Bahawa kamu didapati menerima arahan daripada rakan sejenayah untuk menerima wang hasil jualan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine tersebut daripada pembeli dadah tempatan.” [9] Pengataan-pengataan fakta secara jelas tidak menyebut bahawa pemohon merupakan sebahagian sekumpulan besar orang (SBOP). Peguam Persekutuan terpelajar bagi pihak responden berhujah bahawa pengataan-pengataan fakta menunjukkan bahawa pemohon terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dari Julai 2020 hingga 7 Ogos 2021. Pemohon juga berperanan sebagai pengumpul wang hasil jualan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket sebanyak RM2,000.00 bagi setiap kali transaksi jual beli dilakukan. Selain itu, pengataan-pengataan fakta menyebut pemohon mempunyai rakan sejenayah untuk menerima wang hasil jualan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine tersebut daripada pembeli dadah tempatan. Berdasarkan pengataan-pengataan fakta ini, pihak responden berhujah bahawa pemohon tidak melakukan aktiviti berseorangan. Sehubungan itu, pihak responden menghujahkan bahawa memandangkan pemohon tidak menjalankan aktiviti berseorangan, maka isu yang ditimbulkan oleh pihak pemohon adalah tidak bermerit. [10] Mahkamah ini berpandangan dalam kes Selva Vinayagam (supra), pengataan fakta boleh dibezakan dengan kes ini. Namun bagi maksud substantial body of persons, ianya melibatkan lebih dari seorang. Sungguhpun pemohon mempunyai rakan sejenayah, namun pada pandangan mahkamah ini, ianya bukanlah substantial body of persons, yang mana melibatkan sekumpulan besar orang sepertimana yang telah Mahkamah Persekutuan jelaskan dalam kes Selva Vinayagam (supra). [11] Dalam kes Lee Soon Tiang v Timbalan Menteri Dalam Negeri dan 2 Yang Lain [2021] 1 LNS 2307, Hakim Wan Ahmad Farid J telah menyatakan seperti berikut: [32] With respect, I do not find this line of argument to be tenable. To begin with, where the liberty of a citizen is involved, this Court cannot infer that the applicant was acting in association with a substantial body of persons in the absence of a positive assertion made in the allegation of facts on which the detention order was made. If any authority is needed for the aforesaid proposition, it can be found in the judgment of the then Supreme Court in Poh Chin Kay v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1990] 1 LNS 26; [1990] 2 MLJ 297 SC. In delivering the judgment of the Court, Hashim Yeop Sani CJ (Malaya) said as follows: But there is a fundamental principle involved here. The power to detain a person without trial cannot be exercised by inference. The power must be expressed, clear and unequivocal. Where detention law and the liberty of the individuals are concerned, this is the most correct approach for the courts to apply. Applying the said proposition to the facts of the case, the Deputy Minister in his AIR-9 is in effect inviting this Court to infer that the applicant, in the course of trafficking drugs, was acting in association with a substantial body of persons. Unfortunately, there was nothing in the allegations of facts that asserted the applicant acted with a substantial body of persons.” [Penekanan ditambah] [12] Berbalik kepada kes dihadapan mahkamah ini, pengataan-pengataan fakta tidak menyebut secara jelas atau terang bahawa pemohon terlibat dalam substantial body of persons. [13] Pengataan-pengataan fakta dalam kes ini hanya menyatakan bahawa pemohon mempunyai rakan sejenayah. Pengataan-pengataan fakta juga menyatakan, pemohon juga berperanan sebagai pengumpul wang hasil jualan dadah. Selain itu, pengataan-pengataan fakta menyatakan bahawa pemohon terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah sejak awal bulan Mei 2020 hingga hujung bulan Oktober 2020. Namun, pengataan-pengataan fakta tidak menyebut berhubung penglibatan sekumpulan orang yang besar substantial body of persons sepertimana yang telah dihuraikan dalam kes Mahkamah Persekutuan Selva Vinayagam (supra). Sehubungan itu, mahkamah ini berpuas hati bahawa isu ini adalah bermerit.