Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-16-17-03/2025 ANTARA AMINI RAMLI & CO …PERAYU DAN FARAH DIYANAH BINTI MUSTAFFA ... RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
BA-16-17-03/2025
High Court of Malaysia1 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-16-17-03/2025 ANTARA AMINI RAMLI & CO …PERAYU DAN FARAH DIYANAH BINTI MUSTAFFA ... RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja (KPTR) bertarikh 26.2.2025 yang mengarahkan Perayu membayar Responden RM2,753.55 bagi gaji tanpa notis.
2
Setelah meneliti kesemua suratcara rayuan ini dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan ini. Berikut adalah alasan keputusan tersebut. Prosiding di hadapan KPTR
3
Responden bekerja dengan Perayu di bawah suatu kontrak pekerjaan bertarikh 1.12.2023 dan telah disahkan dalam jawatan pada 1.5.2024.
4
Responden mengemukakan surat perletakan jawatan pada 15.8.2024 dengan memberikan notis 2 bulan. Perayu menolaknya melalui surat bertarikh 20.8.2024.
5
Atas nasihat pejabat KPTR, Responden menghantar emel bertarikh 5.9.2024 meminta pengesahan statusnya sebagai pekerja dan Perayu diberikan masa sehingga 6.9.2024 untuk membalas.
6
Perayu tidak membalas dan Responden menganggap dirinya dihentikan tanpa notis. Responden tidak masuk kerja dan Perayu menganggap dia telah berhenti kerja.
7
Responden memfailkan aduan di pejabat KPTR untuk menuntut –
i
RM2,200.00 gaji tertunggak bulan Ogos;
II
(ii) RM366.67 gaji tertunggak bulan September;
III
(iii) RM1,833.33 gaji ganti notis bulan September;
IV
(iv) RM1,064.51 gaji ganti notis bulan Oktober;
v
RM63.46 kerja lebih masa
VI
(vi) RM65.60 tuntutan tol & minyak; dan
VII
(vii) RM70.00 tuntutan perubatan.
8
Perayu menafikan tuntutan Responden kerana dia terikat dengan kontrak pekerjaan bertempoh selama 24 bulan dari tarikh pengesahan jawatan. Kontrak tersebut tiada sebarang peruntukkan untuk pekerja meletak jawatan dalam tempoh tersebut.
9
KPTR membenarkan tuntutan Responden setakat –
i
RM440.00 gaji tertunggak bulan September;
II
(ii) RM1,760.00 gaji ganti notis bulan September;
III
(iii) RM993.55 gaji ganti notis bulan Oktober; dan
IV
(iv) RM63.46 kerja lebih masa.
10
Perayu telahpun membayar gaji tertunggak bulan Ogos dan tuntutan Responden yang lain ditolak. Analisa dan dapatan Mahkamah
11
Isu pokok dalam rayuan ini adalah sama ada Responden berhak mendapatkan gaji ganti notis. Responden akan berhak mendapat gaji tersebut jika dia diberhentikan oleh Perayu tanpa diberikan notis.
12
Berdasarkan fakta kes, Responden cuba letak jawatan tetapi ianya ditolak. Responden terus bekerja dengan Perayu.
13
Lanjutan insiden pada 5.9.2024 di mana Responden dihalau dari pejabat dan dimaklumkan dia tidak perlu hadir lagi, Responden memohon statusnya sebagai pekerja tetapi Perayu tidak menjawap.
14
Ini membawa kepada Responden menganggap dirinya dihentikan tanpa notis dan oleh yang demikian, melayakkannya mendapatkan gaji ganti notis.
15
Jelas dari alasan penghakiman beliau, yang KPTR mengambil pendekatan yang sama.
16
Hujahan Perayu berkenaan kontrak bertempoh dan sama ada Responden boleh letak jawatan atau tidak di bawah kontrak sedemikian tidak relevan.
17
Perayu tiada sebarang alasan kenapa isu berkenaan status Responden tidak disahkan sehinggalah 25.9.2024. Kelekaan di pihak Perayu menambah lagi kekeliruan di pihak Responden berkenaan statusnya.
18
Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah mendapati tiada apa-apa kekhilafan di pihak KPTR yang memutuskan Responden layak menerima gaji ganti notis.
20
Mahkamah berpendapat aduan Perayu tidak bermerit dan KPTR tidak terkhilaf dalam memutuskan tuntutan Responden.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.