Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA – A52NCvC – 414 – 05 / 2024 ANTARA HAVANA CLUB CONCEPT (M) SDN BHD …PLAINTIF v. AMPANG HOTEL SDN BHD. …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Permohonan Plaintif di bawah A.14 KKM 2012 [1] Ini adalah permohonan pihak Plaintif selaras dengan Aturan 14 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah ini untuk penghakiman terus untuk suatu penghakiman bahawa Defendan membayar kepada Plaintif sejumlah RM354,093.76 yang terdiri daripada sewa bulanan tertunggak dan caj lain yang perlu dibayar berhubung dengan penyewaan premis yang dikenali sebagai Unit G1.0 yang terletak di Tingkat Bawah Wisma Concorde dan Concorde Hotel dan faedah ke atas amaun yang dinyatakan di atas pada kadar 12% setahun. 14/02/2025 08:23:07 WA-B52NCvC-444-10/2023 Kand. 22 ANALISA DAN KEPUTUSAN [2] Tuntutan Plaintif adalah satu tuntutan yang mudah dan jelas untuk jumlah baki tertunggak sebanyak RM354,093.76 yang merupakan tunggakan sewa dan utiliti seperti yang dapat dilihat dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif. [3] Permohonan Plaintif berdasarkan fakta bahawa Defendan telah gagal menunjukkan sebarang pembelaan , dan oleh itu, tiada isu yang boleh dibicarakan. Fakta-fakta penting [4] Melalui Perjanjian Sewaan bertarikh 20.10.2010 yang dimeterai antara Plaintif di satu pihak dan Defendan di bawah nama sebelumnya, Habanos Club Sdn Bhd, di pihak yang lain, Plaintif telah menyewakan premis yang dikenali sebagai Unit G1.0 yang terletak di Tingkat Bawah bangunan Wisma Concorde/Concorde Hotel ("Premis") kepada Defendan untuk tempoh dua (2) tahun ("Tempoh Permulaan") berdasarkan terma dan syarat yang terkandung di dalamnya. [5] Setelah tamat Tempoh Permulaan, pihak-pihak telah bersetuju untuk memperbaharui Sewaan dari 1.07.2012 hingga 30.06.2014, kemudian dari 1.07.2014 hingga 30.06.2016, dan seterusnya untuk tempoh dua tahun berturut-turut sehingga 30.06.2022. [6] Seperti yang dipersetujui antara pihak-pihak, hanya kadar sewa yang diselaraskan dan semua terma serta syarat lain kekal seperti dalam Perjanjian Sewaan bertarikh 20.10.2010.