Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: MA-A72NCVC-6-01/2025 ANTARA ARBA VISION SDN BHD (NO. SYARIKAT: 1048731-K) …PLAINTIF DAN MUDZAFFAR HOTEL (ALM HOSPITALITY SDN BHD) … DEFENDAN
MA-A72NCvC-6-01/2025
Magistrates Court of Malaysia29 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: MA-A72NCVC-6-01/2025 ANTARA ARBA VISION SDN BHD (NO. SYARIKAT: 1048731-K) …PLAINTIF DAN MUDZAFFAR HOTEL (ALM HOSPITALITY SDN BHD) … DEFENDAN
1
Ini merupakan Alasan Penghakiman oleh Mahkamah ini selepas membenarkan permohonan Plaintif dalam Kandungan 7 untuk merekodkan penghakiman terus terhadap Defendan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (‘Permohonan’). 05/10/2025 17:06:53 MA-A72NCvC-6-01/2025 Kand. 22
2
Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak defendan bagi membantah permohonan plaintif adalah seperti berikut: a) Sama ada terdapat tunggakan bayaran bagi perkhidmatan pembersihan yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan. b) Sama ada perkhidmatan yang telah diberikan oleh Plaintif tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Defendan.
3
Tuntutan Plaintif adalah seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan (Kandungan 2), yang merangkumi: i. Wang berjumlah RM57,720.00 yang merupakan tunggakan bayaran bagi 6 invois yang dituntut oleh Plaintif; ii. Defendan membayar faedah pada kadar lima peratus setahun ke atas jumlah tersebut bermula 16 Januari 2025 sehingga tarikh penyelesaian penuh; 3 iii. Defendan menanggung kos guaman bagi tindakan dan permohonan ini; dan iv. Apa‑apa relif lanjut yang difikirkan adil dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
4
Defendan membantah Permohonan ini melalui Afidavit Jawapan Defendan dalam Kandungan 9. Ringkasnya, bantahan Defendan terhadap Permohonan ini adalah berdasarkan:
1
Sama ada Defendan berjaya membuktikan bahawa terdapat Isu-Isu untuk dibicarakan; dan
2
Sama ada Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit. PERTIMBANGAN MAHKAMAH [5] Berdasarkan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam National Company for Foreign Trade v. Kayu Ara Sdn. Bhd. [1984] 2 MLJ 300, setelah Plaintif membuktikan hak prima facie dalam permohonan di bawah Aturan 14, beban kemudian beralih kepada Defendan untuk menunjukkan isu yang patut dibicarakan. Mahkamah tidak akan melayan penafian umum yang tidak disokong oleh bukti atau penjelasan yang mencukupi. [6] Setelah meneliti semua afidavit dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan gagal menimbulkan apa-apa isu sebenar untuk dibicarakan. Afidavit Jawapan Defendan hanya mengandungi dakwaan umum tanpa merujuk secara spesifik kepada sebarang isu yang boleh mencabar kesahihan invois-invois yang telah dikemukakan oleh Plaintif dan jumlah wang yang dituntut melalui invois-invois tersebut. [7] Mahkamah dapati Plaintif telah mengemukakan enam invois untuk membuktikan tuntutan untuk perkhidmatan pembersihan yang telah diberikan oleh Plaintif kepada manakala Defendan gagal untuk mengemukakan sebarang bukti pembayaran yang telah dilakukan bagi invois-invois tersebut. [8] Sebaliknya, di pihak Defendan:
a
tiada keterangan yang membuktikan selainnya dikemukakan oleh Defendan walaupun boleh dilakukan dengan mudah, memandangkan semua bayaran boleh dibuktikan dengan resit, slip bank-in atau penyata bank;
b
dakwaan Defendan berkenaan mutu perkhidmatan Plaintif adalah tidak memuaskan dan terdapat aduan dari pelanggan tidak disokong oleh sebarang surat aduan atau notis kepada Plaintif malah Plaintif yang menamatkan perjanjian dengan Defendan kerana tunggakan bayaran; dan
c
Defendan juga tidak mempertikaikan keesahan enam (6) invois yang dikemukakan oleh Plaintif. [9] Dalam kes Huo Heng Oil Co (Em) Sdn Bhd v. Tang Tiew Yong [1987] 1 MLJ 139, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut di muka surat 142, perenggan D di sebelah kanan: In opposing the application for summary judgment, the respondent must satisfy the court that with respect to the applicant's claim there is an issue or question in dispute which ought to be tried or that there ought for some other reason to be a trial of that claim (0.26A r.3(1)). But this cannot be achieved by raising facts which do not constitute a defence to the claim: Hookham v Mayle (1906) 22 TLR 241 nor by a mere general denial of indebtedness: Wallingford v Mutual Society (1880) 5 App Cas 685 HL, where Lord Blackburn said (page 704): “I think that when the affidavits are brought forward to raise that defence they must, if I may use the expression, condescend upon particulars. It is not enough to swear, “I say I owe the man nothing.” Doubtless, if it was true, that you owed the man nothing, as you swear, that would be a good defence. But that is not enough. You must satisfy the Judge that there is reasonable ground for saying so.”
para
[10] Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan gagal menimbulkan sebarang isu untuk dibicarakan terhadap Permohonan Plaintif di bawah Aturan 14 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012. Permohonan dibenarkan dengan kos sebanyak RM500. ……………………………………….. SIVASHANGARI A/P NAGALINGAM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET MELAKA Bertarikh : 5 Oktober 2025. PIHAK-PIHAK SEMASA PENDENGARAN: BAGI PIHAK PLAINTIF: Pn. Devinder Kaur a/p Harnam Singh Tetuan A S Dhaliwal A-10-5, Tingkat 10, Menara UOA Bangsar, No. 5 Jalan Bangsar Utama Satu, 59000 Kuala Lumpur BAGI PIHAK DEFENDAN: En Asmawi Bin Ismail Tetuan Deidra Sharina & Co, No. 3-1, Jalan PP Ixora 1, Pusat Perniagaan Ixora, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.