Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-22NCvC-142-04/2023 ANTARA ARKAN ROMA TRAD EST (No. Pendaftaran Syarikat: 1010390479) − PLAINTIF
BA-22NCvC-128-04/2023
High Court of Malaysia7 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 Beban pembuktian: [11] Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif sepanjang masa untuk memb”
“f.”. Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa adalah menjadi suatu kebiasaan dan normal bagi urus niaga dijalankan melalui invois semata-mata. Mahkamah dalam kes Soh Hoo Hong v Thor Beng Keat & Ors [2024] MLJU 254, memutuskan bahawa − “[35] The primary duty of this Court in the absence of a written contract, as in this”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BA-22NCvC-142-04/2023 ANTARA ARKAN ROMA TRAD EST (No. Pendaftaran Syarikat: 1010390479) − PLAINTIF
1
RIPAC SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 1230569-X)
2
MOHD QHOLIF BIN SHAH IZRON DADAMEAH (No. Kad Pengenalan: 790321-07-5601)
3
BURHAN @ OSMIZAR BIN ABDUL RAHMAN (No. Kad Pengenalan: 710115-02-5563)
4
HISHAM SABBAGH A. FATTAH (No. Pasport: N 011760554) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tuntutan: [1] Perjanjian antara Plaintif dan Defendan bertajuk “Contract Supply of Spare Parts” (terjemahan dalam Bahasa Inggeris daripada bahasa asal 30/04/2025 14:39:09 BA-22NCvC-128-04/2023 Kand. 93 Bahasa Arab) bertarikh 11-6-2019. Pihak-pihak: First Party ialah Plaintif dan Second Party ialah Defendan Pertama. [2] Plaintif memplidkan bahawa − a) berlaku kemungkiran kontrak oleh Defendan Pertama kerana spare parts (alat ganti kenderaan) yang dihantar adalah rosak. Perenggan 13 pernyataan tuntutan memplidkan bahawa kesemua alat ganti kenderaan yang rosak tersebut telah dipulangkan semula kepada Defendan bagi mendapatkan ganti rugi atau alat ganti kenderaan yang baharu berjumlah Saudi Riyal 2,130,992.37. b) penyingkapan tirai korporat/lifting the corporate veil dilakukan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga iaitu pengarah dan pemegang syer dalam syarikat Defendan Pertama. Defendan Keempat ialah pekerja Plaintif. c) Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat menggunakan Defendan Pertama bagi tujuan menipu, frod, konspirasi dan curang terhadap Plaintif. [3] Kegagalan, keengganan dan kecuaian Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat untuk menggantikan alat ganti kenderaan yang rosak dengan alat ganti kenderaan yang baharu dan/atau membayar ganti rugi terhadap alat ganti kenderaan yang rosak mengakibatkan Perjanjian itu suatu perjanjian yang boleh batal (voidable contract). Oleh itu, Plaintif memohon perintah yang berikut terhadap Defendan-Defendan: a) Defendan-Defendan membayar, secara bersesama dan berasingan, Saudi Riyal 2,170,000.00. b) Defendan-Defendan membayar, secara bersesama dan berasingan, Saudi Riyal 300 sebagai denda kelewatan yang berjumlah Saudi Riyal 36,000.00. c) deklarasi bahawa Perjanjian bertarikh 11-6-2019 dibatalkan. [4] Dalam pembelaan, Defendan-Defendan memplidkan − a) Kontrak pada tahun 2019 itu wujud dan telah disempurnakan oleh Defendan Pertama. b) tuntutan Plaintif atas alasan alat ganti kenderaan yang dihantar itu rosak adalah diragui dan dakwaan alat ganti kenderaan itu rosak adalah diada-adakan untuk menutup kerugian yang dialami oleh Plaintif apabila pelanggan Plaintif menang kes/tuntutan di Makamah Arab Saudi. Tuntutan dibuat selepas tempoh warranty tamat tempoh. c) Plaintif mempunyai baki bayaran tertunggak kepada Defendan Pertama dan tindakan undang-undang ini hanyalah untuk enggan membayar hutang kepada Defendan Pertama i.e tuntutan balas. d) Defendan Pertama telah menggantikan alat ganti kenderaan yang didakwa rosak (sebenarnya tidak rosak) kepada Plaintif. e) Plaintif masih gagal memulangkan alat ganti kenderaan yang didakwa rosak tetapi sebenarnya telah menjual alat ganti kenderaan tersebut dan mengaut keuntungan secara tidak sah. Dalam tuntutan balas, Defendan-Defendan menuntut jumlah bagi Pesanan Pertama dan Pesanan Kedua. Perbicaraan: [5] Untuk membuktikan tuntutannya Plaintif memanggil saksi tunggalnya iaitu En Anas bin Saadbin Munawir Al-Harbi (warganegara Arab Saudi) dan Defendan-Defendan pula memanggil 2 orang saksinya iaitu En Hisham Sabbagh A. Fattah (warganegara Syria)/SD-1 dan En Ng Liang Kee, Pengarah Urusan di syarikat Master J.Y Rubber & metal Parts Sdn Bhd/SD-2. Isu Untuk Dibicarakan difailkan secara berasingan oleh pihak-pihak: [6] Isu oleh Plaintif −
a
Sama ada Defendan Keempat ialah pekerja Plaintif ketika urusan dan transaksi perniagaan berlaku di antara Plaintif dan Defendan Pertama?
b
Sama ada Defendan Keempat telah menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya di syarikat Plaintif untuk kepentingan sendiri, dan sama ada wujud konflik kepentingan apabila Defendan Keempat menjadi pengarah di Defendan Pertama tanpa pengetahuan Plaintif dan sama ada Defendan Keempat menggunakan Defendan Pertama untuk berurus niaga dengan Plaintif?
c
Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar/memungkiri Perjanjian bertarikh 11-6-2019?
d
Sama ada Defendan-Defendan melakukan frod, penipuan dan/atau tindakan curang terhadap Plaintif secara bersesama dan/atau bersendirian? [7] Isu oleh Defendan-Defendan − a) Sama ada berlaku urus niaga di antara Plaintif dan Defendan-Defendan berasaskan kepada Perjanjian bertarikh 11-6- 2019? b) Sama ada alat ganti kenderaan yang dipesan oleh Plaintif di bawah Perjanjian hanya bagi jenama RIPAC? c) Sama ada alat ganti kenderaan jenama BRQ adalah berdasarkan pesanan Plaintif kepada Defendan Pertama? d) Sama ada urus niaga adalah sah apabila Plaintif menerima alat ganti kenderaan yang dipesan? e) Sama ada Plaintif dibenarkan menuntut kerugian bagi alat ganti kenderaan lebih rendah amaunnya daripada jumlah tuntutan? f) Sama ada Plaintif didapati bertanggungan vide keputusan Mahkamah Arab Saudi pada 15-4-2021 kerana gagal membekalkan alat ganti kenderaan jenama BRQ? g) Sama ada Plaintif gagal membayar baki bayaran bagi pesanan alat ganti kenderaan kepada Defendan Pertama? Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini Sama ada Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya bagi perintah agar Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan membayar semula Plaintif sebanyak Saudi Riyal 2,170,000.00? [8] Mahkamah ini mendapati wujud suatu perjanjian jual beli di antara Plaintif dan Defendan Pertama untuk tempahan dan pembekalan alat ganti kenderaan tersebut. Pihak-pihak mengakui bahawa tiada suatu perjanjian bertulis dimeterai bagi transaksi jual beli tersebut. Hanya melalaui e-mel bertarikh 12-6-2019 di antara Plaintif dan Defendan-Defendan memperihalkan mengenai intipati jual beli alat ganti kenderaan tersebut. Melalui proforma invois oleh Defendan Pertama kepada Plaintif digunakan sebelum penghantarserahan alat ganti kenderaan tersebut. Plaintif membuat pembayaran secara ansuran kepada Defendan Pertama dan dalam perbicaraan akaun penyata akaun pembayaran dikemukakan kepada Mahkamah. [9] Plaintif memplidkan bahawa Defendan Pertama telah melakukan pecah/ingkar kontrak (breach of contract). Ini disebabkan oleh terdapat alat ganti kenderaan yang rosak. Alat ganti kenderaan yang rosak diterima oleh Plaintif itu telah dipulangkan/dihantar semula kepada Defendan Pertaman bagi tujuan mendapatkan ganti rugi atau penggantian alat ganti kenderaan yang baharu. Namun begitu, sehingga kes ini difailkan Plaintif tidak mendapat apa-apa balasan daripada pihak Defendan Pertama. [10] Dalam pembelaannya dan berdasarkan keterangan saksi Defendan/SD-1, kaedah pembayaran kepada Defendan Pertama ialah berdasarkan kepada bayaran deposit untuk Defendan Pertama memulakan tempahan alat ganti kenderaan yang dipesan oleh Plaintif. Dan, ini tertakluk kepada jumlah bayaran sepenuhnya daripada Plaintif dalam tempoh 180 hari dari tarikh penerimaan deposit pertama bagi tujuan penghantaran sepenuhnya alat ganti kenderaan kepada Plaintif. Defendan memplidkan bahawa dakwaan alat ganti kenderaan yang dihantar serah kepada Plaintif adalah rosak adalah dipertikaikan. Ini kerana dakwaan Plaintif itu dibuat selepas tempoh warranty yang tamat. Disebabkan oleh Plaintif belum menjelaskan sepenuhnya baki bayaran maka Defendan Pertama telah menghentikan penghantaran alat ganti kenderaan tersebut kepada Plaintif. Beban pembuktian: [11] Beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950 dan berdasarkan nas undang-undang, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif sepanjang masa untuk membuktikan kes mereka terlebih dahulu sebelum beban berpindah kepada Defendan-Defendan. [12] Peruntukan mengenai beban pembuktian yang dihujahkan oleh Plaintif iaitu seksyen 102 Akta Keterangan 1950 (teks bahasa Inggeris) − “102. On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”. [13] Mahkamah Rayuan dalam kes The Carbon Co Sdn Bhd & Anor v Ng Lee Hoon (conducting under ‘Forest Wood Flooring’) [2017] 4 MLJ 791, memutuskan mengenai seksyen 101 Akta Keterangan 1950 − “[49] The law on the burden of proof is so settled. Pursuant to s 101(1) of the Evidence Act 1950, a party who desires the court to give judgment in its favour as to the legal right or liability bears the burden to prove its case. The burden of proof on that party is twofold, firstly the burden of establishing a case and secondly the burden of introducing evidence. This burden lies on the party throughout the case and the standard of proof is on the balance of probabilities. Once that party has discharged its evidential burden of proof then the burden would then shift to its adversary. If a party has failed to discharge its burden of proof on the standard required by the law, his adversary does not bear the burden to adduce any evidence…”. [14] Dalam kes Dato’ Pardip Kumar Kukreja & Anor v Vell Paari a/l Samy Vellu [2016] 4 MLJ 649 (CA)14 − “[24] It is settled law that the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (s 101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof is on that party is twofold:
a
the burden of establishing a case; and
b
the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof required of the plaintiff is on the balance of probabilities. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the other party need not adduce any evidence. The case of Miller v. Minister pf Pensions [1947] 2 All E.R. 37215 where Denning J (as he then was) states as follows: If the evidence is such that the tribunal can say: “We think it more probable than not,” the burden is discharged but, if the probabilities are equal, it is not.” [15] Lord Goddard dalam kes Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel Ltd 64 TLR 177 at p. 178 memutuskan − “… plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, so to speak, throw them at the head of the court, saying: ‘This is what I have lost, I ask you to give me these damages’. They have to prove it.”. [16] Mahkamah ini pasti prinsip bahawa “The well-established principle that the burden of proof at all times is borne by the Plaintiff on the balance of probabilities to establish his case against the Defendant or the existence of a legally enforceable claim against the Defendant. It is upon the Plaintiff, and certainly not the Defendant, to discharge that burden. It is for the Plaintiff to prove his case and satisfy the court that his claim is well-founded before the court can grant judgment on his claim” adalah terpakai dalam memastikan beban pembuktian. [17] Dalam kes MIE-AFA Corporation Sdn. Bhd. v. Razali Mohd Sham & Anor [2023] 1 LNS 1267, the court explained that the burden of proof lies throughout with the party who wishes the Court to belief the facts of their case; and the Federal Court in the case of Keruntum Sdn Bhd v. The Director of Forests and Ors [2017[ 4 CLJ 676 at page 698 held − “[78] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies, has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party.”. [18] Dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584 yang mana YAA Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara memutuskan bahawa – “… there are only two standard of proof, namely beyond reasonable doubt for criminal cases and on the balance of probabilities for civil cases. As such, even if fraud is the subject in a civil claim, the standard of proof is on the balance of probabilities. There is no third standard. … The criminal aspect of the allegation of fraud and the standard of proof required is irrelevant in the deliberation …”. “… the standard of proof is only a balance of probability [NOT beyond reasonable doubt] and this burden has been discharged by the Plaintiff during the trial vide witness testimonies [weight attached to testimony/evidence], documents [admissibility] filed in this Court, admissions by the Defendant and facts pleaded in the Statement of Claim and Reply.”. [19] Untuk memastikan bahawa Mahkamah ini mematuhi prinsip undang-undang mengenai beban pembuktian, Mahkamah ini menganalisa keterangan yang dinyatakan oleh Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentarnya dengan jelas menunjukkan bahawa Plaintif berjaya mencapai tahap “on balance of probabilities”. [20] Dalam kes Suruhanjaya Sekuriti Malaysia v Chan Soon Huat [2018] 9 MLJ 782, the Court summarized the definition and application of balance of probabilities as proving an event is AT LEAST 51% more likely than not. [21] Mahkamah ini berpendapat bahawa the Court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also incumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In the present case, I had to take into consideration the witnesses’ power of observation, their accuracy for recollection, and capacity to explain what they remember. Keputusan Mahkamah pada 7-2-2025: [22] Selepas perbicaraan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan seperti yang berikut: Intipati kepada Perjanjian yang dimeterai dan digunapakai dalam perbicaraan ini adalah suatu dokumen yang mengikat pihak-pihak. Ketiadaan tandatangan pihak Plaintif tidak menjadikan Perjanjian itu tidak sah dan tidak mengikat. Transaksi perniagaan bermula dan jual beli antara pihak-pihak bermula. Article Two dalam Perjanjian memperkatakan mengenai Subject of the Contract ialah − “Supply according to the quantities and specifications as per the request of the First Party of the Second Party under a purchase order at the price of the factory land, including shipping and the certificate of SASO. As detailed in the Second Party’s bid to ship all required quantities from the Malaysian ports as follows:
1
High quality Malaysian ripac
2
High quality Malaysian RIPAC
3
High quality Malaysian and Taiwanese RIPAC”. Berkenaan dengan kualiti alat ganti kenderaan− Item Five Perjanjian menyatakan “Quality − The Second Party shall ensure that all required parts are supplied at an acceptable level, conforming to the offer and high-quality specifications. Failure to do so will result in the non-acceptance of the parts supplied and the full refund of the defective parts.”. Item Six Perjanjian menyatakan “Warranty − The Second Party shall ensure that the defective parts are free of defects for a period of one year from the date of installation. In the event of failure, the Second Party shall undertake to replace the defective parts without charge during the warranty period.”. Dalam perbicaraan ini, Mahkamah mempunyai tugas untuk memutuskan sama ada pembekalan alat ganti kenderaan adalah dalam kualiti yang baik. Ini tugas pihak Plaintif. Apabila Plaintif memplidkan bahawa alat ganti kenderaan itu rosak dan selanjutnya menuntut terhadap Defendan-Defendan, secara bersesama dan berasingan, membuat pembayaran semula Saudi Riyal 2,170,000.00 kepada Plaintif; dan membayar denda kelewatan, Saudi Riyal 300 dikira pada kadar harian bermula dari tarikh penerimaan bayaran yang pertama, iaitu 20% daripada jumlah keseluruhan belian sehingga tarikh 120 hari selepas penerimaan pembayaran 20% tersebut, iaitu dari 1 Mei 2019 11 Jun 2019 (hujahan lisan Peguam Plaintif) sehingga 28 September 2019, berjumlah sebanyak Saudi Riyal 36,000.00, Mahkamah perlu memastikan wujud bukti dikemukakan oleh Plaintif. Isu sama ada Defendan-Defendan telah melanggar/memungkiri Perjanjian bertarikh 11-6-2019 berpunca daripada pengataan dan penegasan Plaintif bahawa Defendan-Defendan gagal menggantikan alat ganti kenderaan yang rosak dengan alat ganti kenderaan yang baharu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan untuk memperoleh ganti rugi yang dipohon oleh Plaintif perlu terlebih dahulu melalui proses penggantian barangt ganti kenderaan yang rosak dengan alat ganti kenderaan yang baharu. Kegagalan atau keengganan atau kecuaian Defendan-Defendan untuk menggantikan alat ganti kenderaan yang rosak dengan alat ganti kenderaan yang baharu, maka, Mahkamah memutuskan bahawa maka Defendan-Defendan perlu memulangkan semula bayaran 30% deposit kepada Plaintif. [23] Dalam sesi klarifikasi di hadapan Mahkamah ini berkenaan dengan jumlah deposit 30% yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif, Mahkamah ini ingin merujuk kepada hujahan kedua dua pihak iaitu − Hujahan peguam cara terpelajar Plaintif: “Plaintif berhak untuk mendapatkan pampasan penuh atas jumlah pembayaran deposit daripada Saudi Riyal 2,875,045.40 yang telah dibayar kepada Defendan Pertama. 31. Ataupun, memandangkan Defendan sendiri mengakui di perenggan 49 Hujahan Bertulis Defendan bahawa Plaintif telah membayar 30% deposit, namun Defendan tidak mengantikan alat ganti kenderaan yang rosak tersebut, maka Defendan perlu memulangkan semula bayaran 30% deposit kepada Plaintif.”. Hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan: “49. Sungguhpun begitu Defendan Pertama secara alternatif menghujahkan Penyata No. ARK005-B-2020 bertarikh 25/8/2020 adalah di muka surat 77- 78 Ikatan B2 dinyatakan bahawa Plaintif hanya bayar 30% sahaja iaitu Saudi Riyal 86,189.00 daripada nilai Saudi Riyal 279,221.85 yang mana Plaintif perlu bayar baki 70%.”. Mahkamah ini memutuskan untuk menerima pakai dan bersetuju dengan pendirian pihak Defendan iaitu memandangkan Plaintif sendiri gagal membayar dan melunaskan sepenuhnya baki bayaran berdasarkan invois yang dihantar oleh Defendan Pertama maka Plaintif hanya berhak kepada pemulangan 30% daripada jumlah yang telah dibayar oleh Plaintif itu. Pihak-pihak mengakui bahawa resit pembayaran dan resit penerimaan bayaran tidak dikeluarkan bagi pembayaran 30% deposit tersebut. Dapatan, Analisa dan Keputusan Mahkamah [24] Mahkamah ini mendapati persetujuan pihak-pihak ialah untuk mengikat janji membeli alat ganti kenderaan atas nama RIPAC untuk jumlah sebanyak Saudi Riyal 1.5 juta bagi tempoh setahun dari tarikh perjanjian. Kegagalan Plaintif untuk membeli sebanyak Saudi Riyal 1.5 juta bagi tempoh setahun dan hanya membeli sebanyak Saudi Riyal 409,603.25 maka Defendan Pertama menamatkan kontrak/perjanjian pada 10-6-2020. [25] Berkenaan dengan berapakah jumlah sebenar yang layak dituntut oleh Plaintif, dalam perenggan 10 pernyataan tuntutan yang memplidkan “Plaintif ada dari semasa ke semasa membuat sebahagian pembayaran sebanyak Saudi Riyal 3,387,164.54 secara ansuran kepda Defendan Pertama…”. Mahkamah ini memutuskan adalah tidak munasabah untuk Plaintif menuntut pemulangan semula sebanyak Saudi Riyal 2,170,000.00 daripada Defendan Pertama. [26] Keterangan SD-2 menunjukkan bahawa syarikat SD-2 ialah syarikat yang mana Defendan Pertama membeli car spare parts daripada SD-2 dan syarikat SD-2 sendiri menguruskan penghantaran car spare parts tersebut ke warehouse Plaintif di Arab Saudi. SD-2 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa semua alat ganti kenderaan yang dihantar perlu menepati kehendak Saudi Standards, Metrology and Quality Organisation sebelum alat ganti kenderaan itu boleh memasuki Arab Saudi. [27] Keterangan saksi tunggal Plaintif (En Anas bin Saad bin Munawir Al-Harbi)/SP semata-mata menjurus kepada hal perkara mengenai penglibatan Defendan Pertama dalam urus niaga di antara Plaintif dan Defendan Pertama. SP menyatakan bahawa Defendan Keempat − • berniat untuk menguntungkan Defendan Pertama. Defendan Keempat yang memegang jawatan pengarah dalam syarikat Defendan Pertama telah menjalankan dual role and create an illusion of legitimacy and trustworthiness in his dealings. • tidak menzahirkan hubungan Defendan Keempat sebagai pengarah Defendan Pertama kepada Plaintif. Di sini, Defendan Keempat telah mengeksploitasi dan memanipulasi sumber kewangan Plaintif dan nama baik Plaintif demi kepentingan peribadi Defendan Keempat. • terdapat konflik kepentingan dan aktiviti penipuan dilakukan oleh Defendan Keempat. Berdasarkan siasatan Plaintif, Plaintif mendapati bahawa Defendan Keempat telah menggunakan e-mel Plaintif untuk berurusniaga dan menjalankan perniagaan bagi pihak Defendan Pertama tanpa pengetahuan Plaintif. Berdasarkan e-mel juga, Plaintif memplidkan bahawa SD-1 bekerja pada masa yang sama untuk Plaintif dan untuk Defendan Pertama. • bagi kes di hadapan Mahkamah ini, Defendan Keempat sendiri menghantar proforma order bagi alat ganti kenderaan dengan menandatangani e-mel tersebut atas kapasiti Defendan Keempat sebagai pengurus Plaintif [28] Pengataan Plaintif mengenai penglibatan Defendan Keempat yang menjalankan dual roles membawa kepada isu untuk diputuskan oleh Mahkamah iaitu −
a
Sama ada Defendan Keempat ialah pekerja Plaintif ketika urusan dan transaksi perniagaan berlaku di antara Plaintif dan Defendan Pertama?
b
Sama ada Defendan Keempat telah menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya di syarikat Plaintif untuk kepentingan sendiri, dan sama ada wujud konflik kepentingan apabila Defendan Keempat menjadi pengarah di Defendan Pertama tanpa pengetahuan Plaintif dan sama ada Defendan Keempat menggunakan Defendan Pertama untuk berurus niaga dengan Plaintif?
c
Sama ada Defendan-Defendan melakukan frod, penipuan dan/atau tindakan curang terhadap Plaintif secara bersesama dan/atau bersendirian? [29] Tiada apa-apa relief dipohon oleh Plaintif dalam pernyataan tuntutannya bagi isu yang dibangkitkan terhadap Defendan Keempat. [30] Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP seorang ahli perniagaan dan juga bertugas sebagai pegawai pemasaran (marketing officer) dalam syarikat Plaintif, soalan yang ditanya oleh peguam Defendan-Defendan gagal dijawab oleh SP. SP banyak menjawab tidak tahu apabila diasak mengenai transaksi perniagaan antara Plaintif dan Defendan-Defendan, antara soalan utama yang gagal dijawab dan/atau tidak dijawab oleh Sp ialah mengenai alat ganti kenderaan rosak yang diterima oleh Plaintif. SP mengakui ada alat ganti kenderaan yang rosak dipulangkan semula kepada Defendan Pertama tetapi tiada penggantian (replacement) dibuat oleh Defendan Pertama. SP dirujuk kepada dokumen pada Ikatan Dokumen yang ditanda B1 pada muka surat 92 yang mana jumlah 4674 dihantar oleh Plaintif kepada syarikat SD-2, SP menjawab tidak tahu. SP menjawab beliau hanya bertugas sebagai pegawai pemasaran. Defendan Keempat berhubung/berkomunikasi dengan bapa kepada SP. Bapa SP tidak dipanggil sebagai saksi. [31] Dalam keterangan utama SP, SP menyatakan bahawa laporan polis di Malaysia telah dibuat oleh abang kepada SP i.e. aduan mengenai aktiviti penipuan yang dikendalikan oleh Defendan-Defendan menggunakan nama syarikat Plaintif. Tiada apa-apa keterangan yang dapat menyokong perkara fraudulent activities conducted by the Defendants using the Plaintiff’s company, Arkan Roma. [32] Dalam keterangan utama SD-1 (Defendan Keempat), SD-1 menyatakan bahawa − • SD-1 tidak pernah bekerja dengan Plaintif dan tiada bukti Plaintif dikemukakan oleh Plaintif untuk menunjukkan bahawa Sd-1 bekerja dan dibayar gaji oleh Plaintif. • SD-1 mengakui ada dan hanya berurusan dalam hal perniagaan dengan bapa kepada SP. • tuntutan Plaintif bagi penggantian alat ganti kenderaan yang rosak itu sudah digantikan dengan yang baharu. • Defendan Pertama (syarikat RIPAC Sdn Bhd) membeli alat ganti kenderaan daripada syarikat SD-2 dan tempahan pembelian mengikut spesifikasi yang diminta oleh Plaintif. • untuk memastikan bahawa alat ganti kenderaan dihantar serah kepada Plaintif berada dalam keadaan baik, Defendan Pertama ada melakukan ujian mutu/kualiti. Suatu laporan oleh Motabaqah bertarikh 18-9-2019 yang dilampirkan pada Ikatan Dokumen Bahagian C pada muka surat 92 dan 93 ialah keputusan Car Spare Parts Testing Laboratory-Riyadh iaitu “Decision: Compliance with Standard Requirements”. • SD-1 mengakui ada menerima semula alat ganti kenderaan yang dituntut sebagai rosak daripada Plaintif. Tetapi tuntutan Plaintif berjumlah Saudi Riyal 2,170,000.00 sebagaimana dalam pernyataan tuntutan itu adalah tidak tepat. Ini kerana Defendan Pertama hanya dapat membekalkan sebanyak 10,074 unit alat ganti kenderaan yang bernilai Saudi Riyal 611,081.49 sahaja. SD-1 merujuk kepada Ikatan Dokumen Bahagian B pada muka surat 43-44 dan 50-53. • berkenaan dengan foto yang dirujuk oleh Plaintif pada Ikatan Dokumen Bahagian C pada muka surat 39, 42, 48 50, 51, 52, 53 dan 54 itu, SD-1 menyatakan bahawa alat ganti kenderaan yang rosak itu bukan berasal daripada Defendan Pertama. Penyimpanan alat ganti kenderaan di stor oleh Plaintif dalam tempoh yang lama i.e. lebih daripada 1 tahun selepas tamatnya warranty yang diberikan oleh Defendan Pertama dan cuaca/weather di Arab Saudi yang panas dan high humidity menjadi punca kepada kerosakan alat ganti kenderaan yang telah dihantar serah tersebut. • ID10 pada Ikatan Dokumen Bahagian C pada muka surat 56 dan 57 itu tidak disahkan oleh mana-mana penilai bebas dan Plaintif juga tidak membuat laporan mengenai kerosakan alat ganti kenderaan yang dihantar serah tersebut. Tuntutan balas Defendan-Defendan [33] Defendan-Defendan menuntut balas terhadap Plaintif bagi jumlah Saudi Riyal 2,608,213.12 beserta faedah pada kadar 5% setahun bermula dari tarikh tuntutan balas sehingga penyelesaian penuh atas jumlah Saudi Riyal 35,556.95 bagi Pesanan Pertama dan Sau Riyal 2,574,656.57 bagi pesanan kedua. [34] Berdasarkan keterangan Defendan-Defendan melalui SD-1, tiada apa-apa bukti dikemukakan untuk menyokong tuntutan balas terhadap Plaintif. Maka, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah menolak tuntutan balas Defendan-Defendan dan tanpa perintah atas kos. Dapatan Mahkamah: [35] Mahkamah ini mendapati transaksi perniagaan antara Plaintif dan Defendan Pertama sememangnya melalui e-mel antara Plaintif dan Defendan Keempat. Pihak-pihak menyatakan bahawa bukti perjanjian hanyalah melalui invois dan penyata pembayaran yang dibuat melalui bank. Tiada apa-apa resit dikeluarkan. [36] Dalam perenggan 10.2 Hujahan Balas Defendan-Defendan, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan berhujah − “Dihujahkan bahawa Plaintif tidak menandatangani Perjanjian tersebut kerana hanya wakil Defendan Pertama sahaja yang telah menandatanganinya. Oleh yang demikian, Perjanjian tersebut tidak mengikat Plaintif dan Defendan-Defendan dan tiada isu ‘breach of contract’ dilakukan oleh Defendan-Defendan.”. Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa obligasi Plaintif sebagai pembeli alat ganti kenderaan daripada Defendan Pertama (penjual) adalah wujud apabila kedua-dua pihak saling bersetuju untuk menempah, membayar, menghantar dan menerima alat ganti kenderaan tersebut. Ketidakaturan mengenai tandatangan tidak sama sekali menjejaskan perjanjian yang termeterai tersebut. Malahan dalam kes seperti Rasiah Munusamy v. Lim Tan & Sons Sdn Bhd [1985] CLJ (Rep) 266 F.C.; Diamond Peak Sdn Bhd & Anor v. Dr. Tweedie [1981] 1 LNS 136; [1982] 1 MLJ 97; Sivapragasam Nagamany v. Amaravathy V Nadeson & Anor [2001] 8 CLJ 706, diputuskan dengan mengikut prinsip-prinsip dalam kes-kes terdahulu iaitu “It is a trite law that “a valid oral agreement” is enforceable”. [37] Berkaitan dengan isu invois, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan berhujah − “10.29 Daripada invois-invois di muka surat 64-65, 67-68 dan 69-70 Ikatan B2 didapati ini adalah Proforma Invoice yang dihantar oleh Plaintif kepada Al-Barq dan bukan oleh Defendan Pertama. Ini adalah kerana bayaran yang diminta adalah untuk dibayar – Benefeciary Account Name – Arkan Roma Trade Est.
10
10.30 Dokumen-dokumen ini didakwa oleh Defendan Keempat sebagai palsu dan walaupun telah dikenali sebagai sebahagian ID-12 tetapi peguam cara Plaintif gagal menandakan dokumen-dokumen ini sebagai ekshibit Mahkamah. Dalam keadaan itu Plaintif gagal membuktikan jumlah SAR1,630,992.37 tersebut adalah sebahagian daripada kerugian yang dialami Plaintif.”. Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa adalah menjadi suatu kebiasaan dan normal bagi urus niaga dijalankan melalui invois semata-mata. Mahkamah dalam kes Soh Hoo Hong v Thor Beng Keat & Ors [2024] MLJU 254, memutuskan bahawa − “[35] The primary duty of this Court in the absence of a written contract, as in this instance, is to ascertain whether the evidence presented is adequate to demonstrate that the parties have reached a legally binding agreement and are no longer merely negotiating. The existence of a legally binding contract is essentially a matter of fact, (see Han Shing Company [1969] 1 MLJ 190)”. Tiada apa-apa bukti dikemukakan oleh Defendan-Defendan bahawa berlaku pemalsuan dokumen sebagaimana penegasan oleh Defendan Keempat. [38] Mahkamah bersetuju dengan penegasan Plaintif dan apa yang diplidkan oleh Plaintif bahawa tertakluk kepada perjanjian antara Pihak-Pihak, Plaintif berhak untuk menilai dan menolak mana-mana barang yang tidak menurut spesifikasi yang ditetapkan. Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah ini, tempahan oleh Plaintif adalah berdasarkan spesifikasi dan Defendan Pertama telah menuruti spesifikasi tersebut. Tiada apa-apa bukti berjaya dikemukakan oleh Plaintif melalui SP bahawa Defendan Pertama gagal dan/atau tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Tuntutan Plaintif adalah berpaksikan kepada alat ganti kenderaan yang dihantar itu rosak sedangkan Plaintif sudah membuat bayaran yang sepatutnya bagi alat ganti kenderaan tersebut. Defendan Pertama gagal untuk menukar/mengganti semula alat ganti kenderaan yang rosak itu. Mahkamah ini mendapati terdapat ruang dan peluang untuk Plaintif memulangkan semula alat ganti kenderaan yang rosak itu kepada Defendan Pertama dan selanjutnya Defendan Pertama mempunyai obligasi sebagaimana dalam perjanjian untuk menggantikan dengan yang baharu. Kegagalan berbuat demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa Defendan-Defendan hendaklah memulangkan deposit 30% yang telah dibayar oleh Plaintif itu. [39] Penglibatan Defendan Keempat dalam urus niaga dengan Plaintif adalah tidak dinafikan dan adalah jelas nyata. Namun, tiada apa-apa bukti dikemukakan oleh Plaintif khususnya melalui keterangan dokumentar dan keterangan SP untuk membuktikan bahawa Defendan Keempat cuba dan telah mendapatkan keuntungan secara salah bersama dengan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan menggunakan syarikat Defendan Pertama bagi tujuan penipuan dan frod terhadap Plaintif. Keterangan SP semata-mata atas kapasitinya sebagai pegawai pemasaran gagal membuktikan bahawa Defendan Pertama secara sengaja tidak bertanggungjawab kepada penggantian alat ganti kenderaan tersebut. Untuk mengenakan tanggungan/liabiliti supaya Defendan Kedua (Mohd Qholif bin Shah Izron Dadameah, seorang warganegara Malaysia dan pengarah dalam Defendan Pertama), Defendan Ketiga (Burhan @ Osmizar bin Adul Rahman, seorang warganegara Malaysia dan pengarah dalam Defendan Pertama) dan Defendan Keempat (seorang warganegara Syria dan pengarah dalam Defendan Pertama), Mahkamah ini selepas meneliti keterangan yang dikemukakan memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif gagal membuktikan penyalahgunaan kedudukan oleh Defendan Keempat dalam syarikat Plaintif; gagal membuktikan Defendan Keempat menyalahgunakan maklumat dan aset syarikat Plaintif untuk mengaut keuntungan peribadi menggunakan syarikat Defendan Pertama; gagal membuktikan bahawa Defendan Keempat itu tidak jujur kerana tidak memberitahu Plaintif mengenai penglibatan Defendan Keempat sebagai pengarah dalam Defendan Pertama; gagal membuktikan timbul isu konflik bertentangan apabila urus niaga antara Plaintif dan Defendan Pertama berlaku di bawah arahan dan pengawasan Defendan Keempat; gagal membuktikan bahawa Defendan Pertama enggan dan/atau tidak mahu menggantikan alat ganti kenderaan yang rosak dengan alat ganti kenderaan yang baharu dan/atau membayar ganti rugi bagi alat ganti kenderaan yang rosak tersebut. [40] Berkenaan dengan ujian sampling yang diadakan pada 17-1-2021 oleh sebuah syarikat Arab Saudi bahawa alat ganti kenderaan berada dalam kualiti yang memuaskan, Mahkamah telah meneliti jawapan kepada pembelaan iaitu Plaintif membangkitkan isu ujian sampling itu tidak menyeluruh kerana hanya 1 unit sahaja diuji dan bukan ujian ke atas semua alat ganti kenderaan. Kegagalan menguji kesemua alat ganti kenderaan itu maka Plaintif memplidkan bahawa unit-unit lain juga rosak dan tidak mencapai standard kualiti dan fungsi yang dijanjikan. Tiada dalam mana-mana syarat bahawa jumlah tertentu perlu diambil dalam membuat sampling tersebut bagi mematuhi ketidakpatuhan spesifikasi. Mahkamah memutuskan bahawa tiada apa-apa kecacatan berlaku dalam ujian sampling yang diadakan pada 17-1-2021 tersebut dan pengesahan Defendan Pertama mengenai pematuhan kepada standard kualiti dan fungsi yang dijanjikan adalah teratur. Penutup [41] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa − a) Defendan-Defendan secara bersesama memulangkan semula bayaran 30% deposit kepada Plaintif. b) kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar secara bersesama oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Bertarikh: 30 April 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Plaintif: Iman Danial dan Hafiz Zubir Tetuan Hafiz Zubir & Co., Bandar Baru Bangi, Selangor Bagi Defendan-Defendan: Zulkepli Omar, Jahfar Jabir & Haikal Iman Jahfar Tetuan Abdul Shukor & Rakan, Petaling Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.