Mahkamah mendapati tiada unsur provokasi melampau dalam kes ini hingga menyebabkan OKT bertindak menggunakan bantal untuk mempertahankan dirinya. OKT mempunyai masa untuk memikirkan tindakan lebih rasional dalam menenangkan si mati yang dalam keadaan marah kerana OKT enggan menandatangani surat yang diberi oleh si mati. B. KESIMPULAN [18] Setelah menilai secara keseluruhan pembelaan OKT, ia hanya lebih kepada satu penafian kosong semata-mata. Sekaligus, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan melampui keraguan yang munasabah iaitu OKT telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah ini juga mendapati bahawa OKT yang dipanggil membela diri dengan keterangan bersumpah juga telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah yang telah berjaya menangkis kes pendakwaan. Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah mendapati OKT bersalah sepeti pertuduhan di bawah S/N uT8YJe14fEWygEg6Ggktqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Seskyen 302 Kanun Keseksaan dan mensabit salah OKT dengan pertuduhan yang dihadapinya. Bertarikh 30 Jun 2026 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Farah Aqilah Binti Ahmad Fuad Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Aras 11,12 dan 13 Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Ashraff Al-Hirzan & Associates, Peguambela & Peguamcara, D-8-1 & D-8-2, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi M 16/M, Seksyen 16, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan S/N uT8YJe14fEWygEg6Ggktqg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal