Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT-OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [34] Persoalan seterusnya adalah samada wujudnya keterangan mengedar dadah tersebut dibuktikan atas OKT. Pihak pendakwaan telah membuktikan keterangan yang menjurus kepada elemen pengedaran dadah seperti yang didefinisikan dibawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana definisi pengedaran dibawah Seksyen 2 Akta terjumlah juga kepada perbuatan “concealing, keeping’ dadah tersebut. Mahkamah ini juga berpendapat dengan berat dadah Cannabis seberat 866.4-gram adalah mustahil untuk kegunaan peribadi OKT kecuali ianya untuk pengedaran. Apa yang lebih menguatkan lagi elemen pengedaran ini adalah dengan terjumpanya alat-alat penimbang, pisau lipat dan paket-paket plastik lutsinar bersama-sama dengan barang kes. Ketika OKT ditahan oleh SP1 juga, dia sedang membungkus dadah tersebut. Merujuk kepada penghakiman di dalam kes Teh Geok Hock v. PP [1989] 1 CLJ Rep 160; [1989] 2 CLJ 977; [1989] 3 MLJ 162 yang menjelaskan maksud "pengedaran" seperti berikut: "True, the definition in the Act sounds artificial and not according to the ordinary meaning of the word 'trafficking' which is normally understood to mean to trade in, buy or sell, any commodity, albeit often with sinister implication. See also the Shorter Oxford English Dictionary. The definition of 'trafficking' in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping. " [penekanan ditambah] [35] Mahkamah ini setelah menilai keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini dan mendapati tindakan OKT menyimpan dadah di dalam timbunan papan putih itu adalah tergolong di bawah takrifan "pengedaran" di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi Cannabis yang dinyatakan dalam pertuduhan. Selain itu, elemen pengedaran juga boleh dilihat dimana dadah “Cannabis” itu kerana ketika OKT ditahan oleh SP1, dia sedang membungkus dadah itu ke dalam paket-paket plastik lutsinar. Turut dijumpai berdekatan dengan OKT adalah pisau, pita pelekat, alat penimbang dan juga paket-paket plastik lutsinar. Tiada apa tujuan OKT selain dari untuk membungkus dadah ini bagi tujuan edaran ke pasaran. Mahkamah telah dipandukan dengan kes Mohamed Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65 di mana Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) telah menyatakan bahawa: “Proof of the purpose for which an act is done, where such purpose is a necessary ingredient of the offence with which an accused is charged, presents a problem with which criminal courts are very familiar. Generally, in the absence of an express admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act of conveying from one place to another controlled drugs in a quantity much larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible - even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense, the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it…” [penekanan ditambah] E. ANALISIS PEMBELAAN OLEH OKT I. Kegagalan membuat penimbulan cap jari atas barang kes. [36] Dalam menjawab isu ini Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Manser Md Rashid & Anor [1997] 1CLJ 233, Chong Siew Fai CJ (Sabah & Sarawak) memutuskan: “We also find ourselves in agreement with the learned Deputy Public Prosecutor that the learned trial Judge had erred in law when he faulted PW13, the investigating officer, for not lifting the finger prints off the wrappings of the cannabis and for not taking photographs of the street light in front of the house No. 129. Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, howsever, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the allkeged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastik and the loytape, therefore, assumes little value or significance”. Mahkamah Rayuan di dalam Jason Hew Kiong Chiew v Public Prosecutor [2024] CLJU 3350; [2024] MLJU 3858 telah mengikuti keputusan di dalam kes PP v Manser Md Rashid & Anor dan memutuskan: “[79] Applying the principle in PP v Manser Md Rashed & Anor and the facts of the case, in our view, the identity of the accused is not in question and does not need to be proved. Hence, fingerprint evidence on the black plastik bag and the transparent plastik packets was of little value or significance. At best, if fingerprint evidence were available, it would only be of corroborative value”. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, identiti OKT bukan isu kerana telah dicamkan oleh SP1 sebagai individu yang beliau lihat berada di premis tersebut sedang membungkus ganja dan tiada orang lain bersamanya waktu itu. Oleh itu, samada penimbulan cap jari dikemukakan atau tidak adalah lebih merupakan satu keterangan sokongan sahaja. SP1 sendiri memberi penjelasan cap jari tidak diambil kerana kemungkinan barang kes telah tercemar dengan keadaan sekeliling. Sekiranya ada keterangan langsung yang pada pandangan Mahkamah tidak digugat oleh pihak pembelaan, maka keterangan cap jari seandainya tidak dikemukakan tidak mencacatkan kes pendakwaan. II. Kegagalan memanggil penama bernama Thiagu sebagai saksi maka Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai. [37] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil penama Thiagu yang kononnya telah dimaklumkan oleh OKT kepada SP3 seperti telah menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan. Pihak pembelaan mendakwa nama Thiagu kononnya ditimbulkan oleh OKT di dalam rakaman percakapannya. Rakaman percakapan OKT tidak dikemukakan ke Mahkamah untuk menyokong dakwaannya bahawa butiran lengkap Thiagu (bukan sekadar nama sahaja) seperti alamatnya, nombor telefon, tempat kerjanya telah diberikan kepada SP3 selaku pegawai penyiasat. SP3 ketika ditanya tentang perkara ini menjawab dia tidak pasti sama ada OKT ada menyebut tentang Thiagu. Kekuatan kes pendakwaan tidak bergantung kepada jumlah saksi yang dikemukakan tetapi kepada kredibiliti saksi yang dipanggil dan keupayaan mereka memberi keterangan untuk membuktikan kes.Mahkamah Rayuan di dalam keputusan Sahrul Mazlee Mohd Khalid v PP [2022] 1 LNS 4 memutuskan: “[71] ………. In any event, the law does not prescribe any particular number of witnesses to prove any fact. This is provided in section 134 of the Evidence Act 1950, that reads: 134 Number of witnesses No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact [72] The Federal Court in Md Zainudin Raujan v PP [2013] 4 CLJ 21 affirmed a drug trafficking conviction based on the sole testimony of a police witness. The evidence to prove a fact is not judged from the total number of witnesses, but rather from the strength and quality of the evidence: whether it is probable, consistent, credible and convincing for the evidence to have probative value. It is well settled that evidence must be weighed and not counted. See: Izwanuddin Kassim lwn PP [2020] 1 LNS 1568, CA: Mogan Raj Ravi & Anor v PP & Other Appeals [2020] 3 CLJ 240, CA [penekanan oleh Mahkamah] [73] Where the law does not require corroboration of a witness’ evidence, the prosecution is not obliged to tender such corroborative evidence. The testimony of a single witness if credible, is sufficient to establish any fact. Mahkamah ini mendapati saksi-saksi yang dikemukan oleh pihak pendakwaan mencukupi dan telah membuktikan elemen yang diperlukan untuk milikan, jagaan dan pengetahuan atas dadah-dadah yang dijumpai bersama-sama OKT di premis itu. [38] Kesimpulannya, setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti hujah pihak-pihak, Mahkamah memutuskan selepas penilaian maksimum dibuat atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bahawa dadah yang dijumpai bersama OKT merupakan dadah berbahaya sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT mempunyai milikan ke atas dadah yang dijumpai berdasarkan keterangan terus pihak pendakwaan dan wujudnya anggapan dibawah Seksyen 37(d) ADB 1952 yang menunjukkan pengetahuan OKT ke atas dadah yang ditemui bersamanya dan tindakan OKT menyimpan dadah tersebut terjumlah kepada aktiviti pengedaran sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta yang sama. [39] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu OKT dengan ini dipanggil untuk membela diri di bawah pertuduhan ini. F. PEMBELAAN OKT [40] OKT telah diterangkan dengan (3) pilihan untuk membela diri dan OKT memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. OKT juga mengemukakan (2) orang saksi. [41] Keterangan pembelaan OKT adalah seperti berikut: