Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCVC–466–10/2024 ANTARA ANTHONY JOHN DASON (NO.K/P: 481220-10-5569) …PLAINTIF
WA-B52NCvC-466-10/2024
Sessions Court of Malaysia30 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t. Despite this fact, now 10 years on since insolvency, the liquidator has failed to wind up the process of collecting assets and paying off creditors and contributories in priority prescribed by the Companies Act. This letter is to irrevocably instruct you to engage the services of Mr. Anthony John Dason (Advocate and”
“berikut: Whether an agreement to provide services to influence the decision of a public decision maker to award a contract is a contract opposed to public policy as defined under section 24(e) of the Contracts Act 1950 and [is] therefore void?. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w **Note : Serial number will be used to verify th”
“iada tindakan kausa dalam dakwaan Plaintif terhadap D2 dan D3. (b.1) bahawa samada permintaan oleh pihak berkuasa dalam proses Kewajiban Pengambilan Tanah di bawah Akta Kewajiban Pengambilan Tanah (Land Acquisition Act) 1961 adalah satu proses pematuhan secara wajib (compulsory)? (b.2) Jika jawapan adalah “ya”, maka sa”
“at any stage of recovery (i.e. NOD stage, filing of writ of summons stage, interlocutory application hearing stage, mediation, trial, etc) [11] The law which governs the payment of legal fees is the Legal Profession Act 1976. The relevant provision for the purpose of this case is section 112”
“(iv) whether the Moneylenders Act 1951 only regulates moneylenders and if a person was found to be not a moneylender, he is at liberty to enter into loan agreement charging any interest rate including interest at the rate of 100% per mont”
“le S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 [43] Di dalam kes Teng Kamwah v Kim Koo Enterprise Sdn Bhd & Anor [2020] MLJU 647 Mahkamah Tinggi memutuskan terma yang dimasuki tidak menyalahi undang-undang dan bukan yuran kontingensi, s”
“Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [42] Selain dari itu, saya juga merujuk kepada kes Tetuan A. G. Roseli & Paul v. SS Precast Sdn Bhd & Ors [2021] CLJU 1295; [2021] 1 LNS 1295 di mana isu pokok adalah mengenai kesahan perjanjian tersebut. Mahkamah mendapati perj”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCVC–466–10/2024 ANTARA ANTHONY JOHN DASON (NO.K/P: 481220-10-5569) …PLAINTIF
1
1.
2
WONG KEAN YEN (NO.K/P: 811227-10-5317) LIANG CHONG BENG (NO.K/P: 590109-02-5459) (Rakan Kongsi Dalam Firma Messrs CB Liang, Ng & Co
3
Dan Bekas Rakan Kongsi Dalam Firma Messrs Nga Hock Cheh & Co) NG KWEE LAN (NO.K/P: 660311-01-5650) (Rakan Kongsi Dalam Firma Messrs CB Liang, Ng & Co)
4
NGA HOCK CHEH (NO.K/P: 520529-08-5593) (Rakan Kongsi Dalam Firma Messrs Nga Hock Cheh & Co)
5
NGA MEI YEN (NO.K/P: 790928-07-5536) (Rakan Kongsi Dalam Firma Messrs Nga Hock Cheh & Co)) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 18 Permohonan oleh D2 dan D3 di bawah Aturan 14A) (KANDUNGAN 20 Permohonan oleh D4 dan D5 di bawah A.14A) (KANDUNGAN 22 Permohonan oleh plaintif di bawah A.14A) PENGENALAN [1] Atas perkhidmatan Plaintif sebagai seorang Peguam bela dan Peguam cara untuk bertindak mengeluarkan Pelikuidasi satu syarikat iaitu Atlaw Housing Sdn Bhd yang telah digulung dan penamatan penggulungan syarikat itu, suatu yuran dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 untuk dibayar di mana bahagian 16/06/2025 12:20:59 WA-B52NCvC-466-10/2024 Kand. 67 S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w plaintif adalah sebayak setengah dari jumlah ini dan setengah lagi untuk Tetuan Nga Hock Cheh & Co. [2] Pelikuidasi Syarikat tersebut telah dikeluarkan dan penggulungan Syarikat tersebut telah ditamatkan pada 15.7.2019. Plaintif dengan itu telah selesai tugas beliau. Yuran yang dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 harus dan perlu dibayar. [3] Plaintif telah menerima jumlah sebanyak RM1,800,000.00 untuk dikira sebagai bahagian daripada separuh bahagian yuran beliau yang dipersetujui. Baki yuran yang harus dan perlu dibayar kepada Plaintif adalah jumlah sebanyak RM450,000.00. [4] Saya telah menolak tuntutan plaintif terhadap D1, D2, D3, D4 dan D5, di bawah A.14A dan memutuskan bahawa perjanjian yang dimasuki adalah tidak sah kerana menyalahi undang-undang memandangkan ia melibatkan unsur yuran kontingensi yang dilarang di bawah Akta Profesion Guaman. [5] Atas alasan yang sama iaitu kontrak menyalahi undang-undang, saya menolak tuntutan balas defendan sebanyak RM1.8 juta yang telah dibayar kepada plaintif. [6] Alasan Penghakiman ini merangkumi kesemua permohonan interlokutori yang difailkan di bawah A.14A yang melibatkan plaintif dan defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima memandangkan isu utama di dalam kes ini adalah kesahan atau keharaman perjanjian. Oleh yang demikian saya hanya menyediakan satu sahaja alasan penghakiman untuk Lampiran 18, 20 dan 22 yang dinyatakan di atas. ASAS TUNTUTAN PLAINTIF [7] Melalui surat bertarikh 15.3.2019, Defendan Pertama bersama dengan Tan Mei Yeng (No. K/P: 680309-10-5268) dan Leong Peng Woon (No. K/P: 561103-10- S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w 5009) yang mana kedua-dua mereka ini adalah pemegang saham dan penyumbang dalam Atlaw Housing Sdn Bhd, telah mengarahkan Defendan Kedua dan firma Nga Hock Cheh & Co untuk melibatkan perkhidmatan Plaintif sebagai seorang Peguam bela dan Peguam cara untuk bertindak atas yuran yang dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 untuk mengeluarkan Pelikuidasi yang dilantik iaitu Dato Jayaraj Retnaswamy dan / atau Jayapala Singam s/o Kandiah bagi Syarikat Atlaw Housing Sdn Bhd yang telah digulung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Petisyen Gulungan No. MT2-28-16-2007. [8] Antara terma yang dinyatakan ialah:
a
Yuran dan perbelanjaan Plaintif akan dibayar selepas tugas tersebut diselesaikan;
b
surat hak milik yang diperoleh daripada Pelikuidasi atau pihak ketiga harus dipegang sebagai Stakeholder dengan kuasa untuk mendaftar lien sehingga yuran dibayar dengan sepenuhnya;
c
arahan tersebut tidak boleh ditarik balik kerana diberi dengan balasan berharga;
d
sekiranya mereka memilih untuk mengganti Tetuan Nga Hock Cheh & Co sebagai Peguam cara mereka, yuran yang dinyatakan akan menjadi berbayar dengan segera;
e
sekiranya Plaintif dan Tetuan Nga Hock Cheh & Co tidak dapat mengeluarkan Pelikuidasi atau tamat likuidasi Syarikat tersebut dalam 12 bulan dari tarikh surat tersebut, yuran tidak perlu dibayar. [9] Mengenai pembahagian yuran , telah dipersetujui bahawa yuran yang diterima secara bahagian (berperingkat) akan dikongsi sama-sama di antara Plaintif dan Tetuan Nga Hock Cheh & Co. [10] Yuran yang dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 harus dikongsi sama-sama di antara Plaintif dan Tetuan Nga Hock Cheh & Co. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w [11] Melalui surat bertarikh 22.3.2019, daripada Tetuan Nga Hock Cheh & Co kepada Plaintif, Plaintif telah dilantik untuk menjalan urusan untuk mengakhiri likuidasi dan / atau mengeluarkan Pelikuidasi Syarikat tersebut. [12] Pelikuidasi Syarikat tersebut telah dikeluarkan dan penggulungan Syarikat tersebut telah ditamatkan pada 15.7.2019. Plaintif dengan itu telah selesai tugas beliau. Yuran yang dipersetujui sebanyak RM4,500,000.00 harus dan perlu dibayar. [13] Plaintif telah menerima jumlah sebanyak RM1,800,000.00 untuk dikira sebagai bahagian daripada separuh bahagian yuran beliau yang dipersetujui. Baki yuran yang harus dan perlu dibayar kepada Plaintif adalah jumlah sebanyak RM450,000.00. [14] Melalui surat bertarikh 7.6.2022, Peguam cara terdahulu Plaintif telah menuntut daripada Leong Peng Woon, Tan Mei Yeng dan Defendan Pertama untuk membayar baki yuran sebanyak RM450,000.00 yang harus dan perlu dibayar. Tuntutan tersebut tidak dipatuhi. Didapati melalui carian pada 15.5.2024 Leong Peng Woon dan Tan Mei Yeng adalah bankrap yang belum dilepaskan. [15] Melalui surat bertarikh 10.6.2024, Peguam cara Plaintif telah menuntut bayaran sebanyak RM450,000.00 daripada Defendan Pertama sebagai baki yuran yang harus dan perlu dibayar kepada Plaintif. Defendan Pertama telah gagal dan / atau enggan membayarnya. [16] Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan kelima masing-masing adalah seorang Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya di dalam firma guaman yang berkenaan seperti dinyatakan iaitu rakan kongsi firma guaman CB Liang, Ng & Co dan bekas Rakan Kongsi Dalam Firma Messrs Nga Hock Cheh & Co. [17] Plaintif menuntut: (1) terhadap Defendan-Defendan secara bersama dan berasingan: (a) Jumlah wang sebanyak RM450,000.00; (b) Faedah ke atas jumlah sebanyak RM450,000.00 pada kadar 5% setahun dari 15.7.2019 S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w sehingga tarikh penghakiman; (c) Faedah ke atas jumlah sebanyak RM450,000.00 pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh PEMBELAAN [18] Plaintif mempunyai sijil amalan guaman yang sah dan tertakluk kepada Akta Profesion Undang-Undang di mana untuk tempoh 1.1.2019 sehingga 31.12.2019 plaintif adalah perunding dengan Tetuan Suflan TH Liew & Partners. Sijil Amalan sah untuk tahun 2019 dan kali terakhir dikeluarkan sijil amalan adalah pada tahun 2022 dan plaintif telah meletakkan jawatan sebagai perunding dengan Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partnes pada 1.2.2023. [19] Defendan 3 dan Defendan 4 mengakui surat bertarikh 15.3.2019 telah dikeluarkan oleh D1 bersama dengan Tan Mei Yeng dan Leong Peng Woon tetapi tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenainya. [20] Ia dikeluarkan untuk mengarahkan D2 untuk mendapatkan khidmat plaintif untuk bertindak bagi pihak pemegang saham atas yuran kontingensi (contingency fee) sebanyak RM4.5 juta dengan tugasan untuk mengeluarkan Pelikuidasi syarikat atas alasan salah laku dan untuk menggantikan Pelikuidasi yang kompeten. [21] Tiada yuran perbelanjaan akan dibayar dan plaintif hanya akan diberikan pampasan dengan yuran kontingensi jika Pelikuidasi dikeluarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tersebut. [22] Jika plaintif gagal mengeluarkan Pelikuidasi atau menamatkan penggulungan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tersebut, plaintif bebas untuk digantikan tanpa sebarang yuran dan kos. [23] Surat ikatan hak milik dan semua dokumen yang diperolehi dari Pelikuidasi atau pihak ketiga akan dipegang oleh plaintif sebagai stakeholder atau S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w pemegang amanah harta dengan kuasa untuk mendaftar lien sehingga yuran plaintif dibayar dengan sepenuhnya. [24] Terma-terma dalam pelantikan plaintif yang terkandung di dalam surat 15.3.2019 adalah perjanjian bernas (champertous agreement) yang menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan dasar awam dan tidak sah di bawah seksyen 24 Akta Kontrak. [25] Defendan mengakui bahawa Pelikuidasi telah dikeluarkan dengan sewajarnya dan penggulungan ditamatkan pada 15.7.2019. [26] Defendan 3 memplidkan bahawa Defendan 3 hanya menjadi rakan kongsi di Tetuan CLBN sejak bulan Januari 2020. Defendan 3 tidak ada urusan dengan Plaintif dan tidak terlibat dalam apa-apa hubungan dan transaksi berkenaan subjek tindakan Defendan 2 hanya setuju dengan kewujudan surat bertarikh 15-3-2019 sahaja. [27] Defendan 2 dan Defendan 3 menafikan bahawa pelepasan suratan hak milik hartanah kepada Atlaw adalah satu pemecahan kecuaian stakeholder. [28] Secara alternatifnya Defendan 2 dan Defendan 3 memplidkan bahawa jika memang suratan hak milik hartanah harus dilepaskan balik kepada Atlaw, ia adalah arahan Atlaw sebagai anak guam , disebabkan mematuhi proses Kewajiban Pengambilan Tanah adalah tidak melakukan apa-apa kecuaian profesional dan/atau bukan apa-apa perpecahan tanggungjawab berjaga-jaga sebagai stakeholder dan Plaintif diletak di bawah dasar bukti kukuh dan ketat. [29] Permohonan di buat oleh pihak Plaintif , defendan kedua, defendan ketiga, defendan keempat dan defendan kelima menurut Aturan 14A, Aturan 33 kaedah 2 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk kes ini diputuskan. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG ATURAN 14A S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w [30] Aturan 14A KKM 2012 membolehkan Mahkamah untuk menentukan apa-apa persoalan undang-undang atau pentafsiran apa-apa dokumen yang berbangkit dalam mana-mana kausa atau perkara pada mana-mana peringkat prosiding jika Mahkamah mendapati bahawa persoalan itu adalah sesuai bagi penentuan tanpa perbicaraan penuh tindakan itu dan penentuan itu akan menentukan secara muktamad keseluruhan kausa atau perkara atau apa-apa tuntutan atau isu dalamnya. [31] Untuk memudahkan rujukan diperturunkan di bawah ini peruntukan tersebut.
1
Determination of questions of law or construction (O. 14A r. 1)
1
The Court may, upon the application of a party or of its own motion, determine any question of law or construction of any document arising in any cause or matter at any stage of the proceedings where it appears to the Court that-
a
such question is suitable for determination without the full trial of the action; and
b
such determination will finally determine the entire cause or matter or any claim or issue therein.
2
On such determination the Court may dismiss the cause or matter or make such order or judgment as it thinks just. [32] Penggunaan peruntukan A. 14A KKM 2012 telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2007] 6 CLJ 741; [2008] 2 MLJ 812 seperti berikut: "[7] It is trite law that, for the court to exercise its power to summarily dispose off an action under O. 14A of the RHC, there should not be any dispute by the parties as to the relevant facts, or that the court, upon scrutinising the pleadings, concludes that the material facts are not in dispute (see the case of Petroleum Nasional Bhd v. Kerajaan Negeri Terengganu & Another Appeal 2003 4 CLJ 337; 2004 1 MLJ 8). [33] Di dalam kes Thein Hong Teck & Ors v. Mohd Afrizan Husain & Another Appeal [2012] 1 CLJ 49; [2012] 2 MLJ 299 Mahkamah Persekutuan S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w menetapkan bahawa bagi permohonan di bawah Aturan 14A , fakta material bagi isu atau persoalan yang hendak diputuskan di bawah A.14A adalah tidak dipertikaikan. [34] Isu undang-undang yang dinyatakan adalah jelas dan tepat dan fakta yang didedahkan melalui pliding dan afidavit adalah memadai untuk mahkamah membuat keputusan. [Lihat Seloga Sdn Bhd v. UEM Gynisys Sdn Bhd [2007] 7 MLJ 385]. [35] Berdasarkan kepada kes-kes duluan yang diputuskan, jelas bahawa permohonan di bawah A. 14A KKM 2012 adalah tidak sesuai jika terdapat dakwaan fakta yang bercanggah, fakta material dipertikaikan dan isu fakta yang saling berkait (interwoven) dengan isu undang-undang . [36] A.33 Kaedah 2 pula memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk sebarang persoalan yang timbul untuk dibicarakan sebelum atau selepas bicara. [37] Di dalam kes ini, tiada pertikaian mengenai fakta-fakta material dan pihak plaintif dan defendan-defendan yang dinyatakan di atas bersetuju untuk pertikaian diputuskan di bawah A.14A. Maka, saya mendapati kes ini sesuai diputuskan di bawah A.14A. UNDANG UNDANG BERKAITAN DENGAN YURAN KONTINGENSI [38] Seksyen 112(1)(b) Akta Profesion Guaman (LPA) menegah seseorang peguam cara dan kliennya memasuki suatu perjanjian di mana peguam cara itu diambil atau ditugaskan untuk menjalankan apa-apa guaman atau tindakan atau apa-apa prosiding pertikaian lain, jika ianya memperuntukkan bayaran hanya akan di buat, jika mendapat kemenangan sahaja. [39] Seksyen 112 LPA 1976 berbunyi: - “No advocate and solicitor to purchase interest of client S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w
1
Except as expressly provided in any written law, or by rules made under this Act, no advocate and solicitor shall:
a
....; or
b
enter into any agreement by which he is retained or employed to prosecute any suit or action or other contentious proceeding which stipulates for or contemplates payment only in the event of success in such suit, action or proceeding.” [39] Mahkamah Tinggi dalam kes Chai Chee Chin v Tetuan Zahari Ong & Co [2005] 4 MLRH 422 mendapati bahawa surat pelantikan plaintif melantik defendan sebagai peguam cara (untuk mengendalikan proses pengambilan tanah wajib) mempunyai ‘retainer’ minima fi sebanyak RM1,000.00 walaupun ia mempunyai terma bayaran fi tertakluk sebanyak 10% ke atas jumlah wang pampasan selepas pengambilan tanah wajib, justerunya, tiada ‘Kontingensi’ berlaku dan susunan (arrangement) tersebut tidak bercanggah dengan seksyen 112(1)(b). [40] Dalam kes TITIAN DESA SDN BHD & ANOR v AKBERDIN BIN HJ ABDUL KADER [2016] 5 MLJ 548 , plaintif telah menyaman defendan-defendan untuk yuran guamannya berjumlah RM5,560,000.00 iaitu 8% daripada jumlah penyelesaian RM68,500,000.00 dan jumlah ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. Atas rayuan, Mahkamah Rayuan mengetepikan Perintah Mahkamah Tinggi dan memutuskan: We also agree with learned counsel for the defendants that in awarding the plaintiff the sum of RM5,480,000 (being a sum equivalent to 8% of the supposedly settlement sum of RM68,500,000), the learned JC was effectively upholding a contingency fee arrangement; which agreement is not permitted in law (see s 112 of the LPA 1976). [41] Seterusnya , saya merujuk kepada kes Mokhtar Ngah & Co. v. Yee Seng Plantations Sdn Bhd [2009] 10 CLJ 348, di mana pokok pertikaian adalah mengenai perjanjian saraan sebagai peguam cara/counsel yang mengandungi terma yuran kontingensi. Mahkamah Tinggi menolak permohonan plaintif di mana Mahkamah menyatakan bahawa adalah jelas bahawa plaintif akan menerima habuannya pada kadar satu pertiga, hanya jika kejayaan dicapai S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w oleh defendan terhadap Pihak Berkuasa Negeri Terengganu di dalam kes-kes yang melibatkan kedua-dua konsesi tersebut. Oleh itu, Perjanjian Saraan tersebut adalah Perjanjian Champerty dan bertentangan dengan peruntukan di bawah s. 112(1)(b) Akta Profesion Undang-Undang 1976. Diperturunkan di bawah ini petikan yang berkaitan: Perjanjian Saraan (Agreement Of Remuneration) Bertarikh 26 Ogos 1997 (DMN2 – Kandungan 2) [9] Perjanjian Saraan tersebut menyatakan: Re: All Cases/Matters Pertaining to Kerteh Concession Terengganu Appoinment/Engagement of Messrs Mokhtar Ngah & Co. As Solicitors/ Counsel and Irrevocable Agreement of Remuneration Pursuant to the above. Further to our instructions for Messrs. Mokhtar Ngah & Co. to conduct the above matters, please be informed that we irrevocably agree that the rate of remuneration of one third of the agreed/judgment sum/value achieved from the above cases payable immediately after agreement or judgment of the same. Nevertheless we undertake to pay all other fees and disbursements from time to time and further due to magnitude and complexity of these matters and that we further agree to pay any other counsel or counsels to be engaged for the above purposes if necessary Persoalannya yang timbul ialah sama ada Perjanjian Saraan tersebut adalah champerty? [23] Dalam pengamatan saya, prinsip penting yang terurai dari penghakiman tersebut ialah – untuk menjadikan sesuatu perjanjian yang dipersoalkan itu champerty, tidaklah perlu bahawa dalam perjanjian tersebut mesti terdapat satu stipulasi yang nyata (express stipulation) yang menyatakan bahawa bayaran (kepada peguam) akan dibuat hanya jika kejayaan dicapai dalam tindakan yang berkenaan. Stipulasi yang nyata (express stipulation) tersebut adalah tidak perlu jika perjanjian yang dipertikaikan itu memperuntukkan bayaran (kepada peguam) berdasarkan peratus dari amaun yang diperolehi dalam tindakan yang berkenaan. Ini adalah kerana tidaklah dapat dinafikan bahawa perjanjian yang memperuntukkan bayaran (kepada peguam) berdasarkan peratus dari amaun yang diperolehi dalam tindakan yang berkenaan itu adalah pada hakikatnya satu perjanjian yang menetapkan bayaran (kepada peguam) hanya jika kejayaan dicapai dalam tindakan yang berkenaan. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w [42] Selain dari itu, saya juga merujuk kepada kes Tetuan A. G. Roseli & Paul v. SS Precast Sdn Bhd & Ors [2021] CLJU 1295; [2021] 1 LNS 1295 di mana isu pokok adalah mengenai kesahan perjanjian tersebut. Mahkamah mendapati perjanjian tersebut menyalahi Akta Profesion Guaman. Diperturunkan di bawah ini petikan berkaitan: The Validity of the Agreement [10] In this case the legal fees agreed upon as stated in the letter of retainer is as follows:
4
Our professional fees SHALL be 20% of the amount recovered in this matter payable on an immediate basis upon recovery”
5
The professional Fee mentioned in paragraph 4 above is STIRCTLY on SUCCESS BASIS and SHALL be paid fully to us at any stage of recovery (i.e. NOD stage, filing of writ of summons stage, interlocutory application hearing stage, mediation, trial, etc) [11] The law which governs the payment of legal fees is the Legal Profession Act 1976. The relevant provision for the purpose of this case is section 112
1
(1)(b) which stipulates as follows:
1
Except as expressly provided in any written law, or by rules made under this Act, no advocate and solicitor shall –
b
enter into any agreement by which he is retained or employed to prosecute any suit or action or other contentious proceeding which stipulates for or contemplates payment only in the event of success in such suit, action or proceeding [12] The above provision clearly makes it unlawful for the lawyer to make an agreement with the client which envisages payment of legal fees only on success of the claim. In this case as the 20% legal fees which is payable on success of the suit therefore is unlawful as it breaches the above provision. [15] In short based on the above provisions of law the Court finds that the agreement between the Plaintiff and the Defendant as contained in the letter of retainer is unlawful and therefore the agreement is void and unenforceable S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w [43] Di dalam kes Teng Kamwah v Kim Koo Enterprise Sdn Bhd & Anor [2020] MLJU 647 Mahkamah Tinggi memutuskan terma yang dimasuki tidak menyalahi undang-undang dan bukan yuran kontingensi, seperti berikut: [7] Towards the end of 2016, the Plaintiff began discussion with the 2nd Defendant to secure a fees agreement. After several discussion, the parties have agreed on the terms of the fees agreement and the guarantee. The Plaintiff then executed the Agreement on Fees dated 16.2.2017 (the “Fees Agreement dated 16.2.2017”) with the 1st Defendant, which was signed by the 2nd Defendant, the authorised signatory of the 1st Defendant. Under the Fees Agreement dated 16.2.2017, the legal fee structure read as follows: Fees Agreement dated 16.2.2017, the legal fee structure read as follows: “In consideration of our service above, we propose that the fees payable by you to us shall be based on the total amount of claims in the said acquisition proceedings as made by you and all the other companies associated with or related to you as per the valuation reports submitted by the relevant valuer acting for all the companies (subsequently referred to as “the Total Claims”) as follows:
a
RM1,200,000.00 if the Total Claims is above RM10,000,000.00
b
RM1,000,000.00 if the Total Claims is RM10,000,000.00 or less but more than RM8,000,000.00
c
10% of the Total Claims if the Total Claims is RM8,000,000.00 or less..” [17] However, having considered the Agreement on Fees dated 16.2.2017, there is nothing in the said agreement which stipulates for or contemplates payment only in the event of success of the acquisition proceedings or the legal proceedings. [44] Di dalam kes Messrs Albert Ding, Lee & Partners v Cho Chooi Mei [2020] 10 MLJ 180 Mahkamah Tinggi memutuskan perjanjian bayaran yuran plaintif yang melibatkan peratusan dari jumlah yang akan diperolehi oleh defendan adalah tidak sah kerana ia merupakan yuran kontingensi. Mahkamah memutuskan seperti berikut: S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w Whether the second agreement was a contingency fee arrangement [53] It behoves me to comment on the nature of the second agreement, in view of the fact that the plaintiff claimed a percentage of what the defendant was entitled to. This is strictly prohibited by s 112 of the LPA. [54] In my view, the second agreement was in actual fact a contingency fee arrangement. At this juncture, parallels are drawn to the Court of Appeal case of Titian Desa Sdn Bhd & Anor v Akberdin bin Hj Abdul Kader [2016] 5 MLJ 548; [2016] 1 LNS 689, where it was stated that a sum of MYR5.48m (being [2020] 10 MLJ 180 at 199 a sum equivalent to 8% of the supposed settlement sum of MYR68.5m ) that the plaintiff was claiming from the defendant was in fact a contingency fee arrangement which was prohibited by s 112 of the LPA. [55] There is no dearth of literature which provides for the justification against such arrangement of payment. By virtue of s 112 of the LPA, the second agreement is not only against public policy, it is also against the professional ethics of the lawyer. Bearing in mind that the relationship between a lawyer and the client is a highly fiduciary one, it is my view that the plaintiff had misused its position of trust in indulging in a contingency fees contract. [57] In my view, the second agreement is void by virtue of having violated Section 112 of the LPA. [45] Di dalam LUA & MANSOR v. TAN AH KIM [2017] 2 CLJ 175, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa jika ada yuran tambahan selain dari yuran asas jika memperolehi kejayaan, ia bukan yuran kontingensi. Dinyatakan seperti berikut: [20] It is also to be noted that the pre-agreed costs by the parties in this case are known as success fees, and not contingency fees because the agreed 15% fees are not contingent upon the defendant winning the case but it were additional fees agreed, in addition to the RM20,000.00 basic fees. This position taken by the plaintiff is in accord with the finding of the disciplinary committee under the LPA. The High Court in Chai Chee Chin & Ors lwn. Tetuan Zahari Ong & Co [2006] 8 CLJ 84 had recognised such success fees. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w ANALISA DAN PENILAIAN SAMADA KONTRAK YANG DIMASUKI ADALAH KONTRAK BAYARAN ATAS SYARAT PERLU MENANG KES DAHULU BARU DIBAYAR [46] Di dalam kes ini, dokumen teras yang menjadi perkara pokok adalah Surat Lantikan bertarikh 15.3.2018 yang ditujukan kepada Liang Chong Beng yang mengarahkan beliau menggunakan khidmat plaintif untuk mengeluarkan pelikuidator semasa syarikat dan menamatkan penggulungan syarikat Atlaw Housing Sdn Bhd. Diperturunkan di bawah ini surat tersebut. Surat Lantikan Tan Mei Yeng Wong Kean Ven Leong Peng Woon No. 72 Jalan Kedah Dl Jalan Meru 41060 Klang Selangor 15th March 2018 Mr. Liang Chong Beng Messrs. Nga Hock Cheh & Co Surilte 1802,181h Floor, Pleza See Hoy Chan Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur Dear Mr. Llang. By Hand RE: ATLAW HOUSING SON BHD 450043-U (IN LIQUIDATION) (the Company) We are the shareholders and contributories of the above-mentioned company now in liquidation, under Dato Jeyaraj Ramaswamy and/or Jayapala Singam s/o Kandiah (the Liquidators appointed under a compulsory winding up) with a S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w paid-up capital of RM 600,000/-There are two subscriber shareholders with a paid up of RM 1/- each, allotted on Incorporation. The company was wound up in the Shah Alam High Court Winding Up Petition MT2-28-16-2007 presented by Junlian Pilng Sdn Bhd and Dato Jeyaraj appointed the Liquidator around 29th June 2010. After appointment, the Liquidator declared a dividend and paid off in full the debt due to the petitioning creditor from the proceeds of land acquisition of some of the landed assets of the company, leaving all best insignificant liabilities that can be retired in full from the Iiquid assets in his possession, yet leaving a residue. The balance landed assets of the company are significant and more than adequate to establish the company as solvent. Despite this fact, now 10 years on since insolvency, the liquidator has failed to wind up the process of collecting assets and paying off creditors and contributories in priority prescribed by the Companies Act. This letter is to irrevocably instruct you to engage the services of Mr. Anthony John Dason (Advocate and Solicitor), to act on our behalf on a contingency fee of RM4.5 million share with him and others as he may engage, to remove this liquidator for misconduct in his failure for no cause lo have completed this liquidation. In a timely manner, and replace him with a competent liquidator of his choosing. All fees and expenses are for his account and will be recompensed on the conclusion of his appointed task. Title deeds and all documents recovered from the current liquidator or third parties are to be held by you, as stakeholder with the authority to register a lien without challenge by us, the predominant contributories until his fee is discharged in full. These instructions are irrevocable by us or our assigns or successors in title, for valuable consideration received and acknowledged herewith. In the event of our choosing to replace Messrs Nga Hock Cheh & Co. as our solicitor, with any other solicitor, or ask Messrs Nga Hock Cheh & co. to act in concert with such other solicitor, without Messrs Nga Hock Cheh & Co’s consent we agree that the fee specified herein shall become immediately due and payable, without any need for taxation and be based on a valuation of all S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w landed and movable assets of the company at a 'present' value assessment, at our cost. In the event if your good selves and Mr. Anthony Dason are unable to remove this Liquidator or end the liquidation within 12 months from the date of this letter, we are at liberty to replace your good selves as solicitors without payment of any fees and cost, any extension period for your good selves and Mr. Anthony Dason acting for us in this case shall be mutually consented by both parties. Sincerely TAN MEI YENG (NRIC No.680308-10-5268) WONG KEAN YEN(NRIC No.811227-10-5317) LEONG PENG WOON (NRIC No. 561103-10-5009) [47] Plaintif melalui satu surat bertarikh 19.3.2019 telah mengesahkan pelantikan ini dan menyatakan bahawa pembahagian yuran adalah secara sama rata di antara plaintif dan Messrs Nga Hock Cheh & Co atau puan di bahagi tiga jika plaintif melantik peguam cara yang lain. Diperturunkan surat plaintif di bawah ini seperti berikut: Anthony J. Dason 19th March 2019 Messrs Nga Hock Cheh & Co. Advocates & Solicitors Suite 1802, 18th Floor Plaza Sess Hoy Chan Jalan Raja Chulan 502000 Kuala Lumpur (Attn: Mr. CB Liang) Dear Sirs RE: ATLAW HOUSING SDN BHD 459943-U (IN LIQUIDATION) S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w With reference to the above company and the Letter of Appointment I received from Ms. Tan Mei Yeng and Mr Wong Kean Yen, in respect of the above company, I write to inform you that the fee distribution, received in tranches shall be shared equally between us, or in three equal shares if I appoint a third party solicitor to litigate the issues. Yours faithfully, (Signed) ……………… ….. Anthony J. Dason [48] Adalah amat jelas dari kedua-dua dokumen di atas, lantikan plaintif tidak mengandungi apa-apa bayaran awal atau retainer. Bayaran yuran perkhidmatan akan diberikan kepada plaintif hanya selepas plaintif berjaya menyelesaikan tugas seperti dinyatakan di dalam surat tersebut dalam masa setahun. [49] Tiada sebarang bayaran akan di buat jika plaintif gagal melaksanakan tugas tersebut. Plaintif telah menerima syarat dan terma ini dan bertindak di atas terma yang dinyatakan. [50] Tidak ada pertikaian mengenai isu bahawa plaintif adalah seorang peguam bela dan peguam cara yang tertakluk kepada Akta Profesion Guaman ketika kontrak ini dimasuki. [51] Di dalam kes ini, saya mendapati wujud ciri-ciri ‘Kontingensi’ seperti digariskan di bawah undang-undang di mana tiada yuran pelantikan (retainer fee), bayaran yuran tertakluk kepada kejayaan plaintif melaksanakan tugas yang dinyatakan dalam kapasiti sebagai peguam bela dan peguam cara dan di dalam surat pelantikan itu sendiri menyatakan dengan jelas yuran berdasarkan kontingensi. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w [52] Maka, saya mendapati kontrak yang dimasuki oleh plaintif dalam tuntutan ini adalah satu Kontrak berdasarkan yuran kontingensi antara Plaintif dan Tetuan NHC. Kontrak ini menyalahi peruntukan seksyen 112 (b) Akta Profesion Guaman. KESAN KONTRAK BERLAWANAN DENGAN UNDANG UNDANG [53] Suatu kontrak yang menyalahi undang-undang adalah terbatal di bawah Seksyen 24 Akta Kontrak, seperti dinyatakan di bawah ini: S.24 The consideration or object of an agreement is lawful, unless-
a
it is forbidden by a law;
b
it is of such a nature that, if permitted, it would defeat any law;
c
it is fraudulent;
d
it involves or implies injury to the person or property of another; or
e
the court regards it as immoral, or opposed to public policy. In each of the above cases, the consideration or object of an agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void. [54] Di dalam kes MERONG MAHAWANGSA SDN BHD & ANOR v. DATO' SHAZRYL ESKAY ABDULLAH [2015] 8 CLJ 212 FC, Mahkamah Persekutuan dengan penuh ketegasan menjelaskan tentang kesan kontrak yang menyalahi undang-undang di mana Mahkamah tidak akan campur tangan dengan memberi bantuan kepada pihak yang terjejas akibat kontrak berkenaan. Mahkamah Persekutuan menolak tuntutan plaintif sebanyak RM20 juta di atas peranan beliau untuk mempengaruhi pembuat keputusan awam (public decision maker) untuk memberikan awad kontrak kepada defendan. Soalan yang telah diberikan kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan untuk ditanyakan adalah seperti berikut: Whether an agreement to provide services to influence the decision of a public decision maker to award a contract is a contract opposed to public policy as defined under section 24(e) of the Contracts Act 1950 and [is] therefore void?. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w [55] Soalan yang dikemukakan telah dijawab dalam nada positif di perenggan 79 dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan seperti berikut: [79] For the above reasons, we (on 14 May 2015, Mohamed Apandi Ali FCJ, as he then was, now AG, agreed with the draft of this judgment) unanimously answer the leave question, surely obviously, in the affirmative, allow this appeal with costs, affirm, for different reasons, the order of the trial court and set aside the orders of the Court of Appeal. [56] Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kontrak yang dimasuki adalah tidak sah kerana ia bertentangan dengan seksyen 24 Akta Kontrak. Adalah jelas bahawa balasannya tidak sah dan bahawa surat akujanji terbatal. Atas alasan itu, tuntutan sepatutnya telah ditolak. Satu perjanjian, yang mana objeknya adalah menggunakan pengaruh Menteri-menteri Kerajaan untuk mendapatkan keputusan yang berpihak kepadanya, memusnahkan pentadbiran yang wajar dan baik. Ia menunjukkan kecenderungan untuk merasuah atau mempengaruhi penjawat-penjawat awam untuk memberi keputusan berpihak kepada mereka selain daripada berdasarkan merit mereka sendiri. Perjanjian sedemikian bertentangan dengan polisi awam. Ia tidak penting sekiranya orang-orang yang ingin dipengaruhi tidak bersetuju dengan cadangan sedemikian. [57] Selanjutnya Mahkamah menyatakan bahawa bila isu keharaman (illegatility) kontrak ditimbulkan walaupun tidak diplidkan mahkamah perlu menangani dan memutuskan isu tersebut, seperti berikut : [19] “It is perfectly settled, that where the contract which the plaintiff seeks to enforce, be it express or implied, is expressly or by implication forbidden by the common law or statute, no court will lend its assistance to give effect” (Cope v. Rowlands [1836] 2 M&W 149, 157 per Parke B, which was quoted with approval in Tan Chee Hoe & Sons Sdn Bhd v. Code Focus Sdn Bhd [2014] 3 CLJ 141; [2014] 3 MLJ 301 per Ramly Ali FCJ, delivering the judgment of the court). “Under s. 2(g) of the Contracts Act, an unlawful agreement is not enforceable” (Lori Malaysia Bhd v. Arab-Malaysian Finance Bhd [1999] 2 CLJ 997; [1999] 3 MLJ 81 per Edgar Joseph Jr FCJ, delivering the judgment of the court). S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w [26] Therefore, “the question of illegality would not depend on pleading or procedure, or on who first might or should produce the documents. It would be a question of substance, of which, if necessary, the court would of its own motion take cognisance, and to which the court would give effect” (Vita Food Products Inc v. Unus Shipping Co Ltd (in Liquidation) [1939] 1 All ER 513 per Lord Wright). “… when an allegation of illegality is made, and a suggestion is made to the court that the contract is illegal, notwithstanding the fact that the illegality is not pleaded, the court is bound to take cognisance of the fact that the contract may be illegal, and, if it is illegal, the court cannot enforce it” (Marles v. Philip Trant & Sons Ltd (Mackinnon, Third Party) (No 1) [1953] 1 All ER 645 per Lynskey J). “A judge is constrained to decide those issues raised by the pleadings in an action. The judge cannot decide issues not contained in the pleading because the judge has jurisdiction only to deal with those matters that the parties have chosen to bring before him in their pleadings. This rule is subject to exceptions where there is a public interest and the judge on his own initiative considers a matter of which he has become aware during the course of a case, although it is not contained in the pleadings, for example, cases of illegality or of conduct contrary to public policy” (Swann, Evans, Ferguson and Crawshay (a firm) v. Hill and Another, Court of Appeal (Civil Division) per Roch LJ, 8 March 2000) [58] Di dalam satu lain Mahkamah Persekutuan Triple Zest Trading & Suppliers & Ors v. Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] 10 CLJ 187 , isu keharaman kontrak dan kesannya telah diputuskan. Soalan yang dikemukakan adalah seperti dinyatakan di perenggan 35 penghakiman Mahkamah Persekutuan, manakala jawapan yang diberikan adalah di perenggan 58, seperti berikut: [35] Arising from the Court of Appeal decision, the appellants obtained leave to appeal to this court for the determination of the following questions of law:
i
whether a loan agreement which charges an interest at the rate of 100% within a period of 30 days is legal under the law?
II
(ii) if the answer to question (i) is illegal, whether the court should still assist the moneylender to recover the principal amount lent?
III
(iii) whether as long as a person who does not “carries on or advertises or announces himself or holds himself out in any way as carrying on the business of moneylending”, he will not be defined as a moneylender despite him lending money at an interest rate of 100% per month?
IV
(iv) whether the Moneylenders Act 1951 only regulates moneylenders and if a person was found to be not a moneylender, he is at liberty to enter into loan agreement charging any interest rate including interest at the rate of 100% per month?
v
whether a person who is not defined as a moneylender can lend money at any interest rate [58] On the facts and the law applicable, our answers to the leave questions are as follows: Leave Question i – Negative. Leave Question ii – Negative. Leave Question iii – Negative. Leave Question iv – Negative. Leave Question v – Negative. [59] Di dalam kes Triple Zest (supra) bukan sahaja tuntutan plaintif untuk mendapatkan keuntungan dari pinjaman persahabatan yang diberikan kepada defendan ditolak, malah modal pinjaman tersebut sebanyak RM800,000.00 juga gagal diperolehi semula. Sebaliknya plaintif diarahkan membayar kos rayuan sebanyak RM60,000.00 oleh Mahkamah Persekutuan. SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN DAN JAWAPAN [60] Selaras dengan dapatan saya di atas bahawa kontrak yang dimasuki di antara plaintif dan Defendan Pertama adalah bertentangan dengan undang-undang, maka kontrak tersebut adalah terbatal dan tidak boleh dilaksanakan, maka jawapan-jawapan saya kepada soalan-soalan yang dikemukakan di bawah A.14A adalah seperti berikut:
Lampiran
LAMPIRAN 18 NOTIS PERMOHONAN OLEH DEFENDAN KE-2 DAN DEFENDAN KE-3 DI BAWAH ATURAN 14A) [61] Permohonan Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 melalui Notis Permohonan Lampiran 18 adalah untuk Perintah-Perintah seperti berikut: - 1. Bahawa Writ Saman bertarikh 28-10-2024 (Lampiran 1) dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 28-10-2024 (Lampiran 2) terhadap Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 dibatalkan/diketepikan menurut dan selaras dengan Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; dan 2. Kos ditanggung dan dibayar oleh Plaintif kepada D2 dan D3 secara serta merta (forthwith) dengan terma menyekat/menghalang Plaintif memfailkan semula tindakan yang sama terhadap D2 dan D3 jika gagal dan ingkar membayar kos yang diperintahkan di sini; dan 3. Lain-lain relif dan terma perintah yang Mahkamah mulia ini fikirkan sesuai dan adil. [62] Soalan-soalan undang-undang dan/atau interpretasi subjek surat pelantikan bertarikh 15-3-2019 bersama-sama fakta-fakta diplidkan dalam Pliding difailkan bersama-sama di sini yang dapat ditentukan secara konklusi tanpa sebarang perbicaraan penuh tuntutan ini, adalah berikut: - (a.1) bahawa samada, dengan membaca keseluruhan dan merujuk fakta-fakta diplidkan dalam Pliding, subjek surat pelantikan bertarikh 15- 3- 2019 (subjek surat tersebut) adalah berunsur konsep Kontingensi (Contingency)? (a.2) Jika jawapan adalah “ya”, maka subjek surat tersebut adalah bercanggah dengan Seksyen 112 dan/atau provisi-provisi relevan dengannya dalam Akta Undang-Undang Profesion (Legal profession Act) 1976 dibaca bersama Seksyen 24 Akta Kontrak (Contracts Act) 1950 justeru sekali gus menyebabkan tuntutan Plaintif terhadap D2 dan D3 ini tidak ada efek dan “null and void”? S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w (a.3) Jika jawapan untuk (a.2) adalah “ya”, maka ini akan sekali gus menyebabkan tiada tindakan kausa dalam dakwaan Plaintif terhadap D2 dan D3. (b.1) bahawa samada permintaan oleh pihak berkuasa dalam proses Kewajiban Pengambilan Tanah di bawah Akta Kewajiban Pengambilan Tanah (Land Acquisition Act) 1961 adalah satu proses pematuhan secara wajib (compulsory)? (b.2) Jika jawapan adalah “ya”, maka samada D2 sebagai peguam cara dan peguam bela mengembalikan salinan-salinan subjek Suratan Hak milik Asal Hartanah dimiliki oleh dan atas arahan anak guam iaitu Atlaw Housing Sdn Bhd (dikenali juga sebagai “Atlaw”) disebabkan proses kewajiban pengambilan tanah yang dijalankan ke atas Hartanah milikan Atlaw adalah satu anggapan perpecahan tanggungjawab berjaga-jaga atau kecuaian profesional? JAWAPAN : TIDAK. (b.3) Jika jawapan kepada (b.2) adalah “tidak” maka dakwaan kecuaian profesional Plaintif terhadap D2 adalah tidak akan berhasil dan sekali gus menyebabkan tindakan kausa dan tuntutan Plaintif ini menjadi sia-sia dan menyalahguna proses mahkamah. [63] Maka, Writ Saman bertarikh 28-10-2024 (Lampiran 1) dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 28-10-2024 (Lampiran 2) terhadap Defendan Ke-2 dan Defendan Ke3 dibatalkan/diketepikan menurut dan selaras dengan Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos sebanyak RM5,000.00. KANDUNGAN 20 NOTIS PERMOHONAN OLEH D4 DAN D5 di bawah A.14A. [64] Permohonan Defendan-Defendan Ke-4 dan Ke-5 Menurut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) untuk perintah-perintah berikut: 1. Bahawa soalan S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w undang-undang dan/atau pembinaan dokumen-dokumen yang berikut ditentukan tanpa laluan perbicaraan penuh tindakan tersebut. Soalan Pertama: “Sama ada retainer Plaintif oleh Defendan Pertama, Tan Mei Yeng dan Leong Peng Woon (“Pemegang-Pemegang Saham”) untuk mengeluarkan Dato Jeyaraj Ratnaswamy dan/atau Jayapala Singam a/l Kandiah, pelikuidasi-pelikuidasi Atlaw Housing Sdn Bhd (dalam likuidasi) (“Pelikuidasi-Pelikuidasi”) yang dibuktikan melalui surat-surat berikut adalah merupakan pengaturan yuran kontingensi (“contingency fee arrangement”) di mana yuran hanya dibayar dalam peristiwa kejayaan pengeluaran Pelikuidasi-Pelikuidasi tersebut: (i) Surat bertarikh 15.3.2019 yang dikeluarkan oleh Tetuan Nga Hock Cheh & Co (“Tetuan NHC”) (“Surat 15.3.2019 tersebut”); (ii) Surat bertarikh 19.3.2019 yang dikeluarkan oleh Plaintif; dan (iii) Surat bertarikh 22.3.2019 yang dikeluarkan oleh Tetuan NHC (“Surat 22.3.2019 tersebut”). (dirujuk secara kolektif sebagai “Surat-Surat tersebut”) Soalan Ke-2: “Jika Soalan Pertama dijawab secara afirmatif, sama ada pengaturan yuran kontingensi yang dikatakan adalah dilarang oleh Seksyen 112 Akta Profession Undang-Undang 1976 (“APU”) dan oleh itu merupakan kontrak yang tidak sah kerana balasan dan/atau objek kontrak adalah dilarang oleh undang-undang di bawah Seksyen 24(a) Akta Kontrak 1950 (“AK”)?” Soalan Ke-3: “Jika Soalan Pertama dan Ke-2 di atas dijawab secara afirmatif, sama ada mana-mana kaveat pemegang lien berdaftar, sebagai cagaran yang dibuat menurut pengaturan yuran kontingensi tersebut juga menyalahi undang-undang dan tidak sah?” S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w Soalan Ke-4: “Sama ada berdasarkan pembinaan sebenar Surat 15.3.2019 dan Surat 22.3.2019, M/s NHC melantik Plaintif bagi pihak PemegangPemegang Saham dalam kapasiti sebagai ejen Pemegang-Pemegang Saham dan oleh itu, menurut Seksyen 183 CA, tidak boleh terikat secara peribadi (“personally liable”) dengan syarat-syarat pelantikan tersebut?”. [65] Memandangkan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan adalah afirmatif, maka tuntutan Plaintif terhadap Defendan 4 dan Defendan 5 ditolak dengan kos RM5,000.00. KANDUNGAN 22 PERMOHONAN OLEH PLAINTIF MENURUT ATURAN 14A KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 [66] Plaintif membuat permohonan di bawah A.14A untuk soalan-soalan berikut dijawab dan ditentukan tanpa perbicaraan penuh tindakan. (Terhadap semua Defendan-Defendan: soalan 1,2,3) Soalan 1 "Sama ada pelantikan Plaintif melalui arahan kepada Tetuan Nga Hock Cheh & Co ('Tetuan NHC") oleh Defendan Pertama. Tan Mei Yeng dan Leong Peng Woon [pemegang saham dan penyumbang Atlaw Housing Sdn Bhd (Dalam likuidasi (Atlaw)] untuk mengeluarkan Dato Jeyaraj Ratnaswamy dan / atau Jayapala Singam s/o Kandiah ("Pelikuidasi) atau tamat likuidasi Atlaw dalam 12 bulan dari 15.3.2019 yang dibuktikan melalui surat-surat berikut adalah satu perjanjian pembayaran yuran guaman yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang Malaysia: (i) Surat bertarikh 15.3.2019 yang dikeluarkan oleh pemegang saham dan penyumbang kepada Tetuan NHC ( Surat 15.3.2019 tersebut ) (ii) Surat bertarikh 19.3.2019 yang dikeluarkan oleh plaintif kepada Tetuan BHC (Surat 19.3.2019 tersebut ) (iii) Surat bertarikh 22.3.2019 yang dikeluarkan oleh Tetuan NHC kepada plaintif ( Surat 22.2.2019 tersebut ) S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w Soalan 2 "Sama ada perjanjian pembayaran yuran guaman tersebut dilarang oleh Seksyen 112 Akta Profession Undang-Undang 1976 ("APU") dan oleh itu merupakan satu kontrak yang batal di bawah Seksyen 24(a) Akta Kontrak 1950 (AK). Soalan 3 *Sekiranya Soalan 2 di adas dijawab secara affimatif, sama ada kaveat perjanjian tersebut adalah yang di buat menurut undang-undang dan batal. (Terhadap Defendan Pertama sahaja : Soalan 4,5,6) Soalan 4: Sekiranya Soalan 1 di atas dijawab secara affirmatif, adakah Defendan Pertama bertanggungjawab secara peribadi untuk membayar yuran yang dipersetujui kepada Plaintif menurut terma-terma Surat 15 3.2019 tersebut. JAWAPAN : TIDAK Soalan 5 "Adakah Plaintif telah selesai tugas yang diperlukan menurut terma-terma Surat 15.3.2019 tersebut" JAWAPAN: YA. NAMUN TUGAS YANG DILAKSANAKAN ADALAH BERDASARKAN PERJANJIAN YANG TIDAK SAH DAN TERMA PERJANJIAN TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN. Soalan 6: Sekiranya Surat 15.3. 2019 tersebut dipegang sebagai tidak sah dan batal menurut peruntukkan undang-undang, adakah Defendan Pertama terhalang dari segi undang-undang untuk membuat tuntutan balas atas kegunaan doktrin undang-undang biasa (common law doctrine) termaktub dalam maxim Ex turpi cause non oritur actio. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w (Terhadap Defendan Kedua dan Ketiga sahaja: Soalan 7) Soalan 7: Adakah perlepasan Suratan Hak milik bagi H S.(D) 224895 PT3 di Pekan Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor ("PT3") atas arahan Atlaw kepada Tetuan NHC untuk melepasnya kepada Leong Peng Woon, yang dibuktikan oleh surat-surat berikut, untuk memenuhi proses kewajipan pengambilan tanah: (i) Surat bertarikh 6.9.2019 yang dikeluarkan oleh Atlaw kepada Tetuan NHC (ii) Surat bertarikh 30.8.2019 yang dikeluarkan oleh Tetuan NHC kepada Atlaw." (Terhadap Defendan Keempat dan Kelima sahaja: Soalan 8) Soalan 8: "Sama ada berdasarkan pembinaan sebenar Surat 15.3.2019 tersebut dan Surat 22 3.2019 tersebut, Tetuan NHC melantik Plaintif bagi pihak pemegang saham di dalam kapasiti sebagai ejen pemegang saham dan oleh itu, menurut Seksyen 183 AK, tidak boleh bertanggungjawab secara peribadi bagi pihak pemegang saham. Terhadap Defendan-Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima sahaja: (soalan 9 dan soalan 10): Soalan 9: "Sama ada Defendan-Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima adalah bertanggungjawab untuk pelanggaran tugas dan atau kecuaian kerana melepaskan Suratan Hak milik PT3 sebelum yuran Plaintif dibayar dengan sepenuhnya, tanpa persetujuan Plaintif dan / atau tanpa memperolehi akujanji daripada pihak-pihak relevan sebagai Stakeholder untuk melindungi hak Plaintif dalam cagaran secara mengembali Suratan Hak milik yang dibahagikan dengan pendaftaran kaveat lien holder Plaintif diteruskan' JAWAPAN: TIDAK. S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w Soalan 10 Sama ada Defendan-Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima adalah bertanggungjawab untuk pelanggaran tugas dan atau kecuaian kerana gagal untuk mendaftar lien holder kaveat Plaintif ke atas HS.(D) 224894 PT2 di Pekan Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor ("PT2"). JAWAPAN : TIDAK KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN [67] Adalah dapatan saya bahawa kontrak yang telah dimasuki adalah berasaskan yuran kontingensi yang dilarang di bawah Akta Profesion Guaman dan ia adalah terbatal dan tidak sah di bawah seksyen 24 Akta Kontrak. [68] Berdasarkan kepada jawapan kepada soalan-soalan dan jawapan di atas, tuntutan plaintif ditolak dengan kos RM5,000.00 terhadap kesemua defendan ditolak dengan kos RM5,000.00. [69] Bagi tuntutan balas pula, selaras dengan dapatan saya bahawa tuntutan balas ini berpunca dari kontrak yang menyalahi undang-undang, maka ia juga terbatal dan tidak boleh dilaksanakan. Mahkamah tidak akan membantu pihak yang terjejas di dalam suatu kontrak yang menyalahi undang-undang. Bertarikh pada hari ini 28.5.2025. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur S/N 803Bd4lP9ka18jpRrEqD1w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.