Samada faedah 8% layak dikenakan oleh Plaintif terhadap Defendan atas kelewatan menyelesaikan tunggakan. S/N 3Q6UfIM/t0iom4jgSSmdoA ANALISA DAN DAPATAN Invois-invois yang belum dibayar [16] Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang telah dikemukakan, terdapat 66 invois yang belum dibayar oleh defendan kepada plaintif. Invois-invois ini mempunyai tarikh antara 31.01.2020 hingga 13.01.2021 dan mencatitkan jumlah yang mempunyai julat jumlah di antara RM72.12 hingga RM20,000.00 . Kesemua invois ini telah dikemukakan di mah dan diterima sebagai ekshibit. Isu tuntutan berganda [17] Pihak Defendan membangkitkan isu terhadap invois yang mana jumlah di dalam invois tersebut adalah tidak sama seperti mana jumlah yang tercatat pada Penyata Akaun Plaintif . Jumlah yang direkodkan pada penyata akaun tersebut adalah lebih tinggi daripada jumlah yang tercatat pada invois sebenar. [18] Manakala, pihak Plaintif pula menyatakan bahawa pertikaian Defendan mengenai invois adalah tidak berasas dan tidak menjejaskan tuntutan hutang Plaintif. Defendan tidak menafikan keberhutangan, sebaliknya hanya memplidkan invois Plaintif salah. [19] Saya mendapati Defendan pada dasarnya tidak pernah menafikan keberhutangan secara keseluruhan kepada Plaintif, sebaliknya hanya mempertikaikan jumlahnya berdasarkan dakwaan invois salah. [20] Jumlah akhir tuntutan dikira berdasarkan invois-invois sebenar Plaintif, dan bukan berdasarkan jumlah yang dihitung dari Penyata-Penyata Akaun Plaintif. Jika ada percanggahan antara Penyata Akaun dan Invois, keterangan pada Invois akan mengatasi keterangan Penyata Akaun. Isu Percanggahan Jumlah (Jumlah di dalam invois berbeza dengan jumlah di dalam Penyata Akaun) S/N 3Q6UfIM/t0iom4jgSSmdoA [21] Atas pertikaian mengenai Invois-invois yang terlibat yang dipertikaikan oleh defendan seperti invois no. 045-1, 049-2, 051, 060, dan lain-lain, saya mendapati kebanyakan invois yang dipertikaikan (contoh: 045, 049-2, 051, 060) bukan sebahagian daripada invois yang tidak dibayar dan dituntut dalam tindakan guaman ini. Sebagai contoh Invois 045 telah pun dibayar. [22] Bagi Invois 1002-2, Defendan merujuk kepada invois yang tiada pengakuan penerimaan (tidak muktamad). Invois yang muktamad seperti di Ikatan B2, m/s 40-41, mempunyai pengakuan penerimaan dan dokumen sokongan yang kukuh. Tuntutan Berganda (Double Billing) [23] Mengenai isu tuntutan berganda (double billing) seperti contoh Invois 071-1, 052-1, 054-1 dan sebagainya, saya mendapati isu ini hanya melibatkan butiran dalam Penyata Akaun Plaintif, dan invois-invois yang dipertikaikan ini bukan sebahagian daripada tuntutan Plaintif. [24] Tuntutan yang di buat adalah berdasarkan Invois. Walaupun double billing mungkin wujud dalam Penyata Akaun, ini tidak menjejaskan tuntutan Plaintif kerana jumlah akhir dikira berdasarkan invois-invois muktamad yang sah, bukan daripada Penyata Akaun. Isu Rekod Bayaran untuk Invois Tidak Wujud [25] Mengenai dakwaan Plaintif merekodkan bayaran Defendan untuk invois yang tidak wujud (contoh: Invois 052-3, 054-2, 053-2, 064-1), saya mendapati ia tiada kesan kepada Tuntutan kerana ia hanya melibatkan butiran rekod dalam penyata. [26] Kesilapan rekod dalam penyata tidak membatalkan tuntutan Plaintif, kerana tuntutan akhir berasaskan invois-invois sebenar yang perlu dibayar, dan bukannya dikira dari Penyata Akaun. [27] Pertikaian Defendan adalah semata-mata mengenai percanggahan butiran dalam Penyata Akaun yang tidak relevan dengan invois-invois yang dituntut. S/N 3Q6UfIM/t0iom4jgSSmdoA [28] Oleh kerana kandungan invois-invois muktamad tidak pernah dicabar oleh Defendan dan telah diakui penerimaannya, maka saya menerima jumlah akhir yang dituntut oleh plaintif. Saya mendapat panduan dari kes Victor Buyck Steel Construction Sdn. Bhd. v. PI Corrosion Engineering Sdn. Bhd. [1998] 7 MLJ 513, di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut berkenaan kegagalan pihak untuk membuat pertikaian sekiranya telah menerima invois: - “(1) The debt claimed by the defendant was based on the invoices issued and sent to the plaintiff and the plaintiff did not raise any objection or dispute when the invoice issued. Instead, the plaintiff had requested the defendant to remit the difference between the amount withheld and the amount invoiced by the defendant. This tantamount to an admission of the debt. Therefore, the dispute of the debt by the plaintiff was not bona fide.” [29] Dari keterangan yang dikemukakan, bantahan gagal di buat dalam masa tujuh hari dari tarikh invois dikeluarkan. Perkara ini diakui oleh defendan. Ia hanya di buat selepas pihak defendan membuat proses reconcile document. Maka, defendan telah hilang haknya untuk mencabar dan mempertikaikan invois plaintif di dalam masa yang ditetapkan. Isu jumlah tuntutan lebih dari jumlah yang dibuktikan [30] Defendan menyatakan Plaintif melalui SP1 telah gagal membuktikan kepada Mahkamah bahawa tuntutan Plaintif adalah RM683,852.64. SP1 juga gagal merujuk kepada mana-mana Ikatan Dokumen yang difailkan dalam Mahkamah yang boleh menentukan bahawa tuntutan Plaintif adalah sebanyak RM683,852.64. 