Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A53KJ-154-04/2022 ANTARA YUSRIHASNIZAM BIN YUSUF …PLAINTIF
WA-A53KJ-154-04/2022
Sessions Court of Malaysia27 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“32. Dalam kes Projek Lebuhraya Usahasama Bhd lwn Muhammad Farhan Bin Daud [2024] MLJU 432 Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: [12] Selanjutnya, Mahkamah juga bersetuju dengan penemuan dan dapatan fakta Majistret dalam alasan penghakimannya berkenaan dengan tangungjawab Defendan.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A53KJ-154-04/2022 ANTARA YUSRIHASNIZAM BIN YUSUF …PLAINTIF
2
NURUL CONFINEMENT ENTERPRISE …DEFENDAN-DEFENDAN DAN 1.PROJEK LINTASAN SUNGAI BESI-ULU KELANG SDN BHD (SUKE) (NO. SYARIKAT: 942090-U) …PIHAK KETIGA PERTAMA
2
2.PROJEK LINTASAN KOTA HOLDINGS SDN BHD (PROLINTAS) (NO. SYARIKAT: 002867356-V) …PIHAK KETIGA KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan 1. Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif bertarikh 15.4.2022 plaintif menuntut terhadap defendan-defendan ganti rugi am dan ganti rugi khas berkaitan satu kemalangan jalanraya yang melibatkan plaintif dan defendan pertama.
2
Kemalangan jalanraya di antara plaintif dan defendan pertama berlaku pada 11.10.2021, jam lebih kurang 6.50 pagi ketika plaintif menunggang motorsikal No. VEK 1549 dari susur keluar Bukit Jalil di lebuhraya KESAS. Apabila tiba berdekatan Endah Parade, motorkar No. VDW 5453 yang dipandu oleh defendan pertama telah terlanggar batu di atas lebuhraya tersebut menyebabkan batu tersebut terpelanting dan terkena pada bahagian hadapan motorsikal plaintif. Plaintif hilang kawalan dan terbabas di atas lebuhraya tersebut dan akibat daripada kemalangan tersebut plaintif telah mengalami kecederaan yang serius.
3
Semasa perbicaraan, plaintif memanggil dua (2) orang saksi iaitu pegawai penyiasat INSP Muhammad Hafiz Bin Ahamed (SP1) dan plaintif Yusrihasnizam Bin Yusuf (SP2) untuk memberi keterangan manakala defendan memanggil satu orang saksi defendan untuk memberi keterangan iaitu Arif Saiful Bin Ahmad Nazeri (SD1)
4
Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua, atas sebab yang hanya mereka ketahui, tidak memanggil sebarang saksi untuk menentang tuntutan plaintif. Oleh itu, Mahkamah telah menutup kes Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua tanpa keterangan saksi-saksi-saksi mereka. LIABILITI Versi plaintif
5
Versi plaintif adalah bahawa pada 11.10.2021, jam lebih kurang 6.50 pagi, plaintif sedang menunggang motorsikal no. VEK 1549 dari susur keluar Bukit Jalil di Lebuhraya KESAS. Apabila tiba berdekatan Endah Parade, secara tiba-tiba motorkar no. VDW 5453 yang dipandu oleh defendan pertama telah terlanggar batu di atas lebuhraya tersebut sehingga menyebabkan batu tersebut terpelanting dan terkena pada bahagian hadapan motorsikal plaintif mengakibatkan plaintif hilang kawalan motorsikalnya lalu terbabas di atas Lebuhraya tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut plaintif telah mengalami kecederaan yang serius.
6
Pegawai penyiasat (SP1) yang menyiasat kes kemalangan tersebut menyatakan kemalangan yang berlaku pada 11.10.2021 jam lebih kurang 6.50 pagi berpunca daripada sebuah objek batu di tengah laluan dan melibatkan dua (2) buah kenderaan iaitu motorsikal no. VEK 1549 yang ditunggangi plaintif dan motorcar no. VDW 5453 yang dipandu defendan.
7
SP1 telah menyedialan rajah kasar & kunci tempat kejadian (eksibit P1). Merujuk kepada ekshibit P1, arah perjalanan kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini adalah seperti berikut: i. Motorsikal no. VEK 1549 bergerak dari arah bawah menuju ke atas Rajah Kasar di laluan A – B. ii. Motorkar No. VDW 5453 bergerak dari arah bawah menuju ke atas Rajah Kasar di laluan B – C dan berada di hadapan motorsikal yang ditunggang oleh plaintif.
