9.8. Tertuduh kemudian ingin menjual Tanah-Tanah tersebut sedangkan Tertuduh tahu waris-waris lain bagi Md Daud Bin Jakek masih lagi hidup dan mendiami kedua-dua tanah tersebut. Hanya tanah di GM 77, Lot 230 Mukim Jeram Simpang Ampat Daerah Kuala Selangor yang berjaya dijual kepada pihak ketiga. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Menurut Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), pihak Pendakwaan perlu membuktikan satu kes “prima facie” di akhir kes pendakwaan. Seksyen 180(4) KTJ pula menyatakan bahawa satu kes “prima facie” telah dibuktikan terhadap Tertuduh sekiranya pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan-keterangan yang kredible untuk membuktikan setiap elemen jenayah dan jika tidak dibantah atau tidak dijelaskan oleh Tertuduh akan mewajarkan suatu sabitan. Dengan kata lain, prima facie bermakna pihak Pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen pertuduhan dan fakta pada asasnya tidak mustahil/not inherently incredible. [11] Maksud prima facie telah dibincangkan dalam banyak kes terdahulu, contohnya dalam kes Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456, Mahkamah Persekutuan menyatakan- “’Prima Facie’, means on the face of it or at the first glance. So, ‘a prima facie case’ is a ‘case which is sufficient to call for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establishe a fact in the absence of any evidence to the contrary, is not conclusive’ (see the Oxford Companion to Law at p 987). ‘Prima facie evidence’ is evidence where ‘a party’s evidence in support of any issue is so weighty that no reasonable man could help decidimg the issue in his favour in the absence of further evidence’ (see Cross on Evidence (2nd Edn) at pp. and 25; and also per Wee Chong Jin CJ in Gan Soo Swee & Anor v. Ramoo [1969] 1 MLJ 59 at p 61).” [12] Dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 at 464, menurut Gopal Sri Ram HMR, penilaian maksima terhadap kes pendakwaan adalah diwajibkan bagi menentukan kes prima facie: “[8] The respondent before us was charged with an offence of trafficking a proscribed drug contrary to s. 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952 (“the Act”) and punishable under s. 39B(2) of the Act. He was convicted of that offence by the High Court on 21 July 1994 and sentenced to death. He then appealed to the Court of Appeal. That court by a majority (KC Vohrah JCA dissenting) reversed the High Court and set aside the sentence of death. However, it convicted the appellant of the lesser offence of possession under s. 39A(2) of the Act. A sentence of 18 years imprisonment from the date of arrest and ten strokes of whipping was imposed on the respondent. The prosecution being dissatisfied with the decision appealed to this court. Before we address the appeal on its merits, there is a matter that needs to be dealt with. [12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused’s favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. See, Tai Chai Keh v. Public Prosecutor [1948-49] MLJ Supp 105; Public Prosecutor v. Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230. [13] Selanjutnya Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa, “If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond a reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution’s case renders the prima facie case one that is established beyond a reasonable doubt. [14] Maka dalam kes ini diwujudkan suatu garis panduan kepada Mahkamah, tentang bagaimana menjalankan tanggungjawabnya di bawah Seksyen 173(f) dan 180 KTJ, “Put shortly, what the trial court is obliged to do under ss. 173(f) and 180 of the CPC is to ask itself the question: If the accused elects to remain silent, as he is perfectly entitled to do, am I prepared to convict him on the evidence now before me? See, Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232. If the answer to that question is in the affirmative, then the defence must be called. And if the accused remains silent, he must be convicted. If the answer is in the negative, then the accused must be acquitted. … [13] In Public Prosecutor v. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215, Augustine Paul J described what a prima facie case is in the following terms: A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case has been made out in order to call for the defence.”. [15] Bagi pertuduhan di sini, Seksyen 193 Kanun Keseksaan (KK) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan memberikan keterangan palsu adalah pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda. Peruntukan disalinkan seperti berikut - “Punishment for false evidence 193. Whoever intentionally gives false evidence in any stage of a judicial proceeding, or fabricates false evidence for the purpose of being used in any stage of a judicial proceeding, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine…”. [16] Bagi membuktikan pertuduhan dalam kes ini, berikut adalah elemen-elemen untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Tertuduh – a) Tertuduh terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan hal yang sebenarnya; b) Tertuduh membuat suatu akuan atau kenyataan; c) Akuan atau keterangan digunakan pada mana-mana peringkat prosiding kehakiman atau bagi maksud untuk digunakan pada mana-mana peringkat prosiding; d) Akuan atau keterangan tersebut adalah palsu; e) Sama ada Tertuduh mengetahui atau mempercayai akuan atau keterangan itu sebagai palsu; dan f) Tertuduh dengan sengaja/berniat untuk membuat kenyataan atau akuan tersebut. DAPATAN MAHKAMAH [17] Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, di akhir kes pendakwaan, tugas Mahkamah adalah untuk mempertimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan ke atasnya melalui penilaian maksima terhadap semua keterangan pihak pendakwaan. [18] Mahkamah mendapati, dalam senarai saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan semasa kes pendakwaan, SP1 hingga SP10 adalah saksi-saksi yang mempunyai kaitan kekeluargaan dan mengetahui tentang Md Daud bin Jakek yang merupakan moyang mereka yang telah meninggalkan harta pusaka berupa tanah-tanah yang masih didiami oleh waris-warisnya iaitu tanah-tanah di GM 77 Lot 230 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor dan GM 78 Lot 235 Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor. [19] Md Daud bin Jakek @ Mat Daud bin Jakek (Si Mati) telah meninggal dunia tanpa wasiat pada 31-12-1947 dan mempunyai 7 orang anak iaitu Tamin, Rukayah, Hajar, Bimah, Minah, Napsiah dan Samad. Daripada keseluruhan harta pesaka peninggalan Md. Daud bin Jakek ini terdapat 2 hartanah yang terletak di Kuala Selangor iaitu hakmilik GM 77 No. Lot 230 (GM 77) dan GM 78 No. Lot 235 (GM 78) Mukim Jeram, Simpang Ampat, Daerah Kuala Selangor (tanah-tanah ini) yang diletakkan di atas nama 2 orang anaknya sebagai Pentadbir iaitu Hajar binti Md Daud (Hajar) dan Bimah binti Md Daud (Bimah). Ini dapat dilihat dalam geran asal GM 77 dan GM 78 dalam eksibit P1 dan P2 di mana nama mereka didaftarkan sebagai Pentadbir tanah. [20] Kes ini bermula apabila SP1 yang merupakan cucu kepada Hajar dan cicit kepada Si Mati, telah, pada September 2020 mendapat tahu daripada SP2 bahawa tanah-tanah ini telah dipindah milik kepada orang lain tanpa pengetahuan dan kebenaran para waris Si Mati. Geran tanah di eksibit P1 dan P2 ada dalam simpanan SP1 sejak sekian lama kerana sebelum ini P1 dan P2 disimpan oleh bapa SP1 dan kemudian diperturunkan dan diamanahkan kepada SP1 untuk disimpan. Tertuduh pernah menemui SP2 dengan seorang broker tanah (SP15) di mana SP15 telah menunjukkan Salinan geran tanah sebagaimana P1 dan P2 tetapi dengan nama pentadbir yang berbeza daripada yang asal. Terkejut dengan hal ini, SP1 dan SP2, bersama ibu SP2 telah membuat semakan di Pejabat Tanah Kuala Selangor pada 17-9-2020 untuk mendapatkan pengesahan tentang status pendaftaran tanah-tanah ini. Mereka dapati bahawa GM 77 telah dipindah milik kepada sebuah syarikat pemaju iaitu K Jaya Properties manakala GM 78 telah dipindah milik kepada nama Tertuduh. [21] Apabila mendapat tahu tentang status terkini tanah-tanah ini, SP1 dan ibu SP2 membuat laporan polis (eksibit P7) dan Tertuduh ditangkap pada 1-10-2020. Hubungan Tertuduh dengan waris-waris Si Mati yang menjadi saksi pendakwaan [22] Dalam keterangan SP5 (cucu kepada Bimah), SP6 (cucu kepada Samad), SP8 (cicit kepada Samad), SP9 (cucu saudara kepada Samad) dan SP10 (cicit kepada Si Mati), Tertuduh adalah salah seorang cicit tidak sah taraf kepada Si Mati, daripada anaknya yang bernama Samad bin Md Daud bin Jakek. Ini diperincikan oleh SP7 yang mengesahkan bahawa Tertuduh adalah anak angkat kepada bapa saudaranya bernama Madwali, yang merupakan abang kepada bapanya Abd. Rahman bin Abdullah. Bapa SP7 mempunyai 5 orang adik beradik, salah seorang bernama Amiyah binti Abdullah mempunyai anak bernama Ainan binti Majid. Hasil hubungan Ainan binti Majid dengan Din bin Samad, maka lahirlah Amran bin Din. Manakala, Madwali bin Abdullah yang merupakan abang kepada Amiyah binti Abdullah telah mengambil Amran bin Din daripada Amiyah dan Din untuk menjadi anak angkatnya. Nama Amran ditukar menjadi Amran bin Madwali bin Abdullah. [23] Menurut SP9 (cucu saudara kepada Samad), Tertuduh sepatutnya tidak ada hak untuk menjual tanah milik arwah datuknya kerana status Tertuduh sebagai anak tidak sah taraf. Namun Tertuduh menunjukkan minat terhadap tanah-tanah Si Mati kerana pada tahun 2017 Tertuduh pernah menemui SP9 dan memujuknya supaya menukar nama pentadbir pesaka iaitu Hajar dan Bimah kepada SP9 supaya Tertuduh dan SP9 dapat meneruskan urusan penjualan atau pajakan tanah kebun yang dinilaikan sekitar RM10,000 hingga RM15,000, namun SP9 tidak setuju untuk menukar nama pentadbir tanah yang asal. Tertuduh menawarkan kepada SP9 jika SP9 setuju dengan cadangannya, Tertuduh akan melantik seorang broker tanah dan menguruskan urusan penukaran nama di Pejabat Tanah. SP9 memberitahu, Broker Tanah (SP15) ada memintanya menandatangani suatu surat akuan berkanun untuk menukar nama pentadbir tanah (eksibit ID30). Walau bagaimanapun SP9 tidak berhasrat menjual tanah tersebut dan mahu mencari waris Si Mati yang masih hidup terlebih dahulu. [24] Status Tertuduh sebagai anak tidak sah taraf ini selari dengan keterangan SP12 Peguam Syarie yang mengendalikan permohonan Tertuduh untuk perisytiharan nasab di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dalam no. kes 14200-006-0216-2018 pada tahun 2018. SP12 mengesahkan melalui maklumat yang diberitahu sendiri oleh Tertuduh kepadanya, Tertuduh adalah anak angkat kepada Madwali bin Abdullah. Dalam permohonan itu, Tertuduh telah memohon perisytiharan sebagai anak kandung kepada Din bin Samad iaitu cicit kepada Si Mati. Ini dapat dilihat dalam keseluruhan permohonan sehingga Perintah Mahkamah Syariah yang difailkan oleh Tertuduh di Mahkamah Syariah dalam eksibit P35 m/s 1 hingga 76 dan Perintah Perisytiharan di eksibit P29. [25] Dalam eksibit P29, iaitu Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bertarikh 12-9-2019 dalam kes no 14200-006-0216-2018 di mana Pemohon adalah Amran bin Madwali (No. KP 480530-10-5615) Mahkamah Syariah telah memerintahkan – “Kes ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam Syarienya Encik Umar Usman bin Mahamad Dom daripada Tetuan Hafiz Nuaim & Partners. SETELAH MAHKAMAH MENDENGAR DAN MENELITI semua kertas kuasa dan penghujahan, MAKA ADALAH DENGAN INI MAHKAMAH