Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62JSK – 13 – 05 / 2023
CA-62JSK-13-05/2023
Sessions Court of Malaysia22 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62JSK – 13 – 05 / 2023
1
Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh melakukan kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 9 tahun dengan cara memeluk dan mencium pipi kanak-kanak tersebut. Pertuduhan pindaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa berbunyi seperti berikut: ‘Bahawa kamu pada 13/05/2022 jam lebih kurang 10.00 pagi bertempat di dalam kolam mandi kanak-kanak Hotel Zenith, di dalam daerah Kuantan, di negeri Pahang Darul Makmur didapati telah melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak penama: XXXX, no KP 131021-XX-XXXX yang berumur 9 tahun dengan cara memeluk dan mencium pipi penama. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.’
2
Keterangan menunjukkan mangsa dalam kes ini (SP2) telah pergi ke kolam renang kanak-kanak tempat kejadian bersama ibu beliau (SP1). Apabila mangsa menyatakan beliau tidak seronok bermain di kolam renang berseorangan dan meminta SP1 untuk S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 mengambil adik beliau yang berada dalam bilik hotel, SP1 telah meninggalkan mangsa di kolam renang tersebut untuk pergi mengambil adik mangsa. Semasa mangsa berada bersendirian dalam kolam renang tersebut, OKT yang pada asalnya berada dalam kolam renang dewasa telah masuk ke dalam kolam renang kanak-kanak di mana mangsa berada dan telah memeluk mangsa daripada belakang. OKT kemudian bertanya mangsa apa nama beliau. Setelah mangsa menjawab, OKT telah mencium pipi kanan mangsa 2 kali. OKT kemudian cuba mengangkat baju yang dipakai oleh mangsa ke atas tetapi mangsa telah menurunkan baju itu semula. Selepas itu OKT cuba memalingkan muka mangsa ke arah muka beliau dan bertindak seolah-olah mahu mencium bibir mangsa. Mangsa terus menjerit dan keluar dari kolam tersebut lalu berlari menuju ke arah lif. Tidak lama selepas itu, SP1 telah keluar dari lif bersama adik mangsa lalu mangsa terus menceritakan apa yang telah berlaku kepada beliau. SP1 telah pergi bersemuka dengan OKT dan bertanyakan mengapa OKT melakukan perkara sedemikian kepada mangsa tetapi OKT tidak mengaku. SP1 telah kemudian menghubungi pegawai keselamatan hotel untuk datang ke tempat kejadian. Pegawai keselamatan hotel telah seterusnya menghubungi pihak polis yang telah datang menangkap OKT.
3
Mangsa dalam kes ini telah memberi keterangan secara bersumpah. Ini selepas pemeriksaan awalan dilakukan ke atas mangsa dan mahkamah berpuashati mangsa layak untuk memberi keterangan dengan cara sedemikian. Saya telah meneliti keterangan yang diberikan oleh mangsa secara berhati-hati dan saya berpuashati S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 keterangan yang diberikan oleh beliau adalah kredibel dan boleh dipercayai sebagai benar. Keterangan yang mangsa berikan di mahkamah pada 18 Mei 2023 adalah konsisten dengan keterangan yang beliau berikan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) pada 13 Mei 2022 semasa kes ini sedang disiasat oleh pihak polis. Keterangan SP1 bahawa mangsa telah menunggu beliau di hadapan lif dengan keadaan menangis ketakutan selepas kejadian juga mencadangkan telah berlaku perkara yang buruk ke atas mangsa tidak lama sebelum itu.
4
Keterangan dalam kes pihak pendakwaan mencadangkan mangsa dan OKT tidak mengenali antara satu sama lain. Dalam keadaan ini, saya tidak percaya OKT telah memeluk dan mencium pipi mangsa bagi tujuan menunjukkan kasih sayang beliau terhadap mangsa. Sebaliknya tindakan OKT yang masuk ke dalam kawasan kolam renang kanak-kanak di mana mangsa berada untuk memeluk dan mencium pipi mangsa ketika tidak terdapat orang lain di kawasan tersebut adalah jelas bagi maksud seksual, selaras dengan apa yang dinyatakan dalam Huraian 2 kepada seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Setelah saya membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pihak pendakwa, saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya mengwujudkan kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan pindaan dalam kes ini dan atas sebab itu saya telah memanggil OKT untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut. S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 [5] OKT telah mengemukakan pembelaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 84 Kanun Keseksaan iaitu beliau berada dalam keadaan tidak sempurna akal pada masa kejadian tersebut berlaku. Keterangan menunjukkan OKT telah didiagnos sebagai menghidap schizophrenia sejak bulan Januari tahun 2021. Ini disahkan oleh salah seorang pegawai perubatan dari Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor yang merawat OKT sebagai pesakit luar secara berkala (SD3). Menurut SD3, schizophrenia adalah penyakit mental yang dicirikan dengan gejala psikosis seperti halusinasi, contohnya mendengar suara dan nampak sesuatu yang orang lain tidak nampak dan delusi iaitu kepercayaan karut. Apabila simptom schizophrenia itu aktif, fikiran pesakit boleh menjadi bercelaru disebabkan gangguan halusinasi sehingga menyebabkan pesakit berkelakuan agresif atau di luar kawalan. Di samping itu, memori pesakit juga boleh terjejas di mana beliau tidak ingat sesuatu perkara yang berlaku atau apa yang pesakit tersebut ingat mungkin berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku. SD3 menyatakan bahawa OKT telah diberi ubat anti psikotik bagi mengurangkan halusinasi dan delusi yang dialami oleh beliau. Namun demikian, OKT perlu mengambil ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan kerana jika tidak, genjala schizophrenia yang dialami oleh beliau akan menjadi bertambah teruk.
6
Diagnosis schizophrenia juga telah diberikan oleh seorang pakar perunding psikiatri forensik yang telah membuat penilaian ke atas OKT di Hospital Permai, Johor Bahru mulai 16 Jun 2022 hingga bulan September 2022 atas perintah yang dibuat oleh mahkamah di S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 bawah peruntukan seksyen 342(iii) Kanun Tatacara Jenayah dalam kes bernombor CA-62JSK-27-05/2022 (OKT telah pada mulanya dituduh bagi kesalahan yang sama dalam kes bernombor CA-62JSK- 27-05/2022. OKT telah dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan dalam kes tersebut sebelum dituduh semula dalam kes ini). Diagnosis tersebut dinyatakan dalam laporan psikiatri (ekshibit P18) yang dikeluarkan oleh pakar perunding berkenaan. Laporan tersebut turut menyatakan OKT berada dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya untuk mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang dilakukannya adalah salah atau bersalahan di sisi undang-undang ketika kejadian yang didakwa.
7
Dalam keterangan beliau, OKT menyatakan beliau tinggal bersama ibu dan bapa beliau di Klang, Selangor. OKT tidak ingat sebab apa beliau berada di Kuantan pada hari kejadian dan beliau tidak ingat apa-apa tentang kejadian yang beliau dipertuduhkan. Bapa kepada OKT (SD2) mengesahkan OKT telah didiagnoskan sebagai menghidap menyakit mental. Namun demikian, OKT tidak makan ubat bagaimana yang sepatutnya dan sebaliknya bergantung kepada ibu OKT untuk memberi ubat tersebut kepada OKT. Ibu OKT sendiri hanya memberi ubat tersebut kepada OKT apabila beliau teringat.
8
Seksyen 84 Kanun Keseksaan menyatakan: ‘Nothing is an offence which is done by a person who, at the time of doing it, by reason of unsoundness of mind, is incapable of knowing the nature of the act, or that he is doing what is either wrong or contrary to law.’ S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Bagi membolehkan OKT berjaya dengan pembelaan tersebut, OKT perlu membuktikan beliau berada dalam keadaan tidak sempurna akal pada masa kejadian. Jika OKT berjaya membuktikan perkara tersebut, OKT perlu seterusnya membuktikan keadaan beliau itu telah menyebabkan beliau tidak berupaya untuk mengetahui sifat perkara yang beliau lakukan, atau tidak berupaya untuk mengetahui apa yang beliau lakukan itu adalah salah atau bertentangan dengan undang-undang. Beban pembuktian yang perlu diatasi oleh OKT adalah di atas imbangan kebarangkalian. Ini adalah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes John a/k Nyumbei v PP [2007] 7 MLJ 206.
9
Walaupun laporan psikiatri ekshibit P18 menyatakan OKT berada dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya untuk mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang dilakukannya adalah salah atau bersalahan di sisi undang-undang ketika kejadian, peguambela OKT telah menghujahkan di akhir kes pembelaan bahawa dapatan tersebut diperolehi setelah penilaian ke atas OKT dibuat dalam keadaan terkawal, di mana OKT telah diberi rawatan dan ubat-ubatan yang sepatutnya selama tempoh 3 bulan OKT berada di Hospital Permai. Keadaan OKT pada masa kejadian adalah berbeza di mana terdapat keterangan yang beliau tidak memakan ubat anti psikotik bagi merawat penyakit mental yang dihidapi oleh beliau sebagaimana sepatutnya dan ini boleh menjejaskan pemikiran beliau.
Preamble
Menurut peguambela, keadaan mental tertuduh pada masa kejadian hendaklah ditentukan melalui tingkah laku tertuduh pada masa tersebut. S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw [10] Dalam kes PP v Pham Ti Tuyet Mai (Vietnam) [2019] 5 MLH 404, Mahkamah Rayuan ada menyatakan: “When a plea of insanity is set up, the crucial point of time for ascertaining the state of mind of the accused is at the time when the offence was committed. Whether the accused was in such a state of mind as to be entitled to the benefit of s 84 of the PC can only be established from the circumstances which preceded, attended and followed the crime. We agreed with submission of learned DPP that the evidence of the mental condition of the accused during a reasonable period before and after the commission of the offence is relevant. Thus, in order to ascertain a person’s mental condition at the time of the act, it is permissible to receive evidence of his mental condition during a reasonable period before and after the act. A person’s mind can only be fathomed by external acts, thereby his or her thoughts, motives and emotions may be evaluated to determine whether his or her external acts conform to those people of sound mind. Apa yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan ini adalah konsisten dengan apa yang dihujahkan oleh peguambela OKT. [11] Keterangan menunjukkan semasa SP1 bersemuka dengan OKT selepas SP1 diberitahu oleh mangsa tentang kejadian, OKT hanya menafikan ada melakukan perkara berkenaan. OKT tiada cuba untuk melarikan diri dari tempat tersebut sebelum pegawai keselamatan hotel tiba di situ walaupun tiada apa-apa yang menghalang beliau untuk berbuat demikian. OKT juga berpeluang untuk melarikan diri dari tempat kejadian selepas mangsa menjerit dan keluar dari kolam renang tersebut tetapi OKT tidak berbuat demikian, dan sebaliknya telah pergi ke gimnasium yang terletak berhampiran S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw kolam tersebut sebelum SP1 bersemuka dengan beliau. Malah ketika pegawai keselamatan hotel (SP6) memberitahu OKT beliau akan memanggil pihak polis sekiranya OKT tidak memberi kerjasama untuk mengesahkan jika beliau adalah tetamu hotel yang berhak berada di kawasan kolam renang tersebut, OKT telah menjawab beliau tidak kisah sekiranya pihak polis dipanggil. Kesemua keterangan ini menunjukkan OKT bukan berkelakuan seperti orang yang normal sebaik selepas kejadian. Kelakuan OKT itu telah sebaliknya menimbulkan kepercayaan di atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau berada dalam keadaan tidak sempurna akal pada masa tersebut dan tidak berupaya untuk mengetahui bahawa beliau telah melakukan sesuatu yang salah atau bertentangan dengan undang-undang. [12] Setelah saya meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini, saya berpuashati OKT telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan tetapi pada masa yang sama pembelaan yang diperuntukkan oleh seksyen 84 Kanun Keseksaan telah berjaya dibuktikan oleh OKT. Lanjutan daripada itu, OKT harus dibebaskan daripada pertuduhan di bawah peruntukan seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah. Dalam keadaan ini, apa yang diperuntukkan oleh seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah adalah terpakai terhadap OKT. Seksyen 348 tersebut menyatakan perkara berikut: ‘(1) Whenever the finding states that the accused person committed the act alleged, the Court before which the trial has been held shall, if that act would, but for incapacity found, have constituted an offence, order that person to be kept in safe custody in such place and manner as the S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw Court thinks fit and shall report the case for the orders of the Ruler of the State in which the trial is held: Provided that if the Court concerned is a Magistrate's Court, the Magistrate may in his discretion, if he considers that the offence charged is not of a serious nature and that that person can safely be released without danger of his doing injury to himself or any other person, caution and discharge him.
2
The Ruler may order that person to be confined in a psychiatric hospital during the pleasure of the Ruler of the State.’ [13] Kanun Tatacara Jenayah tiada menjelaskan di tempat mana OKT perlu dijaga dengan selamat sementara kes ini dilaporkan kepada pemerintah negeri, iaitu dalam kes ini KDPB Sultan Pahang. Dalam kes PP v Jong Chin Chin [1995] 4 MLJ 300, PP v Chong Chai [2006] 3 MLJ 612 dan PP v Febian Selawi [2015] 9 MLJ 289, kesemua tertuduh yang berkaitan telah diperintahkan untuk dijaga dengan selamat di bawah peruntukan seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah di penjara. Berpandukan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dalam ketiga-tiga kes tersebut, saya telah memerintahkan OKT ditahan dengan selamat di Penjara Penor, Pahang di bawah peruntukan undang-undang yang sama sementara kes ini dilaporkan kepada KDPB Sultan Pahang. [14] Pada masa alasan penghakiman ini ditulis, KDPB Sultan Pahang telah berkenan supaya OKT ditahan di Hospital Permai selaras dengan peruntukan seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah. Ini disahkan melalui surat bertarikh 8 Oktober 2024 yang dikeluarkan oleh Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw Bertarikh 1 Disember 2024 ………………………………. [AZMAN BIN MUSTAPHA] Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Pahang Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Binti Kasim (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) Peguambela Aiman As’ad Bin Mohd Ghani (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan) S/N cnDg7Z38tke727eWRKI5qw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.