(ii) Perbuatan OKT memasukkan objek-objek atau mana-mana bahagian tubuh badan ke dalam kemaluan atau dubur mangsa adalah tanpa kerelaan mangsa. [23] Perlu ditekankan bahawa rule of prudence and practice hendaklah menjadi panduan dalam membuat keputusan untuk kes-kes jenayah seksual. Keterangan mangsa sewajarnya mempunyai keterangan sokongan (corroboration). Perkara ini telah dijelaskan dalam kes Aziz Muhamad Din v Public Prosecutor [1997] 1 CLJ SUPP 523 yang memutuskan bahawa: S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w “Generally in Malaysia there is no specific rule of law that requires the evidence of a witness to be corroborated except in the case of the evidence of a child of tender years under s. 133A of the Evidence Act 1950. However, in certain types of cases there is a rule of practice which requires evidence to be corroborated.This includes the evidence of a complainant in a case involving a sexual offence. Even in such cases a conviction based on uncorroborated evidence is not illegal.But the rule of practice regulates the manner in which uncorroborated evidence is to be treated, that is to say, the Judge must warn himself of the dangers of convicting on such evidence. Alasan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Elemen Kesalahan Di Bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan [24] Saya akan menyatakan dapatan saya ke atas ketiga-tiga elemen tersebut dan dapatan saya adalah seperti yang berikut: Elemen (i): OKT telah melakukan hubungan seks dengan mangsa melalui kemasukan objek atau mana-mana bahagian tubuh badan ke dalam kemaluan atau dubur mangsa [25] SP-3 memberikan keterangan bahawa pada tarikh dan masa kejadian, OKT telah memasukkan jarinya ke dalam faraj SP-3 semasa menceroboh bilik hotelnya. SP-3 telah menerangkan dengan jelas bahawa beliau merasakan pergerakan keluar masuk jari OKT ketika jarinya dimasukkan ke dalam faraj SP-3. SP-3 juga menjelaskan bahawa beliau berasa sakit dan terseksa ketika jari OKT dimasukkan ke dalam farajnya secara paksa. Keterangan SP-3 ini menunjukkan bahawa OKT telah melakukan hubungan seks dengan SP-3 dengan memasukkan jarinya ke dalam faraj SP-3. Berikut diturunkan keterangan SP-3 dalam S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w pemeriksaan utama berkaitan dengan kemasukan jari OKT dalam farajnya: Which hand he used to try to pull your neck while he lying down beside? It his right side, left hand try to pull down my pants. He went all the way down towards my pants and he force himself into my vagina with his 2 fingers, because I was struggling to get him away from me, I didn’t realize he went all the way down sliding. When he forces his 2 fingers inside of me, I felt the pain. It was very painful and I screamed. You felt pain? Yes, it was very severe, I felt pain all over my vagina all over everywhere” You felt pain? Yes, it was very severe, I felt pain all over my vagina all over everywhere He manage to pull your pants down? No, he didn’t, he slided all the way down Using which hand? His left hand And you felt pain? Ya ‘He push himself into my vagina with 2 fingers’, please tell your position and his position at that point of time? I was lying down straight on the bed, because one leg of mine was lock to the other leg of himself.” S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w [26] Semasa pemeriksaan balas, peguam bela OKT mencadangkan bahawa SP-3 hanya meneka wajah OKT dan tidak dapat membuat pengecaman yang positif terhadapnya. Ini kerana bilik tersebut gelap dan SP-3 tidak dapat melihat wajah OKT dengan jelas. Peguam bela juga berhujah bahawa terdapat kecacatan dalam prosedur kawad cam memandangkan hanya OKT yang mengalami kecederaan di tangan, dan SP-3 telah mengecam OKT berdasarkan kecederaan tersebut. Berikut adalah keterangan SP-3 semasa disoal balas berhubung isu pengecaman OKT: Identification parade, did you identify the accused from his look? What do you mean by gestures? The hair, the face, the moustache, he didn’t have the moustache, the height and the physical body. By gestures you mean by appearances? Yes Room very dark, how do you manage to remember his appearance very well? My hand was on his face trying to push him away from mine, on the time while I was doing so, I touched his face and his head, that is how I knew. You are telling the Court that you can recognize a person by just feeling his face, his moustache and all that? I try to remember that but more of I remember were the scars. Do you agree with me that you can just identify a person by just holding his face, his moustache and all that? It depends on the situation S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w Basically, you are just guessing? No, I am not guessing You were telling you only identify the person during ID parade when he waves his hands? They were asked to talk and they were asked to wave, he has the scars that I bite him, my 4 teeth was there During the ID parade, there was only 1 person with scars on the hand? Yes. And that makes you assume that he was the accused? It didn’t make me assume, I’m sure was him. Because I’m struggling with him and I know the size.” [27] Saya dapati keterangan SP-3 yang menyatakan OKT telah memasukkan jarinya ke dalam farajnya adalah konsisten dan utuh walaupun beliau telah disoal balas secara giat oleh peguam OKT. SP-3 juga telah membuat pengecaman yang positif terhadap OKT dalam prosedur kawad cam (ekshibit P-60). Pengecaman di dalam mahkamah juga telah dibuat secara positif oleh SP-3, dan kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk mempertikaikannya. Sebelum membuat pengecaman yang positif, SP-3 telah menjelaskan secara terperinci bagaimanakah beliau dapat mengecam OKT: What are the special features that you can feel when you touch the guy? He had no mustache, his hair was short almost clean cut, he doesn’t have much hair, it was short, clean cut almost, his height was not more than mine because I locked his leg, he was not that tall, he was almost my height or a little bit shorter maybe. S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w … … From that identification you pick the guy? Yes Was the guy in the court room today? Yes Where? J He is there, he is sitting down there. Color of his shirt? Black Mah: Pengecaman saksi terhadap OKT direkodkan” [28] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan substantif adalah pengecaman ke atas OKT sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokongan kepada keterangan substantif (lihat Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2011] 5 CLJ 1). Prinsip ini diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar Sivakumar Lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 3350: “[57] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam mahkamah.” [29] Saya juga mendapati bahawa terdapat keterangan yang menyokong keterangan SP-3 bahawa OKT yang telah masuk ke bilik SP-S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w 3 di hotel tersebut pada tarikh dan masa seperti pertuduhan. Rakaman rakaman CCTV, ekshibit P-4 (A) hingga (H), khususnya P-4(D) dan P- 4(E) jelas menunjukkan OKT bergerak masuk ke bilik mangsa pada jam 5.23 pagi dan hanya keluar semula pada 6.41 pagi. SP-1 dan SP-2 mengesahkan bahawa OKT yang telah masuk ke bilik SP-3 pada waktu kejadian. Berikut adalah keterangan SP-1 mengenai rakaman CCTV tersebut: Maksud keputusan CCTV ini apa? Keputusan hasil dari siasatan kami melihat cctv berdasarkan dakwaan mangsa Jadi apabila kamu turun ke kaunter untuk lihat keputusan cctv, apa kamu lihat? Kami melihat pelaku dalam video tersebut. Siapa yang dilihat dalam video tersebut? En Wajdi Apa dia buat dalam keputusan cctv itu? Saya cuma melihat dia masuk ke bilik mangsa, dan keluar Rakaman cctv dia rakam pelaku di bahagian mana? Di bahagian koridor hotel di tingkat 25 dan depan bilik mangsa Kamu kata kamu lihat rakaman cctv, berapa lama En Wajdi masuki ke dalam bilik mangsa dan keluar? Saya tidak ingat, kemungkinan 30 – 40 minit” [30] Selain itu, Muhammad Shahiman bin Isyan Puzi (SP-5) yang bertugas sebagai Pengurus Housekeeping di hotel tersebut juga mengesahkan bahawa OKT telah ditugaskan di public area, termasuk S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w di sekitar bilik SP-3, pada tarikh dan masa kejadian. SP-5 merujuk kepada Duty Roaster (P-19) yang mengesahkan bahawa OKT bertugas di public area yang merangkumi kawasan di luar bilik SP-3. SP-5 juga menerangkan bahawa OKT ada menghubunginya pada hari kejadian. OKT memberitahunya bahawa terdapat seorang tetamu hotel yang menginap di bilik 2053 meminta OKT menghantar sugar dan creamer ke biliknya. Ketika itu, OKT berada di pantry dan penghuni tersebut memanggilnya dari bilik 2053. OKT juga memberitahunya bahawa penghuni bilik 2053 itu (SP-3) telah menyerangnya semasa OKT masuk ke bilik tersebut untuk menghantar sugar dan creamer. Namun, SP-5 tidak mempercayai cerita OKT tersebut kerana ia tidak munasabah memandangkan jarak bilik dengan pantry adalah amat jauh dan sepatutnya tetamu yang ingin meminta sugar dan creamer akan menghubungi receptionist. Keterangan SP-5 ini menyokong keterangan SP-3 bahawa OKT telah masuk ke bilik SP-3 pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan. [31] Saya juga merujuk kepada keterangan tentang kesan darah yang terdapat pada baju t-shirt yang dipakai oleh SP-3 (P-12), sarung bantal (P-31) dan kesan darah pada cadar yang digunakan oleh SP- 3 (P-33) pada masa kejadian. Kesan-kesan darah pada eksibit-eksibit tersebut telah disahkan berpadanan dengan milik OKT oleh Ahli Kimia, Abdul Hail bin Ahmad Tarmizzi (SP-7). Analisis tersebut telah dikemukan oleh SP-7 dalam Laporan Kimia 24-FR-B-05655 yang ditandakan sebagai ekshibit P-21. Berdasarkan keterangan SP-3 dan keterangan-keterangan sokongan di atas bagi elemen pertama ini, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT telah melakukan hubungan seks dengan SP-3 dengan cara memasukkan jarinya ke dalam faraj SP-3. S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w Elemen (ii): Perbuatan OKT memasukkan objek-objek atau mana-mana bahagian tubuh badan ke dalam kemaluan atau dubur mangsa adalah tanpa kerelaan mangsa. [32] SP-1 menerangkan bahawa ketika OKT berada di sebelahnya, tangan kanan OKT menutup mulut SP-3, manakala tangan kirinya pula dimasukkan ke dalam seluar SP-3. SP-3 cuba melawan, namun tidak dapat menghalang tangan OKT daripada memasuki seluarnya dan menyentuh farajnya. OKT kemudiannya telah memasukkan jarinya ke dalam faraj SP3. SP3 juga dapat merasakan pergerakan keluar dan masuk jari OKT di dalam farajnya sehingga berasa sakit. SP-3 menerangkan dengan jelas bahawa beliau telah berusaha untuk melawan dan menghalang OKT daripada mencabulnya. SP-3 mengalami kesakitan kerana OKT telah memasukkan jarinya ke dalam faraj SP-3 dengan kasar dan secara paksa. Berikut diturunkan keterangan SP-3 yang menunjukkan bahawa tindakan OKT memasukan jari ke dalam faraj SP- 3 dibuat tanpa kerelaannya: How can you be sure he inserted his fingers? Because it was not a welcome, he force himself, and all the pain that I felt, that was how I know that he forced himself into inside me How did you know that he put in 2 of his fingers? because I felt it in my vagina. After that what happen? I try to pull his hand off my vagina. You mean his left hand? S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w Yes. So he started inserting them in and out in and ut frequently. And I cannot stand the pain. It was very painful, I was crying, I was trying to shout again and I was crying again. When I realized I couldn’t take his hand off my vagina, I use my fingers and poke his eyes and then he said why did you do that for? He said or you said? He said that, why did you do that? Why did you do that for? I didn’t have time to answer him I started screaming I started shouting again, because it was very painful. And I asked him why doesn’t he leave me alone? Why is he doing such a thing? And he said he is not leaving until I give what him what he want. And I told him I’m not going to do anything. At that moment he took my hand to show me how he wanted to do this badly, and he put it on his pennis.” [33] Berdasarkan keterangan SP-3 tersebut, adalah jelas bahawa SP-3 dapat merasakan kesan kemasukan jari OKT ke dalam farajnya. Semasa jari OKT berada dalam farajnya, SP-1 dapat merasakan jari OKT keluar dan masuk hingga menyebabkan beliau berada dalam kesakitan dan kesengsaraan. SP-3 juga telah berusaha sedaya-upaya untuk menghalang perbuatan OKT tersebut kerana tidak rela dilakukan sedemikian. [34] Peguam OKT mencadangkan kepada SP-3 bahawa kononnya SP- 3 merelakan perbuatan OKT melakukan hubungan seks dengannya. Ini kerana SP-3 tidak menjerit dengan kuat memandangkan tiada seorang pun yang mendengar jeritannya. Dicadangkan juga bahawa SP-3 tidak melawan tindakan OKT dan tidak berusaha untuk melarikan diri. Berdasarkan cadangan tersebut, peguam OKT menghujahkan bahawa hubungan seks di antara SP-3 dan OKT berlaku atas kerelaan SP-3. S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w Berikut diturunkan keterangan SP-3 ketika diperiksa balas mengenai isu kerelaannya: I put to you, that you were not screaming in agony but you were screaming in ecstacy? I scream for help and scream of pain, I don’t see how does that make me okay with everything, no one can be okay while forcing himself into somebody elses body, I strongly disagree When his 2 fingers were inside your vagina, what happen to your hands? One if my hands was pushing him away from my face and everything, the other hand was trying to take his hand off my pants. Do you agree that in term of size, you are bigger than him? I might be taller than him He is smaller than you, do you agree? He is not smaller than me, he is almost equal I put it to you, that, during the period of time, you are not trying to escape from him, but you are enjoying the moment with him? No, I was trying to get away from him as much as possible with all my strength, that is why I kept pushing him, that is why I kep screaming, that is why I was struggling. [35] Saya mendapati bahawa cadangan peguam OKT, iaitu SP-3 menjerit kerana kenikmatan dan tidak cuba melarikan diri, telah dinafikan dengan tegas oleh SP-3. Selain itu, SP-3 turut menjelaskan bahawa beliau telah menggigit tangan OKT sehingga berdarah sebagai usaha untuk menghalang OKT daripada terus mencabulnya. Berikut adalah keterangan SP-3 mengenai usahanya melawan OKT: S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w Then? He took his left hand off my shoulder and put on my neck, left hand on my neck right hand on my mouth, I couldn’t breathe, I couldn’t do everything, while I get my two hands free, I took his hand downwards and I bite him, my one hand was on his arm the other one on his finger and then I slowly… because his hands was both on my mouth and my nose, I couldn’t even breathe. So, I pull all the way down his arm and then his hand and I bite him. You pull his arm using both hands? Both my hands With your two free hands you put it on his arm and pulled it down all the way? Yes You bite him? Yes Where did you bite him? Its fingers (sambil tunjuk tangan) How you know that his left hand on your neck and right hand on your mouth? After the identification, I saw the biten mark Right after he push you down, and you pulled his hand all down and you bite him, what happen after that? I started screaming again because when I bite him, I bite him till he bleed, he took his hand off my mouth, I got my breath again and I started screaming again for help, his other hand was on my neck I couldn’t go further, I couldn’t shout further more.” S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w [36] Setelah meneliti keterangan SP-3 dan juga cadangan oleh peguam OKT berkenaan isu kerelaan tersebut, saya mendapati keterangan SP-3 adalah meyakinkan, konsisten dan jelas. Keterangan mengenai penetrasi jari OKT ke dalam faraj SP-3 secara paksa adalah bukti secara langsung yang diberikan oleh SP-3. Sewajarnya saya menerima keterangan tersebut tanpa meraguinya kerana ia berbentuk keterangan lansung atau direct evidence. Keterangan langsung SP-3 juga disokong dengan keterangan bahawa kesan-kesan darah pada eksibit-eksibit P-12, P-31 dan P-33 berpadanan dengan darah OKT (P-21). Dapatan saya ini adalah selaras dengan pendekatan Mahkamah Rayuan dalam kes Mohammad Zulkarnain Jemat v. PP [2016] 1 LNS 54 yang menyatakan: “But is there evidence of penetration? The appellant says that the prosecution had failed to prove this main ingredient of the offence. We disagree. There is direct evidence from PW5 testimony that there was penetration by the appellant.” [37] Saya seterusnya merujuk kepada keterangan SP-7 yang menyatakan bahawa terdapat kesan darah pada bahagian kelangkang seluar panjang yang dipakai oleh SP-3 semasa kejadian (P-10). SP-7 turut mengesahkan bahawa kesan darah tersebut berpadanan dengan DNA milik SP-3. Penemuan ini menyokong keterangan SP-3 bahawa ketika beliau mendapatkan rawatan di hospital pada hari kejadian, beliau menyedari bahawa farajnya mengalami kecederaan dan pendarahan akibat kemasukan jari OKT. Berikut adalah keterangan SP-3 yang berkaitan secara verbatim: What did the doctor do to you in the hospital? They did blood test and they took my pyjamas as evidence, I was bleeding and that is why I have the pain from penetration, I was S/N YArMf2IeEkuzwnFgwIeR/w bleeding pretty much so I had to wait for the ovary specialaist, we waited all day long. [38] Saya mendapati bahawa keterangan yang dikemukakan bagi membuktikan elemen kedua (ii) ini adalah kukuh. Pertama, terdapat keterangan langsung (direct evidence) daripada SP-3, yang disokong oleh keterangan SP-7. SP-7 telah mengesahkan bahawa darah yang dijumpai pada baju, bantal, dan cadar adalah milik OKT. Pengesahan ini menyokong keterangan SP-3 bahawa beliau telah menggigit tangan OKT sehingga berdarah dalam usahanya menghalang OKT daripada mencabulnya. Saya juga mendapati nilai keterangan SP-3 adalah boleh dipercayai kerana walaupun beliau tahu apa yang diceritakannya adalah pahit dan juga mengaibkan maruahnya, tetapi beliau dengan tabah menyatakan bahawa OKT telah memasukkan jari ke dalam farajnya secara paksa dan bukan dengan kerelaannya. Keterangan yang menyokong keterangan SP-3 [39] Selain daripada keterangan-keterangan sokongan yang telah saya huraikan dalam setiap pembuktian elemen-elemen pertuduhan, saya mendapati terdapat juga keterangan lain yang menyokong keterangan langsung SP-3. Keterangan tersebut adalah seperti yang berikut: