu penyiasatan dijalankan oleh Plaintif. [50] Di dalam hal ini, makanya, apabila kenderaan yang diinsuranskan oleh Plaintif bagi kepentingan Defendan Kedua itu telah dijual oleh 41 Defendan Kedua kepada Defendan Pertama, Plaintif bukanlah lagi ‘insurer concerned’, atas sebab polisi insurans adalah peribadi (personal) kepada pemegang polisi iaitu Defendan Kedua dan Defendan Pertama tidak boleh mendapat sebarang keuntungan atau kepentingan dalam polisi insurans yang dikeluarkan kepada Defendan Kedua oleh Plaintif. [51] Justeru, di dalam kes ini, Plaintif sebagai penginsurans Defendan Kedua hanya bertanggungjawab untuk menginsurans Defendan Kedua sahaja, dan pemandu yang dibenarkan sahaja yang menunggang “on the Policyholder’s order or with their permission” dan digunakan “only for social, domestic and pleasure purposes and by the Policyholder in person in connection with his business” [52] Di dalam kes ini, motorkar NAV 3501 yang diinsuranskan oleh Plaintif telah dipandu oleh seorang yang tidak mendapat kebenaran (non-authorised driver) dan oleh itu, Plaintif sebagai penginsurans Defendan Kedua tidak mempunyai apa-apa tanggungan kerana Defendan Kedua tidak bertanggungan dalam kejadian kemalangan 42 dengan Defendan Ketiga memandangkan motokar tersebut telah dijual oleh Defendan Pertama sebelum kemalangan tersebut berlaku. [53] Kes Nanyang Insurance Co. Ltd yang dirujuk oleh peguam Defendan Ketiga adalah tidak terpakai di dalam kes ini kerana di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pemilik motorkar masih mempunyai ‘insurable interest’ kerana telah menyewakan kenderaan beliau dan pembeli pula mempunyai persetujuan untuk menggunakannya daripada pemilik sehingga segala bayaran ansuran telah selesai. Di dalam kes ini ia tidak melibatkan isu penyewaan kenderaan. Alasan / isu lain yang telah dibangkitkan oleh Defendan Ketiga di dalam Hujahan Bertulisnya tetapi tidak diplidkan di dalam Afidavit Jawapannya [54] Mahkamah ini perlu menekankan bahawa peguam Defendan di dalam hujahan bertulisnya telah juga membangkitkan satu alasan lain yang tidak dipilidkan beliau di dalam afidavit jawapannya di 43 Kandungan 5. Oleh itu, isu atau alasan tersebut tidak dibalas oleh Plaintif ataupun peguam beliau. [55] Alasan/isu yang dibangkitkan oleh peguam Defendan Ketiga hanya di dalam hujahan bertulis adalah Plaintif telah dikatakan lewat di dalam memohon perintah deklarasi bahawa polisi insurans JVD 0696084 tersebut adalah tidak sah dan “voidable”. Menurut peguam Defendan, permohonan sepatutnya dibuat oleh Plaintif sebelum kemalangan berlaku atau sebelum liabiliti timbul dan bukannya selepas kemalangan berlaku. Adalah dihujahkan selanjutnya oleh peguam Defendan Ketiga bahawa tanggungan / liabiliti di dalam seksyen 96(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 (APJ 1987) ini merujuk kepada kemalangan yang berlaku dan bukannya pada tarikh mahkamah memutuskan liabiliti atau tanggungan. [56] Di dalam perkara isu yang tidak dibangkitkan di dalam pliding/keras kausa, pertamanya, undang-undang adalah jelas dan mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat kepada plidingnya atau terikat dengan kertas kausanya. Oleh itu, tidak ada keperluan untuk Mahkamah ini untuk menentukan dan menimbangkan isu ini. 44 [57] Namun bagi tujuan kesempurnaan, Mahkamah ini akan menyentuh secara ringkas mengenainya. Di dalam hal liabiliti atau tanggungan ini, Mahkamah ini tidak boleh lari dari merujuk kembali kepada peruntukan seksyen 96(1) APJ berkenaan “judgment in respect of any such liability” sebelum pihak Plaintif boleh didapati bertanggungan. Takrifan perkataan liabiliti “liability” atau tanggungan ini telahpun dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Malaysia National Insurance Sdn Bhd v. Lim Tiok [1997] 2 CLJ 351 seperti berikut:- “It is therefore not unfair to say that “liability” in law, unless the context otherwise requires, means a duty owed to another enforceable by sanctions. However, when used in the context of liability insurance ordinarily means liability to pay a definite sum imposed by a final judgment against an insured or by an award or a settlement by way of an agreement”. (penekanan oleh Mahkamah) 45 [58] Justeru, telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa liabiliti yang ditanggung oleh penanggung insurans adalah tanggungan membayar jumlah yang dikenakan oleh penghakiman terhadap orang yang dinsuranskan atau awad ataupun perjanjian penyelesaian. Di dalam kes ini, Plaintif telah menafikan liabilitinya dengan pemfailan permohonan ini untuk mendapat penetapan Mahkamah atas ketidakbertanggungannnya atas apa-apa tuntutan oleh Defendan Ketiga atas kemalangan yang berlaku antara motokar yang dipandunya dan motokar NAV 3501 dipandu oleh Defendan Pertama kerana Defendan Pertama bukanlah orang yang telah dinsurans di dalam polisi insurans tersebut dan pemanduan motokar NAV 3501 oleh Defendan Pertama bukan dengan kebenaran Defendan Kedua. Defendan Kedua sebagai pemegang Polisi insurans tidaklah bertanggungan secara vikarius terhadap Defendan Pertama yang memandu motokar tersebut apabila kemalangan berlaku. Di dalam kes ini, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa tidak ada liabiliti wujud ke atas Defendan Kedua untuk ditanggung oleh Plaintif. 46 [59] Mahkamah ini suka merujuk kes Ahmad Sandara Lela Putera & Anor v. Queensland Insurance Co. Ltd [1975] 1 MLJ 269. Mahkamah di dalam kes Ahmad Sandara Lela Putra telah memutuskan bahawa pihak insurans tidak bertanggungan terhadap liabiliti yang mungkin diperolehi terhadap non-authorised driver seperti Defendan Pertama. Di dalam kes Ahmad Sandara Lela Putra ini, Ajaib Singh H telah merujuk kepada peruntukan seksyen 80(1) Road Traffic Ordinance 1958 yang sama dengan peruntukan seksyen 96(1) APJ . Antara lain telah diputuskan oleh Ajaib Singh H di muka surat 270 seperti berikut: “The Plaintiff claim against the defendant company must fail. A policy of insurance in respect of a motor vehicle is a contractual agreement between the parties concerned and subject to the statutory provisions in Part IV of the Road Traffic Ordinance 1958, relating to compulsory insurance against third party risks, the parties are absolutely free to decide on the terms and conditions that they wish to incorporate in the policy provided that those terms and conditions are not otherwise illegal or contrary to law. Section 79 of the Road Traffic Ordinance contains a list of restrictions which can have no application on the scope of policies relating to third party 47 risks but a stipulation restricting the driving of a vehicle to the insured himself is not one of the matters listed therein. In the present case the insured and the defendant company were in no way infringing any provision in the Road Traffic Ordinance by agreeing between themselves that the defendant company should not be liable in respect of any accident while the motor cycle was being driven by any person other than the insured himself. At the time of the accident the motor cycle was being driven not by the insured but by some other person and, therefore, as the motor cycle was being used outside the limits of the policy the defendant company was well within its right in repudiating liability. The defendant company was not under any risk in respect of the motor cycle within the terms and conditions of the policy at the time of the accident so that the judgment which the plaintiffs obtained against the insured was not a judgment in respect of a liability covered by the terms of the policy within the meaning of section 80(1) of the Road Traffic Ordinance,