Mahkamah memutuskan dakwaan Plaintif ini meleset berdasarkan keterangan-keterangan berikut: a) Beban pembuktian adalah di atas bahu Plaintif, namun, Plaintif tidak pernah mengemukakan saksi pakar untuk membuktikan berlakunya kecuaian perubatan terhadap si mati. SP1 hingga SP3 adalah saksi awam yang tiada latar belakang dan kelayakan perubatan. Mereka juga saksi berkepentingan. b) Sebaliknya, Defendan-Defendan mengemukakan keterangan saksi pakar yang langsung tidak dicabar iaitu keterangan SD1 yang turut mengesahkan bahawa tindakan Defendan-Defendan meneruskan rawatan terhadap si mati di HTJ tanpa memindahkan ke HS adalah satu tindakan yang tepat. Pendapat SD1 dipetik: "Among the issue raised by Plaintiff is delayed referral to Hospital Selayang. The decision to transport a critically ill patient is made when potential benefits of transport outweigh the potential risks. Risks incurred during transport can be minimized by careful planning and the use of competently trained personnel and monitoring equipment. In her condition, she had massive pleural effusion which compromised her ventilation. There is risk of cardiorespiratory arrest while in transfer if this acute problem is not settled first." c) SD1 mengesahkan keadaan si mati semasa mula-mula sampai ke Jabatan Kecemasan HTJ adalah sangat tidak stabil, kritikal dan berhadapan masalah pernafasan yang perlu tindakan segera daripada doktor yang merawat di HTJ pada ketika itu. d) SD1 menyatakan si mati mengalami pengumpulan air yang banyak di abdomen, kaki dan paling serius di luar paru-paru. Apabila air berada diluar paru-paru, Si mati tidak boleh bernafas dan memerlukan rawatan segera bagi menstabilkan Si mati. Kegagalan mendapatkan rawatan segera boleh menyebabkan nafas terhenti dan seterusnya menyebabkan kematian. e) SD1 mengesahkan keadaan si mati bertambah teruk/kritikal dalam masa yang singkat. Jika si mati dipindahkan ke HS dalam keadaan tersebut, ia adalah tidak mengikut SOP dan terdapat kebarangkalian Si mati akan collapse, cardio respiratory arrest dan proses resusitasi dalam ambulans adalah sukar dan tidak boleh dijalankan dengan sempurna. f) SD1 mengesahkan rawatan segera tersebut boleh diperolehi di mana-mana hospital dan tidak terhad kepada HS sahaja. HTJ boleh memberikan rawatan segera ini kerana HTJ adalah hospital terbesar di Negeri Sembilan dengan fasiliti yang baik dan sudah pastinya boleh memberikan rawatan yang terbaik. g) SD1 mengesahkan bagi pesakit chronic liver disease, untuk prosedur pemindahan hati hendaklah dibuat di HS manakala bagi komplikasi dari chronic liver disease seperti pleural effusion i.e seperti yang dialami oleh si mati pada masa material, ia boleh dirawat di mana-mana hospital. h) SD1 mengesahkan pada 1.11.2019, dalam keadaan si mati yang sangat tidak stabil, kritikal dan berhadapan masalah pernafasan, prosedur pemindahan hati tidak boleh dijalankan dan hanya rawatan segera di HTJ yang perlu dibuat. i) SD1 mengesahkan untuk merawat si mati yang menghadapi komplikasi akibat penyakit hati tahap akhir, tiada peralatan spesifik yang diperlukan dan pesakit akan datang berkali-kali dengan komplikasi yang boleh dirawat di mana-mana hospital. Peralatan khas yang diperlukan oleh si mati yang menghidap penyakit hati hanyalah bagi tujuan prosedur pemindahan hati yang hanya boleh didapati di HS. j) SD1 mengesahkan tiada kelewatan kerana meskipun pihak HTJ hanya menghubungi HS pada 4.11.2019, namun sekiranya panggilan dibuat lebih awal rawatan yang akan diterima oleh si mati adalah masih sama sepertimana yang telahpun diberikan oleh pihak HTJ. k) SD1 mengesahkan untuk masalah akut komplikasi, tiada keperluan untuk dihantar ke HS dan mana-mana hospital boleh memberikan rawatan tersebut. Sebarang rawatan tambahan seperti immunosuppressant yang extra diberi HS hanya diberikan selepas masalah akut komplikasi dapat diatasi. l) SD6 mengesahkan bahawa SD2 telah menghubungi SD3 bagi mendapatkan konsultasi kepakaran dan maklumat semua rawatan akut komplikasi yang dihadapi si mati telahpun diberikan oleh pihak HTJ. m) SD6 mengesahkan pada 7.11.2019, pakar perubatannya iaitu Dr Tee Ting Yoong ada menghubungi pakar gastroenterologi HS iaitu SD3 untuk mendapatkan konsultasi mengenai rawatan terhadap Si mati dan Dr Tee Ting Yoong memberikan pelan yang untuk dijalankan terhadap si mati iaitu untuk menstabilkan si mati dan memberikan rawatan seterusnya di HTJ dengan mengambilkira si mati keadaan si mati yang telah demam dan tekanan darah telah turun dan tiada katil di ICU pada ketika itu (rujuk m.s 166 Ikatan C). n)