Pihak pembelaan juga tidak membangkitkan apa-apa pertikaian S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg mengenai usia SP4. Oleh itu, elemen pertama pertuduhan-pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen 2 : OKT telah menyentuh mana-mana bahagian badan SP4, iaitu kemaluan SP4 sebagaimana pertuduhan [29] Bagi elemen kedua, iaitu sama ada berlakunya perbuatan OKT menggosok kemaluan SP4 sebagaimana ketiga-tiga pertuduhan, pihak pendakwaan dilihat bergantung kepada keterangan SP4 sendiri bagi menceritakan berkenaan ketiga-tiga kejadian tersebut. Bagi kejadian pertama (pertuduhan pertama), SP4 menceritakan bahawa dia telah tidur di sebelah kanan OKT dan pada jam 3.00 petang dia dapat merasakan OKT telah merabanya dengan cara menggosok peha kiri dan kemudian mengurut kemaluannya dari luar seluar boxer yang dipakainya. SP4 juga mengesahkan bahawa dia nampak perlakuan OKT itu terhadap dirinya. Dalam keterangannya, SP4 menyatakan sebagaimana berikut : “TPR : Kemudianya apa yang berlaku? SP4 : Selepas tu, lebih kurang pukul 3.00 petang, saya rasa ada orang cuba raba. TPR : Macam mana yang kamu kata cuba raba tu? SP4 : Menggosok di bahagian peha kiri. TPR : Macam mana kamu sedar digosok bahagian peha kiri tu? SP4 : Saya tersedar dari tidur. TPR : Kamu nampak siapa yang sedang gosok bahagian peha kiri kamu? S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg SP4 : Nampak. TPR : Siapa kamu nampak? SP4 : Sir Anuar. TPR : Selain daripada menggosok peha kiri kamu, ada apa-apa lagi dilakukan oleh Sir Anuar pada ketika itu? SP4 : Dia meraba dan menggosok. TPR : Bahagian mana? Peha kiri sahaja? SP4 : Peha kiri. TPR : Lagi? SP4 : Mengurut di bahagian kemaluan saya. TPR : Dia buat macam mana? Cerita jelas-jelas sikit? SP4 : Mengurut menggunakan jari. TPR : Macam mana tu? Ceritakan secara jelas? SP4 : Dia picit bahagian kemaluan saya. TPR : Masa tu kedudukan kamu macam mana? Dalam keadaan apa? SP4 : Keadaan terbaring. TPR : Sir Anuar pula pada masa itu dalam keadaan macam mana? SP4 : Dia duduk terbaring. TPR : Dia gosok peha kiri dan picit kemaluan kamu, ada lagi? S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg SP4 : Tak ada dah. TPR : Apa kamu buat selepas sedar perbuatan Sir Anuar? SP4 : Saya buat-buat tidur. TPR : Perbuatan menggosok peha kiri dan memicit kemaluan ni, pada waktu tu kamu pakai apa? SP4 : Pakai seluar. TPR : Dia buat di bahagian luar seluar atau dalam seluar? SP4 : Dalam seluar. TPR : Pada waktu itu kamu pakai seluar, ada pakai apa lagi dalam seluar? SP4 : Ada boxer. TPR : Jadi kalau kamu katakan dia buat perbuatan dalam seluar, bagaimana dia masukkan? Kedudukan tangan dia tu? Bagaimana dia masukkan? Boleh ceritakan? SP4 : Dia masukkan dalam seluar. Lepas itu dia urut dari luar boxer. Lepas dia urut, dia picit. TPR : Dia picit pun di boxer? SP4 : Ya TPR : Itu saja perbuatan dia? SP4 : Itu saja. TPR : Jadi kamu pura-pura tidur? S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg SP4 : Betul. TPR : Kenapa pura-pura tidur tu? SP4 : Sebab saya tak nak sir tahu saya dah bangun. TPR : Lepas tu kamu buat apa? SP4 : Saya bangun dan pergi main air di pantai.” [30] Bagi kejadian kedua (pertuduhan kedua), OKT dikatakan masih melakukan perkara yang sama iaitu menggosok kemaluan SP4 dan kejadian itu disedari oleh SP4 sewaktu terjaga dari tidurnya pada jam lebih kurang 1.00 pagi. Namun pada kali ini, urutan pada kemaluan SP4 dibuat oleh OKT dengan cara memasukkan tangan kanannya ke dalam seluar boxer yang dipakai oleh SP4. Dalam keterangannya, SP4 menjelaskan seperti berikut : “TPR : Seterusnya kamu main telefon, kemudian apa berlaku? SP4 : Saya mula tidur pukul 12 malam. TPR : Ada apa-apa yang berlaku ke? SP4 : Dalam pukul 1.00, saya mula rasa sir cuba meraba-raba lagi. TPR : Macam mana kamu boleh pasti dalam pukul 1.00 cubaan meraba lagi ni? SP4 : Saya dapat rasa tangan sir mula meraba peha kiri saya lagi sekali. TPR : Maksud saya, bagaimana kamu boleh pasti waktu tu pukul 1.00? S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg SP4 : Sebab saya baru rasa tidur sekejap. TPR : Jadi, apa yang Saniy perasan semasa jaga semasa merasa ada orang raba lagi ni? SP4 : Saya boleh nampak tangan kanan sir. TPR : Sewaktu itu kamu sudah buka mata? SP4 : Dah. TPR : Semasa itu, semua yang lain Sudah tidur? SP4 : Semua lain sudah tidur. TPR : Bagaimana keadaan lampu pada waktu itu? SP4 : Keadaan lampu dalam bilik semua tertutup. TPR : Boleh terangkan, macam mana boleh nampak tangan kanan sir? SP4 : Lampu balkoni dari luar terbuka. Jadi saya boleh nampak cahaya dari luar masuk ke bilik. TPR : Cahaya tu masuk dari bahagian mana? SP4 : Masuk dari cermin. TPR : Cermin apa? SP4 : Cermin tingkap. TPR : Cermin tingkap berada di mana? SP4 : Di kepala katil. Boleh tengok dalam gambar D. S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg TPR : Sebelum tidur jam 12.00 malam tu, kamu berpakaian macam mana? SP4 : T-shirt lengan panjang. TPR : Lagi? SP4 : Berseluar panjang. TPR : Pakaian dalam? SP4 : Pakaian dalam seluar boxer. TPR : Tadi kamu katakan kamu boleh nampak tangan kanan sir? SP4 : Betul. TPR : Boleh jelaskan kamu nampak tangan dia buat apa? SP4 : Syaa nampak tangan kanan dia masuk ke dalam seluar dan menggosok peha kiri saya. TPR : Seterusnya apa lagi? SP4 : Seterusnya dia mula memasukkan tangan ke dalam boxer saya dan mula mengurut kemaluan saya dengan memicit-micit. TPR : Mengurut kemaluan dengan cara memicit-micit ni kamu nampak? SP4 : Tak nampak. TPR : Macam mana tahu urut dan picit kemaluan ni? SP4 : Saya dapat rasa. S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg TPR : Apa lagi perbuatan selain itu? SP4 : Sir Anuar mengurut sehingga hampir keluar air mani. Tapi dia menutup kepala agar air mani tak keluar. TPR : Kepala apa? SP4 : Kepala kemaluan. TPR : Jadi apa lagi tindakan? SP4 : Selepas itu saya cuba bergerak sedikit, lalu Sir Anuar tarik tangan dia keluar. TPR : Waktu kamu rasa perbuatan ini, kamu dalam keadaan sedar buka mata atau macam mana? SP4 : Sedar dan tutup buka mata. Macam intai-intai. Buka mata sedikit. TPR : Jadi kamu katakan kamu cuba bergerak sedikit? SP4 : Betul. TPR : Macam mana? SP4 : Saya dari badan mengadap ke siling, lepas tu mengadap ke kanan. TPR : Jadi kamu pusingkan badan kamu ke kanan? SP4 : Betul. TPR : Selepas kamu pusingkan badan kamu ke kanan itu, ada apa lagi berlaku? S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg SP4 : Tangan sir yang masih dalam boxer terus ditarik keluar semasa saya gerakkan badan. TPR : Seterusnya apa lagi yang berlaku? SP4 : Selepas itu tidak ada apa-apa yang berlaku.” [31] Bagi kejadian ketiga (pertuduhan ketiga) pula, OKT dikatakan masih mengulangi perbuatannya semasa SP4 tidur selepas kejadian kedua. Pada kali ini, SP4 mengatakan bahawa dia telah terjaga pada jam lebih kurang 5.00 pagi dan melihat serta merasakan perlakuan yang sama dilakukan oleh OKT ke atasnya. Dalam keterangannya, SP4 menceritakan sebagaimana berikut : “TPR : Selepas kejadian pukul 1.00 pagi ni, ada apa-apa lagi yang belaku dalam bilik? SP4 : Selepas kejadian 1.00 pagi tu, tiada apa-apa yang berlaku hingga pukul 5.00 pagi. TPR : Pukul 5.00 pagi apa berlaku? SP4 : Pada pukul 5.00 pagi, saya kembali merasakan rabaan dari sebelah kiri saya. TPR : Sewaktu kamu rasakan rabaan sebelah kiri ni, kedudukan kamu macam mana? SP4 : Kedudukan masih di hujung tapi badan saya kembali menghadap ke siling. TPR : Dari pukul 1.00 hingga 5.00 tu, kamu tidak tidur? S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg SP4 : Selepas saya pusing badan tu, saya akhirnya dapat tidur dengan sedikit lena. TPR : Macam mana tahu ada rabaan di sebelah kiri kamu? SP4 : Pada pukul 5.00 tu saya dapat rasa sentuhan lalu saya terus tersedar dari tidur. TPR : Jadi apa yang kamu rasa? Beritahu? SP4 : Pada waktu saya masih lagi berdiam diri kerana takut diapa-apakan oleh sir. TPR : Soalan saya, apa kamu rasakan sewaktu kamu sedar ada sentuhan? Ada apa-apa lagi tak? SP4 : Dia cuba urut kemaluan saya dari luar boxer. TPR : Maksudnya? SP4 : Tangan di dalam seluar, tetapi di luar boxer. TPR : Masa ni kamu nampak? SP4 : Saya boleh nampak. TPR : Masa tu kamu nampak, pencahayaan macam mana? SP4 : Macam tadi, cahaya dari luar melalui cermin tingkap. TPR : Bila kamu nampak tu, nampak tangan siapa? SP4 : Tangan Sir Anuar. TPR : Macam mana pasti tangan tu tangan Sir Anuar? S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg SP4 : Sebab saya dapat perasan badan dia menghadap ke arah saya. TPR : Apa yang Sir Anuar buat selepas dia masukkan tangan ke dalam seluar kamu? SP4 : Dia mengurut kemaluan saya dari luar boxer. TPR : Urut dengan cara mana? SP4 : Dengan memicit kepala kemaluan saya. TPR : Lagi dia buat apa lagi? SP4 : Selepas itu, saya menggerakkan badan untuk bangun. Dan sekali lagi Sir Anuar tarik tangannya keluar. TPR : Jadi selepas dia tarik tangan dia keluar kamu buat apa? SP4 : Saya bangun dari katil. TPR : Untuk apa bangun? SP4 : Saya keluar dari bilik sebentar. TPR : Untuk ke mana? SP4 : Saya ke tandas luar. TPR : Selepas kamu ke tandas, apa kamu buat? SP4 : Saya masuk semula ke bilik. Dalam pukul 6.30, saya ambil phone Sir Anuar dan pastikan yang dia masih tidur. Lalu saya menghantar mesej whatsapp kepada ibu saya.” S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg [32] Dalam kes ini, Mahkamah perlu menilai secara teliti kredibiliti dan kebolehpercayaan keterangan SP4 sebagai saksi kanak-kanak. Berkenaan ini, Mahkamah mengambil kira peruntukan khusus di bawah seksyen 17 dan seksyen 18 Akta 792 yang memperuntukkan bahawa seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan Mahkamah berpendapat sebaliknya, dan bahawa Mahkamah boleh mensabitkan tertuduh berasaskan keterangan kanak-kanak semata-mata sama ada diberikan dengan secara bersumpah atau tidak, tanpa memerlukan keterangan sokongan. Walaupun kedua-dua peruntukan ini telah dimansuhkan pada 3.3.2025, namun undang-undang masih mengekalkan perkara yang sama dengan berkuatkuasanya peruntukan baru seksyen 2A dan 2D Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) juga pada 3.3.2025. [33] Mahkamah juga menyedari bahawa sebelum penggubalan Akta 792, isu kesaksian kanak-kanak telah pun disentuh melalui peruntukan seksyen 118 dan seksyen 133A Akta Keterangan 1950. Kesemua peruntukan ini dengan jelas menunjukkan bahawa umur yang muda semata-mata tidak menghalang penerimaan keterangan kanak-kanak, selagi saksi tersebut didapati berwibawa dan berupaya memahami soalan serta memberikan jawapan yang rasional. Prinsip undang-undang yang mantap juga memperuntukkan bahawa seseorang tertuduh boleh disabitkan berdasarkan keterangan saksi kanak-kanak sekiranya keterangan tersebut bersifat jelas, konsisten dan meyakinkan secara luar biasa (“unusually convincing”). [34] Dalam kes ini, SP4 bukanlah saksi berumur mentah (“tender years”) dan telah melepasi ambang umur yang lazimnya dikaitkan dengan ketidakupayaan memberi keterangan. Setelah Mahkamah menjalankan S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg inkuiri kompetensi (mengambil kira tafsiran kanak-kanak bagi Akta 676 telah menaikkan tahap umur kanak-kanak kepada bawah 18 tahun berkuatkuasa pada 11.7.2023), Mahkamah mendapati SP4, yang pada ketika itu berusia 17 tahun, telah melepasi ujian kompetensi. Berdasarkan penilaian terhadap respons SP4 semasa inkuiri, Mahkamah berpuas hati bahawa SP4 layak untuk memberi keterangan secara bersumpah, memahami akibat sumpah, berupaya memahami dan menjawab soalan dengan rasional, serta mempunyai kecerdikan yang mencukupi. Apatah lagi SP4 bukanlah calang-calang orangnya kerana berjaya menyambung pelajaran sebagai pelajar tingkatan 5 dalam aliran sains tulin di Sekolah Menengah Sains Tengku Mohd Petra yang merupakan sekolah berklaster berasrama penuh. Yang paling penting, SP4 mampu membezakan antara benar dan salah serta antara realiti dan fantasi, dan memahami obligasi moral untuk bercakap benar di Mahkamah. [35] Sehubungan itu, Mahkamah mendapati bahawa dalam kes ini, SP4 adalah seorang saksi kanak-kanak yang kompeten tertakluk kepada seksyen 17 dan 18 Akta 792. Mahkamah ini juga telah meneliti kredibiliti SP4 dan berpuashati dengan keterangan yang diberikan olehnya. Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa tiada sebarang sebab untuk SP4 berbohong semasa memberi keterangan di Mahkamah. Mahkamah ini mendapati bahawa SP4 telah berjaya mengecam dengan pasti OKT sebagai pelaku kesalahan seksual terhadapnya dalam ketiga-tiga kejadian. Mahkamah mendapati bahawa tidak wujud sebarang kekeliruan berkenaan perihal identiti OKT yang telah melakukan perlakuan seksual terhadap SP4. Keterangan SP4 jelas menunjukkan OKT sebagai pelaku yang telah melakukan perbuatan-perbuatan sepertimana ketiga-tiga pertuduhan tanpa menglibatkan penglibatan mana-mana pihak lain. S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg [36] Keterangan SP4 pada asasnya tidak memerlukan keterangan sokongan sebagai suatu kehendak undang-undang. Walau bagaimanapun, sebagai suatu amalan kehakiman dan langkah berhati-hati, kewujudan keterangan sokongan, sekiranya ada, akan mengukuhkan lagi keterangan mangsa. Sekiranya tiada keterangan sokongan sekalipun, hal tersebut tidaklah mencacatkan kes pendakwaan, dan Mahkamah masih boleh mensabitkan OKT sekiranya keterangan mangsa didapati jelas, konsisten dan meyakinkan secara luar biasa (“unusually convincing”). [37] Melalui pemerhatian Mahkamah dalam kes ini, didapati kes pendakwaan bukan hanya bergantung kepada keterangan SP4 semata-mata. Malah terdapat banyak keterangan lain yang boleh menyokong bagi mengesahkan ketiga-tiga kejadian tersebut. Antaranya adalah keterangan SP3 (ibu kepada SP4) yang mengesahkan telah menerima mesej “whatsapp” daripada SP4 yang mengadu kepadanya tentang perbuatan OKT sebaik sahaja selepas kejadian kali ketiga berlaku. Keterangan SP3 berkenaan perkara tersebut boleh menyokong keterangan SP4 untuk mengesahkan kejadian amang seksual itu benar-benar berlaku ke atas SP4 (Rujuk kes PP v. Mohammad Terang Amit [1999] 5 CLJ 156). Keadaan sama sebagaimana dalam kes Liew Kim Kong v. Public Prosecutor [1989] 2 CLJ 914; [1989] 2 CLJ (Rep) 819 yang mana aduan yang dibuat oleh mangsa kes rogol kepada ahli keluarganya telah diambil kira sebagai keterangan sokongan kepada keterangan mangsa bagi membuktikan bahawa dia telah dirogol dan tertuduh telah merogolnya. Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut menyatakan seperti berikut:: S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg "When the complainant telephoned her sister on the morning of 10 June, she stated unequivocally that she had been raped, that is to say that there had been penetration. It is true that later in the day, when recounting the incident to her mother, her sister and Angela, the complainant had said that there had been pain but that she did not know if there had been penetration. That apparently surprising statement is explained by the complainant's evident reluctance to speak to her mother about the episode, illustrated by her refusal to communicate when she was seen crying by her mother at 8am. It is clear from a plain reading of s. 159 of the Evidence Act that evidence of the complaint to the sister on the telephone, and then the complaint to the mother, sister and Angela was admissible as corroboration of the complainant's own evidence as to the offence. It is clear that the learned trial judge looked for corroboration and properly regarded that evidence as corroborative, that is to say as evidence which confirmed in material particulars, not only that the complainant had been raped, but also that the appellant had raped her - see R v. Beck [1982] 1 All ER 807. " [38] Selain itu, SP3 turut menyatakan bahawa apabila dia sampai di pulau perhentian, SP3 terus berjumpa dengan SP4 dan bertanyakan berkenaan perkara yang diadukan tersebut. Pada masa ini, SP4 dikatakan telah memeluknya dan menangis. Tindakan SP4 konsisten dengan keadaan mangsa yang telah diperlakukan dengan jenayah seksual. Dalam kes Public Prosecutor v. Emran bin Nasir [1986] 1 LNS 69, Mahkamah telah mengatakan-S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg "That evidence of the distress of the victim of a sexual offence, soon after the offence, can be regarded as corroboration. I therefore so regard the evidence of Sali, that she looked afraid and was crying when she emerged from the Inspector's office" [39] Keterangan SP5 (saksi kanak-kanak) juga menyokong keterangan SP4. SP5 turut bersama-sama OKT dan SP4 pergi ke Pulau Perhentian dan menginap di bilik yang sama dengan mereka. SP5 mengesahkan bahawa dia berada di katil yang sama dengan OKT dan SP4. Menurut SP5, kedudukan SP4 di atas katil itu adalah di sebelah kanan OKT pada setiap masa termasuk ketika ketiga-tiga kejadian tersebut dikatakan berlaku. Kedudukan itu telah diaturkan oleh OKT sendiri. Sewaktu pemeriksaan balas, SP5 bertegas menyatakan seperti berikut : “PB : dan Saya katakan bahawa bila kamu masuk bilik beramai-ramai tu, macam mana pilih katil tu? SP5 : katil di pilih oleh sir anuar. Sir anuar yang atur siapa katil mana dan siapa tidur dengan siapa.” [40] Selain itu, SP5 turut mengesahkan bahawa dia perasan terdapat perubahan tingkahlaku oleh SP4. Ini menunjukkan trauma dan ketakutan yang dialami oleh SP4 sebagaimana keterangannya adalah bukan suatu perkara yang direka-reka. Dalam keterangannya, SP5 menyatakan : TPR : Seterusnya, sepanjang kejadian bercuti di perhentian tersebut, kamu lihat bagaimana dengan keadaan sani? SP5 : sebelum hari yang polis datang tu, keadaan sani baik seperti biasa. Gembira. Tetapi selepas kejadian tu, polis datang, selepas S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg pagi tu, saya lihat keadaan sani agak menjauhkan diri dari Sir Anuar tetapi tidak terlalu menonjol. TPR : macam mana dalam keadaan tidak terlalu menonjol? Boleh jelaskan? SP5 : dia jadi kurang nak pergi sangat kalau sir anuar panggil. Lepas tu, kalau sir anuar ada lalu dekat tepi dia, dia cuba untuk jauhkan diri. Itu saja. [41] Berdasarkan pemerhatian di atas, Mahkamah dapati terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa OKT telah menggosok kemaluan SP4 sebagaimana pertuduhan. Oleh itu, elemen kedua ini telah berjaya dibuktikan bagi ketiga-tiga pertuduhan. Elemen 3 : Sentuhan OKT dibuat bagi maksud seksual. [42] Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan telah bergantung kepada Huraian 2 seksyen 14 Akta 792, yang menegaskan bahawa dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu dilakukan bagi maksud seksual, Mahkamah hendaklah meneliti keseluruhan keadaan yang melatari perlakuan tertuduh, termasuk bahagian tubuh yang disentuh, sifat dan tahap sentuhan fizikal serta segala keadaan lain yang berkaitan dengan perlakuan tersebut. Pendekatan ini menuntut Mahkamah melihat perbuatan tertuduh secara menyeluruh dan bukan secara terpisah atau terasing. [43] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, khususnya keterangan mangsa SP4, Mahkamah mendapati dengan jelas bahawa OKT telah menyentuh dan menggosok kemaluan SP4 menggunakan S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg tangannya. Perbuatan tersebut tidak mempunyai sebarang justifikasi yang sah atau munasabah. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa kemaluan SP4 adalah satu organ seksual yang sensitif serta merupakan bahagian yang sulit dan tidak boleh dipegang oleh orang lain sesuka hati. Perbuatan sedemikian adalah bersifat tidak bermoral dan, apabila dinilai dalam keseluruhan konteks kejadian, tidak membawa kepada sebarang inferens lain melainkan bahawa ia dilakukan bagi tujuan seksual. Tambahan pula perbuatan itu dilakukan semasa SP4 dan penghuni lain dikatakan sedang tidur. Dalam keadaan itu, SP4 tidak berpeluang untuk menolak atau mempertahankan dirinya. Sekalipun SP4 sedar ketika kejadian itu berlaku, tindakan SP4 yang hanya mendiamkan diri dan hanya memusingkan badannya ke kanan sebagai cubaan untuk memberhentikan perlakuan OKT itu adalah munasabah mengambil kira status OKT yang patut dihormatinya sebagai seorang bekas guru di sekolah lamanya. [44] Sehubungan itu, setelah meneliti keseluruhan tindakan OKT dan keadaan yang mengiringi perlakuan tersebut, Mahkamah berpuas hati bahawa elemen bagi maksud seksual di bawah seksyen 14 Akta 792 telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pembelaan OKT yang diketengahkan semasa kes pendakwaan [45] Sebelum Mahkamah membuat rumusan ke atas penemuan di akhir kes pendakwaan ini, adalah wajar untuk pertimbangan dibuat ke atas pembelaan yang telah dibangkitkan oleh OKT semasa kes pendakwaan (penilaian maksima) sebagaimana yang dituntut dalam kes PP v Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC. S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg [46] Pembelaan OKT yang diketengahkan di peringkat pendakwaan antara lainnya mencadangkan bahawa SP4 adalah seorang saksi yang tidak kredibel. Ini kerana walaupun SP4 mengatakan dia takut dan trauma kerana diperlakukan sebegitu oleh OKT, namun SP4 dikatakan masih dalam keadaan normal kerana boleh pergi mandi manda bersama OKT dan rakan-rakan yang lain serta tidak menunjukkan sikap yang pelik. SP4 juga tidak memberitahu tentang kejadian pada jam 3.00 petang kepada ibunya (SP3) sedangkan selepas itu dia ada menggunakan telefon OKT dan berpeluang untuk mengadukan perkara tersebut. Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa SP4 telah bercakap tidak benar berkenaan kejadian-kejadian yang berlaku ke atas dirinya sepertimana pertuduhan. [47] Berkenaan ini, saya telah membuat penilaian dan penganalisaan terhadap keseluruhan keterangan SP4 untuk menilai kredibilitinya secara “judicial appreciation” (rujuk Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2004] 4 CLJ 309). Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, saya bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa keterangan SP4 bagi ketiga-tiga kejadian tersebut adalah sangat meyakinkan, benar dan wajar untuk dipercayai. Berkenaan perlakuannya selepas kejadian, ketika disoal balas SP4 ada menjelaskan bahawa dia tidak menjerit dan melawan selepas kejadian-kejadian itu kerana dia takut kepada OKT. Walaupun dia telah terjaga dari tidurnya semasa kejadian itu berlaku ke atas dirinya, dia tetap berdiam diri kerana takut disedari oleh OKT dan akan diapa-apakan oleh OKT. SP4 juga menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa di pulau itu yang boleh diadukan berkenaan kejadian tersebut. Dia juga tidak mengadu lebih awal kepada ibunya melalui telefon kerana takut OKT tahu mengenai perkara tersebut. Penjelasan SP4 ini adalah munasabah dan konsisten dengan tindakannya yang hanya menunjukkan ketakutannya itu selepas dapat S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg berjumpa dengan ibunya apabila ibunya sampai di pulau tersebut. Ketakutan itu dapat digambarkan melalui perlakuannya yang menangis dan memeluk ibunya itu dan dilihat mula menjarakkan diri dengan OKT oleh SP5. Penjelasan SP4 berjaya meyakinkan Mahkamah bahawa ketiga-tiga kejadian itu benar-benar berlaku. [48] Tambahan pula, SP4 yang berumur 17 tahun semasa di Mahkamah telah memberikan keterangan secara bersumpah dan boleh memahami maksud serta akibat memberi keterangan bersumpah. Oleh yang demikian, keterangan SP4 boleh berdiri dengan sendirinya tanpa keterangan sokongan walaupun ada keterangan sokongan dalam kes ini. Kredibilitinya boleh dilihat melalui keterangannya yang konsisten, rasional dan kukuh. SP4 dapat menceritakan dengan baik setiap episod kejadian yang berlaku ke atas dirinya dengan secara terperinci dan sangat menyakinkan “unusually convincing”. Dalam hal ini, saya merujuk kes PP v. Mardai [1949] 1 LNS 65 di mana Spencer Wilkinson J berkata di halaman 33: "Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story." [49] Selain itu, pihak Pembelaan dalam penghujahannya turut mempertikaikan berkenaan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang dikatakan bercanggah antara satu sama lain. Antaranya adalah mengenai masa kejadian yang diberikan oleh SP3, SP4 dan SP6. Namun penelitian S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg Mahkamah mendapati terdapat penjelasan bagi percanggahan berkenaan masa tersebut. Saya berpendapat percanggahan tersebut adalah tidak material dan bersifat percanggahan kecil kerana ianya tidak menjejaskan keterangan SP3, SP4 dan SP6 berkenaan fakta kes, elemen-elemen pertuduhan dan keterangan sokongan yang ada. Malah, terdapat penjelasan tentang kenapa perbezaan keterangan itu berlaku. [50] Dalam kes Ahmadi Moharam Lotfollah v. PP [2014] 1 LNS 334 dinyatakan sebagaimana berikut: “[33] We agree with the learned trial judge that there was a discrepancy in the evidence of these witnesses and that the discrepancy is minor. It was clearly borne out from their testimonies and the explanation given in court. Suffice it to say that the learned trial judge who is entrusted with the duty of assessing the evidence given by the witnesses before her had rightly concluded and made the finding in the way she did. [34] It is trite that the issue on the credibility of a witness is a finding made by a trial judge which we will always be slow to interfere. The court must always take cognizance about human fallibility and the different mental faculties of witnesses. Minor discrepancies is excusable and no two witnesses can be expected to give the exact details of each occurrence of events especially after a lapse of some time. Ordinarily witnesses cannot be expected to recall accurately the sequence of events which had taken place. No two persons would possess the same power of observation, retention, recollection and of course, memory. (Bharwada Bhoginbal Hirjibhai AIR 1983 SC 753). As observed by Raja Azlan Shah FJ (as His Highness then was) S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg in PP v. Datuk Hj. Harun b. Hj. Idris (No 2) [1976] 1 LNS 180; [1977] 1 MLJ 15.” Dalam hal ini juga, saya bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa adanya percanggahan yang kecil itu menunjukkan saksi-saksi berkata benar dan tidak mereka-reka keterangan mereka. Ini kerana di dalam setiap kes pastinya wujud sedikit percanggahan seperti mana yang telah diputuskan di dalam kes PP v. Datuk Hj Harun Idris (No 2) [1977] 1 LNS 92. Adanya percanggahan yang sedikit dan kecil itu tidak akan menyebabkan keterangan saksi-saksi terutamanya SP3, SP4 dan SP6 tidak boleh diterima. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa adanya percanggahan dalam keterangan seseorang saksi tidak secara langsung menjadikan saksi tersebut tidak boleh dipercayai dan membuatkan keseluruhan keterangannya tidak dapat diterima (rujuk kes Mohamed Alias v. PP [1981] 1 LNS 200, kes Chean Siong Guat v. PP [1969] 1 LNS 23 dan kes PP v. Datuk Hj Harun Idris [supra]). Oleh yang demikian, percanggahan kecil sedemikian tidak menjejaskan keterangan saksi-saksi berkenaan berlakunya ketiga-tiga kejadian amang seksual tersebut dan sekaligus tidak melemahkan kes pendakwaan. Justeru itu, saya mendapati pembelaan-pembelaan yang diketengahkan oleh OKT di peringkat kes pendakwaan ini tidak berjaya menggugat atau mencabar kebolehpercayaan saya terhadap S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg keterangan-keterangan dan fakta yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Keputusan di akhir kes pendakwaan [51] Berdasarkan kepada pemerhatian dan dapatan-dapatan saya di atas dengan memberi pertimbangan kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, jawapan kepada pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, termasuk mengambilkira ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, maka saya telah memberi penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan sebagaimana dituntut di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 2 MLJ 65, kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [supra], kes Balachandran v PP [SUPRA] dan kes Magendran Mohan v PP [2011] 1 CLJ 805. Maka adalah menjadi keputusan saya bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT sebagaimana tiga pertuduhan yang dihadapinya. Sehubungan dengan itu, OKT dipanggil untuk membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. KES PEMBELAAN [52] Setelah 3 pilihan dibacakan dan diterangkan kepada OKT, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Berikutan itu, pihak Pembelaan telah memanggil seramai 2 orang saksi pembelaan termasuk OKT bagi mengemukakan versi pembelaan di peringkat kes pembelaan ini. S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg [53] Teras kes pembelaan adalah pada tarikh dan masa kejadian, OKT dikatakan tidak pernah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap SP4 sebagaimana keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Bagi menunjukkan bahawa dirinya benar-benar tidak melakukan perkara tersebut, OKT dalam keterangannya telah membentangkan naratif berikut : a. OKT telah menghubungi SP3 untuk meminta kebenaran membawa SP4 bercuti bersamanya di Pulau Perhentian pada tarikh 29/07/2022 sehingga 31/07/2022. OKT menyatakan bahawa SP4 diajak saat-saat akhir untuk memenuhi kuota kerana terdapat pelajar yang tidak dapat mengikuti percutian tersebut di saat-saat akhir. OKT menyatakan bahawa terdapat lima kanak-kanak yang pergi bercuti bersamanya di pulau iaitu Anas, Fahmi, Asyraf, SP5 dan SP4. b. OKT menyatakan bahawa mereka telah bergerak ke Pulau Perhentian menaiki bot di Jeti Kuala Besut dan tiba di D’ Lagoon, Pulau Perhentian (tempat kejadian) pada jam lebih kurang 12.30 tengahari dan boleh mendaftar masuk ke dalam bilik pada jam 2.30 petang. c. OKT menyatakan juga bahawa di dalam bilik tersebut terdapat dua buah katil dan OKT terus duduk di atas katil yang berdekatan dengan pintu bilik. OKT telah mencadangkan kedudukan masing-masing secara spontan. Asyraf, Fahmi dan Anas duduk di satu katil apabila melihat mereka berada satu katil, manakala SP5 dan SP4 duduk/baring satu katil dengannya (OKT). d. OKT menyatakan pada 29/07/2022 jam lebih kurang 2.30 petang hingga ke 3.00 petang dia tertidur dan sebelum tidur, dia S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg ada memberikan kepada SP4 telefon bimbitnya untuk bermain. Pada masa itu, OKT turut melihat Asyraf dan Anas bermain telefon. OKT menafikan ada mencabul SP4 atau membuat perbuatan tidak senonoh ke atas SP4 kerana dia tidur berjarak dengan SP4 dalam anggaran 2 tapak tangan kerana sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan kaki sebelah kanannya mangalami sakit bisul. OKT juga menyatakan bahawa jika dia tidur menghadap syiling sekalipun, mustahil baginya untuk menyentuh peha SP4 kerana dia adalah manusia biasa yang tidak nampak orang sebelah bila mengadap ke syiling apatah lagi jika tengah tidur. OKT juga menyatakan dalam penyata saksinya bahawa dia tidak meletakkan sikunya atas pusat SP4 dan menyatakan juga SP4 tidur tidak duduk diam, sentiasa bergerak ke kiri kanan, dan apabila OKT tersedar, ada budak-budak lain yang masih belum tidur. e. OKT juga menyatakan perkara yang sama sebagaimana perenggan di atas bagi kejadian yang berlaku pada 30/07/2022 jam 1.00 pagi dan jam 5.00 pagi. OKT menafikan ada melakukan perbuatan tidak senonoh kepada SP4 pada waktu-waktu tersebut. OKT turut menyatakan bahawa keadaan dalam bilik adalah gelap kerana lampu bilik sudah ditutup dan penglihatan samar-samar. f. OKT menyatakan bahawa pada 30/07/2022 jam lebih kurang 1.30 petang, dia telah melihat SP4 pergi ke arah ibubapanya dan Ibu kepada SP4 (iaitu SP3) memberitahu telah membuat laporan polis ke atas OKT kerana telah mencabul SP4. Pada jam lebih kurang 3.00 petang, beberapa anggota polis telah datang di Resort tersebut dan OKT diarahkan untuk ke IPD Besut dan memberi keterangan. S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg g. OKT turut menyatakan bahawa beliau dimaklumkan bahawa kes ini sebenarnya tiada bukti, tetapi kes ini terpaksa diteruskan kerana keluarga SP4 yang paksa/push supaya kes diteruskan. [54] Bagi mengesahkan versi pembelaan OKT ini, SD2 telah dipanggil memberikan keterangan. SD2 mengesahkan cerita OKT bahawa mereka telah merancang untuk bercuti di Pulau Perhentian pada 29/07/2022 sehingga 31/07/2022 tetapi terpaksa pulang sehari lebih awal kerana ibu bapa SP4 dan beberapa orang anggota polis telah tiba di tempat percutian tersebut. [55] SD2 mengesahkan kedudukan SP4, OKT dan SP5 berada di atas satu katil sepanjang waktu percutian tersebut. SD2 menyatakan bagi kejadian pertama iaitu 29/07/2022 jam lebih kurang 2.40 petang, SD2 dan ‘Asyraf’ sedang bermain telefon manakala SP5 dan OKT telah tidur manakala SP4 sedang bermain telefon. SD2 menyatakan bahawa pada pukul 3 petang, dia tidak melihat aksi Daddy (OKT) memasukkan tangan dalam seluar SP4 dan hanya melihat OKT dan SP4 tidur. [56] SD2 juga menyatakan bahawa pada 30/07/2022, jam lebih kurang 12.00 tengah malam, ketika sedang bermain telefon bimbit, dia telah melihat OKT bangun dari tidur dan pergi ke tandas. SD2 menyatakan bahawa beliau masih sedang bermain telefon pada jam 1.00 pagi dan melihat OKT dan SP5 telah tidur manakala SP4 berbaring macam tidur. SD2 sekali lagi menyatakan bahawa tidak melihat aksi OKT masukkan tangan dalam seluar SP4 dan hanya melihat OKT dan SP4 tidur. [57] SD2 kemudian menyatakan bahawa beliau tidur jam 1.30 pagi dan tidak tahu apa berlaku sehingga pagi keesokannya. SD2 mengesahkan S/N LyuBzpVz0EmQ8saXzQqg bahawa mereka terpaksa pulang pada hari yang sama dan perlu pergi ke IPD Besut untuk memberi keterangan kepada pihak polis. Dapatan dan Keputusan Di akhir Kes Pembelaan [58] Saya mengingatkan diri bahawa pada penghujung kes pembelaan, beban yang dipikul oleh pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan suatu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Sekiranya keraguan munasabah tersebut berjaya dibangkitkan, OKT berhak untuk dilepas dan dibebaskan, meskipun versi pembelaan itu sendiri tidak semestinya diterima atau dipercayai oleh Mahkamah (Rujuk kes Mohamed Yatim Bin Abu Bakar V. PP [1949] 1 LNS 50; dan Mohamad Radhi Yaakob V. PP [1991] 1 CLJ (REP) 311). Sebaliknya, jika pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah, maka pihak pendakwaan hendaklah dianggap telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah, dan tertuduh wajar disabitkan atas pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. [59] Seterusnya, saya juga tidak terlepas dalam mengambil pedoman terhadap apa yang dinyatakan dalam kes Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82, Suffian J (pada masa itu ) yang telah menggariskan prinsip seperti berikut: "The position may be conveniently stated as follows:-