a
(a) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya.
/akn/my/judgment/high-court/2026/665bfc81-b9df-4538-a43a-25f68052f122
High Court of Malaysia18 Mar 2026BA-45A-99-10/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“the Court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount. However, there are exceptions to this rule, ie offences under the Dangerous Drugs Act”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“94. Pihak pembelaan menghujahkan pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah. Kes Pendakwa Raya v Mohd Syahmi Mohd Fared [2015] CLJU 328 dirujuk. Keempat-empat Responden berumur 23-24 tahun. Hukuman penjara yang panjang tidak membawa kebaikan kepada mereka. Hukuman penjara 10-15 tahun sebagai pengajaran”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-99-10/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN ANTHONY A/L SINNASAMY (NO.KP: 810405-08-5095) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN
section
1. Anthony A/L Sinnasamy (NO.KP: 810405-08-5095) (OKT) di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: 14/05/2026 14:01:43 Kand. 70 S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Pertuduhan Bahawa kamu pada 6.6.2023 jam lebih kurang 10.10 malam bertempat di tepi jalan hadapan pintu 3, Pasar Raya Giant, Kelana Jaya, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis berat bersih 3835.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas tahun.
section
2. OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan dan mohon untuk dibicarakan.
section
3. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak dan meneliti hujahan bertulis kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini setelah membuat analisa maksima keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumen yang dikemukakan memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan pindaan untuk pemilikan dadah berbahaya jenis cannabis di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta) dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. Dengan S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 demikian, Mahkamah ini telah memerintahkan OKT untuk membela diri atas pertuduhan pindaan tersebut.
section
4. OKT apabila dipanggil membela diri telah mengaku salah atas pertuduhan pindaan berkenaan. Mahkamah ini telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan pindaan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dari tarikh ditangkap dan 10 sebatan.
section
5. Pihak pendakwaan telah terkilan dengan keputusan Mahkamah ini yang meminda pertuduhan asal di bawah seksyen 39B Akta dan merayu ke Mahkamah Rayuan atas keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
section
6. Manakala OKT telah memfailkan rayuan atas hukuman sahaja.
section
7. Berikut adalah keputusan Mahkamah ini atas sabitan dan hukuman. FAKTA KES
section
8. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT iaitu seperti berikut: SP1 Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram (ahli kimia) SP2 En. Selvathurai a/l Adaikalam (penama kepada penyewaan teksi) S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 SP3 Mr. Weng Chee Wai (pemilik Syarikat teksi) SP4 Insp Darwis bin Aripin (pegawai serbuan) SP5 Insp Muhammad Zuhairi bin Mohd Yusof (pegawai penyiasat)
section
9. Bertindak atas maklumat, pada 6.6.2023 jam lebih kurang 10.10 malam bertempat di hadapan pintu 3, Pasar Raya Giant, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Pengadu (SP4) telah melihat sebuah kereta jenis Proton Saga warna ungu bernombor pendaftaran HWE 2392 yang parkir di pintu 3 tersebut.
section
10. Kemudian, SP4 telah melihat seorang lelaki India (OKT) yang keluar dari pintu pemandu kereta tersebut. Semasa Pengadu membuat serbuan ke atas OKT, OKT telah bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan.
section
11. Pemeriksaan badan ke atas OKT telah menjumpai 1 kunci kereta berlogo Proton beserta alat kawalan jauh. SP4 telah memeriksa kereta tersebut dan telah menjumpai 1 beg kain berwarna merah gelap dalam keadaan terbuka di tempat letak kaki penumpang hadapan.
section
12. Dalam beg kain tersebut SP4 telah menjumpai 3 ketulan mampat daun kering yang dibalut dengan kertas keemasan dan diperkuat dengan salotape disyaki ganja dan 1 ketulan mampat daun kering yang dibalut dengan kertas keemasan S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 dan plastik biru yang diperkuat dengan salotape juga disyaki dadah ganja.
section
13. SP4 telah merampas kesemua barang kes dan OKT ditahan untuk dibawa balik ke IPD Petaling Jaya untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat.
section
14. Barang kes dadah yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia (SP1). Hasil analisa barang kes mendapati bahawa barang kes adalah dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih 3835.9 gram. KES PENDAKWAAN
section
15. Bagi membuktikan OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B Akta sepertimana di dalam pertuduhan pihak Pendakwa Raya perlu membuktikan intipati berikut:
a
(a) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya.
b
(b) OKT mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadahdadah tersebut.
c
(c) OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut.
d
(d) OKT mengedar dadah tersebut.
section
16. Berkaitan elemen pertama identiti dadah, pihak pendakwaan menghujahkan tidak ada cabaran bahawa dadah yang dirampas SP4 di dalam teksi dipandu OKT adalah cannabis, jenis dadah berbahaya di bahawa Akta. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
section
17. Barang rampasan dadah eksibit P6(A-C) dan P6(D) telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia Kerajaan (SP1) dan hasil analisa adalah sebagaimana yang terkandung dalam laporan kimia eksibit P5.
section
18. Mengenai elemen kedua bahawa OKT mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadah yang dirampas. Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan, SP4 (pegawai serbuan), SP2 (penama kepada penyewaan teksi) dan SP3 (pemilik syarikat teksi).
section
19. SP4 memberi keterangan bahawa beliau dan pasukannya telah membuat pemerhatian selama 30 minit. Kemudian teksi dipandu OKT memasuki tempat kejadian. OKT keluar daripada kereta teksi dari tempat duduk pemandu. OKT dikatakan telah melarikan diri apabila SP4 menghampiri teksi berkenaan dan memperkenalkan dirinya sebagai polis.
section
20. SP4 telah membuat pemeriksaan badan dan menjumpai kunci kereta beserta alat kawalan jauh dari genggaman tangan kanan OKT. SP4 telah menggunakan kunci tersebut untuk membuka kereta teksi dan membuat pemeriksaan di dalam kereta.
section
21. SP4 telah menjumpai satu beg kain warna merah dalam keadaan terbuka (eksibit P19) yang mengandungi – S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
a
(a) 3 ketulan mampat daun kering yang dibalut dengan kertas berwarna keemasan dan diperkuat dengan salotape disyaki dadah ganja, eksibit P6(A-C);
b
(b) 1 ketulan mampat daun kering dibalut dengan kertas keema an dan plastik warna biru diperkuat dengan salotape disyaki ganja, eksibit P6(D);
c
(c) 1 kad Pemandu Agensi Pengangkutan Awam Darat atas nama OKT, eksibit P20; dan
d
(d) Kad pengenalan OKT, eksibit P20.
section
22. Kereta teksi WHE 2392 adalah milik Syarikat Pemilik dan Pemandu Teksi Berhad yang dimiliki SP3 sepertimana carian JPJ, eksibit P23.
section
23. SP3 sahkan kereta teksi tersebut mempunyai 2 orang pemandu, iaitu SP2 dan OKT. Rujuk eksibit P10, P13 dan P14. Begitu juga, kereta teksi berkenaan disewakan dari Syarikat milik SP3.
section
24. SP3 telah menyerahkan teksi tersebut kepada SP2 dan tidak ada barang salah di dalam kereta tersebut. SP2 menyatakan bahawa beliau menyewa kereta tersebut untuk OKT kerana OKT telah disenaraihitam. Kereta tersebut telah disewa bermula 19.11.2019.
section
25. SP2 telah mengesahkan perjanjian yang dimasuki antara syarikat dan SP2 (eksibit P8) dan terdapat kad pemandu sementara atas nama SP2 (eksibit P9) dan surat kuasa (eksibit P10). S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
section
26. SP2 menyatakan setelah menerima satu set kunci kereta tersebut daripada syarikat SP3, SP2 telah menyerahkan set kunci kereta tersebut kepada OKT pada hari yang sama. SP2 menyatakan yang beliau tidak pernah menggunakan kereta tersebut sama sekali.
section
27. SP2 menyatakan yang beliau telah membuat perjanjian lisan bagi penyewaan kereta tersebut bersama OKT iaitu OKT akan membayar sewa kereta tersebut secara harian ataupun bulanan, OKT berjanji untuk menjaga kereta tersebut dengan baik dan apa-apa masalah teknikal pada kereta tersebut adalah di bawah tanggungjawab OKT sepenuhnya.
section
28. Berdasarkan keterangan yang ada, pihak pendakwaan menghujahkan kereta tersebut adalah atas kawalan ataupun jagaan OKT sepenuhnya.
section
29. Semasa serbuan dilakukan, SP4 juga mengesahkan bahawa hanya OKT seorang sahaja yang berada dalam kereta tersebut.
section
30. Semasa OKT keluar daripada kereta tersebut, kereta tersebut dimatikan enjinnya dan SP4 telah merampas kunci kereta dari tangan OKT dan membuka pintu kereta daripada kunci yang dirampas dari OKT. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
section
31. Pemeriksaan oleh SP4 juga mendapati bahawa barang kes dadah adalah dijumpai dalam keadaan terbuka dan berada di tempat letak kaki penumpang hadapan.
section
32. Kedudukan barang kes tersebut hanyalah berada di sebelah OKT dan boleh dilihat dengan mata kasar oleh OKT sendiri.
section
33. Oleh hal yang demikian, pihak pendakwaan hujahkan bahawa OKT mempunyai akses dan kawalan sepenuhnya kepada dadah-dadah tersebut.
section
34. Untuk elemen ketiga berhubung pengetahuan, pihak pendakwaan menghujahkan OKT mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes tersebut berdasarkan kepada perbuatan OKT itu sendiri sebagaimana berikut: i) Pemerhatian oleh SP4 mendapati hanya OKT seorang sahaja yang berada dalam kereta tersebut; ii) Semasa OKT keluar daripada kereta tersebut, OKT bertindak untuk mematikan enjin dan mengunci kereta tersebut untuk memastikan keselamatan dadah yang ada di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut; iii) Apabila SP4 menghampiri OKT dan memperkenalkan diri sebagai polis, OKT telah bertindak melarikan diri sejauh 10 meter dari kereta tersebut. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
section
35. Perbuatan OKT sebagaimana yang dinyatakan di atas terjumlah kepada perbuatan selepas atau subsequent conduct di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950.
section
36. Untuk elemen keempat, pihak pendakwaan menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta. KES PEMBELAAN
section
37. Cabaran yang serius dibuat oleh pihak pembelaan adalah berkaitan identiti dan integriti barang kes dadah. Tunjang utama cabaran pihak pembelaan ialah terputusnya rantaian barang kes dadah sehingga menyebabkan kelompangan kepada kes pendakwaan.
section
38. Aspek utama cabaran yang diketengahkan ialah Borang Bongkar eksibit P17 yang tidak menyatakan masa ia dibuat oleh SP4. Sebaliknya hanya masa pemeriksaan pukul 10.10 malam dinyatakan.
section
39. Selain itu, pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah dicabar kerana kegagalan SP5 membuktikan bahawa barang kes dadah boleh dilihat oleh OKT dalam keadaan gelap.
section
40. Kegagalan memanggil Sharmaan Rao yang dikatakan kritikal kerana sepertimana dinyatakan di dalam eksibit D2, pihak pembelaan menghujahkan rujukan pemunya dadah dirampas adalah kepada Sharmaan Rao yang mempunyai dadah yang dirampas. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11
section
41. Perkara ini tidak dibangkitkan oleh SP4 semasa memberikan keterangan, isu ini dibangkit oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas SP5 oleh kerana nombor kertas siasatan dalam kes ini sama dengan eksibit D25 dan juga di dalam eksibit D25 telah menyatakan kes ini adalah berkaitan. Eksibit D25 hanya dibekalkan oleh pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas SP5.
section
42. Pihak pendakwaan tidak membawa Sharman Rao sebagai saksi dalam kes ini, OKT telah membangkitkan penama Putin dan Shaarman Rao semasa pemeriksaan balas SP5.
section
43. Menurut hujahan pihak pembelaan, terdapat sebab kenapa kedua-dua penama tersebut tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan kerana pihak pembelaan menghujahkan eksibit D25 menyatakan eksibit P16 adalah berkait dengan serbuan dalam eksibit D25 yang juga menyatakan bahawa Shaarman dimaskudkan sebagai “Pemunya kepada dadah yang dirampas”
section
44. SP4 juga tidak pasti sama ada terdapat orang lain dalam teksi tersebut semasa pemerhatian dibuat oleh SP4. Kedudukan teksi tersebut berhadapan Pintu 3 tidak juga dapat dipastikan oleh SP4.
section
45. SP4 juga gagal menghantar untuk pemeriksaan forensik telefon bimbit yang dirampas dari OKT. Pihak pembelaan S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Chang King Yu v PP [2009] 1 CLJ 601.
section
46. Selain itu, SP4 dan SP5 juga tidak tahu berapa penumpang yang masuk teksi tersebut pada 6.6.2023 dan berapa orang yang duduk di hadapan teksi yang mana barang kes dadah dijumpai.
section
47. Saksi pendakwaan SP5 juga gagal mengemukakan rajah kasar dan kunci selepas pergi ke tempat kejadian.
section
48. Barang kes dijumpai di bahagian tempat letak kaki bahagian penumpang dihadapan teksi tersebut. SP4 telah menyatakan bahawa kedudukan beg di mana barang kes dijumpai adalah separuh di bawah dashboard dan separuh di tengah-tengah.
section
49. Pihak pembelaan menghujahkan adalah sukar untuk melihat kandungan beg tersebut pada masa malam dan tidak ada lampu di dalam kereta yang dinyalakan. Isu pengetahuan tentang isi kandungan beg tersebut adalah satu unsur penting dalam kes ini.
section
50. Kegagalan SP5 menunjukkan bahawa isi kandungan beg tersebut boleh dilihat oleh OKT dalam keadaan gelap adalah siasatan yang penting yang tidak dilakukan oleh SP5. HUJAHAN BALAS PIHAK PENDAKWAAN S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13
section
51. Pihak pendakwaan tidak bersetuju seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap pihak pendakwaan kerana kegagalan memanggil penama Shaarman Rao kerana eksibit D25 melibatkan pegawai serbuan berbeza dengan eksibit P16 (laporan polis berkaitan tangkapan OKT).
section
52. Penama Shaarman Rao juga ditangkap di tempat dan masa berbeza. Siasatan SP5 juga mendapati penama berkenaan tidak terkait dengan OKT.
section
53. Kes Chan King Yu (supra) yang dirujuk hendaklah dibezakan yang melibatkan penama individu yang disebut semasa rakaman percakapan tertuduh.
section
54. Akan tetapi, SP5 menyatakan OKT tidak ada menyebut penama Shaarman Rao semasa rakaman percakapan diambil. Pihak pembelaan juga tidak mengemukakan rakaman percakapan OKT untuk mengesahkan sekiranya benar dadah dalam kes ini ada kaitan dengan penama Shaarman Rao.
section
55. Manakala tiada cap jari atau analisa DNA OKT tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana ianya adalah keterangan sokongan semata-mata.
section
56. Rantaian barang kes tidak terputus kerana saksi-saksi pendakwaan telah mengecam eksibit yang sama dirampas oleh SP4 dan diserahkan kepada SP5 sebelum dihantar untuk analisa oleh SP1. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14
section
57. SP4 juga menjelaskan barang kes dadah sentiasa berada dengan SP4. Borang bongkar disediakan dalam masa 1 jam selepas tangkapan dilakukan.
section
58. Tiada keraguan mengenai kehilangan eksibit sepertimana kes dirujuk pihak pembelaan – rujuk laporan polis eksibit P16, laporan kimia eksibit P5 dan eksibit P17 dan P18. PRINSIP UNDANG-UNDANG
section
59. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s.180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut.
section
60. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: “Procedure after conclusion of case for prosecution.
section
180. (1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
subsection
(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
subsection
(3) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
subsection
(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
section
61. Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction ( Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt".
section
62. Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal". S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17
section
63. Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case".
section
64. Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
subparagraph
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
subparagraph
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
subparagraph
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
section
65. Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di bahu pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah.
section
66. Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 saksi pendakwaan, dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
section
67. Melalui keterangan ahli kimia, SP1 dan laporan kimia beliau eksibit P5, tiada pertikaian mengenai jenis dadah yang dianalisa adalah dadah berbahaya jenis cannabis/ganja di bawah Akta.
a
(a) Isu rantaian barang kes dadah
section
68. Pihak pembelaan membangkitkan beberapa isu yang dikatakan merupakan cabaran ke atas identiti dan integriti barang kes dadah. Pihak pembelaan menghujahkan terdapat kelompangan yang serius ke atas rantaian barang kes sehingga menyebabkan timbul keraguan terhadap kes pihak pendakwaan.
section
69. Cabaran yang serius adalah mengenai tandaan ke atas barang kes yang tidak dinyatakan SP4 dan dicatatkan di dalam Borang Bongkar eksibit P7 semasa penyerahan barang kes dengan pegawai penyiasat.
section
70. Pihak pembelaan menggesa Mahkamah untuk menerimapakai keputusan kes Gunalan Ramachandran & Ors (supra), S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 Shamsuddin Hassan & Anor (supra) dan Mohd Osman Pawan (supra).
section
71. Setelah Mahkamah meneliti nas undang-undang yang dirujuk pihak pembelaan, Mahkamah membuat dapatan bahawa kes-kes dirujuk boleh dibezakan. Fakta-fakta dalam kes di hadapan Mahkamah amat ketara perbezaannya dengan kes yang dirujuk.
section
72. Berdasarkan kepada keterangan SP4, beliau telah membuat tandaan kepada semua barang kes termasuk dadah yang dirampas. SP4 memberi keterangan bahawa barang kes dadah di Mahkamah adalah sama dengan yang dihantar untuk dianalisa oleh ahli kimia (SP1) dari Jabatan Kimia Malaysia.
section
73. Mahkamah berpandangan apa yang kritikal adalah intipati barang kes yang disyaki dadah yang dirampas SP4 telah dicamkan dan dianalisa oleh ahli kimia. Tidak ada soal balas oleh pihak pembelaan ke atas SP4 berkaitan pengecaman beliau ke atas barang kes dadah.
section
74. Mengambil pendekatan yang sama sepertimana diputuskan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189 yang mana telah diputuskan seperti berikut: "[41] First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc., and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. [42] The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is 'a gap', does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that 'gap' the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tempering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 [43] The second period is from the time that it was received back from the chemist until it is produced in court. In my view, the chain of evidence is less important during this second period. This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court and if not the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Even in a murder trial, the dead body is not produced in court. In Sunny Ang v. Public Prosecutor [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) the body of the victim was not even recovered, yet the accused was convicted of murder. What the prosecution has to prove is that a particular person had died and the accused had caused his death. The death of the victim is not proved by looking at his remains in court, but by evidence of witnesses, the medical report, the identity card, the photographs and so on. Similarly, in a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist, there may be a gap in the chain of the people keeping custody of it subsequent to it having been analysed by the chemist until the date of trial, but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall." S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24
section
75. Oleh yang demikian, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa tidak terputusnya rantaian barang kes.
b
(b) sama ada OKT mempunyai milikan melalui kawalan, jagaan dan pengetahuan barang kes dadah
section
76. Berkaitan dengan intipati kedua pertuduhan. Iaitu sama ada OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan mengenai barang kes dadah di dalam bag yang dijumpai di tempat letak kaki di bahagian tempat duduk hadapan penumpang sebelah pemandu.
section
77. Tidak dipertikaikan di dalam kes ini, OKT ialah seorang pemandu teksi yang mana barang kes dadah dijumpai. Ketika OKT ditangkap oleh SP4, OKT baharu meletakkan kereta teksinya di tempat letak kereta dan sedang mengunci pintu kereta teksi tersebut. SP4 tidak menjumpai sebarang barang salah di badan OKT. SP4 hanya merampas kunci kereta teksi yang mana SP4 menggunakan kunci kereta tersebut untuk membuka teksi berkenaan.
section
78. Kemudian SP4 telah membuat geledahan di dalam kereta dan menjumpai beg kain yang mana bag tersebut menurut SP4 dalam keadaan terbuka di tempat letak kaki bagahian penumpang sebelah pemandu. Bag tersebut telah ditandakan sebagai eksibit P19. Rujuk gambar eksibit P9(1) dan (2). Manakala tempat dadah dijumpai di gambar eksibit P9(10)(11) dan (12). S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25
section
79. SP4 juga menyatakan bahawa keadaan di dalam teksi dapat dilihat kerana lampu jalan yang terang walaupun waktu kejadian adalah pada pukul 10.30 malam.
section
80. Pihak pendakwaan menghujahkan OKT mempunyai pemilikan atas barang kes dadah kerana hanya OKT sahaja dilihat memandu kereta teksi tersebut dan OKT sahaja yang mempunyai kawalan ke atas kereta tersebut semenjak ia diserahkan oleh SP3 kepada OKT semenjak tahun 2019.
section
81. Menurut kes Mahkamah Rayuan ALI HOSSEINZADEH BASHIR V PP [2015] 1 CLJ 918, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: [41] Aside from the factual question of whether an inference of knowledge can be drawn where the drugs were hidden from view, it is important to remember that the presumption of knowledge under s. 37(d) of the DDA is a presumption of law and as such the court has no discretion not to invoke it upon proof of custody or control: see Muhammed Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170 FC which was followed by another Federal Court decision in PP v. Zulkifli Arshad [2010] 6 CLJ 121. In the former case Chong Siew Fai CJ (Sabah and Sarawak) delivering the judgment of the court said at p. 190: The deemed state of affairs in s. 37(d) (ie, deemed possession and deemed knowledge) is by operation of law and there is no necessity to prove how that S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 particular state of affairs is arrived at. There need only to be established the basic or primary facts necessary to give rise to that state of affairs ie, the finding of custody or control. Such presumptions under s. 37(d) (and for that matter, the one under s. 37(da)) are sometimes described as “compelling presumptions” in that upon proof of certain facts by a party (in our present case, proof of custody or control in s. 37(d) by the prosecution), the court must in law draw a presumption in its favour (ie, presumptions of possession and knowledge) unless the other party proves to the contrary. Such a presumption has the compelling force of law. It is a deduction which the law requires the trial court to make. (penekanan diberikan)
section
82. Dalam hal ini, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa OKT mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah yang dijumpai di dalam kereta teksi dipandu menggunapakai peruntukan anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) Akta. Rujuk Muhammed bin Hassan v PP [1998] 2 MLJ 273.
section
83. Mahkamah ini juga membuat inferen pengetahuan dengan menggunapakai seksyen 8 Akta Keterangan 1950 terhadap OKT. Kelakuan dan tingkah laku OKT yang telah melarikan diri adalah asas untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah yang terletak di bahagian bawah tempat letak kaki bahagian penumpang hadapan bersebelahan pemandu. Rujuk Parlan bin Dadeh v PP [2008] 6 MLJ 19. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27
section
84. Prinsip yang sama mengenai anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) DDA 1952 terpakai apabila terbukti jagaan dan kawalan oleh OKT dikuatkan lagi oleh keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Reza Mohd Shah Ahmad Shah [2010] 1 CLJ 541.
c
(c) sama ada OKT mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 2 Akta
section
85. Mahkamah ini mengambil pendekatan yang serupa sepertimana diputuskan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah tidak boleh menggunakan peruntukan anggapan berganda sepertimana diputuskan oleh Gopal Sri Ram JCA (ketika itu) : “[76] In the present case, the presumption of trafficking under s. 37(da) did not apply against the appellant as there was no evidence that he had knowledge of the presence of the drugs in the specially constructed compartments of the luggage bags. What was established was only evidence of custody and control of the luggage bags containing the drugs. This triggered the presumption of knowledge under s. 37(d) and not the presumption of trafficking under s. 37(da). [77] Since only custody and control of the drugs had been established against the appellant at the close of the prosecution case and not knowledge of the drugs, it should have been obvious to the appellant that it was the presumption of knowledge under s. 37(d) that applied against him and not the presumption S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 of trafficking under s. 37(da), which required affirmative evidence of knowledge to be established by the prosecution, of which there was none. [78] Therefore, given the fact that only custody and control of the drugs had been proved against the appellant at the close of the prosecution case and not knowledge of the presence of the drugs to trigger the presumption of trafficking under s. 37(da), there was absolutely no basis for the appellant’s concern that he would have to rebut the presumption of trafficking under s. 37(da) due to the failure by the learned trial judge to inform him verbally or in writing whether his defence was called on presumed trafficking or on direct trafficking. [79] On the factual matrix of the case, there were only two presumptions under the DDA that would apply against the appellant, either the presumption of knowledge under s. 37(d) or the presumption of trafficking under s. 37(da). The presumption of knowledge under s. 37(d) would apply upon proof of custody or control of the drugs and the presumption of trafficking under s. 37(da) would apply upon affirmative proof of knowledge of the drugs, ie, upon proof of mens rea possession of the drugs. Mere proof of physical custody or control of the drugs would not be sufficient to trigger the presumption of trafficking under s. 37(da). It is perhaps appropriate at this point to also mention that the court can only invoke either of the presumptions and not both.” S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29
section
86. Lanjutan itu, persoalan kepada Mahkamah ini adalah sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa OKT mengedar dadah di bawah seksyen 2 Akta.
section
87. Pihak pendakwaan pula menghujahkan bahawa anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta terpakai. Namun begitu, tidak ada keterangan langsung yang membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah berbahaya tersebut. Sebaliknya, peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta terpakai.
section
88. Memandangkan tidak ada bukti dikemukakan untuk menguatkan hujahan pihak pendakwaan bahawa OKT mengedar dadah di bawah ruang lingkup seksyen 2 Akta, maka Mahkamah ini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pengedaran dalam kes ini. KEPUTUSAN DI AKHIR PENDAKWAAN
section
89. Mahkamah ini menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen 167 Kanun Tatacara Jenayah memutuskan terdapat suatu kes prima facie atas pertuduhan pindaan seperti berikut: Pertuduhan Bahawa kamu pada 6.6.2023 jam lebih kurang 10.10 malam bertempat di tepi jalan hadapan pintu 3, Pasar Raya Giant, Kelana Jaya, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 Cannabis berat bersih 3835.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. Hukuman: penjara seumur atau untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan dihukum dengan tidak kurang daripada sepuluh sebatan. KEPUTUSAN DI AKHIR PEMBELAAN
section
90. Kes ditetapkan untuk OKT membela diri atas pertuduhan pindaan di bawah seksyen 6 dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.
section
91. Fakta kes dibacakan kepada OKT. OKT faham fakta kes dan OKT mengaku salah. Mahkamah berpuas hati OKT telah mengaku salah tanpa syarat dan memahami kesan dan akibat pengakuannya. Atas pengakuan tanpa syarat ini, Mahkamah mensabitkan OKT dengan pertuduhan terhadapnya.
section
92. Peguambela membuat mitigasi bagi pihak OKT. Tertuduh berumur 45 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Tanggungan ibu mentua, anak-anak dan isteri. Bekerja sebagai pemandu teksi sebelum ditangkap.
section
93. Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh. Beliau tidak pernah terlibat dengan kes jenayah. Menyesal dan berjanji S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 untuk diberi peluang untuk kembali kepada masyarakat. OKT mohon agar Mahkamah dapat mengambil kira faktor mitigasi.
section
94. Pihak pembelaan menghujahkan pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah. Kes Pendakwa Raya v Mohd Syahmi Mohd Fared [2015] CLJU 328 dirujuk. Keempat-empat Responden berumur 23-24 tahun. Hukuman penjara yang panjang tidak membawa kebaikan kepada mereka. Hukuman penjara 10-15 tahun sebagai pengajaran kepada mereka.
section
95. Tertuduh bukan habitual offender. Berjanji tidak mengulangi perbuatan ini. Telah Direman 3 tahun 3 bulan. OKT beri Kerjasama kepada polis. Mohon hukuman penjara dari tarikh tangkap 10.9.2020. Hukuman penjara bagi kedua-dua kes berjalan serentak.
section
96. Manakala Timbalan Pendakwa Raya berhujah mengenai faktor pemberat bahawa OKT telah terlibat dalam pertuduhan yang serius yang asalnya trafficking dan menekankan factor-faktor berikut: o Kepentingan awam. o Berat dadah o Pohon hukuman setimpal. o Dadah musuh negara. o Faktor kepentingan awam yang mengatasi faktor peribadi OKT. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 KEPUTUSAN MAHKAMAH
section
97. Ini adalah kesalahan serius dan melibatkan hukuman yang berat. Mahkamah ini menggunapakai pendekatan yang diambil oleh Mokhtar Sidin HMR di dalam kes Tia Ah Leng v PP [2004] 4 MLJ 249 yang menerimapakai prinsip undang-undang diputuskan di dalam kes Loh Hock Seng V PP [1980] 2 MLJ 13 dan memutuskan seperti berikut: "It is the general rule that when imposing a sentence, the Court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount. However, there are exceptions to this rule, ie offences under the Dangerous Drugs Act
section
1952. The Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law (see paras 9 and 14); Loh Hock Seng & Anor v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13 followed." (penekanan diberikan)
section
98. Mahkamah mengambil kira faktor mitigasi pengakuan salah OKT, ini adalah kesalahan pertama, umur OKT yang boleh dianggap masih muda dan tempoh pemenjaraan yang telah dilalui sebagai satu bentuk hukuman dan mengambilkira umur OKT, beliau boleh berubah ke arah yang lebih baik. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33
section
99. Namun begitu, Mahkamah hendaklah sentiasa menimbangkan kepentingan awam dalam kes sebegini yang menuntut hukuman yang setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan. Mahkamah juga mengambil kira berat dadah di dalam kes ini.
section
100. Dengan mengambil pendekatan yang sama dengan keputusan Mahkamah atasan dan berpandukan kepada tren hukuman bagi kes yang serupa di bawah Akta, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Pendakwa Raya v Abdul Halim Ishak Dan Satu Lagi [2013] 7 MLRA 372, yang mana Mahkamah Rayuan telah mengenepikan hukuman ringan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi dan mengenakan hukuman penjara 14 tahun dengan 10 sebatan untuk pemilikan dadah jenis ganja di bawah seksyen 6 Akta.
section
101. Setelah menimbangkan faktor mitigasi dan faktor pemberat pihak pendakwaan, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dari tarikh ditangkap dan 10 sebatan bagi kesalahan di bawah seksyen 6 dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S/N vg4g8k6RAk6Iz9Bhmf6dnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.