Content
Page 1 of 32 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH: PA-45A-34-06/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
PA-45A-34-06/2019
High Court of Malaysia8 Sept 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“may be something in the accused's behaviour that shows knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence.” [33] Berdasarkan fak”
“officers in this case to frame up the appellant with the impugned drugs, as they were just performing their duty. (See the cases of Mohd Ali Jaafar v. PP [1998] 4 CLJ Supp 208 and Goh Han Heng v. PP [2003] SGHC 226 [2003] 4 SLR 374).” [77] Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada sebab untuk SP4 mereka-reka ceri”
“luruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dengan dibandingkan dengan keterangan oleh saksi-saksi pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah (Rujuk; Kesavan Krishnan lwn. PR [2015] 6 CLJ 163; [2014] MLRAU 542). [66] Di dalam kes ini, versi pihak pendakwaan adalah jelas bahawa tangkapan terhadap OKT adalah berik”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 32 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH: PA-45A-34-06/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan adalah seperti berikut:- “Bahawa kamu pada 19.2.2019 jam lebih kurang 7.00 petang di alamat No. 9 Lintang Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Dalam Daerah Seberang Perai Utara, di dalam Negeri Pulau Pinang telah di dapati mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 1029.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
2
OKT mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan tersebut dan meminta dibicarakan. Seramai 7 orang saksi pendakwaan telah memberi keterangan. Mereka ialah:- SP1- Sjn Mohd Zaidi Omar - Penjaga Stor SP2- Abdul Jalil Abdul Rahman - Ahli Kimia SP3- L/Kpl Amirul Aini bin Mohd Basri - Jurufoto SP4- Insp Tanapalan a/l Krishna - Pengadu SP5- Insp Rozila binti Remali - Pegawai Penyiasat SP6- Norlina binti Jaafar – Isteri tertuduh / Pemilik Rumah SP7- Kpl Mohd Yazid bin Muhammad Jamil - Pegawai Forensik FAKTA KES PENDAKWAAN [3] Pada 19.02.2019 jam lebih kurang 7 petang, semasa SP4 menjalankan tugas OPS Tapis, Pengadu bersama anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (BSJND IPD SPU) telah pergi ke alamat No.9, Lintang Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Rumah kejadian adalah rumah taman. [4] Sampai di alamat tersebut, SP4 bersama anggota serbuan mendapati pintu hadapan dalam keadaan terbuka. SP4 bersama anggota serbuan terus masuk ke dalam rumah dan pergi ke bahagian dapur dan mendapati seorang lelaki Melayu (OKT) sedang berdiri di hadapan sebelah kanan kabinet dapur.
5
SP4 terus perkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa. Pada masa itu, SP4 nampak di atas kabinet di hadapan OKT terdapat beberapa paket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki Ganja. Seterusnya dengan disaksikan OKT, SP4 menjalankan pemeriksaan lanjut di atas kabinet dapur tersebut dan menjumpai:- a.
5
Peket plastik lutsinar setiap satu berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis Ganja; b.
1
bekas tin berpenutup bertulis “OAT” krunch di dalamnya mengandungi (3) peket plastik lutsinar setiap satu berisi tumbuhan kering disyaki Ganja. c.
1
bekas tin berpenutup bertulis M&M"s di dalamnya mengandungi (13) peket plastik lutsinar setiap satu berisi tumbuhan kering disyaki Ganja. d.
1
bekas tin berpenutup bertulis TOY STORY di dalamnya mengandungi (13) peket plastik lutsinar setiap satu berisi tumbuhan kering disyaki Ganja; dan e.
1
bekas tin tidak berpenutup bertulis MICKEY & MINNIE di dalamnya mengandungi (6) peket plastik lutsinar bertulis UNGGUL setiap satu berisi tumbuhan kering disyaki Ganja. [6] Seterusnya, SP4 telah merampas kesemua barang kes. SP4 turut merampas sebilah pisau, satu paket plastik berisi peket-peket plastik kosong, satu alat sealer dan satu alat timbang digital dari kabinet yang sama. [7] Setelah selesai membuat pemeriksaan tersebut, SP4 telah membawa balik OKT dan rampasan ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah IPD Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut. Page 4 of 32 [8] Kesemua barang kes yang dirampas dan disyaki dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Pulau Pinang untuk dianalisis dan hasil analisis telah disahkan oleh Ahli Kimia Encik Abdul Jalil Bin Abdul Rahman bahawa ianya mengandungi Cannabis seberat 1029.9 gram. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [9] Di akhir kes pendakwaan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Mahkamah untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. "When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused." [10] Kes prima facie berjaya dibuktikan apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap elemen pertuduhan, sekiranya gagal dipatahkan oleh pembelaan, akan membolehkan sabitan terhadap tertuduh. Mahkamah merujuk seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan: "For the purpose of this section, a prima facie is made out against the accused where the prosecution had adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.". Page 5 of 32 [11] Mengenai prinsip tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan ini telah dijelaskan dalam kes tersohor iaitu PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut: "[15] For the guidance of the court below, we summarise as follows the steps that should be taken by trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: if I call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;" Dapatan Mahkamah di akhir kes Pendakwaan [12] Mahkamah telah meneliti dan menilai keterangan semua saksi pendakwaan secara penilaian yang maksimum dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie apabila pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen pertuduhan seperti berikut:- Page 6 of 32 Elemen Pertama: Dadah tersebut adalah dadah berbahaya [13] En. Abdul Jalil Bin Abdul Rahman (SP2), seorang ahli kimia dan telah memberi keterangan sebagai seorang pakar. Beliau telah menjalankan analisis kimia terhadap kesemua dadah yang diterimanya. Beliau telah mengesahkan bahawa dadah yang dinyatakan di dalam pertuduhan adalah dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 1029.9 gram (rujukan ekshibit P26A-P26E, P29A-P29C, P32A-P32M, P35A-P35M) dan P38A-P38F)). [14] SP2 telah menyediakan Laporan Kimia (P9) bagi mengesahkan hasil uji kaji / analisis kimia yang telah dijalankan dan Cannabis adalah sejenis dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [15] SP2 telah camkan kesemua barang kes dadah dan mengesahkan bahawa ianya merupakan barang kes yang sama seperti yang telah diserahkan kepada beliau. [16] SP2 telah mengemukakan Penyata Saksi yang mana jelas menunjukkan kelayakan dan pengalaman beliau di dalam menganalisis bahan yang dipercayai dadah berbahaya. Mahkamah mendapati pihak pembelaan tidak mempertikaikan kelayakan dan pengalaman SP2. Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "...the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step." Page 7 of 32 [17] Oleh itu berasaskan kepada kelulusan, pengalaman dan kepakaran SP2, tiada sebab untuk Mahkamah ini meragui kredibiliti SP2 sebagai seorang Ahli Kimia yang berwibawa. Maka Mahkamah ini menerima keterangan SP2 sebagai seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisis ke atas dadah-dadah tersebut. [18] Mahkamah ini juga menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP2 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut dan adalah dapatan Mahkamah ini, bahawa di akhir kes pendakwaan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan ke atas OKT iaitu dadah tersebut adalah dadah berbahaya yang termasuk dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu jenis Cannabis seberat 1029.9 gram. Elemen Kedua: OKT mempunyai pemilikan (jagaan dan kawalan) dan pengetahuan terhadap dadah tersebut [19] Elemen kedua ini juga adalah penting dan mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan, sebagaimana keputusan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. v. PP [2011] 4 CLJ 113, seperti berikut: "[6] It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the prosecution must prove the ingredient of "possession" and the trial judge must make an affirmative finding of "possession" before the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act can be invoked." Page 8 of 32 [20] Untuk membuktikan elemen ini, terdapat dua unsur utama yang perlu dibuktikan, yang pertama mengenai elemen milikan fizikal yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut dan yang kedua mengenai elemen mental iaitu pengetahuan tertuduh (mens rea possession). [21] Mahkamah ini merujuk kepada kes tersohor yang seringkali dirujuk iaitu kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237, di mana Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: "A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.". [22] Berpandukan kepada nas yang tersebut, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai "milikan", perlulah dibuktikan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut tanpa penglibatan orang lain dan dia mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. [23] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini mendapati OKT mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan fakta bahawa serbuan telah dibuat di rumah tempat tinggal OKT dan keluarganya. Rumah tersebut atas nama isterinya (SP6), maka sebagai suami, OKT mempunyai akses terhadap rumah tersebut. Page 9 of 32 [24] SP6 telah camkan barang rampasan selain dadah iaitu seluar dan baju (eksibit P44 dan P55) yang dirampas oleh SP4 dari bilik pertama rumah tersebut dan beliau sahkan bahawa baju dan seluar adalah milik OKT sendiri. [25] SP4 dalam keterangannya mengesahkan bahawa semasa serbuan dilakukan OKT dalam keadaan berdiri berseorangan di hadapan kabinet dapur, iaitu di tempat barang kes dadah dijumpai dan hanya OKT seorang berada di dalam rumah tersebut. Ini menunjukkan semasa serbuan, OKT mempunyai akses kepada barang kes tersebut. [26] Keterangan SP4 dan SP6 adalah konsisten bahawa semasa serbuan, OKT berada berseorangan di rumah tersebut dan OKT sedang berdiri di hadapan cabinet dapur dan keadaan barang kes (exhibit P26 (a – e) berada dalam paket plastic lutsinar yang dapat dilihat. [27] Kedua-dua saksi tersebut berada di tempat kejadian semasa OKT ditangkap dan mereka menyaksikan apa yang berlaku pada masa tersebut. Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa keterangan yang mencadangkan atau menunjukkan bahawa kedua-dua saksi ini mengada-adakan cerita atau cuba menganiaya OKT. [28] Selanjutnya bagi membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang berada dalam milikannya, Mahkamah ini berpandukan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 yang menyatakan seperti berikut: “It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly Page 10 of 32 admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case.” [29] Berpandukan kes di atas, dapatlah dirumuskan bahawa berdasarkan keterangan mengikut keadaan secara keseluruhannya, satu inferens boleh dibuat bahawa OKT mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya tersebut. Tambahan pula pada masa serbuan tersebut OKT berseorangan di dapur rumah tersebut dan dadah dijumpai berhadapan OKT dalam keadaan yang terdedah [P26 (a – e)] di mana OKT boleh nampak kandungan dalam paket plastik lutsinar tersebut. [30] Cara pembungkusan lima paket plastik lutsinar yang jelas kelihatan dan terdedah, adalah sama dengan cara pembungkusan paket-paket plastik yang berada dalam eksibit P31, P34 dan P37. Ini menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah daripada jenis yang sama. Selain itu turut dijumpai beberapa peralatan lain iaitu 1 alat sealer dan 1 penimbang digital serta terdapat paket-paket plastic kosong yang boleh digunakan untuk mengisi dadah-dadah tersebut. [31] Mahkamah ini juga membuat inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya tersebut berdasarkan kelakuan (conduct) OKT yang terkejut apabila pihak polis membuat serbuan keatasnya. Mahkamah setuju bahawa reaksi terkejut adalah satu reaksi normal apabila diserbu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, tetapi semasa diserbu, pihak polis telah menjerit “Polis”, maka reaksi terkejut OKT adalah satu respons bahawa OKT Page 11 of 32 mempunyai pengetahuan tentang barang salah yang dimilikinya dan barang salah itu adalah dadah berbahaya. [32] Mahkamah ini merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 1 MLJ 237, yang menyatakan: “Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shows knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence.” [33] Berdasarkan fakta yang tersebut di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen kedua iaitu OKT memiliki dadah-dadah berbahaya tersebut dan Mahkamah ini menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu sesiapa yang ada dalam jagaannya atau dalam kawalannya adalah dianggap mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut. Elemen Ketiga: OKT mengedar dadah berbahaya tersebut. [34] Mahkamah ini telah menilai dan menghalusi keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan khususnya oleh SP4 dan mendapati ianya adalah menjurus kepada elemen pengedaran dadah seperti yang didefinisikan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Page 12 of 32 [35] Definisi pengedaran di bawah Seksyen 2 Akta adalah merangkumi perbuatan "concealing” atau “keeping” dadah tersebut. Berdasarkan definisi tersebut, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa perbuatan OKT mengedar dadah tersebut adalah dengan cara “keeping” atau “concealing” dadah tersebut. [36] Mahkamah ini merujuk kes Teh Geok Hock v. PP [1989] 1 CLJ Rep 160; [1989] 2 CLJ 977; [1989] 3 MLJ 162 yang telah memberi penjelasan maksud "pengedaran" seperti berikut: "True, the definition in the Act sounds artificial and not according to the ordinary meaning of the word 'trafficking' which is normally understood to mean to trade in, buy or sell, any commodity, albeit often with sinister implication. See also the Shorter Oxford English Dictionary. The definition of 'trafficking' in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping." [37] Berdasarkan keterangan SP4, semasa dadah dijumpai, ada dadah yang dalam keadaan terdedah dan ada yang tersimpan dalam bekas snek, yang mana keadaan ianya disimpan seperti hendak menyembunyikannya dari dikesan oleh orang lain. [38] Penggunaan bekas tersebut menunjukan satu tindakan “over act” kerana, adalah sukar untuk mengesan dadah dalam bekas makanan, apatah lagi apabila ianya disimpan di bahagian dapur rumah. [39] Selanjutnya penemuan alat penimbang digital dan alat sealer serta paket-paket plastik yang kosong juga boleh diandaikan bahawa dadah-dadah tersebut adalah untuk diedarkan dengan jumlah berat tertentu dalam paket-paket plastik yang akan di-seal menggunakan alat sealer. Page 13 of 32 [40] Mahkamah ini juga berpendapat dadah-dadah tersebut bukanlah untuk kegunaan peribadi OKT, sebaliknya adalah untuk tujuan pengedaran. Dengan berat dadah sejumlah 1029.9 gram adalah jelas ianya bukanlah untuk kegunaan peribadi OKT, malahan pihak pembelaan tidak pernah mencadangkan bahawa dadah tersebut untuk kegunaan tertuduh sebagai “drug dependant”. Oleh itu Mahkamah boleh membuat inferens bahawa tertuduh memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. [41] Mahkamah ini merujuk dan berpandukan kepada kes Konradt Prosch v. PP [2020] 1 LNS 2065 yang menyatakan seperti berikut: “[22] Coming back to the present case, the appellant was carrying grammes of methamphetamine, which was a large quantity of drugs and clearly not for his own consumption. Hence, the inference is that, the appellant was carrying or transporting the drugs for the purpose of trafficking which need plausible explanation from the appellant which the appellant had failed to do. As such, the trial judge was correct in his finding that the element of trafficking under section 2 of the DDA had been proven by the prosecution.” [42] Selanjutnya Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Mohamed Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65 yang telah menerima pakai inferens bahawa semakin banyak dan semakin berat dadah berbahaya yang dimiliki, maka semakin kuat inferens yang boleh dibuat bahawa seseorang itu mengedar dadah berbahaya tersebut: “As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying Page 14 of 32 them, and the more convincing the evidence needed to rebut it.” [43] Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan berkenaan serbuan keatas rumah OKT dan penemuan dadah berbahaya itu serta jumlah dadah yang besar, Mahkamah ini berpendapat bahawa suatu inferens yang boleh dibuat iaitu OKT menyimpan (keeping) dadah jenis cannabis tersebut bagi tujuan pengedaran (trafficking). Faktor-Faktor Lain Yang Dipertimbangkan Rantaian Keterangan [44] Setelah rampasan ke atas bahan yang disyaki dadah berbahaya dibuat oleh SP4, barang kes tersebut telah diserahkan oleh SP4 kepada SP5 iaitu Pegawai Penyiasat. [45] Selepas itu, SP5 telah menyimpan barang kes tersebut di dalam almari berkunci yang mana hanya beliau seorang sahaja yang mempunyai akses. [46] Setelah proses dusting dan rakaman gambar barang kes selesai dilaksanakan, SP5 telah menyerahkan barang kes tersebut kepada SP2 untuk analisis kimia. [47] SP2 selanjutnya mengesahkan bahawa setiap barang kes dadah dalam keadaan baik sewaktu diterima daripada SP5. Setelah barang kes dadah tersebut dianalisis, SP2 mendapati barang kes yang dirampas merupakan dadah berbahaya jenis Cannabis sebagaimana yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Page 15 of 32 [48] Selepas itu, SP2 telah seal-kan semula dengan meterai Jabatan Kimia Malaysia. Selanjutnya, SP2 semasa ditunjukkan dengan barang kes di Mahkamah turut mengesahkan bahawa seal tersebut masih dalam keadaan baik. [49] Identiti barang kes dadah juga telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan. [50] Walaupun pihak pembelaan cuba mencabar identiti barang kes semasa pemeriksaan balas ke atas SP4 dan SP5 dengan mencadangkan bahawa barang kes yang dicamkan di mahkamah bukan barang kes yang dirampas, SP4 dan SP5 secara konsisten tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. [51] Dalam kes Loh Kah Loon v. PP [2011] 5 CLJ 345, Mahkamah telah memutuskan yang berikut: “The real question is whether the exhibits recovered by the police is the same exhibits sent to and examined by the chemist and subsequently produced in court as evidence. We have no doubt that it was the same exhibits” [52] Berpandukan prinsip yang digariskan dalam kes ini berhubung dengan rantaian keterangan dan setelah menghalusi keterangan saksi-saksi, Mahkamah ini mendapati barang kes yang dirampas oleh SP4 adalah barang kes yang sama yang telah dianalisis oleh SP2 dan hasil analisis menunjukkan bahawa barang kes tersebut merupakan dadah berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan ke atas OKT. [53] Kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati rantaian keterangan berhubung dengan pengendalian barang kes dadah tidak terputus dan dapat dijaga dengan baik oleh saksi-saksi pendakwaan. Page 16 of 32 Kredibiliti saksi-saksi pendakwaan [54] Pihak pendakwaan telah memanggil 7 orang saksi pendakwaan untuk memberi keterangan dalam kes ini. Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP1 hingga SP7 adalah credible, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain. Sekiranya terdapat percanggahan antara keterangan saksi-saksi pendakwaan, ia tidak menyentuh perkara asas atau perkara pokok serta tidak menjejaskan atau ‘fatal’ kepada kes pendakwaan. [55] Mahkamah ini juga tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mempercayai jika dikatakan pasukan serbuan tersebut mengada-adakan cerita berkenaan rampasan dadah berbahaya tersebut. Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan [56] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti hujahan pihak-pihak, serta membuat penilaian maksimum terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan, maka Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bahawa dadah yang dijumpai sepertimana dalam pertuduhan ini merupakan dadah berbahaya yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. [57] Selanjutnya Mahkamah mendapati OKT mempunyai milikan ke atas dadah yang dijumpai berdasarkan keterangan terus pihak pendakwaan dan wujudnya anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB 1952 yang menunjukkan pengetahuan OKT ke atas dadah yang dijumpai dan tindakan OKT pada masa tersebut terjumlah kepada Page 17 of 32 aktiviti pengedaran sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta yang sama. [58] Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu OKT dengan ini dipanggil untuk membela diri di bawah pertuduhan ini. [59] Mahkamah ini telah menerangkan 3 pilihan kepada OKT , iaitu memberi keterangan secara bersumpah (sworn statement) dari dalam kandang saksi (witness box), memberi keterangan tidak bersumpah (unsworn statement) daripada kandang tertuduh atau berdiam diri. OKT kemudiannya telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Ringkasan Kes dan Hujahan Pembelaan [60] Pihak pembelaan telah mengemukakan dua orang saksi iaitu Amir Bin Ayub – OKT (SD1) dan Amran Bin Ibrahim - Saksi Awam (SD2). Berdasarkan keterangan mereka, pembelaan yang diketengahkan adalah seperti berikut: - a. SD1 merupakan seorang kontraktor binaan dan dia mempunyai dua orang pekerja bernama Hamizan Bin Osman dan Zahir Bin Khalid. SD1 menyimpan barang-barang pembinaan di dalam bilik stor rumah tersebut, iaitu bilik ke 3 yang bertanda F di dalam Ekshibit P13. b. Kedua-dua pekerja tersebut mempunyai akses untuk keluar dan masuk rumah tersebut. Pada setiap masa pintu pagar rumah dan pintu tepi di bahagian dapur tidak pernah dikunci untuk membolehkan kedua-dua pekerja Page 18 of 32 tersebut mengambil dan menyimpan barang-barang pembinaan. Untuk masuk ke bilik yang bertanda F, kedua-dua pekerja akan melalui bahagian dapur di mana dadah di temui. c.
Preamble
Menurut SD1, pada 19 Februari 2019 jam lebih kurang 9 pagi, kedua-dua pekerjanya ada datang ke bilik F tersebut. Mereka bekerja dari pagi hingga tengah hari. Pada hari yang sama, jam lebih kurang 7.00 malam, SD1 balik ke rumah. Pada masa itu isterinya (SP6) telah keluar untuk mengambil anak di sekolah. d. Pada petang tersebut SD1 berseorangan di rumah dan menyiram pokok. Setelah itu SD1 pergi ke tandas dan berada di dalam tandas selama lebih kurang 15 minit. Semasa di dalam tandas, SD1 mendengar suara di luar rumah dan suara isteri sedang bercakap. SD1 keluar dari rumah dan nampak isterinya bersama beberapa orang lelaki sedang bercakap di luar rumah, kemudiannya mereka masuk ke dalam rumah. e. SD1 berasa hairan apabila beberapa orang lelaki tersebut masuk ke dalam rumah. Lelaki tersebut juga bertanya “adakah ini pekerja awak?”. SD1 menjawab “Ya”. SD1 mengesahkan Zamizan adalah pekerjanya dan pada masa itu tangan Zamizan bergari. f. Polis bersama Zamizan telah masuk ke dalam bilik bertanda F dan menggeledah bilik tersebut. Kemudiannya SD1 ditahan oleh seorang anggota polis di ruang tamu. Dalam masa yang sama, seorang lagi pekerjanya iaitu Mat Zahir sampai ke rumah tersebut Page 19 of 32 untuk menyimpan water jet. Kemudiannya Mat Zahir turut ditangkap oleh pihak polis. g. Polis telah menjumpai barang kes dadah di dalam bilik F dan barang-barang tersebut adalah barang kes dadah dalam kes ini. SD1 menyatakan dia tidak pernah melihat barang-barang tersebut. h.
Preamble
Menurut SD1, bahagian dapur selalu digunakan olehnya dan ahli keluarga serta pekerja-pekerjanya. SD1 juga menyatakan bahawa Hamizan mengaku kepada polis bahawa barang-barang tersebut adalah kepunyaannya. i. SD2 merupakan seorang “siak masjid”. Keterangannya di Mahkamah ini bahawa beliau mengenali SD1. SD2 mengesahkan bahawa SD1 bekerja sebagai penggali kubur di Masjid Al-Khalidiah dan juga membuat kerja-kerja mengecat tembok di masjid. Pada bulan Februari 2019, SD1 bekerja pada setiap hari. [61] Berdasarkan keterangan oleh SD1 dan SD2, maka pihak pembelaan telah mengemukakan hujahan bertulis yang diringkaskan seperti berikut:- a. OKT telah memberi keterangan bersumpah dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan di dalam kes pendakwaan telah dibuktikan (crystalized) berdasarkan keterangan bersumpah OKT. Keterangan bersumpah oleh OKT tidak dapat disangkal dalam pemeriksaan balas atau melalui apa-apa keterangan lain. b. Keterangan bersumpah SP6 (Pemilik Rumah dan isteri OKT) telah membuktikan pembelaan OKT. Page 20 of 32 c. Laporan akhbar IDD45 telah mengesahkan bukan hanya OKT di tahan dalam operasi yang di jalankan. Laporan akhbar ini menyokong, membuktikan pembelaan dan versi OKT. d. Gambar-gambar sidang media (IDD46 [a] – [e]) mengenai operasi yang di jalankan menunjukkan bukan hanya barang kes ini dikemukakan, tetapi terdapat juga barang kes tangkapan lain, ini membuktikan bukan hanya OKT seorang di tahan tetapi ada orang lain di tahan juga dengan barang kes lain. e. SP5 mengesahkan bahawa beliau ialah pegawai polis di dalam gambar tersebut (IDD45 dan IDD46 [a] – [e]). IDD45 dan IDD46 boleh dijadikan ekshibit pembelaan berdasarkan prinsip dalam kes Muhamad Zafir Kamil v. PP & Another Appeal [2019] 6 CLJ 761 di mukasurat 36 bahawa memandangkan Pegawai Penyiasat kes sendiri telah mengesahkan kesahihannya dan gambarnya sendiri dalam keratan tersebut, ia boleh di terima sebagai ekshibit oleh Mahkamah. f. Keterangan saintifik dalam kes Pendakwaan tidak membuktikan OKT yang mengendalikan barang-barang kes ini kerana tiada kesan cap jari OKT pada barang kes (termasuk sealer, penimbang, bekas – bekas plastik dan tin yang di jumpai), juga tiada kesan dadah pada tangan dan pakaian OKT. Ini membuktikan bukan OKT yang mengendalikan barang kes. g. OKT tidak cuba melarikan diri semasa ditahan menunjukkan tiada apa yang hendak di sembunyikan Page 21 of 32 dan menunjukkan OKT tiada pengetahuan mengenai kewujudan dadah. h. Sekiranya OKT tahu kewujudan dadah di rumah tersebut yang membawa kepada hukuman berat, sudah pasti OKT akan cuba melarikan diri melalui pintu dapur rumah [bertanda J pada Ekshibit P13] yang tidak berkunci menyedari ada polis datang dan berada di luar rumah bersama isterinya SP6. i. Keterangan SD2 mengesahkan pembelaan OKT bahawa OKT bekerja di masjid dan mempunyai pekerja-pekerja yang juga di tahan. Terdapat dua set keterangan bersumpah, iaitu satu keterangan menyokong kes pendakwaan dan satu keterangan menyokong kes pembelaan. Tugas pembelaan sepanjang perbicaraan adalah untuk menimbulkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. j. Tidak boleh wujud dua versi keterangan di dalam satu kes kerana beban yang di tanggung pendakwaan adalah untuk membuktikan versinya sahaja yang betul dan benar tanpa apa-apa keraguan munasabah. Sekiranya ada versi kedua yang wujud dari keterangan kes, pendakwaan perlu negate versi tersebut. k. Peguam berhujah bahawa keterangan SP6 telah menimbulkan kesangsian terhadap kes pendakwaan dan menyokong keterangan OKT yang konsisten semasa kes di peringkat pendakwaan lagi. Page 22 of 32 Analisis dan dapatan Mahkamah [62] Di akhir perbicaraan adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk mempertimbangkan semula semua keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. [63] Mahkamah juga hendaklah mempertimbangkan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan itu telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Walaupun keterangan yang dikemukakan itu lemah, Mahkamah masih bertanggungjawab untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya ke atas keterangan tersebut dan menentukan sama ada pembelaan sedemikian mampu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [64] Mahkamah ini berpandukan keputusan Mahkamah persekutuan dalam kes Ganapathy Rengasamy v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1, yang telah memutuskan seperti berikut:- “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which if consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth.” Page 23 of 32 [65] Mahkamah ini mendapati secara umumnya, pembelaan OKT adalah berdasarkan kepada versi OKT yang keseluruhannya berbeza dengan versi Pendakwaan. Pada peringkat ini Mahkamah perlu menimbangkan dan membuat penilaian maksimum serta merumuskan sama ada dari keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dengan dibandingkan dengan keterangan oleh saksi-saksi pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah (Rujuk; Kesavan Krishnan lwn. PR [2015] 6 CLJ 163; [2014] MLRAU 542). [66] Di dalam kes ini, versi pihak pendakwaan adalah jelas bahawa tangkapan terhadap OKT adalah berikutan satu operasi tapis dan semasa serbuan di rumah tersebut, OKT telah ditahan semasa sedang berdiri di hadapan barang kes dadah yang terletak di atas kabinet di dapur rumah tersebut. Kredibiliti SP4 (pegawai serbuan) dan kewujudan dua individu yang lain [67] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah menilai keterangan SP4 secara maksimum dan mendapati bahawa keterangan SP4 adalah kukuh berkenaan dengan serbuan, tangkapan dan rampasan barang kes dadah. SP4 tidak bersetuju dengan beberapa cadangan pihak pembelaan semasa disoal balas. [68] Kini, Mahkamah menilai semula keterangan SP4 dan membandingkannya dengan keterangan OKT. SP4 dalam keterangannya menyatakan beliau dan pasukannya semasa menjalankan ops tapis telah membuat serbuan ke rumah tempat kejadian dan OKT ditemui sedang berdiri di hadapan kabinet dapur Page 24 of 32 di ruangan dapur rumah tersebut. Di atas kabinet tersebut terdapat barang kes dadah yang merupakan subjek dalam pertuduhan ini. [69] Manakala versi OKT bahawa barang kes dijumpai di dalam bilik ketiga rumah tersebut semasa pihak polis menggeledah bilik ketiga dan pada masa tersebut pihak polis membawa bersamanya seorang bernama Zamizan. Zamizan dikatakan bebas untuk keluar dan masuk ke rumah tersebut. [70] Adalah penting untuk Mahkamah ini membuat perbandingan kedua-dua versi ini untuk menentukan sama ada wujud keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. [71] OKT di dalam keterangannya menafikan terus penglibatannya dengan kewujudan barang kes dadah tersebut. OKT menyatakan barang kes dadah tersebut diletakkan dan dimiliki oleh Zamizan dan Mat Zahir. [72] Sekiranya Mahkamah menerima dan berpegang kepada versi OKT, maka bekas-bekas logam dan barang kes dadah tersebut mungkin diletakkan oleh Mat Zahir dan / atau Zamizan. [73] Namun penelitian Mahkamah terhadap keterangan OKT, tidak mendapati apa-apa keterangan OKT yang menunjukkan mana-mana dari dua orang tersebut telah dilihat oleh OKT membawa barang kes dadah tersebut dan meletakkan di atas kabinet di dapur tersebut. [74] Selain itu, pihak pembelaan juga tidak pernah mengemukakan soalan kepada mana-mana saksi Pendakwaan bagi meletakkan versi bahawa barang kes tersebut telah dibawa oleh polis atau dengan kata yang lain, pihak polis telah menganiaya OKT dengan penemuan barang kes dadah tersebut. Oleh itu timbul persoalan ke atas kesahihan versi pembelaan yang kononnya barang kes dadah tersebut dijumpai di dalam bilik ketiga dan bukannya di dapur. Page 25 of 32 [75] SP4 dalam keterangannya menafikan cadangan-cadangan pembelaan yang diajukan kepadanya. SP4 adalah anggota polis yang menjalankan tugasnya dan beliau tidak mengenali OKT dan OKT juga tidak mengenali SP4 dan anggota serbuan yang lain sebelum kejadian. [76] Mahkamah mendapati tiada apa-apa motif untuk SP4 mengada-adakan cerita ke atas OKT. Mahkamah ini merujuk dan berpandukan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Dickson Levy Maria George v. PP [2018] 1 LNS 135, yang menyatakan: "[47] Also, there was no rhyme nor reason for the police officers in this case to frame up the appellant with the impugned drugs, as they were just performing their duty. (See the cases of Mohd Ali Jaafar v. PP [1998] 4 CLJ Supp 208 and Goh Han Heng v. PP [2003] SGHC 226 [2003] 4 SLR 374).” [77] Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada sebab untuk SP4 mereka-reka cerita apatah lagi untuk menganiaya OKT. Mahkamah merumuskan bahawa SP4 adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan kewujudan Zamizan dan Mat Zahir adalah diragui. SD2, kewujudan Mat Zahir dan Zamizan [78] Setelah meneliti keterangan OKT (SD1), Mahkamah berpendapat ianya merupakan satu fikiran kemudian (afterthought). Ini dapat dilihat apabila pihak pembelaan mengemukakan SD2 sebagai saksi. [79] Pembelaan memanggil SD2 sebagai saksi adalah untuk mengukuhkan keterangan SD1 bahawa SD1 mempunyai dua orang Page 26 of 32 pekerja. Tetapi peranan SD2 tidak pernah dikemukakan kepada mana-mana saksi Pendakwaan sepanjang kes pendakwaan. [80] SD2 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau kenal SD1 yang membuat kerja-kerja mengecat tembok masjid dan sebagai penggali kubur, tetapi SD2 tidak mengenali pekerja OKT. [81] SD2 menyatakan pekerja OKT ialah warganegara asing dan bukan orang tempatan. Berdasarkan keterangan SD2, Mahkamah berpendapat bahawa sebenarnya SD2 tidak tahu mengenai pekerja OKT. [82] Keterangan SD2 telah menimbulkan keraguan mengenai Mat Zahir dan Zamizan yang dikatakan oleh OKT sebagai pekerjanya, dan keterangan SD2 telah menyangkal pembelaan OKT bahawa dadah tersebut kepunyaan Zamizan dan Mat Zahir. Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua watak tersebut adalah watak rekaan oleh OKT. [83] Mahkamah mendapati teras pembelaan tertuduh adalah menjurus kepada bagaimana barang kes dadah tersebut ditemui. Pembelaan berhujah bahawa dadah tersebut dijumpai di dalam bilik bertanda F, maka “bagaimana dadah ditemui”, “di mana dadah ditemui” telah menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. [84] Mahkamah telah menilai perkara ini sejak kes pendakwaan dan mendapati versi pendakwaan adalah jelas, iaitu dadah dijumpai di atas kabinet dapur di dapur rumah yang didiami oleh OKT. Pada masa itu tertuduh sedang berdiri di hadapan kabinet tersebut. [85] Versi pembelaan bahawa terdapat tangkapan yang lain sebelum tertuduh ditangkap dan tangkapan yang pertama tersebut telah membawa pihak polis ke rumah OKT dan membawa kepada penangkapan OKT. Page 27 of 32 [86] Pembelaan mencadangkan bahawa Zamizan merupakan tangkapan pertama dan pihak Pembelaan telah membentangkan naratifnya. Versi pembelaan yang tersebut telah dinafikan oleh SP4 [87] Selanjutnya, SP4 semasa disoal balas mengenai watak-watak Zamizan dan Mat Zahir, beliau menjawab “tidak tahu”. Ini menunjukkan watak-watak tersebut tidak berkaitan dalam penemuan dadah oleh SP4 pada hari tersebut. [88] Mahkamah berpendapat jika SP4 terlibat dalam serbuan pertama seperti yang dicadangkan oleh pembelaan kepada SP4, sudah pasti SP4 mengakuinya. Memandangkan SP4 menafikan penglibatan beliau dalam serbuan pertama yang dicadangkan oleh pembelaan, ini bermakna beliau tidak terlibat dalam serbuan yang dimaksudkan oleh pihak pembelaan. [89] Mahkamah sedar bahawa SP6 dalam keterangannya ada menyebut mengenai dua watak tersebut tetapi SP6 tidak mengesahkan bahawa barang kes dadah itu kepunyaan dua watak tersebut dan keterangan SP6 juga tidak menafikan mengenai penemuan barang kes dadah oleh SP4. [90] Keterangan SP6 yang menyebut mengenai dua watak tersebut tidaklah melemahkan kes pendakwaan kerana SP6 tidak berada di dalam rumah semasa serbuan dilakukan dan beliau tidak melihat apa yang sedang dilakukan oleh OKT sebelum dan semasa serbuan tersebut. [91] Berdasarkan penelitian dan penilaian Mahkamah terhadap keterangan SD1 dan SD2, Mahkamah berpendapat ianya tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Keterangan SD2 jelas menunjukkan beliau tidak mengenali Zamizan dan Mat Zahir, dan beliau menyatakan pekerja OKT adalah warganegara asing. Page 28 of 32 [92] Mahkamah berpendapat keterangan SD2 telah menjejaskan kredibiliti keterangan OKT sendiri dan menimbulkan persoalan mengenai kewujudan Zamizan dan Mat Zahir. [93] Mahkamah juga mendapati keterangan SP4 dan SP5 bukanlah sesuatu yang inherently improbable. Mahkamah merujuk kepada keputusan oleh Thompson CJ di dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] 1 MLJ 257 yang menyatakan: "When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted." [94] Mahkamah juga menilai keterangan SD1 berkenaan penama-penama tersebut dan mendapati dari keterangan yang diberikan, SD1 langsung tidak memberi sebarang perincian tempat tinggal atau butiran diri berkaitan penama-penama tersebut selain mereka adalah pekerjanya. Ini menimbulkan persoalan mengenai kewujudan penama-penama tersebut dan kewujudan mereka amat meragukan. Page 29 of 32 [95] Dalam isu ini, Mahkamah ini bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Muhammad Kamil Abdullah & Satu Lagi lawan PP [2019] 1 LNS 74 yang diputuskan: "[20] Walaupun pihak ketiga "Rajah" telah ditimbulkan seawal kes pendakwaan, kegagalan pihak polis untuk menyiasat mengenai "Rajah" adalah tidak memudaratkan kes pendakwaan. Semasa pemeriksaan balas Pegawai Tangkapan (SP4) di m.s. 57 Rekod Rayuan Jld. 2, jelas menyatakan bahawa Perayu 1 tidak memberitahu SP4 bahawa dadah dan barang-barang lain yang berkaitan adalah kepunyaan "Rajah". Seterusnya dari penelitian kami, Perayu 1 juga tidak memberitahu Pegawai Penyiasat (SP5) mengenai butir-butir peribadi, alamat, nombor telefon dan sebagainya mengenai "Rajah" (rujuk m.s. 81 Rekod Rayuan Jld. 2). Kegagalan berbuat demikian bererti syarat-syarat "Alcontara Notice" tidak dipatuhi. Kami juga mendapati bahawa Percakapan Beramaran Perayu 1 tidak dikemukakan untuk menentukan sama ada butir-butir peribadi "Rajah" telah diberikan oleh Perayu 1 atau tidak. [21] Keperluan "Percakapan Beramaran" bukanlah meletakkan beban berlebihan ke atas pembelaan. Ianya adalah wajar apabila Pegawai Tangkapan (SP4) menafikan bahawa Perayu 1 ada memberitahu SP4 bahawa dadah dan barang-barang berkaitan adalah kepunyaan "Rajah". Malah keterangan Pegawai Penyiasat (SP5) walaupun mengakui Perayu 1 ada memberitahu bahawa secara lisan mengenai "Rajah" tetapi Perayu 1 tidak memberitahu butir-butir peribadi "Rajah". Otoriti tersohor PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212; [1982] 2 MLJ 234 menyatakan: Page 30 of 32 "a mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient...".” [96] Sehubungan dengan itu Mahkamah merumuskan bahawa naratif atau versi pembelaan bukan saja tidak munasabah untuk dipercayai bahkan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Kesimpulan [97] Setelah membuat penilaian maksimum dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan, serta meneliti kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa atas imbangan kebarangkalian, pihak pembelaan telah gagal mematahkan anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. [98] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pembelaan, versi pembelaan adalah diragui dan tidak munasabah. Pembelaan yang dikemukakan adalah bersifat penafian semata-mata berkaitan pemilikan dadah, pengetahuan dan penglibatan dalam aktiviti pengedaran dadah. [99] Mahkamah turut berpuashati bahawa pembelaan juga secara keseluruhannya telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut prinsip yang diputuskan dalam kes Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263. Page 31 of 32 [100] Akhirnya, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT bagi pertuduhan yang dihadapkan ke atas OKT. Mahkamah dengan ini mendapati OKT bersalah dan disabitkan kesalahannya atas pertuduhan yang dihadapinya. Hukuman [101] Di dalam rayuan untuk peringanan hukuman, pihak pembelaan memohon Mahkamah ini mempertimbangkan hukuman dalam bentuk pemenjaraan seumur hidup. Pihak pembelaan juga telah merujuk kes Pendakwa Raya vs Umaphati Ganesan [2023] 9 CLJ 625 yang diputuskan oleh YA Hakim di Mahkamah Tinggi Melaka. Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan hukuman pemenjaraan seumur hidup dan sebatan berikutan dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 khususnya seksyen 54 berhubung dengan pindaan kepada seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [102] Setelah mempertimbangkan rayuan OKT dan faktor pemberatan yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan, maka Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas OKT bermula dari tarikh tangkap. Selaras dengan seksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah, hukuman sebatan tidak dikenakan memandangkan OKT telah berumur lebih 50 tahun. Page 32 of 32 [103] Semua ekshibit diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk simpanan selamat sehingga selesai rayuan. Bertarikh: 5 November 2023 ……………………….….. (FATHIYAH BINTI IDRIS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang PIHAK-PIHAK: Bagi pihak pendakwaan: Kirubini a/p G. Subramaniam Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Bagi pihak pembelaan: Hussaini bin Abdul Rashid Peguam Bela dan Peguam Cara Tetuan Hussaini & Co. Pulau Pinang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.