Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-139-08/2022 5 PENDAKWA RAYA
BC-62JSK-139-08/2022
Sessions Court of Malaysia29 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 590 [47] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might 595 rea”
“its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a 615 trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-139-08/2022 5 PENDAKWA RAYA
1
Rayuan ini rayuan silang yang telah difailkan oleh pihak Pembelaan dan Pendakwaan kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 29 Jun 2025 yang telah mendapati OKT dalam kes ini adalah bersalah dan mensabitkan OKT di akhir kes Pembelaan 20 (Perintah tersebut) bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dari tarikh Perintah. OKT juga diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 25 dan pengawasan polis selama 2 tahun di bawah Seksyen 27. Pihak DPP dan pembelaan tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 memfailkan rayuan atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan manakala Pendakwaan pula tidak berpuas hati dengan hukuman penjara 6 tahun dan telah memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut. 30
2
OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah Pertuduhan Pindaan(P6) seperti berikut: “Bahawa kamu pada 10/7/2022 jam lebih kurang 6 pagi hingga 35 12.59 tengahari bertempat di No. 44, Jalan SG 2/1, Taman Sri Gombak, Batu Caves, dalam daerah Gombak, dalam negeri Selangor, telah melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual, iaitu dengan memeluk badan badan dan mencium mulut seorang kanak-kanak perempuan bernama Nur Faraha Qalesya bt 40 Ahmad Azri, no. K/P: 100927-10-2538, berumur 11 tahun 10 bulan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.” (Pertuduhan Pindaan ditanda sebagai P6) 45
3
Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil empat (4) orang saksi untuk memberi keterangan iaitu: i. SP1: Kasmawatidiwi binti Naim (Ibu mangsa/pengadu). 50 ii. SP2: Ahmad Azri b Abd Rahman (ayah Mangsa). iii. SP3: Nur Faraha Qalesya bt Ahmad Azri (mangsa) iv. SP4: I/Nur Atikah bt Adnan(Pegawai Penyiasat). S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
4
Manakala pihak Pembelaan pula telah memanggil tiga (3) orang 55 saksi untuk memberi keterangan iaitu : i. SD1: OKT ii. SD2: IBU OKT iii. SD3: ABANG OKT 60
5
Pihak TPR juga telah mengemukakan eksibit yang berikut untuk menyokong keterangan saksi-saksinya iaitu: EKSIBIT PERKARA P1 Laporan Polis Gombak 8445/22. P2(1&2) 2 gambar mangsa. P3(1-4) 4 gambar tpt kejadian P4 Salinan sijil lahir mangsa. D5 Mesej whatsapp mangsa kepada nenek/ibu OKT P6 Pertuduhan pindaan. P7 Laporan Polis Gombak 8471/22 P8 Salinan sijil mati Jurufoto. P9 Rajah kasar tempat kejadian IDD10 Pelan rumah (OKT) iaitu tpt kejadian 65 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
6
Sebelum Mahkamah ini melanjutkan kepada Alasan Penghakiman, 70 perlu dijelaskan bahawa keseluruhan kes di peringkat pendakwaan ini telah didengar di hadapan HMS terdahulu (Puan Norhazani Hamzah).
7
HMS tersebut telah bertukar ke AGC dan saya telah mengambil alih kes ini untuk meneliti keterangan saksi pendakwaan, hujahan dan 75 membuat keputusan peringkat prima facie. Saya telah meneliti Nota keterangan dan hujahan pihak-pihak dan mendapati terdapat suatu kes prima facie terhadap OKT. Saya kemudiannya telah memanggil OKT untuk membela diri dan mendengar keterangan OKT, dan saksi pembelaan dan seterusnya membuat keputusan di peringkat Pembelaan. 80
8
Saya telah mendapati OKT ini bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana Pertuduhan Pindaan, setelah saya meneliti dan menilai keseluruhan keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan dari mula perbicaraan sehinggalah ke peringkat 85 menimbangkan hujahan semua pihak. OKT telah dijatuhkan hukuman selama 6 tahun penjara dari Tarikh Perintah ini, perintah kaunseling pemulihan dalam penjara di bawah s26 Akta dan 2 tahun pengawasan polis di bawah s 27 Akta sama. 90 [9] Mangsa iaitu SP3 ialah anak kepada SP1 iaitu ibu mangsa yang juga pengadu dalam kes ini manakala SP2 merupakan ayah mangsa . Mangsa pada masa kejadian berusia 11 tahun 10 bulan. OKT pula S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 merupakan bapa saudara mangsa yang juga merupakan adik kepada SP2. Kejadian berlaku pada 10/7/2022 pada jam antara 6 pagi sehingga 95 12.59 t/hari di bilik tidur nenek mangsa dalam rumah nenek mangsa yang juga didiami oleh OKT yang beralamat seperti mana pertuduhan. Hubungan antara OKT dengan SP3 adalah anak saudara dan bapa saudara. Berdasarkan keterangan SP3, kejadian tersebut berlaku apabila dia dan abangnya bercuti di rumah nenek mereka untuk 100 menyambut Hari Raya Haji. Mangsa dan abangnya tinggal dengan ibu bapa mereka di Klang. Mereka dijemput oleh OKT dan nenek mereka dan dibawa ke rumah nenek mereka iaitu tempat kejadian bagi menyambut Hari Raya Haji. Pada malam sebelum kejadian itu, mangsa menyatakan beliau tidur bersama neneknya (SD2) di bilik tidur SD2. Kejadian amang 105 seksual tersebut berlaku pada keesokan harinya (10/7/2022) pada sebelah pagi sewaktu nenek mangsa sedang berada di dapur di aras bawah. Menurut mangsa beliau pada masa itu sedang berada di atas katil sedang bermain telefon bimbit. 110 [10] Berdasarkan keterangan SP3 , beliau nampak OKT yang dipanggil paksu masuk ke dalam bilik tempat dia sedang berbaring. SP3 seterusnya menyatakan OKT terus naik atas katil dan menarik tangannya dengan kuat dalam keadaan OKT baring di sebelahnya. SP3 menerangkan cara OKT melakukan perbuatan tersebut dengan yakin dan 115 jelas. SP3 berjaya menerangkan cara perlakuan OKT terhadapnya dan bagaimana OKT memeluknya dan mencium mulutnya. SP3 menerangkan OKT memeluknya dengan kuat secara berhadapan (okt dan SP3 mengadap secara berhadapan di antara satu sama lain), OKT menarik tangannya dengan kuat, OKT memeluknya/ merangkul 120 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 badannya dengan kedua-dua tangan OKT sehingga tangan OKT mencapai ke bahagian belakang badan SP3 dan OKT kemudiannya mencium mulut SP3. SP3 menyatakan kejadian sebegitu telah kerap kali berlaku namun tidak tahu perbuatan itu salah sehinggalah mangsa membuat carian di google tentang kesalahan seksual melibatkan kanak- 125 kanak dan barulah beliau tahu perbuatan itu adalah salah.
11
Setelah melakukan perbuatan tersebut, OKT menyuruh SP3 jangan beritahu sesiapa dan meminta SP3 untuk menganggukkan kepala (tanda setuju), jika ingin dilepaskan oleh OKT. SP3 rasa takut dengan OKT 130 kerana kata SP3 badan paksu besar dan takut diapa-apakan maka dia anggukkan kepala bersetuju tidak cerita kepada sesiapa dan barulah OKT lepaskan SP3. SP3 kemudian ke bilik air dan turun ke aras bawah tanpa bercerita apa-apa tentang kejadian tersebut. 135 [12] Berdasarkan keterangan SP3 apabila ditanya lanjut oleh DPP, beliau rasa takut untuk menceritakan kepada sesiapa termasuk neneknya pada masa kejadian berlaku kerana takut tidak dipercayai, takut kerana OKT masih ada di rumah tersebut, takut handphonenya diperiksa oleh OKT, takut kerana badan OKT besar, takut diapa-apakan 140 dan dia juga mengatakan OKT juga pernah berbuat seperti wrestling yang membuatkan dia rasa kesakitan. Maka atas sebab itu beliau tidak bercerita kepada neneknya pada hari kejadian berlaku. Selepas kejadian itu iaitu pada hari yang sama pada sebelah tengahari, beliau, abangnya, nenek, OKT dan seorang lagi bapa saudaranya pergi berhari raya di Desa 145 Mentari. S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
13
Berdasarkan keterangan SP3 juga, apabila ditanya tentang perasaan beliau adakah suka dengan perlakuan OKT terhadapnya, beliau dengan tegas menyatakan beliau tidak suka dan beliau juga tidak 150 suka kepada paksu/ OKT. Dalam keterangan SP3, dia juga menyatakan kejadian semacam itu ada berlaku beberapa kali namun tidak tahu perbuatan itu salah sehinggalah mangsa membuat carian di platform google tentang kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak dan barulah beliau tahu perbuatan itu adalah salah. Namun SP3 tidak bercerita 155 kepada ahli keluarganya.
14
SP3 dan abangnya kemudiannya telah dihantar oleh OKT dan neneknya ke Klang setelah selesai menyambut Hari Raya Haji di Gombak pada 11/7/2022. Menurut keterangan ibu mangsa/SP1 yang juga 160 pengadu dalam kes ini, beliau perasan perangai SP3 kelihatan lain selepas pulang dari rumah neneknya. SP3 suka menyendiri, termenung dan perangainya kelihatan lain. Berdasarkan keterangan SP1, dia bertanya kepada sp3 kenapa dengan SP3. SP3 menangis lalu menceritakan apa yang terjadi kepadanya dan apa yang OKT telah buat 165 kepadanya. Kejadian menceritakan hal ini kepada sp1 berlaku pada 16/8/2022. Perbuatan bercerita ini berlaku di rumah SP1 di Kapar Klang. SP1 menyatakan sewaktu bercerita reaksi SP3 kelihatan takut dan dia menangis. 170 [15] SP1 kemudiannya telah menghubungi suaminya iaitu SP2 melalui telefon dan memberitahu kejadian tersebut kepada sp2. SP2 pulang ke rumah dan bertanya pula kepada SP3 siapa yang buat dan apa yang berlaku. Sekali lagi SP3 menceritakan apa yang OKT lakukan kepadanya S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 sama seperti apa yang diceritakan kepada SP1. Sp1 juga menceritakan 175 hal yang sama apa yang dia dengar daripada SP3 kepada SP2 melalui perbualan telegon sebelum SP2 pulang ke rumah bertanya kepada sp3. Mereka kemudiannya berbincang apa langkah seterusnya. SP2 bertegas untuk membuat laporan polis. Mereka mengambil masa untuk membuat laporan polis kerana ingin berbincang suami isteri kerana hal ini 180 melibatkan ibu SP2 dan adik SP2 sendiri. Menurut keterangan SP1, beliau juga ada menghubungi SD3 iaitu abang iparnya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku kepada SP3 dan perlakuan OKT terhadap SP3. 185 [16] Berdasarkan keterangan SP2 pula, beliau berbincang dengan isteri sebelum membuat laporan polis. Beliau yang membuat keputusan untuk meneruskan dengan laporan polis kerana memikirkan masa depan SP3 dan untuk melindungi SP3 sekurang-kurangnya sebagai bapa dia telah berbuat sesuatu untuk SP3. Pada 19/8/22, SP2 menyatakan secara tiba- 190 tiba OKT, ibu nya / SD2 dan abangnya/sd3 datang ke rumah tanpa maklumkan kehadiran mereka lebih awal kepada SP2. Menurut SP2, OKT, ibunya iaitu SD2 dan abngnya iaitu SP3 hadir di rumahnya. Ibunya masuk ke rumah, terus memeluknya dan meminta maaf kepadanya. Apabila ditanya lanjut bagaimana keluarganya boleh tiba-tiba datang ke 195 rumahnya, SP2 menjawab isterinya telah bercakap dengan abangnya tanpa pengetahuannya.
17
Berdasarkan keterangan SP2, kedatangan keluarganya itu secara mengejut. Apabila dia membuka pintu rumah, ibunya terus memeluknya 200 di muka pintu, OKT melutut dan meminta maaf kepadanya. SP2 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ selanjutnya menyatakan mereka datang minta maaf dan supaya dia tidak buat laporan polis. Mereka datang pada waktu malam. SP2 menyatakan dia tidak berkata apa-apa. Kehadiran mereka di rumah sp2 selama satu jam. SP2 menjelaskan isterinya yang bercakap dengan keluarganya 205 manakala dia tidak boleh bercakap apa-apa. SP2 mendengar mereka meminta maaf. Ibunya minta maaf dengannya namun dia berkata “bukan salah mak.”.
18
Berdasarkan keterangan SP1 pula, kehadiran ibu mertuanya 210 bersama OKT dengan abang iparnya adalah untuk merayu kepada saya untuk tidak buat laporan polis. Sp1 juga menyatakan “OKT melutut dekat saya, dia minta maaf dan janji tidak buat lagi. OKT melutut dekat suami saya, merangkak-rangkak melutut. Dia tak nak masuk penjara. OKT mengaku apa dia buat pada anak saya.” 215
19
Berdasarkan keterangan SP1 juga, selepas perjumpaan malam tersebut dan keluarga ibu mertuanya pulang ke rumah, SP2 ingin meneruskan dengan laporan polis tersebut. Kedua-dua mereka tidak dapat terima perbuatan OKT tersebut. SP1 menyatakan perbuatan 220 mencium mulut anaknya adalah bukan amalan biasa keluarganya dan mereka berdua menganggap perbuatan OKT adalah keterlaluan yang mengandungi unsur seksual/ perbuatan yang menjurus kepada perlakuan seksual dan bukan perbuatan cium biasa. SP1 menyatakan OKT bukan mencium kepala SP3 yang mungkin dia boleh terima. 225 Perbuatan mencium di mulut adalah bukan suatu amalan biasa dalam keluarganya dan ini tidak dapat diterima. Oleh yang demikian pada esok harinya iaitu pada 20/8/2022, suatu laporan polis telah dibuat terhadap S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ OKT oleh SP1. Laporan itu ditandakan P1. SP2 menegaskan bahawa laporan polis tersebut dibuat bagi memberi pengajaran kepada OKT. 230 FAKTA RINGKAS KES PEMBELAAN [20] Secara ringkasnya OKT telah memberikan keterangan secara 235 bersumpah. OKT juga telah memanggil dua orang saksi iaitu SD2 iaitu ibunya dan SD3 abang OKT. Secara keseluruhannya pembelaan OKT adalah bersifat penafian. Pembelaan OKT tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi yang bebas dan kredibel. Walau pun beliau memanggil ahli keluarganya namun keterangan mereka tidak banyak 240 membantunya memandangkan mereka tidak ada pengetahuan tentang kejadian yang berlaku. PEMBELAAN OKT 245 [21] OKT menafikan semua alegasi SP1-SP3. Beliau sekadar membuat penafian dengan menyatakan beliau tidak buat perlakuan tersebut.. [22] OKT menyatakan beliau jarang masuk ke dalam bilik ibunya. Beliau tidur di bilik abangnya Bersama abang SP3. SP3 tidak pernah bangun 250 awal pagi. [23] OKT menafikan dia meminta maaf kepada SP1 dan SP2 sebaliknya yang meminta maaf itu adalah ibunya dan dia tidak tahu kenapa permohonan maaf itu dibuat. 255 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ
24
Hubungan OKT dengan SP3 adalah sangat akrab. PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH 260 [25] Mahkamah dapati pembelaan OKT seperti mana di perenggan di atas adalah suatu pembelaan yang pada hemat Mahkamah adalah lemah dan tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi lain bagi mengesahkan bahawa SP3 bercakap bohong, mereka-reka cerita dan 265 gagal menimbulkan sebarang keterangan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap versi pihak pendakwaan terutamanya SP3/ mangsa. Pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan SP1, SP2, SP3 dan SP4 yang lebih kukuh, konsisten dan meyakinkan. Mahkamah mendapati SP3 270 pada waktu kejadian berumur lebih 11 tahun 10 bulan dan dia seorang yang dianggap cerdik dan faham tentang keadaan atau sesuatu perkara yang salah dan tahu perbuatan seorang laki-laki yang menyentuh mana-mana anggota tubuh seorang perempuan adalah suatu perbuatan yang salah. Beliau mampu mencari di platform google bagi memeriksa apakah 275 perbuatan OKT tersebut terangkum sebagai salah laku seks terhadap kanak-kanak. HMS terdahulu telah membuat dapatan bahawa sp3 memiliki kecerdikan dan faham tentang keperluan bercakap benar dan faham erti sumpah. Beliau didapati layak untuk memberi keterangan secara bersumpah. Mahkamah mendapati apabila beliau tidak faham 280 soalan ,beliau akan bertanya semula kepada DPP. Jika beliau tidak boleh menjawab , beliau hanya diam. Namun beliau didapati boleh menjelaskan S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ dan mengekspresikan dirinya dan membuat penjelasan kepada apa yang berlaku pada hari kejadian. Tiada isu tentang kredibiliti SP3. Mahkamah dapati SP3 adalah saksi yang kredibel. 285 [26] Keterangannya juga telah disokong oleh keterangan SP1 dan SP3 dan P1 iaitu laporan polis ibunya. Walau pun SP1 dan SP2 adalah ibu bapa SP3, namun keterangan mereka tidak menjurus untuk mengenakan OKT atau memihak/ berat sebelah. Keterangan mereka adalah to 290 corroborate keterangan SP3. Sp1 dan SP2 telah memberi keterangan terlebih dahulu kemudian barulah SP3 memberikan keterangannya. Contoh yang mahkamah dapati relevan adalah apabila cerita itu sampai kepada makluman ibu SP3 adalah apabila ibunya terlebih dahulu bertanya kepada SP3 apa yang berlaku kerana dia melihat perangai SP3 295 lain dan banyak menyendiri. SP3 menceritakan perlakuan OKT kepada SP1. Keterangan SP1 adalah konsisten dengan SP3. Apabila SP3 dipanggil memberi keterangan, SP3 telah memberikan keterangan yang konsisten dengan apa yang dia sampaikan kepada SP1. Keterangan SP1 kepada mahkamah juga didapati konsisten dengan apa yang dimklumkan 300 kepadanya oleh SP3. Begitu juga maklumat yang disampaikan oleh SP1 kepada bapa SP3/ suami SP1 juga konsisten dengan apa yang SP1 dengar daripada SP3. Bapa SP3 iaitu SP2 juga dalam keterangan tidak cuba menokok tambah cerita sebaliknya hanya menyampaikan keterangan berdasarkan pertanyaan dia kepada sp3 iaitu apa yang 305 berlaku dan siapa yang buat SP3. SP3 tetap konsisten menjawab OKT yang melakukan perlakuan mencium mulutnya dan memeluk badannya. S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ [27] Mahkamah dapati keterangan mereka tidak bercanggah antara satu sama lain sebaliknya saling menyokong dan didapati konsisten dari 310 mula hingga selesai sp3 berikan keterangannya. Begitu juga dengan keterangan SP4 yang merupakan Pegawai Penyiasat dalam kes ini juga didapati berdasarkan rakaman percakapan sp1, sp2 dan sp3 yang didapati konsisten dan tiada percanggahan. Mangsa didapati tidak memberitahu ibu bapanya sebaliknya dia disoal dan diminta untuk 315 menceritakan apa yang berlaku di rumah neneknya apabila ibunya perasan SP3 berperangai lain dan suka menyendiri. Mahkamah dapati sela masa kejadian dengan terbongkarnya kejadian juga tidak lah begitu lama. Kejadian berlaku pada 10/7/22 dan SP3 menceritakan kepada SP1 dan SP2 pada 16/8/2022 iaitu lebih kurang 1bulan 6 hari sahaja. 320 Mahkamah membuat dapatan bahawa sela masa ini masih membolehkan SP3 mengingati kejadian yang berlaku dan setiap perlakuan seperti cara dan bagaimana perlakuan OKT terhadapnya boleh dianggap masih fresh/ baru dalam ingatan SP3. Berdasarkan keterangan SP3, Mahkamah dapati kebanyakan fakta material masih boleh diingati oleh SP3. 325 [28] Mahkamah dapati SP2 juga saksi yang jujur apabila hanya menceritakan perkara yang dia tahu dan dengar sahaja. Sebagai contoh, insiden perjumpaan mereka dengan OKT dan keluarga SP2. SP2 menyatakan percakapan dibuat oleh isteri dengan keluarganya dan dia 330 mengambil sikap tidak bercakap apa-apa kerana tidak mampu untuk bercakap apa-apa apatah lagi apabila mendengar pengakuan OKT. SP2 menyatakan ada percakapan isteri dan keluarganya yang dia boleh dengar adakalanya dia tidak begitu mendengar kerana tidak jelas pada pendengarannya. Namun dia memang dengar OKT dan ibunya mohon 335 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ maaf. Keterangan ini konsisten dengan keterangan SP1. Ini juga menunjukkan SP2 hanya memberi keterangan sekadar yang beliau tahu manakala bagi hal yang beliau tidak tahu , beliau menyatakan beliau tidak tahu. Pada dapatan mahkamah, keterangan SP2 adalah jujur dan konsisten dengan keterangan SP1 dan SP3 . Keterangan mereka bertiga 340 juga gagal disanggah oleh peguam OKT. Walaupun keterangan mereka cuba dicabar namun keterangan mereka tetap konsisten dan gagal digoyahkan.
29
Mahkamah juga dapati terdapat juga keterangan SP1 yang 345 bertanya kepada SP3 “adakah dia takut kerana dia diugut oleh OKT?”. SP3 beritahu “dia takut sebab badan paksu besar dan takut di apa-apakan”. SP1 beritahu mahkamah, “SP3 takut sebab OKT beritahu anak saya jangan beritahu sesiapa. Mangsa beritahu saya dia dipeluk dan dicium oleh OKT”. Keterangan SP1 ini adalah konsisten dengan 350 keterangan SP3 di mahkamah iaitu dia takut nak beritahu sesiapa kerana takut badan paksu besar dan takut diapa-apakan.
30
Mahkamah juga menilai keterangan SP3. Keterangan beliau jelas dan menyakinkan apabila dia menyatakan sewaktu kejadian tersebut 355 beliau sudah bangun tidur, beliau sedang berjaga dan sedang baring atas katil bermain handphone. Maka isu SP3 tidur atau berilusi juga dapat diketepikan. SP3 nampak dengan matanya sendiri yang OKT masuk ke dalam bilik tidur, SP3 melihat dan merasakan mulut OKT mencium mulutnya, OKT memeluknya secara berhadapan dan memeluk badannya 360 dengan kedua belah tangannya sehingga pelukan terasa hingga ke belakang badannya. OKT memeluknya dengan tangan kanan dan kiri S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ OKT. SP3 juga sedar kejadian itu berlaku di atas katil dalam bilik neneknya. Maka, bagaimanakah mahkamah ingin menolak keterangan sebegini memadangkan keterangannya adalah jelas dan meyakinkan. 365 SP3 nampak dan rasai sendiri perlakuan tersebut. Beliau juga dapat camkan si pelaku itu adalah paksunya iaitu OKT. Beliau juga kemudiannya tahu perlakuan itu adalah salah dan tidak baik apabila dia membuat carian google bagi memastikan ini adalah perlakuan seksual terhadap kanak-kanak. SP3 dengan tegas menyatakan dia tidak suka 370 perbuatan OKT buat terhadapnya.
31
Pada peringkat pembelaan, OKT telah memberi keterangan bersumpah dan memanggil tiga orang saksi iaitu SD2 dan SD3 iaitu ibu dan abang OKT. Mahkamah dapati OKT gagal menampilkan pembelaan 375 yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. OKT tidak mempunyai pembelaan yang kukuh dan tidak menimbulkan isu yang boleh mahkamah pertimbangkan sebagai sesuatu yang boleh mencabar dan menimbulkan keraguan. OKT hanya menafikan bahawa dia tidak buat perbuatan mencium mulut SP3 dan 380 memeluk badan mangsa. [32] Mahkamah dapati yang jelas berlaku adalah OKT mengakui bahawa SP3 dan abang SP3 memang menginap di rumah OKT pada hari kejadian, dia juga tahu dan mengaku SP3 tidur di bilik tidur ibunya. OKT 385 juga tidak menafikan bahawa beliau memang berada di rumah itu sepanjang masa yang material. Ini bermakna sepanjang masa yang material SP3 dan OKT memang berada dalam rumah tersebut dan kejadian berlaku dalam bilik tidur di aras atas. OKT juga mengakui S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ bahawa ibunya tidak berada di aras atas sebaliknya berada di aras bawah 390 kerana sedang menyediakan sarapan pagi. OKT juga mengakui bahawa SD3 dan abang SP3 sedang tidur di bilik lain yang bertentangan dengan bilik ibunya. Maka, adalah jelas kejadian itu berlaku sewaktu tiada orang yang sedang berjaga dari tidur di aras atas. Mahkamah dapati SD2 berada di aras bawah. Ini membolehkan OKT mengambil kesempatan 395 untuk masuk ke dalam bilik ibunya yang dia tahu dan sedar bahawa SP3 berada dalam bilik tersebut bersendirian. [33] Walau apa pun cerita OKT bahawa SP3 tidak pernah bangun awal pagi kecuali dikejutkan oleh ibunya / SD2, apa yang berlaku adalah 400 sebaliknya iaitu SP3 tidak tidur malahan sedang berjaga bermain handphone. Apabila OKT masuk ke dalam bilik tersebut, sp3 sedar dan melihat OKT masuk tapi membiarkan sahaja. Namun OKT naik atas katil lantas berbaring di sebelah SP3 lantas menarik tangan SP3 dengan kuat, memeluk badan SP3 sehingga ke belakang badannya dengan tangan 405 kanan dan kiri OKT dan mencium mulut SP3. Semua perlakuan ini berlaku dalam keadaan SP3 sedar dan dia tidak tidur. OKT mengingatkan SP3 untuk tidak bercerita hal itu kepada sesiapa dan jika ingin dilepaskan, sp3 kena bersetuju. SP3 angguk kepala dan dia dilepaskan oleh OKT. SP3 rasa takut kepada OKT kerana badannya besar dan takut dia diapa- 410 apakan. Keterangannya jelas menunjukkan OKT menggunakan kuasanya sebagai orang yang dewasa yang mempunyai tubuh yang kuat dan besar untuk seperti mengugut SP3. OKT juga mengambil kesempatan untuk memeluk dan mencium SP3 di mulutnya sewaktu tiada sesiapa dalam bilik itu dan perlakuan ini tidak disukai oleh SP3. 415 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ [34] Mahkamah juga perlu berhati-hati dalam menerima masuk keterangan yang bersifat ada kepentingan peribadi dengan OKT. Mahkamah perlu mengingatkan diri sendiri bahawa hubungan OKT dengan SD2 dan SD3 adalah ibu dan abang kepada OKT dan 420 mempunyai kecenderungan memihak kepada OKT. Sudah pasti mereka akan memberi keterangan yang boleh memberikan manfaat dan faedah kepada OKT supaya OKT boleh terlepas daripada pertuduhan tersebut. [35] SD2 menyatakan beliau telah turun ke dapur pada jam 430 pagi 425 untuk menyediakan menu masakan dan naik semula pada jam 530 pagi untuk bersiap dan kemas bilik. SD2 kemudian kejutkan SP3 dan turun bersama-sama SP3 dan abang SP3 dan kemudian bergerak ke Desa Mentari. SD2 menyatakan sarapan pagi disediakan oleh SD3. Keterangan SD3 pula menyatakan mereka pergi ke rumah sp1 dan sp2 430 di Klang untuk berjumpa dengan SP1 dan sp2 kerana diminta oleh SP1 dan bukan untuk berbincang tentang tuduhan terhadap OKT. Keterangan SD3 banyak menjurus kepada masalah keluarga dengan menyatakan SP2 selalu pinjam wang ibu mereka dan juga wang sd3, SP2 pernah lari rumah dan hubungan mereka tidak begitu rapat dan tidak berhubung 435 dengan SP2 sejak tahun 2007-2012. SP2 meminjam wang SD2 dari tahun 2008-2022. [36] Keterangan ini tidak pernah dibangkitkan sewaktu kes pendakwaan. Isu ini hanya dibangkitkan secara tiba-tiba sewaktu 440 pembelaan sahaja. Apakah sebabnya isu ini ditimbulkan ? Adakah untuk menyatakan bahawa tuduhan ini dibuat dengan apa niat malafide/ dendam atau marah akibat isu peminjaman wang? Jika benar tuduhan S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ terhadap OKT bermotifkan dendam, isu ini patut dibangkitkan seawal kes pendakwaan. Namun tidaklah sebegitu mudah untuk mahkamah 445 menerima keterangan sebegini begitu sahaja. Keterangan SP3 tiada kaitan dengan isu pinjam wang di antara SP2 dengan ibu SP2. SP2 tidak perlu menggunakan isu pencabulan terhadap SP3 untuk membalas dendam atau sebagainya. Pembelaan seperti ini didapati lemah dan gagal mencabar keterangan saksi pendakwaan yang lebih kukuh dan 450 meyakinkan mahkamah. [37] Keterangan SD2 yang menyatakan bahawa pada hari kejadian pada jam 6 pagi sehingga sebelum mereka bertolak ke Desa Mentari , SD2 ada dalam bilik tersebut bersama-sama SP3 dan mereka sama- 455 sama turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Mahkamah dapati isu ini tidak pernah dibangkitkan kepada SP3 atau mana-mana saksi pendakwaan. Keterangan SP3 pula sangat berbeza dengan menyatakan beliau memang ada dalam bilik tersebut pada waktu kejadian. SP3 menyatakan hanya SP3 dan OKT sahaja yang berada dalam bilik 460 tersebut manakala SD2 ketika itu sedang berada di dapur di aras bawah. Ini adalah keterangan SP3.
38
SP3 menyatakan beliau ada turun dan naik semula ke tingkat atas dan turun ke bawah sebelum kejadian berlaku untuk melihat di aras 465 bawah namun tidak nampak SD3 memasak di dapur untuk menyediakan sarapan. Manakala dalam keterangan SD2 pula, SD2 menyatakan SD3 yang sediakan sarapan manakala SD2 memasak juadah Hari Raya. Mahkamah dapati keterangan seperti ini adalah keterangan baru yang dibangkitkan secara tiba-tiba. Isu ini juga tidak pernah dicadangkan oleh 470 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ pembelaan kepada SP3 sewaktu soal balas SP3 bagi mendapatkan apakah keterangan SP3 tentang isu tersebut. Adakah benar beliau turun bersama-sama dengan SD2? Jika benar jam berapa dia turun? Adakah ini berlaku sebelum kejadian tersebut? Adakah SD2 tahu yang SP3 naik semula ke bilik SD2 dan berada dalam bilik tersebut bersendirian 475 sebelum OKT masuk ke dalam bilik itu?
39
Mahkamah dapati terdapat banyak persoalan yang patut dibangkitkan dan dicadangkan oleh peguam bagi menunjukkan hala tuju dan line of defence mereka sekiranya mereka dapati SD2 berada 480 sepanjang masa dengan SP3 dalam bilik tersebut dan jika mereka rasakan SP3 ini bercakap bohong. Apa yang pasti SD2 sendiri mengaku yang dia memang memasak di dapur. Mahkamah dapati semua isu tersebut tidak dicadangkan sewaktu kes pendakwaan. Mahkamah pada peringkat ini hendaklah menilai secara maksima semua keterangan dan 485 memutuskan versi manakah yang paling meyakinkan mahkamah, konsisten dan credible.
40
Mahkamah dapati keterangan ini adalah suatu pemikiran terkemudian yang tidak pernah diajukan sewaktu kes pendakwaan. 490 Keterangan OKT juga tidak menyatakan bahawa SP3 dan SD2 turun ke aras bawah atau keluar dari bilik SD2 menuju ke aras bawah bersama-sama dengan OKT dan lain-lain ahli keluarga. OKT juga tidak menyatakan yang dia nampak ibunya sepanjang masa berada dalam bilik tidur tersebut bersama-sama dengan SP3 dan tidak pernah keluar dari 495 bilik tersebut. Mahkamah dapati keterangan yang jelas oleh SP3 dan juga OKT, yang mahkamah dapati konsisten adalah kedua-dua mereka S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ bersetuju SD2 memang berada di aras bawah dan sedang memasak di dapur untuk siapkan sarapan pagi dan memasak. Maka mahkamah mendapati keterangan yang menyakinkan mahkamah adalah pada waktu 500 perlakuan OKT memeluk dan mencium SP3 dalam bilik tersebut, SD2 tidak berada dalam bilik itu sebaliknya sedang berada di dapur di aras bawah. Sekiranya SD2 memang berada dalam bilik tersebut, mana mungkin SP3 menyatakan SD2 ketika itu berada di aras bawah sedang memasak. SP3 juga melihat OKT masuk ke dalam bilik yang mana SP3 505 sedang berada atas katil ketika itu ketika dia hanya sendirian dalam bilik itu dan tidak kelihatan SD2 bersama-samanya.
41
Mahkamah dapati tiada sebab yang kukuh untuk SP3 berbohong dan mereka-reka cerita apatah lagi terhadap bapa saudaranya sendiri. 510 SP3 juga seorang kanak-kanak yang naif dan penakut. Beliau langsung tidak bercerita tentang kejadian itu. Perkara ini terbongkar setelah diminta oleh ibunya untuk bercerita apa yang berlaku setelah perasan anaknya berperangai lain , suka termenung dan suka menyendiri. Setelah dipaksa cerita barulah SP3 bercerita sambil menangis dan kelihatan takut. Ini 515 menunjukkan SP3 tiada niat jahat terhadap OKT. SP3 seorang saksi yang jujur dan naif. Mahkamah dapati dia saksi yang boleh dipercayai dan saksi yang berkata benar. Keterangannya konsisten dengan sp1 dan sp2. Keterangannya kekal konsisten walau pun peguam cuba mencabar kredibiliti saksi ini.
42
Mahkamah dapati keterangan OKT dan saksi lain yang menyatakan mereka pergi ke rumah SP2 kerana diminta oleh SP1 juga tidak pernah dibangkitkan sewaktu kes pembelaan. Keterangan SP2 adalah OKT, SD2 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ dan SD3 hadir mengejut tanpa maklumkan beliau terlebih dahulu, SP2 525 menyatakan dia terkejut dengan kehadiran mereka ke rumahnya. SP2 tidak bertanya tujuan mereka hadir namun dia faham bahawa mungkin kerana apa yang OKT buat kepada SP3. Mahkamah dapati pihak peguam tidak pula mencabar keterangan SP1 dan SP2 bahawa mereka yang meminta OKT, SD2 dan SD3 untuk hadir berbincang tentang hal 530 perlakuan OKT terhadap SP3 namun dalam keterangan OKT dan SD3 timbul pula penafian bahawa mereka hadir bukan untuk minta maaf dan berbincang sebaliknya SP1 yang minta mereka hadir di rumah tersebut. [43] Mahkamah dapati keterangan SD3 yang menyatakan hubungan 535 mereka sekeluarga dengan SP2 tidak baik dan tidak lagi berhubung agak janggal. Ini kerana OKT mengakui dalam keterangannya bahawa dia dan ibu sering mengambil anak anak SP2 balik ke rumah ibu mereka di Gombak setiap kali cuti sekolah. OKT juga mengaku akan masuk ke dalam rumah SP2 dan bukan hanya menunggu di luar rumah. Ini 540 menunjukkan hubungan mereka adalah baik-baik sahaja. Oleh itu mahkamah dapati terdapat keterangan yang ditokok tambah bagi menunjukkan bahawa SP2 mempunyai niat jahat dengan membuat tuduhan palsu terhadap OKT. Namun mahkamah dapati samada hubungan mereka baik atau tidak, pada hemat mahkamah, isu ini tidak 545 relevan dan jika pun benar, isu ini tidak menjejaskan kredibiliti saksi ini dan kes pendakwaan. Ini kerana bukan SP2 yang membuat laporan polis. Sebaliknya yang membuat laporan polis adalah isteri SP2. Ini adalah kes seksual yang tiada kaitan dengan kes pinjaman wang atau pun masalah keluarga. 550 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ [44] Mahkamah dapati semua perlakuan OKT ini terjatuh di bawah kontak fizikal berbentuk seksual kerana menyentuh mana-mana bahagian badan seorang kanak-kanak adalah termasuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang tidak semestinya anggota badan itu 555 anggota sulit seperti kemaluan dan payudara sahaja. Bagi kesalahan amang seksual di bawah Seksyen 14(a), elemen kesalahan yang harus dibuktikan adalah :–
a
OKT melakukan kontak fizikal berbentuk seksual. Dalam kes 560 ini pihak DPP telah berjaya membuktikan tangan OKT telah memeluk badan SP3 dan mencium mulut SP3 dan perbuatan memeluk badan mangsa dan mencium di bahagian mulut mangsa merupakan kontak fizikal berbentuk seksual,
b
kontak fizikal itu tidak melibatkan persetubuhan; dan 565
c
mangsa adalah seorang kanak-kanak semasa kejadian berlaku. [45] Mahkamah dapati semua elemen ini telah dibuktikan oleh Pendakwaan dan memutuskan terdapat keterangan prima facie terhadap 570 OKT dan memerintahkan OKT dipanggil untuk membela dirinya. Semua intipati ini telah berjaya dibuktikan. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN 575 [46] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan keseluruhan keterangan OKT dan saksinya dan merujuk kembali keterangan saksi-saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang 580 dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case 585 beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 590 [47] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might 595 reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole 600 question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt?” 605 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ [48] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond 610 reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a 615 trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a 620 reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” 625 [49] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, Mahkamah Agung memutuskan: “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end 630 the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the Court has to consider S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” 635 [50] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: “It is well established principle of Malaysian criminal law that the 640 general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal his duty is merely to cast a 645 reasonable doubt in the prosecution’s case”. [51] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana yang telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian 650 J memutuskan seperti berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not 655 believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” 660 ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Saksi Yang Berkepentingan 665 [52] Mahkamah telah merujuk kes LIM GUAN ENG v. PP [1998] 3 MLJ di mana GOPAL SRI RAM - JCA di muka surat 48 telah memetik penghakiman WAN YAHYA H (pada ketika itu) dalam kes HJ. ABDUL GHANI BIN ISHAK & ANOR v. PP [1981] 2 MLJ 230 mengenai keterangan saksi yang berkepentingan: 670 “The witness Kipah is the wife of the first accused and she had to be called by the prosecution to fill up the chain of events in the case. Answers elicited from her cross-examination by the defence had to be scrutinized with some care. As a wife testifying in a serious 675 case against her husband, she could not be expected to be entirely immune from being unbiased or in any event, uninterested. Moreover, when there are other evidences to the contrary, this court is not bound to accept each and every word in her evidence. If what was suggested is to be followed in the 680 unqualified from, the function of the trial judge or jury will become obsolete and such function could be decided by computer. There is nothing to deter the trial judge or jury picking or choosing any piece of evidence from a witness while rejecting others which he or they felt not credible enough. After all, a witness is capable of saying both 685 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ truths and untruths. If for any good reason, the court feels that part of his evidence should be preferred to the other, then it is at liberty to accept that part and reject the others …” [53] Di dalam kes PP v. NG NAI LIM [2011] 1 LNS 487 di mana YA 690 HAKIM AHMADI ASNAWI telah memutuskan isu berkaitan ‘interested witness’ seperti yang berikut: “Lagipun SB-2 adalah anak OKT, layak dikelaskan sebagai “interested witness”. Memang benar seperti diputuskan dalam kes 695 Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8 “… there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances …” 700 [54] Mahkamah mendapati OKT dan SD2 dan sd3 adalah saksi yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini. Mereka adalah anak dan ibu serta adik dan abang. Oleh yang demikian keterangan mereka naturally in favour of the OKT. Namun Mahkamah dapati keterangan SD2 dan sd3 705 serta OKT juga gagal mematahkan keterangan semua saksi Pendakwaan. Keterangan SD2 dan SD3 jelas banyak memihak kepada OKT walau pun mereka tidak melihat apa yang berlaku dan tidak ada sebarang pengetahuan tentang kejadian tersebut. Peranan mereka tidak banyak membantu OKT. 710 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ Mere Denial & Reasonably Dislodge The Prosecution’s Case [55] Pembelaan OKT sekadar penafian semata-mata adalah satu mere 715 denial yang konsisten dari OKT sejak awal perbicaraan kes ini. OKT hanya menafikan sahaja tanpa ada keterangan lanjutan yang meyakinkan kenapa dia menafikan perlakuan tersebut. OKT gagal menjustifikasikan perlakuan tersebut atau mendatangkan saksi yang benar-benar ada pengetahuan tentang apa yang berlaku. OKT gagal mencabar 720 keterangan saksi-saksi pendakwaan atau menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan bahawa OKT tidak melakukan perlakuan tersebut. Keterangannya adalah hanya menafikan sahaja tidak berupaya untuk yakinkan mahkamah bahawa perlakuan itu tidak berlaku. Mahkamah telah merujuk kepada kes RAZI AMNIN v. PP [2010] 7 CLJ 771 725 (Criminial Appeal) di mana Hakim telah memutuskan: “…It is trite law that mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s case is insufficient to earn an acquittal...,” 730 [56] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Pada hemat mahkamah, bagi menjawab soalan tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan 735 saksi-saksi Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. Keterangan SP3 corroborates dengan keterangan saksi saksi yang lain. Keterangan SP3 juga konsisten dengan OKT tentang SD2 memang berada di aras bawah. Setidak-tidaknya OKT telah S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ mengesahkan/ menafikan yang sd2 dan SD3 berada dalam bilik 740 bersama-sama dengan SP3 pada sepanjang masa yang material. [57] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti 745 berikut: “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R v Ward [1993], where it was held that: “The prosecution’s duty at common law to disclose to the 750 defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence case, required the police to disclose to the prosecution all witness statements and the prosecution to supply copies of such witness statement to the defence or to allow them to 755 inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution was under a duty, which continued during pretrial period and throughout the trial, to disclose to the defence all relevant scientific material, whether it strengthened the prosecution 760 case or assisted the defence case and whether or not the defence made a specific request for disclosure. Pursuant to that duty the prosecution was required to make available records of all relevant experiments and tests which tended to cast doubts on the opinions he was expressing was under 765 a clear obligation to bring the records of such experiments and S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ tests to the attention of the solicitor who was instructing him so that they might be disclosed to the other party.” A Reasonable Doubt 770 [58] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang-undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT untuk melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ 775 telah menyatakan: “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case.” 780 [59] Keraguan yang munasabah telah gagal ditimbulkan oleh pihak OKT dengan gagal mematahkan keterangan saksi Pendakwaan dan Pembelaan gagal memanggil saksi yang membenarkan bahawa OKT tidak memeluk badan SP3 dan tidak mencium mulut SP3 sebaliknya keterangan SP3 adalah konsisten dengan perlakuan OKT tersebut. SP3 785 adalah saksi material dan credible kerana dia melihat perlakuan OKT itu. Keterangan SP1 dan SP2 juga penting kerana menerima maklumat secara langsung daripada SP3 lebih kurang sebulan lebih selepas kejadian berlaku SP3 bercerita kejadian itu kepada ibu bapanya. Namun perlu diingat dalam kes seksual kanak-kanak, keterangan corroboration 790 adalah tidak perlu. Namun, keterangan SP1 dan SP2 mengukuhkan lagi keterangan SP3. S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ [60] Merujuk kes MILLER v. MINISTER OF PENSIONS [1947] 2 ALL ER 373 DAN PP v. SAIMIN & ORS [1971]2 MLJ 16, Mahkamah ini 795 mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah satu mere denial, afterthought, bersifat fanciful ataupun imaginary semata-mata. [61] Dakwaan SD3 yang menjurus SP2 selalu pinjam wang SD2 atau mungkin ada niat jahat dan cuba untuk mengenakan OKT tidak disokong 800 oleh bukti yang jelas. Malah dalam keterangan SP2, SP2 menafikan dia ada niat tidak baik kepada OKT. KESIMPULAN/KEPUTUSAN 805 [62] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah 810 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [63] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT di bawah 815 Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut (P6). 820 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ RAYUAN [64] Secara ringkasnya, rayuan OKT adalah bagi peringanan hukuman. OKT pesalah pertama dan merupakan seorang yang masih muda berumur 34 tahun. Sewaktu kejadian dia berumur 31 tahun.. OKT kini 825 tidak bekerja kerana menjaga ibunya yang memerlukan rawatan sakit lutut. OKT menjaga ibunya yang tinggal seorang diri di rumah. OKT juga mengalami masalah kesihatan dan kini menjalani rawatan di Hospital Selayang. OKT mempunyai diabetic kronik dan masalah tekanan darah tinggi yang serius. (buku rawatan dilampirkan). Peguam juga merayu 830 hukuman penjara diringankan dan tidak dihukum sebat kerana masalah kesihatan kencing manis OKT. Peguam pohon budi bicara mahkamah untuk menyeimbangkan faktor kepentingan awam dan peribadi. Hukuman ringan adalah mencukupi bagi OKT bagi kesalahan ini. 835 HUJAHAN PEMBERATAN TPR [65] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan juga trauma terhadap 840 mangsa hendaklah juga dipertimbangkan. Kes seksual adalah serius terutamanya terhadap kanak-kanak. TPR pohon hukuman deterrent. HUKUMAN 845 [66] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ i. OKT dihukum penjara selama 6 tahun dari tarikh Perintah ini. ii. OKT hendaklah menjalani kaunseling pemulihan selama dia 850 ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. iii. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27. Alasan Mahkamah (Hukuman) 855 [67] Mahkamah telah mempertimbangkan semua aspek mitigasi dan hujahan TPR, kesalahan yang pertama, kesihatan OKT yang tidak baik dan perlukan rawatan kesihatan secara berkala, dan juga pada masa yang sama perlu mengimbangi dan menimbangkan juga kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan 860 kesalahan yang serius, namun menimbangkan juga nature of the offence ialah amang seksual (bukan kesalahan merogol). [68] Mahkamah juga dalam masa yang sama tidak memandang ringan perbuatan menyentuh mana-mana anggota tubuh badan kanak-kanak 865 adalah juga suatu kesalahan jenayah dan anggota tubuh yang disentuh oleh OKT adalah mulut SP3 dan memeluk badan SP3. Mahkamah turut mengambil kira bahawa OKT ini tidak menyentuh mana-mana bahagian sulit SP3. OKT tidak menyentuh/ meraba/ memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa. OKT juga tidak memegang, meraba atau meramas 870 payudara SP3. S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ
69
Mahkamah dapati tiada kecederaan yang dilakukan ke atas tubuh badan SP3 atau anggota badan yang dianggap sulit dan sensitif. OKT 875 memeluk badan sp3 dan mencium mulut SP3 namun tidak melakukan perlakuan yang melampaui daripada 2 anggota tersebut. Mahkamah juga tidak menjumpai keterangan bahawa OKT ada memasukkan jari/ apa-apa objek ke dalam kemaluan mangsa. Namun, Mahkamah turut menimbangkan kesan emosi terhadap mangsa dan ahli keluarga mangsa 880 setelah kejadian itu berlaku serta kesempatan yang diambil oleh OKT apabila peluang terbuka luas (tiada orang dewasa yang lain yang boleh menghalang perlakuan tersebut) untuk melakukan perlakuan tidak baik kepada mangsa yang masih merupakan seorang kanak-kanak yang tidak matang dan masih terlalu muda berusia 11 tahun 10 bulan.
70
OKT yang waktu itu telah pun dewasa berusia 31 tahun pada waktu kejadian yang sepatutnya melindungi mangsa dan bukannya mengambil kesempatan terhadap kelemahan mangsa yang masih kanak-kanak. Apatah lagi SP3 adalah anak saudaranya sendiri adalah tidak wajar OKT 890 melakukan perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut pula dilakukan dalam bilik yang tidak ada sesiapa di dalamnya selain dia dan SP3 sahaja menunjukkan niat tidak baik OKT terhadap SP3. Ini mungkin berbeza jika perlakuan tersebut berlaku di hadapan ahli keluarga yang lain yang berlaku secara spotan dan tanpa dirancang sekadar memeluk SP3, maka 895 mungkin perlakuan tersebut bolehlah dianggap sekadar gurauan oleh ibu bapa SP3. Namun apabila perlakuan itu dilakukan secara sembunyi dan tanpa dilihat oleh orang lain, maka adalah jelas perlakuan tersebut mempunyai niat seksual yang tidak sepatutnya berlaku. Perlakuan berbentuk seksual ini dapat dilihat apabila OKT mencium di bahagian 900 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ mulut seorang kanak-kanak perempuan. Terdapat banyak tempat lain yang lebih sopan untuk dicium seperti di kepala namun mengapakah mulut yang OKT pilih untuk cium SP3. Perlakuan tersebut adalah tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan. 905
71
Mahkamah mendapati SP3 tidak dipanggil oleh DPP untuk memberikan victim impact statement (VIS) untuk membantu mahkamah menilai sejauh mana kesan trauma jika ada kepada SP3 ini. Mahkamah hanya diberitahu oleh SP1 iaitu ibu SP3 bahawa mangsa kelihatan takut, sedih, menangis sewaktu bercerita kejadian tersebut, perangai nampak 910 lain, termenung dan suka menyendiri. Ini mungkin kesan emosi post incident tersebut. Namun sejauh mana kejadian ini memberi impak negative jangka Panjang kepada pelajaran dan emosi mangsa tidak dinyatakan dan diberikan penekanan oleh DPP. Adalah amat membantu jika pihak TPR dapat menyediakan VIS bagi membantu mahkamah 915 menilai kesan trauma SP3 akibat kejadian tersebut bagi mahkamah menimbangkan hukuman lebih berat sesuai dengan trauma yang dialami oleh SP3.
72
Mahkamah juga telah membenarkan permohonan stay of 920 execution oleh peguam OKT atas faktor kesihatan OKT yang memerlukan rawatan secara berkala di Hospital Selayang dan buku rawatan juga telah dilampirkan. 925 S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ [73] Oleh itu, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 6 tahun ini adalah mencukupi, wajar dan berpadanan dengan kesalahan dan jenis perlakuan OKT bagi memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam 930 di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan berat dari segi hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. 935 (NORSHILA BINTI KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor 940 Bertarikh : 20/9/2025 Timbalan Pendakwa Raya : Pn. Nurfadzlin bt Mahmad Zulhasnan Peguambela : En. Mohd Hisham Mohd Nen 945 (Tetuan Hisham Nen & Co) Suite 3.7, L-2-1 &L-3-1, Plaza Damas 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas. KL S/N avg39pNzuESapZ/8z4leQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.