Content
ALASAN PENGHAKIMAN ANN JOO STEEL vs PENDAKWARAYA / Page 1 of 8 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA [SEMAKAN JENAYAH NO: PB-43-12-12/2024] ANTARA ANN JOO STEEL BERHAD ...PEMOHON DAN PENDAKWA RAYA ...RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah Permohonan Semakan Jenayah yang difailkan oleh Ann Joo Steel Berhad ("AJSB") terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") yang bertarikh 16 Disember 2024. S/N mTg61FzlJkef3zUeU3Agtg ALASAN PENGHAKIMAN ANN JOO STEEL vs PENDAKWARAYA / Page 2 of 8 LATAR BELAKANG [2] Pada 11 Mac 2024, AJSB telah dituduh di Mahkamah Sesyen atas satu kesalahan di bawah seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], yang memperuntukkan kewajipan am majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bekerja. Jika disabitkan, AJSB boleh dihukum di bawah seksyen 19 akta yang sama. [3] Secara ringkasnya Pertuduhan menyatakan bahawa pada 5 September 2023, lebih kurang jam 10.45 pagi, di kilang AJSB yang terletak di Lot 1236, Prai Industrial Estate, 13600 Perai, Pulau Pinang, AJSB sebagai majikan telah gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja penukaran pinch roll di Rolling Mill No. 2 ("RM2"), hingga menyebabkan kemalangan ke atas pekerjanya, Shaharuddin bin Tahir. [4] AJSB, melalui wakilnya, telah hadir di Mahkamah Sesyen pada 15 April 2024 dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut. [5] Selanjutnya pada 29 Ogos 2024, AJSB memfailkan permohonan di bawah seksyen 173(g) Kanun Tatacara Jenayah ("KTJ") untuk mengetepikan pertuduhan tersebut atas alasan ia tidak lengkap, kabur dan tidak berasas. [6] Setelah mendengar permohonan tersebut, HMS telah memutuskan untuk menolak permohonan AJSB yang tersebut. [7] AJSB telah melalui surat bertarikh 26 Disember 2024 memohon Mahkamah ini membuat semakan terhadap keputusan HMS yang tersebut mengikut peruntukan di bawah seksyen 325 KTJ dan seksyen 31 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. S/N mTg61FzlJkef3zUeU3Agtg ALASAN PENGHAKIMAN ANN JOO STEEL vs PENDAKWARAYA / Page 3 of 8 [8] Mahkamah ini memberi kebenaran untuk permohonan semakan ini didengar, dan selaras dengan seksyen 326 KTJ, pihak-pihak telah dijemput untuk mengemukakan hujahan mereka untuk penelitian dan pertimbangan Mahkamah. ISU UNTUK DITENTUKAN [9] Secara ringkasnya isu utama yang dibangkitkan untuk pertimbangan Mahkamah ini adalah: