Dalam Aturan ini, “Mahkamah Rendah” ertinya Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen. 11 [12] Di dalam kes ini Plaintif telah menganggarkan gantiruginya bagi kehilangan sewaan unit-unit tersebut bersama faedah pada kadar 10% setahun dan jumlah keseluruhan adalah RM1,889,714 (RM 1033,200.00 + RM 856,514) bagi tempoh 16-05-2008 sehingga 15- 05-2011. Jumlah ini adalah berdasarkan pengiraan semula (recalculated) gantirugi yang telah dialami oleh Plaintiff yang mungkin dibenarkan oleh Mahkamah. [13] Mahkamah ini telah meneliti semula penyata pembelaan dan tuntutan balas terpinda Plaintif dan apakah yang sebenarnya telah dituntut oleh Plaintiff dalam tuntutan balasnya. Di dalam tuntutan balasnya, jelas menunjukkan bahawa apa yang dituntut oleh Plaintif adalah pertamanya, satu perintah mengisytiharkan bahawa beliau hanya dianggap telah menerima milikan kosong unit-unit tersebut pada 29.4.2011 atau alternatifnya hanya menerima milikan kosong unit-unit tersebut pada 17.12.2010. [14] Seterusnya Plaintif memohon suatu deklarasi bahawa Plaintif tidak bertanggungjawab untuk membayar CBD Perdana 1 caj-caj penyelenggaraan yang tertunggak. 12 [15] Plaintif seterusnya menuntut supaya Defendan menggantirugi (imdemnify) beliau akan kesemua wang yang dituntut oleh CBD Perdana 1 terhadapnya, kesemua kos-kos untuk membaik pulih ke adaan Unit 4801-2-11 dan unit 4801-3A-11 kepada keadaan yang baik, gantirugi khas sebanyak RM688,800.00 dan gantirugi am yang akan ditaksirkan. [16] Berdasarkan apa yang dituntut oleh Plaintif di dalam tuntutan balasnya, Mahkamah ini bersetuju dengan peguam Defendan bahawa jumlah anggaran yang cuba dituntut oleh Plaintif bagi kehilangan sewa sebanyak RM1,033,200.00 yang dikira kononnya dikira dari tahun 16.5.2008 sehingga 15.5.2011 adalah satu tuntutan yang langsung tidak diplidkan oleh Plaintif. [17] Mahkamah ini mesti menegaskan di sini bahawa Plaintif telah hanya membuat pengiraan akan gantirugi sewaan hanya di dalam Penyata Saksinya di Mahkamah Sesyen. Di samping itu, penelitian ke atas Penyata Pembelaan Terpinda bertarikh 13.3.2012 khasnya di perenggan 23.3 yang merupakan penyataan Plaintif berkenaan tuntutan kehilangan sewa yang kononnya beliau telah memasuki Perjanjian Penyewaan bertarikh 16.5.2008 dengan Jabatan 13 Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk menyewakan premis-premis tersebut kepada pihak ketiga tersebut untuk tempoh bermula dari 16.5.2008 hingga 15.5.2011 dengan sewaan RM28,700.00. Namun, di perenggan 23.4nya pula, Plaintif telah tidak pula memplidkan kerugiannnya dari tarikh 16.5.2008, sebaliknya telah hanya memplidkan tarikh 16.5.2009 sebagai tarikh permulaan dan dengan itu telah hanya menuntut jumlah kerugian sebanyak RM688,800.00 dan bukannya RM1,033,200.00. Makanya, jumlah RM1,033,200.00 ini hanya telah didapati oleh Plaintif apabila beliau membuat pengiraan semulanya di dalam Penyata Saksinya dan bukanlah di dalam plidingnya. [18] Plaintif telah cuba menghujahkan bahawa jumlah itu adalah jumlah yang boleh dikira di atas gantirugi am yang akan ditaksirkan di mana apabila Mahkamah mengawadkan gantirugi am kepadanya.