Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KES TANGKAP NO: WA-83D-7907-08/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-83D-7907-08/2023
Magistrates Court of Malaysia12 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KES TANGKAP NO: WA-83D-7907-08/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Andrew Wong Chee Kit iaitu Orang Kena Tuduh (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) telah dihadapkan ke Mahkamah ini bagi pertuduhan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah s.39A (1) Akta yang sama.
2
Setelah dibaca pertuduhan tersebut, OKT tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
3
Sepanjang kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 4 orang saksi dan juga telah mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT di atas pertuduhan.
4
Pada 12 November 2024, setelah diteliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, keterangan dokumentar dan juga hujahan kedua-dua pihak, berdasarkan satu penelitian maksima, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas pertuduhan. Maka, OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
5
Terkilan dengan penghakiman tersebut, pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 20 November 2024 ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
6
Alasan-alasan ringkas penghakiman bagi kes tersebut telah disediakan oleh Mahkamah ini seperti berikut:
7
Pada 01.08.2023 jam lebih kurang 12.00 tengah hari, pegawai tangkapan [SP1] bersama sepasukan anggota polis semasa menjalankan tugasan OPS, berdasarkan maklumat dadah dan setelah melakukan pemerhatian selama tempoh 10 ke 15 minit telah menahan 1 lelaki cina yang dicamkan sebagai OKT di tepi jalan hadapan restoran Wong Mei Kee, Jalan Nyonya, Pudu 55100 Kuala Lumpur.
8
SP1 telah memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada OKT dan SP1 telah menjalankan pemeriksaan terhadap OKT, telah merampas (1) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki mengandungi dadah jenis Methaphetamine anggaran berat 7.72gram [P5] di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakai OKT.
9
SP1 telah membuat rampasan barang kes tersebut dan mengeluarkan borang senarai geledah bertarikh 01.08.2023 [P8] yang telah ditandatangani oleh OKT. Seterusnya SP1 telah membuat tangkapan terhadap OKT dan membawa OKT beserta barang kes tersebut ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur [“JSJN IPK Kuala Lumpur”] untuk tindakan selanjutnya. Sepanjang perjalanan tersebut, barang kes berada di bawah kawalan SP1 dan diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh OKT.
10
SP1 setelah sampai ke IPD Kota Setar telah membuat timbangan kasar terhadap barang kes tersebut di hadapan OKT dan anggaran berat kasar dadah tersebut adalah 7.72gram yang disyaki dadah Methaphetamine.
11
SP1 seterusnya setelah selesai membuat timbangan, telah membuat satu laporan polis bersangkut tangkapan dan rampasan dadah, iaitu laporan polis Tun HS Lee 27725/23.
12
Selepas selesai membuat laporan polis, SP1 kemudiannya telah membawa OKT bersama dengan barang kes tersebut untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat yang bertugas iaitu Sarjan Mohd Saifullaf bin Jaludin [SP3] untuk tindakan selanjutnya.
13
Pada semua masa yang material, SP1 telah menyatakan bahawa barang kes tersebut telah dijaga oleh beliau dari tempat kejadian sehingga ianya diserahkan kepada SP3.
14
SP1 dan SP3 telah menyediakan borang serah menyerah barang kes [P7] dimana maklumat penyerahan barang kes tersebut telah dinyatakan.
15
SP3 telah membuat tandaan SJ1 terhadap 1 paket plastik lutsinar [P5] tersebut dan mengambil keseluruhannya dua keping gambar barang kes (P2 A-B) beserta tiga keping gambar tempat kejadian (P1 (A-C)).
16
Pada 03 Ogos 2023, SP3 telah memasukkan barang kes yang dimasukkan dalam 1 sampul putih bertanda SJ [P4] bersama borang pol-31 [P9] yang telah disediakan oleh SP3 untuk diserahkan kepada SP4 di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor oleh penghantar barang kes [SP2]. Semasa penerimaan barang kes, SP4 menyatakan bahawa P4 adalah didalam keadaan baik. Selesai penerimaan, SP4 telah mengeluarkan 1 resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia bernombor makmal 23-FR-B-21061 [P10] dan diserahkan kepada SP2.
17
Hasil analisa SP4 sepertimana dalam Laporan Kimia [P11] menunjukkan 1 paket plastik lutsinar [P5] mengandungi bahan kristal jernih, dimana setelah dianalisa mendapati berat bersih bahan tersebut ialah 7.09gram yang mengandungi 5.45gram dadah jenis Methamphetamine.
18
Hasil Analisa, baki serbuk yang telah dianalisa dimasukkan semula ke dalam 1 paket plastik berasingan [P6] yang dibekalkan oleh SP4 dan telah 5 ditandakan dengan pelekat nombor makmal. Selanjutnya P4 dan barang-barang kes tersebut dimasukkan ke sampul surat asal [P4].
19
SP4 telah menyediakan satu laporan kimia bertarikh 16 Oktober 2023 bernombor makmal 23-FR-B-21061 [P11] dan pada 19 Oktober 2023, jam 9.00 pagi, SP4 telah menyerahkan semula laporan kimia dan barang kes kepada Sjn Tharani A/P Sivarajan.
20
Oleh hal yang demikian, OKT telah dipertuduhkan sepertimana Pertuduhan Pindaan tersebut.
21
Berdasarkan kepada fakta-fakta yang dinyatakan di atas, OKT telah dipertuduhkan seperti mana di bawah. Pertuduhan Pindaan Bahawa kamu pada 01/08/2023 jam lebih kurang 12.00 Tengahari, Di Tepi Jalan Hadapan Restoran Wong Mei Kee Jalan Nyonya, Pudu 55100, Kuala Lumpur dalam Daerah Dang Wangi Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah didapati dalam milik kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine berat bersih 5.45 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama.
22
Pendakwaan mempunyai beban untuk mebuktikan kes prima facie terhadap Orang Kena Tuduh. Rujukan kepada seksyen 173 (h) Kanun Prosedur Jenayah.
23
Rujukan dibuat kepada kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 447 pada mukasurat 465 dan 466 di perenggan 12. Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: -
12
After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused's favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. [Penambahan ditambah] [Rujuk juga kepada kes Looi Kow Chai v PP [2003] 1 CLJ 734 dan Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85].
24
Secara kesimpulannya berdasarkan kepada kes yang telah dinyatakan di atas, dalam membuktikan kes prima facie terhadap OKT, Mahkamah ini adalah tertakluk kepada satu penelitian maksima (maximum evaluation) dengan mengambil kira keterangan-keterangan pendakwaan secara 7 menyeluruh, kebolehpercayaan (credibility and reliability) saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil dan elemen-elemen yang dipertuduhkan terhadap OKT telah dapat dibuktikan.
25
Untuk kesalahan di bawah s.12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah s.39A (1) Akta yang sama, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan intipati-intipati berikut:
a
Dadah berbahaya berada di dalam milikan OKT dan OKT mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut;
b
Dadah tersebut adalah jenis dadah yang ditakrifkan dan disenaraikan di dalam ADB 1952. BAHAGIAN PERTAMA KES PEMILIKAN DADAH BERBAHAYA [26] Berkenaan dengan elemen pertama, Mahkamah ini menerima keterangan yang diberikan oleh SP3 dan disokong oleh Laporan Kimia beliau [P11] mengenai analisa barang rampasan forensik tersebut. Tiada kecacatan di dalam analisan SP4 dan tiada cabaran material yang dibuat oleh pihak pembelaan mengenai jenis dan berat bersih dadah barang rampasan tersebut. SP4 sahkan bahawa barang rampasan tersebut adalah seperti yang tersenarai di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Methamphetamine. [27] Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Prosecutor v Chia Leong 26 Foo [2004] 4 CLJ 649 yang mana telah dinyatakan bahawa: “As the evidence of a chemist on the analysis of drugs by him is not evidence of opinion but evidence of fact, he need not gibe particulars of the tests carried out by him in his evidence. It follows that his report, tendered in evidence under s. 399(1), also need not contain such particulars. In any event it has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250; ; [1987] 1 MLJ 492, PP v Lam San [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 CLJ 2410; [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Ciang’s case that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. Thus, if the accused is dissatisfied with the conclusion reached by the chemist it is for him to summon the chemist as a witness for that purpose or adduce evidence in rebuttal. This has not been done by the accused in this case. The chemist report tendered in evidence in this case is therefore not defective. [28] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen pertama pertuduhan di bawah isu pemilikan dadah berbahaya telah terbukti. [29] Untuk elemen yang kedua, “pemilikan” adalah bersandarkan kepada fakta sesuatu kes tersebut. Ianya hendaklah dibuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan terhadap barang rampasan forensik tersebut (actus reus) dan dia mempunyai niat mengendalikannya (mens rea). Di dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, ianya telah dinyatakan bahawa: “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304); - “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstance are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there, is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket, then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly, I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as I it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. [Penambahan sendiri ditambah] [30] Kes Chan Pean Leon (supra) juga telah disebut dan dirujuk di dalam kes Pendakwa Raya lawan Lim Chsung Meng Dan Seorang Lagi [2015] 1 21 LNS 1226. Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa: [25] It is perhaps convenient at the outset to briefly state the law on “possession” where the drugs were found in a place/area under the control of an accused. A determination of whether there is “possession” depends on the particular facts of each case. Factors that used to be considered in determining whether an accused is in possession of the drugs found in a place/area under his or her control include his or her knowledge that the drugs were in the place/area, his or her access to the place/area where the drugs were found and his or her physical proximity to the drugs. [26] The possession prohibited by law need not be actual physical custody and control of the drugs; it is sufficient if the prosecution proves that the accused had knowledge of its presence and the power and intent to control its disposal. Further possession need not be exclusive; a person may be deemed to be in joint possession of a drug which is in the physical custody and control of another person, if he or she wilfully shares with the other the right of control over the drug. [Penambahan sendiri ditambah] [31] Sepertimana yang telah dinyatakan di atas, “pemilikan” adalah bersandarkan kepada fakta sesuatu kes. Dengan itu, untuk menentukan apakah yang terjumlah kepada “pemilikan”, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dan ini termasuk bahawa barang rampasan forensik tersebut yang dijumpai adalah di bawah jagaan OKT, akses ke atas barang rampasan forensik tersebut dijumpai dan juga kedekatan (proximity) fizikal di antara OKT dan barang rampasan forensik tersebut. Ianya perlulah dibuktikan akan keupayaan OKT untuk menggunakan kuasa dalam mengendalikan barang rampasan forensik tersebut dengan mengecualikan orang lain ditambah pula dengan pengetahuan ke atas barang rampasan forensik tersebut. [32] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes di Mahkamah Rayuan iaitu Azizan Yahaya v PP [2012] 8 CLJ 405; [2013] 1 MLJ 180, pendakwaan mempunyai beban untuk mengenepikan sebarang kemungkinan bahawa terdapat akses orang lain ke atas tempat di mana dadah dijumpai. [33] Dengan menggunakan nas-nas undang-undang yang dinyatakan di atas di dalam minda Mahkamah ini, Mahkamah ini seterusnya memulakan pertimbangan fakta-fakta di dalam kes ini. Penemuan dadah di dalam poket seluar OKT [34] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai pemilikan dan pengetahuan ke atas barang rampasan dadah yang dikatakan dijumpai oleh SP1 di dalam poket bahagian kanan hadapan seluar OKT berwarna kelabu. SP1 memaklumkan melalui keterangannya seperti berikut: Pemeriksaan utama SP1 : Boleh terangkan lebih lanjut bagaimana keadaan di situ apabila buat pemeriksaan, bagaimana tangkapan tu berlaku? : masa dia sedang buat buat kerja saya terus pergi buat perkenalkan diri dan buat pemeriksaan pada beliau la : Lepas tu? : selepas tu tiada pengakuan dari dia, tetapi kita telah buat pemeriksaan di belakang di poket seluar dan baju dan kita dapati pada poket seluar ada dadah : Dalam seluar bahagian mana? : di poket seluar kanan bahagian hadapan Pemeriksaan balas SP1 : Dadah yang dijumpai pada poket kanan seluar OKT dikeluarkan oleh OKT sendiri atau ditemui oleh SI? : saya yang jumpai barang tu dalam poket seluar [35] Dengan itu, Mahkamah mendapati barang kes dadah dalam kes ini dijumpai sendiri oleh SP1 dari poket bahagian kanan hadapan seluar OKT berwarna kelabu dan bukannya diserahkan oleh OKT. Selanjutnya persoalan seterusnya di hadapan Mahkamah adalah adakah seluar berwarna kelabu dikemukakan di Mahkamah? Berhubung isu ini keterangan saksi-saksi dirujuk seperti berikut: Pemeriksaan balas SP1 : Puan saya mohon saksi dirujuk pada ID2 dari gambar barang kes saya katakan seluar yang dikatakan seluar yang dikatakan warna kelabu tidak dikemukakan berdasarkan gambar-gambar ini setuju? : setuju tak ada : Puan mohon saksi dirujuk kepada P7 dan P8, saya rujuk terlebih dahulu kepada P8, SI pada kotak borang tersebut barang yang dijumpai atau dirampas pertama adalah seluar panjang warna kelabu dan kedua adalah paket plastik, setuju dalam borang ini dinyatakan seluar panjang warna kelabu setuju? : ya setuju : Saya rujuk kepada P7, di dalam kotak keterangan barang kes borang ini antara SI dan IO pada keterangan barang kes dinyatakan paket plastik lutsinar disyaki dadah dan kedua adalah seluar panjang warna kelabu saya cadangkan SI ada serahkan kedua-dua barang kes ini kepada IO kerana kedua-dua ini adalah barang kes setuju? : ya setuju Pemeriksaan utama SP3 : Jika saya merujuk dalam perenggan yang sama sarjan ada rujuk borang serah menyerah, jika dirujuk boleh cam? : boleh : Puan mohon saksi dirujuk kepada P7, sila lihat, boleh cam atau tidak? : boleh : Saya ingin rujuk kepada dua-dua dokumen ini borang serah menyerah dan senarai geledah dalam dua-dua borang ini ada rujuk kepada seluar panjang apa yang jadi dengan seluar ini? : semasa tangkapan OKT memang pakai seluar tersebut dan semasa dibawa kepada saya, seluar tersebut masih dipakai oleh OKT dan memandangkan saya tidak mempunyai sebarang persalinan gantian dan atas dasar ihsan saya tidak rampas seluar tersebut dan hanya ambil gambar sahaja Pemeriksaan balas SP3 : Puan mohon saksi dirujuk kepada PSP3 di perenggan 4, setuju inspektor hanya diserahkan satu paket plastik yang disyaki dadah oleh inspektor Norazman? : setuju : Tidak ada serahan seluar panjang warna kelabu? : setuju Berdasarkan ekshibit P7 dan P8 mahkamah mendapati di kolum rampasan barang yang dijumpai atau dirampas yang pertama adalah seluar panjang warna kelabu dan keterangan SP1 pegawai tangkapan semasa pemeriksaan balas setuju bahawa barang kes iaitu 1 paket plastik lutsinar disyaki dadah dan satu seluar panjang warna kelabu diserahkan kepada Investigation Officer (IO) iaitu SP3 dalam kes ini. Walau bagaimanapun keterangan SP3 iaitu IO dalam kes ini apabila diperiksa dengan merujuk kepada dokumen P7 berhubung seluar panjang yang dikatakan dirampas, SP3 mengaku tidak ada serahan seluar panjang warna kelabu semasa barang kes diserahkan kepadanya namun SP3 memaklumkan bahawa semasa OKT dibawa kepada SP3, seluar tersebut masih dipakai oleh OKT dan memandangkan OKT tidak mempunyai sebarang persalinan gantian dan atas dasar ihsan SP3 tidak rampas seluar tersebut dan hanya ambil gambar sahaja. Walau bagaimanapun tiada sebarang gambar seluar atau keterangan berhubung di mana gambar seluar panjang yang dikatakan diambil oleh SP3 dikemukakan di hadapan Mahkamah sepanjang perbicaraan kes ini dijalankan. [36] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas Mahkamah mendapati tiada sebarang seluar panjang warna kelabu yang dikatakan dipakai oleh OKT semasa serbuan dan tangkapan dibuat dikemukakan kepada Mahkamah secara fizikal mahupun melalui gambar barang kes sepertimana keterangan SP3 semasa diperiksa. Tambahan pula tiada sebarang penjelasan lanjut dari pihak pendakwaan berhubung di mana gambar seluar panjang warna kelabu yang dikatakan milik OKT yang dikatakan diambil gambar oleh SP3. Dengan itu, Mahkamah tidak dapat menilai sama ada memang wujud satu seluar panjang warna kelabu yang dikatakan dipakai oleh OKT semasa tangkapan dan memang wujud satu poket di hadapan sebelah kanan sehingga memungkinkan barang kes dadah P5 disimpan di dalam poket berkenaan dan barang kes P5 dijumpai oleh SP1 semasa pemeriksaan badan OKT dibuat pada hari kejadian. Ketiadaan seluar panjang warna kelabu tersebut atau gambar seluar berkenaan telah mewujudkan keraguan-keraguan yang munasabah seperti di atas disamping keraguan yang lain seperti dari mana sebenarnya barang kes P5 ini dijumpai oleh SP3 dan sama ada OKT ada pemilikan langsung atau tidak kepada barang kes P5 ini. [37] Selain itu, wujud keraguan yang munasabah berhubung di mana sebenarnya OKT ditangkap dalam kes ini. Berhubung isu ini Mahkamah menilai keterangan SP1 dan SP3 seperti berikut: - Pemeriksaan utama SP1 : Semasa SI sebut SI tangkap OKT tu dia sedang buat apa? : dia sedang salai di belakang di luar kedai tu Pemeriksaan balas SP1 : Setuju dengan saya keterangan SI semalam semasa serbu dan tangkap OKT, OKT sedang salai di belakang kedai? : betul : Saya rujuk kepada ID1 gambar tempat kejadian, SI ada beri keterangan semalam SI rujuk kepada gambar (c) di mana tempat SIO periksa dan tangkap OKT betul? : ya : Tempat kejadian yang ditangkap dimana sebenarnya ikut gambar ini? : di tepi hujung kedai Pemeriksaan semula SP1 : SI juga dicadangkan memandangkan gambar-gambar tempat kejadian ini tidak menyeluruh jadi SI tak pasti di mana sebenarnya OKT ditangkap, bagaimana SI pasti di mana OKT ditangkap? : yang saya pasti di hujung gambar (c) tu la : Bagaimana SI pasti? : sebab ia memang di hujung kedai wong mei kee ini Pemeriksaan utama SP3 : Adakah kamu tahu OKT ditangkap secara tepat di mana dengan rujuk gambar-gambar ini? : boleh : Boleh bagitahu di mana gambar tersebut? : lihat gambar-gambar ini gambar ketiga di sebelah kiri perodua myvi : Jika sarjan lihat gambar 3 ada tandaan x adakah ia bawa apa-apa maksud kepada kamu? : tandaan tersebut tempat OKT ditahan dan diperiksa : Berbalik kepada gambar-gambar kenapa kamu tidak gunakan jurufoto untuk ambil gambar? : alasan yang sama kekangan dan masa saya guna telefon bimbit saya : Ada perubahan dalam gambar-gambar ini dari salinan asal? : saya ada buat sedikit chrop kan gambar-gambar tu supaya ia dalam satu helaian yang sama Pemeriksaan balas SP3 : Saya rujuk kepada penyata saksi di perenggan 16, saya juga ingin rujuk kepada gambar tempat kejadian di P1, adakah ini gambar-gambar yang diambil oleh inspektor? : betul : Setuju pada gambar (c), inspektor bagitau mahkamah sebelum ini OKT berada di tandaan X setuju? : setuju : Setuju OKT ditangkap di belakang kedai Wong mei kee setuju? : setuju Berdasarkan keterangan SP1 pegawai tangkapan semasa pemeriksaan utama mengatakan OKT ditangkap dia sedang salai di belakang di luar kedai itu dan selanjutnya semasa pemeriksaan balas menyatakan berdasarkan gambar P1(c) OKT ditangkap di tepi hujung kedai dan seterusnya semasa diperiksa semula bagaimana SP1 pasti di mana OKT ditangkap SP1 menyatakan yang beliau pasti adalah di hujung gambar P1(c) tersebut. Selanjutnya SP3 pula apabila diperiksa balas setuju bahawa OKT ditangkap di belakang kedai Wong Mei Kee. Mahkamah juga merujuk kepada laporan tangkapan OKT iaitu P3 mendapati SP1 melaporkan telah tahan 1 lelaki cina di tepi jalan hadapan Restoren Wong Mei Kee Jalan Nyonya, Pudu. Berdasarkan semua keterangan SP1, SP3 serta ekshibit P3 wujud keraguan yang munasabah berhubung di mana sebenarnya OKT ditahan atau ditangkap oleh SP1 dalam kes ini sama ada di belakang di luar kedai atau di tepi hujung kedai Wong Mei Kee atau di belakang kedai Wong Mei Kee atau di tepi jalan hadapan Restoren Wong Mei Kee. Percanggahan ini sekali gus menimbulkan keraguan yang amat material ke atas kredibiliti saksi-saksi Pendakwaan dan keraguan-keraguan yang munasabah berdasarkan percanggahan-percanggahan material antara saksi-saksi pendakwaan telah menimbulkan inferens-inferens yang memihak kepada OKT dalam kes ini. [38] Selain itu, rujukan Mahkamah juga telah dibuat kepada tandaan x yang dibuat oleh SP1 di gambar P1(c) berhubung secara tepat dimana OKT ditangkap. Berhubung gambar-gambar P1 (a) hingga (c) ini, keterangan SP3 menyatakan beliau mengambil gambar-gambar ini dengan menggunakan telefon bimbit beliau sendiri dan apabila disoal kenapa ada perubahan dalam gambar P3 ini dengan gambar asal dari telefon bimbit SP3, beliau mengaku telah chrop kan gambar-gambar tu supaya ia dalam satu helaian yang sama. Dengan itu, Mahkamah percaya SP3 telah membuat perubahan atau pindaan kepada gambar asal tempat kejadian yang ditangkap oleh SP3 tersebut. Dengan itu, tandaan x SP1 di gambar P1 (c) sebagai tempat secara tepat OKT ditangkap juga diragui memandangkan SP3 sendiri mengakui telah mengubah atau chrop kan gambar asal tersebut. Tambahan pula gambar (c) tersebut juga tidak lengkap dan tidak mengambarkan keseluruhan kawasan tersebut sama ada nama jalan, bangunan atau deretan kedai jika ada. [39] Apabila terdapat beberapa inferens yang boleh dibuat daripada keterangan saksi pendakwaan, inferens yang berpihak kepada OKT patut dibuat oleh Mahkamah Yang Mulia ini sepertimana dalam kes PP v. MOHD RADZI ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457 [TAB 1] seperti berikut: - “[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case: - a) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;” [40] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan juga gagal membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. KESIMPULAN [41] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas, setelah diteliti semua keterangan saksi pendakwaan, ekshibit yang telah dikemukakan bersama hujahan pihak-pihak, maka di atas satu penilaian maksima ‘maximum evaluation’ sepertimana di gariskan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar (supra), OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan ini tanpa perlu dipanggil membela diri. Wang jaminan OKT dikembalikan. (MAGESWARY A/P SUBRAMANIAM) MAJISTRET
27
27.
12
12.2024 Timbalan Pendakwaraya : Pn Sareeka Balakrishnan & Tn Muhammad Zul Hilmi bin Latif OKT diwakili : Pn Noradila
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.