SD2 – Maznah binti Ibrahim Penyata saksi PSD2. Dapatan Mahkamah [7] Setelah mendengar keterangan saksi kedua-dua pihak perayu Defendan dan responden Plaintif serta meneliti hujahan bertulis pihak-pihak di akhir kes, Mahkamah telah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian bahawa pihak responden Plaintif telah S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan sebagaimana berikut; Para (b) satu perintah mengarahkan perayu Defendan untuk memadam kesemua penerbitan perkatan-perkataan yang diadukan dan perkataan-perkataan fitnah tersebut; Para (e) perintah injunksi menghalang perayu Defendan samada dengan sendiri, melalui ejen dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau dalam apa cara sekalipun daripada terus menerbitkan dan atau mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan fitnah tersebut atau apa-apa tohmahan atau pengataan yang sama atau berkaitan responden Plaintif dan atau perniagaan responden Plaintif. Para (f) faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman daripada tarikh penerbitan perkataan-perkataan fitnah tersebut sehingga tarikh penjelasan penuh atau pun pada apa-apa kadar dan jangka waktu yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah yang mulia ini. S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg Manakala para a, c dan d penyata tuntutan pihak responden Plaintif yang masing-masing menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan adalah ditolak oleh Mahkamah. Mahkamah juga telah membenarkan kos berjumlah RM6000.00 kepada pihak responden Plaintif. [8] Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan di atas imbangan kebarangkalian bahawa pihak perayu Defendan telah gagal untuk membuktikan tuntutan balasnya terhadap pihak responden Plaintif. Oleh itu, Mahkamah telah menolak tuntutan balas pihak perayu Defendan dengan kos sebanyak RM6000.00. Alasan-alasan bagi keputusan ini adalah seperti berikut: