Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DI DALAM KES BICARA JENAYAH NO: 45B-13-9/2016 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
45B-13-9/2016
High Court of Malaysia27 Jun 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tidak pernah ditimbulkan oleh pembelaan terhadap mana-mana saksi pendakwaan. Ini merupakan pembelaan “after thought” dan “recent invention”. [79] Di dalam kes Lingeswaran a/l Ramoo v. Pendakwa Raya [2017] MLJU 957, Mahkamah Rayuan telah menerima pandangan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi bahawa: “keterangan pembelaan mengenai”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DI DALAM KES BICARA JENAYAH NO: 45B-13-9/2016 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian terhadap Mustaffa bin Sidek (si mati) semasa melakukan rompakan terhadap si mati, satu kesalahan dibawah Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum dibawah Seksyen dan Akta yang sama.
2
Di akhir perbicaraan, Mahkamah ini telah mendapati Tertuduh bersalah dan telah disabitkan dan seterusnya dihukum gantung sampai mati. 2
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah menfailkan rayuannya ke Mahkamah Rayuan.
4
Ini merupakan alasan-alasan bagi keputusan tersebut.
5
Tertuduh telah pada sebelum ini dituduh di Mahkamah ini dibawah kesalahan membunuh mangsa yang sama, satu kesalahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama 2 orang Tertuduh lagi iaitu Wan Alif b. Wan Mohamad dan Wan Amri Firdaus b. Wan Ghazali dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
6
Seterusnya, Pendakwaraya telah menawarkan Pertuduhan Pilihan dibawah Seksyen 395/397 iaitu rompakan bersenjata dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kepada ketiga-tiga mereka. Namun hanya kedua-dua Tertuduh iaitu Wan Alif b. Wan Mohamad (dipanggil B2) dan Wan Amri Firdaus b. Wan Ghazali (dipanggil B3) menerima tawaran tersebut dan telah mengaku bersalah dan telah disabitkan.
7
Tertuduh tidak menerima tawaran ini dan Pendakwaraya seterusnya mengemukakan Pertuduhan Pindaan terhadap Tertuduh dibawah Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang berbunyi seperti berikut: 3 “Bahawa kamu pada 5/2/2015 jam lebin kurang 5.50 petang, bertempat di Ultra Maju Hardware, Jalan Beris Lalang, di dalam Daerah Bachok, di dalam Negeri Kelantan ketika melakukan kesalahan berjadual iaitu rompakan wang tunai milik Ultra Maju Trading telah melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Mustaffa bin Sidek (No K/P: 630823-03-5201) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama.” C. FAKTA KES
8
Fakta kes adalah seperti berikut:
9
Pada 5.2.2015, jam lebih kurang 5.30 petang, SP5 iaitu isteri si mati dan SP6 pekerja si mati bersama-sama dengan anak perempuan si mati serta si mati sedang berada di dalam kedai “Ultra Maju Hardware” kepunyaan si mati (tempat kejadian).
10
Kira-kira pada jam 5.40 petang telah datang sebuah kereta Proton Preve ke kedai tempat kejadian tersebut dimana seterusnya 3 orang lelaki bertopeng yang keluar daripada kereta tersebut telah masuk ke kedai tersebut. 2 orang dari 3 orang lelaki bertopeng tersebut membawa sebilah parang setiap seorang manakala seorang lagi lelaki bertopeng membawa sepucuk pistol (yang selepas ini dicamkan sebagai Tertuduh oleh SP5 dan SP6). 4
11
Pada masa ini SP5 sedang berada di kawasan belakang kaunter pembayaran di dalam kedai tersebut manakala SP6, si mati dan anak perempuan si mati sedang berada di kaunter sebelah kanan di bahagian depan kedai tempat kejadian tersebut.
12
SP6 telah dihimpunkan bersama-sama si mati dan anak perempuan si mati oleh Tertuduh berhampiran kaunter sebelah kanan tersebut.
13
Tertuduh dan kedua-dua lelaki bertopeng tersebut telah mula mengambil/merompak barang-barang berharga dan wang dari kedai tersebut di kaunter sebelah kanan tersebut. Tertuduh telah mengambil telefon bimbit yang berada di atas kaunter tersebut sambil mengacukan pistolnya terhadap mereka.
14
Tertuduh telah pergi ke bahagian belakang kedai dan terlihat kelibat SP5 dan seterusnya mengheret SP5 ke bahagian hadapan kedai untuk dihimpukan bersama-sama dengan SP6, si mati dan anak perempuannya di kaunter sebelah kanan tersebut.
15
Salah seorang lelaki bertopeng yang membawa parang tersebut telah menggari tangan SP6 dan telah cuba pula untuk menggari tangan si mati bersama-sama tangan SP6 namun tidak berjaya.
16
Keterangan menunjukkan bahawa ketiga-tiga lelaki tersebut telah mengambil/merompak barang-barang berharga dan wang di tempat kejadian. SP5 dan SP6 juga mendengar ketiga-tiga lelaki tersebut meminta si mati menyerahkan kunci kereta namun si mati 5 menawarkan agar ketiga-tiga lelaki tersebut untuk mengambil sahaja apa yang ada di dalam kedai tersebut.
17
SP5 seterusnya telah digari bersama-sama dengan SP6 dan berlaku tolak-menolak di antara SP5 dan Tertuduh dan 2 lelaki bertopeng dengan si mati. Dalam keadaan kelam kabut tersebut, SP5 telah berjaya mencabut topeng Tertuduh yang membolehkan SP5 dan SP6 melihat wajah Tertuduh selama 2 saat. Tertuduh seterusnya telah melepaskan tembakan dan ketiga-tiga lelaki tersebut telah melarikan diri dari tempat kejadian.
18
Di peringkat ini SP5 telah terlihat si mati telah menekan bahagian perut dan seterusnya mendapati si mati cedera apabila melihat darah keluar dari anggota badan si mati. Melihat keadaan tersebut SP6 yang digari bersama-sama dengan SP5 telah keluar dari kedai untuk meminta pertolongan.
19
Seterusnya SP6 yang telah berjaya meloloskan tangan dari gari tersebut dan telah membawa si mati serta anak perempuan si mati yang juga cedera ditembak ke klinik berhampiran.
20
Si mati kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Kerian akibat daripada kecederaan tembakan tersebut.” 6 D. INTIPATI PERTUDUHAN
21
2 intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh Pendakwaraya adalah seperti berikut:
i
Satu rompakan telah dilakukan Tertuduh.
II
(ii) Semasa melakukan rompakan tersebut, Tertuduh yang mempunyai senjata pistol telah melepaskan tembakan dengan niat untuk mencederakan atau menyebabkan kematian si mati. E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Di Peringat Kes Pendakwaan/Prima Facie [22] Untuk membuktikan kesnya, pihak Pendakwaan telah memanggil 14 orang saksi Pendakwaan. Saksi utama ialah SP5, iaitu isteri si mati. Keterangan SP5 ini disokong oleh SP6 dan juga rakaman CCTV. Rakaman CCTV ini telah dikemukakan dan diterima masuk sebagai P31A(1). [23] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan di peringkat kes Pendakwaan untuk membuktikan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 173(f) bagi Mahkamah Rendah dan di bawah seksyen 180 KAJ bagi Mahkamah Tinggi. Ke arah itu Mahkamah perlu membuat penilaian dan penelitian maksima terhadap keseluruhan keterangan 7 saksi-saksi Pendakwaan khususnya yang melibatkan kredibiliti saksi dan juga ‘probability’ sesuatu kes sebelum memutuskan samada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Lihat kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP v. Mohd Radzi B. Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. [24] Ke arah itu adalah amat penting di dalam mana-mana penghakiman, setelah membuat penilaian maksima, Mahkamah perlu membuat dapatan fakta mengenai kredibiliti saksi-saksi khususnya kredibiliti saksi utama iaitu SP5 dan SP6. Mengenai kredibiliti saksi utama SP5 dan SP6 di dalam kes ini, Mahkamah mendapati mereka adalah saksi-saksi yang kredibel. Mengenai perkara ini, Mahkamah akan bincang kemudian. [25] Mahkamah juga telah menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2015] 1LNS 71 di mana antara lain menyatakan bahawa Mahkamah perlu melihat keterangan saksi-saksi secara keseluruhan. [26] Mahkamah ini telah meneliti dan menganalisa keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara “judicial appreciation”. Dapatan Mahkamah ini adalah seperti perenggan-perenggan berikutnya. 8 [27] Perlu ditekankan disini bahawa semasa di peringkat Pendakwaan lagi pihak Pembelaan tidak mempertikaikan sangat fakta kes mengenai kejadian, iaitu 3 orang lelaki bertopeng telah memasuki kedai tempat kejadian dimana 2 daripada mereka bersenjatakan parang dan seorang lagi memegang pistol telah merompak barang berharga dan wang. Lelaki yang memegang pistol itu telah melepaskan tembakan terhadap si mati dan anak perempuannya. Pihak Pembelaan hanya menekankan bahawa lelaki tersebut bukanlah Tertuduh di dalam kes ini. [28] Justeru itu alasan ini menekankan isu samada Tertuduh adalah lelaki tersebut atau sebaliknya. Ini melibatkan isu identiti dan akan dibincangkan kemudian. Intipati Pertama [29] Bagi intipati pertama di dalam kes ini, keterangan dari SP5 (yang disokong oleh SP6) adalah jelas bahawa kesemua 3 orang Tertuduh bertopeng tersebut telah menceroboh masuk ke kedai “tempat kejadian” dan telah merampas beberapa barangan daripada kedai tersebut khususnya wang tunai. Ini tidak dipertikaikan oleh Peguambela Tertuduh. Selain daripada keterangan sokongan daripada SP6, hasil rakaman CCTV yang dikemukakan oleh Pendakwaraya dan diterima masuk sebagai P31A(1) telah digunakan untuk menyokong keterangan SP5 ini. (Ini akan dibincangkan kemudian). 9 [30] Melalui keterangan SP5 (saksi mata dan isteri si mati) beliau telah menceritakan bahawa pada jam lebih kurang 5.40 petang beliau telah diheret keluar dari bahagian belakang kedai oleh seorang lelaki bertopeng dan berpistol (yang kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh). [31]
Preamble
Menurut SP5 lelaki tersebut telah mengheret SP5 dan dihimpunkan bersama-sama si mati, SP6 dan anak perempuan si mati, berhampiran kaunter sebelah kanan/kaunter pembayaran di kedai tempat kejadian tersebut. SP5 juga melihat ketiga-tiga lelaki bertopeng tersebut telah mengambil barang-barang berharga dari kedai tersebut termasuk wang tunai dari cash register dan telah pasti satu rompakan telah berlaku. [32] Dari keterangan di atas, mahkamah berpuas hati bahawa satu rompakan bersenjata telah berlaku di tempat kejadian pada tarikh dan masa seperti pertuduhan. Ini tidak dipertikaikan. Intipati Kedua [33] Meneruskan keterangannya SP5 mengatakan tangannya seterusnya telah digari bersama dengan SP6 oleh lelaki bertopeng tersebut dan pada masa itu berlaku sedikit tolak menolak. Di dalam masa kekecohan tersebut, SP5 dengan menggunakan tangan kirinya, telah berjaya merentap dan membuka topeng lelaki yang memegang pistol tersebut. 10 [34] Di atas tindakan SP5 tersebut, SP5 telah berjaya melihat wajah lelaki yang memegang pistol tersebut. SP5 telah berjaya melihat dan mengecam lelaki tersebut sebagai Tertuduh selama 2 saat (ini akan dibincangkan kemudian). Seterusnya Tertuduh telah sempat menutup mukanya dengan tangannya. Tertuduh seterusnya telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah si mati dan anak perempuan si mati. [35]
Preamble
Menurut keterangan SP5 lagi, selepas itu Tertuduh dan 2 lagi lelaki bertopeng tersebut telah lari meninggalkan tempat kejadian dengan meninggalkan topeng dan gari yang masih berada di tangan SP5 dan SP6. Keterangan-keterangan ini menunjukkan intipati kedua telah dibuktikan. [36] Dari keseluruhan keterangan-keterangan di atas yang diberikan oleh SP5, adalah jelas kedua-dua intipati pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan. Mahkamah ini mempunyai “audio visual advantage” dan di dalam kedudukan untuk membuat penilaian terhadap keterangan dan demeanour SP5 ini iaitu saksi mata di tempat kejadian. [37] Walaupun disoal balas dengan jitunya, SP5 telah tetap teguh dan konsisten dengan keterangan tentang apa yang berlaku. SP5 dengan yakinnya dan konsistennya mengesahkan bahawa Tertuduhlah lelaki bertopeng yang melepaskan tembakan tersebut. 11 [38] Mahkamah ingin merujuk kepada sedutan keterangan SP5 di peringkat soal balas: “S: Saya katakan lelaki itu adalah lelaki lain? Tidak setuju. Saya nampak sebelah Tertuduh, 2 lagi lelaki sebelah kiri Tertuduh memegang parang. S: (Put) Awak tak pasti bahawa suspek mana yang lepaskan tembakan? Tak setuju sebab suspek yang saya tarik topeng itu yang lepaskan tembakan. S: (Put) Pada tarikh kejadian Tertuduh tidak pada bila masa masuk ke kedai? Tidak setuju.” [39] Mahkamah telah membuat penganalisaan secara “judicial appreciation” terhadap keterangan SP5 untuk menilai kredibilitinya. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan dan “demeanournya” semasa memberi keterangannya, Mahkamah mendapati bahawa SP5 adalah seorang saksi yang kredibel dan bercakap benar. [40] Justeru itu keterangan beliau boleh bertegak dengan sendirinya tanpa keterangan sokongan walaupun ada keterangan-keterangan sokongan yang kukuh yang akan disentuh kemudian di dalam kes ini. Mahkamah ini mendapati bahawa kredibiliti beliau boleh dilihat 12 melalui ‘demeanour’, kualiti keterangannya yang kukuh, ‘probable’, rasional dan konsisten, dan tidak pernah goyah ketika di soal balas dengan begitu jitu oleh Peguambela Tertuduh/Perayu. [41] Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SP5 ini bukan sahaja kukuh tetapi konsisten dengan keterangan SP6 dan keterangan rakaman CCTV yang akan disentuh kemudian. SP5 ini telah memberi keterangan sebelum melihat rakaman CCTV ini. [42] Mengenai identiti, dari keterangan SP5 beliau dapat mengecam Tertuduh walaupun Tertuduh bertopeng kerana beliau berada di depan Tertuduh yang jaraknya hanya 1 kaki sahaja. Mahkamah berpendapat adalah tidak menghairankan, dengan kedudukan sedemikian, beliau berupaya mencabut/merentap topeng yang dipakai Tertuduh dan dapat mengecam Tertuduh walaupun dengan masa yang singkat iaitu selama 2 saat mengikut pandangan Mahkamah. Selepas itu barulah Tertuduh menutup mukanya disusuli dengan melepaskan tembakan ke arah si mati dan anak perempuannya. Keterangan sokongan [43] Walaupun keterangan saksi mata SP5 adalah kukuh dan boleh berdiri dengan sendirinya, namun terdapat keterangan sokongan yang kukuh untuk menyokong keterangan SP5 yang telah dikemukakan oleh Pendakwaan. 13 [44] Keterangan sokongan pertama datangnya daripada keterangan SP6 iaitu pekerja si mati yang berada di tempat kejadian sepanjang episod rompakan dan tembakan tersebut berlaku. Malahan SP6 turut digari bersama SP5, si mati dan anak perempuan si mati dan SP5. SP6 telah memberi keterangan yang konsisten dengan keterangan SP5. Malahan beliau tidak goyah ketika disoal balas dengan bertubi-tubi oleh peguam Tertuduh. Beliau turut melihat wajah Tertuduh dan dapat mengecam Tertuduh selama 2 saat apabila SP5 menarik topeng yang dipakai Tertuduh, walaupun kedudukannya ialah kira-kira 5 kaki daripada Tertuduh. [45] Mahkamah ini telah melihat demeanour dan keterangan yang diberikan oleh SP6 dan mendapati keterangannya adalah kukuh dan konsisten dengan keterangan yang diberikan SP5 dan juga dengan rakaman CCTV. Mahkamah mendapati SP6 juga adalah seorang saksi yang kredibel. Beliau telah memberi keterangan sebelum melihat rakaman CCTV tersebut. Kandungan Rakaman CCTV P31A(1) [46] Keterangan sokongan lain datangnya dari keterangan rakaman CCTV itu sendiri yang telah dikemukakan oleh Pendakwaan melalui prosedur biasa mengenai pengemukaan keterangan sedemikian dan telah diterima masuk oleh Mahkamah sebagai Ekshibit P31A(1). Keterangan P31A(1) merupakan satu keterangan sokongan yang kukuh kerana seperti mana maxim yang menyatakan “A picture never lie” dan “A picture tells thousand 14 words”. Mahkamah telah melihat kandungan P31A(1) ini beberapa kali. [47] Penelitian Mahkamah mendapati apa yang diceritakan oleh SP5 dan SP6 adalah tepat dan konsisten dengan apa yang dirakam dan seterusnya dipaparkan di P31A(1). Malahan SP5 dan SP6 telah dipanggil semula untuk sambung memberi keterangan mereka vis-a-vis rakaman P31A(1) tersebut untuk menentukan kesahihan apa yang dirakamkan di P31A(1). Rakaman P31A(1) ini telah memaparkan setiap detik episod kejadian ini dan Mahkamah telah berpeluang melihatnya. [48] Adalah penelitian Mahkamah juga bahawa apa yang diberitahu kepada Mahkamah oleh SP5 dan SP6 adalah konsisten dengan kandungan rakaman P31A(1) tersebut dan mengukuhkan lagi kredibiliti SP5 dan SP6 dimana ianya mengesahkan berlakunya rompakan dan tembakan telah dilepaskan oleh Tertuduh sehingga menyebabkan kematian si mati. [49] SP5 dengan secara jelas telah menerangkan bagaimana kejadian tersebut berlaku dari masa beliau berada di bahagian belakang kedai dan diheret ke bahagian hadapan kedai oleh Tertuduh untuk dihimpunkan bersama dengan yang lain sehingga si mati dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Keterangan SP5 tersebut tidak langsung bercanggah dengan keterangan di dalam rakaman CCTV P31A(1). Begitu juga dengan keterangan SP6 yang konsisten dengan kandungan rakaman P31A(1). SP6 telah menceritakan 15 episod kejadian ini daripada awal hingga akhir. Beliau menceritakan ketiga-tiga lelaki bertopeng tersebut telah masuk ke kedai tempat kejadian. Salah seorang daripada mereka telah memukul belakang kepalanya dan mengarahkan beliau duduk disebelah si mati dan anak perempuannya di sebelah kaunter tersebut. Seterusnya SP6 melihat SP5 diheret dan dihimpunkan bersama mereka. Keterangan SP6 seterusnya adalah sama seperti keterangan SP5. Kedua-dua keterangan adalah konsisten dengan rakaman CCTV P31A(1). [50] Mengenai pengecaman terhadap Tertuduh, penelitian Mahkamah berdasarkan rakaman CCTV pada jam 17:41:57, fail nombor 2, mendapati SP5 pada masa itu telah mencabut topeng Tertuduh dan memandang tepat ke arah Tertuduh yang berada di hadapan beliau. [51] Jarak di antara SP5 dengan Tertuduh hanyalah lebih kurang satu kaki iaitu satu jarak yang amat dekat. Pada jam 17:41:58, barulah Tertuduh menutup muka dengan tangan dan seterusnya di dalam masa yang sama SP5 telah juga melihat Tertuduh melepaskan tembakan ke arah si mati. SP6 juga telah melihat Tertuduh melepaskan tembakan ke arah si mati. [52] Hasil penelitian Mahkamah terhadap P31A(1) tersebut ialah Mahkamah yakin bahawa kejadian rompakan dan tembakan dan kematian si mati tersebut seperti mana diterangkan oleh SP5 dan disokong oleh SP6 adalah benar-benar berlaku. Mahkamah juga 16 mendapati bahawa adalah benar SP5 dan SP6 dapat melihat wajah dan seterusnya dapat mengecam tertuduh secara positif walaupun beberapa saat sahaja. Pengakuan bersalah Wan Alif bin Wan Mohamad (B2) dan Wan Amri Firdaus bin Wan Ghazali (B3) [53] Keterangan sokongan yang lain ialah merupakan pengakuan bersalah 2 orang Tertuduh lain yang telah bersama-sama dengan Tertuduh ini melakukan rompakan bersenjata iaitu Wan Alif bin Wan Mohamad (B2) dan Wan Amri Firdaus bin Wan Ghazali (B3), satu kesalahan dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kedua-dua Tertuduh B2 dan B3 tidak hadir memberi keterangan di dalam kes ini dan fakta kes mengenai kes tersebut tidak dikemukakan. Namun Mahkamah ini tidak wajar mengenepikan mengenai fakta ini (close an eye) sedangkan daripada asalnya mereka semua telah dituduh bersama dibawah pertuduhan yang sama, di atas fakta yang sama, di hadapan Mahkamah yang sama dan melibatkan mangsa yang sama. Demi keadilan Mahkamah perlu mengambil judicial notice mengenai kejadian ini dan ianya perlu dipertimbangkan di dalam perbicaraan ini. [54] Keterangan di dalam fakta kes ini boleh diterima masuk dibawah Seksyen 11 Akta Keterangan yang berbunyi: “When facts not otherwise relevant become relevant 17 Facts not otherwise relevant are relevant-
a
if they are inconsistent with any fact in issue or relevant fact;
b
if by themselves or in connection with other facts they make the existence or non-existence of any fact in issue or relevant fact highly probable or improbable.” [55] Di dalam kes SH Jhabwala v. Emperor AIR [1933], Sulaiman CJ berkata mengenai seksyen ini seperti berikut: “It applies to facts not otherwise relevant under the preceding sections (be relevant). It may be described as the residuary section dealing with the relevancy of facts. Though the section is worded in very wide terms the connection between the facts sought to be proved with the facts in issue must be immediate”. [56] Di dalam kes Rangayyan v. Innasimuthu, AIR [1956] Mad 226, 230-231, Mahkamah berkata: “The words of S. 11 are very wide, and it may be safely laid down that all evidence which would be held to be admissible by English law would be properly admitted under this section of the Act.” [57] Mahkamah ingin merujuk kepada kes melibatkan Dato Sosilawati iaitu Pathmanabhan Nalliannen and Other Appeals v. PP [2016] 1 CLJ 377 dimana fakta pengakuan salah 2 orang saksi yang terlibat dengan pembakaran dan seterusnya pembuangan mayat Sosilawati dan rakan-rakan ingin dimasukkan oleh Pihak 18 Pendakwaan untuk mengukuhkan lagi kes Pihak Pendakwaan, namun tidak dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan berpendapat ianya adalah relevan jika ianya ada kaitan dengan perbicaraan semasa dan di dalam prosiding yang sama dan bukannya pihak yang terlibat melakukan pembunuhan yang tidak berkaitan dengan pertuduhan yang dihadapi SP29 dan SP59. [58] Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut berkata: “Exhibits P711 and P712 were previous inconsistent statements of SP29 and SP59. The evidence of a prior conviction would not have been admissible in separate criminal proceedings to establish the truth of the underlying allegation as it was res inter alios acta (not the concern of others). The parties to the murder trial were different and did not, in any manner or form, participate in the earlier proceedings in the Magistrate's Court.” [59] Di dalam kes di hadapan Mahkamah, Tertuduh dan B2 dan B3 telah dipertuduhkan di depan Mahkamah ini di dalam prosiding yang sama dengan nombor pendaftaran yang sama. Tambah-tambah lagi fakta kes melibatkan fakta kes yang sama, kejadian yang sama dan mangsa yang sama. Justeru itu fakta kes yang diperakui B2 dan B3 boleh diterima oleh Mahkamah ini dengan amaran Mahkamah ini untuk mengambil kira bahawa kedua-dua B2 dan B3 adalah rakan sejenayah dan tidak dipanggil untuk disoal balas. 19 [60] Tambah-tambah lagi ianya tidak secara langsung memprejudiskan Tertuduh kerana “probative value” nya melebihi prejudicial effect. [61] Sedutan fakta kes di dalam kes tersebut yang diakui oleh B2 dan B3 yang diterima masuk oleh Mahkamah ini berbunyi seperti berikut: “5. Dalam rompakan ini kedua-dua OKT merancang awal bersama-sama Anuar bin Mohamad untuk merompak wang tunai dan kereta Toyota Harrier yang berada di luar kedai. Kedua-dua OKT bersenjatakan parang dan Anuar bin Mohamad bersenjatakan pistol yang berisi peluru. Kesemuanya memakai topeng muka semasa rompakan. Kedua-dua OKT menaiki kereta Proton Preve warna hitam no. pendaftaran CDC 4561 bersama-sama Anuar bin Mohamad dan seorang lagi rakan yang masih bebas selaku pemandu kenderaan tersebut.
6
Dalam rompakan ini, OKT (2) telah meminta wang daripada anak si mati yang berada di kauter. Wang tunai dalam anggaran lebih kurang RM2,000.00 diambil oleh OKT (2). Wang tunai yang sedikit telah menimbulkan kemarahan OKT-OKT dan Anuar bin Mohamad di mana Anuar bin Mohamad telah meminta kunci kereta Toyota Harrier yang berada di luar kedai. Si mati memberitahu kunci kereta tiada dan berlaku pertengkaran mulut dengan isteri si mati. Isteri si mati telah 20 menarik topeng muka Anuar bin Mohamad dan (3) das tembakan dilepaskan oleh Anuar bin Mohamad.” [62] Jelas daripada pengakuan B2 dan B3 ini, Tertuduh adalah terlibat bersama dan Tertuduhlah orang yang bertopeng yang merompak dan melepaskan tembakan terhadap si mati. [63] Mahkamah berpendapat “probative value” keterangan ini adalah melampaui kesan prejudicial terhadap Tertuduh. Justeru itu, keterangan ini perlu diterima masuk oleh Mahkamah. Mahkamah mengambil pendekatan yang diterima pakai di dalam kes melibatkan “similar fact evidence” yang mana Mahkamah membuat satu kaedah imbangan (balancing excercise) mengenai kedua-dua pekara itu, sebelum keterangan tersebut diterima masuk. Lihat kes Director of Public Prosecution v. P. [1991] 3 WLR 16 (House of Lords). Andai kata, keterangan ini tidak boleh diterima masuk sepenuhnya, fakta bahawa Tertuduh berada di tempat kejadian semasa kejadian adalah relevan untuk dikaitkan dengan keterangan mengenai orang bertopeng yang bersenjatakan pistol dan melepaskan tembakan tersebut. Keterangan-keterangan lain berkaitan dengan pertuduhan [64] Pistol yang digunakan [seperti disahkan di dalam P31A(1)] tersebut tidak dapat dijumpai. Justeru itu pemeriksaan terhadapnya tidak dapat dilakukan. Namun hasil bedah siasat oleh SP3 yang melakukan “post mortem” ke atas si mati mengesahkan bahawa 21 kematian si mati telah diakibatkan dari kecederaan di abdomennya akibat daripada terkena tembakan. [65] SP3 juga mengesahkan bahawa tembakan yang dilepaskan adalah dari jarak dekat kerana bullet yang terkena pada si mati menembusi badan si mati. Jika sekiranya jarak yang jauh, bullet akan berada di dalam badan si mati. Pakar forensik SP10 dan pegawainya telah menemui kelongsong peluru dan anak peluru ditempat kejadian. Ini mengesahkan terdapatnya tembakan dilepaskan semasa rompakan berlaku. SP10 juga mengesahkan berdasarkan gambar P16, gambar 28 dan 29, kesan tembakan adalah dari jarak dekat dan dilepaskan dari dalam kedai. [66] Di akhir kes Pendakwaan, dengan menggunakan pendekatan yang telah Mahkamah terangkan pada awal Alasan Penghakiman ini dan setelah membuat penganalisaan maksima, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap Tertuduh dan Tertuduh dipanggil untuk membela diri. Kes Pembelaan [67] Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Pembelaan Tertuduh adalah penafian semata-mata. [68] Tertuduh (SD1) di dalam keterangannya menyatakan tidak pernah mengenali Wan Alif (B2) dan Wan Amri (B3) sebelum Tertuduh 22 ditangkap. Tertuduh hanya mengenali mereka apabila dihadapkan bersama dalam pertuduhan membunuh si mati di dalam kes di Mahkamah ini sebelum ini. [69] Tertuduh juga menafikan berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa kejadian dan mendakwa beliau berada di Sekolah Rendah Kajang sedang berniaga di kantin. Tertuduh juga menafikan pernah naik kereta bersama-sama Wan Alif dan Wan Amri pada hari kejadian. [70] Tertuduh menafikan beliau merupakan orang yang dicamkan oleh SP5 dan SP6 dan menafikan bahawa orang yang ditarik topengnya oleh SP5 adalah dirinya. [71] Secara keseluruhan pembelaan Tertuduh ialah Tertuduh tidak berada di tempat kejadian dan tidak terlibat langsung dengan kejadian ini seperti pertuduhan. Penganalisaan Kes Pembelaan [72] Berdasarkan keterangan pembelaan Tertuduh, Mahkamah dapat menyimpulkan bahawa keterangan pembelaan tersebut hanyalah penafian Tertuduh semata-mata (bare denial) dan juga keterangan fikir kemudian (after thought). Tertuduh juga bukanlah seorang saksi yang kredibel. 23 [73] Di dalam kes Morteza Hosseinkhani Mostafa v. PP & Satu Rayuan Lain [2017] 1 LNS 78 mahkamah telah menjelaskan berkenaan penafian kosong sebagaimana berikut: “Pada pendapat kami hakim bicara tidak khilaf apabila mendapati bahawa pembelaan kedua-dua perayu adalah penafian semata-mata. Dalam hubungan ini petikan berikut dalam penghakiman mahkamah ini dalam kes Mr Losali v. PP [2012] 2 CLJ 178; [2011] 4 MLJ 694 adalah berkaitan: [53] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to take. [54] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in D.A. Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in 24 our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." [74] Di dalam kes PP v. Ku Lip See [1980] 1 LNS 166; [1981] 1 MLJ 258 Mahkamah memutuskan seperti berikut: “A bare denial should not create a reasonable doubt in the mind of the trial judge.” [75] Tertuduh juga menyatakan tidak kenal kedua-kedua B2 dan B3 dan tidak bersama-sama dengan mereka dan tidak terlibat dalam kejadian ini, sedangkan mereka bertiga telah merancang bersama dan telah melaksanakan perancangan mereka bersama pada hari kejadian. [76] Tertuduh juga mengatakan pada masa kejadian, seingatnya beliau berada di Sekolah Rendah Kajang sedang berniaga kantin dan tidak kemana-mana. Namun Tertuduh tidak membawa keterangan sokongan yang lain bagi menyokong keterangan tersebut. [77] Pembelaan ini mirip kepada Pembelaan alibi namun, tiada Notis dan keterangan alibi dikemukakan. Tetuduh tahu bahawa jika pembelaan alibi dikemukakan, beban pembuktian terletak diatasnya. [78] Tambahan lagi, Jika benar Tertuduh berada di sekolah sedang berniaga, sudah tentu di peringkat pendakwaan lagi sudah timbul 25 keterangan tersebut semasa peguambela menyoal balas saksi pendakwaan. Namun keterangan tersebut tidak pernah ditimbulkan oleh pembelaan terhadap mana-mana saksi pendakwaan. Ini merupakan pembelaan “after thought” dan “recent invention”. [79] Di dalam kes Lingeswaran a/l Ramoo v. Pendakwa Raya [2017] MLJU 957, Mahkamah Rayuan telah menerima pandangan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi bahawa: “keterangan pembelaan mengenai dia tidur dari jam 2 pagi hingga jam 6.30 pagi adalah bukan satu keterangan alibi. Ini kerana tiada notis alibi diberikan oleh SD1 dan tiada saksi dipanggil untuk menyokong pembelaanya. Maka keterangan SD1 ini adalah suatu penafian semata-mata. Selain daripada itu, keterangan SD1 hanya menafikan segala keterangan pihak pendakwaan. Walau bagaimanapun, penafian semata-mata yang diberi oleh SD1 tidak boleh mematahkan keterangan saksi mata dalam kes ini iaitu SP9 yang menyaksikan kejadian yang berlaku ketika itu”. [80] Di dalam kes Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154; [2008] 1 LNS 547, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to 26 dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case .” (lihat kes Wong Swee Chin v. PP juga). [81] Di akhir kes Pembelaan adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk meneliti keseluruhan keterangan berdasarkan kepada Peruntukan 182A Kanun Acara Jenayah. Setelah membuat penelitian dan penganalisaan maksima secara “judicial appreciation” terhadap segala keterangan-keterangan yang ada dan membandingkan kes Pendakwaan dengan kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa di atas penilaian maksima, Mahkamah mendapati Tertuduh/Perayu gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah, dan mendapati Tertuduh/Perayu bersalah dan seterusnya mensabitkan Tertuduh/Perayu sebagaimana Pertuduhan. F. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN PEGUAMBELA [82] Untuk melengkapkan alasan penghakiman ini, Mahkamah ingin menyentuh mengenai isu-isu utama yang dibangkitkan Peguambela. [83] Satu sahaja isu utama yang dibangkitkan oleh Peguam Tertuduh iaitu mengenai pengecaman Tertuduh oleh SP5 khususnya, dan SP6 amnya yang menurutnya tidak boleh diterima Mahkamah. Ini 27 adalah kerana dengan satu atau dua saat, tidak mungkin SP5 dan SP6 dapat mengecam Tertuduh. Pembelaan Tertuduh adalah orang yang melepaskan tembakan tersebut bukanlah Tertuduh kerana Tertuduh tidak berada di tempat kejadian. Peguambela Tertuduh juga menghujahkan bahawa tidak ada “fotofit” dibuat sejurus selepas kejadian. Dihujahkan oleh Peguambela lagi bahawa walaupun kawad cam diadakan dan SP5, SP6 dan anak perempuan si mati dapat mengecamkan Tertuduh secara positif, namun ianya diadakan dengan tidak mengikut prosedur. [84] Mahkamah bersetuju dengan pihak Pembelaan bahawa kawad cam yang telah diadakan adalah tidak mengikut prosedur ataupun “Standard Operating Procedure” dan IGSO (Inspector General Standing Order). Antara ketidakpatuhan tersebut ialah jumlah peserta yang sedikit, jarak umur yang amat berbeza di kalangan peserta kawad cam dan pakaian yang dipakai Tertuduh yang ketara berbeza daripada peserta lain yang memudahkan saksi/SP5 dan SP6 untuk mengecamnya. Justeru itu, Mahkamah menolak Laporan Kawad Cam walaupun Laporan menunjukkan SP5, SP6 dan Ainul Wahidah (anak perempuan) telah dapat mengecam Tertuduh secara positif. [85] Namun seperti Mahkamah memutuskan sebelum ini, bagi saksi SP5 beliau dapat mengecam Tertuduh dengan pemerhatian wajahnya. Begitu juga SP6 yang dapat mengecam Tertuduh ketika SP5 menarik topeng Tertuduh. Setelah meneliti rakaman CCTV tersebut, Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa SP5 dan SP6 28 telah berjaya mengecam Tertuduh dan Tertuduh lah orang yang telah bersama-sama melakukan rompakan dan melepaskan tembakan tersebut dan telah dengan niat menyebabkan si mati terbunuh apabila tembakan tersebut dituju terhadap si mati. [86] Selain daripada pengecaman saksi mata SP5 dan SP6 terhadap Tertuduh, kedua-dua saksi SP5 dan SP6 telah dengan yakinnya dapat mengecam Tertuduh di kandang Tertuduh ketika mereka memberi keterangan. Ini dibenarkan oleh undang-undang mantap. [87] Di dalam kes Arumugam Muthusamy v. PP [1998] 3 CLJ 597 antara lainnya Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pengecaman kandang (dock indentification) adalah mencukupi jika kualiti keterangan tentang pengecaman adalah baik. [88] Di muka surat 602 Mahkamah Persekutuan menyatakan: “By the term “dock indentification” we take it to mean identification of an accused for the first time in court at trial.” [89] Begitu juga di dalam kes Ooi Hock Joo v. PP [2004] 1 LNS 215 di mana Mahkamah bersetuju dengan isu ini. [90] Dengan itu Mahkamah ini menerima “dock identification” oleh kedua-dua saksi ini secara positif. Justeru, Mahkamah berpuas hati bahawa orang yang dicamkan oleh SP5 dan SP6 sebagai lelaki yang memakai topeng, memegang pistol, melakukan rompakan 29 bersenjata dan melepaskan tembakan terhadap si mati adalah sememangnya Tertuduh. [91] Di dalam kes PP v. Basar [1965] 1 MLJ 75, 76 Mahkamah memutuskan: “.. I had no reason to quarrel with his general statement on this point but what he, in my opinion, failed to appreciate was that there was positive evidence about the identity of the respondent by PW1 who admittedly had known for some time and had seen his face by the flashes of lightening” [92] Di dalam Kes Ong Poh Chong v. PP [1998] 4 CLJ 1 m/s 2 Mahkamah menyatakan “it did not follow, as a matter of course, that just because the learned judge rejected the identification at the identification parade, he must of necessity also reject the dock identification of the appellant. The facts showed that the identification thereof was rejected not because there was no identification of the appellant as the robber, but because there was defect in the conduct of the parade. That being so, his rejection of the evidence at the identification parade was in no way fatal to the dock identification of the appellant as the robber.” [93] Berdasarkan kepada otoriti-otoriti yang dirujuk di atas, jelas menunjukkan bahawa keterangan kawad cam adalah tidak begitu penting selagi saksi dapat mengecam Tertuduh di dalam 30 membuktikan keterangan tersebut. Ianya adalah bergantung kepada fakta dan keadaan sesuatu kes tersebut. [94] Peguambela juga membangkitkan isu bahawa seorang saksi iaitu Rosdi Abu Hanafiah, sepatutnya dipanggil memberi keterangan. Kegagalan untuk memanggilnya adalah fatal kerana ia mewujudkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan dan juga anggapan-anggapan bertentangan di bawah Seksyen 114(9) Akta Keterangan, perlu dikenakan terhadap Pendakwaan. Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan ini. Tidak terdapat kelompangan yang wujud di dalam kes ini. Pegawai Penyiasat (SP11) mengesahkan bahawa nama Rosdi wujud kerana nama beliau digunakan untuk menyewa kereta Preve tersebut. Segala usaha telah dibuat untuk mengesannya tetapi tidak berjaya. SP11 juga mengesahkan bahawa Rosdi yang telah menjalani sekatan POCA telah melarikan diri. [95] Apapun, Mahkamah mendapati keterangan Rosdi adalah tidak diperlukan kerana keterangan kukuh menunjukkan penglibatan Tertuduh sahaja. [96] Peguambela juga membangkitkan isu bahawa 2 saksi iaitu B2 dan B3 tidak dipanggil untuk memberi keterangan walaupun ditawarkan kepada Tertuduh dan inferens bertentangan sepatutnya dikenakan terhadap Pendakwaan. Mahkamah berpendapat ketidakhadiran “B2” dan “B3” adalah tidak menjejaskan kes Pendakwaan. Ini adalah kerana adalah budibicara Pendakwa Raya untuk memanggil 31 saksi-saksi asalkan tidak menimbulkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan dan “narrative” telah berjaya dibentangkan melalui saksi-saksi lain. Undang-undang adalah mantap mengenai perkara ini. Ia tidak mendatangkan prejudis kepada Tertuduh. G. KESIMPULAN [97] Di atas alasan-alasan yang diberikan seperti di atas, Mahkamah mendapati bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan Tertuduh gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Dengan itu, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan. Tertuduh dengan ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tarikh: 28 November 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu 32 Pihak-Pihak Pendakwa Raya: Puan Nor Hamizah binti Ghazali, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Peguambela: Dato’ Chee Kuat Lin, Tetuan K.L. Chee & Co, Suite D1-2-7, Solaris Dutamas, N0. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.