A confession is an admission made at any time by a person accused of an offence, stating or suggesting the inference that he committed that offence. Dalam premis ini, saya juga telah membuat rujukan kepada kes Iskandar Danial Md Yunos & Satu lagi v. PP [2019] CLJU 89 di mana Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) menzahirkan pandanganya seperti berikut: “Dicatatkan takrifan ini merupakan kodifikasi makna pengakuan salah sepertimana yang telah diputuskan dalam kebanyakan kes. Tidak dapat dipertikaikan, sebenarnya telah mantap (trite), bahawa pengakuan (admission-genus) dan pengakuan salah (confession-specie) merupakan keterangan substantif dan boleh diterima sebagai keterangan. Rujuk kes Public Prosecutor v. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215; [1999] 2 MLJ 1, 188 (HC); Anandagoda v. The King [1962] CLJU 7; [1962] 1 LNS 7; [1962] MLJ 289 dan juga kes Ho Sek Kong v. PP [2011] 6 CLJ 522. Tambahan lagi, berdasarkan s. 25 Akta Keterangan 1950, pengakuan salah di luar mahkamah (extra-judicial confession) yang dibuat kepada mana-mana orang selain daripada pihak polis atau pihak yang dinyatakan dalam Akta Keterangan 1950, merupakan fakta relevan dan boleh diterima kecuali jika pengakuan salah itu tidak dibuat secara sukarela. Di sini, hakikatnya pengakuan itu tidak dibuat kepada pihak polis, semasa dalam tahanan polis, sama ada dalam bentuk pernyataan amaran atau sebaliknya, atau kepada mana-mana pihak berwibawa (person in authority). Pengakuan salah itu dibuat kepada SP3, rakan taulan, dan SP12, bapa kepada SP3 setelah perayu pertama mengajukan beberapa persoalan meminta pencerahan. Kami juga mendapati penerima pengakuan itu iaitu SP3 dan SP12 merupakan saksi yang boleh dipercayai dan pengakuan salah tersebut, dalam keadaan kes ini terutamanya sokongan tambahan antaranya daripada keterangan SP2 dan SP8, adalah betul. Berlandaskan nas kes Ho Sek Kong v. PP, supra, PP v. KK [2007] 6 CLJ 367 dan Lemanit v. PP, supra, dan Public Prosecutor v. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (No 3), supra, jelas membenarkan kemasukan keterangan tersebut. Kami juga memutuskan tidak ada keperluan bahawa pengakuan salah itu hendaklah dibuat secara verbatim (walaupun ada dalam keterangan SP12). Pada hemat kami, daripada perkataan "stating or suggesting the inference that he committed that offence." dalam s. 17(2) itu pengakuan itu boleh menyatakan atau mengesyorkan siratan daripada keterangan langsung atau tidak langsung yang perayu pertama telah melakukan kesalahan berkenaan. Oleh itu, kami mendapati hakim bicara diwajarkan dan betul dalam menerima keterangan yang dicabar itu. Sekali lagi, penghujahan peguam atas isu ini tidak bermerit.” (penekanan ditambah) Mahkamah ini dalam menerima keterangan SP2 berpuashati bahawa SP2 merupakan saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya adalah amat relevan dalam membentuk nexus perbuatan jenayah OKT terhadap si mati. Tambahan lagi, OKT adalah individu terakhir bersama dengan si mati dan dia yang telah membawa SP8 dan pasukannya ke rumah di mana kejadian berlaku dan telah menunjukkan bilik dimana jasad si mati berada dan dia memberitahu SP8, si mati adalah teman wanitanya. IV. Perbuatan OKT adalah sebegitu berbahaya sehingga mungkin menyebabkan kematian atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian dan dia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi menyebabkan kematian. [24] Elemen ini telah dibuktikan melalui keterangan SP10 bahawa punca kematian adalah akibat kelemasan di mana saluran pernafasan si mati disekat dari luar iaitu hidung dan mulutnya ditekup dengan suatu objek seperti bantal (ekshibit P8A (1). Dapatan SP10 ini disokong dengan pemeriksaan beliau pada jasad si mati dimana terdapat bintik-bintik pendarahan yang terjadi akibat salur-salur darah (vena) yang pecah akibat tekanan dalam salur-salur darah kecil meningkat secara tiba-tiba. SP10 menegaskan bintik-bintik pendarahan ini bukan berlaku kerana penyakit. [25] Elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan kerana kecederaan yang dialami oleh si mati yang membawa kepada kematiannya adalah berkait langsung akibat perbuatan OKT seperti yang diperjelaskan oleh SP10 dan juga laporan bedah siasat. [26] Pihak pembelaan pula ketika pemeriksaan balas SP11 (pegawai penyiasat) telah merujuk kepada rakaman percakapan yang diambil oleh SP11. Di dalam rakaman percakapan OKT, dinyatakan bahawa terdapat sekeping surat di mana si mati telah meminta OKT untuk tandatangan surat tersebut di mana OKT berjanji tidak akan meninggalkan si mati. SP11 mengakui kewujudan sepucuk surat tetapi beliau tidak dedahkan