8
Berdasarkan kepada keterangan SP1, kerosakan kenderaan-kenderaan yang terlibat adalah seperti berikut: i. Motorsikal no. VEK 1549 mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan sisi kiri; ii. Motorkar no. VDW 5453 mengalami kerosakan pada bahagian fender hadapan sebelah kiri, pintu hadapan dan belakang sebelah kiri, dan bahagian belakang sebelah kanan.
9
9.
Preamble
Menurut SP1, bersandarkan kepada laporan-laporan polis dan keterangan pihak-pihak yang telah direkodkan, kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu motorkar yang memandu di lorong B – C terlanggar batu yang berada di tengah laluan menyebabkan kereta terbabas dan pada masa yang sama batu tersebut telah terpelanting ke arah motorsikal yang ditunggang oleh plaintif menyebabkan motorsikal plaintif hilang kawalan dan melanggar motorkar defendan yang telah terbabas di kiri jalan.
10
SP1 menjelaskan bahawa punca motorsikal yang ditunggang plaintif berlanggar dengan batu tersebut adalah kerana batu tersebut terpelanting ke arah motorsikal plaintif akibat dilanggar oleh motorkar yang dipandu oleh yang defendan berada di hadapan.
11
Semasa pemeriksaan balas, keterangan SP1 terhadap cadangan-cadangan peguamcara defendan adalah seperti berikut: i. keadaan langit pada waktu kemalangan masih gelap; ii. keadaan lalulintas di lebuhraya tersebut adalah lancar; iii. kemalangan antara motorkar defendan pertama dan plaintif adalah disebabkan objek batu yang sama; iv. motorsikal plaintif terbabas dan hilang kawalan disebabkan oleh batu yang tercampak ke arah plaintif; v. saiz batu adalah lebih kurang dua (2) penumbuk orang dewasa.
12
Semasa diperiksa balas oleh peguamcara Pihak Ketiga, SP1 telah memberikan keterangan terhadap cadangan-cadangan peguamcara Pihak Ketiga seperti berikut: i. tiada apa-apa halangan penglihatan semasa kemalangan tersebut berlaku; ii. jarak antara kedudukan motorkar defendan pertama dan motorsikal plaintif adalah lebih kurang 2 – 3 meter; iii. batu tersebut berada di tengah-tengah jalan di lorong motorkar defendan pertama; iv. setelah defendan pertama melanggar batu tersebut, batu tersebut terpelanting ke arah motorsikal plaintif.
13
Keterangan plaintif (SP2) pula adalah sebagaimana laporan polis plaintif yang telah ditandakan sebagai ekshibit P4. SP2 telah memberi keterangan lanjut bahawa beliau tidak dapat mengelakkan kemalangan tersebut kerana motorkar no. VDW 5453 yang dipandu oleh defendan pertama telah terlanggar batu di atas labuhraya tersebut sehingga menyebabkan batu tersebut terpelanting dan terkena pada bahagian hadapan motorsikal beliau mengakibatkan beliau tidak dapat mengelak dan hilang kawalan lalu terbabas.
14
Semasa pemeriksaan balas plaintif telah memberi keterangan bahawa kelajuan motorsikal beliau adalah lebih kurang 50 – 60 kmj dan jarak dengan motorkar defendan pertama adalah lebih kurang 8–10 meter. Beliau mengatakan bahawa beliau telah mengekalkan jarak selamat tetapi tidak dapat mengelak kerana batu tersebut menghala ke arah beliau dengan sekelip mata setelah batu tersebut dilanggar oleh motorkar defendan pertama yang berada di hadapan.
15
Plaintif juga mengatakan bahawa beliau akan dapat mengelak batu tersebut jika batu tersebut tidak dilanggar oleh motorkar defendan pertama.
16
Plaintif juga mengatakan beliau mendapatkan rawatan di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital adalah untuk mempercepatkan rawatan kerana rawatan awal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz adalah sangat lambat.
17
Semasa diperiksa balas oleh peguamcara Pihak Ketiga, plaintif telah memberi keterangan bahawa saiz batu adalah lebih kurang dia (2) penumbuk orang dewasa dan kedudukan motorkar defendan pertama berada berdekatan dengan garisan B dan sekiranya motorkar defendan pertama tidak melanggar batu tersebut maka batu tersebut tidak akan terpelanting dan kemalangan tersebut tidak akan berlaku. Versi defendan-defendan
18
Defendan pertama (SD1) adalah pemandu motorkar no. VDW 5453. Dalam keteranganya SD1 menyatakan semasa beliau sedang memandu motorkar no. VDW 5453 dari Cheras ke Shah Alam melalui Lebuhraya KESAS, beliau telah terlanggar batu yang berada di tengah jalan menyebabkan motorkarnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri. Tiba-tiba sebuah motorsikal no. VEK 1549 turut terkena batu tersebut dan melanggar motorkarnya.
19
Secara ringkas, keterangan SD1 adalah sebagaimana laporan polis beliau yang telah ditandakan sebagai ekshibit D6. SD1 mengatakan dalam keterangannya bahawa semasa kemalangan berlaku, keadaan lebuhraya tersebut adalah sibuk dan semasa beliau memandu di lorong B iaitu lorong paling kiri, motokar beliau terlanggar objek yang dipercayai batu menyebabkan motokar beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri. Selepas kemalangan tersebut, tiada peronda lebuhraya datang untuk membersihkan lebuhraya tersebut.
20
Semasa diperiksa balas oleh peguamcara plaintif, SD1 memberi keterangan bahawa kedudukan motorkar beliau sewaktu melanggar batu adalah di laluan A – B berdekatan dengan garisan B dan motokar beliau terlanggar objek batu tersebut pada bahagian tayar sebelah kiri.
21
Beliau juga menyatakan beliau memandu dengan kelajuan 60kmj dan membuka lampu kerana keadaan jalaan raya gelap.
22
Beliau juga menyatakan bahawa keadaan lalulintas agak sibuk tetapi ada ruang antara kenderaan-kenderaan dan tiada kenderaan lain di hadapan yang melanggar objek batu tersebut.
23
Defendan pertama menafikan bahawa beliau membawa kenderaan dengan laju sehingga tidak melihat objek batu tersebut dan menafikan beliau tidak memberikan sepenuh perhatian semasa pemanduan.
24
Dalam keterangannya, defendan bersetuju jika beliau memandu dengan kelajuan 60 kmj dan melanggar objek batu tersebut, beliau tidak akan terbabas.
25
Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi yang memberi keterangan, plaintif berhujah bahawa kemalangan ini adalah disebabkan oleh kecuaian defendan-defendan dan/atau Pihak Ketiga sepenuhnya.
26
Plaintif berhujah defendan-defendan dan/atau Pihak Ketiga haruslah bertanggungan 100% apabila telah gagal dalam penyelenggaraan lebuhraya tersebut sehingga menyebabkan kemalangan tersebut kerana terdapat halangan batu sebesar dua (2) penumbuk orang dewasa dan/atau defendan pertama telah gagal memberikan sepenuh perhatian dalam pemanduan sehingga menyebabkan perlanggaran dengan batu sehingga batu tersebut terpelanting ke arah plaintif menyebabkan plaintif mengalami kecederaan-kecederaan yang serius. Sama ada Pihak Ketiga sebagai pengendali lebuhraya Kesas cuai?
27
Plaintif berhujah bahawa Pihak Ketiga selaku pengendali dan/atau kontraktor utama lebuhraya Kesas menanggung liabiliti terhadap kes kemalangan ini kerana telah cuai dalam penyelenggaraan, pembaikan, pengendalian keselamatan serta pembersihan di KM 51 Lebuhraya
28
Berdasarkan fakta kes serta keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan tidak dinafikan bahawa motorkar defendan pertama dan motorsikal plaintif telah terlibat dengan kemalangan yang berpunca daripada sebuah objek di atas lebuhraya KESAS yang dipercayai batu sepertimana yang terkandung dalam ekshibit PSP1, PSP2 dan PSD1 dan batu tersebut berukuran lebih kurang dua (2) penumbuk orang dewasa.
29
Plaintif telah mengemukakan kepada Mahkamah gambar polis yang ditandakan sebagai ekshibit P2 “O” yang membuktikan kewujudan objek batu yang menjadi punca kemalangan antara motorkar defendan pertama dengan motorsikal plaintif.
30
Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa sebagai penyelia lebuhraya, Pihak ketiga mempunyai kewajipan statutori terhadap pengguna lebuhraya. Dalam kes Parimala Muthusamy & Ors. v Projek Lebuhraya Utara-Selatan [1997] 4 CLJ 54 Mahkamah telah memberikan definisi kecuaian pihak pemegang konsesi lebuh raya dan hubung kaitnya dengan pengguna lebuh raya seperti berikut: But what is negligence? Suffice for me to say that negligence is the omission to do something which a reasonable man, guided upon those considerations, which ordinarily regulate the conduct of human affairs, would do or doing something which a prudent and reasonable man would not do. ... As against this, we have the defendant who has undertaken to ensure the safety of the highway, and who will be paid for that promise when a contract was sealed the moment the deceased accepted the ticket at the toll gate. As far as the deceased was concerned he made a pact with the defendant in that the latter was to provide not only safety to him and his family but also an unhindered drive all the way to his destination. To accede to the submission of the defendant that the plaintiff should have instead sued the owner of the cow would tantamount to exonerating the defendant of all his liabilities and duty of care towards any road user.
31
Berdasarkan kepada fakta kes dan keterangan saksi-saksi, Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Ketiga telah gagal memenuhi kewajipan berhati-hati (duty of care) terhadap plaintif dan defendan pertama sebagai pengguna lebuhraya tersebut.
32
Dalam kes Projek Lebuhraya Usahasama Bhd lwn Muhammad Farhan Bin Daud [2024] MLJU 432 Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: [12] Selanjutnya, Mahkamah juga bersetuju dengan penemuan dan dapatan fakta Majistret dalam alasan penghakimannya berkenaan dengan tangungjawab Defendan. Di dalam kes ini pihak Defendan berhujah dan mengatakan bahawa bukanlah tanggungjawab Defendan untuk mengutip objek-objek yang terdapat di atas jalan raya. Namun demikian, hujahan Defendan ini telah ditolak oleh Majistret di mana timbulnya persoalan di sini, jadi tanggungjawab siapa, jika bukannya tanggungjawab Defendan selaku penyelenggara lebuhraya. Majistret telah menjelaskan, tanggungjawab tersebut tidak boleh diletakkan kepada pengguna lebuhraya kerana apabila pengguna memasuki lebuhraya, dengan membayar tol, pengguna Lebuhraya ini percaya bahawa lebuhraya yang digunakan dan laluan yang mereka gunakan adalah selamat. [13] Di samping itu, Mahkamah juga mendapati bahawa kegagalan Perayu / Defendan untuk memastikan keadaan lebuhraya adalah selamat digunakan adalah faktor utama atau penyebab utama kemalangan ini berlaku. Hal ini kerana, semua pengguna lebuhraya sudah pastinya menganggap laluan yang diguakan itu adalah berada dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang halangan mahupun bendasing yang ditinggalkan di atas jalan raya.
33
Dalam kes Ahmad Rashidi Bin Yahya & Anor lwn Projek Lebuhraya Usahasama Bhd [2021] 1 LNS 98 Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: [38] The undeniable fact is that the defendant could not controvert the fact that there was in fact an iron block found on the highway which had caused the accident. They may have come up with lots of excuses, reasons and explanation that it would have been missed; not their responsibility to ensure its absence at all material times; but the fact remains, it was found on the highway which is under the direct care, management and control of the defendant. Unfortunately, the defendant was not vigilant enough via its patrol men to ensure such obstruction is removed swiftly without any delay as it is deadly for lawful motorist, like the first plaintiff to travel on the highway towards a destination safely and unhindered.”
34
Berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, adalah jelas bahawa Pihak Ketiga mempunyai kewajipan berhati-hati (duty of care) terhadap pengguna lebuhraya KESAS amnya dan khususnya kepada plaintif.
35
Berdasarkan kepada ekshibit dan serta keterangan saksi-saksi, tidak boleh dinafikan bahawa wujud objek batu tersebut dan adalah tidak wajar sekiranya Pihak Ketiga dikecualikan daripada sebarang liabiliti atau kewajipan berhati-hati.
36
Pihak Ketiga juga gagal memanggil saksi mereka untuk menyangkal beban pembuktian berkenaan kewajipan statutori dan kewajipan berhati-hati yang telah dikemukan di Mahkamah. Oleh itu, kebarangkalian yang kuat adalah bahawa Pihak Ketiga telah cuai dan telah melanggar kewajipan statutory serta kewajipan berhati-hati mereka.
37
Dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan Lip Eng & Anor. [1997] 4 CLJ 509 Mahkamah telah membuat satu inferens yang bertentangan (adverse inference) terhadap Pihak Ketiga atas kegagalan untuk memanggil saksi-saksi mereka: The respondents had, however, chosen to close their case at the end of the appellants’ case, and they were entitled to do so although they would be in peril of not having the evidence of their most important witness and of having an adverse inference drawn against them for failing to call such evidence should the circumstances require such an adverse inference to be invoked against them.
38
Memandangkan Pihak Ketiga gagal memanggil saksi-saksi mereka semasa perbicaraan, Mahkamah tidak mempunyai pilihan kecuali menutup kes Pihak Ketiga tanpa keterangan saksi mereka. Inferen yang terpakai adalah bahawa sekiranya saksi-saksi mereka dipanggil, mereka akan memberikan keterangan yang tidak memihak kepada pembelaan dan akan membuktikan berkenaan kecuaian serta kemungkiran kewajipan statutori Pihak Ketiga. Sama ada defendan pertama cuai dalam pemanduan?
39
Plaintif berhujah bahawa defendan pertama sebagai pemandu motorkar yang berada di hadapan plaintif juga menanggung liabiliti terhadap kemalangan ini kerana cuai dalam pemanduan sehingga melanggar objek batu di tengah lebuhraya tersebut sehingga menyebabkan objek batu tersebut terpelanting ke arah motorsikal plaintif menyebabkan plaintif terbabas dan mengalami kecederaan-kecederaan yang serius.
40
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa defendan pertama seharusnya boleh mengelakkan perlanggaran dengan objek batu tersebut menyambil kira saiz objek batu tersebut adalah sebesar dua penumbuk orang dewasa.
41
Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa sekiranya defendan pertama memandu dengan perlahan dan memberikan sepenuh perhatian semasa dalam pemanduan semestinya defendan pertama akan dapat melihat batu tersebut dan mengelak daripada berlanggar dengan batu tersebut dan kemalangan ini tidak mungkin akan berlaku.
42
Kesimpulan kepada isu liabilti, Mahkamah memutuskan Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua bertanggungan 100% dalam kemalangan ini. Sama ada plaintif sumbang cuai?
43
Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa kemalangan ini sememangnya tidak dapat dielakkan oleh plaintif oleh kerana batu tersebut telah terpelanting ke arah plaintif ketika plaintif sedang bergerak di atas laluannya yang sah dan plaintif tidak melihat kewujudan batu tersebut melainkan setelah motorkar defendan pertama melanggar batu tersebut.
44
Dalam kes Abdul Kadir Mohamad V Kamarulzaman Mohd Zin & Anor [2001] 5 CLJ 249 Mahkamah memutuskan seperti berikut: [7] As the collision was on the lawful path of the plaintiff, it could be inferred that the plaintiff had taken reasonable care for his own personal safety. Therefore, there was no contributory negligence on the part of the plaintiff and the first defendant was found wholly blameworthy for the road accident. The brut of negligence should be shouldered by the defendants.
45
Dalam kes Govinda Raju & Anor v Laws [1966] 1 MLJ 188 Mahkamah memutuskan bahawa tiada sumbang cuai oleh Plaintif kerana kemalangan berlaku dalam agony of the moment: It was urged upon me that the plaintiffs contributed to the negligence of the defendant by driving at an excessive speed in the circumstances thereby failing to avoid the accident by going round the motor-vehicle when a part of it was some four to five feet on the bitumen. I cannot accept this proposition in the light of all the surrounding circumstances. It is not the case of a car being stationary and leaving some four to five feet of it on the bitumen. It is the case of a moving vehicle trying to turn right in the path of an on-coming motorcycle and intending to enter a lane to a house. The plaintiff saw the motorvehicle swerving into his path. Perplexed by being exposed to the danger created by the defendant he also swerved to his right in an attempt to avoid the accident but failed. To my mind, when a plaintiff is perplexed or agitated when exposed to danger by the wrongful act of a defendant, it is sufficient if he shows as much judgment and control in attempting to avoid the accident as may reasonably be expected of him in the circumstances. To that extent I am satisfied that the plaintiff had so acted in the circumstances. What is done or omitted to be done in the agony of the moment cannot be fairly treated as negligence. I therefore hold that there is no contributory negligence on the part of the plaintiffs.
46
Mahkamah bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa plaintif yang menunggang motosikalnya di atas laluannya telah mengalami agony of the moment apabila batu tersebut tiba-tiba terpelanting ke arah plaintif menyebabkan plaintif tidak mampu mengelak menyebabkan plaintif hilang kawalan dan terbabas.
47
Berdasarkan kepada keterangan, Mahkamah mendapati bahawa versi Plaintif adalah inherently probable manakala versi defendan-defendan adalah inherently improbable. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa kemalangan ini diakibatkan sepenuhnya oleh kecuaian Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua tanpa sumbang cuai oleh plaintif. KUANTUM – atas dasar 100% Ganti rugi am
48
Kecederaan serta kecacatan yang dialami oleh Plaintif adalah berdasarkan kepada laporan-laporan perubatan yang mana telah dipersetujui tertakluk kepada hujahan seperti berikut:
a
Laporan Perubatan bertarikh 8.11.2021 yang dikeluarkan oleh
b
Laporan Penjelasan bertarikh 30.11.2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz
c
(Laporan Perubatan bertarikh 1.3.2022 yang dikeluarkan oleh
d
Laporan Penjelasan bertarikh 30.10.2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz
e
Laporan Perubatan bertarikh 21.2.2023 yang dikeluarkan oleh
f
Satu (1) keping gambar X-Ray dikeluarkan oleh Hospital
g
Laporan Pakar Ortopedik bertarikh 20.6.2023 yang disediakan oleh Prof. Dr. Vivek Ajit Singh
h
Kos rawatan berjumlah RM116,276.68 di KPJ Ampang Puteri
49
Berdasarkan kepada kecederaan, kecacatan dan keilatan yang dialami oleh plaintif, plaintif memohon ganti rugi am sepertimana yang dipohon dalam senarai di bawah: GANTIRUGI AM PLAINTIF NO. KECEDERAAN, KECACATAN DAN KEILATAN
1
Open fracture over midshaft of left radius & ulna (Gustillo 3A); - Underwent surgery; - Underwent bone grafting; - 1cm shortening of radius length;
2
Left acromio-clavicular (ACJ) dislocation (Grade 3); - Underwent surgery
3
Closed fracture over midshaft of right clavicle; - Underwent surgery; RM30,000.00 4. Closed fracture of neck of left talus; - Underwent surgery 2 times;
5
Multiple abrasion wound over upper limbs and lower limbs; - 4cm x 4cm abrasion wound at left iliac fossa area; - 5cm x 4cm abrasion wound at anterior aspect right knee; - 2cm x 1cm abrasion wound at dorsum right foot; - 5cm x 5cm abrasion wound at anterloateral aspect of lect knee and 1cm x 1cm at left foot; - 2 puncture wounds at lateral aspect of left forearm;
6
Multiple scars; - 14cm surgical scar over left forearm; - 12cm surgical scar over left ulna; - 5cm surgical scar over left AC Joint - 11cm surgical scar over right clavicle; - 6cm & 4 cm surgical scar over anterior left ankle
7
Muscle wastings; - 2cm wasting of left forearm; - 2cm wasting of left arm; - 4cm wasting of left calf; - 3cm wasting of left thigh;
8
Predisposed to avascular necrosis of the left talus; RM 10,000.00 9. Osteoarthritis of the left subtalar joint; JUMLAH RM 183,000.00 Open fracture over midshaft of left radius & ulna (Gustillo 3A) and bone grafting
50
Plaintif merujuk kepada kes Rozita Bt Ab Rashid v Gunalan A/L Marimuthu & Anor [2020] 1 PIR [28] di mana Mahkamah telah memberikan award sebanyak RM35,000.00 kepada plaintif untuk kecederaan Grade 3C open fracture of the right radius and ulna with 1cm shortening tanpa ada bone grafting.
51
Plaintif juga merujuk kepada Thiagarajan A/L Arumugam v Wang Yong Cheng & Anor [2020] 1 PIR [20] di mana Mahkamah merujuk kepada award sebanyak RM 20,000.00 kepada plaintif bagi kecederaan bone grafting.
52
Plaintif berhujah bahawa jumlah sebanyak RM50,000-00 adalah munasabah bagi kecederaan open fracture over midshaft of left radius & ulna (Gustillo 3A) and bone grafting yang dialami oleh plaintif mengambil kira plaintif telah menjalani pembedahan dan terdapat 1cm shortening serta plaintif telah menjalani bone grafting.
53
Oleh itu, Mahkamah memutuskan jumlah award munasabah adalah berjumlah RM45,000.00. Left acromio-clavicular (ACJ) dislocation (Grade 3)
54
Dalam kes Teoh Weng You & Anor v Tan Hee Joo [2017] 8 CLJ 477 Mahkamah telah memberikan award sebanyak RM 25,000.00 kepada plaintif untuk kecederaan closed comminuted right calvicle fracture with acromioclavicular subluxation grade II right shoulder. Plaintif berhujah jumlah sebanyak RM25,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan left acromio-clavicular (ACJ) dislocation (Grade 3) mengambil kira plaintif ada menjalani pembedahan.
55
Mahkamah memutuskan tuntutan ini ditolak. Closed fracture over midshaft of right clavicle
56
Dalam kes Radzali B Mat Bidin & Anor v Wakil Bagi Harta Pusaka Si Mati Mohd Said B Hosnar [2020] 2 Pir [51] Mahkamah telah memberikan award sebanyak RM35,000.00 kepada plaintif bagi kecederaan closed fracture of the right clavicle. Plaintif berhujah bahawa jumlah sebanyak RM30,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan closed fracture over midshaft of right clavicle mengambil kira plaintif ada menjalani pembedahan dan trend award masa kini.
57
Mahkamah memutuskan award sebanyak RM21,000.00 adalah munasabah. Closed fracture of neck of left talus
58
Mahkamah memutuskan award jumlah sebanyak RM 10,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan closed fracture of neck of left talus. Multiple abrasion wound over upper limbs and lower limbs
59
Dalam kes Tamilselvan A/L Balasubramaniam v Lee Chin Hua & Anor [2024] 1 PIR [19] Mahkamah telah memberikan award sebanyak RM12,000.00 kepada plaintif bagi kecederaan abrasion ound over right shoulder and multiple abrasion over left forearm and hand.
60
Plaintif berhujah jumlah sebanyak RM10,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan multiple abrasion mengambil kira kecederaan tersebut di pelbagai tempat seperti di dalam jadual di atas.
61
Mahkamah memutuskan award sebanyak RM10,000.00 adalah munasabah. Multiple scars
62
Dalam kes Ravi A/L Latchumanah C Gunalan A/L Gopal & 2 Ors [2024] 1 PIR [18] Mahkamah telah memberikan award sebanyak RM15,000.00 kepada Plaintif bagi kecederaan multiple scars.
63
Mahkamah memutuskan jumlah sebanyak RM10,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan multiple scar di pelbagai tempat seperti di dalam jadual di atas. Muscle wastings
64
Plaintif berhujah jumlah sebanyak RM8,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan muscle wasting mengambil kira kecederaan tersebut di pelbagai tempat seperti di dalam jadual di atas.
65
Mahkamah memutuskan jumlah yang wajar adalah RM5000.00. Predisposed to avascular necrosis of the left talus
66
Bagi kecederaan berikut, plaintif berhujah bahawa jumlah sebanyak RM10,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan predisposed to avascular necrosis of left talus mengambil kira trend award masa kini.
67
Mahkamah memutuskan jumlah yang wajar adalah RM5000.00. Osteoarthritis of the left subtalar joint
68
Dalam kes Kim Lin Chan v Lee Hua Sing [2019] 1 LNS 1576 Hakim telah memberikan award sebanyak RM 20,000.00 kepada plaintif bagi kecederaan osteoarthritis of left wrist joint and right ankle joint. Kami berhujah bahawa jumlah sebanyak RM15,000.00 adalah munasabah bagi kecederaan osteoarthritis of left subtalar joint mengikut trend award masa kini.
69
Mahkamah memutuskan jumlah yang wajar ialah RM10,000.00. Gantirugi khas
70
Jumlah gantirugi khas yang dituntut oleh plaintif adalah seperti berikut: a. Item (a) dokumen-dokumen polis; RM100.00 b. Item (b) carian JPJ; RM10.00 c. Item (c) laporan perubatan; i. Hospital Canselor Tuanku Muhriz: RM400.00 ii. KPJ Ampang Puteri: RM840.00 d. Item (d) laporan pakar; i. Manu Orthopaedic & Trauma Clinic: RM1,900.00 e. Item (e) kos perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz bagi rawatan kecemasan: RM100.00 f. Item (i) kos perjalanan ke KPJ Ampang Puteri Yang ditanggung keluarga untuk melawat: RM500.00 g. Item (j) kos perjalanan bagi rawatan susulan: RM300.00 h. Item (k) kos rawatan di KPJ Ampang Puteri; dipersetujui tertakluk kepada hujahan dan Mahkamah membenarkan: RM77,517.79 i. Item (t) & (u) kos perubatan & rawatan masa hadapan & pembedahan masa hadapan: RM36,600.00 j. Item (v) kesakitan masa hadapan: RM5,000.00 k. Item (ee) kemusnahan pakaian dan barangan peribadi: RM80.00 l. Physiotheraphy-yang dipersetujui oleh defendan: RM1600.00
71
Mahkamah memutuskan Item (a) sehingga Item (d) di atas dimasukkan di bawah kos tindakan.
72
Untuk Item (e) (i) & (j) - kos perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, KPJ Ampang Puteri yang ditanggung keluarga dan kos perjalanan rawatan susulan, plaintif berhujah satu jumlah yang adil dan munasabah wajar dibenarkan oleh Mahkamah berikutan jumlah tersebut hanyalah sebagai satu jumlah yang nominal dituntut bagi kos perjalanan plaintif.
73
Oleh itu, Mahkamah memutuskan jumlah sebanyak RM100.00.
74
Untuk Item (k) - Kos rawatan di KPJ Ampang Puteri plaintif berhujah bahawa kos ini telah dipertetujui oleh pihak-pihak dan amaun yang dibelanjakan adalah suatu jumlah yang nominal yang wajar dibenarkan oleh Mahkamah.
75
Oleh itu, Mahkamah membenarkan jumlah sebanyak RM77,517.79. Item (t) & (u) - kos perubatan dan rawatan masa hadapan dan pembedahan masa hadapan
76
Dalam laporan pakar bertarikh 20.6.2023 dari UM Specialist Centre dinyatakan seperti berikut; i. He might require triple arthrodesis. This will cost RM20,000.00 in a private hospital. ii. He would benefit from 20 sessions of physiotherapy at RM 80 per - session. iii. The implant over right clavicle and left radius and ulna can be removed if symptomatic after consolidation of the fractures. This would cost RM15,000.00 is a private
77
Kos rawatan dan perubatan masa hadapan sebanyak RM36,600.00 adalah munasabah dan wajar dibenarkan oleh Mahkamah.
78
Oleh itu, Mahkamah membenarkan jumlah sebanyak RM36,600.00. Item (v) – Kos kesakitan semasa menjalani pembedahan masa hadapan
79
Plaintif berhujah jumlah sebanyak RM5,000.00 wajar dibenarkan untuk kesakitan dan kesengsaraan semasa pembedahan masa hadapan.
80
Mahkamah memutuskan jumlah sebanyak RM5,000.00 wajar dibenarkan. Item (e) – kos kemusnahan pada pakaian dan barangan peribadi
81
Plaintif berhujah jumlah RM200.00 wajar dibenarkan oleh Mahkamah.
82
Mahkamah memutuskan jumlah sebanyak RM80.00 dibenarkan.
83
Mahkamah seterusnya membenarkan faedah sepertimana yang dibenarkan di bawah Arahan Amalan 1/2012 Rules Of Court 2012.
84
Kos mengikut skala.
85
Kos dokumen dalam kos tindakan.
86
Jumlah penghakiman dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Ranizan Abdullah & Associates untuk diagihkan kepada plaintif. Bertarikh pada 30 haribulan September 2024 ………t..t……………. (ISHAK BIN BAKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Kulala Lumpur Pihak-Pihak: Ranizan Mokhtar (Tetuan Ranizan Abdullah & Associates) b/p plaintif R. Kalaivani (Tetuan S G Lingam & Co.) b/p defendan Rishantini Tinakaran (Tetuan Athi & Seelan) b/p Pihak Ketiga Pertama dan Pihak Ketiga Kedua
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.