Hakim bicara bijaksana terkhilaf kerana tidak mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1 Hujah bertulis Perayu bertarikh 5 Julai 2019 dan hujahan oral peguam Perayu. 8 atas kegagalan pihak Pendakwaan memanggil Wan Alif dan Wan Amri sebagai saksi pendakwa. [13] Berhubung alasan pertama, menjadi hujah peguam bela terpelajar bagi pihak Perayu bahawa Hakim bicara bijaksana terkhilaf apabila mendapati semua elemen pertuduhan telah dibuktikan. Peguam bela terpelajar berhujah bahawa walaupun CCTV iaitu eksibit P31A jelas menunjukkan satu perbuatan samun ada berlaku tetapi tiada bukti jelas untuk membuktikan Perayu telah melakukan rompakan tersebut. Ini adalah kerana mengikut keterangan SP5 tertuduh lain yang mengambil wang daripada anak perempuan beliau dan bukan Perayu. Semasa Perayu ditangkap, tiada wang tunai atau senjata api ada ditemui bersama Perayu. Memandangkan SP5 dan SP6 hanya berkesempatan melihat muka Perayu dalam tempoh masa yang pendek (2 saat) maka “dock identification” atas Perayu oleh SP5 dan SP6 adalah tidak selamat. Walaupun kawad cam diadakan dan SP5, SP6 dan anak perempuan si mati mengecam Perayu secara positif, namun ianya tidak mengikut prosedur kerana tidak mengikut “Standard Operating Procedure” (SOP) dan Inspector Genreal Standing Order” (IGSO). Justeru, mengikut peguam bela terpelajar, tiada bukti jelas bagi membuktikan Perayu terlibat dalam rompakan di tempat dan masa seperti dalam pertuduhan. [14] Berhubung alasan kedua, menjadi hujah peguam bela terpelajar Perayu bahawa Hakim bicara bijaksana terkhilaf apabila mengambil kira sebahagian fakta kes yang diakui oleh Wan Alif dan Wan Amri sebagai keterangan sokongan dalam membuktikan Perayu terlibat dalam rompakan yang berlaku sedangkan Wan Alif dan Wan Amri tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ini. 9 [15] Berhubung alasan ketiga, peguam bela terpelajar Perayu berhujah memandangkan Wan Alif dan Wan Amri pada mulanya dituduh bersama Perayu atas kesalahan membunuh si mati, tetapi kemudiannya telah mengaku bersalah atas tuduhan pilihan bawah seksyen 395/397, maka Pendakwa perlu memanggil kedua-dua mereka sebagai saksi. Tidak cukup hanya dengan menawarkan kedua-dua mereka ini kepada pembela. Kegagalan pihak Pendakwaan memanggil Wan Alif dan Wan Amri sebagai saksi telah menimbulkan suatu kelompangan ke atas kes Pendakwa dan Hakim bicara bijaksana sepatutnya mengguna pakai seksyen 114 (g) Akta Keterangan terhadap Pendakwa. Analisis dan keputusan Mahkamah ini Isu Pertama: Pengecaman [16] Berhubung isu pertama, daripada hujahan peguam bela terpelajar, jelas bahawa Perayu tidak mempertikaikan fakta bahawa berlaku rompakan di tempat kejadian pada hari kejadian, di mana seorang dari tiga (3) orang perompak telah melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian si mati. Yang dipertikaikan oleh Perayu adalah berhubung penglibatannya dalam rompakan tersebut. Perayu menafikan dia berada di tempat kejadian ketika rompakan berlaku dan menafikan dia telah melepaskan tembakan. [17] Memandangkan kes Perayu adalah dia tidak berada di tempat kejadian dan tidak terlibat dalam kejadian rompakan, maka tidak menghairankan apabila isu pengecaman ini telah dihujahkan dengan panjang lebar oleh peguam bela terpelajar bagi pihak Perayu dengan merujuk kepada beberapa kes termasuk Duis Akim & Ors v PP [2013] 9 CLJ 629; Jaafar Ali v PP [1999] 1 CLJ 410; PP v Lee Meng Boon & Satu lagi [2019] 10 4 CLJ 194; Chew Wai Keong v PP [2018] 3 CLJ 681 dan Lim Tiong Seng & Anor v PP[ 2010] MLJU 1652. [18] Kami berkesempatan meneliti alasan penghakiman Hakim bicara bijaksana. Dari alasan penghakiman Hakim bicara bijaksana, jelas kepada kami bahawa, Hakim bicara bijaksana mendapati sebagai fakta bahawa Perayu terlibat dalam kejadian rompakan di tempat kejadian dan semasa rompakan berlaku Perayu telah melepaskan tembakan berdasarkan keterangan SP5 dan SP6 yang membuat “dock identification” atas Perayu sebagai orang yang terlibat, serta rakaman CCTV yang menunjukkan rompakan sedang berlaku di tempat kejadian. Hakim bicara bijaksana tidak menerima keterangan kawad cam atas sebab, antara lain, jumlah peserta kawad cam yang sedikit dan jarak umur yang berbeza. [19] Hakim bicara bijaksana telah meneliti keterangan SP5 dan SP6 berhubung apa yang berlaku dan mendapati keterangan mereka konsisten antara satu dengan lain dan konsisten dengan rakaman CCTV P31A (1). [20] Berhubung pengecaman Perayu sebagai orang yang melepaskan tembakan, Hakim bicara bijaksana menulis bermula di perenggan 50 Alasan Penghakiman2: “Mengenai pengecaman terhadap Tertuduh, penelitian Mahkamah berdasarkan rakaman CCTV pada jam 17:41:57, fail nombor 2, mendapati SP5 pada masa itu telah mencabut topeng Tertuduh dan memandang tepat ke arah Tertuduh yang berada di hadapan beliau. Jarak di antara SP5 dengan Tertuduh hanyalah lebih kurang satu kaki iaitu satu jarak yang amat dekat. Pada jam 17:41:58, barulah Tertuduh menutup muka dengan tangan dan seterusnya di dalam masa yang 2 Muka surat 24 Rekod Rayuan Jilid 1 11 sama SP5 telah juga melihat Tertuduh melepaskan tembakan ke arah si mati. SP6 juga telah melihat Tertuduh melepaskan tembakan ke arah si mati. Hasil penelitian Mahkamah terhadap P31A(1) tersebut ialah Mahkamah yakin bahawa kejadian rompakan dan tembakan dan kematian si mati tersebut seperti mana diterangkan oleh SP5 dan disokong oleh SP6 adalah benar-benar berlaku. Mahkamah juga mendapati bahawa adalah benar SP5 dan SP6 dapat melihat wajah dan seterusnya dapat mengecam tertuduh secara positif walaupun beberapa saat sahaja.” [21] Kami juga telah meneliti keterangan SP5 dan SP6 berhubung pengecaman mereka terhadap Perayu. SP5 dengan jelas menerangkan semasa memberi keterangan antara lain bahawa SP5 telah cabut topeng dari bahagian belakang kepala Perayu dan melihat muka Perayu tanpa bertopeng3. Jarak SP5 dengan Perayu adalah dekat4. SP5 cuma memandang Perayu tanpa memandang pistol sebab pistol mengarah ke arahnya5. Selepas menarik topeng, SP5 melihat dengan jelas muka Perayu6. [22] Semasa disoal balas, SP5 menegaskan beliau boleh mengecam Perayu selepas 6 bulan melihat Perayu7. Perayu tidak terus menarik topengnya semula selepas SP5 menarik tetapi mengambil masa8. SP5 berhadapan dengan Perayu dan mukanya menghadap muka Perayu9. Jarak SP5 dengan Perayu terlalu dekat sehingga SP5 boleh capai topeng dari belakang kepala Perayu10. SP5 nampak Perayu yang melakukan tembakan11. SP5 memberikan deskripsi dalam masa 10 saat yang dilihat – 3 m/s 31, 35 Rekod Rayuan Jilid 2 4 m/s 31 Rekod Rayuan Jilid 2 5 m/s 34 Rekod Rayuan Jilid 2 6 m/s 44 Rekod Rayuan Jilid 2 7 m/s 39 Rekod Rayuan Jilid 2 8 m/s 39 Rekod Rayuan Jilid 2 9 m/s 39 Rekod Rayuan Jilid 2 10 m/s 40 Rekod Rayuan Jilid 2 11 m/s 41 Rekod Rayuan Jilid 2 12 “muka Perayu kemas, tiada janggut, tiada misai, tak botak, rambut pendek, potongan ala-ala polis, maknanya bukan berjuntai, kemas bukan macam sekarang” (Dalam kandang salah)12. [23] SP6 pula menegaskan, antara lain, SP5 menarik topeng Perayu yang memegang pistol13. Perayu menutup mukanya dengan gunakan tangan kanan setelah SP5 menarik topeng14. Perayu adalah orang yang mengacukan pistol yang menghampirinya dan bukan yang lain15. SP5 nampak SP5 menanggalkan topeng16. SP6 pasti siapa yang lepaskan tembakan17. SP6 dapat mengecam Perayu walaupun masa singkat18. Jarak SP6 dengan Perayu semasa topeng ditarik adalah 4-5 kaki19. SP6 mengecamkan Perayu sebagai orang yang mana SP5 berjaya membuka topeng dan memegang pistol20. [24] Meneliti keterangan SP5 dan SP6, kami bersependapat dengan penemuan Hakim bicara bijaksana yang mendapati kualiti ‘dock identification” oleh SP5 dan SP6 adalah baik. Oleh itu, tiada sebab untuk kami mengganggu keputusan Hakim bicara bijaksana yang telah menerima “dock identification” yang dibuat oleh SP5 dan SP6 walaupun keterangan kawat cam tidak diterima oleh Hakim bicara bijaksana. Di dalam kes Arumugam s/o Muthusamy (1998) 3 MLJ 73 ada dinyatakan: “Generally speaking, however, a dock identification in the sense as described above, i.e. Identification of an accused for the first time in court 12 m/s 41 Rekod Rayuan Jilid 2 13 m/s 49 Rekod Rayuan Jilid 2 14 m/s 49 Rekod Rayuan Jilid 2 15 m/s 53 Rekod Rayuan Jilid 2 16 m/s 54 Rekod Rayuan Jilid 2 17 m/s 55 Rekod Rayuan Jilid 2 18 m/s 57 Rekod Rayuan Jilid 2 19 m/s 58 Rekod Rayuan Jilid 2 20 m/s 49 Rekod Rayuan Jilid 2 13 at the trial is undesirable, and it would be a good practice to hold an identification parade, which, if it turns out to be positive, would tend to strengthen the case for the prosecution. But to hold that an identification parade must, in all circumstances, conducted in order to sustain a conviction would be too stringent. There may well be situations where an identification parade cannot or need not be held, for example, where the attendance of the witness at the parade is physically impossible or impracticable or there are exceptional circumstances.” [25] Mahkamah dalam kes Oh Poh Chong v PP [1998] 4 CLJ 1 juga ada berkata: “It did not follow, as a matter of course, that just because the learned judge rejected the identification at the identification parade, he must of necessity also reject the dock identification of the appellant. The facts showed that the identification thereof was rejected not because there was no identification of the appellant as the robber, but because there was defect in the conduct of the parade. That being so, his rejection of the evidence at the identification parade was in no way fatal to the dock identification of the appellant as the robber. ” [26] Peguam bela terpelajar juga merujuk kami kepada fakta bahawa semasa Perayu ditangkap, tiada wang tunai atau senjata api ada ditemui bersama Perayu bagi menguatkan hujahan beliau bahawa Perayu tidak terlibat dalam kejadian di tempat kejadian. Dengan hormat kepada peguam bela terpelajar, kami dapati fakta bahawa tiada wang tunai atau senjata api ditemui bersama Perayu semasa Perayu ditangkap tidak boleh dijadikan asas bagi menyokong dakwaan Perayu bahawa beliau tidak terlibat dalam kejadian yang berlaku. Perlu diingat, dalam kes ini, Perayu bukan ditangkap di tempat kejadian sedang atau sejurus selepas melakukan rompakan yang mana ketiadaan senjata api atau hasil rompakan boleh diambil kira dalam menentu sama ada Perayu terlibat atau tidak. Perayu dalam kes ini 14 ditangkap pada 8.7.2015 sedangkan kejadian rompakan berlaku pada 5.2.2015. Tempoh masa ini, sudah semestinya memberi peluang kepada Perayu melupuskan hasil rompakan dan juga senjata api yang digunakannya. [27] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami dapati alasan pertama rayuan pertama yang dibangkitkan Perayu tiada bermerit. Isu Kedua: Pengakuan salah Wan Alif dan Wan Amri [28] Isu kedua dibangkitkan oleh Perayu adalah berhubung keputusan Hakim bicara bijaksana mengambil kira pengakuan bersalah Wan Alif dan Wan Amri sebagai keterangan sokongan bagi menunjuk Perayu terlibat dalam rompakan. [29] Berhubung perkara ini Hakim bicara bijaksana bergantung atas keputusan Mahkamah ini dalam kes Pathmanabhan Nalliannen and Other Appeals v PP [2016] sebagai autoriti yang membenarkan beliau berbuat sedemikian. Hakim bicara bijaksana menulis di perenggan 53 alasan penghakiman beliau21: “[53] Keterangan sokongan yang lain ialah merupakan pengakuan bersalah 2 orang Tertuduh lain yang telah bersama-sama dengan Tertuduh ini melakukan rompakan bersenjata iaitu Wan Alif bin Wan Mohamad (B2) dan dan Wan Amri Firdaus bin Wan Ghazali (B3), satu kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kedua-dua Tertuduh B2 dan B3 tidak hadir memberi keterangan di dalam kes ini dan fakta kes mengenai kes tersebut tidak dikemukakan. Namun Mahkamah ini tidak 21 Muka surat 25 Rekod Rayuan Jilid 1 15 wajar mengetepikan mengenai fakta ini (close an eye) sedangkan daripada asalnya mereka semua telah dituduh bersama di bawah pertuduhan yang sama, di atas fakta yang sama, di hadapan Mahkamah sama dan melibatkan mangsa yang sama. Demi keadilan Mahkamah perlu mengambil “judicial notice” mengenai kejadian ini dan inanya perlu dipertimbangkan di dalam perbicaraan ini.” [30] Fakta kes yang diambil kira oleh Hakim bicara bijaksana sebagai keterangan sokongan dinyatakan di perenggan 61 Alasan Penghakiman beliau. Ianya adalah: “[61] Sedutan fakta kes di dalam kes tersebut yang diakui oleh B2 dan B3 yang diterima masuk oleh Mahkamah ini sebagai P10 tersebut berbunyi seperti berikut: “5. Dalam rompakan ini kedua-dua OKT merancang awal bersama-sama Anuar bin Mohamad untuk merompak wang tunai dan kereta Toyota Harrier yang berada di luar kedai. Kedua-dua OKT bersenjatakan parang dan Anuar bin Mohamad bersenjatakan pistol yang berisi peluru. Kesemuanya memakai topeng muka semasa rompakan. Kedua-dua OKT menaiki kereta Proton Preve warna hitam no. pendaftaran CDC 4561 bersama-sama Anuar bin Mohamad dan seorang lagi rakan yang masih bebas selaku pemandu kenderaan tersebut.