25. [31] Sebaliknya pihak defendan melalui SD2 menyatakan di dalam Penyata Saksi dan Penyata Saksi Tambahan setelah mengira kesemua invois yang dikemukakan oleh Plaintif dan telah mendapat jumlah invois-invois Plaintif telah bersetuju bahawa jumlah RM 643,860.08 adalah jumlah akhir berdasarkan kepada invois-invois Plaintif tersebut. [32] Namun SD-2 menyatakan bahawa jumlah tersebut perlu ditolak daripada jumlah yang dinyatakan di dalam Nota Kredit sebanyak RM 301,327.97. S/N 3Q6UfIM/t0iom4jgSSmdoA [33] Bagi saya, walaupun terdapat perbezaan pada jumlah tuntutan tersebut dengan jumlah akhir tersebut yang mana jumlah akhir tersebut berjaya ditunjukkan oleh Plaintif melalui keterangan invois-invois Plaintif tersebut, ianya tidak menjejaskan tuntutan Plaintif. [34] Hal ini kerana, keberhutangan atau tunggakan masih wujud dan Defendan bertanggungjawab untuk menyelesaikan tunggakan tersebut kepada Plaintif. [35] Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk memberikan penghakiman kepada Plaintif bagi jumlah yang lebih kurang daripada jumlah yang dituntut oleh Plaintif di dalam pernyataan tuntutannya. [36] Jumlah penghakiman adalah berdasarkan jumlah yang berjaya ditunjukkan oleh Plaintif melalui keterangan invois-invois Plaintif tersebut walaupun jumlah tersebut berbeza dengan jumlah tuntutan Plaintif. [37] Di dalam kes Tetuan Tan Teng Siah Realty Sdn. Bhd. v. Island Oil Palm Plantations Sdn. Bhd. & Anor [1996] 3 MLRH 354 Mahkamah Tinggi membenarkan jumlah penghakiman yang lebih rendah daripada apa yang dituntut di dalam pernyataan tuntutan [38] Begitu juga di dalam kes Glove Kendall Limited & Anor v. Maple Challenge Sdn. Bhd. & Ors [2016] MLJU 1452 dimana Mahkamah Tinggi di dalam kes ini turut memberikan jumlah penghakiman yang lebih rendah daripada apa yang dituntut oleh Plaintif selepas perbicaraan penuh dengan memutuskan seperti berikut: “[11] On 2 July 2015, after the conclusion of the full trial and after the Court had considered the written and oral submission of the learned counsels for the parties in the three suits, the Court allowed the claims of Glove Kendall and Kendall Court, the 1st and 2nd plaintiffs, respectively against Lim Wan Soon and Leng Khuan Fow (F), the 2nd and 3rd defendants, respectively, in paragraph 41(2)(A) to (d) of the plaintiff’s statement of claim less the sums of USD 567,397.57 (RM 1,807,281.80), USD 1,211.87 (RM 3,982.78) and RM 111,518.73, respectively, which the plaintiff have recovered pursuant to a third party claim made in the Criminal Sessions Court vide Criminal Case No. 62-(49- 52)-2009 by Maple Challenge and Impulse Talent, the 1st and 4th defendants, respectively, in this suit, with cost (“the decision of the Court”).” [39] Atas isu jumlah yang berbeza di dalam notis tuntutan dan tuntutan sebenar di mahkamah, saya merujuk kepada kes Chung Khiaw Bank Malaysia Berhad S/N 3Q6UfIM/t0iom4jgSSmdoA v. Raju Jayaraman Kerpaya [1995] 1 LNS 51; [1995] 3 AMR 2337 di mana dinyatakan seperti berikut: “...Nor is there any general rule that in all cases, unless the precise amount owing is correctly stated in a notice, the notice will be invalidated.” [40] Di dalam kes SOUTHEAST ASIA SPECIAL ASSET MANAGEMENT BERHAD lwn. ROJEMAH AHMAD @ MOHAMAD & YANG LAIN [2015] CLJU 1179, Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa tujuan notis tuntutan adalah untuk memaklumkan keberhutangan yang dikehendaki dibayar dan bermulanya kuasa tindakan plaintif terhadap defendan. Jika jumlah adalah tidak tepat, defendan boleh menuntut klarifikasi daripada plaintif. Ketepatan jumlah dalam notis tuntutan bukanlah sesuatu yang mandatori. [41] Di dalam kes Hong Leong Bank Bhd v. M. Muthiah @ Nagappan & Others 2014 1 CLJ 1 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk menyatakan jumlah tepat yang terhutang di dalam surat tuntutan dan tujuan notis tuntutan adalah untuk memberi notis kepada defendan bahawa plaintif menuntut hutang.