Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BL-22NCvC-12-04/2023 ANTARA AMIT CHHABRA A/L ASHOK KUMAR CHHABRA PLAINTIF
BL-22NCvC-12-04/2023
High Court of Malaysia19 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BL-22NCvC-12-04/2023 ANTARA AMIT CHHABRA A/L ASHOK KUMAR CHHABRA PLAINTIF
1
ANURADHA A/P KODIVAL @KODIVEL
2
2.
3
3.
4
TETUAN A.G ROSELI & PAUL DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 147] Ini adalah permohonan oleh Plaintif untuk menggantungkan segala bentuk perlaksanaan penghakiman bertarikh 7 Mac 2025 sehingga pelupusan muktamad rayuan Plaintif di Mahkamah Rayuan selaras dengan Aturan 45 Kaedah 11 dan/ atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 13/06/2025 09:33:22 BL-22NCvC-12-04/2023 Kand. 176 A. ALASAN-ALASAN PERMOHOHAN [1] Sekiranya penggantungan perlaksanaan penghakiman ini tidak diberi, ianya akan memprejudiskan Plaintif dan menjadikan rayuan Plaintif menjadi sia-sia. Selain itu, terdapat keraguan serius samada Defendan-defendan boleh memulangkan kembali jumlah penghakiman itu sekiranya dibayar oleh Plaintif. [2] Hak dan kepentingan Plaintif di dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan kelak akan terjejas dan Plaintif tidak akan mendapat pampasan yang adil. B. JAWAPAN DEFENDAN-DEFENDAN 1 DAN 4 [3] Tindakan ini adalah berdasarkan satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 5.8.2019 yang disamari untuk satu transaksi pinjaman wang haram yang tidak sah disisi undang-undang dan ini cara Plaintif untuk mengaut keuntungan yang tidak berpatutan. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan 2 dan 3 (anak-anak kepada Defendan 1) telah dibatalkan oleh Mahkamah ini pada 14.11.2023 dan keseluruhan tuntutan Plaintif atas Defendan 1 melalui Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [4] Perbicaraan penuh yang dijalankan adalah melibatkan tuntutan balas Defendan 1 dan tuntutan Plaintif atas Defendan 4. Pada 7.3.2025, Mahkamah telah membenarkan tuntutan balas Defendan 1 dan menolak tuntutan Plaintif atas Defendan 4 dan membenarkan tuntutan balas Defendan 4 atas Plaintif. Untuk tuntutan Plaintif yang melibatkan Defendan 1, 2 dan 3; Plaintif tidak membuat rayuan untuk keputusan Mahkamah bertarikh 28.7.2023 dan juga keputusan pada 14.11.2023. Maka kedua-dua perintah dan penghakiman tersebut adalah muktamad. [5] Penghakiman yang diperolehi oleh Defendan 1 dan 4 adalah bersifat kewangan (‘monetary judgment’). [6] Defendan 1 ada membuat bantahan awal dan menyatakan bahawa Plaintif tidak berhak untuk memfailkan permohonan ini kerana Plaintif telah gagal dan/ atau sengaja enggan membayar kos-kos yang diberikan oleh Mahkamah kepada Defendan 1. Melalui perintah Mahkamah bertarikh 14.11.2023 bagi Lampiran 50, kos yang diberikan kepada Defendan 1 adalah sebanyak RM5,000; jumlah ini tidak dibayar oleh Plaintif kepada Defendan
1
Seterusnya, melalui Guaman No.: BL-A52NCvC-60-07/2023 ianya adalah suatu tindakan yang difailkan oleh Plaintif di Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak tuntutan Plaintif ini dengan kos sebanyak RM14,000.00 melalui perintah bertarikh 22.12.2024 dan jumlah kos ini juga tidak dibayar oleh Plaintif kepada Defendan 1. Walaupun peguam cara Defendan 1 telah membuat serahan menuntut kos-kos ini dari Plaintif; namun dokumen-dokumen dipulangkan kepada peguam cara Defendan 1 dengan catatan tidak dituntut. Serahan kepada syarikat Plaintif juga dibuat, tetapi Plaintif enggan menerima serahan tersebut. [7] Plaintif gagal menunjukkan apa-apa keadaan khas untuk menjustifikasikan permohonan penggantungan perlaksanaan ini selain keingkaran Plaintif untuk mematuhi perintah-perintah Mahkamah yang dinyatakan diatas menunjukkan Plaintif tidak berniat untuk membayar apa juga penghakiman yang diperolehi Defendan 1 dan Defendan 4. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [8] Mahkamah di dalam menjalankan budi bicaranya untuk menggantungkan prosiding khususnya prosiding perlaksanaan akan berhati-hati samada untuk membenarkan permohonan seumpamanya. Ini adalah untuk mengelakkan pihak yang telah berjaya di dalam tuntutannya dari dihalang dari menikmati “fruits of litigation” atas tuntutannya. Walaubagaimanapun seandainya Plaintif berjaya menunjukkan kepada Mahkamah bahawa terdapatnya satu keadaan khas yang mewajarkan satu perintah penggantungan diberi, maka Mahkamah akan menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan permohonan penggantungan ini. [9] Apakah yang dimaksudkan dengan ‘keadaan khas’ diperjelaskan di dalam (2) otoriti yang sering diguna pakai di dalam permohonan untuk penggantungan prosiding.
a
Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Sdn Bhd [2003] 4 CLJ; [2004] 1 MLJ 257; [2003] 1 MLRA 536 dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “ The need to establish the establish the existence of special circumstances to enable the court to grant stay of execution has been well established in this country”.
b
Ming Ann Holdings Sdn Bhd v Danaharta Urus Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 380; [2002] 3 MLJ 49, [2002] 1 MLRA 214; [2002] 3 AMR 2867. Mahkamah Rayuan memutuskan: “The approach taken by most judges appears to be that a successful litigant should not be deprived of the fruits of a judgment obtained in his favour, unless there are special circumstances (or special grounds) that justify a stay of execution to be granted. The weight of authorities appears to me to say that the special circumstances must be special, not ordinary, common or usual circumstances and that go to the execution of the judgment and not to the validity or correctness of the judgment (or merits of the appeal). Many judges considered the question whether the appeal, if successful, is rendered nugatory under the special circumstances, (sometimes, the phrase used is whether the appellant, if successful, can be restored to its former position). The general view appears to be that that is the more, if not the most, important factor of all. Of course, no one ever attempts to define special circumstances, for good reasons. It is also a common view that it depends on the facts of a particular case. Thus, ‘business realities’ has been taken into consideration, I believe under this head. It is a common view that merits of the appeal (or correctness or validity of the judgment) is not special circumstances. Some judges do not use the term “special circumstance’. They straight away consider whether the appeal, if successful, would be nugatory. Examples are Mohamed Mustafa and Gentali (M) Sdn Bhd v Kawasaki Sunrock Sdn Bhd [1997] 1 CLJ 70; [1996] 3 MLJ 597 (CA) and the term was used “in the sense that the appellant is deprived of the fruits of his success. I think it does not matter whether the nugatory factor is considered under the head ‘special circumstances’ or not, so long as it is considered. [penekanan oleh Mahkamah] [10] Di dalam permohonan untuk penggantungan perlaksanaan penghakiman, Plaintif hanya menyatakan bahawa sekiranya penggantungan perlaksanaan ini akan menjadikan rayuannya di Mahkamah Rayuan menjadi sia-sia. Seksyen 73 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan rayuan tidak berfungsi sebagai satu penggantungan perlaksanaan. “Appeal not to operate as stay of execution
73
An appeal shall not operate as a stay of execution or of proceedings under the decision appealed from unless the court below or the Court of Appeal so orders and no intermediate act or proceeding shall be invalidated except so far as the Court of Appeal may direct.” Apakah yang terjumlah kepada satu keadaan istimewa yang wujud disini yang ditunjukkan oleh Plaintif. Mahkamah merujuk kepada kes Salconmas Sdn Bhd v Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri & Anor [2021] 7MLJ 907 dimana Mahkamah Tinggi memutuskan: - “[14] Based on the above authorities, the defendants submitted that there is no definitive and exhaustive list of what constitutes special circumstances. Special circumstances are dependent on the peculiar facts of each case and nugatory is one of its kind. This has been clearly reiterated in Jagdis Singh a/l Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd [2013] 4 MLJ 213… [61] Based on the above authorities, it is plain and clear that in granting or refusing the stay application, the court has to take into account among others, the factors of special circumstances and an appeal would be rendered nugatory if the stay is refused”. [11] Berdasarkan dua (2) otoriti di atas, beban adalah atas Plaintif untuk menunjukkan apakah keadaan khas yang mendorong Mahkamah ini untuk melaksanakan budi bicaranya membenarkan satu penggantungan perlaksanaan penghakiman tersebut. Daripada pembacaan Mahkamah atas affidavit dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati Defendan-defendan 1 dan 4 tidak seharusnya dihalang dari menikmati hasil litigasinya lebih-lebih lagi ianya satu penghakiman selepas perbicaraan penuh. [12] Tiada sebarang keadaan khas yang ditunjukkan oleh Plaintif disini. Plaintif menyatakan kegusarannya mengenai ketidakmampuan Defendan-defendan 1 dan 4 membayar kembali jumlah penghakiman tersebut; namun dia sendiri ingkar untuk membayar kos-kos yang telah diawadkan kepada Defendan 1 tanpa sebarang alasan dan sebab yang munasabah. [13] Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati Plaintif gagal memenuhi kriteria yang diperlukan untuk Mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan permohonan penggantungan perlaksanaan ini dan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak menjadikannya satu alasan untuk penggantungan perlaksanaan. [13] Oleh itu, Mahkamah menolak permohonan Plaintif di Lampiran 147 dengan kos sebanyak RM3,000. Bertarikh 19 Mei 2025 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAM CARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Tetuan Wy Keat & Co Peguam cara, No. 44, Jalan BU 12/5, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan PEGUAM CARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Tetuan V. Samy Renu & Co. Peguam cara, No. 22, Jalan Bagor, Taman Petaling, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan : Tetuan Kames & Associates Peguam cara, No. 80-1, 1st Floor, Jalan Mahogani 1, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan : Tetuan Chambers of Siva Peguam cara, 10A, Lorong Tingkat, Off Jalan Istana, 41000 Klang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.