kandungan surat itu di Mahkamah. Apabila OKT enggan menandatangani surat tersebut, si mati telah bertindak agresif dan telah mengambil pisau di dapur dan cuba menyerang OKT. OKT tiada pilihan melainkan menekup muka si mati dengan bantal agar dia tidak menjadi lebih agresif. OKT di dalam percakapannya mengatakan dia tidak berniat untuk membunuh OKT cuma sekadar untuk menenangkan OKT dari bertindak lebih agresif. [27] SP11 mengakui fakta ini ada dalam rakaman percakapan OKT namun dia tidak menyiasat kesahihan fakta yang disebut oleh OKT berkenaan dengan tindakan agresif si mati dengan membawa pisau untuk menyerang OKT apabila OKT enggan menandatangani surat tersebut. SP11 tidak menyiasat kemungkinan fakta seperti yang diberitahu OKT di dalam rakaman percakapannya wujud walaupun tugas SP11 sebagai pegawai penyiasat hendaklah menyiasat segala fakta yang timbul ketika siasatannya secara adil dan tidak memihak kepada sesiapa. Mahkamah ini berpendapat bahawa semua perkara ini merupakan dalam pengetahuan SP11 dan perlu dikemukakan sebagai keterangan dalam Mahkamah ini supaya Mahkamah ini dapat dengan jelas mencapai kepada satu dapatan yang membentuk mens rea OKT ketikan melakukan kesalahan ini. Namun memandangkan ianya tidak dikemukakan, segala manfaat terhadap inferens yang berpihak kepada OKT mesti diberikan. [28] Pihak pembelaan di dalam pemeriksaan balas kepada SP11 meletakkan kepadanya bahawa OKT tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati. Dia menekup bantal ke muka si mati bagi menenangkannya yang bertindak agresif dengan menggunakan pisau apabila OKT enggan menandantangani surat itu. [29] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Tham Kai Yau v Public Prosecutor [1976] CLJU 159; [1976] 1LNS 159, di mana definisi niat untuk membunuh diperjelaskan dalam kes ini. “We therefore intend to deal at some length to emphasise and to discuss the distinctions between the provisions of s. 299, Penal Code and s. 300, Penal Code. Section 299, Penal Code enacts that a person commits culpable homicide, if the act by which the death is caused is done: (a) with the intention to cause death; (b) with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death; (c) with the knowledge that... the act is likely to cause death. Section 300 Penal Code defines murder as follows. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if the act by which the death is caused is done: (1) with the intention of causing death; (2) with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused; (3) with the intention of causing such bodily injury to any person, and... is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; (4) with the knowledge that the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death. The words which I have italized show the marked differences between the two offences. Where there is an intention to kill, as in (a) and (1). the offence is always murder. Where there is no intention to cause death or bodily injury, then (c) and (4) apply. Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder. Illustration (d) of s. 300, Penal Code is a case of this description. Where the offender knows that the particular person injured is likely, either from peculiarity of constitution, immature age, or other special circumstances, to be killed by an injury which would not ordinarily cause death, it is murder. Illustration (b) s. 300, Penal Code is a good example. The essence of (b) and (3) is this. It is culpable homicide if the bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death; it is murder, if such injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Illustration (c) given in s. 300, Penal Code is an example. It is on a comparison of these two limbs of s. 299 and s. 300 that the decision of doubtful cases as the present must generally depend. The distinction is fine, but noticeable. In the last analysis, it is a question of degree of probability. [30] Pihak pembelaan telah meletakkan kepada saksi pendakwaan khususnya SP11 bahawa OKT menekup muka si mati untuk menenangkannya kerana si mati bertindak agresif sambil memegang pisau dan OKT tiada pilihan selain menekup muka si mati. Ini yang dinyatakan di dalam rakaman percakapan OKT yang diberikan kepada SP11. Selain itu tindakan OKT yang tidak melarikan diri apabila dihampiri oleh SP8 dan pasukannya dan OKT sendiri membawa SP8 ke rumah dan bilik di mana jasad si mati berada dan dia menunjukkan kepada SP8 dan mengakui si mati adalah teman wanitanya. Tindakan OKT yang memberitahu SP2 bahawa dia telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dia lakukan dan di dalam panggilan video dengan SP2, OKT telah menunjukkan jasad si mati. Sekiranya OKT berniat untuk membunuh si mati maka dia tidak akan memberitahu SP2 dan juga mengakui kepada SP8 bahawa si mati adalah teman wanitanya. Mahkamah mendapati bahawa butiran fakta ini adalah penting untuk Mahkamah menilai kedudukan minda OKT ketika melakukan kesalahan ini. Rakaman video tersebut jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan bahawa tindakannya mungkin boleh menyebabkan kematian, namun tidak berniat berbuat demikian walaupun akhirnya natijah perbuatan tersebut adalah kematian si mati. Mahkamah telah membuat rujukan kepada kes Hashim bin Mat Isa v. Public Prosecutor [1950] CLJU 23 di mana Willan CJ telah menzahirkan pandangannya dengan menyatakan: “A bare killing, without proof of intention or knowledge as required by that section, can never be murder. It is not sufficient for the prosecution to prove merely the killing, without proving intention or knowledge as required by that section set out in that definition. Therefore, in summing-up in a murder case, a trial Judge must direct the Assessors regarding the ingredients of the offence of murder, and if he does not do so, the absence of such a direction must be fatal to a conviction.” [31] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi di dalam PP lwn Mohad Taib Ibrahim [2025] CLJU 952, keputusan oleh Abdul Wahab Mohamed H: “[65] Sekali lagi jelas kepada saya bahawa tidak terdapat bukti bahawa OKT mempunyai niat untuk membunuh si mati kerana OKT mencucuh bilah lidi yang berapi di luar pasu bunga atas lantai yang jaraknya lebih kurang 10 kaki dari tempat di mana si mati duduk. Tidak terdapat keterangan bahawa OKT tahu minyak petrol yang dibuang oleh OKT di tepi pasu bunga mengalir dan bertembung dengan minyak petrol yang dituang ke atas badan si mati yang jaraknya dalam 10 kaki. [66] Untuk menyokong bahawa perbuatan dan tindak tanduk OKT tidak berniat untuk membunuh si mati, OKT telah menjerit dan menyuruh OKT lari. OKT juga menolong si mati padamkan api dengan mengambil tuala warna merah jambu yang tersadai di luar rumah SP10 dan menutup badan si mati. Sekiranya OKT mempunyai "mens rea" untuk membunuh si mati, OKT tidak akan menjerit supaya si mati lari dan OKT tidak akan berusaha untuk memadamkan api di badan si mati. [67] Pada hemat saya, sungguhpun keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mungkin boleh menimbulkan satu syak wasangka bahawa OKT mempunyai "mens rea" yang sewajarnya untuk membunuh si mati, namun keraguan manfaat harus dan hendaklah diberi kepada OKT memandangkan keadaan kes ini. Syak wasangka bukan keterangan dan tidak boleh dijadikan sebarang asas untuk mensabitkan OKT terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Manfaat keraguan, pada pendapat saya, perlu diberikan kepada OKT. [68] Dalam hubungan ini, saya ingin merujuk kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 di mana Yang Arif Augustine Paul HMR (ketika itu) dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan mengingatkan kita tentang tahap pembuktian pada penutup kes pendakwaan. Inilah apa yang dikatakan oleh Hakim yang arif itu di muka surat 378 seperti berikut: The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. Berdasarkan nas-nas undang-undang yang dirujuk dan fakta yang membentuk kes ini, setelah meneliti keterangan saksi SP2 dan SP11 terutamanya, dan setelah mengingatkan diri saya kepada prinsip yang diterapkan dalam kes Tham Kai Yau v Public Prosecutor [supra] “Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder” [penekanan ditambah] Pada hemat saya, tindakan OKT dalam kes ini merupakan culpable homicide not amounting to murder sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 299 Kanun Keseksaan kerana OKT mempunyai pengetahuan kemungkinan kesan tindakannya namun bukan niat untuk membunuh. E. KESIMPULAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [32] Setelah Mahkamah menimbangkan keterangan saksi pakar iaitu SP10 dan berpandukan otoriti diatas, saya berpendapat di akhir kes pendakwaan terdapat keterangan kukuh untuk menunjukkan bahawa perbuatan OKT itu telah menunjukkan niat untuk mendatangkan satu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian atas si mati; namun kebarangkalian untuk menyebabkan kematian pada tahap kesalahan bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak mencukupi tetapi ianya mencukupi untuk kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan bunuh. [33] Mahkamah mendapati pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan telah berjaya mengwujudkan suatu ke prima facie terhadap OKT bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah S. 304 (b) Kanun Keseksaan. [34] Mahkamah Rayuan di dalam PP lwn Nik Mohd Nik Embong [2204] 4CLJ 426 memutuskan: “[3a]Yang arif hakim betul apabila mendapati bahawa walaupun gagal membuktikan suatu kes pengedaran, pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie atas kesalahan responden mempunyai kawalan atau jagaan dadah heroin tersebut. Yang arif hakim telah bertindak dengan betul apabila menggunakan kuasanya di bawah s. 158(1) Kanun Prosedur Jenayah untuk meminda pertuduhan. [35] Oleh itu, dengan menggunakan kuasa yang diberi di bawah S.158(1) Kanun Prosedur Jenayah meminda pertuduhan atas OKT dari pertuduhan asal di bawah S.302 Kanun Keseksaan kepada S. 304 (b) Kanun Keseksaan. Mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan untuk mengemukakan pertuduhan seperti di bawah kesalahan Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan. F. KES PEMBELAAN [36] Pertuduhan atas OKT telah dipinda dari Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(b) Akta yang sama selaras dengan dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan. “Bahawa kamu pada 24 Ogos 2022 pada jam lebih kurang 7.18 petang di rumah beralamat Lot 4475, Lorong Haji Mahat, Kampung Sri Pandan, di dalam daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah menyebabkan kematian terhadap Nurul Shahira binti Abdullah (No. KP: 980306-14-6368) dengan mengetahui bahawa perbuatan kamu mungkin menyebabkan kematiannya, dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan”. Apabila pertuduhan pilihan ini (ekshibit P57) dibacakan kepada OKT, dia telah menukar pengakuannya kepada mengaku salah atas pertuduhan pilihan ini. Mahkamah telah menjelaskan kepada OKT sebab dan akibat akan pengakuan salahnya dan OKT faham akan sebab dan akibat pengakuan salahnya dan masih mengekalkan dengan pengakuannya. OKT telah mengakui semua keterangan yang dikemukakan melalui saksi-saksi pendakwaan dan barang-barang kes yang dikemukakan. [37] OKT didalam mitigasinya memohon dikenakan hukuman yang ringan. OKT kini berumur 22 tahun dan boleh dikatakan masih muda. OKT sangat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penjara dan berkelakuan baik ketika di dalam penjara. OKT menyesali akan apa yang telah berlaku dan berharap diberi peluang untuk memperbaiki diri di masa hadapan. [38] Pihak pendakwaan pula memohon satu hukuman yang berat dikenakan atas OKT kerana satu nyawa telah terkorban dan sebagai satu pengajaran yang keras kepada masyarakat pada amnya bahawa perbuatan mematikan orang dengan apa acara juapun adalah satu kesalahan serius. G. HUKUMAN [39] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman atas OKT telah menimbangkan beberapa faktor yang bukan sahaja melibatkan kepentingan awam tetapi juga kepentingan OKT. Didalam Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J (pada ketika itu) memutuskan: “A ‘sentence according to law’ means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section , but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. [40] OKT masih muda dan melalui peguamnya telah mengemukakan beberapa aktiviti di penjara yang mana OKT mengambil bahagian. OKT tidak mempunyai kesalahan lampau (disahkan oleh pihak pendakwaan) dan ini merupakan kesalahan pertamanya. Apa yang berlaku diantara OKT dan si mati adalah sesuatu yang amat dikesali oleh OKT dan ini terbukti apabila OKT membuat panggilan video dengan SP2 memaklumkan apa yang dia telah lakukan. Ekoran dari panggilan video inilah maka OKT ditangkap. OKT juga memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dengan menunjukkan dimana mayat mangsa dan mengakui mangsa adalah teman wanitanya dan OKT tidak cuba melarikan diri apabila pihak polis sampai. [41] Fakta-fakta inilah yang dipertimbangkan oleh Mahkamah apabila menjatuhkan hukuman atas OKT. OKT sewajarnya diberi peluang untuk memperbaiki diri apabila kembali ke pangkuan keluarganya kelak apabila tamat hukumannya nanti. Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi dan hujahan pemberatan atas OKT, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh OKT ditangkap dan Mahkamah merasakan hukuman ini adil atas OKT dan juga memadai sebagai satu pengajaran pada masyarakat amnya. Bertarikh 17 Oktober 2025 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Farah Aqilah Binti Ahmad Fuad Timbalan Pendakwa Raya Kamar Penasihat Undang-Undang, Negeri Selangor Darul Ehsan, Aras 11-13 Corporate Tower, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Ashraff Al-Hirzan & Associates, Peguambela & Peguamcara D-8-2, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi M 16/M, Seksyen 16 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan