Ting Ing Kong berjaya mendapatkan penyelesaian semua Perjanjian Pecah Bahagian daripada semua penjual. [10] Menurut Ting Ing Kong lagi, Defendan kemudiannya menjual Hartanah tersebut kepada YHL Property Sdn Bhd (“YHL Property”) melalui perjanjian jual beli bertarikh 17.3.2017 (“PJB 17.3.2017”) dengan harga RM66,734,250.56. [11 Suatu carian rasmi telah dibuat oleh Ting Ing Kong pada tahun 2022 mendapati Hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada YHL Property. [12] Memandangkan Defendan gagal membayar komisyen seperti yang dijanjikan dalam LOU walaupun beberapa notis dikeluarkan, pada 4.1.2023, Ting Ing Kong memfailkan guaman ini bagi menuntut bayaran tersebut. [13] Pada 24.5.2023, Defendan memfailkan Pernyataan Pembelaan dan pada 10.7.2023, Defendan memfailkan permohonan dalam Lampiran 16 S/N /f4P4v3R00SvDixytGvbQ bagi membatalkan tuntutan Ting Ing Kong atas alasan tuntutan tersebut remeh, menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah disebabkan kandungan LOU tersebut yang merupakan perkara matan tuntutannya tidak memberikan sebarang kausa tindakan kepadanya untuk menuntut apa-apa bayaran daripada Defendan. Fakta dalam Guaman No. JA-22NCvC-3-01/2023 [14] Bagi Guaman No. JA-NCvC-3-01/2023 (“Guaman No. 3”), faktanya hampir sama dengan kes Ting Ing Kong. Dalam Guaman No. 3 ini, Plaintif iaitu Ang Seng Choy mendakwa pada tahun 2011, Yap Soo Ngoh telah berjumpa dengannya bagi membolehkan pemilik-pemilik bahagian yang tidak dipecah bahagian pada tanah yang dipegang di bawah Geran 290317 Lot 2302, Mukim Kulai, Daerah Kulai, Johor dan Geran 237451, Lot 1331, Mukim Kulai, Daerah Kulai, Negeri Johor menjual bahagian mereka kepada Defendan. [15] Sama seperti dalam kes Ting Ing Kong, Ang Seng Choy mendakwa Yap Soo Ngoh menawarkannya komisyen sebanyak RM1.5 juta sekiranya penjualan tersebut berjaya. [16] Berikutan dengan tawaran tersebut, Ang Seng Choy mendakwa bahawa dia telah berjaya meyakinkan pemilik-pemilik bahagian yang tidak dipecah bahagian itu untuk menjual bahagian mereka kepada Defendan. [17] Disebabkan usaha dan kejayaan Ang Seng Choy dalam merealisasikan penjualan tersebut, pada 31.3.2017 Defendan melalui Yap Soo Ngoh telah mengeluarkan LOU yang berikut: S/N /f4P4v3R00SvDixytGvbQ [18] Dalam LOU ini, Ang Seng Choy mendakwa Defendan bersetuju membayarnya fi perundingan sebanyak RM1.5 juta sekiranya –