Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B52NCVC-4-05/2022 ANTARA ARIF BIN AWANG (NO K/P: 801028-11-5265 ) …PLAINTIF DAN ZULFAIZAL BIN ABU BAKAR @ SUKRI (NO K/P: 810908-11-5321) …DEFENDAN
TA-B52NCvC-4-05/2022
Sessions Court of Malaysia14 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dalam Surat Akuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian lisan tersebut dan tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Mahkamah juga menerimapakai kes Safa Global Holdings Sdn Bhd V Chan Yang Shan [2022] MLJU 2753, di mana Mahkamah Tinggi dalam kes ini telah memutuskan bahawa ketiadaan dokumen sokongan untuk menyokong”
“Defendan ini adalah merupakan satu pengakuan (admission) kepada keseluruhan hutang berjumlah RM900,000.00 tersebut. Mahkamah telah merujuk kes Eco Priority Sdn Bhd V. Zhonghua Southern Pharma Sdn Bhd [2023] MLJU 3175, di mana Mahkamah Tinggi menyatakan; **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B52NCVC-4-05/2022 ANTARA ARIF BIN AWANG (NO K/P: 801028-11-5265 ) …PLAINTIF DAN ZULFAIZAL BIN ABU BAKAR @ SUKRI (NO K/P: 810908-11-5321) …DEFENDAN
1
Ini adalah rayuan oleh pihak perayu Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah pada 14 Mei 2025 yang memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak responden Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu Defendan. Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan 13/08/2025 11:05:24 TA-B52NCvC-4-05/2022 Kand. 48 sepertimana para (a) dan (b) pernyataan tuntutan dengan kos sebanyak RM6000.
2
Ringkasan Fakta Kes Pada 23 September 2020, responden Plaintif dan perayu Defendan telah menandatangani suatu Surat Akuan Bersumpah untuk perayu Defendan membayar kembali wang berjumlah Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Ribu sahaja (RM900,000.00) kepada responden Plaintif sebagai bayaran pemulangan premium Projek Pembangunan Ladang Hutan Dalam Hutan Simpan Kledang Saiong Daerah Hutan Kuala Kangsar rujukan no. PPN Pk. (S) 800/9/9 Jilid 2 (13).
3
Antara perkara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak responden Plaintif dan perayu Defendan dalam Surat Akuan Bersumpah tersebut adalah; i) perayu Defendan membayar kembali bayaran sebanyak RM900,000.00 kepada responden Plaintif dalam masa lima
5
bulan bermula dari tarikh Surat Akuan Sumpah tersebut ditandatangani; ii) responden Plaintif bersetuju tanpa apa-apa paksaan untuk meletakkan jawatan dan/atau menarik diri dan/atau keluar sebagai Pengarah Syarikat bagi Syarikat Sumur Barakah Sdn. Bhd. (‘syarikat tersebut’); dan iii) Sekiranya mana-mana pihak mengingkari Surat Akuan Bersumpah tersebut atau melanggar mana-mana syarat di dalamnya, suatu tindakan undang-undang akan dimulakan oleh mana-mana pihak yang terkilan oleh pengingkaran tersebut.
4
Berdasarkan perkara-perkara yang telah dipersetujui tersebut, maka responden Plaintif telahpun meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat di syarikat tersebut pada 23.9.2020, iaitu pada tarikh Surat Akuan Bersumpah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
5
Responden Plaintif hanya menerima bayaran sebanyak RM150,000.00 sahaja daripada perayu Defendan dan baki yang masih belum dibayar oleh perayu Defendan adalah sebanyak
6
Memandangkan sehingga ke hari ini pihak perayu Defendan masih gagal untuk membayar sepenuhnya jumlah sebagaimana yang telah dipersetujui tersebut, maka pihak responden Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap pihak perayu Plaintif dan menuntut baki bayaran yang belum dibayar oleh perayu Defendan berjumlah RM750,000.00 beserta faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah RM750,000.00 tersebut bermula dari tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian penuh; dan kos guaman yang akan ditaksirkan, kos tindakan ini dan lain-lain relif yang Mahkamah fikirkan suai manfaat. Saksi-saksi Saksi responden / Plaintif SP1 – Arif bin Awang (Plaintif) Saksi perayu / Defendan SD1 – Zulfaizal bin Abu Bakar @ Sukri ( Defendan )
7
Dapatan Mahkamah Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak perayu Defendan dan responden Plaintif serta meneliti hujahan bertulis pihak-pihak di akhir kes, Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak perayu Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak responden.
8
Alasan-alasan bagi keputusan ini adalah seperti berikut: a. Surat Akuan Bersumpah bertarikh 23.9.2020 adalah mengikat pihak perayu Defendan dan responden Plaintif dari segi undang-undang. Surat Akuan ini telah ditandakan sebagai dokumen bahagian A di dalam Ikatan Dokumen Bersama (Ikatan B) iaitu dokumen yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Selanjutnya ianya telah disediakan oleh pihak perayu Defendan dan segala terma yang terdapat dalam surat akuan tersebut adalah dipersetujui oleh kedua-dua pihak perayu Defendan dan responden Plaintif. Justeru tanpa apa-apa pembuktian bahawa ada pihak yang dipaksa untuk menerima terma-terma di dalam surat akuan ini sepertimana dakwaan pihak perayu Defendan dalam tindakan ini, maka ianya adalah sah dan pihak-pihak adalah terikat dengan terma-terma tersebut. Selanjutnya, pihak perayu Defendan juga tidak memplidkan butir-butir mengenai apa-apa salah nyataan, fraud, pecah amanah, keingkaran sengaja atau pengaruh tidak wajar di dalam plidingnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 18 Kaedah 12 (1) (a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Laporan polis juga tidak dibuat oleh pihak perayu Defendan bagi membuktikan bahawa beliau berada dalam tekanan dan terpaksa ketika Surat Akuan tersebut ditandatangani. Mahkamah menerima pakai kes yang dirujuk oleh peguamcara responden Plaintif iaitu Am General Insurance Berhad V. Satesh Kumar K Packihasamy [2017] 1 LNS 1871 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa;
30
…Surat-surat Akuan Berkanun ini selagi ia tidak dicabar kesahihannya dan kebenarannya, pengataan pengataan yang terkandung di dalamnya adalah pengataan-pengataan yang sah dan masih berdiri.”… Mahkamah juga mengambil kira keterangan pihak perayu Defendan (SD1) ketika disoal balas oleh peguamcara pihak responden Plaintif yang mengesahkan bahawa beliau telah menandatangani Surat Akuan tersebut dan bersetuju dengan terma pembayaran RM900,000.00 tersebut kepada pihak responden Plaintif. Atas alasan di atas, Mahkamah berpendapat pihak responden Plaintif dan perayu Defendan adalah terikat dengan terma-terma yang telah dipersetujui di dalam Surat Akuan ini. b. Perayu Defendan telah memungkiri terma-terma yang dipersetujui dalam Surat Akuan Bersumpah bertarikh 23.9.2020 apabila perayu Defendan gagal membuat bayaran sebanyak RM750,000.00 dalam tempoh masa yang material; Berdasarkan terma-terma dalam Surat Akuan tersebut, perayu Defendan hendaklah membayar sejumlah RM900,000.00 kepada responden Plaintif dalam tempoh masa lima (5) bulan selepas surat akuan ditandatangani iaitu pada atau sebelum 23.2.2021. Walaubagaimanapun, tiada sebarang pembayaran dibuat dalam tempoh tersebut oleh perayu Defendan. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa pihak perayu Defendan telah gagal untuk mematuhi terma-terma yang telah dipersetujui dalam Surat Akuan tersebut. c. Perayu Defendan adalah bertanggungan untuk membayar baki sebanyak RM750,000.00 kepada responden Plaintif. Pada 13 Januari 2022, perayu Defendan telah membuat bayaran sebanyak RM100,000.00 dan seterusnya pada 31 Mac 2022 sebanyak RM50,000.00 lagi kepada pihak responden Plaintif. Bayaran-bayaran ini telah diterima oleh pihak responden Plaintif sebagai sebahagian daripada bayaran bagi tuntutan RM900,000.00 tersebut, walaupun ianya telah melebihi tarikh pembayaran yang dipersetujui menurut Surat Akuan tersebut. Semasa pemeriksaan balas oleh peguam responden Plaintif, pihak perayu Defendan juga telah mengakui bahawa beliau ada mengeluarkan satu cek yang bertarikh 14.1.2022 bernilai RM200,000.00 sebagai bayaran kepada responden Plaintif selepas membuat bayaran pertama sebanyak RM100,000.00 pada 13.1.2022. Walau bagaimanapun, cek tersebut tidak dapat disempurnakan dan menjadi cek ‘dishonour’ dan telah dipulangkan oleh pihak bank pada 17 Februari 2022. Mahkamah bersetuju dengan hujahan dan kes yang dirujuk oleh peguam pihak responden Plaintif bahawa sebahagian bayaran-bayaran yang dibuat oleh pihak perayu Defendan ini adalah merupakan satu pengakuan (admission) kepada keseluruhan hutang berjumlah RM900,000.00 tersebut. Mahkamah telah merujuk kes Eco Priority Sdn Bhd V. Zhonghua Southern Pharma Sdn Bhd [2023] MLJU 3175, di mana Mahkamah Tinggi menyatakan; “[33] Not only did D accept the raw materials supplied by P without protest, D has also made the part payment to P. Logically, if the raw materials supplied by P were not merchantable, D would not have made a single payment to P. Instead, D would have rejected the raw materials and complained to P. In the premises, I consider such part payment to be an acknowledgment and admission of indebtedness on the part of D.” Oleh itu, berdasarkan alasan yang dinyatakan ini, Mahkamah berpendapat bahawa pihak perayu Defendan adalah bertanggungan untuk membayar baki RM750,000.00 yang masih terhutang kepada Plaintif sebagaimana yang dipersetujui menurut Surat Akuan tersebut. d. Tuntutan pihak responden Plaintif terhadap perayu Defendan adalah tidak bersifat pra-matang. Mahkamah berpendapat bahawa Surat Akuan adalah secara jelas menyatakan bahawa pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh lima (5) bulan sepertimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak perayu Defendan dan responden Plaintif. Walaupun pihak perayu Defendan mendakwa bahawa terdapat persetujuan antara pihaknya dengan pihak responden Plaintif bagi lanjutan tempoh tersebut sehingga pihak perayu Defendan memperolehi kawasan balak dan pembeli secara lisan, Mahkamah berpendapat bahawa tanpa pengemukaan bukti dokumentari seperti surat atau teks perbualan dalam bentuk mesej atau perbualan melalui aplikasi Whatsapp di telefon ataupun saksi bebas bagi membuktikan kewujudan persetujuan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa dakwaan pihak perayu Defendan ini tidak dapat mengatasi terma-terma yang telah terdapat di dalam Surat Akuan tersebut. Justeru, Mahkamah menolak hujahan pihak peguamcara perayu Defendan bahawa terma-terma dalam Surat Akuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian lisan tersebut dan tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Mahkamah juga menerimapakai kes Safa Global Holdings Sdn Bhd V Chan Yang Shan [2022] MLJU 2753, di mana Mahkamah Tinggi dalam kes ini telah memutuskan bahawa ketiadaan dokumen sokongan untuk menyokong pembelaan adalah merupakan penafian kosong (bare denial) semata-mata. Dari teks asal (dengan izin); “Therefore, the Court finds that these are bare denials without real support, as no documents were produced by the Defendant to corroborate its allegations. [28]It is trite in a summary judgment application mere bare denials or assertions do not constitute evidence and they cannot give rise to triable issues.”
6
Berdasarkan alasan yang dinyatakan, Mahkamah menolak dakwaan bahawa terdapat terma-terma lanjutan secara lisan antara pihak perayu Defendan dan responden Plaintif serta Mahkamah memutuskan tuntutan pihak responden Plaintif berdasarkan terma-terma yang terdapat dalam Surat Akuan adalah tidak bersifat pra-matang. Kesimpulan 7. Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak responden Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu Defendan. Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan sepertimana para (a) dan (b) Pernyataan Tuntutan responden Plaintif dengan kos sebanyak RM6000. Bertarikh: 27 Julai 2025 Norashima binti Khalid Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu Terengganu. Peguam bagi pihak Plaintif: Mohammad Rafaei Bin Adnan Tetuan Rafaei & Co Peguam bagi pihak Defendan: Md Mustaqimi Bin Md Jailani
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.