Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-17-03/2023 & BA-45-7-03/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN ARMAND BIN MOHAMED SUHAIMI (NO.KP: 950927-14-5707) PENGHAKIMAN
BA-45A-17-03/2023
High Court of Malaysia12 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. **Note”
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“mething in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained”
“fronted by PW10. His first reaction was to slam the door on the police. His second was to flee the scene. The contemporaneous conduct of the accused is relevant and admissible by virtue of s.8 of the Evidence Act 1950. We are aware that in a number of cases, it has been said that absconding from the scene is not itself”
“person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“79. SP1 merupakan ibu kepada OKT. Sepertimana pendekatan yang diambil oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Mohd Khairol Faizi bin Abu Bakar [2017] MLJU 179, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut dalam konteks mengenai saksi berkepentingan yang mempunyai talian dengan OKT: “[89] In matters involving the testimony”
“keterangan SP4 dan SP5 yang mana menurut pihak pembelaan mereka pernah datang ke bilik OKT dan menghisap ganja bersama-sama OKT. Kes PP v Mohd Sairi Abdul Samat [2013] 10 CLJ 30 dan PP v Tee Lay Mooi [2022] CLJU 1063 dirujuk.”
“kan mitigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Munawar bin Mohd Azizan v PP [2025] MLJU 2983, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-17-03/2023 & BA-45-7-03/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN ARMAND BIN MOHAMED SUHAIMI (NO.KP: 950927-14-5707) PENGHAKIMAN
1
Armand bin Mohamed Suhaimi adalah Orang Kena Tuduh (OKT) yang menghadapi dua pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama – eksibit P3 Bahawa kamu pada 17/10/2022 jam lebih kurang 9.40 malam bertempat di No.16, Jalan 5/1B, Kemensah Residency, dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 466.5 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas tahun. Pertuduhan Kedua – eksibit P4 Bahawa kamu pada 17/10/2022 jam lebih kurang 9.15 malam bertempat di Food Truck Zims Burger, Jalan Melawati 1, Taman Melawati, dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 0.22 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama. Hukuman: Denda tidak lebih RM 20 000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
2
OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah dan mohon dibicarakan.
3
Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT dan OKT dipanggil untuk membela diri.
4
OKT telah membela diri dengan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Hanya OKT yang memberi keterangan bagi pihak pembelaan. Di akhir perbicaraan, setelah menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. OKT disabitkan dengan pertuduhan terhadapnya. Bagi pertuduhan eksibit P3, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) yang bermula dari tarikh ditangkap dan 12 sebatan rotan. Manakala bagi pertuduhan eksibit P4, OKT dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dari tarikh ditangkap. Hukuman penjara berjalan serentak.
5
Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, OKT telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
6
Selain keputusan ringkas/broad judgment yang diberikan pada tarikh keputusan di akhir perbicaraan, berikut adalah alasan keputusan muktamad Mahkamah ini.
7
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT iaitu seperti berikut: Datuk Zawati bt Abd Rahman (ibu OKT/penghuni rumah) SP2 Zafran Fitrie bin Abd Rahman (saudara OKT/penghuni rumah) SP3 Kpl Mohd Hairulazri bin Misran (Jurugambar) SP4 Meor Izz Rasydan SP5 Faiz bin Ismail SP6 Pn Nur Ikadewi bt Sarimin (ahli kimia) SP7 Insp Muhd Izuan bin Razali (Pegawai Serbuan) SP8 Insp Muhammad Hakiman bin Saffeen (Pegawai Penyiasat)
8
Pada 17.10.2022, jam lebih 9.15 malam, Pengadu (SP7) dan anggota serbuan telah pergi ke sebuah food truck Zims Burger, Jalan Melawati 1, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur dan menahan OKT yang berada di food truck tersebut. SP7 telah memperkenalkan diri sebagai polis kepada OKT.
9
Kemudian, OKT telah mengambil 1 beg sandang jenama MUTHA PUAKA dari rak bahagian atas dapur masak dalam food truck tersebut dan mengeluarkan 1 bekas plastic warna hitam bertulis RAW dari poket bahagian hadapan beg tersebut dan menyerahkan kepada SP7 menggunakan tangan kanan.
10
Pemeriksaan dalam bekas plastik tersebut mengandungi barang kes dipercayai dadah ganja. Pemeriksaan selanjutnya dalam poket tengah beg tersebut menjumpai 1 card holder mengandungi sekeping kad pengenalan OKT dan lesen memandu OKT.
11
Selepas SP7 menahan OKT, SP7 dan anggota serbuan bersama OKT telah pergi ke sebuah rumah bernombor 16, Jalan 5/1B, Kemensah Residency, 68000 Ampang. SP7 dapati pintu masuk bertutup dan berkunci. OKT telah membuka pintu masuk rumah tersebut dengan cara mengimbas ibu jari tangan kanan pada tombol pintu masuk.
12
OKT telah menunjukkan kepada SP7 sebuah bilik di tingkat 1. Pintu bilik tersebut bertutup tetapi tidak berkunci. Kesemua mereka masuk ke dalam bilik tersebut. OKT telah mengambil 1 kotak biru bertulisan BIRKENSTOCK dari bawah sebuah cabinet berlaci tepi katil dan serahkan kepada SP7.
13
Pemeriksaan dalam kotak tersebut telah menjumpai barang kes disyaki dadah Ganja. Seterusnya, OKT telah mengambil 1 kotak hitam bertulisan ONITSUKA TIGER dari bahagian bawah sofa dan serahkan kepada SP7. Pemeriksaan dalam kotak tersebut telah menjumpai barang kes disyaki dadah jenis Ganja. Turut dijumpai dalam kotak tersebut adalah beberapa barang lain.
14
Pemeriksaan yang dilakukan sendiri oleh pihak polis dalam bilik tersebut telah menjumpai 1 kotak bertutup bertulisan CHEF WAN dan di dalamnya terdapat barang kes disyaki dadah ganja yang dijumpai dalam laci sebelah kanan sebuah meja computer. SP7 telah merampas kesemua barang kes dan menahan OKT untuk dibawa balik ke IPD Ampang Jaya bagi tindakan selanjutnya.
15
Bagi membuktikan OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 dan 39B ADB 1952 sepertimana di dalam pertuduhan-pertuduhan pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati berikut:
a
Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya
b
OKT mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadahdadah tersebut
c
OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut
d
OKT mengedar dadah tersebut – bagi pertuduhan seksyen 39B ADB 1952 – pertuduhan P3 INTIPATI PERTUDUHAN YANG PERLU DIBUKTIKAN ELEMEN PERTAMA : IDENTITI DADAH
16
Dalam kes ini, tidak timbul pertikaian bahawa dadah-dadah yang dirampas oleh pengadu adalah dadah yang sama telah dianalisa oleh Pn Nur Ikadewi bt Sarimin (ahli kimia)/SP6 dan hasil analisa SP6 adalah dadah tersebut adalah dadah berbahaya. Mahkamah ini bersetuju dengan nas undang-undang dirujuk oleh pihak pendakwaan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors V. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189 yang mana telah diputuskan seperti berikut: "[41] First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc., and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. [42] The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is 'a gap', does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that 'gap' the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tempering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. [43] The second period is from the time that it was received back from the chemist until it is produced in court. In my view, the chain of evidence is less important during this second period. This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court and if not the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Even in a murder trial, the dead body is not produced in court. In Sunny Ang v. Public Prosecutor [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) the body of the victim was not even recovered, yet the accused was convicted of murder. What the prosecution has to prove is that a particular person had died and the accused had caused his death. The death of the victim is not proved by looking at his remains in court, but by evidence of witnesses, the medical report, the identity card, the photographs and so on. Similarly, in a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist, there may be a gap in the chain of the people keeping custody of it subsequent to it having been analysed by the chemist until the date of trial, but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall."
17
Barang rampasan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh SP6 dan hasil analisa adalah sebagaimana yang terkandung dalam laporan kimia P14.
18
Pihak Pendakwaan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Tarmizi Bin Yaacob Dan Satu Lagi V. PP [2006] 4 CLJ 472; [2006] 6 MLJ 197 yang menyatakan: "Bagi maksud itu, Mahkamah perbicaraan seperti juga Mahkamah ini seharusnya mengambil pendekatan yang disarankan oleh Mahkamah Agong dalam kes Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492 (diikuti) yang diikuti dalam kes PP v. Lam San v [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 MLJ 426 (diikuti) dalam menangani keterangan ahli kimia. Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah pebicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmalnya."
19
Oleh itu, tidak ada cabaran mengenai isu bahawa barang rampasan merupakan dadah berbahaya sebagaimana diperuntukkan di dalam jadual Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menjadi intipati dalam pertuduhan terhadap OKT. Adalah dapatan Mahkamah bahawa elemen pertama dipenuhi. ELEMEN KEDUA : OKT MEMPUNYAI KAWALAN, JAGAAN DAN
20
Nas undang-undang tersohor yang selalu dirujuk adalah sepertimana diputuskan di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 seperti berikut: "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):- "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. Once possession is proved then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh's case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as in Lee's case, it was a lottery document it must be proved that he knew it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence."
21
Selain itu, prinsip undang-undang adalah mantap bahawa milikan terhadap dadah tidak semestinya bersifat ekslusif. Rujuk Pendakwa Raya v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC; [2009] 2 MLJ 194; [2008] 3 MLRA 116; [2009] 2 AMR 757.
22
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Insp Muhd Izuan bin Razali (Pegawai Serbuan) (SP7) telah memberi keterangan material yang membuktikan bahawa OKT mempunyai elemen kawalan dan jagaan berhubung barang kes dadah yang dijumpai dalam beg OKT sepertimana eksibit (P20) dan kotak-kotak (eksibit P21, P22 dan P23) yang dijumpai di dalam bilik
23
Berdasarkan keterangan SP7, beliau menerangkan pada hari kejadian beliau dan anggota serbuan telah ke food truck Zims Burger, Jalan Melawati 1, Taman Melawati, Kuala Lumpur dan menahan OKT yang berada di food truck tersebut. SP7 telah memperkenalkan dirinya sebagai polis dan bertanyakan OKT sekiranya dia ada menyimpan apa-apa barang salah.
24
OKT telah mengambil P20 dari rak bahagian atas dapur masak dalam food truck tersebut dan mengeluarkan 1 bekas plastik warna hitam bertulis RAW (P20(1)) dari poket bahagian hadapan dan menyerahkan barang tersebut kepada SP7 menggunakan tangan kanan OKT.
25
SP7 membuat pemeriksaan dalam P20 (1) dan menjumpai 1 balutan kertas berisi ceraian tumbuhan (P16(A)). Turut dijumpai dalam poket tengah P20 adalah 1 pemegang kad (P20(2)) yang mengandungi kad pengenalan OKT (P20(3)) dan lesen memandu OKT (P20(4)).
26
Seterusnya, SP7 telah memberikan kata-kata amaran kepada OKT dan menerangkan kata-kata amaran tersebut kepada OKT dan OKT faham dengan kata-kata amaran tersebut. SP7 memberikan kata-kata amaran tersebut selepas terjumpanya barang dipercayai dadah dalam P20. SP7 bertanyakan kepada OKT sekiranya mempunyai barang salah dan OKT menyatakan ada dadah ganja di rumah.
27
OKT dibawa untuk menaiki kereta pasukan dan di dalam kereta tersebut baru sahaja OKT digari. OKT telah memandu arah SP7 dan anggota serbuan ke rumahnya di No.16, Jalan 5/1B, Kemensah Residency, 68000 Ampang, Selangor.
28
Semasa sampai di rumah tersebut, SP7 mendapati pintu masuk utama bertutup berkunci. OKT telah membuka pintu masuk utama tersebut dengan cara mengimbas ibu jari tangan kanan pada tombol pintu masuk. Kemudian, OKT telah membawa SP7 dan anggota serbuan naik ke bilik OKT iaitu bilik kedua sebelah kanan di tingkat 1. Pintu bilik tersebut dalam keadaan bertutup tetapi tidak berkunci.
29
Selepas mereka masuk ke dalam bilik tersebut, OKT telah mengambil 1 kotak biru bertulis BIRKENSTOCK (P21) dari bahagian bawah kabinet berlaci tepi katil dan serahkan kepada SP7 dengan tangan kanan. Pemeriksaan dalam P21 telah menjumpai 12 paket plastik lutsinar berikat gelang getah setiap satu berisi ketulan mapat tumbuhan kering disyaki ganja dan 10 paket plastik lutsinar berikat gelang getah setiap satu berisi 1 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja (P17 (1-22)).
30
Seterusnya, OKT telah mengambil 1 kotak hitam bertulis ONITSUKA TIGER (P22) dari bawah sofa dan serahkan kepada SP7 menggunakan tangan kanan. Pemeriksaan dalam P22 telah menjumpai 1 bungkusan plastik lutsinar berisi 1 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja yang dibalut dengan kepingan aluminium (P22(1)). Turut dijumpai dalam kotak yang sama adalah alat penimbang (P22(2)), 2 bilah pisau warna biru dan merah (P22 (3) dan (4)), 1 pembaris plastik (P22(5)), 1 bungkus plastik-STORAGE BAG- (P22(6)) dan 1 kotak bertulis GLAD berisi aluminium foil (P22(7)).
31
Pemeriksaan lanjut dalam bilik tersebut yang dibantu oleh anggota serbuan telah menjumpai 1 kotak bertulis CHEF WAN (P23) yang terdapat 10 paket plastik lutsinar dan setiap paket berisi 1 ketulan mampat daun kering disyaki ganja (P19(1-10)) yang berada dalam laci sebelah kanan meja komputer.
32
Bagi dadah ganja yang dijumpai dalam P20, keterangan yang menunjukkan OKT mempunyai milikan sebenar terhadap dadah yang dijumpai adalah kerana P20 juga mengandungi barang peribadi OKT iaitu kad pengenalan dan lesen OKT, P20(3) dan
33
Bagi dadah yang dijumpai dalam bilik OKT, kawalan dibuktikan apabila untuk memasuki rumah tersebut juga mempunyai ciri keselamatan khas iaitu menggunakan cap jari OKT.
34
Kemudian, keterangan dari SP1 iaitu ibu OKT sendiri mengesahkan bahawa di tingkat tersebut mempunyai 4 bilik dan setiap orang mempunyai bilik masing-masing. SP1 juga mengesahkan berdasarkan gambar yang ditunjukkan bahawa bilik tersebut adalah bilik yang didiami oleh OKT seorang sahaja. SP1 juga menyatakan yang OKT akan selalu tinggal di biliknya sahaja. SP1 jarang sekali masuk ke bilik OKT.
35
SP1 juga menyatakan yang beliau hanya akan berada di tingkat atas sahaja iaitu dalam biliknya. SP2 menyatakan apa-apa yang berlaku dalam bilik OKT adalah di luar pengetahuan OKT.
36
Keterangan dari saudara OKT iaitu SP2 juga mengesahkan bahawa P7(15-22) adalah sebagai bilik OKT yang didiami oleh OKT seorang sahaja. SP2 ada masuk ke bilik OKT seminggu sebelum tarikh tangkapan untuk bersembang dengan OKT.
37
Semasa pemeriksaan balas, SP1 dan SP2 menyatakan bahawa rakan-rakan OKT yang bernama Meor (SP4) dan Faiz (SP5) sering hadir ke rumah tersebut dan melepak di dalam bilik OKT. SP1 dan SP2 juga menyatakan yang SP4 dan SP5 akan masuk melalui pintu sliding door di bahagian tepi rumah.
38
Pihak pendakwaan telah memanggil SP4 dan SP5 untuk memberi keterangan. SP4 menyatakan yang beliau akan ke rumah OKT dalam 1 hingga 2 kali seminggu. SP4 menyatakan yang sekiranya beliau ingin masuk ke rumah OKT, OKT akan maklumkan kepada pengawal keselamatan di pondok keselamatan atau OKT akan berjumpa dengan SP4 di pondok keselamatan. SP4 hanya akan pergi ke rumah tersebut sekiranya OKT berada di rumah.
39
SP4 menyatakan yang kali terakhir beliau pergi ke rumah OKT adalah pada 4-5 hari sebelum tarikh kejadian. SP4 tidak akan membawa apa-apa barang jika pergi ke rumah OKT.
40
Semasa disoal balas, SP4 menafikan yang beliau akan masuk ke rumah OKT melalui pintu belakang atau sliding door. SP4 juga dicadangkan yang beliau mempunyai akses untuk masuk ke rumah dan bilik OKT dengan mudah kerana sliding door dan pintu bilik OKT tidak berkunci.
41
Walau bagaimanapun, SP4 menjawab yang beliau hanya akan masuk dan berjumpa dengan OKT dengan keizinan OKT dan setiap masa OKT akan ada bersama dengannya.
42
SP5 menyatakan bahawa beliau juga kerap ke rumah OKT dalam kekerapan 2 kali seminggu. SP5 akan masuk ke rumah OKT melalui dua pintu iaitu pintu utama dan sliding door.
43
SP5 menerangkan bahawa beliau akan masuk ke rumah OKT melalui pintu utama dengan cara pintu tersebut dibuka oleh penghuni rumah kerana pintu tersebut sentiasa berkunci dan lazimnya OKT yang akan membuka pintu tersebut. Begitu juga dengan sliding door.
44
SP5 menyatakan yang setiap kali beliau ke rumah tersebut, OKT juga mesti ada di rumah tersebut. SP5 akan melepak, bermain alat muzik dan menonton YouTube di bilik OKT. SP5 menyatakan setiap kali beliau ke rumah OKT, beliau hanya akan membawa kunci motor, dompet dan kunci rumahnya sahaja.
45
SP5 menyatakan bahawa kali terakhir beliau ke rumah OKT adalah seminggu sebelum tarikh kejadian.
46
Semasa disoal balas, SP5 menafikan bahawa disebabkan hubungan rapat antara beliau dan keluarga OKT membolehkan beliau untuk masuk secara bebas ke rumah tersebut menggunakan sliding door.
47
SP5 menyatakan bahawa walaupun hubungan mereka rapat, beliau tidak akan masuk ke rumah tersebut tanpa pengetahuan tuan rumah atau OKT. SP5 juga akan masuk ke rumah tersebut apabila OKT ada di rumah kerana SP5 akan masuk juga melalui pintu utama yang hanya boleh dibuka oleh penghuni rumah.
48
Malah, untuk SP5 melepasi pondok pengawal juga beliau menyatakan yang pengawal keselamatan akan menghubungi tuan rumah dahulu untuk memastikan sama ada OKT atau penghuni lain ada di rumah.
49
Yang paling utama, keterangan SP4 dan SP5 menafikan bahawa mereka ada membawa apa-apa barang ke bilik OKT semasa mereka pergi ke bilik tersebut, walaupun telah disoal oleh pihak pembelaan berkenaan P21, P22 dan P23.
50
Oleh hal yang demikian, keterangan adalah jelas bahawa bilik tersebut sememangnya didiami oleh OKT seorang sahaja bahkan OKT sendiri yang mengambil P21 dan P22 untuk diserahkan kepada SP7. P23 juga dijumpai dalam bilik OKT dalam laci komputer yang sememangnya dalam kawalan OKT.
51
Maka, pihak pendakwaan berhujah bahawa OKT sebenarnya mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah yang dijumpai dalam bilik tersebut. ELEMEN KETIGA: OKT MEMPUNYAI PENGETAHUAN
52
Pihak pendakwaan merujuk kepada kes PP v Parlan Dadeh [2009] 1 CLJ 717 di mana Mahkamah telah memutuskan: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case by case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had necessary knowledge. "
53
Merujuk kepada kes PP v. Bayanjarghal Khaliun [2018] 1 LNS 166 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- "In our view, the fact that the massive amount of drugs were found inside the premises which have been proved to have been occupied by the respondent and that she was alone inside the premises when the drugs were found were sufficient evidence to infer knowledge of the existence of the drugs against the respondent. In addition, the door to the room where the drugs were found was not locked. And, the drugs were simply placed on the floor and on the bed and not hidden out of view. In such event it is preposterous to suggest that the respondent did not know or did not see the drugs being placed in such manner on the floor and on the bed inside the room in her own house." [Penekanan ditambah]
54
Tambahan pula, dalam kes PP v Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Hakim Augustine Paul menyatakan: "It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, of the existence of the dangerous drugs but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49."
55
Dalam kes yang dibicarakan ini, OKT mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes tersebut berdasarkan kepada perbuatan OKT itu sendiri sebagaimana berikut: a. OKT menyerahkan beg P20 yang mengandungi dadah kepada SP7 menggunakan tangan kanannya; b. OKT telah memandu arah SP7 ke rumahnya dan membawa SP7 ke dalam biliknya; c. OKT telah mengambil P21 dan P22 yang mengandungi dadah dan menyerahkan kotak-kotak tersebut kepada SP7; d. Kotak P23 yang dijumpai oleh pihak polis berada dalam laci komputer yang berada dalam bilik OKT. e. Perbuatan OKT yang menyerahkan barang kes kepada SP7 yang dinyatakan di atas terjumlah kepada perbuatan selepas atau subsequent conduct di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950.
56
Pihak pendakwaan juga merujuk kepada kes PP v Tan Kim Piow [2008] 6 MLJ 409, seperti berikut: On 30th June 1997, at about 12.15pm, PW10 (Inspector Yusof Abdul) acting on information received by him raided the first floor of premises No 303 Jalan Seng Meng Lee in Seremban. He was accompanied by a team of six other police personnel. He knocked on the door. It was opened by the accused. PW10 then identified himself as a police officer. At that point, the accused made a sudden attempt to close the door. Nevertheless, PW10 and his team managed to force their way in. The accused then tried to run into the house. But he was apprehended. The accused then led PW10 to a room on the first floor. There were three beds in that room. Two male Chinese were sprawled, one on each of two beds. They appeared to be asleep. The third bed was empty. PW10 woke them. They were startled. There was a cupboard in the room. In the cupboard there was a black plastic bag and inside it was a red plastic bag. From this PW10 removed a package which contained a substance that he suspected to be a dangerous drug. The substance he recovered was, upon subsequent chemical examination, found to be 442.9g of cannabis. The accused and the other two occupants (PW5 and PW6) were arrested. PW5 and PW6 were released and later gave evidence at the accused's trial. In our judgment, the learned judge overlooked the totality of the circumstantial evidence that was led before him by the prosecution. It is for this reason that he erred in acquitting the accused at the close of the prosecution's case. There were, in our view, sufficient facts established by the prosecution based on which a case of passive possession against the accused could prima facie be inferred. There is the accused's conduct when confronted by PW10. His first reaction was to slam the door on the police. His second was to flee the scene. The contemporaneous conduct of the accused is relevant and admissible by virtue of s.8 of the Evidence Act 1950. We are aware that in a number of cases, it has been said that absconding from the scene is not itself evidence of guilt. But if you look carefully enough at those cases, you will find that the editors of Sarkar's Law of Evidence (15th Ed) saying this: Mere absconding by itself does not necessarily lead to firm conclusion of guilty of mind. The act is relevant piece of evidence to be considered along with other evidence but its value would depend upon the circumstances of each case.
57
Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Khairuddin bin Hassan v PP [2010] 7 CLJ 129, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “… based on both elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs.”
58
Oleh hal yang demikian, berdasarkan nas undang-undang di atas pihak pendakwaan hujahkan bahawa perbuatan OKT yang menyerahkan barang kes dadah sebenarnya menunjukkan yang OKT tahu bahawa kandungan dalam P20, P21, P22 dan P23 merupakan dadah berbahaya.
59
Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan anggapan pengedaran dalam seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menyatakan seperti berikut:
60
Memandangkan berat bersih dadah dalam kes ini adalah sebanyak 466.5 gram Cannabis maka OKT dianggap memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran.
61
Pihak pembelaan telah membangkitkan isu-isu berikut terhadap kes pendakwaan:
a
Keterangan saksi pendakwaan SP4 dan SP5 yang dikatakan tidak konsisten;
b
Pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan kerana SP4 dan SP5 mempunyai akses ke atas bilik OKT.
c
SP4 dan SP5 yang dikatakan ditangkap secara konsekutif dengan OKT termasuk berat dadah yang dijumpai di premis SP4 dan SP5 mempunyai kaitan dengan kes OKT.
d
Siasatan pengawai penyiasat SP8 yang tidak lengkap. TUGAS MAHKAMAH
62
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s.180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut.
63
Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: “Procedure after conclusion of case for prosecution.
180
(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
64
Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction ( Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt".
65
Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question : If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal".
66
Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case".
67
Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
68
Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan, kredibiliti saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN
69
Pihak pembelaan memfokuskan hujahannya mengenai barang kes dadah berbahaya (eksibit P21 dan kandungannya, P22 dan kandungannya, serta P23 dan kandungannya) yang dijumpai di dalam bilik OKT sepertimana di dalam pertuduhan P3. Jika disabitkan dengan pertuduhan, OKT boleh dihukum gantung sampai mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sebatan.
70
Manakala untuk pertuduhan P4, barang kes dadah dijumpai di dalam bag warna hitam (eksibit P20) bersama dengan kad pengenalan dan lesen memandu OKT didalamnya. Oleh itu, adalah jelas OKT mempunyai milikan atas barang kes dadah tersebut.
71
Pihak pembelaan menghujahkan SP4 dan SP5 mempunyai akses kepada bilik OKT. Oleh itu, pihak pendakwaan gagal mengecualikan SP4 dan SP5 daripada akses kepada bilik OKT. Peguambela menghujahkan bahawa ini telah menyebabkan keraguan kerana OKT dikatakan tidak mempunyai pemilikan ke atas barang kes yang dadah dijumpai di dalam bilik OKT.
72
Asas hujahan pihak pembelaan adalah berdasarkan kepada berikut:
a
Keterangan SP5 yang mengakui bahawa beliau sering menghisap ganja di bilik OKT.
b
SP4 mengakui bahawa dadah yang dijumpai dalam bilik OKT adalah dimiliki oleh SP5.
c
Pesanan ringkas WhatsApp daripada SP4 kepada SP1 menunjukkan bahawa SP4 dan SP5 terlibat dengan pengedaran dadah.
73
Sebelum diteruskan dengan analisa berkaitan isu pokok dibangkitkan pihak pembelaan, haruslah dimulakan analisa Mahkamah dengan tempat kejadian sepertimana pertuduhan eksibit P3 yang merupakan rumah bungalow di no. 16, Jalan 5/1B, Kemensah Residency, dalam daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan (gated area). Rujuk gambar eksibit P7(1- 22).
74
Rumah tersebut didiami oleh OKT bersama ibunya (SP1), anak saudara SP1 (SP2) dan Ela Santri, seorang pembantu rumah (eksibit P29). Rumah tersebut mempunyai empat bilik di tingkat satu. Setiap orang mempunyai bilik masing-masing.
75
Pintu utama rumah berkenaan sentiasa berkunci dan ia mempunyai ciri keselamatan khas yang mana ia hanya boleh dibuka dengan cara imbasan ibu jari pada tombol pintu masuk. Ketika hari kejadian, selepas tangkapan ke atas OKT dibuat di Food Trucks Zim Burger (pertuduhan eksibit P4) dan kata-kata amaran diberikan, OKT telah memandu arah pasukan serbuan diketuai oleh SP7 ke rumah OKT dan OKT telah mengimbas pintu utama rumahnya dengan ibu jari kanan OKT sebelum anggota serbuan memasuki rumah tersebut.
76
Menurut keterangan SP1, beliau jarang masuk ke bilik OKT. Manakala SP2 memberi keterangan adalah di luar pengetahuan beliau akan apa-apa yang berlaku di bilik OKT. Kali terakhir SP2 masuk ke bilik OKT untuk bersembang adalah seminggu sebelum hari kejadian.
77
Manakala Ela Santri melalui rakaman semasa siasatan oleh SP8 (eksibit P30) dibuat pada 20.10.2022 menyatakan bahawa sudah dua minggu beliau tidak masuk bilik OKT dan Ela Santri juga menyatakan bahawa beliau tidak berani masuk bilik OKT.
78
SP1 dan SP2 menyatakan bahawa SP4 dan SP5 sering melepak di bilik OKT dan SP1 memberikan keterangan yang SP4 dan SP5 akan masuk melalui pintu sliding door di bahagian tepi rumah.
79
SP1 merupakan ibu kepada OKT. Sepertimana pendekatan yang diambil oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Mohd Khairol Faizi bin Abu Bakar [2017] MLJU 179, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut dalam konteks mengenai saksi berkepentingan yang mempunyai talian dengan OKT: “[89] In matters involving the testimony of ‘interested witnesses’, the issue that concerns the court is not whether the witnesses are related to the accused or to the victim of his crime. The issue is whether their evidence is reliable. While the evidence of the mother or the brother of an accused person is entitled to credence like any other witness, at the same time the court must not shut its mind to the reality that their motherly or brotherly instinct would be to try to save him from punishment, more so when the punishment is death.”
80
Sepertimana di dalam kes ini juga, SP1 telah menyediakan sendiri gambar, terutamanya gambar sliding door sepertimana eksibit D8(1-12) tanpa diarahkan oleh pihak pendakwaan mahupun polis. Sebaliknya SP1 juga memaklumkan bahawa beliau ada berhubungan dengan peguambela untuk membantu OKT yang merupakan anak SP1.
81
Ini adalah lumrah seorang ibu sepertimana dinyatakan di dalam kes yang dirujuk di atas. Dengan demikian, Mahkamah ini mestilah berhati-hati dalam menilai keterangan terutamanya dalam konteks keterangan mengenai SP4 dan SP5 masuk ke rumah OKT melalui sliding door di tepi rumah.
82
SP4 dan SP5 yang merupakan saksi pendakwaan telah memberikan keterangan bahawa mereka akan ke rumah OKT apabila OKT berada di rumah. OKT akan membuka pintu utama rumah kerana ciri keselamatan pada pintu utama begitu juga melalui sliding door.
83
Apa yang mustahak adalah keterangan SP4 dan SP5 bahawa untuk ke rumah OKT, mereka hendaklah melalui pondok pengawal yang mana pengawal keselamatan akan menghubungi sama ada OKT atau penghuni lain yang berada di rumah terlebih dahulu sebelum SP4 dan SP5 boleh memasuki kawasan tersebut.
84
Daripada keterangan SP4 dan SP5, Mahkamah berpandangan bahawa adalah tidak masuk akal untuk mempercayai bahawa SP4 dan SP5 boleh bebas keluar masuk rumah OKT melalui sliding door apabila OKT tiada di rumah sepertimana dihujahkan pihak pembelaan. Pihak pembelaan tidak langsung mengambilkira kawasan perumahan didiami oleh OKT merupakan satu gated area yang mana SP4 dan SP5 hendaklah melalui pondok pengawal sebelum memasuki kawasan perumahan OKT.
85
Selain itu, apa yang kritikal kepada Mahkamah adalah SP4 dan SP5 secara konsisten dalam keterangan mereka menafikan bahawa mereka ada membawa apa-apa barang salah ke bilik OKT semasa memberi keterangan di Mahkamah.
86
SP4 juga menyatakan bahawa beliau hanya tahu mengenai dadah dijumpai dalam bilik OKT apabila SP4 dimaklumkan oleh OKT semasa di lokap. Di peringkat ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa keterangan yang diberikan oleh SP4 berkaitan OKT memaklumkan beliau mengenai dadah dijumpai dirumahnya adalah keterangan “hearsay”. Kesahihan keterangan tersebut mestilah dibuktikan melalui keterangan OKT. Oleh itu, keterangan yang diberikan SP4 mengenai perbualannya dengan OKT di lokap adalah tidak diterima Mahkamah.
87
Selain itu, Mahkamah juga membuat dapatan bahawa teks pesanan ringkas melalui WhatsApp oleh SP4 kepada SP1 telah dibaca oleh peguambela OKT di Mahkamah. Ia bukanlah satu keterangan yang boleh diterima oleh Mahkamah yang mana keterangan tersebut telah gagal mematuhi ruang lingkup peruntukan Akta Keterangan 1950 – rujuk seksyen 60 Akta Keterangan 1950.
88
Mahkamah ini juga tidak bersetuju dengan hujahan peguambela apabila dikatakan oleh SP4bahawa SP5 memiliki dadah barang kes di bilik OKT. Jelas peguambela gagal menilai keterangan SP4 dengan berhemah apabila SP4 sendiri semasa disoal balas peguambela menyatakan “tidak pasti” apabila disoal balas sama ada dadah dijumpai di bilik OKT adalah dimiliki oleh SP5.
89
SP4 hanya dimaklumkan oleh OKT bahawa dadah tersebut adalah dimiliki oleh SP5 sepertimana ditolak oleh Mahkamah ini kerana merupakan keterangan “hearsay”. ELEMEN PENGETAHUAN – OKT MEMPUNYAI PENGETAHUAN
90
Apa yang kritikal di dalam kes ini ialah dadah eksibit P21 dan P22 telah diambil sendiri oleh OKT dan diserahkan kepada SP7 daripada kabinet berlaci tepi katil dan dari bahagian bawah sofa oleh OKT. Dengan perbuatan OKT, jelas bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah dan perbuatan tersebut jelas terjatuh di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Rujuk juga kes PP v Parlan Dadeh [2009] 1 CLJ 717 dan PP v Bayanjarghal Khaliun [2018] 1 LNS 166.
91
Manakala eksibit P23 dijumpai oleh SP7 melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis dalam bilik OKT. Oleh itu, berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Khairuddin bin Hassan v PP [2010] 7 CLJ 129, Mahkamah mendapati bahawa OKT mempunyai mens rea possession akan dadah-dadah yang dijumpai.
92
Keterangan SP7 juga jelas bahawa tangkapan ke atas SP4 dan SP5 tidak ada kaitan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Jika terbabit, sudah tentu SP4 dan SP5 akan dituduh bersama OKT di dalam kes ini.
93
Oleh itu, keterangan-keterangan yang jelas oleh SP7 menguatkan lagi kes pendakwaaan dan menyangkal cabaran pihak pembelaan bahawa tangkapan SP4 dan SP5 yang dibuat pada hari yang sama tidak ada kaitan dengan kes OKT.
94
Mahkamah juga berpandangan laporan polis mengenai tangkapan ke atas OKT melalui Report Taman Melawati 7392/22 (eksibit P26) jelas bahawa tangkapan hanya melibatkan OKT sahaja. Dalam hal ini, adalah dapatan Mahkamah bahawa isu tangkapan susulan dibuat ke atas SP4 dan SP5 tidak ada kaitan dengan kes di hadapan Mahkamah.
95
Manakala mengenai isu CCTV di pondok pengawal yang tidak dikemukakan di Mahkamah kerana menurut SP8 yang manyatakan bahawa CCTV tersebut telah rosak, Mahkamah ini berpandangan bahawa ketiadaan keterangan CCTV tidak menjejaskan kes pendakwaan.
96
Tambahan pula, keterangan CCTV adalah merupakan keterangan sokongan dan terdapat keterangan yang melimpah ruah dalam kes ini yang menjurus kepada kaitan OKT dengan barang dadah yang dijumpai dikedua-dua premis. Rujuk Dilbar Nazarova v PP & Another appeal [2015] 1 LNS 926.
97
Mengenai isu siasatan SP8 yang dikatakan tidak menyeluruh sepertimana hujahan pihak pembelaan, adalah dapatan Mahkamah bahawa SP8 telah menjalankan siasatan yang lengkap. SP8 telah mengambil rakaman percakapan SP4 dan SP5. Apa yang jelas, SP4 dan SP5 tidak didakwa bersekali dengan OKT kerana hasil siasatan ke atas SP4 dan SP5, adalah didapati bahawa SP4 dan SP5 tidak terlibat dengan kes yang dihadapkan ke atas OKT untuk dadah dijumpai di bilik OKT dan mereka juga tidak mengetahui mengenai dadah dijumpai dalam bilik OKT.
98
Berdasarkan kepada di atas, Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT mempunyai kawalan, jagaan dan milikan dadah yang dirampas.
99
Mengenai elemen pengedaran, Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen milikan dan anggapan undang-undang di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai.
100
Berdasarkan kepada di atas, setelah meneliti segala keterangan dan setelah membuat pertimbangan secara maksimum ke atas keterangan saksi pendakwaan dan krebiliti saksi-saksi pendakwaan, adalah didapati dan diputuskan bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT dan berasaskan kepada peruntukan seksyen 180(3) Kanan Tatacara Jenayah, OKT adalah dipanggil untuk membela diri.
101
OKT/SD1 telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Tidak ada saksi lain dipanggil oleh pihak pembelaan melainkan OKT sendiri memberi keterangan. Pembelaan OKT/SD1 berpaksikan kepada cabaran-cabaran dalam konteks berikut:
a
Pemilikan – pihak pendakwaan gagal mengecualikan kemungkinan akses kepada dadah yang ditemui dalam premis rumah Hujahan pihak pembelaan bersandarkan kepada keterangan SP4 dan SP5 yang mana menurut pihak pembelaan mereka pernah datang ke bilik OKT dan menghisap ganja bersama-sama OKT. Kes PP v Mohd Sairi Abdul Samat [2013] 10 CLJ 30 dan PP v Tee Lay Mooi [2022] CLJU 1063 dirujuk.
b
OKT/SD1 menyatakan SP5 pernah menjual ganja kepada rakan-rakan SP5 dan meminta ganja tersebut disimpan di rumah OKT dan SP4.
c
SD1 memberi keterangan yang beliau telah balik ke rumah pada pukul 2.15 petang kerana pada pukul 1.45 petang hari yang sama, SP5 ada memaklumkan SD1 bahawa SP5 ingin ke rumah SD1.
d
Apabila SP5 sampai di rumah pukul 2.15 petang, SD1 telah menyuruh SP5 naik ke bilik beliau dan SD1 lihat SP5 ada membawa sebuah bag berwarna coklat. Apabila ditanya oleh SD1 apa yang dibawa SP5, beliau tidak menjawab pertanyaan SD1.
e
Pada hari yang sama juga, SP4 telah sampai ke rumah SD1 pukul 2.45 petang. Beliau juga diarahkan untuk naik ke bilik SD1. SP4 telah masuk ke rumah SD1 melalui pintu sliding di tingkat bawah. SD1, SP4 dan SP5 telah meluangkan masa bersama. SD1 tidak turut serta SP4 dan SP5 menghisap ganja kerana SD1 bekerja pada sebelah malam hari tersebut. SD1 telah pergi kerja dan meinggalkan SP4 dan SP5 di bilik SD1 apabila SD1 pergi bekerja.
f
SD1 di peringkat pembelaan menafikan kata-kata amaran telah diberikan oleh SP7. SD1 juga menafikan bahawa beliau telah menyerahkan bag hitam yang mana ganja dijumpai di Lokasi pertama kejadian/food truck. Sebaliknya, SD1 menyatakan bahawa pemeriksaan SP7 di lokasi kejadian telah menjumpai dadah ganja dalam bag sandang eksibit P20.
g
SD1 telah digari dan dibawa ke kereta. SD1 menyatakan bahawa SP4 telahpun berada di dalam kereta dan berkali-kali memohon maaf kepada SD1 kerana meletakkan dadah ganja di dalam bilik SD1.
h
Kebergantungan pihak pembelaan dengan keterangan SP1. Pihak pembelaan berhujah bahawa menyatakan bahawa sliding door di Tingkat bawah rumahnya sentiasa tidak berkunci dan SP4 dan SP5 mempunyai akses bebas masuk dan keluar ke dalam rumahnya dan bilik OKT. Ini menguatkan lagi hujahan pihak pembelaan mengenai akses rumah dan bilik OKT oleh SP4 dan SP5.
i
Ketiadaan CCTV menjejaskan kes pendakwaan.
j
Pengetahuan – pihak pembelaan mencabar keterangan SP7 dan menghujahkan OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah-dadah yang dirampas. Kes Pendakwa Raya v Hong Loy Tee [2006] 7 MLJ 114 telah dijadikan sandaran kepada hujahan pihak pembelaan.
k
Siasatan SP8 tidak lengkap dan tidak menyeluruh. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN
102
Di peringkat ini, Mahkamah telah mendengar dan membuat penilaian secara keseluruhan keterangan saksi-saksi pembelaan dan saksi-saksi pendakwaan yang telah diberikan semasa di peringkat pendakwaan.
103
Mahkamah ini telah memutuskan saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan dadah berbahaya jenis cannabis secara terus tanpa bergantung kepada anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952.
104
Oleh yang demikian, Mahkamah ini akan meneliti sama ada pihak pembelaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas pemilikan dan pengedaran sepertimana pertuduhan eksibit P3. Begitu juga, pemilikan atas pertuduhan sepertimana pertuduhan eksibit P4.
105
Pokok hujahan pihak pembelaan ialah mengulangi isu yang sama dibangkitkan di peringkat pendakwaan. Iaitu kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen kritikal di dalam kes ini iaitu pemilikan kerana gagal mengecualikan pihak lain yang mempunyai akses kepada bilik OKT.
106
Dalam konteks kes ini, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pembelaan OKT/SD1 bukan penafian kosong. Akan tetapi, ia merupakan cabaran kepada naratif pendakwaan dan juga merupakan penjelasan bagaimana dadah yang dijumpai di dalam bilik OKT. Kes Mahkamah Rayuan di dalam Siti Aishah bt Sheik Abd Kadir v PP [2013] 6 MLJ 86 dirujuk.
107
Oleh itu, Mahkamah ini perlu meneliti versi pendakwaan khasnya keterangan SP4 dan SP5 yang memberi kenyataan bahawa mereka tidak datang ke rumah OKT pada hari kejadian dan naratif OKT/SD1 yang menyatakan kedua-dua mereka ke rumah SD1.
108
Namun, semasa di peringkat pendakwaan lagi, SP4 dan SP5 telah memberi keterangan bahawa mereka pernah ke rumah OKT seminggu sebelum kejadian tangkapan ke atas OKT berlaku. Bukannya pada hari kejadian sepertimana dikatakan
109
SP4 dan SP5 juga telah memberikan keterangan yang jelas bahawa mereka tidak pernah ke rumah OKT tanpa kehadiran OKT di rumah.
Preamble
Menurut keterangan SP4 dan SP5, memandangkan kawasan perumahan OKT adalah kawasan berpagar (guarded area), SP4 dan SP5 akan memaklumkan pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan perumahan OKT.
110
Mahkamah ini juga telah meneliti berulang kali Nota Keterangan dan mendapati SP4 dan SP5 telah dicabar beberapa kali oleh peguambela di peringkat pendakwaan lagi bahawa SP4 atau SP5 selalu masuk rumah OKT melalui pintu sliding yang tidak berkunci yang mana dinafikan secara konsisten oleh SP4 dan SP5. Apabila disoal oleh peguambela mengenai akses yang mudah untuk keluar masuk rumah OKT, sebagai contoh, berikut adalah jawapan yang diberikan. Q : Kamu mempunyai akses bebas ke rumah atau bilik OKT? A : Tidak setuju mempunyai akses bebas ke rumah atau bilik
111
SP4 dan SP5 menafikan bahawa mereka bebas keluar masuk ke rumah OKT. Kedua-dua saksi juga menyatakan masakan mereka boleh sewenang-wenangnya keluar masuk ke rumah OKT melalui pintu sliding kerana mereka akan memberitahu OKT dahulu supaya OKT boleh memaklumkan kepada pengawal keselamatan di pondok pengawal untuk mendapat akses masuk ke rumah OKT.
112
Sandaran pembelaan OKT adalah dadah dimiliki oleh SP5. Ini adalah menurut hujahan pembelaan bahawa SP4 tahu bahawa dadah dimiliki SP5 apabila SP4 memaklumkan OKT di lokap. Manakala apabila dicadangkan oleh pihak pembelaan bahawa dadah ganja dimiliki oleh SP5. Berikut adalah jawapan SP4. Q : Saya cadang dadah ganja dimiliki Faiz (SP5) A : Tidak pasti.
113
Walau bagaimanapun, apabila disoal oleh pihak pembelaan kepada SP5 bahawa dadah berbahaya itu adalah milik SP5, ia telah dinafikan oleh SP5.
114
Keterangan SP8, pegawai penyiasat juga jelas menyatakan bahawa hasil siasatan beliau ke atas SD1, SP4 dan SP5, SP8 menyatakan ketiga-tiga mereka memberikan keterangan bercanggah. Berikut adalah keterangan SP8 yang juga telah dirujuk oleh pihak pembelaan. A : “Keterangan mereka bercanggah bagi saya. Saya pun tak faham apa yang mereka pusing-pusingkan, Yang
115
Berkaitan Whatsapp (WA) yang dibacakan di Mahkamah terbuka oleh peguambela bahawa SP4 telah menghantar WA tersebut kepada SP1 dan membuat memohon maaf kepada SP1. Berikut adalah jawapan SP4. Q : Saya katakan pada 2.11.2022, kamu telah menghantar WA kepada ibu OKT (SP1) A : Tidak pasti.
116
Apabila pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai WA tersebut, SP4 telah menafikan menghantar WA tersebut. Malahan WA tersebut juga tidak ditunjukkan kepada SP4 oleh peguambela.
117
Berhubung dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, Mahkamah ini sedar mengenai prinsip undang-undang mengenai cadangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan semasa soal balas saksi pendakwaan bukanlah suatu keterangan yang boleh diterima Mahkamah sehinggalah ia dibuktikan oleh seorang saksi sepertimana diputuskan oleh Abdul Rahman Sebli (HMR ketika itu) yang menekankan: "It must be observed that what counsel puts or suggests to a witness in cross-examination is not evidence. They are merely suggestions and to give notice to the prosecution that the defence has a different version of the events. They prove nothing and will remain nothing unless confirmed by the witness or by the party on whose behalf the suggestions are made."
118
Oleh itu, penelitian Mahkamah atas pembelaan SD1 jelas tidak dapat mewujudkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan. Tambahan pula, pihak pendakwaan telah mengemukakan SP4 dan SP5 di Mahkamah dan keterangan-keterangan saksi-saksi ini berikan telah menguatkan lagi kes pendakwaan.
119
Mahkamah ini berpandangan situasi kes ini barangkali akan memberikan kesan yang berbeza sekiranya saksi-saksi material tersebut tidak dibawa ke Mahkamah sepertimana autoriti-autoriti Mahkamah atasan yang memutuskan seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai terhadap pihak pendakwaan kesan kegagalan memanggil saksi-saksi material kerana kelompongan terhadap kes pendakwaan. Namun, dalam kes ini, perkara tersebut tidak berlaku.
120
Pembelaan-pembelaan yang dikemukakan oleh SD1 telahpun dicabar terhadap saksi-saksi pendakwaan dan telah dianalisa secara terperinsci oleh Mahkamah di peringkat pendakwaan lagi.
121
Mahkamah ini setelah menimbangkan pembelaan SD1 dan keterangan beliau dan eksibit D34 dan D35 yang dikemukakan pihak pembelaan melalui SD1, tidak dapat menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah berkaitan pemilikan dadah berbahaya yang berada di dalam bag sandang dan pemilikan serta pengedaran dadah berbahaya yang dijumpai di dalam bilik
122
Dalam hal ini, Mahkamah berpendapat pembelaan OKT adalah penafian semata-mata. Mahkamah ini mengulangi prinsip undang-undang mantap oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 yang memutuskan: “While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence”
123
Mengenai pembelaan SD1 bahawa kata-kata amaran tidak diberikan oleh SP7. Mahkamah telah meneliti keterangan SP7 dan beliau ada disoal oleh pihak pembelaan seperti berikut: Q : Ada kata-kata amaran diberikan? A : Ya. Tidak bersetuju tidak berikan kata-kata amaran.
124
SP7 telah juga disoal oleh pihak pembelaan akan siapa yang mendengar kata-kata amaran yang diberikan. SP7 menjawab OKT sendiri dan anggota serbuan lain iaitu Koperal Mustajab, Syafiq dan Darma yang mendengar.
125
Berdasarkan Nota Keterangan Mahkamah, itu sahajalah yang dikatakan cabaran oleh peguambela berhubung kata-kata amaran yang diberikan SP7 yang mana tidak ada sebarang merit untuk mencabar kes pendakwaan.
126
SP7 juga telah memberikan kenyataan yang bag sandang hitam telah diberikan sendiri OKT semasa tangkapan berlaku di food truck. Tidak ada geledahan yang dilakukan sepertimana dikatakan oleh OKT/SD1 semasa pembelaan.
127
SP7 juga memberi keterangan bahawa beliau hanya mengetahui nama sebenar OKT apabila mendapati kad pengenalan diri OKT di dalam bag sandang tersebut dan OKT/SD1 sendiri telah memandu arah SP7 ke rumah kediamannya yang mana dadah-dadah eksibit P21 dan P22 diambil sendiri oleh OKT dan diserahkan kepada SP7. Manakala dadah eksibit P23 dijumpai oleh SP7 semasa geledahan dibuat.
128
Manakala penilaian Mahkamah ini ke atas hujahan pihak pembelaan mengenai bag coklat yang dikatakan OKT/SD1 dibawa oleh SP5 ke bilik SD1 semasa SD1 memberikan keterangan.
129
Mahkamah ini telah berulangkali meneliti Nota Keterangan dan mendapati tidak ada soal balas oleh pihak pembelaan mengenai isu bag tersebut di peringkat pendakwaan. Malahan, SP5 sendiri telah menafikan bahawa beliau berada di bilik SD1 pada tempoh sebelum SD1 ditangkap di food truck.
130
Mahkamah berpandangan bahawa pembelaan SD1 mengenai dakwaan beliau SP5 telah membawa bag coklat ke bilik SD1 adalah satu pembelaan terkemudian (an afterthought defence). Tidak ada keterangan yang menyokong pembelaan SD1 seperti borang geledah untuk menguatkan hujahan pihak pembelaan. Yang pasti, tidak ada bag berwarna coklat yang dirampas di rumah OKT.
131
Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan kes Ho Sek Hong v PP [2010] 4 MLRA 22 yang mana Mahkamah dalam kes tersebut telah merujuk kepada keputusan Privy Council di dalam State of UP v MK Anthony AIR [1985]SC 48 yang menyatakan “"that the real tests for either accepting or rejecting the evidence of a witness are how consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case (see: Bhoraj v. Sita Ram AIR [1936] PC60."
132
Berdasarkan kepada alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati keterangan SD1 tidak dapat meyakinkan Mahkamah akan kebenarannya dan keterangan saksi-saksi pendakwaan masih tidak dapat dicabar oleh pihak pembelaan di peringkat ini.
133
Mahkamah berpandangan OKT dalam pembelaannya atas imbangan kebarangkalian gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpandangan dadah yang dimiliki OKT bukanlah bertujuan selain daripada pengedaran.
134
Pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan yang munasabah iaitu OKT memiliki dadah berbahaya cannabis seberat 466.5 gram cannabis bagi tujuan pengedaran dadah berbahaya bagi maksud seksyen 39B(1)(a) ADB 1952.
135
Secara kesimpulannya, Mahkamah memutuskan OKT bersalah dan disabitkan atas pertuduhan eksibit P3 dan eksibit P4.
136
Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya.
137
OKT melalui peguambelanya telah mengemukakan mitigasi secara bertulis. OKT adalah pesalah pertama. Telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. 30 tahun. Masih muda. OKT memegang dua jawatan tetap. Memegang Ijazah Diploma dalam Culinary Art. Menghujahkan ada potensi untuk berubah/reform. Ini bukanlah kes rarest of the rare untuk Mahkamah menjatuhkan hukuman mati.
138
Manakala OKT sendiri telah memohon maaf kepada ibu beliau. Memohon diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan kerana beliau berharap akan merubah menjadi seorang individu yang berguna kepada Masyarakat dan keluarganya. OKT memohon supaya hukuman ringan dapat dijatuhkan ke atas beliau.
139
Faktor pemberat pihak Pendakwaan ialah -
a
Kepentingan awam sepatutnya diberikan keutamaan.
b
Bukanlah kes melibatkan mangsa seperti pembunuhan. Tetapi kes dadah ada kesan sampingan, seperti rogol, rompak.
c
Dadah adalah musuh nombor satu negara.
d
Berdasarkan faktor personal seperti kesalahan pertama, adalah isu subsidiari yang tidak boleh mengatasi hukuman mati.
140
Semasa membuat keputusan untuk hukuman yang setimpal, Mahkamah berpandangan bahawa OKT bernasib baik susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
141
Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan seumur hidup (selama 30 tahun) dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi.
142
Setelah menimbangkan mitigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Munawar bin Mohd Azizan v PP [2025] MLJU 2983, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh itu, hukuman bagi pertuduhan P3 terhadap OKT adalah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap pada 17.10.2022 dan 12 kali sebatan.
143
Untuk pertuduhan eksibit P4, OKT dihukum penjara dua tahun.
144
Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh ditangkap 17.10.2022. Bertarikh: 24 Disember 2025. Sgd (Y.A. DR HAZLINA BINTI HUSSAIN) JUDGE HIGH COURT OF MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Pendakwa Raya: Tuan Mohd Firdaous bin Mohamed Idris Peguambela bagi pihak OKT:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.