Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BAHAU DI DALAM NEGERI SEMBILAN KES TANGKAP NO: NE-83D-300-05/2022 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN AMIRUL ISKANDAR (NO. K/P: 990714-05-5835 )
NE-83D-300-05/2022
Magistrates Court of Malaysia11 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kamah Rayuan di dalam kes Low Kai Gie v Public Prosecutor [2020] 1 MLJ 476; [2019] 1 LNS 1807 menyatakan sepertimana berikut: - [8] Attan bin Abdul Ghani was a case on section 14 of the Prevention of Corruption Act, 1961. In dealing with this provision, Sharma J said: "Once it is proved that the gratification has been”
“for the prosecution rests solely on the evidence of one witness in such a category there is no requirement in law for his evidence to be corroborated. Any such requirement conflicts with s 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of a”
“04] 2 CLJ 121: - S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 This is where what has been decided in R v. Osbourne [1905] KB 557 is useful, that is, where the accused in his attempt to rebut the presumption takes several stands, the very”
“ther persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” [19] Definisi “milikan” juga telah dibincangkan Taylor J dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1955] CLJU 53, sebagai apa yang mengaitkan Tertuduh dengan dadah yang dijumpai, di mana melalui karakter yang ditonjolka”
“yang pelbagai ini dengan sendirinya telah menghancurkan asas untuk mematahkan anggapan di atas imbangan kebarangkalian sebagaimana dinyatakan di dalam kes Mahkamah Tinggi, Shaiful Idzam Sulaiman V PP [2003] MLJU 840; [2004] 2 CLJ 121: - S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg **Note : Serial number will be used to verify the origin”
“kitkan dan mengapa ahli keluarga tidak mengambil tindakan membuat sebarang laporan polis berkenaan perkara tersebut? Mahkamah ingin merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Baharuddin Bin Hassan and anor [2007] MLJU 658 (TAG 23) yang mana Hakim Zainal Adzam Abd Ghani m enegaskan bahawa: “Yang lebih ketara lagi ialah bahawa”
“mity of the respondent to the drugs at the front passenger seat is a fact relevant to establish actual physical possession.. Diputuskan juga di dalam kes Yong Yee Sze v Pendakwa Raya [2011] MLJU 747 ,[2011] LNS 1618, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan – “… Jadi keadaan Perayu memegang beg tangan (P2) mengandungi dadah-”
““[4] …. The proximity of the respondent to the drugs at the front passenger seat is a fact relevant to establish actual physical possession.. Diputuskan juga di dalam kes Yong Yee Sze v Pendakwa Raya [2011] MLJU 747 ,[2011] LNS 1618, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan – “… Jadi keadaan Perayu memegang beg tangan (P2) m”
“tuduhan. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 [67] Mahkamah Rayuan dalam kes Amala Johnson v Pendakwa Raya [2019] MLJU 128; [2019] 1 LNS 140 telah menjelaskan keperluan ini seperti berikut: - “[50] Apa yang diperlukan sebelum s.3”
“n untuk penangguhan dibenarkan. [95] Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, mahkamah merujuk kepada prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon V Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 yang menyatakan sepertimana berikut :- S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg **Note : Serial number will be used t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BAHAU DI DALAM NEGERI SEMBILAN KES TANGKAP NO: NE-83D-300-05/2022 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN AMIRUL ISKANDAR (NO. K/P: 990714-05-5835 )
1
PENGENALAN [1] OKT telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama kerana memiliki dadah berbahaya iaitu 8.22-gram Methamphetamine seperti berikut: “Bahawa kamu pada 20/10/2021 jam lebih kurang 11.30 malam bertempat di rumah beralamat di No. 104, Felda Serting Hilir 2, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan ada dalam milikan kamu dadah berbahaya 8.22-gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama.” Hukuman: Penjara tidak kurang dari 2 tahun tidak lebih dari 5 tahun dan sebat tidak kurang 3 dan tidak lebih dari sembilan sebatan. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [2] Kes pendakwaan telah dimulakan oleh Tuan Majistret terdahulu dan selesai mendengar keterangan saksi pendakwaan seramai 4 orang yang telah dipanggil memberikan keterangan. Tuan Majistret terdahulu kemudiannya telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara dan diambil alih oleh saya untuk sambung bicara. Mahkamah kemudian telah membuat keputusan setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan melalui nota keterangan serta rakaman CRT mahkamah selain mempertimbangkan eksibit-eksibit yang dikemukakan telah berpuas hati dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membangkitkan pemakaian anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 dan dengan itu telah membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT atas pertuduhan. OKT kemudian diarahkan untuk membela diri. OKT telah diterangkan 3 pilihan iaitu:
a
memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi
b
memberikan keterangan secara tidak bersumpah dari kandang OKT
c
berdiam diri. OKT dengan diwakili oleh peguam telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. [3] Ketika kes pembelaan, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi sebagai SD1 dan pembelaan telah memanggil dua orang saksi yang lain iaitu isteri OKT (SD2) dan abang OKT (SD3). Di akhir kes pembelaan, OKT didapati telah gagal mematahkan anggapan dibawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan itu pihak pendakwaan diputuskan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas OKT, justeru itu OKT di sabitkan bersalah dan setelah mendengar mitigasi dari OKT serta hujahan pemberat daripada pihak pendakwaan serta S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg rekod lampau OKT (P19) mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan 3 sebatan rotan.
2
2.1 Saksi Pendakwaan Pihak pendakwaan telah memanggil seramai enam orang saksi seperti berikut: SP1 Wong Yong Shiang (Ahli Kimia) SP2 Kpl Mohd Badrul Hafiz bin Abd Razak (Jurufoto) SP3 D/Kpl Masdon bin Adnan (Anggota serbuan) SP4 Insp. Mohd Rizwadie bin Abdullah Bukhari (Peg. Serbuan) SP5 Noorainee binti Dahalan (Ibu OKT) SP6 Siti Norhanim binti Ali (Kakak Ipar OKT) SP7 Sjn Mohd Hisham bin Samsul Anuar (Peg. Penyiasat)
2
2.2 Fakta Kes [4] Pada 20/10/2021, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jempol yang diketuai oleh SP4 dan 8 anggota polis yang lain telah membuat serbuan di dalam bilik pertama sebuah rumah beralamat di No.104, Felda Serting Hilir 2, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. [5] Semasa serbuan tersebut SP4, SP3 dan satu anggota serbuan yang lain telah masuk ke dalam bilik pertama tersebut dan telah nampak di dalamnya terdapat seorang lelaki iaitu OKT, sedang mengadap sesuatu. OKT kelihatan cemas dan juga terkejut dengan kehadiran SP4 S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg dan pasukkannya. Pemeriksaan telah dilakukan oleh SP4 dan mendapati terdapat satu bekas berwarna hitam emas bertulis white coffee cowpex plus vanilla yang berada di atas lantai bilik tersebut. [6] Hasil pemeriksaan ke atas bekas berwarna hitam emas tersebut mendapati didalamnya terdapat 6 peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi ketulan jernih disyaki mengandungi bahan iaitu dadah jenis syabu dengan anggaran berat: 13 grams. Semasa serbuan dibuat juga, tiada sesiapa di dalam bilik pertama tersebut selain OKT. [7] OKT telah ditahan dan barang kes telah dirampas. Suatu laporan polis juga telah dibuat oleh SP4 dan dijadikan sebagai Ayer Hitam 1097/21(P14). SP4 juga telah mengeluarkan senarai bongkar yang ditandatangani oleh OKT (P17). SP4 telah menyerahkan OKT dan barang kes yang selesai di tanda kepada Pegawai Penyiasat di dalam kes ini iaitu SP7 bersama-sama dengan sesalinan borang serah terima barang kes (P18). [8] SP7 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia untuk dianalisa oleh SP1 dan hasil analisa telah mendapati bahawa barang kes yang telah dihantar mengandungi 8.22 gram Methamphetamine sebagaimana yang dinyatakan dalam P8. [9] Semasa perbicaraan, SP4 telah mengecam Ayer Hitam/1097/21 dan telah ditandakan sebagai P14. OKT juga telah dicamkan oleh SP3 dan SP4 di dalam kandang OKT semasa perbicaraan berlangsung. Barang-barang kes yang dirampas juga telah dicamkan oleh SP3 dan SP4 serta ditandakan sebagai eksibit. Malah, SP3 dan SP4 juga telah mengecam tempat kejadian dan barang kes melalui gambar yang juga telah ditandakan sebagai eksibit. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg
2
2.3 Dapatan kes pendakwaan [10] OKT dituduh dengan peruntukan seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama dan peruntukkan adalah seperti di bawah untuk memudahkan rujukan: - Section 12. Restriction on import and export of certain dangerous drugs.
1
…
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder. Increased penalty where the subject matter is the prescribed amount of certain dangerous drugs
39A
(1) Every person found guilty of an offence against this Act where the subject matter of the offence is— …
r
5 grammes or more but less than 30 grammes in weight of Methamphetamine. ... shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than two years but shall not exceed five years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than nine strokes. [11] Pendakwaan juga membangkitkan pemakaian anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta yang sama. Peruntukan berikut dirujuk: -
37
Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder—
a
…;
b
…; (c…;
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug. [12] Semasa kes di peringkat Pendakwaan, tugas Mahkamah menurut S.173(f)(i) KTJ adalah untuk mempertimbangkan sama ada Pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Mahkamah Rayuan, Looi Kow Choi v PP [2003] 2 MLJ 65. [13] Ini bermakna, untuk menentukan sama ada kes ini telah dibuktikan prima facie, Mahkamah akan membuat penilaian maksima terhadap semua keterangan yang dikemukakan dan memutuskan, jika Tertuduh dipanggil membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah boleh mensabitkannya bersalah? Jika tidak, maka tiada kes prima facie dan Tertuduh hendaklah dibebaskan, tetapi jika ya, Mahkamah hendaklah memanggil Tertuduh untuk membela diri. [14] Justeru itu, di dalam kes ini berdasarkan keterangan saksi-saksi dan eksibit yang dikemukakan, Mahkamah akan meneiliti dan menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadapTertuduh bagi elemen pertuduhan yang akan dijelaskan satu demi satu supaya dapat dilihat dengan lebih jelas. Elemen pertama: Tertuduh mempunyai milikan ke atas barang kes [15] Dalam kes ini, SP4 dengan jelas telah memberi keterangan bahawa semasa serbuan dijalankan ke dalam bilik dirumah tersebut, OKT pada ketika itu sedang menghadap barang kes yang mana setelah diperiksa kotak tin tersebut mengandungi 6 peket plastic lutsinar yang disyaki dadah jenis methamphetamine. Keterangan SP4 ini disokong oleh keterangan SP3 yang ada bersama dengan SP4 ketika serbuan dijalankan. Semasa serbuan, hanya OKT sahaja berada di dalam bilik tersebut di dalam rumah kepunyaan ibunya iaitu SP5. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [16] Pihak pembelaan telah membangkitkan berkenaan isu pemilikan eksklusif yang mana menurut pembelaan keterangan SP5 dan SP6 menyatakan bahawa rumah tersebut didiami oleh ramai orang lain dan ramai juga rakan-rakan OKT yang keluar masuk rumah tersebut dan oleh itu ianya secara jelas menunjukkan OKT tiada pemilikan eksklusif terhadap barang kes yang dirampas oleh pihak polis di dalam kes ini. [17] Berkenaan isu ini, mahkamah senada dengan pihak pendakwaan berkenaan dengan penggunaan anggapan dibawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana keterangan SP3 dan SP4 yang jelas menyatakan bahawa semasa serbuan di jalankan hanya OKT sahaja yang berada di dalam bilik tersebut dan fakta yang menunjukkan bahawa barang kes dijumpai di dalam keadaan berhadapan dengan OKT bukanlah dalam keadaan tersorok jelas menunjukkan juga OKT tahu dan Nampak kewujudan barang kes tersebut sebelum dia ditahan. [18] Mahkamah telah merujuk kes Mahkamah Rayuan yang telah memberikan garis panduan tentang menentukan “possession” iaitu dengan melibatkan kewujudan elemen fizikal dan mental, iaitu bukan hanya memiliki, tetapi mengetahui kepemilikan itu. Maksudnya, Tertuduh mempunyai keupayaan untuk mengendalikan dadah itu sewajarnya, yang mana boleh dilihat melalui tindakan Tertuduh. Ini kerana, niat seseorang tidak dapat dilihat secara kasar tetapi dapat dilihat melalui keadaan persekitarannya. Ini dijelaskan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1 MLJ 237 seperti berikut – “In my experience, there is no question which Magistrates find more difficult to deal with than this question of what amounts to “possession” for the purposes of the criminal law. Much of this difficulty arises from a failure to appreciate that in reality there are two separate questions S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and second by reason of application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed. To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example having it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” Y.A. Hakim Thompson turut menerangkan lanjut maksud milikan seperti berikut; “Possession” itself as regards the Criminal Law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304): “A movable thing is said to be in the possession of a person where he is so situated to it that he has power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” [19] Definisi “milikan” juga telah dibincangkan Taylor J dalam kes Leow Nghee Lim v Reg [1955] CLJU 53, sebagai apa yang mengaitkan Tertuduh dengan dadah yang dijumpai, di mana melalui karakter yang ditonjolkan Tertuduh, tidak ada orang lain yang boleh S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg dikaitkan dengan dadah tersebut selain Tertuduh. Tertuduh tidak perlu dibuktikan mengetahui secara tepat tentang dadah tersebut, sebaliknya, adalah mencukupi jika dia mengetahui kewujudan dadah secara am saja, Tertuduh boleh dikatakan memiliki. Ini, telah dinyatakan dalam kes tersebut seperti berikut – “...Probably the most helpful definition of possession is: -“the relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons” …The word ‘possession’ is a vague and general word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge…” [20] Keterangan SP5 juga jelas menyatakan bahawa bilik di mana barang kes dijumpai dan dirampas adalah bilik OKT meskipun SP5 menyatakan bahawa bilik tersebut boleh diakses oleh sesiapa sahaja namun fakta menunjukkan bahawa bilik tersebut adalah bilik OKT menguatkan lagi fakta kes pada hari ini. [21] Pihak pembelaan telah meletakkan pembelaan bahawa kegagalan pendakwaan memastikan bilik tersebut tidak boleh diakses oleh orang lain selain OKT merupakan suatu yang fatal kepada kes pendakwaan. Namun begitu mahkamah mengambil pendekatan untuk melihat kembali apakah elemen yang perlu di buktikan untuk pertuduhan dibawah Akta Dadah Berbahaya ini, adakah perlu dibuktikan milikan/possession atau pemunyaan/ownership? Elemen yang perlu dibuktikan bagi pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah possession dan bukanlah ownership, justeru itu adalah menjadi tugas Mahkamah pada tahap ini bukannya untuk melihat siapakah empunya dadah tersebut S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg tetapi untuk melihat dan memutuskan persoalan adakah kotak berisi dadah tersebut ada dalam kawalan fizikal OKT dan adakah OKT mengetahui tentang dadah tersebut. [22] Mahkamah dengan ini merujuk kepada kes PP v Denish Mahadevan [2009] 2 MLJ 194 dimana OKT dalam kes ini telah didapati bersalah dibawah seksyen 39B ADB walaupun terdapat 2 orang lain yang berada didalam bilik bersama-sama OKT di tempat kejadian. Di dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan menjelaskan seperti berikut: “Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about "exclusive" possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, "exclusive" - that a conviction is possible. When the learned trial judge said "The accused sought to negative the proof of exclusive possession…", we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons...”. [26] Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 dimana Mahkamah dalam kes tersebut telah merujuk kepada penghakiman Lord Morris dalam kes Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 ALL ER 356 sebagai: “If, however, someone deliberately assumes control of some package or container, then I would think that he is in possession of it. If he deliberately so assumes control knowing that it has contents, he would also be in possession of the contents. I cannot think that it would be rational to hold that someone who is in possession of a S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg box which he knows to have things in it is in possession of the box but not in possession of the things in it. If he had been misinformed or misled as to the nature of the contents, or if he had made a wrong surmise as to them, it seems to me that he would nevertheless be in possession of them”. [27] Di dalam kes ini, keterangan SP3 dan SP4 jelas menyatakan bahawa semasa serbuan di tempat kejadian, mereka melihat tiada individu lain berada berdekatan atau bersama-sama dengan OKT di dalam bilik tersebut. Meskipun pembelaan cuba untuk membangkitkan isu bahawa semasa hari kejadian dan hari-hari yang lain bilik tersebut boleh diakses oleh sesiapa sahaja namun tiada mana-mana keterangan sama ada daripada SP5 mahupun SP6 yang dapat mengesahkan selain OKT yang masuk dan berada di dalam bilik tersebut pada hari serbuan ada orang lain yang masuk ke dalam bilik tersebut dan membawa barang kes yang dimaksudkan. [28] Malah, keterangan SP5 dan SP6 jelas mengesahkan pada hari kejadian OKT berada dirumah dan semasa serbuan kedua-duanya dikatakan berada di dapur dan hanya keluar ke bahagian hadapan rumah selepas OKT dan seorang lagi abang OKT bernama Hisham di tahan. Tiada juga mana-mana keterangan dari SP5 dan SP6 yang mengaitkan barang kes yang dijumpai dengan orang lain termasuk Hisham. Justeru itu jelas daripada keterangan saksi pendakwaan SP3 dan SP4 yang membuat serbuan bahawa pada hari serbuan hanya OKT sahaja yang berada di dalam bilik dirumah tersebut bersama dengan b Elemen Kedua: Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah berbahaya tersebut [29] Kawalan dan jagaan OKT ke atas barang kes dapat dibuktikan yang pertamanya melalui keterangan pihak polis yang melakukan serbuan iaitu SP3 dan SP4 yang jelas menyatakan bahawa semasa S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg serbuan dijalankan hanya OKT sahaja yang berada di dalam bilik tersebut bersama dengan barang kes yang berhadapan dengannya dan bukan di dalam keadaan tersorok. [30] Keterangan ini dikuatkan lagi dengan pengesahan daripada keterangan SP5 yang menyatakan bilik tersebut adalah bilik OKT dan SP6 yang mengesahkan semasa hari kejadian sememangnya OKT berada di rumah. Meskipun kedua-dua saksi ini cuba sedaya upaya meletakkan satu naratif bahawa pada hari kejadian OKT berada di luar rumah dan dikawasan bengkel dan tiada tangkapan di dalam rumah dan sebagainya, namun mahkamah mengambil langkah berhati-hati dalam menilai keterangan kedua-dua saksi ini yang merupakan ibu dan kakak ipar kepada OKT. [31] Perlu ditekankan, kedua-dua saksi ini dalam keterangannya jelas menyatakan bahawa mereka berada didapur sepanjang serbuan di jalankan dan tidak tahu apa yang berlaku semasa serbuan sehinggalah OKT ditahan. Malah, tiada diantara saksi-saksi ini yang dapat benar-benar mengesahkan OKT tiada di dalam bilik semasa hari serbuan. Oleh yang demikian berpegang kepada keterangan saksi polis iaitu SP3 dan SP4 yang kredibel, jelas membuktikan semasa serbuan hanya OKT berada di dalam bilik tersebut bersama dengan barang kes justeru itu OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang kes tersebut. [32] Kedudukan OKT dengan barang kes semasa serbuan di jalankan juga jelas telah membawa kepada suatu inferens dibuat oleh mahkamah bahawa sesungguhnya OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang kes yang dirampas sekaligus membuktikan elemen pemilikan dan kawalan OKT ke atas barang kes tersebut seperti mana yang telah S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg diputuskan di dalam kes terdahulu iaitu Lim Kee Fu v Public Prosecutor and another appeal [2020] 12 MLJ 260 - “[4] …. The proximity of the respondent to the drugs at the front passenger seat is a fact relevant to establish actual physical possession.. Diputuskan juga di dalam kes Yong Yee Sze v Pendakwa Raya [2011] MLJU 747 ,[2011] LNS 1618, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan – “… Jadi keadaan Perayu memegang beg tangan (P2) mengandungi dadah-dadah berbahaya itu jelas menunjukkan beliau mempunyai kawalan dan jagaan fizikal ke atas (P2) yang mengandungi tiga jenis dadah berbahaya di atas. Mengikut prinsip undang-undang dalam keputusan kes Ho Seng Seng v Rex (1951) MLJ 225: "the element of knowledge is implicit in the word 'custody' and in the word 'control’”.. [33] Dalam kes ini keterangan SP4 dan SP3 ditambah pula dengan disokong oleh gambar yang menunjukkan lokasi barang kes dijumpai iaitu bersama OKT dan fakta bahawa bilik tersebut adalah bilik OKT dan hanya OKT sahaja berada didalam bilik tersebut semasa serbuan jelas menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan,milikan dan kawalan ke atas dadah yang dirampas di dalam bilik tersebut. Elemen Ketiga: Barang kes yang dirampas adalah dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya dan tersenarai dibawah Seksyen 39A(1) akta yang sama. [34] Barang kes yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia dan telah dianalisa oleh SP1 yang mana mengesahkan ianya mengandungi dadah jenis Methamphetamine berat bersih 8.22 gram yang mana ianya S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg terjumlah dibawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 pada pada (r): “ 5 grammes or more but less than 30 grammes in weight of Methamphetamine” [35] Mahkamah telah berpuas hati dan menerima keterangan SP1 sebagai saksi yang kredibel dan pihak pembelaan sama sekali tidak berjaya mencabar berkenaan keterangan saksi ini termasuk analisa yang dijalankannya.Undang-undang adalah mantap bahawa keterangan ahli kimia hendaklah diterima “on its face value” (rujuk kes Munusamy v PP (1987) 1 MLJ 492) dan keterangan ahli kimia “should be accepted as prima facie as long as the evidence is credible” (rujuk kes PP v Lam San (1991) 3 MLJ 426). Keterangan SP1 jelas menyatakan bahawa menyatakan bahawa berat bersih barang kes diperolehi dengan melakukan timbagan “Analytical Balance” setelah menolak berat pembalut kosong. Kemudian ujian warna telah dijalankan untuk penentuan peratu bahan aktif (dadah) yang ditimbulkan dan hasil ujian tersebut dan di dalam kes ini mengesahkan ianya dadah jenis methamphetamine. [36] Ujian GCMS juga telah dijalankan untuk menentukan kehadiran methamphetamine dalam bahan tersebut serta hasil Analisa ianya mengandungi 8.22 grm Methamphetamine. Analisa Ahli Kimia juga hanya boleh dicabar dengan mengemukakan keterangan rebuttal ahli kimia yang lain untuk dibandingkan dan juga nilai oleh mahkamah sebelum dapatan di buat yang mana berbeza dengan kes pada hari ini tiada mana-mana keterangan rebuttal yang dikemukakan untuk mencabar keterangan SP1 justeru itu analisanya wajar diterima oleh mahkamah seperti mana diputuskan di dalam kes Ong Hooi Beng & S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg 2lg v PP MRRJ: K-05-298/299/300-12/12 dan PP v. Lam San [1991] 1 CLJ 391 (Rep); [1991] 3 CLJ 2410.
2
2.4 Isu-Isu Berbangkit Keterangan SP5 dan SP6 [37] SP5 merupakan ibu kepada OKT manakala SP6 pula adalah kakak ipar OKT yang mana kedua-duanya telah hadir memberi keterangan di mahkamah dengan mengatakan bahawa semasa serbuan dijalankan OKT berada di luar rumah dan dikawasan bengkel (yang juga berada di kawasan rumah) dan bukanlah berada di dalam bilik seperti mana keterangan SP3 dan SP4. [38] SP5 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa bilik OKT adalah boleh diakses dan ramai rakan-rakan OKT yang datang ke rumahnya dan bebas keluar masuk. Begitu juga dengan SP6 yang mana dalam keterangannya menyatakan bahawa bilik tersebut boleh diduduki oleh sesiapa sahaja. [39] Namun begitu keterangan SP5 jelas menyatakan bahawa bilik yang mana barang kes dijumpai adalah milik OKT malah ketika ditunjukkan gambar, SP5 dapat camkan bilik tersebut sebagai milik OKT. Tiada mana-mana antara saksi ini yang dapat mengesahkan pada hari kejadian ada orang lain masuk dan berada di dalam bilik tersebut melainkan OKT kerana kedua-dua saksi ini menyatakan semasa serbuan mereka berada di dapur. [40] Melalui keterangan kedua-dua saksi ini, mereka tidak melihat semasa serbuan dijalankan kerana berada di dapur dan hanya tahu selepas polis menahan OKT dan kemudian menahan Hisham. Sama ada apa yang berlaku diantara waktu tersebut SP5 dan SP6 juga tiada S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg pengetahuan justeru itu keterangan mereka tidak menyokong diantara satu sama lain. [41] Mahkamah juga telah menilai dan mengambil langkah berhati-hati dalam menilai keterangan kedua-dua saksi ini kerana mereka merupakan ahli keluarga terdekat OKT seperti mana diputuskan di dalam kes Balasingham v Public Prosecutor [1959] 1 MLJ 193. [42] Keterangan SP5 dan SP6 juga mengesahkan bahawa pada hari serbuan OKT berada di rumah di mana tempat serbuan berlaku walapun mereka menyatakan terdapat rakan-rakan OKT pada hari tersebut di bengkel namun tiada mana-mana antara kedua-dua saksi ini yang boleh mengesahkan ada orang lain yang masuk ke dalam bilik milik OKT tersebut selain OKT pada hari kejadian. Berdasarkan pemerhatian mahkamah terhadap kedua-dua saksi ini semasa memberi keterangan, mahkamah membuat dapatan bahawa keterangan kedua-dua saksi ini perlu diambil secara berhati-hati dan kredibiliti keduanya adalah meragukan. Keterangan Saksi polis [43] SP3 dan SP4 yang terlibat dalam serbuan telah memberi keterangan bahawa pada hari serbuan OKT telah ditangkap di dalam bilik rumah tersebut bersama dengan barang kes yang mana mahkamah berpendapat keterangan mereka adalah kredibel dan tidak langsung goyah walapun setelah di asak bertubi-tubi oleh pembelaan. [44] Pembelaan telah membangkitkan isu bahawa tangkapan sebenarnya berlaku diluar rumah dan terdapat rakan-rakan OKT yang telah melarikan diri yang mana ianya sama sekali tidak dipersetujui oleh SP3 dan SP4. Kedua-dua saksi ini jelas dalam keterangan mereka menyatakan bahawa semasa serbuan hanya OKT seorang sahaja S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg berada di dalam bilik tersebut dan tiada orang lain. SP3 dan SP4 merupakan saksi yang kredible dan keterangan mereka wajar diterima seperti mana diputuskan dalam kes Public Prosecutor V. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257, di mana his Lordship, Chief Justice Thompso inter alia: "...When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course, if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.". [45] Mahkamah membuat dapatan bahawa tiada sebab untuk saksi polis mereka reka cerita untuk mengenakan OKT dan segala keterangan yang diberikan adalah berlandaskan apa yang berlaku pada hari serbuan justeru itu keterangan mereka wajar diterima di mahkamah yang mulia ini. Reaksi OKT ketika di tahan. [46] Pembelaan telah membangkitkan isu conduct iaitu reaksi OKT ketika ditahan yang kelihatan gugup dan sebagainya sebagai bukanlah suatu keterangan yang menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan ke S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg atas barang kes yang dirampas kerana ianya adalah “reaksi normal bagi mana-mana individu yang secara tiba-tiba telah ditahan oleh pihak berkuasa dan/atau polis”(rujuk hujahan pembelaan eop). [47] Bagi isu reaksi ini, mahkamah berpendapat bahawa reaksi setiap manusia adalah berbeza-beza dalam menghadapi sesuatu situasi. Ada manusia yang mungkin mudah gugup dan ianya tergambar kepada wajah mereka dan ada manusia pula adalah lebih bersifat tenang dan tidak kelihatan takut dan sebagainya. Namun ianya bukanlah suatu inferens yang tepat bagi membantu mahkamah membuat dapatan dan ianya juga bergantung kepada fakta kes dan keterangan lain secara keseluruhannya. [48] Jika tidak, masakan terdapat banyak kes-kes terdahulu yang diputuskan yang membawa dapatan yang berbeza berkenaan reaksi OKT ketika ditahan. Ada dapatan mahkamah yang menyatakan bahawa reaksi ketakutan jelas menunjukkan OKT ada pengetahuan seperti mana kes Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717 Mahkamah Persekutuan dan PP v Suzie Adrina Ahmad (2006) 3 CLJ 889 dan juga ada dapatan yang menyatakan sebaliknya seperti mana diputuskan di dalam kes Teh Hock Leong v PP [2010] 1 MLJ 741 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: [4] First, he contended that the High Court and the Court of Appeal had failed to consider the contemporaneous conduct of the appellant in not trying to escape or putting up a struggle with the police when confronted by PW5 and his men or attempting to disassociate or discard the backpack containing the dangerous drugs. Such conduct, if considered by the courts below, could infer that the appellant had no knowledge of the said drugs in the backpack. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [5] It is our view that in order to draw a favourable inference from the appellant’s contemporaneous conduct, his action or inaction must be examined in the light of the situation at the material time. The area where the appellant was confronted by PW5 was the arrival gate of an incoming flight in the KLIA. This was the only exit point where passengers disembarking the plane can enter the KLIA terminal. It is common knowledge that the area was tight and restricted with hardly any room for the appellant to make a successful escape even if he tried. From here the appellant was taken by PW5 and his men to PW5’s office in the KLIA. The approximate walking distance was 600-800 meters. Here again the appellant’s chances of a quick getaway were minimal since he was escorted and was within the restricted vicinity of the KLIA building. And, if the appellant were to throw away or disassociate himself with the backpack during this entire duration described it would evidently be noticeable. Of course, since the drugs were so cunningly concealed, there could be no necessity to take such drastic actions which may attract instang suspicion. So, against these circumstances, the appellant’s docile conduct throughout the period described could not have inferred an absence of knowledge of the said drugs. For this reason, there is no misdirection by the courts below.” [penekanan ditambah] [49] Oleh itu berdasarkan kes kita pada hari ini, melalui keterangan SP3 dan SP4 mahkamah membuat dapatan bahawa tindakan OKT dalam keadaan takut dan gugup bukanlah reaksi normal dalam mengambil kira OKT ditahan ketika berada di dalam bilik dan dirumahnya, tiada alasan untuk OKT berasa gugup jika tiada menyembunyikan apa-apa apatah lagi apabila berada dirumah. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [50] Pembelaan juga membangkitkan berkenaan barang kes dijumpai di dalam bekas bertutup iaitu tin justeru itu OKT tiada pengetahuan bahawa ianya mengandungi dadah. Bagi isu ini, dapatan mahkamah bukanlah semata-mata menjurus ke satu arah sahaja malah setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan bukti yang dikemukakan. Barang kes tersebut di jumpai di dalam bilik OKT di dalam keadaan di mana OKT berhadapan dengan barang kes tersebut dan bukanlah dalam tersorok, dan apabila dibuka terus dapat dilihat 6 peket plastik yang disyaki berisi dadah. [51] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, telah diterangkan “pengetahuan” atau “knowledge” iaitu kawalan fizikal dadah tersebut oleh Tertuduh sewaktu penangkapan dan tiada penjelasan munasabah oleh Tertuduh, menyebabkan inferens kuat bahawa Tertuduh tahu kewujudan dadah tersebut dalam milikannya – “ The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis's motorcycles when he entered the vicinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead to a strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs…” [52] Selanjutnya, fakta kedudukan dadah ditemui berdekatan dengan Tertuduh boleh menimbulkan inferens bahawa Tertuduh memiliki dan mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut, sebagaimana yang disebutkan dalam kes Lim Kee Fu v Public S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg Prosecutor (supra) dan seperti yang dijelaskan dalam kes Mahkamah Rayuan Tan Lay Hwa v. PP [2016] 1 LNS 507 – “… The facts showed that the appellant was so closely situated to the said drugs that it raised the sole inference that he had possession and the requisite knowledge of the said drugs in the sling bag slung over his shoulders within the four walls of the principles enunciated by the authority referred to above” [53] Dalam kes ini, untuk menentukan elemen “pengetahuan”, Mahkamah telah melihat keterangan SP3 dan SP4 yang disokong oleh dapatan siasatan oleh SP7, di mana, oleh kerana dadah ditemui di dalam bekas tin yang mana berada di dalam bilik di hadapan OKT, circumstantial evidence yang jelas membangkitkan inferens bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah tersebut dan mengetahui tentang kewujudan dadah tersebut. Tambahan pula SP5 telah mengesahkan bilik tersebut adalah bilik OKT dan OKT sememangnya berada dirumah pada hari serbuan menguatkan lagi keterangan SP3 dan SP4 berkaitan serbuan pada hari kejadian. Oleh itu elemen milikan terhadap dadah telah dibuktikan dengan menggunapakai anggapan dalam S.37(d) ADB 1952. Isu tidak melakukan finger dusting. [54] Salah satu yang dibangkitkan pembelaan adalah kegagalan IO kes membuat ujian cap jari ataupun ‘dusting’ ke atas eksibit-eksibit dadah telah menyebabkan tiadanya ‘nexus link’ antara OKT dan juga barang kes. Namun persoalannya adakah kegagalan tersebut menjejaskan kes pendakwaan? S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [55] Bagi isu ini, mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, Public Prosecutor V. Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233 yang telah menjelaskan bahawa bukti cap jari tidak penting sekiranya identiti OKT telahpun berjaya dibuktikan melalui keterangan lain terutamanya saksi mata seperti SP3 dan SP4. Fakta di mana barang kes yang mengandungi dadah dijumpai didalam bekas tin di hadapan OKT mana semasa serbuan hanya OKT sahaja berada di dalam bilik tersebut adalah memadai untuk mengaitkan OKT dengan dadah tersebut. [4] The trial Judge had erred in law when he faulted the investigating officer for not lifting the fingerprints off the wrappings of the cannabis and for not taking photographs of the street light in front of the said house. Where the identity of a culprit is in question or is required to be proved, fingerprint evidence will be of great significance and value. In the instant case, however, the charge alleged trafficking in the form of a 'sale' and there was evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence, therefore, assumed little value or significance. [56] Mahkamah juga merujuk kes Gunalan Ramachandran v PP [2004] 4 CLJ 551 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “The inability to lift sufficient fingerprint impressions from the packets for analysis and the failure to take hand swaps and fingernail clippings did not in any way affect that finding of possession by the trial judge. Such evidence would only add to other available evidence of possession” [57] Justeru itu mahkamah ini membuat dapatan bahawa ujian cap jari hanyalah keterangan sokongan yang langsung tidak menjejaskan kes pendakwaan walaupun tidak dibuat oleh IO di dalam kes ini. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg Isu tidak memanggil saksi serbuan yang lain invoke Seksyen 114(g) [58] Saya setelah melalui penilaian maksimum mendapati kredibiliti SP3 dan SP4 tidak goyah dan boleh dipercayai. Walaupun hanya SP3 dan SP4 sahaja saksi pendakwaan dalam pasukan serbuan yang dipanggil memberikan keterangan bahawa barang kes berisi dadah ditemui di dalam bekas tin berhadapan dengan OKT di dalam bilik milik OKT yang mana hanya OKT sahaja seorang semasa serbuan dijalankan adalah memadai untuk membuktikan elemen pertuduhan kepada OKT di dalam kes ini. [59] Bilangan saksi sama ada seorang, dua atau ramai bukanlah penentu kepada sesuatu penegakan fakta. Keterangan yang konsisten dan tidak dicemari motif jahat adalah memadai untuk menjadi kredibel. Hal ini adalah sebagaimana dinyatakan dengan jelas di dalam seksyen 134 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang menegaskan sepertimana berikut :-
134
Number of witnesses No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact. [60] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran V Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 juga menegaskan sepertimana berikut:- Thus, if the case for the prosecution rests solely on the evidence of one witness in such a category there is no requirement in law for his evidence to be corroborated. Any such requirement conflicts with s 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact. This means that the testimony of a single witness, if believed, is sufficient to establish any fact (see Khaw Cheng Bok & Ors v Khaw Cheng Poon & Ors [1998] 3 MLJ 457). S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [61] Tambahan lagi SP3 dan SP4 adalah seorang anggota polis yang hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan jujur dan amanah. Keterangan seorang anggota polis hendaklah diterima selagi mana tidak tercabar dalam pemeriksaan balas dan kedengaran munasabah sepertimana yang ditegaskan Mahkamah Rayuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2010] 3 MLJ 445 berikut :- [18] The learned trial judge had the audio visual advantage and had indeed found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related to the trial court what he actually saw and did on that day. In the absence of any contradiction by other witness or being shaken in cross-examination, it was proper and correct for the learned trial judge to arrive at his specific finding of facts. He is entitled to do so: see eg Teh Cheng Poh. The evidence of SP2 as a police witness is not inherently improbable. Such evidence must in the first instance be accepted, as SP2 was not saying that he saw a cow jumping over the moon: per Thomson CJ (later LP) in Mohamad Ali. [62] Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi serbuan yang lain adalah tidak menyebabkan terpakainya Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Hal ini kerana tidak kegagalan memanggil saksi serbuan yang lain ini tidak membuktikan terdapatnya suppress of evidence oleh pihak pendakwaan. Bilangan saksi adalah ditangan pihak pendakwaan untuk menentukannya. Adalah tidak menjadi kewajipan kepada pihak pendakwaan untuk memanggil semua saksi yang terlibat dalam serbuan dalam suatu perbicaraan. [63] Keterangan SP3 dan SP4 adalah mencukupi untuk membuktikan elemen pertuduhan terhadap OKT dan tiada keperluan untuk memanggil kesemua saksi serbuan yang lain hanya untuk mengulang keterangan yang sama. Mahkamah ingin menekankan bahawa Pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 hanya kepada pemendapan atau penyembunyian keterangan bukan hanya sekadar gagal S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg mengemukakan keterangan dan di dalam kes kita pada hari ini tiada mana-mana keterangan yang menunjukkan berlakunya ‘suppression of evidence’ dan justeru itu mahkamah memutuskan Seksyen 114(g) adalah tidak terpakai di dalam kes ini (lihat Munusamy v PP [1981] 1 MLJ 492; Mohd Shamsir Md Rashid v PP [2008] 5 AMR 29).
2
2.5 Sama ada anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah berjaya dibangkitkan pendakwaan. [64] Adalah menjadi satu kewajipan undang-undang untuk Mahkamah membangkitkan pemakaian apa jua anggapan di bawah ADB 1952 sekiranya pihak pendakwaan berjaya membuktikan apa-apa fakta yang diperlukan yang boleh membangkitkan anggapan tersebut. Mahkamah Rayuan di dalam kes Low Kai Gie v Public Prosecutor [2020] 1 MLJ 476; [2019] 1 LNS 1807 menyatakan sepertimana berikut: - [8] Attan bin Abdul Ghani was a case on section 14 of the Prevention of Corruption Act, 1961. In dealing with this provision, Sharma J said: "Once it is proved that the gratification has been paid or received then in the words of section 14 of the Act "Such gratification shall be deemed to have been paid or given or received corruptly... " The presumption at once arises under the section. This presumption is a presumption of law and it is obligatory on the court to raise it in every proceeding for an offence under section 3 or 4 of the Act provided it is proved that the gratification had been paid, given or received." (emphasis added) [9] In the context of a criminal proceeding under section 39B(1)(a) of the DDA, once it is proved that the accused was in mens rea possession of the drug, it is obligatory on the part of the court to raise the presumption of trafficking under section 37(da). Obligatory means compulsory: See the Concise Oxford English Dictionary (Eleventh Edition, Revised). [65] Jelas berdasarkan kepada kes di atas, biarpun kes yang dirujuk adalah suatu kes rasuah, namun prinsip yang digariskan itu adalah S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg terpakai kepada kesemua kes jenayah juga. Biarpun kes di Mahkamah Rayuan itu adalah suatu kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952, namun prinsip di dalam kes rasuah ini telah diterima dengan jelas oleh Mahkamah Rayuan. [66] Memandangkan pemakaian anggapan ini adalah diwajibkan, mahkamah ini telah meneliti keterangan sedia ada sama ada adakah keperluan untuk membangkitkan anggapan ini telahpun dipenuhi di dalam kes pendakwaan. Untuk itu kita perlu melihat kembali kepada intipati anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 sepertimana diperturunkan semula berikut: -
37
Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder—
a
…;
b
…; (c…;
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; [66] Berdasarkan kepada seksyen ini jelas menunjukkan apa yang perlu dibuktikan pendakwaan di dalam membangkitkan anggapan ini adalah fakta di mana OKT dibuktikan mempunyai jagaan (custody) atau kawalan (control) ke atas apa-apa objek yang mengandungi dadah berbahaya. Sebaik sahaja perkara ini dibuktikan, secara automatik anggapan yang terpakai adalah OKT mempunyai milikan dan juga pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut sepertimana pertuduhan. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [67] Mahkamah Rayuan dalam kes Amala Johnson v Pendakwa Raya [2019] MLJU 128; [2019] 1 LNS 140 telah menjelaskan keperluan ini seperti berikut: - “[50] Apa yang diperlukan sebelum s.37(d) boleh di invoked hanyalah seseorang itu dibuktikan mempunyai kawalan atau jagaan ke atas ‘anything whatsoever containing any dangerous drugs. Frasa ‘anything whatsoever containing’ tidak didefinisikan di bawah ADB, 1952. Maka ia mengundang maksud yang cukup luas untuk meliputi apa jua objek yang boleh mengandungi (containing) sesuatu/dadah. Beg plastik, paket plastik, kotak, guni, tin kosong, baldi, beg galas seperti yang dibawa oleh perayu dan apa jua objek yang seumpama dengannya yang boleh mengandungi sesuatu adalah layak untuk dimasukkan ke dalam kategori ‘anything whatsoever containing’. [51] Apabila kawalan atau jagaan ke atas anything whatsoever containing itu telah dibuktikan, barulah boleh di invoke bahawa orang itu dianggap mempunyai milikan ke atas dadah dalam container tersebut dan turut dianggap mempunyai pengetahuan tentang jenis dadah dalam container tersebut sehinggalah sebaliknya dibuktikan. [52] Tidak ada keperluan lain yang perlu dipenuhi atau dibuktikan sebelum s.37(d) itu boleh di invoked ke atas seseorang yang didapati mempunyai kawalan atau jagaan ke atas anything whatsoever containing yang mengandungi dadah...” [68] Berbalik semula kepada fakta kes ini, telah dibuktikan melalui keterangan SP3 dan telahpun disokong oleh SP4 akan fakta-fakta berikut mengikut kronologinya adalah serbuan di lakukan di bilik di rumah (seperti mana pertuduhan) yang mana di dalam bilik tersebut hanya ada OKT seorang sahaja berhadapan dengan tin yang mengandungi barang kes yang dirampas dan bilik tersebut di sahkan adalah milik OKT oleh SP5 dan SP6 sahkan OKT berada di rumah pada tarikh serbuan. [69] Berdasarkan fakta yang didirikan daripada keterangan SP3, SP4, SP5 dan SP6 ini, adalah menjadi dapatan mahkamah ini bahawa OKT mempunyai jagaan / ‘custody’ ke atas barang kes yang dijumpai S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg semasa serbuan dan tangkapan dijalankan. Keterangan SP1 iaitu Ahli Kimia telah mengesahkan bahawa dadah yang dihantar oleh SP6 adalah dari jenis Methamphetamine dengan berat bersih 8.22- gram Methamphetamine. Fakta ini sudah memadai untuk membuktikan dua elemen pemakaian anggapan iaitu elemen jagaan dan elemen dadah berbahaya telah dipenuhi. [70] Pembelaan membangkitkan beberapa isu di dalam mencabar fakta bahawa OKT mempunyai jagaan ke atas barang kes yang mengandungi dadah tersebut. Semasa kes pendakwaan telah dicadangkan oleh pembelaan kepada SP3 dan SP4 bahawa barang kes tersebut dimiliki oleh orang lain memandangkan bilik tersebut boleh diakses oleh ramai orang dan kononya ada rakan-rakan OKT yang juga datang dan bebas masuk ke dalam rumah. Kesemua cadangan ini telah tidak dipersetujui oleh SP3 dan SP4. Sepertimana ditegaskan Mahkamah Rayuan di dalam kes Pendakwa Raya V Alfian [2012] 2 MLJ 357 :- In arriving at my finding aforesaid I have duly taken into consideration the suggestions made by learned defence counsel to the prosecution's witnesses and the applicable legal position that such suggestions are not evidence and remains suggestion — see Public Prosecutor v Chia Leong Poo [2000] 6 MLJ 705. As was (aptly) put by Augustine Paul J in Public Prosecutor v Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ at p 121 in approving the dictum in Emperor v Karimuddi Sheikh AIR (1932) Cal 73 : mere suggestions by a pleader or advocate for the accused do not amount to evidence by the face suggested unless they are either partly or wholly accepted of the witness for the prosecution. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg Rujuk juga penegasan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Surentheran Selvaraja v. PP [2005] 2 CLJ 264 yang mana menggariskan seperti berikut :- “ It was not for the court, at the close of the prosecution case, to provide a defence for the appellant and speculate on the probability that, for example, someone else had left the bag in the appellant’s car without his knowledge. Unless there were elements in the evidence of the prosecution case itself pointing to such a probability, it must not be entertained. “ [71] Berdasarkan dapatan di atas, mahkamah memutuskan bahawa anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 adalah terpakai di dalam kes ini dan OKT adalah dianggap memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 8.22-gram dan turut dianggap mempunyai pengetahuan akan dadah berkenaan.
2
2.6 Sama ada prima facie kes telah berjaya dibuktikan pendakwaan. [72] Berlandaskan keterangan-keterangan saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, mahkamah dengan ini berpuas hati bahawa suatu kes prima facie telah dibuktikan ke atas OKT bagi kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama dengan mengguna pakai anggapan dibawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru itu, OKT dipanggil untuk membela diri dan diberikan tiga pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh atau berdiam diri dan OKT yang diwakili peguam telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg
3
3.
3
DAPATAN KES PEMBELAAN 1 Sama ada keterangan pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di atas imbangan kebarangkalian. [73] Memandangkan sebelum ini saya mengatakan bahawa anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 telah berjaya dibangkitkan. OKT kini telah dianggap memiliki dadah berbahaya sepertimana pertuduhan dan OKT juga dianggap mengetahui ianya adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine sepertimana dipertuduhkan. Beban kini adalah beralih kepada pihak pembelaan untuk mematahkan anggapan yang telah berjaya dibangkitkan. Kes yang boleh dirujuk berkenaan peralihan beban ini adalah sepertimana digariskan kes Mahkamah Rayuan, Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113; - The comments of the learned High Court judge on this passage is as follows: When the prosecution is minded in invoking the presumption then the particular burden of proof, as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumption on a balance of probabilities. This from a defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. So much for the law. The judgment of the learned judge is very clear to us. We have no reason to disagree with him. [74] Penting dinyatakan bahawa beban yang dikenakan ke atas pembelaan kini apabila anggapan seksyen 37(d) ADB 1952 terpakai adalah lebih berat daripada sekadar mewujudkan keraguan munasabah sebaliknya OKT perlulah cuba menyangkal anggapan ini di atas imbangan kebarangkalian yang mana sebenarnya adalah lebih berat beban pembuktiannya sepertimana dinyatakan di dalam kes Ku Yahya Ku Bahari (supra). Hanya penjelasan yang jujur daripada OKT sahaja boleh mematahkan anggapan ini. Mahkamah Persekutuan, S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg Thavanathan Balasubramaniam v PP [1997] 3 CLJ 150 menyatakan seperti berikut: - “…and it was for the accused to give an innocent explanation which the Court considered more likely than not that it was true, i.e. on a balance of probabilities, the test applied in civil proceedings. PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC.” [75] OKT semasa membela diri didapati tidak memberikan penjelasan yang jujur kepada mahkamah dan kerana itulah OKT telah gagal mematahkan anggapan yang terpakai. Pembelaan yang dikemukakan OKT adalah tidak bermerit dan tidak disokong oleh saksi lain. Pembelaan OKT gagal mematahkan anggapan dan bersifat sepertimana berikut: - a) Pembelaan OKT bersifat penafian semata-mata tanpa sokongan. b) Pembelaan OKT tidak konsisten dan gagal mematahkan anggapan c) Pembelaan OKT bersifat afterthought.
3
3.2 Pembelaan OKT bersifat penafian semata-mata tanpa sokongan. Percanggahan keterangan saksi berkenaan tempat tangkapan. [76] OKT telah memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi. OKT menafikan bahawa dia ditangkap di dalam rumah bersama dengan barang kes malah menyatakan bahawa dia ditangkap diluar rumah dan kemudian telah dibawa masuk ke dalam rumah: Boleh awak ceritakan apa berlaku. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg Semasa itu saya depan bengkel sedang buat motor wan, abang saya dalam rumah tolong mak kemas dapur, polis datang terus pegang saya tiada tanya nama semua, terus masuk dan bawa keluar barang. [77] Namun begitu keterangan OKT ini adalah bercanggah dengan keterangan SD3 iaitu abang OKT yang mana menurut keterangan SD3 semasa serbuan polis telah masuk ke bahagian dapur dahulu dan bertanya di mana OKT: Apa sebenarnya berlaku semasa itu Saya masa itu tengah kemas, tiba-tiba ada orang datang dan tanya Amirul. Siapa orang itu? Polis Encik buat apa selepas itu? Dia pegang saya bawa ke depan rumah dan terus gari. Amirul semasa itu di mana? Dibengkel motor. Saya tak nampak dia Semasa encik ditangkap di mana dadah berada? Saya tak tau, saya tak nampak. Adakah dadah ditunjuk kepada encik? Tidak Semasa polis ambil dadah encik dan amirul di mana? Di depan bengkel Amriul dibawa masuk ke dalam rumah? Tak ingat S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [78] Malah, jika dilihat kembali keterangan SP6 yang merupakan kakak ipar OKT yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan percanggahan ketara dapat dilihat apabila SP6 menyatakan yang pihak polis tidak masuk ke bahagian dapur dahulu namun membuat serbuan diluar rumah kerana OKT berada diluar. Persoalan yang timbul kini versi keterangan pembelaan manakah yang wajar dipercayai apabila keterangan diantara saksi adalah bercanggah, tidak konsisten dan tidak jelas diantara satu sama lain. Saksi-saksi termasuk OKT menyatakan bahawa dia ditangkap diluar sedangkan tiada mana-mana diantara saksi ini yang benar-benar nampak dan dapat sahkan kedudukan OKT semasa tangkapan dilakukan: S: setuju tak masa polis serbu rumah di masuk dapur dulu J: tak setuju S: kenapa tak setuju J: sebab amirul ada depan rumah di bengkel S: masa puan berada di dapur macam mana pn tahu dia di luar J: sebab masa saya datang dia ada diluar baiki motor. [79] Keterangan SD1 yang menyatakan bahawa semasa serbuan di jalankan ada dua orang rakannnya yang mana seorang bernama Wan dan seorang bernama Syahrul (melarikan diri) dan apabila di tanya oleh peguam SD1 menyatakan dia telah lama mengenali Wan namun semasa perbicaraan Wan ini tidak langsung dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi untuk menyangkal keterangan pendakwaan bahawa semasa serbuan dijalankan SD1 adalah ditangkap di dalam rumah dan bukan diluar rumah. Persoalan timbul adakah Wan ini benar-benar S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg wujud atau nama rekaan semata-mata oleh OKT? Malah SD3 juga menyatakan dia mengenali nama rakan OKT yang kononnya ada semasa serbuan, persoalannnya sekiranya benar rakan ini ada semasa serbuan dan keluarga OKT sendiri mengenali rakan ini mengapakah rakan ini tidak boleh dibawa ke Mahkamah untuk memberikan keterangan? Oleh yang demikian mahkamah membuat dapatan bahawa versi keterangan SD1 dan SD3 ini adalah sukar dipercayai dan berdiri tanpa sebarang sokongan. [80] SD1 menafikan barang kes dijumpai di dalam biliknya namun begitu keterangan SD3 jelas menyatakan bahawa barang kes tersebut di jumpai di dalam bilik OKT yang mana dikatakan digunakan untuk meletakkan barang: Dadah dijumpai di dalam bilik. Itu bilik siapa? Bilik simpan barang, kawan-kawan Amirul datang. [81] SD3 dalam keterangannya jelas menyatakan bahawa dia tidak melihat semasa serbuan dijalankan kerana berada di dapur. Malah SD3 sendiri setuju bahawa dia tidak bersama dengan OKT sepanjang hari justeru itu dia tidak tahu sama ada OKT ada masuk atau keluar daripada rumah sepanjang hari. Oleh itu mahkamah membuat dapatan bahawa tiada mana-mana keterangan yang dapat mengesahkan semasa serbuan dijalankan OKT berada di luar rumah dan tidak berada di dalam bilik tersebut. [82] SD2 pula merupakan isteri OKT yang mana keterangan SD2 mengesahkan pada tarikh serbuan OKT sememangnya berada di rumah SP5. Malah SD2 juga sahkan bahawa bilik di mana barang kes di jumpai adalah bilik OKT cuma SD2 nafikan ada menghuni bilik tersebut. Namun S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg keterangan SD2 jelas juga menyatakan bahawa semasa serbuan dijalankan dia tiada di rumah SP5 dan tidak tahu apa yang berlaku. Oleh itu mahkamah membuat dapatan bahawa saksi ini tiada pengetahuan berkenaan apa yang berlaku semasa serbuan dijalankan kerana dia tiada ditempat kejadian: Pada malam 20.10, puan berada dirumah mak puan, jadi apa yang berlaku di rumah ibu mertua dan dalam bilik itu puan tak tahu? Ya setuju. Setuju puan pun tak tahu sama ada barang yang dijumpai adalah milik OKT atau milik orang lain? Setuju [83] Malah SD2 juga di dalam keterangannya jelas menyatakan bahawa dia tidak tahun sama ada Kawan-kawan OKT ada masuk ke bilik tersebut ataupun tidak. Meskipun pada mulanya SD2 menyatakan ada rakan OKT yang masuk ke dalam bilik tersebut namun apabila diperiksa balas oleh timbalan pendakwa raya SD2 menyatakan bahawa dia tidak tahu: Puan ada kata kawan-kawan dia selalu masuk bilik, siapa? Saya tak kenal Setuju puan bukan tak kenal, tapi puan takt ahu pun sebenarnya Setuju [84] Mahkamah telah menilai keterangan saksi pembelaan dan mendapati keterangan saksi pembelaan adalah bersifat penafian kosong semata-mata. SD1 menyatakan semasa serbuan dia ditangkap di luar rumah dan bukan di dalam bilik namun tiada mana-mana saksi dapat benar-benar mengesahkan pembelaan SD1, tidak SP5, tidak SP6 mahupun SD3 kerana kesemua mereka dikatakan berada di bahagian S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg dapur rumah semasa serbuan dijalankan malah ada bercanggah juga berkenaan kedudukan dan juga kronologi serbuan versi pembelaan. SD1 ada memetik nama Wan yang mana dikatakan ada semasa dia ditahan, namun SD1 tiada sebarang usaha untuk membawa Wan ini ke mahkamah untuk mengesahkan keterangannya. Malah, SD1 juga tidak pernah sama sekali selepas tangkapannya membuat laporan polis berkenaan tangkapannya yang dikatakan salah fakta. Mahkamah ingin merujuk kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838: “[44] I hold, anchored on the prosecution evidence that the accused in fact had the said drugs on his person, inside the pocket of the Levi's jeans he was wearing on the day he was arrested. If the accused was innocent, he could have asked and insisted to lodge a police report which to my mind can be done at any stage, as in this case even during the proceeding of the trial. The accused had ample opportunity to inform the IO either on the day he was arrested as well as when his statement was recorded. At this stage, I take note that SP5 was honest and forth coming when he said he knew the accused before this arrest, however this fact was never challenged, and neither was SP5 cross examined on this. No plausible material of probative value was adduced by the accused that could and would lead to an inference that SP5 or the police was going all out to frame the accused…….. I find support in cases below where the Court of Appeal in Hafedz Saifol v. PP [2017] 1 LNS 977 had referred to the Federal Court decision in Teng Howe Seng v. PP [2009] 3 CLJ 733 where it was stated by the Federal Court that all crucial information's beneficial to the defence must be disclosed at the earliest possible time to enable a thorough investigation to be carried out by the police. Any undue delay would entitle the sitting judge to disbelieve the evidence of the accused.” S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg [85] OKT menyatakan bahawa dia tidak pernah ditahan bersama dengan barang kes dan tidak tahu barang kes tersebut adalah milik siapa namun yang menjadi tanda tanya mahkamah adalah, OKT tidak pula membuat sebarang laporan polis selepas itu untuk membela dirinya jika benar barang kes tersebut tidak dijumpai di dalam biliknya. Malah ahli keluarga OKT dari SP5, SP6, SD2 dan SD3 juga tidak pernah dapat memberi penjelasan daripada mana datangnya barang kes tersebut dan dimiliki oleh siapa selain OKT. Jika benar versi polis adalah tidak benar mengapa perlu tunggu sehingga perbicaraan barulah isu ini dibangkitkan dan mengapa ahli keluarga tidak mengambil tindakan membuat sebarang laporan polis berkenaan perkara tersebut? Mahkamah ingin merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Baharuddin Bin Hassan and anor [2007] MLJU 658 (TAG 23) yang mana Hakim Zainal Adzam Abd Ghani m enegaskan bahawa: “Yang lebih ketara lagi ialah bahawa kedua-dua tertuduh 1 dan tertuduh 2 tidak langsung menyebut dalam kenyataan-kenyataan mereka (D21 dan D22 masing-masing) bahawa urusan mereka ke tempat kejadian pada hari berkenaan adalah untuk menjual P19 dan berjumpa dengan Sam yang akan membawa bakal pembeli. D21 dan D22 dikemukakan sebagai keterangan oleh pihak pembelaan sendiri dan dirakamkan oleh tertuduh 1 hari selepas kejadian dan 3 hari selepas kejadian oleh tertuduh 2. D21 dan D22 merupakan peluang terbaik kedua-dua tertuduh untuk memberi penjelasan mereka mengenai keadaan sebenar mengenai tangkapan mereka kerana kejadian baru berlaku dan ingatan mereka mengenai semua sudah tentu terbaik semasa itu. Kedua-dua tertuduh sedar bahawa mereka menghadapi kesalahan yang serius yang membawa hukuman mati kerana 18 ketulan dadah, iaitu amaun yang amat banyak telah dijumpai dalam S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg P19. Jika tujuan mereka ke tempat kejadian adalah betui untuk hanya urusan menjual P19, sudah tentu apa yang dinyatakan dikemukakan seawal-awal lagi untuk mengelakkan apa-apa masalah kepada mereka dan menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak bersalah.” [86] Hal ini dapat disamakan dengan kes kita pada hari ini yang mana pembelaan SD1 yang mengatakan dia tidak ditangkap bersama dengan barang kes dan ditangkap diluar rumah serta ada orang lain dirumah dan sebagainya, mengapakah hal ini tidak pernah diberitahu seawal-awal mungkin bagi menyelamatkan dirinya. Mengapa perlu menunggu sehingga kes ini dibicarakan di mahkamah? [87] Pembelaan bersifat penafian semata-mata sebegini tidak memadai untuk mematahkan anggapan di atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah Tinggi, Shina Babu Ronggala Saman Chalam lwn. PP [2012] 1 LNS 136 menyatakan bahawa penafian semata-mata gagal wujudkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. Apatah lagi untuk mematahkan anggapan di atas imbangan kebarangkalian yang bebannya lebih tinggi kepada pembelaan berbanding kes jenayah biasa yang tiada anggapan: - [18] Perayu tidak boleh semata-mata menafikan bahawa Perayu telah memberikan suapan tersebut kepada SP9 tetapi sebaliknya Perayu perlu memberikan satu penjelasan yang jujur pada tahap imbangan kebarangkalian untuk menunjukkan bahawa Perayu tidak memberi suapan tersebut secara rasuah sebagai dorongan untuk SP1 melepaskan Perayu. Dalam kes DA Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Agung memutuskan; "The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." Kes PP v. Ku Lip See [1980] 1 LNS 166; [1981] 1 MLJ 258, Mahkamah memutuskan di muka surat 260; "the defence in its endeavour to create a reasonable doubt in the mind of the learned President offered an outright denial and nothing more. It was surprising to find the learned President entertaining what to him was reasonable doubt based entirely on the demeanour and denial of the respondent" Kes PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212; [1982] 2 MLJ di muka surat 326; "A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient". Berdasarkan otoriti-otoriti di atas, didapati keterangan Perayu adalah penafian semata-mata yang tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, apatah lagi menyangkal sesuatu anggapan statutory pada tahap imbangan kebarangkalian. [88] Jelas di sini OKT memberikan keterangan dengan semberono dan bukanlah jujur daripada ingatannya akan apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut. Pembelaan OKT hanyalah bersifat penafian semata-mata dan sama sekali tidak selari dengan versi yang dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan. Versi yang berubah-ubah sebegini menunjukkan OKT hanyalah mereka-reka cerita. Pembelaan sebegini tidak bermerit dan untuk wujudkan keraguan munasabah juga tidak mampu apatahlagi untuk mematahkan anggapan yang terpakai di atas imbangan kebarangkalian. Versi yang pelbagai ini dengan sendirinya telah menghancurkan asas untuk mematahkan anggapan di atas imbangan kebarangkalian sebagaimana dinyatakan di dalam kes Mahkamah Tinggi, Shaiful Idzam Sulaiman V PP [2003] MLJU 840; [2004] 2 CLJ 121: - S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg This is where what has been decided in R v. Osbourne [1905] KB 557 is useful, that is, where the accused in his attempt to rebut the presumption takes several stands, the very multiplicity of the stands destroys the bona fide of them and they become inadequate to rebut the presumption. Kredibiliti SD1, SD2 dan SD3 [89] Mahkamah telah menilai keterangan dan demenour SD2 dan SD3 yang mana mahkamah telah mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan hubungan kekeluargaan diantara OKT dengan SD2 dan SD3. Namun, keterangan kedua-dua saksi ini dilihat tidak dapat menyokong versi pembelaan OKT kerana yang pertama SD2 tidak berada ditempat kejadian semasa serbuan dan kedua OKT 3 juga melalui keterangannya menyatakan dia berada di dapur justeru itu bersetuju dengan soalan pendakwaan berkenaan dia tidak tahu apa yang berlaku di bahagian depan rumah. [90] Kredibiliti SD3 diragui dalam keadaan di mana keterangannya yang tidak konsisten dan kelihatan ragu-ragu ketika memberikan keterangan di mahkamah. Mahkamah telah menilai dan merekodkan demenour saksi ini ketika memberi keterangan dan mahkamah tidak mempercayai kredibiliti saksi ini.
3
3.3 Sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas Tertuduh. [91] Sepertimana alasan-alasan kepada penghakiman yang telah di kemukakan di atas, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB 1952 dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. OKT dengan ini disabitkan dan didapati bersalah kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hendaklah dihukum di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta yang sama. S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg
4
SABITAN DAN HUKUMAN [92] Setelah sabitan dibacakan, OKT melalui peguamnya kemudian telah mengemukakan rayuan bahawa OKT berusia 26 Tahun dan bekerja di bengkel dengan gaji Rm 1500 dan mempunyai tanggungan isteri dan anak serta mohon hukuman minima. OKT juga telah memohon untuk penangguhan perlaksanaan hukuman untuk menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. [93] Pendakwaan pula dalam hujahan pemberatannya memohon suatu hukuman pemenjaraan yang setimpal kerana ini bukanlah sabitan pertama OKT memandangkan OKT mempunyai satu rekod lampau bagi kesalahan yang sama iaitu pemilikan dadah dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Rekod lampau telah dikemukakan (ditanda P19). Pendakwaan juga menekankan bahawa kes ini telah melalui proses perbicaraan yang panjang dan ramai saksi telah dipanggil yang mana ianya melibatkan kos-kos yang perlu dipertimbangkan. [94] Pihak pendakwaan juga telah membantah permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman kerana tiada special circumstances yang dibuktikan oleh Pembelaan untuk membolehkan permohonan ini dibenarkan dan rayuan bukanlah suatu alasan untuk penangguhan dibenarkan. [95] Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, mahkamah merujuk kepada prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon V Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 yang menyatakan sepertimana berikut :- S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving “discounts” for less than the most serious manner of commission. [96] Berdasarkan kes ini, apabila seseorang OKT itu disabitkan, sama ada perbicaraan penuh ataupun mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan, hukuman yang boleh diberikan kepada OKT adalah hukuman yang paling maksimum sekali diperuntukkan bagi kesalahan tersebut di bawah undang-undang. Kemudian barulah diberikan pengurangan atau diskaun kepada hukuman tersebut setelah mengambilkira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan OKT semasa rayuannya terhadap hukuman. [97] Berbalik kepada kes ke atas OKT, di bawah pertuduhan ini, hukuman maksimum diperuntukan undang-undang adalah penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan sehingga sembilan sebatan. Setelah mengambil kira faktor mitigasi dan pemberatan pendakwaan saya dengan ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas OKT dari tarikh sabitan dan sebatan sebanyak tiga sebatan. Penangguhan perlaksanaan hukuman telahpun dibenarkan dengan syarat-syarat jaminan iaitu jaminan dinaikkan sebanyak Rm 1000 dan notis rayuan perlu difailkan selewatnya sehari selepas tarikh keputusan. Bertarikh pada NORSHAZWANI BINTI ISHAK Majistret Mahkamah Majistret Bahau Negeri Sembilan Darul Khusus S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg S/N xKbNtI8zmUitjyGQF2wEtg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.