Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: KB-25-4-09/2025 ANTARA AMITY ELITE SECURITY SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 201001030888 [914809-D]) … PEMOHON
KB-25-4-09/2025
High Court of Malaysia4 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“verify the originality of this document via eFILING portal 12 Act or into any dispute as to such matter or into the death of or injury to an employee (not the subject of an investigation under the *Electricity Supply Act 1990 [Act 116], or the Factories and Machinery Act 1967, or any written law relating to mining for”
“12 Act or into any dispute as to such matter or into the death of or injury to an employee (not the subject of an investigation under the *Electricity Supply Act 1990 [Act 116], or the Factories and Machinery Act 1967, or any written law relating to mining for the time being in force in Malaysia or any part thereof) or”
“enai isu ini, Mahkamah merujuk pada kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia & Ors v. Latheefa Beebi Koya & Anor [2017] 5 MLJ 349, Sundra Rajoo a/l Nadarajah v. Menteri Luar Negeri, Malaysia & Ors [2021] MLJU 943 dan kes Yeap Hock Seng @ Ah Seng v. Minister for Home Affairs, Malaysia & Ors [1975] 2 MLJ 279.”
“34. Di dalam kes Dr. Che Abdul Daim bin Hj Zainuddin & Ors v. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia & Anor [2024] MLJU 683 Wan Ahmad Farid Wan Salleh H (pada ketika itu) menyatakan: “As stated by the Federal Court in Latheefa Beebi Koya, mere suspicion or even an allegation of intimidation is insufficient. It might pe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: KB-25-4-09/2025 ANTARA AMITY ELITE SECURITY SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 201001030888 [914809-D]) … PEMOHON
1
YUSZATUNAIM BINTI YUSOF PENOLONG PENGARAH TENAGA KANAN, PEJABAT TENAGA KERJA
2
RUSMAWATI BINTI ABDUL MANAF, PEGAWAI TENAGA KANAN, PEJABAT
3
PENGARAH TENAGA KERJA NEGERI KEDAH DARUL
4
KETUA PENGARAH TENAGA SEMENANJUNG MALAYSIA … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Notis Bantahan Awal Peguam Negara Kandungan 7)
1
Peguam Negara telah memfailkan Notis Bantahan Awal melalui surat bertarikh 13.11.2025 (Kandungan 7) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh Pemohon mengikut Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”).
2
Pemohon telah memohon perintah deklarasi atau certiorari berkenaan tindakan pemeriksaan serta keputusan berkaitan yang telah dibuat oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Langkawi.
3
Isu utama bagi permohonan ini adalah sama ada Pemohon berjaya memenuhi ambang bagi kebenaran semakan kehakiman.
4
Mahkamah telah membenarkan Notis Bantahan Awal (Kandungan 7) tersebut dan seterusnya menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman Pemohon tersebut.
5
Pemohon di dalam kes ini adalah sebuah syarikat kawalan keselamatan berlesen manakala Responden-Responden adalah pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Langkawi, Pengarah Tenaga Kerja Negeri Kedah, dan Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
6
Pada 07.12.2023 terdapat tuntutan buruh difailkan oleh tujuh orang bekas pekerja Pemohon (kes buruh pertama) bagi pembayaran baki gaji minimum terhadap Pemohon.
7
Pada 13.08.2024 terdapat kes buruh kedua difailkan oleh seorang lagi bekas pekerja juga bagi menuntut bayaran baki gaji minimum.
8
Kedua-dua tuntutan tersebut difailkan di JTK Langkawi.
9
Sebelum perbicaraan kes buruh pertama bermula, Pemohon telah memfailkan bantahan awal kerana difailkan melebihi tempoh had masa ditetapkan. Namun bantahan awal tersebut telah ditolak oleh Pegawai Pendengar dari JTK Langkawi.
10
Pemohon seterusnya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dan memperolehi penggantungan prosiding sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
11
Bagi tuntutan kedua, Pemohon juga telah memfailkan bantahan awal atas alasan yang sama. Bantahan awal tersebut juga telah S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ ditolak oleh Pegawai Pendengar. Namun perbicaraan bagi kes buruh kedua masih belum ditetapkan.
12
Semasa kes-kes tersebut masih dilupuskan, Responden Kedua (R2) telah menjalankan pemeriksaan di premis Pemohon di Sungai Petani pada 26,06.2025. Pemohon telah diarahkan untuk mengemukakan Borang Permohonan Kerja dan salinan penyata gaji lapan bekas pekerja tersebut.
13
Pemohon mendakwa tindakan ini mempunyai unsur mala fide dan ketidakteraturan prosedur kerana:
i
Pemeriksaan dilakukan oleh pegawai dari JTK Langkawi, bukannya JTK Sungai Petani;
II
(ii) Pegawai didakwa gagal memaklumkan tujuan kehadiran mereka; dan
III
(iii) Pemohon diarahkan menyerahkan dokumen gaji dan permohonan kerja bagi individu-individu tertentu yang terlibat dalam kes-kes buruh yang masih belum diputuskan.
14
Oleh itu, Pemohon telah memfailkan semakan kehakiman ini untuk mendapatkan perintah Deklarasi atau Certiorari bagi membatalkan sesi pemeriksaan tersebut dan keputusan berkaitan yang dibuat oleh Responden-Responden seperti berikut: S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ a. Satu
para
Deklarasi/Certiorari bahawa, Sesi Pemeriksaan yang dijalankan oleh Responden Kedua di Premis Pemohon pada tarikh 26.06.2026 adalah tidak sah dan dibatalkan sepenuhnya; b. Satu Perintah Deklarasi/Certiorari bahawa, Notis Saman di bawah Seksyen 79 Akta Kerja 1955 bertarikh 26.06.2025 yang dikeluarkan oleh Responden Kedua kepada Pemohon adalah tidak sah, diketepikan dan dibatalkan sepenuhnya; c. Satu Perintah Deklarasi bahawa kesemua dokumentasi yang diambil dan dirampas oleh Responden Kedua pada tarikh 26.06.2025 adalah melibatkan/berkaitan dengan tuntutan Baki Gaji Minimum yang menjadi Perkara ["Subject Matter"] dalam [Kes Buruh No.: KBR/10204/2024/0029] dan [Kes Buruh No.: KBR/10204/2023/0045] yang masih belum didengar dan dibicarakan oleh Pegawai Pendengar, Pejabat Tenaga Kerja Langkawi, Kedah Darul Aman; d. Satu Perintah bahawa Dokumen-Dokumen Sulit milik Pemohon yang telahpun diambil dan dirampas secara salah di bawah Undang-Undang oleh Responden Kedua hendaklah dikembalikan semula kepada Pemohon; e. Satu Perintah Deklarasi bahawa tiada Proses Siasatan di bawah Akta Kerja 1955 dijalankan oleh Responden-Responden selepas tarikh 26.06.2025 dan Pemohon tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah peruntukan Akta S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ tersebut yang membolehkan Prosiding Pendakwaan dimulakan terhadap Pemohon di mana-mana Mahkamah; f. Satu Perintah Deklarasi/Certiorari bahawa, keputusan oleh Responden Pertama pada tarikh 20.07.2025 bahawa, Sesi Pemeriksaan oleh Responden Kedua dijalankan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 adalah tidak sah, diketepikan dan dibatalkan sepenuhnya; g. Satu Perintah Deklarasi/Certiorari bahawa keputusan yang dibuat oleh Responden Pertama pada tarikh 20.07.2025 adalah bercanggah dan tidak selari dengan Pemeriksaan yang dijalankan oleh Responden Kedua di Premis Pemohon pada tarikh 26.06.2025 sekaligus, tidak sah dan dibatalkan sepenuhnya; h. Satu Perintah Deklarasi bahawa tiada Proses Siasatan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dijalankan oleh Responden-Responden selepas tarikh 26.06.2025 dan Pemohon tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah peruntukan Akta tersebut yang membolehkan Prosiding Pendakwaan dimulakan terhadap Pemohon di mana-mana Mahkamah; i. Satu Perintah bahawa segala Pelaksanaan Prosiding Pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 terhadap Pemohon di mana-mana Mahkamah hendaklah digantung pelaksanaannya S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ sehingga pelupusan permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan di hadapan Mahkamah ini. Prinsip Undang-Undang
15
Menurut Aturan 53 kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 mana-mana pihak yang terjejas oleh sesuatu keputusan, tindakan atau kegagalan berkaitan pelaksanaan tugas atau fungsi awam mempunyai hak untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.
2
Permohonan (A. 53, k. 2)
1
Suatu permohonan bagi apa-apa relief yang dinyatakan dalam perenggan 1 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (selain permohonan bagi perintah habeas corpus) hendaklah dalam Borang 109. ………………….
4
Mana-mana orang yang terjejas dengan keputusan mana-mana pihak berkuasa awam berhak membuat permohonan itu.
16
Permohonan semakan kehakiman hanya boleh dimulakan setelah kebenaran Mahkamah diperolehi terlebih dahulu sebagaimana diperuntukkan di bawah Aturan 53 kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ
3
Kebenaran (A. 53, k. 3)
1
Permohonan di bawah Aturan ini tidak boleh dibuat melainkan jika kebenaran baginya telah diberikan mengikut kaedah ini.
17
Pada peringkat permohonan kebenaran (leave stage), Mahkamah tidak meneliti merit atau fakta kes secara mendalam.
18
Peranan Mahkamah pada peringkat ini hanyalah untuk menentukan sama ada Pemohon telah berjaya melepasi ambang minimum, iaitu menunjukkan wujudnya suatu kes yang boleh dihujahkan (arguable case).
19
Permohonan kebenaran tidak sewajarnya ditolak pada peringkat ini melainkan sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan tersebut adalah jelas remeh, menyusahkan (frivolous or vexatious), atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
20
Sekiranya Mahkamah mendapati bahawa terdapat isu-isu yang memerlukan siasatan dan penilaian lanjut melalui penelitian keterangan serta hujah perundangan yang lengkap, maka kebenaran wajar diberikan untuk kes tersebut didengar secara substantive (Rujuk kes WRP Asia Pacific Sdn. Bhd. v. Tenaga Nasional Bhd. [2012] 4 MLJ 296 dan kes Tang Kwor Ham & Ors v. Pengurus Danaharta Nasional Bhd. & Ors [2006] 5 MLJ 159). S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ Bantahan awal Peguam Negara
21
Peguam Negara telah mengemukakan bantahan awal bagi permohonan kebenaran semakan kehakiman ini atas dua alasan iaitu: a. Pemeriksaan premis dan Notis Saman bertarikh 26.06.2025 di bawah Akta Kerja 1955 serta surat bertarikh 20.07.2025 yang ingin dicabar tidak mendedahkan apa-apa elemen “keputusan” yang boleh disemak; dan b. relif penggantungan prosiding bagi pendakwaan bertentangan dengan kehendak undang-undang. Isu 1 - Sama ada terdapat keputusan untuk semakan Isu 2 - Sama ada wujud mala fide dalam tindakan atau keputusan pegawai-pegawai JTK Langkawi
22
Isu 1 dan Isu 2 akan dibincangkan secara bersama kerana saling bersangkutan.
23
Peguam Negara telah merujuk pada kes Empayar Canggih Sdn. Bhd. v. Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK [2018] supp MLJ 16 dan menegaskan bahawa tindakan di bawah fungsi penyiasatan bukanlah suatu "keputusan" muktamad yang melayakkannya disemak oleh Mahkamah. S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ
24
Pemohon sebaliknya mengambil pendirian bahawa Aturan 53 KKM 2012 membenarkan semakan terhadap "tindakan" oleh pihak berkuasa. Terdapat pengecualian undang-undang apabila terdapat terdapat bukti mala fide atau ketidakabsahan undang-undang dalam tindakan pihak berkuasa.
25
Bagi menentukan mengenai isu ini, Mahkamah merujuk pada kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia & Ors v. Latheefa Beebi Koya & Anor [2017] 5 MLJ 349, Sundra Rajoo a/l Nadarajah v. Menteri Luar Negeri, Malaysia & Ors [2021] MLJU 943 dan kes Yeap Hock Seng @ Ah Seng v. Minister for Home Affairs, Malaysia & Ors [1975] 2 MLJ 279.
26
Berdasarkan otoriti-otoriti tersebut, prinsip-prinsip yang relevan boleh dirumuskan seperti berikut: a) Tindakan yang diambil dalam pelaksanaan fungsi penyiasatan atau penguatkuasaan jenayah secara amnya bukan suatu “keputusan” muktamad yang boleh disemak melalui semakan kehakiman; b) Mahkamah hanya akan campur tangan sekiranya terdapat keadaan khas seperti mala fide, penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang; dan c) Sama ada wujud mala fide dalam tindakan atau keputusan pegawai-pegawai JTK Langkawi. S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ
27
Pemohon mendakwa terdapat mala fide dan niat sampingan (collateral purpose) dalam tindakan pegawai JTK. Pemeriksaan premis pada 26.06.2025 dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan dokumen bagi menyokong tuntutan pengadu dalam dua kes buruh yang masih aktif di JTK Langkawi.
28
Dokumen yang diarahkan untuk dikemukakan dan dirampas oleh Pegawai JTK hanya melibatkan 8 pengadu dalam 2 kes buruh yang belum diputuskan. Pemeriksaan yang dibuat adalah di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
29
Namun Notis Saman (Borang F) yang dikeluarkan pada hari pemeriksaan merujuk kepada s. 79 Akta Kerja 1955 (Akta 265). Oleh itu, dakwaan penggunaan Akta 732 hanyalah pemikiran terkemudian untuk menutup ketidakaturan prosedur.
30
Bagi isu ini, Mahkamah mendapati bahawa s. 79 Akta 265 secara jelas memperuntukkan kuasa kepada pihak JTK untuk menjalankan inkuiri dan mendapatkan maklumat atau dokumen berkaitan apabila terdapat aduan atau syak munasabah mengenai pelanggaran Akta tersebut. Powers of Director General to investigate possible offences under this Act
79
(1) Whenever the Director General has reasonable grounds for suspecting that an offence under this Act has been committed, or wishes to inquire into any matter dealt with by this S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ Act or into any dispute as to such matter or into the death of or injury to an employee (not the subject of an investigation under the *Electricity Supply Act 1990 [Act 116], or the Factories and Machinery Act 1967, or any written law relating to mining for the time being in force in Malaysia or any part thereof) or into any matter connected with the keeping of registers and other documents, or whenever any person complains to the Director General of any breach of any provision of this Act, the Director General may summon any person who he has reason to believe can give information respecting such offence or the subject matter of such inquiry or complaint.
2
If upon inquiry as aforesaid the Director General is of opinion that an offence has been committed, he may institute such criminal proceedings as he may deem necessary.
3
A summons issued under this section shall be in such form as may be prescribed.
31
Seksyen 26 Akta 732 juga secara nyata memberikan kuasa kepada pegawai penguatkuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta tersebut. Section 26. Powers of the enforcement officer An enforcement officer shall have all powers to –
a
investigate into any offence under this Act;
b
conduct any inquiry under this Act; and
c
enforce any provision of this Act. S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ
32
Tiada peruntukan dalam Akta 265 mahupun 732 yang menghalang pihak JTK daripada menjalankan siasatan secara serentak di bawah kedua-dua Akta tersebut.
33
Dalam keadaan ini, fakta bahawa dokumen-dokumen yang diperoleh berkaitan dengan kes buruh yang masih berjalan tidak dengan sendirinya menunjukkan kewujudan mala fide atau collateral purpose di pihak pegawai-pegawai JTK Langkawi.
34
Di dalam kes Dr. Che Abdul Daim bin Hj Zainuddin & Ors v. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia & Anor [2024] MLJU 683 Wan Ahmad Farid Wan Salleh H (pada ketika itu) menyatakan: “As stated by the Federal Court in Latheefa Beebi Koya, mere suspicion or even an allegation of intimidation is insufficient. It might perhaps be open to the applicants to suggest that the circumstances surrounding the issuance of notices, the seizures of documents or even the freezing of the accounts might possibly relate to some suspicion of mala fide, but this cannot be taken for granted or considered sufficient proof by itself; see Yeap Hock Seng @ Ah Seng v Minister for Home Affairs, Malaysia & Ors [1975] 2 MLJ 279”.
35
Beban untuk membuktikan mala fide adalah berat dan memerlukan bukti yang jelas mengenai niat jahat atau motif tidak wajar, dan bukannya sekadar syak wasangka. S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ
36
Pemohon tidak diprejudiskan semata-mata kerana pegawai JTK menyita dokumen yang berkaitan dengan kes-kes buruh yang sedang aktif, memandangkan Pemohon masih mempunyai hak dan ruang untuk membangkitkan isu ini semasa perbicaraan kes-kes tersebut.
37
Namun Pemohon sendiri telah gagal menghadiri inkuiri setelah diserahkan Notis Saman di bawah s. 79 Akta 265.
38
Sehubungan dengan itu, Mahkamah mendapati bahawa tindakan pemeriksaan premis, pengeluaran Notis Saman dan siasatan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai JTK Langkawi adalah tindakan yang dibuat dalam pelaksanaan fungsi penyiasatan yang sah di sisi undang-undang dan bukan suatu “keputusan” muktamad yang mewajarkan campur tangan Mahkamah melalui semakan kehakiman.
39
Mahkamah juga mendapati bahawa Pemohon gagal menunjukkan kewujudan keadaan khas atau elemen mala fide yang mencukupi bagi membolehkan permohonan semakan kehakiman ini diteruskan. Isu 3 - Sama ada relif penggantungan prosiding pendakwaan boleh dibenarkan
40
Pemohon menghujahkan bahawa permohonan untuk menggantung prosiding pendakwaan jenayah sementara S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ menunggu pelupusan semakan kehakiman adalah sah di sisi undang-undang dan bertujuan untuk mengekalkan status quo.
41
Menurut Pemohon, relif tersebut bukanlah suatu injunksi terhadap Kerajaan dan oleh itu tidak dihalang oleh s. 29 Akta Prosiding Kerajaan 1956.
42
Pihak Peguam Negara pula berhujah bahawa relif penggantungan prosiding yang dipohon pada hakikatnya terjumlah kepada suatu injunksi terhadap Kerajaan yang secara nyata dilarang di bawah s. 29(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan s. 54(d) Akta Relif Spesifik 1950.
43
Seksyen 29(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956 memperuntukkan seperti berikut:
1
In any civil proceedings by or against the Government the court shall, subject to this Act, have power to make all such orders as it has power to make in proceedings between subjects, and otherwise to give such appropriate relief as the case may require: Provided that –
a
where in any proceedings against the Government any such relief is sought as might in proceedings between subjects be granted by way of injunction or specific performance, the court shall not grant an injunction or make an order for specific S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ performance, but may in lieu thereof make an order declaratory of the rights of the parties; and
b
...”
44
Manakala s. 54 Akta Relif Spesifik 1950 menyatakan seperti berikut: “An injunction cannot be granted –
a
- (c) ....
d
to interfere with the public duties of any department of any Government in Malaysia, or with the sovereign acts of a foreign Government;
e
– (k) ...’.”
45
Rujukan juga dibuat pada kes Sundra Rajoo a/l Nadarajah v. Menteri Luar Negeri, Malaysia & Ors [2021] MLJU 943.
46
Berdasarkan peruntukan-peruntukan dan kes dirujuk, prinsip-prinsip yang terpakai dapat disimpulkan seperti berikut: a) Mahkamah tidak boleh membenarkan relif berbentuk injunksi yang mempunyai kesan menghalang pelaksanaan fungsi awam atau pendakwaan oleh Kerajaan; b) Mahkamah hanya akan campur tangan terhadap proses pendakwaan dalam keadaan khas yang menunjukkan S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ wujud ketidakabsahan yang nyata atau penyalahgunaan kuasa; dan c) Semakan kehakiman bukan forum yang sesuai untuk menentukan isu substantif yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Jenayah setelah pertuduhan jenayah difailkan.
47
Di dalam permohonan ini, Pemohon mendakwa bahawa tiada siasatan yang sah dijalankan di bawah Akta 732 sebelum pertuduhan difailkan terhadap Pemohon.
48
Walau bagaimanapun, Mahkamah berpendapat bahawa hujahan ini tidak dapat dipertahankan memandangkan fakta menunjukkan bahawa pemeriksaan premis dan pengambilan dokumen telah dijalankan oleh pegawai-pegawai JTK Langkawi sebelum pertuduhan dimulakan.
49
Selaras dengan prinsip di dalam kes Lembaga Minyak Sawit Malaysia & Anor v. Innovans Palm Industries Sdn. Bhd. [2023] 2 MLJ 742 yang mana Nantha Balan HMR (pada ketika itu) menegaskan proses penyiasatan dan pendakwaan jenayah hendaklah dilindungi daripada campur tangan melalui semakan kehakiman kerana ia akan mengganggu bidang kuasa Mahkamah Jenayah yang sedang mendengar pertuduhan tersebut. S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ
50
Dalam keadaan ini, tindakan pemeriksaan dan rampasan dokumen oleh pihak JTK Langkawi adalah sebahagian daripada pelaksanaan fungsi penyiasatan yang sah di bawah Akta 265 dan Akta 732.
51
Oleh itu, tiada keadaan khas yang mewajarkan campur tangan Mahkamah terhadap proses pendakwaan yang sedang dijalankan.
52
Mahkamah turut mengambil perhatian bahawa Pemohon telahpun dipertuduhkan di Mahkamah Majistret Langkawi di bawah s. 43 Akta 732.
53
Di antara relif yang dipohon oleh Pemohon dalam semakan kehakiman ini ialah deklarasi bahawa Pemohon tidak melakukan kesalahan, tiada siasatan dijalankan dan perintah pemulangan dokumen-dokumen yang dirampas.
54
Walau bagaimanapun, relif-relif tersebut pada hakikatnya melibatkan penentuan isu substantif jenayah yang kini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret. Semakan kehakiman bukan forum yang sesuai untuk menentukan isu pembelaan atau kesahan pertuduhan jenayah yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Jenayah.
55
Merujuk pada kes Innovans Palm Industries (supra) di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ “Once criminal prosecution has been instituted, then the matter is within the jurisdiction of the magistrate in Criminal Summons 376 to deal with claims as to ownership or whether or not to release or forfeit the same pursuant to s 56(1) of the Act. It is only if there is no prosecution that the DG is empowered to deal with seized items under s 57(1) of the Act”.
56
Sehubungan dengan itu, bagi isu ini, Mahkamah mendapati bahawa relif penggantungan prosiding pendakwaan yang dipohon oleh Pemohon adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang serta menjemput Mahkamah untuk mencampuri bidang kuasa Mahkamah Jenayah.
57
Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa tiada asas undang-undang yang membolehkan relif penggantungan prosiding pendakwaan diberikan dalam permohonan semakan kehakiman ini. Keputusan
58
Setelah meneliti permohonan Pemohon dan Notis Bantahan Awal Peguam Negara serta hujahan bertulis difailkan, Mahkamah mendapati bahawa Pemohon gagal melepasi ambang untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.
59
Oleh yang demikian, bantahan awal Peguam Negara (Kandungan 7) dibenarkan dan permohonan Pemohon bagi S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ini ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00. Bertarikh 18 Mei 2026 (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani Kedah Darul Aman Peguam bagi pihak Pemohon: Mohamad Irwan Shah Md Asri (Tetuan Aswandi Hashim & Co.) Peguam Persekutuan bagi pihak Peguam Negara : Nurul Waheda binti Abd Rahman Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah S/N At5VkKnWOkq1favkV88qQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.