Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-22NCvC-12-04/2023 ANTARA AMIT CHHABRA A/L ASHOK KUMAR CHHABRA PLAINTIF
BL-22NCvC-12-04/2023
High Court of Malaysia29 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“d [2017] 5 MLJ 398, yang dikemukakan oleh peguam cara Plaintif: “[12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the fact exists (s 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, the evidential burden shi”
“(iv) Whether the Moneylenders Act 1951 only regulates moneylenders and if a person was found to be not a moneylender, he is at liberty to enter into loan agreement charging any interest rate including interest at the rate of 100% per mont”
“v The Government of Malaysia & Ors [2019] 1 CLJ 626, Mahkamah Tinggi memutuskan: “[72] The authoritative analysis on aggravated damages is, of course, the judgment of Lord Devlin in Rookes v Barnard [1964] AC 1129 where His Lordship held that aggravated awards were appropriate where the manner in which the wrong was co”
“r pain. Conduct which was offensive or accompanied by malevolence, spite, malice, insolence or arrogance could lead to recoverable intangible loss. Subsequently, the House of Lords in Broome v Cassel [1972] AC 1027 referred to mental distress, injury to feelings, indignity, humiliation and a heightened sense of injury”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-22NCvC-12-04/2023 ANTARA AMIT CHHABRA A/L ASHOK KUMAR CHHABRA PLAINTIF
1
ANURADHA A/P KODIVAL @ KODIVEL
2
2.
3
3.
4
TETUAN A.G ROSELI & PAUL DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [PERBICARAAN PENUH] A. LATAR BELAKANG KES [1] Tindakan ini hanya melibatkan Defendan-defendan 1 dan 4 sahaja kerana tindakan terhadap Defendan-defendan 2 dan 3 telah 16/04/2025 09:42:12 BL-22NCvC-12-04/2023 Kand. 159 S/N phaittMIUG7HekePd6thg dibatalkan oleh Mahkamah di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1) (b),
c
dan/ atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 pada 28.7.2023 [Lampiran 11]. Plaintif tidak merayu atas keputusan Mahkamah pada 28.7.2023 ini. [2] Plaintif mengemukakan seorang saksi iaitu Plaintif sendiri. Defendan 1 (“selepas ini dirujuk sebagai D1) hadir sebagai saksi dan Defendan 4 (diwakili oleh Puan Gowri a/p Sugumaran) (“selepas ini dirujuk sebagai D4”) iaitu peguam yang mengendalikan perjanjian jual beli hartanah yang menjadi isu dalam kes ini sebagai saksi I. Kes Plaintif [3] Plaintif mendakwa pada sekitar 17.5.2019 sehingga 1.7.2019 atas permintaan D1, Plaintif telah memberi suatu pinjaman tanpa faedah untuk sejumlah RM88,000.00 kepada D1 dan D1 telah menerima wang tersebut dalam jumlah berikut: i.
17
17.5.2019 - RM40,0000.00 (tunai) ii.
20
20.6.2019 - RM20,000.00 (tunai) iii.
1
1.7.2019 - RM28,000.00 (tunai) S/N phaittMIUG7HekePd6thg [4] Apabila D1 gagal menjelaskan keseluruhan jumlah pinjaman kepada Plaintif, D1 telah mencadangkan kepada Plaintif untuk menjual sebuah hartanah iaitu sebuah rumah teres 2 tingkat yang beralamat di No. 66, Lorong Batu Unjur 3B, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor (“selepas ini dirujuk sebagai hartanah tersebut”). Hartanah tersebut pada waktu material dipegang oleh D1 (1/2 bahahagian) manakala ½ bahagian lagi dipegang oleh D1 atas amanah bagi pihak Defendan 2 dan Defendan 3 (anak-anak D1). [5] D1 dalam bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kepada Plaintif, juga mencadangkan supaya jumlah yang terhutang oleh D1 kepada Plaintif digunakan sebagai sebahagian daripada bayaran untuk harga belian hartanah tersebut. Plaintif dan D1 kemudiannya memasuki satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 5.8.2019 (“selepas ini dirujuk sebagai SPA tersebut”) untuk pembelian hartanah tersebut untuk sejumlah RM500,000.00. [6] Pada masa material D1 diwakili oleh D4 manakala Plaintif tidak melantik peguam cara untuk mewakilinya dalam SPA tersebut, namun Plaintif bersetuju supaya D4 bertindak sebagai pemegang taruh (stake holder) bagi pihaknya selaras dengan perenggan G ‘Recital Clauses” SPA tersebut. S/N phaittMIUG7HekePd6thg [7] Plaintif mendakwa sepanjang SPA tersebut berkuatkuasa, dia telah memenuhi obligasinya di bawah terma-terma SPA tersebut; namun Defendan-defendan enggan mematuhi terma-terma yang ada di dalam SPA itu. Oleh itu, Plaintif telah membawa tindakan ini atas semua Defendan-defendan. II. Kes Defendan 1 [8] Kes yang melibatkan D1 hanya terhad kepada tuntutan balas yang difailkan oleh D1 kerana tuntutan Plaintif atas D1 telah dilupuskan melalui perintah Mahkamah bertarikh 14.11.2023 [Lampiran 50] iaitu permohonan D1 di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.Plaintif tidak memfailkan rayuan bagi keputusan ini; maka perintah-perintah bertarikh 28.7.2023 dan 14.11.2023 adalah muktamad. [9] Plaintif di dalam tuntutannya mendakwa tindakan ini adalah berpunca dari SPA bertarikh 5.8.2019 yang ditandatangani oleh pihak-pihak dimana Plaintif menyatakan D1 gagal mematuhi terma-terma di dalam SPA tersebut dan D1 pula mendakwa SPA itu adalah satu bentuk samaran disebalik satu transaksi pinjaman wang haram. S/N phaittMIUG7HekePd6thg [10] Tuntutan Balas D1 dalam tindakan ini adalah: i. Satu deklarasi bahawa SPA yang dimasuki oleh D1 dengan Plaintif pada 5.8.2019 diisytiharkan sebagai terbatal, tidak sah dan/ atau tidak berkuatkuasa di sisi undang-undang; ii. Satu perintah bahawa Plaintif memberi milikan kosong hartanah No 66, Lorong Batu Unjur 3B, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor kepada D1 dalam masa 14 hari dari tarikh perintah ini; iii. Satu deklarasi bahawa Plaintif memampas D1 dengan nilai sewaan pasaran hartanah tersebut, dikira dari Oktober 2021 sehingga penyelesaian penuh dan muktamad; iv. Satu perintah bahawa faedah sebanyak 7% sebulan yang dikenakan oleh Plaintif terhadap pinjaman wang sebanyak RM44,000.00 kepada D1 adalah haram dan tidak sah dan/ atau tidak berkuatkuasa di sisi undang-undang; v. Suatu perintah bahawa Plaintif memulangkan wang sejumlah RM17,600.00 iaitu perbezaan antara pinjaman sebanyak S/N phaittMIUG7HekePd6thg RM44,000.00 yang dipinjamkan oleh Plaintif kepada D1 dan amaun RM61,600.00 yang telah dibayar oleh D1 kepada Plaintif; vi. Suatu perintah bahawa Plaintif, agen-agen Plaintif, pekerja-pekerja Plaintif dan/ atau sebarang pihak yang berada di bawah kawalan Plaintif tidak mengganggu dan/ atau tidak mendekati D1 tanpa alasan yang munasabah di sisi undang-undang; v. Ganti rugi am untuk ditaksirkan atas tekanan, ancaman dan/ atau ugutan Plaintif terhadap D1. III. Kes Defendan Keempat [11] D4 diperkenalkan kepada D1 oleh Plaintif pada sekitar Jun 2019 dimana Plaintif telah mendorong D1 untuk melantik D4 sebagai peguam cara di dalam urusan SPA bertarikh 5.8.2019 antara Plaintif dan D4. [12] D4 telah menyediakan deraf SPA pada sekitar Jun 2019 dan sesalinan telah diemelkan kepada Plaintif pada 25.6.2019. Draf SPA tersebut disediakan oleh D4 berasaskan perintah Mahkamah S/N phaittMIUG7HekePd6thg bertarikh 21.8.2014 dimana D1 dinamakan sebagai pemegang amanah bagi pihak D2 dan D3. [13] Di dalam urusan penyediaan SPA tersebut, Plaintif tidak melantik peguam cara untuk bertindak bagi pihaknya dan melantik D4 sebagai pemegang taruh sahaja. D4 mendakwa Plaintif hanya ingin menggunakan khidmat mereka untuk memastikan transaksi pinjaman wang secara haram antara Plaintif dan D1 berjaya disempurnakan melalui khidmat professional D4. [14] Selain itu, Plaintif juga gagal membayar RM50,000.00 (10% deposit) kepada D1 melalui D4 sebagai pemegang taruh bagi pihak Plaintif. Plaintif sebaliknya telah memasukkan secara berperingkat sejumlah RM312,000.00 ke dalam akaun pejabat D4 dan Plaintif cuba untuk memperdaya D4 bahawa RM312,000.00 tersebut merupakan baki harga jualan untuk hartanah D1. Plaintif juga telah menghantar banyak emel kepada D4 untuk memaksa D4 bagi tujuan yang sama. [15] Plaintif turut membuat aduan terhadap D4 kepada Lembaga Tatatertib Majlis Peguam berhubung dengan isu ini; ianya jelas menunjukkan tingkah laku Plaintif yang ‘mala fide’ terhadap D4. S/N phaittMIUG7HekePd6thg C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [16] Plaintif telah mengemukakan satu (1) saksi iaitu dirinya sendiri manakala Defendan 1 dan Defendan 4 masing-masing mengemukakan satu (1) saksi. [17] Beban pembuktian adalah atas pihak yang membuat tuntutan. Dalam konteks kes D1 adakah dia berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif manakala melibatkan D4, adakah Plaintif berjaya membuktikan tuntutan atas D4. D4 juga mempunyai tuntutan balas atas Plaintif. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Hong Yik Tradik v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398, yang dikemukakan oleh peguam cara Plaintif: “[12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the fact exists (s 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, the evidential burden shifts to other party. However, if the other party whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence”. S/N phaittMIUG7HekePd6thg TUNTUTAN MELIBATKAN DEFENDAN 1 I. Adakah D1 berjaya membuktikan bahawa SPA bertarikh 5.8.2019 yang dimasuki dengan Plaintif adalah terbatal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa di sisi undang-undang? [18] Adalah suatu fakta yang tidak boleh disangkal oleh Plaintif bahawa Mahkamah telah membenarkan permohonan D1 melalui Lampiran 50 pada 14.11.2023 untuk pemutusan persoalan undang-undang bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, dimana Mahkamah ini memutuskan oleh kerana pada 28.3.2023, SPA bertarikh 5.8.2019 itu adalah batal dan tidak sah, maka apa jua tindakan yang dimulakan berkait dengan SPA tersebut adalah berakhir. Ini lah yang diputuskan oleh saya bagi Lampiran 50 tersebut dan keputusan ini kekal kerana Plaintif tidak merayu atas keputusan ini: “[22] Since the said S&P of the said property is null and void and unenforceable, any reliefs seek by the Plaintiffs that derives from the said S&P should fail. The terms of the said S&P were the core issue of this suit. Since the said S&P has been declared by this Court null and void and unenforceable on 28.3.2023, therefore the whole case comes to an end. Even if the said S&P still in existence, it is not viable to enforce in favour of the Plaintiff for the other ½ share not owned by D1.” S/N phaittMIUG7HekePd6thg [19] Rentetan daripada keputusan inilah, D1 memohon satu deklarasi di dalam tuntutan balasnya satu deklarasi bahawa SPA bertarikh 5.8.2019 adalah diisytiharkan batal dan tidak sah serta berkuatkuasa. Ini seperti yang dihujahkan oleh peguam cara D1 untuk mengelakkan Plaintif dari menyalahggunakan SPA tersebut dengan memfailkan pelbagai tindakan guaman atas D1 oleh Plaintif. Setakat ini ada empat (4) guaman sivil yang difailkan oleh Plaintif atas D1 iaitu dua (2) di Mahkamah Sesyen Klang, dua (2) di Mahkamah Tinggi iaitu masing-masing di MTSA dan Mahkamah Tinggi Klang. [20] Guaman-guaman ini difailkan berpremiskan pinjaman wang dan juga SPA bertarikh 5.8.2019. Plaintif tidak sepatutnya menggunakan SPA bertarikh 5.8.2019 kerana ianya tidak sah, batal dan tidak berkuat kuasa untuk memfailkan apa-apa tuntutan terhadap D1 dengan bersandarkan kepada SPA tersebut. Dalam konteks ini, Mahkamah telah pada 28.7.2023 dan 14.11.2023 telah memutuskan bahawa SPA tersebut adalah batal, tidak sah dan/ atau tidak berkuat kuasa. Oleh itu, perenggan (a) tuntutan balas D1 dibenarkan. S/N phaittMIUG7HekePd6thg II. Plaintif memberi milikan kosong hartanah No. 66 tersebut kepada D1 dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh perintah ini. [21] Satu fakta yang tidak boleh disangkal oleh Plaintif adalah dia kini mempunyai milikan dan kawalan atas hartanah tersebut sejak Oktober 2021 dan sehingga kini masih memegang milikan atas hartanah tersebut dan enggan menyerahkannya kepada D1. Walaupun Plaintif sedar dan mempunyai pengetahuan akan perintah Mahkamah masing-masing bertarikh 28.7.2023 dan 14.11.2023, namun dia sengaja enggan menyerahkan milikan kosong kepada D1 walaupun Mahkamah telah mengesahkan kedudukan SPA tersebut sebagai batal, tidak sah dan/ atau tidak berkuat kuasa melalui perintah-perintah Mahkamah yang dinyatakan; Plaintif masih memegang hartanah tersebut seolah-olah dia mempunyai milikan yang sah atas hartanah itu. [22] Ketika perbicaraan, SP1 mendakwa D1 yang telah menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepadanya tanpa paksaan dan kerelaan. Namun fakta ini adalah jauh dari kebenaran. Hartanah tersebut seolah-olah dijadikan cagaran untuk pinjaman wang diminta oleh D1 dari Plaintif kerana kekangan kewangan yang dihadapinya dan paling penting dia memerlukan wang tersebut S/N phaittMIUG7HekePd6thg untuk merawat anaknya yang sakit (D3). Oleh itu, Plaintif mengambil kesempatan menggunakan kekangan kewangan D1 dan keperluannya untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Plaintif telah mengenakan pelbagai syarat atas D1 dan meminta D1 menandatangani surat-surat akuan (Lampiran 118 mukasurat 171, 172) yang diragui dan antara syarat yang dikenakan adalah menyerah milikan kosong hartanah tersebut. [23] Persoalan yang timbul disini, jika Plaintif berniat baik untuk memberi pinjaman wang kepada D1, dan syaratnya adalah milikan kosong hartanah tersebut sebagai cagaran; namun sebaik sahaja Mahkamah memutuskan SPA yang dimasuki oleh pihak-pihak berkaitan hartanah tersebut batal dan/ atau tidak sah, maka Plaintif sepatutnya memulangkan semula milikan kosong hartanah tersebut kepada D1 dan bukan masih terus memegang milikan kosong hartanah tersebut. Ini menunjukkan niat sebenar Plaintif atas tujuannya memegang hak milikan kosong hartanah tersebut walapun dia tidak berhak berbuat demikian adalah untuk memberi tekanan mental kepada D1. [24] D1 ketika memberi keterangan di Mahkamah, tidak menafikan menandatangani surat-surat akuan tersebut tetapi dia terpaksa S/N phaittMIUG7HekePd6thg berbuat demikian kerana memerlukan bantuan kewangan dari Plaintif untuk anaknya yang sakit. Jika dia enggan menandatangani surat-surat akuan tersebut dan juga menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif, maka Plaintif enggan membantunya. Ini dibuktikan ketika pemeriksaan semula D1: “Q : Can you explain when and how? A : My brother, Murali Darren was actually working for the Plaintiff. And many times, I had also spoken to the Plaintiff, I wanted to come to an end. I want this whole interest thing to come to an end because he was just going on making be sign Statutory Declarations after declarations which I did. I had no choice, I did it. Then at one point in December 2022, my brother had informed me that the Plaintiff is only going to pay me RM 10,000.00 for the property. At that point, I was shocked. I was shocked because he has harassed me, he uses foul languages, he’s insulted me, he has come in front of my house insulting me, calling my neighbours and calling me a liar in front of my children. And then I just tolerated whatever because I just think one issue, because he was a money lender. And I was worried for the safety of my children because he used to… he knew my weaknes was my kids and my child is not well and I had to cope everything on my own. He just continuously harassed me and when my brother came and said RM 10,000.00, I was shocked. That is why I message him S/N phaittMIUG7HekePd6thg and I said “How come my brother is telling me you’re paying me RM10,000.00 when you told sum interest upon interest, RM138,000.00 you sign, and we are done”. He never responded to anything and then I came to this RM10,000.00 and this is when my brother also mentioned he said “Don’t tell him that “I’ve told you this but he does this money lending business but he’s not with the license”. III. Adakah benar pinjaman wang yang diberi oleh Plaintif kepada D1 tanpa faedah? [25] Plaintif menafikan dia memberi pinjaman wang kepada D1 tanpa faedah dan dia adalah pemberi pinjam wang tanpa lesen. Peguam cara D1 menghujahkan bahawa Plaintif adalah pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan ini dibuktikan apabila dia mengenakan faedah atas faedah iaitu 10% atas setiap bayaran balik yang dibuat oleh D1 atas pinjaman wang yang diberikannya. SP1 ketika pemeriksaan balas oleh peguam cara D1 menafikan sekeras-kerasnya isu ini sehinggalah ditunjukkan satu salinan jadual pinjaman yang dikemukakan di Mahkamah Sesyen Klang untuk perbicaraan sivil melibatkan pihak-pihak yang sama. “Q : Can you see page 77? You want a clear copy which is a coloured copy? I have the Sessions Court copy. A : I know this table okay S/N phaittMIUG7HekePd6thg Q : Yes, you know this table A : Yes Q : You have agreed before that you prepared this table? A : Yes, I agreed that I prepared the table at the request of the Defendant. That was what I agreed if you can recall Q : Okay, So you prepared this table of the 10% interest at the request of the Defendant? A : Yes. [26] D1 diperkenalkan kepada Plaintif oleh salah seorang rakannya bagi tujuan meminjam wang dan ini diakui oleh Plaintif ketika pemeriksaan balas cuma dia menafikan tujuan D1 diperkenalkan kepadanyan untuk tujuan meminjam wang. Walaupun Plaintif menafikan dia adalah pemberi pinjam wang tanpa lesen; namun keterangan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan di Mahkamah menunjukkan sebaliknya. [27] D1 menegaskan bahawa transaksi pinjaman wang antara Plaintif dan dirinya adalah untuk sejumlah RM44,000.00 pada sekitar Ogos
2019
Antara terma-terma pinjaman yang dikenakan oleh Plaintif atas D1 adalah: i. faedah sebanyak 7% sebulan untuk 5 bulan dimana D1 dikehendaki membayar dan D1 telah membayar sejumlah S/N phaittMIUG7HekePd6thg RM3,080.00 sebulan yang mana ini hanya merupakan faedah sahaja; ii. amaun yang sama dibayar setiap bulan yang mana jumlah ini akan dibuat kepada principal pinjaman sebanyak RM44,000.00 tersebut; iii. D1 dikehendaki membuat bayaran sejumlah RM15,400.00 sebagai faedah kepada pinjaman RM44,000.00 tersebut; dan iv. D1 harus memberi satu sekuriti atas pinjaman wang itu bagi memastikan jumlah itu dijelaskan oleh D1. [28] Atas alasan inilah, maka D1 memasuki SPA bertarikh 5.8.2019 yang melibatkan hartanah No. 66 sebagai jaminan bayaran balik wang yang diberi pinjam oleh Plaintif. Walaupun SP1 ketika pemeriksaan balas menegaskan adalah D1 yang memaklumkan kepadanya berkenaan 2 aset iaitu hartanah yang dimilikinya kepada Plaintif; namun seperti yang dihujahkan oleh peguam caranya adalah tidak munasabah untuk D1 mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan hartanah yang dimilikinya kepada Plaintif melainkan untuk satu tujuan sebagai sekuriti [29] Ketika perbicaraan, turut dikemukakan perbualan ‘‘WhatsApp’’ bertarikh 22.7.2020 [Ikatan C2 mukasurat 63 (P2) yang mana tidak S/N phaittMIUG7HekePd6thg dipertikaikan oleh Plaintif. Perbualan ‘WhatsApp’ antara Plaintif dan D1 mendedahkan bahawa Plaintif menuntut jumlah yang dilihat bukan jumlah ansuran yang konsisten tetapi seperti satu jumlah yang berbentuk faedah: “+6012 2243314 22 July 2020
01
March shortfall - 1680.00
02
April shortfall - 3080.00
03
May shortfall - 3080.00
04
June shortfall - 1680.00
05
July pls update - I want 3080 Plaintif juga telah menghantar mesej-mesej ‘WhatsApp’ yang memberi tekanan kepada D1 untuk menjelaskan pinjaman dimana faedah yang dikenakan sangat tinggi. Ini dapat dilihat melalui rententan ‘WhatsApp’ di Ikatan C mukasurat 40. [30] Plaintif ketika pemeriksaan balas mengatakan dia bukan pemberi pinjaman wang berlesen dan seperti yang dihujahkan oleh peguam cara D1 sebarang perjanjian pinjaman wang oleh pemberi pinjam wang tanpa lesen tidak boleh dikuatkuasakan selaras dengan Seksyen 15 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Dalam konteks kes ini, Plaintif berlindung disebalik SPA bertarikh 5.8.2019 untuk S/N phaittMIUG7HekePd6thg menunjukkan seolah-olah segala transaksi wang adalah berkait dengan pembelian hartanah No. 66 namun ianya tidak benar sama sekali dan dibuktikan dengan mesej-mesej ‘WhatsApp’ yang dikemukakan di Mahkamah yang kandungannya tidak dipertikaikan oleh Plaintif. IV. Surat-surat akuan yang dikemukakan oleh Plaintif adalah disediakan olehnya dan diperolehi dengan mengambil kesempatan atas situasi kewangan D1. [31] Peguam cara D1 menghujahkan bahawa surat-surat akuan yang ditandatangani oleh D1 (Lampiran 118 mukasurat 171, 172) adalah diragui; walaupun Plaintif mendakwa surat-surat akuan itu disediakan atas kehendak D1. Plaintif mendakwa D1 yang memberikan surat-surat akuan itu dan dia berhak untuk memegang hartanah No. 66 tanpa perlu membayar sewa. [32] Surat-surat akaun ini disediakan oleh Plaintif dan dicop serta ditandatangani oleh Dev Anand Pillai yang merupakan seorang peguam cara dan juga pesuruhjaya sumpah yang juga merupakan rakan Plaintif. Surat-surat akuan ini juga disediakan memihak kepada Plaintif. Dev Anand Pillai tidak dipanggil ke Mahkamah oleh Plaintif untuk mengesahkan Surat-surat Akuan tersebut S/N phaittMIUG7HekePd6thg ditandatangani oleh D1 dengan sukarela dan ianya disediakan atas persetujuan D1. [33] Peguam cara D1 telah membawa perhatian Mahkamah kepada keterangan Plaintif ketika pemeriksaan utama (Q&A No 7) dimana SP1 menyatakan ada memberikan sejumlah wang RM50,000.00 kepada D1 pada atau sekitar 18.10.2021 iaitu tarikh yang sama dengan surat akuan (Ikatan A4 mukasurat 171 (P35). Ketika pemeriksaan balas, Plaintif mengesahkan bahawa dia tidak memberikan jumlah RM50,000.00 itu kepada D1 walaupun D1 datang kepadanya untuk meminjam wang tersebut bagi rawatan anaknya. Adalah jelas bahawa D1 menandatangani satu surat akuan yang kandungannya palsu belaka kerana wang sejumlah RM50,000.00 tidak pernah diserahkan oleh Plaintif kepada D1. Plaintif kemudian mendakwa wang RM50,000.00 ini dibayar untuk SPA hartanah No. 66, sekali lagi didapati tidak benar kerana SD2 (Puan Gowri - peguam di D4) tidak mempunyai pengetahuan mengenai pembayaran RM50,000.00 ini. S/N phaittMIUG7HekePd6thg V. Adakah Plaintif perlu menyerahkan milikan kosong hartanah No. 66 tersebut? [34] Jawapannya adalah ya. Ketika Mahkamah bertanya kepada Plaintif mengapa dia masih memegang milikan kosong hartanah tersebut; jawapan yang diberi oleh Plaintif adalah kerana D1 masih berhutang dengannnya sebanyak RM138,000.00. Namun, hutang ini tiada kaitan dengan milikan kosong hartanah tersebut, dimana SPA bertarikh 5.8.2019 yang berkaitan dengan hartanah tersebut telah diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah pada 14.11.2023. Plaintif tidak mempunyai hak lagi atas hartanah tersebut kerana SPA itu tidak lagi berkuatkuasa dan mempunyai kesan. Oleh itu, Plaintif sepatutunya menyerahkan milikan kosong hartanah No. 66 itu kepada D1 semula. [35] Oleh kerana Plaintif telah memegang milikan kosong hartanah No. 66 tersebut sejak 2021 hingga kini tanpa sebarang sewaan dibayar kepada D1. Plaintif telah menikmati hartanah No. 66 itu secara percuma walapun dia bukan pemilik berdaftar hartanah tersebut. D1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa nilai pasaran bagi sewaan kawasan hartanah No. 66 tersebut adalah dalam lingkungan RM1,800.00 seperti dalam Ikatan A4 mukasurat 288 - 289 (D16). Plaintif menafikan kadar sewaan adalah dalam S/N phaittMIUG7HekePd6thg lingkungan 1,800 sebulan namun dia tidak mengemukakan apa-apa bukti. [36] Oleh itu, sekiranya jumlah kehilangan sewa yang boleh dinikmati adalah RM1,800 seandainya D1 menyewakan hartanah tersebut maka kiraan yang diterima pakai oleh Mahkamah adalah: RM1,800 x 30 bulan (November 2021 sehingga Mei 2024) = RM54,000.00. Seterusnya akibat kedegilan Plaintif untuk memulangkan kembali hartanah No. 66 tersebut kepada D1 walaupun diserahkan oleh notis dari peguam cara D1 bertarikh 19.6.2024 (Ikatan C1 mukasurat 1 - 3 (D51) menyebabkan D1 berhak atas sewaan dua kali ganda bayaran sewaan berkuat kuasa 19.6.2024: RM3,600 x 8 (Jun 2024 hingga Februari 2025) = RM28,000 dan berterusan. Mahkamah jumlah keseluruhan sewaan tertunggak adalah RM54,000 + RM28,000 = RM82,800.00 dan berterusan. VI. Adakah Plaintif seorang pemberi pinjam wang? [37] Plaintif menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia memberi pinjaman kepada D1 dengan mengenakan kadar faedah. Plaintif juga bersetuju dengan cadangan peguam cara D1 bahawa dia bukanlah S/N phaittMIUG7HekePd6thg seorang pemberi pinjam wang berlesen dan dia tidak boleh mengenakan faedah atas pinjaman tersebut. Peguam cara Plaintif menghujahkan “a one-off loan” tidak boleh dikatakan Plaintif seorang pemberi pinjam wang dan D1 yang meminjam wang secara sukarela dengan Plaintif. Persoalan yang timbul selepas keterangan Plaintif dan D1 adalah terdapat unsur-unsur faedah atas faedah yang dikenakan atas pinjaman yang diberi kepada D1 dan ini dibuktikan melalui perbualan ‘WhatsApp’ yang dikemukakan dan juga jadual bayaran yang diberi kepada D1 yang tertera faedah 10%. Seksyen 15 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 memperuntukkan: “No moneylending agreement in respect of money lent after the coming into force of this Act by an unlicensed moneylender shall be enforceable". Seksyen 17A Akta yang sama juga memperuntukkan: “(1) For the purposes of this Act, the interest for a secured loan shall not exceed twelve per centum per annum and the interest for an unsecured loan shall not exceed eighteen per centum per annum.
2
Notwithstanding subsection (1), interest shall not at any time be recoverable by a licensee of an amount in excess of the sum then due S/N phaittMIUG7HekePd6thg as principal unless a Court having regard to all the circumstances, otherwise decrees.
3
Where in a moneylending agreement the interest charged for a secured loan or an unsecured loan, as the case me, is more than that specified in sub section (1), that agreement shall be void and have no effect and shall not be enforceable.” [38] Mahkamah mendapati Plaintif dalam menjustifikasikan cara pinjaman wang yang diberikan kepada D1 telah memegang milikan kosong hartanah No. 66 sebagai “cagaran” sehingga D1 selesai membayar keseluruhan pinjaman. Ianya dilakukan dengan wujudnya SPA bertarikh 5.8.2019. Walaupun terma-terma perjanjian seperti Plaintif mempunyai obligasi sebagai pembeli dan D1 bertindak sebagai penjual, pada hakikatnya ini tidak berlaku, dan disahkan oleh DW2 iaitu peguam yang mengendalikan SPA tersebut. [39] Mahkamah Persekutuan di dalam Triple Zest Trading & Suppliers & Ors v Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] 1 LNS 2061 merungkai dan memberi jawapan kepada persoalan dimana suatu perjanjian dibuat untuk menutupi pinjaman wang tanpa lesen ini. S/N phaittMIUG7HekePd6thg YAA Abdul Rahman Sebli (HBSS) memutuskan: “[41] The “consideration” of RM 800,000.00 payable to the respondent at any time before or at the expiry of the agreement period of 30 days was nothing but “interest” at the rate of 100% disguised as “agreed profit”. By whatsoever label it was given, the RM800,000.00 was “any amount by the whatsoever name called in excess of the principal paid or payable to a moneylender”, If a rose by any other name would smell as sweet, a corpse flower by any other name would smell as foul.” [42] The error by the learned trial judge was in focussing too much on the meaning of “moneylender” without regard to the meaning of “moneylending” and “interest” when the three meanings must be read together and harmoniously. This had led to an error of judgment by the learned trial judge on the issue of liability”. Mahkamah Persekutuan dalam kes yang sama juga telah menjawab secara negative untuk persoalan-persoalan undang-undang atas perkara-perkara berikut: “[35] Arising from the Court of Appeal decision, the appellants obtained leave to appeal to this court for the determination of the following questions of law:
i
Whether a loan agreement which charges an interest at the rate of one hundred (100%) percent within a period of 30 days is legal under the law? S/N phaittMIUG7HekePd6thg
II
(ii) If the answer to question (i) is illegal, whether the Court should still assist the moneylender to recover the principal amount lent?
III
(iii) Whether as long as a person who does not “carries on or advertises or announces himself or holds himself out in any way as carrying on the business of moneylending”, he will not be defined as a moneylender despite him lending money at an interest of 100% per month?
IV
(iv) Whether the Moneylenders Act 1951 only regulates moneylenders and if a person was found to be not a moneylender, he is at liberty to enter into loan agreement charging any interest rate including interest at the rate of 100% per month?
v
Whether a person who is not defined as a moneylender can lend money at any interest rate? Adalah jelas dari keputusan Mahkamah Persekutuan, untuk pinjaman wang tanpa lesen yang berselindung di sebalik sebarang perjanjian tidak lagi menjadi sesuatu yang dibolehkan dan dibenarkan oleh undang-undang seperti yang dilakukan oleh Plaintif dalam kes ini. SPA bertarikh 5.8.2019 itu hanya sekadar satu tabir untuk melindungi transaksi pinjaman wang yang dilakukan oleh Plaintif dengan D1. Plaintif telah mengambil kesempatan akan kesulitan S/N phaittMIUG7HekePd6thg kewangan yang dihadapi D1 dengan memegang milikan kosong hartanah D1 sebagai “cagaran” bagi bayaran untuk wang yang diberikan kepada D1 dan surat-surat akuan yang telah siap ditandatangani oleh D1 yang mana kandungannya memihak kepada Plaintif sebagai satu cara untuk mendapatkan kembali wang yang diberi oleh Plaintif kepada D1. [40] Plaintif mendakwa D1 membuat pinjaman sejumlah RM188,000.00 yang mana dinafikan sekeras-kerasnya oleh D1. Transaksi pinjaman hanya melibatkan RM44,000.00 tetapi dikenakan kadar faedah yang tinggi dan ini seperti yang ditunjukkan oleh D1 di dalam keterangannya. “ Q : Do you have any proof to show to the Court that you have been charged interest by the Plaintiff? A : Yes, at page 29 of the Common Bundle of Documents (Volume 4) (Part C) wherein the Plaintiff has sent me “1400 - 16th October due, 980 - 4th Oct due, 700 - 4th due”. This amount are only interest and the same was informed to me by the Plaintiff’s partner/staff named Mandev. Mandev is also in the ‘WhatsApp’ group named “Anu House” together with me and Plaintiff. S/N phaittMIUG7HekePd6thg Through the voice message from number +6011 - 2808 2590 which is Mandev, he has confirmed that the interest amount charged on my loan is the same requested by the Plaintiff. Then there was another document I asked for RM 50,000.00 loan from the Plaintiff and the Plaintiff had told me for the loan of RM 50,000.00 I have to pay him back RM 80,000.00. This ‘WhatsApp’ conversation is at page 168 Common Bundle of Document (part C) (Volume 4). He then had sent me “U trying to hook me or prepare evidence”. There is no reason for the Plaintiff to say this if he does not charge interest, this clearly shows that the Plaintiff has charged me interest. Apart from that it can also be seen when I could not pay on Monday and the word used is interest, which means I was only asked to pay the interest. This at page 22 Common Bundle of Documents (Part C) (Volume 4). At page 163 Common Bundle of Documents (Part C) (Volume 4), on 2.8.2021 I have informed the Plaintiff that I have not been able to pay my interest for long and I am in no situation to pay with the lockdown, the Plaintiff never denied the payment for interest. S/N phaittMIUG7HekePd6thg Throughout the conversations, it is very clear that multiple time the word interest was used and Plaintiff never denied and/or alleged that he was charging interest. Rujukan kepada ‘WhatsApp’ ini adalah ekshibit D13 (Common Bundle of Documents (Volume 4) (Part C) page 274 - 280; ekshibit D67 (Common Bundle of Documents (Volume 2) (Part B) page 151; ekshibit D68(Common Bundle of Documents (Volume 2) (Part B) page 152; P1 (Common Bundle of Documents (Volume 4) (Part C) page 5 -25. Plaintif tidak menafikan kandungan ‘WhatsApp’ di atas, maka ianya adalah benar bahawa Plaintif memang mengenakan faedah atas pinjaman yang diberikan kepada D1 dan dia tidak boleh berbuat demikian kerana Plaintif bukan pemberi pinjam wang berlesen. [41] Oleh itu, Plaintif seharusnya memulangkan wang sejumlah RM17,600.00 yang merupakan perbezaan antara pinjaman sebanyak RM44,000.00 yang dipinjam oleh D1 dengan jumlah RM61,600.00 yang telah dibayar oleh D1 kepada Plaintif kerana S/N phaittMIUG7HekePd6thg faedah yang dikenakan oleh Plaintif atas pinjaman RM44,000.00 itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikenakan kerana Plaintif bukan pemberi pinjam wang berlesen dan faedah yang dikenakan juga menyalahi undang-undang. VII. Ganti rugi am untuk ditaksirkan atas tekanan, ancaman dan/ atau ugutan Plaintif atas D1. [42] D1 di dalam keterangannya memaklumkan Mahkamah dia berhenti membuat bayaran kepada Plaintif pada atau sekitar Oktober 2021 kerana anaknya iaitu D2 sakit, sebaliknya dia sekali lagi terpaksa memohon pinjaman dari Plaintif untuk rawatan anaknya. Apabila D1 berjumpa dengan Plaintif untuk meminjam RM50,000.00 bagi merawat anaknya; Plaintif telah meminta D1 menandatangan satu Surat Akuan yang menyatakan sejumlah RM138,000.00 telah dipinjam oleh D1 (ekshibit P35 - mukasurat 171 - 172 Ikatan Dokumen A4) dan Plaintif memaklumkan kepada D1, jumlah RM138,000.00 adalah faedah atas faedah. Apabila D1 menandatangani Surat Akuan itu, maka Plaintif memberitahunya tiada lagi faedah yang akan dikenakan dan Plaintif akan memberi kembali milikan kosong hartanah No. 66 dan akan memberi D1 sejumlah RM 50,000.00 untuk merawat anaknya. Malangnya, ini tidak berlaku. Sehingga kini, hartanah No. 66 itu masih dipegang S/N phaittMIUG7HekePd6thg oleh Plaintif dan D1 dibelenggu oleh hutang dengan Plaintif yang tidak berkesudahan walaupun dia telah membayar sejumlah RM61,600.00 atas jumlah sebenar yang dipinjam D1 iaitu RM44,000.00. [43] Bukan itu sahaja, D1 diganggu di rumah dan menerima ugutan dari Plaintif dan terbukti dengan satu rakaman audio yang dimainkan di Mahkamah Terbuka (Plaintif mengesahkan itu suaranya ketika pemeriksaan balas) (ekshibit D5) dan transkrip (ekshibit D6) Ikatan Dokumen A4 mukasurat 104 - 108. Nada suara Plaintif di dalam audio yang dimainkan di Mahkamah sangat kasar ketika mengingatkan D1 untuk membayar hutangnya. [44] Segala tindak tanduk Plaintif terhadap D1 seorang ibu tunggal adalah tidak sepatutnya dilakukan. Jika sekalipun D1 berhutang dengan Plaintif, tiada keperluan untuk Plaintif memaki hamun dan menggugut D1 selain memegang milikan kosong hartanah milik D1 hingga kini walaupun dia lagi tidak berhak untuk berbuat demikian sebaik sahaja SPA yang ditandantangani berkaitan hartanah tersebut telah diisytiharkan oleh Mahkamah ini sebagai batal, tidak sah dan/ atau tidak boleh dikuatkuasakan. S/N phaittMIUG7HekePd6thg [45] Akibat tindak tanduk Plaintif ini, D1 mengalami tekanan perasaan dan terbukti dia menangis ketika memberi keterangan di Mahkamah. Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju supaya satu ganti rugi sewajarnya diberikan. Ini melibatkan emosi seorang yang kehilangan suami dan mengalami masalah kewangan yang serius dan dia pergi kepada Plaintif untuk pertolongan sebaliknya dia ditekan sehingga dia hampir putus asa untuk menyelesaikan masalahnya. Di dalam kes Dato’ Stanley Issacs (suing by himself and as the administrator of the estate of to’ Puan Suzanne Thomas, deceased) v The Government of Malaysia & Ors [2019] 1 CLJ 626, Mahkamah Tinggi memutuskan: “[72] The authoritative analysis on aggravated damages is, of course, the judgment of Lord Devlin in Rookes v Barnard [1964] AC 1129 where His Lordship held that aggravated awards were appropriate where the manner in which the wrong was committed was such as to injure the plaintiff’s proper feelings of pride dignity or gave rise to humiliation, distress, insult or pain. Conduct which was offensive or accompanied by malevolence, spite, malice, insolence or arrogance could lead to recoverable intangible loss. Subsequently, the House of Lords in Broome v Cassel [1972] AC 1027 referred to mental distress, injury to feelings, indignity, humiliation and a heightened sense of injury or grievance asa a basis for an award S/N phaittMIUG7HekePd6thg for aggravated damages. The general pre-conditions of availability for such an award are exceptional or contumelious conduct or motive on the part of a defendant in committing the wrong, or in certain circumstances, subsequent to the wrong; and mental distress sustained by the plaintiff as a result (see The Law Commission Report on 16 December 1997, Item 2 of the Sixth Programme of law Reform: Damages - Aggravated, Exemplary And Restitutionary Damages, Part II - Aggravated Damages)”. Mahkamah Rayuan pula dalam Johandra Realty Sdn Bhd & Satu Lagi lwn Ketua Pengarah dan Saliran Malaysia & Satu Lagi [2021] 2 CLJ 485 memutuskan: “Undang-undang berhubung dengan tujuan ganti rugi teladan adalah mantap. Di dalam keputusan Sambaga Valli KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors And Another Appeal [2017] 1 LNS 500; [2018] 1 MLJ 784, Mahkamah ini ada beri penjelasan seperti mana berikut: “[33] The exemplary damages or punitive damages-the two terms now regarded as interchangeable – are additional damages awarded with reference to the conduct of the defendant, to signify disapproval, condemnation or denunciation of the defendant’s tortious act, and to punish the defendant. Exemplary damages may be awarded where the defendant has acted with vindictiveness or malice, or where he has acted with ‘contumelious S/N phaittMIUG7HekePd6thg disregard’for the right to the plaintiff. The primary purpose of an award of exemplary damages may be deterrent, or punitive and retributory, and the award may also have an important finction in vindicating the rights of the plaintiff…” [46] Adalah jelas niat Plaintif bukan untuk membantu D1 yang memerlukan bantuan kewangan tetapi memberi tekanan kepada D1 untuk mendapatkan bayaran balik yang segera yang nilai bayaran balik itu terlalu tinggi kerana melibatkan faedah yang tidak munasabah. Jika D1 lewat membuat bayaran, maka Plaintif akan menghantar mesej melalui ‘WhatsApp’ yang memarahi dan memaki hamun D1 dan ini didengar oleh Mahkamah ketika rakaman audio dimainkan di Mahkamah Terbuka dan diakui Plaintif itu suaranya. Perbuatan Plaintif ini bukan sahaja memalukan D1 bahkan telah memberi tekanan kepada emosinya. Selain itu, Plaintif telah memfailkan pelbagai tindakan undang-undang atas D1 untuk satu tujuan iaitu menyusahkan D1 dan atas hartanah D1 yang dipegang oleh Plaintif (walaupun Plaintif tidak berhak atas hartanah tersebut), Plaintif telah memasukkan kaveat persendirian dan menahan D1 daripada melakukan apa-apa transaksi yang melibatkan hartanah tersebut. Oleh itu, Mahkamah bersetuju mengawardkan ganti rugi teruk sebanyak RM50,000.00 kepada D1. S/N phaittMIUG7HekePd6thg B. TUNTUTAN MELIBATKAN DEFENDAN 4 [47] Plaintif mengenali D4 sekitar tahun 2017 dimana D4 telah dilantik oleh Plaintif untuk mewakilinya dalam beberapa urusan pindahmilik hartanah. D1 pula diperkenalkan kepada D4 oleh Plaintif sekitar Jun 2019 dimana Plaintif telah mendorong D1 untuk melantik D4 sebagai peguam cara di dalan urusan SPA bertarikh 5.8.2019. [48] D4 telah menyediakan deraf SPA tersebut pada sekitar Jun 2019 dan sesalinan telah diemelkan kepada Plaintif pada 25.6.2019. Deraf SPA ini disediakan oleg D4 berasaskan perintah Mahkamah bertarikh 21.8.2019 dimana D1 dinamakan sebagai pemegang amanah bagi pihak D2 dan D3. Plaintif tidak melantik peguam cara untuk bertindak bagi pihaknya sebaliknya melantik D4 sebagai pemegang taruh (stake holder) sahaja. D4 mendakwa Plaintif berbuat demikian untuk menggunakan khidmat professional D4 dalam memastikan transaksi pinjaman wang secara haram antara Plaintif dan D1 berjaya disempurnakan. [49] Plaintif gagal membayar RM50,000.00 (iaitu 10% deposit) kepada D1 melalui D4 sebagai pemegang taruh. Namun, Plaintif telah memasukkan wang secara berperingkat sejumlah RM312,000.00 S/N phaittMIUG7HekePd6thg ke dalam akaun pejabat (office account) D4 atas alasan wang tersebut merupakan baki jualan untuk hartanah D1. Plaintif melalui peguam caranya iaitu Tetuan WY Keat & Co dan Tetuan Rafik Rahim & Associates meminta D4 agar D4 menerima jumlah wang ini sebagai bayaran baki harga jualan untuk hartanah D1 tersebut dan beberapa emel telah dihantar kepada D4 meminta D4 menerima wang tersebut. Plaintif juga turut membuat aduan kepada Lembaga tatatertib Majlis Peguam Malaysia berhubung dengan isu ini. D4 mendakwa ini jelas menunjukkan niat ‘mala fide’ Plaintif dalam memastikan D4 turut terlibat dalam transaksi pinjaman wang secara tidak sah Plaintif ini. [50] Isu berkenaan Plaintif sebagai peminjam wang tanpa lesen tidak akan dibincangkan lagi kerana telah dibincangkan diatas. Mahkamah akan memutuskan kes melibatkan D4 berdasarkan isu-isu berkaitan dengan peranan D4 dalam transaksi SPA tersebut sahaja.
a
Kedudukan D4 sebagai pemegang taruh bagi pihak Plaintif [51] Perenggan 48(d) Penyata Tuntutan (Ikatan BP mukasurat 27) dimana Plaintif menuntut satu perintah injunksi agar D4 bertindak sebagai peguam pemegang taruh bagi pihak Plaintif untuk S/N phaittMIUG7HekePd6thg menyempurnakan SPA bertarikh 5.8.2019. Di perenggan 48(I), Plaintif menuntut agar D4 menyimpan RM312,000.00 tersebut sebagai pemegang taruh. [52] Peguam cara D4 menghujahkan relif-relif ini bersifat ekuiti dan di sisi undang-undang “those who come to equity must come with clean hands”. Plaintif membuat permohonan untuk mendapatkan kembali RM312,000.00 daripada simpanan RM312,000.00 dan D4 telah pun memulangkan kembali wang tersebut pada 13.1.2025. Oleh yang demikian relif di perenggan 48(I) Penyata Tuntutan tidak wujud lagi. [53] Peguam cara Plaintif menghujahkan maxim undang-undang “Ex turpi causa non oriur action” yang bermaksud “a plaintiff will be unable to pursue a legal remedy if it arises in connection with his own illegal act” seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Ngan Siong Hing v RHB Bank Bhd [2014] 2 MLJ 449. [54] Sepanjang perbicaraan, ketika Plaintif dan D1 memberi keterangan, Mahkamah mendapati SPA bertarikh 5.8.2019 bukan SPA biasa kerana terma-terma yang ada di dalam SPA tersebut tidak dipatuhi S/N phaittMIUG7HekePd6thg oleh pihak-pihak dan ini diakui oleh Plaintif ketika pemeriksaan balas oleh peguam cara D4: “ Q : And I put it to you that D4 further states that parties never adhered to the terms and conditions of the SPA there. Agree? At paragraph 4, the next page. Look at the last sentence. D4 clearly states that parties never adhered to the terms and conditions of the SPA. Agree ? A : Not all the terms and conditions, agreed. Plaintif tidak membayar RM50,000.00 sebagai deposit untuk SPA tersebut. Ini melanggar Klausa 1.1 dan D4 telah memaklumkan kepada Plaintif akan perkara ini. D1 sebagai penjual telah memberikan lanjutan masa selama sebulan kepada Plaintif untuk membayar deposit ini dan ini dapat dilihat melalui surat bertarikh 5.8.2019 (D56 Ikatan Dokumen A2 mukasurat 133). D4 sebagai peguam cara yang bertindak bagi D1 hanya menurut arahan anak guamnya yang menyatakan ada persetujuan antara D1 dan Plaintif tentang perlanjutan masa bayaran deposit tersebut. [55] Plaintif mendakwa D4 enggan memberikan butiran “client’s account” kepaa Plaintif. D4 enggan memberikan butiran “client’s account” walapun diminta oleh Plaintif hanya atas satu sebab iaitu Plaintif tidak membuat bayaran deposit sejumlah RM50,000,00 S/N phaittMIUG7HekePd6thg kepada D1 melalui D4. Obligasi sebagai pemegang taruh D4 hanya akan bermula pada ketika D4 menerima deposit (10%) harga belian hartanah No. 66 itu daripada Plaintif dan ini tidak berlaku disini.
b
Samada wang sejumlah RM312,000.00 yang dibayar Plaintif kepada D4 merupakan baki harga belian hartanah tersebut? [56] Berdasarkan klausa 2.1 SPA tersebut, baki harga belian adalah RM450,000.00 dan bukan RM312,000.00. Fakta ini dipersetujui Plaintif ketika pemeriksaan balas oleh peguam cara D4: “Q : And in clause 2.1, I put it to you that the balance purchase price is RM450,000.00 and not RM312,000.00. Do you agree? A : Balance purchase price as stated in the agreement? Q : No. Listen to the questioncarefully A : Yes, sure Q : Look at 2.1 A : Alright Q : It says the balance purchase price is RM 450,000.00 right? A : Yes S/N phaittMIUG7HekePd6thg Q : So, I put it to you that the balance purchase price is not RM 312,000.00. Do you agree with me or not? Yes or no is your answer, or you don’t know. Do not explain. YA : As per clause 2.1, balance purchase price written there RM 450,000.00, not RM 312,000.00, Yes or No? A : Agreed yes [57] Apabila D4 enggan menerima RM312,000.00 sebagai baki harga jualan hartanah No. 66, Plaintif telah membuat aduan ke Lembaga Tatatertib Majlis Peguam Malaysia (ekshibit D32, Ikatan Dokumen A3 mukasurat 67). Walaubagaimanapun ketika pemeriksaan balas, Plaintif mengesahkan bahawa aduan terhadap D4 telah ditolak oleh Majlis Peguam Malaysia. [58] Persoalan utama yang melibatkan tuntutan Plaintif dan d4 adalah samada D4 sebagai peguam cara bagi SPA tersebut bertanggungjawab menerima wang sebanyak RM312,000.00 tersebut sebagai pemegang taruh. Plaintif mendakwa wang RM312,000.00 itu adalah baki harga jualan kerana telah membayar sejumlah RM188,000.00 kepada D1. Jumlah ini dinafikan oleh D1 dan ianya juga diluar pengetahuan D4. S/N phaittMIUG7HekePd6thg [59] Plaintif ketika diperiksa balas oleh peguam cara D1 mendakwa dia ada memaklumkan kepada SD2 mengenai bayaran RM88,000.00 secara lisan. Fakta ini tidak pernah diplidkan dalam Penyata Tuntutan Plaintif dan hanya diplidkan di dalam Jawapan kepada Pembelaan D4 bahawa D4 mempunyai pengetahuan mengenai bayaran RM88,000.00 kepada D1. Ini adalah satu pemikiran kemudian. Plaintif mendakwa ada memberi kepada D1 sejumlah RM50,000.00 pada 14.7.2020 dan RM50,000.00 pada 18.10.2021 dan kedua-dua bayaran ini tidak dimaklumkan oleh Plaintif kepada D4. Kedua-dua jumlah ini gagal dibuktikan oleh Plaintif bahawa D1 telah menerima kedua-dua jumlah ini. [60] D4 hanya menyedari berkenaan bayaran RM188,000.00 pada 13.3.2023 melalui emel yang dihantar oleh Plaintif pada 11.3.2023 (Ikatan Dokumen A1 mukasurat 13 -15) dan pada waktu inilah, D4 mengsyaki bahawa transaksi ini satu transaksi pinjaman wang tanpa lesen. Ini kerana Plaintif mengakui bahawa baki harga jualan hartanah No. 66 tersebut adalah RM450,000.00 dan bukan RM312,000.00. Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam cara D4 bahawa sebagai pemegang taruh, D4 tidak bertanggungjawab memerima wang RM312,000.00 tersebut. S/N phaittMIUG7HekePd6thg [61] Apa yang jelas, SPA bertarikh 5.8.2019 adalah satu SPA yang “sham” untuk mengaburi pihak-pihak yang terlibat khususnya D4 bahawa Plaintif menjalankan pinjaman wang tanpa lesen. D4 hanya mengetahui ianya satu transaksi pinjaman wang secara haram dimana hartanah No. 66 itu adalah bertujuan dijadikan sekuriti bagi wang yang kononnya dipinjam oleh D1 dari Plaintif. Ini berlaku apabila D4 menghubungi D1 mengenai kemasukan wang sejumlah RM312,000.00 ke dalam akaun pejabat D4. D1 meminta agar D4 tidak menerima wang tersebut kerana ianya tiada kaitan dengan wang yang dipinjam oleh D1 dari Plaintif. [62] Walaupun Plaintif mendakwa D4 cuai dalam transaksi jual beli hartanah No. 66 tersebut; sebenarnya adalah Plaintif yang sejak awal tidak berterus terang atau bertindak secara bona fide apabila meminta D4 menyediakan SPA tersebut. Plaintif yang tidak mematuhi terma-terma SPA tersebut, bahkan sesuka hatinya membuat bayaran wang ke dalam akaun pejabat D4 walaupun telah dilarang berbuat demikian atas alasan wang tersebut adalah baki harga jualan hartanah tersebut sedangkan jumlah itu bukan jumlah yang tertera dalam Klausa 2.1 SPA tersebut. Mahkamah memutuskan D4 tidak pernah bertindak secara cuai dalam S/N phaittMIUG7HekePd6thg melaksanakan transaksi jual beli antara Plaintif dan D1. Apa yang dilakukan oleh Plaintif telah mencemarkan nama baik firma D4 dan juga profesionalisma mereka. D4 harus diberi pampasan yang sewajarnya atas apa yang dilakukan oleh Plaintif yang hampir merosakkan imej kepeguaman D4. D. KESIMPULAN [63] Setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah memutuskan atas beban bukti imbangan kebarangkalian, Defendan 1 berjaya membuktikan tuntutan balas atas Plaintif dan Mahkamah membenarkan tuntutan balas Defendan 1 seperti berikut: i. Tiada keperluan untuk pengistiharan ini kerana telah diputuskan melalui perintah Mahkamah bertarikh 14.11.2023; ii. Plaintif hendaklah memberikan milikan kosong hartanah No. 66, Lorong Batu Unjur 3B Taman Bayu Perdana 41200 Klang, Selangor kepada Defendan 1 dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh perintah ini; S/N phaittMIUG7HekePd6thg iii. Plaintif hendaklah memampas Defendan 1 untuk sejumlah keseluruhan sewaan tertunggak adalah RM54,000 + RM28,000 = RM82,800.00 dan berterusan. iv. Faedah yang dikenakan sebanyak 7% sebulan atas pinjaman sejumlah RM44,000.00 kepada Defendan 1 adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan; v. Plaintif memulangkan kembali sejumlah RM17,600.00 iaitu perbezaan antara pinjaman sebanyak RM44,000.00 yang dipinjam oleh Plaintif kepada Defendan Pertama dan amaun RM61,600.00 yang telah dibayar balik oleh Defendan Pertama kepada Plaintif; vi. Plaintif dan/ atau pekerja dan/ atau agennya adalah dihalang dari mengganggu, mengacau dan mendekati Defendan Pertama tanpa alasan yang munasbah, vii. Ganti rugi teruk sejumlah RM50,000.00 atas tekanan, ancaman dan ugutan Plaintif atas Defendan 1. S/N phaittMIUG7HekePd6thg viii. Kos tindakan sejumlah RM30,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan 1. Mahkamah juga memutuskan atas beban bukti imbangan kebarangkalian, Plaintif gagal membuktikan tuntutannya atas Defendan 4 dan Defendan 4 berjaya membuktikan tuntutan balas atas Plaintif dan Mahkamah membenarkan tuntutan balas Defendan untuk ganti rugi teladan sebanyak RM50,000.00 sahaja. Kos tindakan adalah sebanyak RM30,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan 4. Bertarikh 7 Mac 2025 t.t (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N phaittMIUG7HekePd6thg PEGUAM CARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Tetuan Wy Keat & Co Peguam cara, No. 44, Jalan BU 12/5, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan PEGUAM CARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Tetuan V. Samy Renu & Co. Peguam cara, No. 22, Jalan Bagor, Taman Petaling, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan : Tetuan Kames & Associates Peguam cara, No. 80-1, 1st Floor, Jalan Mahogani 1, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan : Tetuan Chambers of Siva Peguam cara, 10A, Lorong Tingkat, Off Jalan Istana, 41000 Klang Selangor Darul Ehsan S/N phaittMIUG7HekePd6thg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.