Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. PA-22NCvC-46-03/2021 ANTARA ARTISAN CUISINE SDN. BHD. (1276231-U) …. PLAINTIF
PA-22NCvC-46-03/2021
High Court of Malaysia2 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. PA-22NCvC-46-03/2021 ANTARA ARTISAN CUISINE SDN. BHD. (1276231-U) …. PLAINTIF
1
CH’NG CHIN KEAT (No. K/P: 881030-07-5197)
2
2.
201901046221
(201901046221)
3
CH’NG JING WEN (No. K/P: 940113-07-5050) ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Defendant ketiga melalui Lampiran 10 memohon Mahkamah ini untuk membatalkan tuntutan plaintiff sementara plaintiff melalui Lampiran 35 memohon Mahkamah ini membatalkan pembelaan defendant-defendant. Setelah mendengar hujah-hujah kedua-dua pihak saya membenarkan
Lampiran
Lampiran 35 dan menolak Lampiran 10 dengan kos. 28/08/2023 08:23:01 PA-22NCvC-46-03/2021 Kand. 70 [2] Plaintiff ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia manakala defendant pertama ialah salah seorang pengarah dalam syarikat plaintiff, defendant kedua ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia dan defendant ketiga ialah salah seorang pengarah dalam syarikat defendant kedua. [3] Fakta kes adalah seperti berikut. Plaintiff menjalankan perniagaan restoran dan defendant pertama, Leong Kar Chun (“Leong”) dan Lim Lee Sheng (“Lim”) adalah pengarah-pengarah dalam plaintiff. Lim juga merupakan tukang masak. Defendant pertama kemudian telah memasuki satu Perjanjian Jual Beli Perniagaan dengan defendant kedua dan menamatkan Perjanjian Penyewaan dengan Kemas Bahagia Sdn Bhd (“KBSB”), pemilik premis perniagaan plaintiff. Selepas itu defendant pertama menyebabkan defendant kedua memasuki satu Perjanjian Penyewaan dengan KBSB. Kesemua ini menurut plaintiff dilakukan tanpa persetujuan plaintiff dan tanpa sebarang resolusi Lembaga Pengarah plaintiff. Selain itu plaintiff juga mengatakan defendant pertama telah menyebabkan akaun plaintiff dalam OCBC Bank dibekukan. Hasil daripada Perjanjian Jual Beli Perniagaan dengan defendant kedua juga tidak diberikan kepada plaintiff. Defendant pertama menjalankan perniagaan di bawah nama plaintiff dan menggunakan aset-aset plaintiff tanpa kebenaran dan kemudiannya dibawa keluar daripada premis tanpa persetujuan plaintiff. Walaupun diminta beberapa kali defendant pertama enggan mendedahkan hubungannya dengan defendant kedua. [4] Plaintiff menuntut; (a) deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli Perniagaan itu tidak sah dan terbatal; (b) deklarasi bahawa semua pendapatan yang diperolehi oleh defendant kedua dipegang secara amanah oleh defendant-defendant bagi plaintiff; (c) defendant-defendant dikehendaki mengemukakan akaun defendant kedua yang diaudit kepada plaintiff dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perintah ini; (d) defendant pertama hendaklah mengaktifkan semula akaun OCBC Bank plaintiff; (e) defendant-defendant hendaklah menanggung kerugian plaintiff dan Lembaga Pengarah plaintiff dan kerugian berbangkit dikira dari tarikh penamatan sewa plaintiff; (f) gantirugi kehilangan nama baik dan reputasi plaintiff sebanyak RM2,000,000.00; (g) gantirugi ditaksirkan; (h) kos dan relif-relif lain yang Mahkamah fikirkan adil dan suaimanfaat. Lampiran 10 [5] Defendant ketiga memohon membatalkan tuntutan plaintiff menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan/atau (b) dan/atau (d) dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) atas alasan bahawa ia bukan pihak kepada Perjanjian Jual Beli Perniagaan mahupun Perjanjian Penyewaan di antara plaintiff dengan KBSB. Dalam ertikata lain tiada priviti kontrak dan apa-apa hubungan di antara plaintiff dengan defendant ketiga. Defendant ketiga mengatakan tuntutan plaintiff ini berikutan daripada pertelingkahan sesama pengarah dalam syarikat plaintiff dan tidak ada kena mengena dengannya. Defendant ketiga hanyalah adik perempuan kepada defendant pertama dan dia tidak mempunyai saham dalam plaintiff. Sebaliknya dia adalah pengarah dan pemegang saham tunggal dalam defendant kedua. Defendant pertama bukannya pengarah dalam defendant kedua. Defendant kedua tidak menafikan bahawa ia memasuki perjanjian sewa dengan KBSB dan dia menjalankan perniagaan di bawah nama dan gaya Xi Lin Ge Chinese Restaurant dan bukannya Artisan Cuisine selepas Perjanjian Penyewaan antara plaintiff dengan KBSB tamat dan aset-aset plaintiff telah dijual mengikut Perjanjian Jual Beli Perniagaan tersebut. Selain itu defendant kedua dengan dia adalah dua entiti yang berbeza. Oleh itu defendant ketiga mengatakan tuntutan plaintiff terhadapnya tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan/atau mengaibkan, remeh dan/atau menyusahkan dan/atau satu penyalahgunaan proses mahkamah. [6] Plaintiff menyatakan defendant kedua telah mengambil alih perniagaan plaintiff melalui Perjanjian Jual Beli Perniagaan tanpa persetujuan dan resolusi Lembaga Pengarah. Plaintiff juga mengatakan mereka tidak menerima sebarang bayaran daripada pembelian tersebut. Plaintiff juga memohon agar tirai korporat defendant kedua ditembusi bagi mendapatkan defendant ketiga pengarah dan pemegang saham tunggal dalam defendant kedua bertanggungjawab secara persendirian kepada plaintiff sebab defendant-defendant berkonspirasi atau secara tipuan atau tidak jujur menyebabkan apa yang berlaku ke atas syarikat plaintiff. Dapatan Mahkamah [7] Dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 MLJ 1 di m.s.15 Ramly Ali HMP menyatakan: “The tests for striking out application under O 18 r 19 of the ROC, as adopted by the Supreme Court in Bandar Builder are, inter alia, as follows: (a) it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under the rule; (b) this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable ’(Emphasis added); (c) it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence; and (d) if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 of the ROC; and (e) the court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. The Court of Appeal, in Sivarasa Rasiah & Ors v Che Hamzah Che Ismail & Ors [2012] 1 MLJ 473, had adopted the well settled principle of striking out in the following passage: ‘A striking out order should not be made summarily by the court if there is issue of law that requires lengthy argument and mature consideration. It should also not be made if there is issue of fact that is capable of resolution only after taking viva voce evidence during trial, (see Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 2 MLJ 565 (Federal Court))…’ The basic test for striking out as laid down by the Supreme Court in Bandar Builder is that the claim on the face of it must be ‘obviously unsustainable’. The stress is not only on the word ‘unsustainable’ but also on the word ‘obviously’ i.e. the degree of unsustainability must appear on the face of the claim without having to go into lengthy and mature consideration in detail. If one has to go into lengthy and mature consideration in detail of the issues of law and/or fact, then the matter is not appropriate to be struck out summarily. It must be determined at trial.”. Berpandukan kes yang dirujuk Mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada terdapat kausa tindakan yang munasabah selain isu-isu untuk dibicarakan yang dibangkitkan oleh plaintiff dalam tuntutannya. [8] Plaintiff mengaitkan defendant ketiga dengan defendant kedua kerana defendant ketiga selain daripada adik perempuan kepada defendant pertama, dia ialah pengarah dan pemegang saham tunggal dalam syarikat defendant kedua. Defendant kedua juga telah mengambil alih perniagaan plaintiff melalui Perjanjian Jual Beli Perniagaan. Pembelaan defendant ketiga ialah dia merupakan entiti berasingan daripada defendant kedua dan tidak ada kaitan dengan pertelingkahan antara pengarah-pengarah syarikat plaintiff. [9] Tidak saya nafikan pengataan-pengataan plaintiff terutamanya terhadap perilaku defendant pertama. Walau bagaimanapun berakibat daripada pertelingkahan antara mereka Perjanjian Penyewaan dengan KBSB ditamatkan sebelum tempohnya. Perjanjian Penyewaan baru dimasukkan oleh defendant kedua dan menjalankan operasi yang sama. Pemilik defendant kedua ialah defendant ketiga. Defendant pertama mengatakan Leong dan Lim tahu berkenaan Perjanjian Jual Beli Perniagaan tetapi mengapa pada masa yang sama defendant pertama perlu mendapatkan pengesahan daripada Leong untuk melupuskan aset plaintiff? [10] Plaintiff di dalam tuntutannya memohon Mahkamah mengangkat tabir korporat bagi menunjukkan siapa sebenarnya di belakang defendant kedua atau mengawal defendant kedua. Hubungan yang tidak dinafikan ialah defendant ketiga adik kepada defendant pertama tetapi selain itu plaintiff juga mengatakan terdapatnya konspirasi antara defendant pertama dan ketiga dalam memasuki Perjanjian Jual Beli Perniagaan sekali gus mengambil alih perniagaan plaintiff. Defendant pertama hanya sebut bahawa Leong tahu tetapi sama ada transaksi ini perlu satu resolusi Lembaga Pengarah tidak diterangkan oleh defendant pertama. Bagi saya kewujudan fakta-fakta ini menyokong permohonan plaintiff untuk mengangkat tabir korporat dan isu ini tidak boleh diputuskan tanpa perbicaraan melalui keterangan saksi. [11] Berdasarkan alasan-alasan di atas saya menolak Lampiran 10 dengan kos. Lampiran 35 [12] Plaintiff mengemukakan permohonan untuk membatalkan pembelaan defendant-defendant di bawah Aturan 24 kaedah 16 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 KKM 2012 atas alasan bahawa defendant-defendant gagal mematuhi Perintah Persetujuan bertarikh 16.6.2022 untuk penzahiran dokumen. [13] Melalui permohonan Lampiran 21 plaintiff memohon penzahiran dokumen oleh defendant-defendant terutamanya defendant pertama dan ketiga. Pihak-pihak kemudiannya merekodkan Perintah Persetujuan pada 16.6.2022. Defendant-defendant gagal mematuhi perintah tersebut atas mengikut tempoh yang diberikan atas alasan mereka tidak mempunyai dokumen tersebut tetapi dikemukakan lewat. Walau bagaimanapun plaintiff mengatakan tidak semua dokumen yang dimohon dan dipersetujui untuk dizahirkan telah dibekalkan. [14] Kronologi perkembangan yang membawa kepada permohonan Lampiran 35 ini adalah seperti berikut: (a) 16.6.2022 – pihak-pihak merekodkan Perintah Persetujuan bagi Lampiran 21 di mana dokumen-dokumen tersebut hendaklah dibekalkan selewat-lewatnya pada 8.7.2022. (b) 26.7.2022 – peguam defendant memaklumkan mereka sudah membekalkan semua dokumen manakala peguam plaintiff menafikan dan sekali lagi mohon Mahkamah untuk batalkan pembelaan defendant-defendant. Peguam plaintiff secara lisan memaklumkan apa dokumen yang tidak dibekalkan. Mahkamah mendapati tiada butiran lengkap dokumen-dokumen yang sudah dan belum dibekalkan dan oleh itu Mahkamah mengarahkan plaintiff mengemukakan senarai dokumen yang belum diterima dan menangguhkan kes kepada 12.8.2022 untuk mempertimbangkan permohonan lisan plaintiff di bawah Aturan 24 kaedah 16 KKM 2012. (c) 12.8.2022 – defendant memaklumkan mereka telah mematuhi sebahagian besar (substantially) Perintah Persetujuan tersebut. Peguam plaintiff memaklumkan bahawa defendant masih tidak mematuhi terma-terma Perintah Persetujuan. Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak berhujah sama ada adakah Mahkamah patut membatalkan pembelaan defendant-defendant jika memadai sebahagian besar Perintah Persetujuan dipatuhi dan tetapkan hujahan pada 26.10.2022. (d) 26.10.22 – Mahkamah mengarahkan plaintiff untuk memfailkan permohonan untuk membatalkan pembelaan defendant-defendant dan akan mendengar Lampiran 10 bersama-sama dengan permohonan plaintiff tersebut dengan mengenalpasti dokumen-dokumen yang telah dan tidak dibekalkan setakat 09:59 26.7.2022. Tarikh pendengaran bagi kedua-dua lampiran ditetapkan pada 3.1.2023. [15] Peguam plaintiff menghujahkan setakat 09:59 26.7.2022 defendant-defendant masih gagal membekalkan: (a) semua resolusi-resolusi khususnya berkenaan Perjanjian Jual Beli Perniagaan di antara plaintiff dengan defendant kedua (item ii); (b) akaun-akaun penuh dan buku-buku yang tulen dan asal termasuk yang berkenaan transaksi jual beli perniagaan dan/atau aset plaintiff (item iii); (c) bukti permohonan defendant kedua bagi meter TNB membuktikan mereka telah mengambil alih premis (item iv); (d) senarai aset plaintiff yang sepenuhnya selain daripada Perintah Penjualan (item v); (e) lejar-lejar dan akaun untung rugi sejak 2.1.2020 (item vi); (f) akaun-akaun baru defendant kedua sejak 2.1.2020 (item vii); dan (g) siapa pembeli jika telah dijual kepada pihak ketiga (item ix). Dapatan Mahkamah [16] Berikut apa yang disenaraikan oleh defendant-defendant di dalam affidavit balasan mereka di Lampiran 38 dokumen-dokumen yang telah mereka bekalkan sehingga 09:59 26.7.2022: (a) 8.7.2022 – hanya Perjanjian Tenansi antara defendant kedua dan Belleview Group dibekalkan – item i. (b) 18.7.2022 – resolusi-resolusi pengarah syarikat defendant kedua sejak 2.1.2020 dan semua fail-fail Setiausaha Syarikat defendant kedua sejak 2.1.2020 dibekalkan – item ii dan viii. (c) 25.7.2022 – akaun-akaun dan buku-buku berkenaan akaun defendant kedua sejak 2.1.2020 dan akaun-akaun baru defendant kedua sejak 2.1.2020 dibekalkan – item iii, sebahagian item vi dan item vii. (e) 5.8.2022 – Perisytiharan Jualan bagi aset-aset dibekalkan sebagai mengganti senarai aset dan sebagainya milik plaintiff yang telah dijual – item v. Jelas defendant-defendant tidak mematuhi sepenuhnya terma-terma Perintah Persetujuan yang mereka rekodkan dengan pihak plaintiff. Peguam defendant-defendant menghujahkan Mahkamah tidak beri satu “unless order” oleh itu Mahkamah tidak boleh membenarkan Lampiran 35. Beliau merujuk kepada kes Malaysian Civil Procedure 2015 Jilid 1 (Sweet & Maxwell) m.s. 359. [17] Lampiran 21 difailkan pada 21.4.2022 dan defendant-defendant sendiri memilih untuk merekodkan Perintah Persetujuan pada 16.6.2022. Pada pengamatan saya defendant-defendant mempunyai masa yang mencukupi untuk mempertimbangkan Lampiran 21 sebelum bersetuju untuk merekodkan Perintah Persetujuan tersebut. Dalam ertikata lain dokumen-dokumen tersebut ada atau boleh dibekalkan kepada plaintiff. [18] Saya tidak fikir satu “unless order” perlu diberi oleh Mahkamah ini. Merujuk kepada kes yang dirujuk oleh defendant sendiri iaitu keputusan Mahkamah Rayuan dalam Ong Boon Hua & Anor v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2008] 5 CLJ 42 di mana Aturan 24 kaedah 16 dirujuk, Abdul Malik Ishak HMR di m.s. 67 menyatakan: “[60] It is always prudent to remember that O. 24 r. 16(1) of the RHC gives power to the court to order, for instance, that the defence be struck out and that judgment be entered accordingly unless the party complies with the rule or order for discovery by the stated hour of the stated day (see the Supreme Court Practice (1985 edn) at p. 417, at 24/16/1). Here, the High Court was right in dismissing the appellants/applicants' three applications for their failure to produce for inspection Chin Peng's documents.”. Tiada mana-mana dalam penghakiman tersebut menghendaki satu “unless order” diberikan sebelum membatalkan pembelaan atau membenarkan tuntutan. Berikutan itu saya membenarkan Lampiran 35 dengan kos melainkan relif di subperenggan 23(vi) dalam pernyataan tuntutan plaintiff. (TUN ABD MAJID BIN TUN HAMZAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang Tarikh: 28 Ogos 2023 Peguamcara-Peguamcara:- Peguamcara Pihak Plaintif TETUAN ISMAIL, KHOO & ASSOCIATES Peguambela dan Peguamcara Unit 9-11, Tingkat 4, Premier Centre No. 253G, Jalan Burmah 10350 PULAU PINANG Tel : 04-2263363 Faks : 04-2260522 Peguamcara Pihak Defendan-Defendan TETUAN LEW LAW OFFICE Peguambela dan Peguamcara No. 3, S-9-6, Setia Tri-Angle, Persiaran Kelicap 11900 Bayan Lepas PULAU PINANG Tel : 04-2937277 Faks : 04-2937287
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.